Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGERUSI MAJLIS

(KETIBAAN BARISAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2012/13) (Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menghormati perarakan masuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013) Hadirin di persilakan duduk. (KETIBAAN PENGARAH KAMPUS DAN JEMPUTAN KHAS) Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menghormati ketibaan Pengarah Kampus IPG Kampus Pendidikan Teknik Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahgia, Dr. Muhammad Bin Abdul Rahman, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Yang Berusaha, Tuan Haji Muaaz bin Muhammad, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Pendidikan Teknik. Yang Dihormati, Saudara Mohamad Syafiq Bin Roslan, Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Sesi 2012/2013. Tetamu-tetamu kehormat ketua-ketua jabatan, para pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik serta hadirin yang dihormati sekalian. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya kerana dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam Majlis Penyerahan Watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Muhammad Bin Abdul Rahman, atas kesudian beliau melapangkan masa untuk bersama-sama di majlis ini.

Dengan berkat kehadiran Tuan Pengarah Kampus, Majlis Penyerahan Watikah akan ini menjadi lebih bermakna lagi. Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu kehormat dan para pensyarah serta para hadirin dan hadirat sekalian kerana bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian Negaraku, hadirin di minta berdiri. (NYANYI LAGU NEGARAKU) Tetak buluh panjangnya tujuh, Buat menjolok sarang penyengat; Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon supaya berkat. Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara Mohd Uzair Bin Mohd Ali untuk membacakan doa. Dipersilakan. (BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI) Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd Uzair Bin Mohd Ali atas bacaan doa itu tadi. 1. (MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH DAN UPACARA MENANDATANGANI DOKUMEN PENYERAHAN TUGAS) Majlis diteruskan lagi dengan Upacara Penyerahan Watikah dan Upacara Menandatangani Dokumen Penyerahan Tugas oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 (MUZIK GAMELAN......) Majlis dengan ini menjemput, YANG DI-PERTUA JPP Mohamad Syafiq Bin Roslan NAIB YANG DI-PERTUA 1 Md Fuad Bin Razali NAIB YANG DI-PERTUA 2 Najmuddin Bin Azman SETIAUSAHA Nur Nadia Binti Bakim

NAIB SETIAUSAHA Nurul Aina bt Ab Halim BENDAHARI Saiful Izwan Bin Makhtar NAIB BENDAHARI Nur Atiqah Bt Abdullah BIRO KOLEJ KEDIAMAN Muhammad Khalid Bin Ali Nur So'ima Kamila Bt Ab Llah BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN Patrick Duffy Anak Bayuong Muhammad Izzat Afif Bin Hasim BIRO SUKAN Ahmad Luqman Hakim Bin Abdul Hamid Faizrul Surioki Bin Abu Bakar BIRO DOMESTIK & ANTARABANGSA Muhammad Nur Aizat Bin Kriscylla Yusri Farulzi Bin Yusuf BIRO HAL EHWAL WANITA Natasya Nur'ain Bt Khasim Anis Atika Bt Tukiran BIRO KEBAJIKAN Ariff Azmir Bin Azizan Nor Safwani Bt Mazelan BIRO KEROHANIAN Muhamad Hakimin Bin Abd Hamid Nik Husni Adilah Bt Nik Hashim BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI Nik Muhammad Nur Khaidir Bin Nik Hassan Shahir Shahidin Bin Ramshah BIRO AKADEMIK Arizal Haffidz Bin Arsad Muhammad Faiez Bin Mohd Zainal BIRO KEUSAHAWANAN Nurul Shafawati Binti Ghazali Ahmad Fahmi Bin Ahmad Fauzi

2. (SIMBOLIK PENYERAHAN TUGAS JPP 2012/2013 DAN JPP 2011/2012) Majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara Mohamad Syafiq Bin Roslan selaku Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Saudara Syafikul Ashraf Bin Sarafudin, Naib Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012 untuk menyempurnakan Upacara Penyerahan Watikah dan seterusnya menandatangani dokumen penyerahan tugas. 3. (LAFAZ IKRAR JPP) Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara lafaz ikrar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 yang akan dipimpin oleh Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013,saudara Mohamad Syafiq Bin Roslan. 4. (UCAPAN YANG DIPERTUA JPP) Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama-sama amati. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Saudara Mohamad Syafiq Bin Roslan, selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dengan hormatnya dipersilakan. (UCAPAN YDP JPP DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Mohamad Syafiq Bin Roslan atas ucapan itu tadi.

5. (UCAPAN KETUA JABATAN HEP) Kapal berlabuh di Kuala Rengit, Semat jerami di Sungai Muar,

Tuan umpama bulan di langit; Dapat kami menumpang sinar. Seterusnya kita ikuti pula ucapan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji Muaaz Bin Muhammad, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN KETUA JABATAN HEP DAN APABILA SELESAI) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Muaaz Bin Muhammad atas ucapan itu tadi. 6. (UCAPAN PENGARAH KAMPUS) Para hadirin sekalian, Dari Melaka pergi ke Serdang, Singgah sebentar di Bukit Serindit; Tuan umpama bintang gemilang, Titipkan amanat barang sedikit. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Amat Berhormat, Dr Muhammad Bin Abdul Rahman, Pengarah Kampus IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN PENGARAH KAMPUS DAN APABILA SELESAI) Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Muhamamd Bin Abdul Rahman di atas ucapan beliau itu tadi.

8. (PENUTUP) Ibarat berjalan dah sampai di halaman, Ibarat berenang dah sampai di tebing,

Ibarat terbang dah hinggap di dahan, Ibarat mendaki dah sampai di puncak. Bagi pihak seluruh anggota Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Muhamamd Bin Abdul Rahman, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik yang diiringi oleh Tuan Haji Muaaz Bin Muhammad di atas kesudian untuk bersama-sama kita pada pagi ini. Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Majlis Penyerahan Watikah JPP 2012/2013 ini.. Akhir kata, Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Yang baik itu ketentuan Allah, Yang cela itu kelemahan diri. 7. (PENGUMUMAN KM MENINGGALKAN MAJLIS) Para hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan Saudara Mohamad Syafiq Bin Roslan untuk menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat Dr Muhammad Bin Adbul Rahman dan Tuan Haji Muaaz Bin Muhammad untuk menjamu selera.. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Anda mungkin juga menyukai