Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2020

AKTIVITI TEKS UCAPAN

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Hj Mohd Noor


Rashid bin Kamaridi , Pengetua SMK doktor Burhanuddin
(PUTERI)
diiringi Penolong-penolong Kanan, dan Guru-guru kanan.

Semua guru dan Pelajar diminta bersedia untuk nyanyian lagu


PUTERI negaraku dan lagu negeri perak

KATA ALU-ALUAN
Yang Berusaha,
Tuan Hj. Mohd Noor Rashid bin Kamaridi
Pengetua SMK Doktor Burhanuddin
PUTERI
Yang berusaha
Puan Hjh Baishah binti Mohamad
Penolong Kanan Pentadbiran

Tn. Hj Sulaiman bin Abd Ghani


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Hairo Rose Sidi bin Abu Bakar


Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Mohd Izam Bin Mohd Ramly


Penolong Kanan Pra U

Puan Apizah binti Hj Taib


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan selamat


sejahtera.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin


serta limpah rahmat-Nya kita diberikan peluang untuk bersua
dalam perhimpunan rasmi serta Majlis Pelancaran Sambutan
Bulan kemerdekaan, bulan bahasa dan minggu pusat
sumber sekolah bagi tahun 2022.

IKRAR RUKUN Majlis akan dimulakan dengan bacaan ikrar rukun negara dan bacaan
NEGARA DAN ikrar murid. Bacaan ikrar rukun negara pada pagi ini akan diketuai
IKRAR MURID oleh saudara ………………………………………… manakala bacaan
ikrar murid pula akan diketuai oleh saudara
AMNI …………………………………………..
Dipersilakan.

BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA

BACAAN IKRAR MURID

Terima kasih diucapkan kepada saudara ………………………………


dan ……………………………………. Atas bacaan ikrar itu tadi.

Guru-guru dan murid-murid dijemput duduk.

LAPORAN GURU Majlis diteruskan lagi dengan laporan guru bertugas pada minggu
BERTUGAS lepas. Dijemput ………………………………………. Untuk
MINGGUAN
menyampaikan laporan guru bertugas pada minggu lepas.

PUTERI LAPORAN GURU BERTUGAS

Terima kasih diucapkan kepada ………………………. ………………..


atas laporan yang telah disampaikan.

BACAAN DOA Tetak buluh kajang sepuluh,

AMNI
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jari sepuluh;
Doa dipohon biar selamat

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-sama


kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin. Oleh Al
Fadhil ustaz Mohd Hazwan farih bin Mohd Yusuf .
Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al


Fadhil Ustaz Mohd Hazwan atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Penyelaras Program.


PENYELARAS Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Mohd Faizal bin
PROGRAM
Md saman, Guru Kanan Kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan.
PUTERI Dipersilakan.

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Faizal atas ucapan itu
tadi.

UCAPAN PK HEM Majlis seterusnya menjemput Tn Hj sulaiman bin Abd ghani ,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan
AMNI ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Sulaiman bin Abd Ghani


atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Jangan tertawan alpa duniawi,


PERASMIAN
Hanya indah serupa mimpi;
PUTERI Aduhai pahlawan kesateria pertiwi;
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis kita diteruskan dengan ucapan perasmian.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan, Yang Berusaha Tn Hj Mohd Noor Rashid bin
Kamaridi, Pengetua SMK DR. BURHANUDDIN
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
bulan kemerdekaan , bulan bahasa, dan minggu pusat sumber
peringkat sekolah.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tn hj Mohd Noor


Rashid bin Kamaridi atas ucapan perasmian sebentar tadi.

GIMIK Guru-Guru dan rakan-rakan sekalian,


PELANCARAN

Majlis kita takkan berseri tanpa persembahan gimik yang


AMNI dinanti. Marilah sama-sama kita saksikan Nyanyian Lagu

bahtera merdeka yang akan dipersembahkan oleh saudari


………………………………………. Seterusnya diikuti dengan

persembahan silat tari dan silat semerah padi yang akan


dipersembahkan oleh

…………………………………………………………………
Dipersilakan.

Terima kasih ducapkan kepada saudari


…………………………………………………………………………
…….
Atas persembahan sebentar tadi
Majlis diteruskan lagi dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali
LAUNGAN
MERDEKA 7 KALI
yang akan diketuai oleh Tn hj Mohd Noor Rashid bin Kamaridi,
Pengetua Smk Doktor Burhanuddin. Marilah kita sama-sama
melaungkan perkataan merdeka ini dengan penuh
bersemangat. Semua guru dan pelajar diminta untuk berdiri.

PUTERI Dijemput Tn hj Mohd Noor Rashid Bin Kamaridi untuk naik ke


atas pentas, dipersilakan.

LAUNGAN MERDEKA

Terima kasih kepada tn hj Mohd Noor Rashid atas kesudiaan


untuk mengetuai laungan merdeka sebentar tadi. Tahniah
diucapkan kepada semua warga smk doktor Burhanuddin
kerana telah berjaya melaungkan perkataan merdeka dengan
penuh bersemangat.

NYANYIAN LAGU Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lima buah lagu iaitu lagu
sekolah, sekolahku sejahtera, lagu tema hari kebangsaan 2022
“ Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, Jalur gemilang dan
AMNI
Tanggal 31.
SEMUA GURU DAN PELAJAR DIMINTA BERDIRI TEGAK
DAN MENYANYIKAN
LAGU DENGAN PENUH SEMANGAT SAMBIL
MENGIBARKAN JALUR GEMILANG.

NYANYIAN LAGU

PENUTUP
DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN RANGKAIAN LIMA
BUAH LAGU PATRIOTIK SEBENTAR TADI, MAKA
PUTERI
LENGKAPLAH MAJLIS PELANCARAN BULAN
KEMERDEKAAN, BULAN BAHASA, DAN MINGGU PUSAT
SUMBER SEKOLAH BAGI TAHUN 2022.
Diharapkan sambutan ini akan sentiasa bersemangat dan
hangat sepanjang sambutan bermula pada hari ini hinggalah
pada penutupnya.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas


para, Anak dusun
pasang pelita;
Kalau tersilap tutur
bicara,
Jemari disusun maaf
dipinta

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru


dan pelajar atas kerjasama yang diberikan. Sekian terima
kasih .

Anda mungkin juga menyukai