Anda di halaman 1dari 3

TEKS MINGGU ANTI DADAH 2019

18 FEBRUARI 2019 (ISNIN)

CUE UCAPAN JURUACARA

Indah berbalam si awan petang,


Berarak megah di tanjung bidara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka kata.

Yang berusaha,
UCAPAN ALU-ALUAN Tn. Hj. Mohamed Sapari bin Mohamed Arshad
Guru besar SK Kg Baharu

Yang dihormati barisan Penolong Kanan,


 Encik Adnan bin Dun
Penolong Kanan Pentadbiran,
 En. Zulkiflee bin Mohammed Baharuddin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
 Pn. Hazwira Aznor bin Mohd Alwi
Penolong Kanan Kokurikulum,
 Guru-guru , rakan-rakan yang saya sayangi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya kita beroleh
kesihatan yang baik untuk kita berkumpul di Dewan SK Kampung Baharu
pada pagi ini.
Jadi sebelum itu marilah sama-sama kita mengalunkan bacaan Asma-ul
Husna.

Seterusnya diminta guru-guru dan murid untuk berdiri bagi menyanyikan Lagu
Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah dan bacaan ikrar yang akan
dipimpin oleh .....................................
BACAAN DOA
Terima kasih kepada Saudara ...................................

Bagi menambah keberkatan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


kehambaan dengan penuh keinsafan, Semoga Allah melimpahkan rahmat dan
hidayahNya untuk kelancaran majlis ini. Untuk itu, majlis mempersilakan
……………………………….. bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan....
Amin…Amin….Ya Rabbal Alamin
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
………………………………..

atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini
mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.

Untuk makluman semua. Pada minggu ini akan diadakan Program Minggu Anti
Dadah peringkat sekolah bagi memberi kesedaran tentang bahayanya gejala
dadah kepada semua lapisan masyarakat. Kesedaran ini juga perlu diterapkan
pada peringkat awal supaya dapat dicegah lebih awal.
UCAPAN GURU

Untuk itu, majlis menjemput Puan Husnul Izni selaku penyelaras program
untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima kasih Puan Husnul Izni atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Encik Zulkiflee bin Mohd Baharuddin untuk


Ucapan PK HEM menyampaikan Perutusan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan
sempena Bulan Anti Dadah bagi tahun 2019. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Terima kasih Encik Zulkiflee atas penyampaian perutusan itu tadi.

UCAPAN GURU Seterusnya, majlis mempersilakan Guru Besar Sekolah Tuan Haji Mohamed
BESAR Sapari bin Mohamed Arshad untuk menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan Program Minggu Anti Dadah peringkat SK Kampung Baharu.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

Para guru dan rakan-rakan sekalian.


Lafaz ikrar anti dadah

Agenda kita diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Anti Dadah yang akan
diketuai oleh......................................... Diharapkan semua pelajar dapat berdiri
dan bersama-sama melafazkan ikrar ini.

persembahan
Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada murid
Tahun 3.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada murid Tahun 3 atas persembahan nyanyian Lagu


itu tadi.
Penutup
Seterusnya saya menyerahkan majlis kepada guru bertugas mingguan
untuk acara selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai