Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 41


AHAD 17 MAC 2019
DEWAN PENGHULU SULONG
SK TANJONG GADING TANGKAK

KETIBAAN DIF KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan
Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid, diiringi oleh Yang dihormati, Encik
Mohtar bin Daud dan Yang berusaha, Puan Ja’ranah binti Hj Jaafar serta
dif-dif kehormat yang lain.
Majlis mengucapkan selamat datang.

BREAK
- Persembahan silat
- Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor dan lagu
Negaraku
- Vip duduk

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS


Lembut bicara manis selalu,
Lambang diri semakin matang,
Langkah tangkas sembah dialu,
Tanda kasih selamat datang.

Burung puyuh meniti di batang,


Batang manggis condong ke paya,
Pemanis bicara selamat datang,
Awal Bismillah pembuka kata.

1
Bismillahhirrahmannirrahim,

1. Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid


Medical Doctor Universti Kebangsaan Malaysia merangkap
Alumni SK Tanjong Gading 1979-1983

2. Yang dihormati, En. Mohtar bin Daud


Yang DiPertua PIBG SK Tanjong Gading

4. Yang Berusaha, Pn. Ja’ranah bt. Hj. Ja’afar


Guru Besar SK Tanjong Gading

5. Yang Dihormati, Encik Mahathir Bin Abd Ghani


Penghulu Mukim Kesang

6. Yang dihormati, Tn Hj Abdullah bin Hj Omar


Ketua Kampung Tanjong Gading Barat

5. Yang dihormati, En Md Tahir bin Dumpam


Ketua Kampung Tanjong Gading Timur

6. Yang dihormati, Tuan Haji Abdul Rahman bin Karim


Imam Masjid Jamek at Taqwa, Tanjong Gading

7. Yang dihormati, dif-dif jemputan, AJK-AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa,


murid-murid serta hadirin dan hadirat sekalian.

Assalammualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam Pendidikan Tangkak


Perkasa.

2
Sekalung madah puisi indah,
Songsang kata bahasa disula,
Salam sudah hormat pun sudah,
Tibalah detik acara bermula.

Terlebih dahulu majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan


kehadiran Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid, dif-dif jemputan, tuan-
tuan dan puan-puan ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 SK Tanjong
Gading, Tangkak.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyerikan lagi


suasana majlis pada pagi yang damai ini, di samping dapat mengukuhkan
lagi tautan kemesraan serta jalinan kerjasama di antara institusi sekolah
dan kekeluargaan khasnya.

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pertunjukan silat tadi dipersembahkan


oleh Persatuan Silat Sendeng Tanjong Gading sebagai salah satu usaha
penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti sekolah dan di bawah
bimbingan Cikgu Mohamad Azizi bin Abu.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian………

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
3
Seterusnya, bagi memberkati majlis ini, majlis memohon agar kita semua
bersama-sama memanjatkan kesyukuran dan berdoa ke hadrat Illahi agar
majlis pada hari ini akan lebih diberkati.

Untuk itu majlis dengan penuh rasa syukur menjemput Yang Dihormati Tuan
Haji Abdul Rahman bin Karim, Imam satu Masjid Jamek at Taqwa Tanjong
Gading untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

BREAK ( Bacaan Doa )

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Rahman
bin Karim atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sidang hadirin sekalian.


Seterusnya majlis dengan hormatnya mempersilakan,
Yang Dihormati, En. Mohtar bin Daud, untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.
Dipersilakan.

BREAK ( ucapan YDP)

4
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Mohtar bin Daud, atas
ucapan alu-aluan yang disampaikan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN PRASEKOLAH

Bagi menyerikan majlis ini, majlis menjemput murid-murid Prasekolah SK


Tanjong Gading untuk mempersembahkan Gerak Tari Cahayaku Genius di
bawah bimbingan Cikgu Nor Aida binti Mohamad Shah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan……

REHAT (PersembahanPRASEKOLAH)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR

Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid, dan sidang hadirin sekalian.
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang
Berusaha, Pn. Ja’ranah binti Hj. Ja’afar. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

BREAK ( ucapan Guru Besar)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid, dan sidang hadirin sekalian.
Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan multimedia
berkisar tentang kemenjadian murid dari bulan Januari hingga Mac 2019
yang telah disediakan oleh Pn Siti Zuria bt Zuhdi.
5
BREAK (persembahan multimedia)

Terima kasih di atas persembahan multimedia itu tadi.

PERSEMBAHAN ACTION SONG

Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid, dan sidang hadirin sekalian.
Meneruskan tertib acara, marilah sama-sama kita menyaksikan
persembahan Action Song yang bertajuk Baby di bawah pimpinan Cikgu
Hasliza binti Jasman.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

BREAK(Persembahan ACTION SONG)

Terima kasih atas persembahan itu tadi..

UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormat mempersilakan
Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid
Alumni SK Tanjong Gading 1979-1983
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke 41, SK Tanjong Gading Tangkak
6
Dipersilakan...

BREAK (ucapan perasmi)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati,Dr Mohd


Fadli bin Hamid atas ucapan dan perasmian majlis kita pada pagi ini..

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid, dan sidang hadirin sekalian.
Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan dikir barat di
bawah pimpinan Cikgu Nuryana binti Abdullah dan Cikgu Areeza binti
Yusof.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

BREAK (Persembahan dikir barat)

Terima kasih atas persembahan itu tadi..

PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH


Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah dan
sijil penghargaan.

Dengan itu, majlis menjemput dan mempersila,


Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid
Diiringi oleh,
Yang dihormati, En Mohtar Bin Daud
dan
Yang Berusaha, Pn. Ja’ranah bt Hj. Ja’afar,
Untuk menyempurnakan acara tersebut.
7
ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM PERINGKAT MSSJ 2019
Upacara penyampaian hadiah dimulakan dengan
Anugerah Cemerlang Kokurikulum Peringkat MSSJ 2019.

Bagi kategori Bola Baling Lelaki, dipersilakan


Adik Muhammad Rayyan bin Musman

Bagi kategori Bola Tampar Perempuan, dipersilakan


Adik Iman Dafinah bt A. Kamal
Adik Nur Aina Balqis binti Rahman

untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah.

ANUGERAH CEMERLANG UPSR 2018

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR


2018. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, kerjasama yang
erat dan jitu antara guru-guru dan ibu bapa, SK Tanjong Gading telah
berjaya melahirkan seorang murid yang mendapat keputusan cemerlang
6A dalam UPSR yang diumumkan pada tahun lepas.

Dimulakan dengan Anugerah Cemerlang 6A, dipersilakan...


(Rujuk senarai nama)

Seterusnya, Anugerah Cemerlang UPSR 3A, dipersilakan...


(rujuk senarai nama)

8
ANUGERAH PENGHARGAAN IBU BAPA CONTOH
Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Penghargaan Ibu Bapa Contoh.
Untuk pengetahuan Dr Mohd Fadli dan sidang hadirin sekalian, anugerah
ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta menghargai jasa ibu bapa
yang sudi menyumbang masa , tenaga dalam memastikan kemenjadian
murid- murid sama ada di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Sokongan yang padu dan jitu daripada ibu bapa di rumah akan dapat
memastikan dan menjamin kecemerlangan anak-anak ini akan dapat
direalisasikan.

Untuk itu, majlis mempersilakan (rujuk senarai nama)

untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah.

SIJIL PENGHARGAAN PIBG


Seterusnya, penyampaian sijil penghargaan kepada jawatankuasa PIBG
sesi 2018/2019.
(rujuk senarai nama)

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA VIP

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada


warga SK Tanjong Gading, dipersilakan Yang Dihormati Encik Mohtar bin
Daud untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Dihormati, Encik Mahathir Bin Abd Ghani

Yang dihormati, Tn Hj Abdullah bin Hj Omar

Yang dihormati, En Md Tahir bin Dumpam

9
Yang dihormati, Tuan Haji Abdul Rahman bin Karim

Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid.

Untuk menerima cenderamata tanda kenang-kenangan daripada pihak


PIBG SK Tanjong Gading.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi diucapkan kepada
Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid
kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama warga SK Tanjong
Gading bagi menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohtar bin Daud
atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

# perasmi turun

SESI BERGAMBAR & LAWATAN KE BILIK SUMBER


Majlis menjemput dan mempersila,
Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid serta dif-dif jemputan ke sesi
bergambar bersama barisan jawatankuasa PIBG 2018/2019.
#dan seterusnya majlis menjemput dan mempersila
Yang dihormati,Dr Mohd Fadli bin Hamid.
Diiringi oleh,
Yang dihormati, En Mohtar Bin Daud
dan
Yang Berusaha, Pn. Ja’ranah bt Hj. Ja’afar,

Serta dif-dif jemputan untuk melawati Bilik Sumber SK Tanjong Gading dan
seterunya ke kantin bagi menikmati sedikit juadah yang telah disediakan.

10
SLOT BERSAMA BSN
Sidang hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan sesi taklimat ringkat bersama
pegawai daripada Bank Simpanan Nasional.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersila


__________________________________________________________
__________________________________________________________
Untuk menyampaikan taklimatnya.
Dipersilakan.
PENUTUP

Dengan itu, maka berakhirlah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pibg Kali
Ke 41, SK Tanjong Gading Tangkak. Jutaan terima kasih diucapkan
kepada barisan jawatankuasa sesi 2018/2019 kerana telah menjalankan
tugas dengan cemerlang. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada
barisan jawatankuasa yang akan dilantik sebentar lagi.

Di atas dahan si burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.
11

Anda mungkin juga menyukai