Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Sebelum Di sini terdapat beberapa pengumuman.
majlis 1. Diminta semua fasilitator untuk duduk di tempat yang telah disediakan.
2. Hadirin diminta untuk menukarkan mode telefon bimbit kepada mode
senyap semasa program berlangsung.
Sewaktu diumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, hadirin diminta untuk berdiri
dengan tegap.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan,


Perarakan
masuk
pensyarah diiringi,

Encik Ainuddin bin Mohamad Isa,


Penasihat 1 Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim

Saudara Muhammad Zulfikri bin Lokman Hakim,


Pengarah Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim.

Majlis mengalu-alukan.

Hadirin dipersilakan duduk,


Salutasi
Yang Diraikan,

Yang Berusaha,
En Ainuddin Bin Mohamad Isa,
Penasihat 1 Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim,
Yang dihormati,
Saudara Muhammad Zulfikri bin Lokman Hakim,
Pengarah Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim.

para pensyarah,
para fasilitator,
serta hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, dan

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENUTUP BAGI PROGRAM JALINAN


KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM BAGI SESI 2018
Sayang kumbang mencari makan ,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu ilahi
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Bacaan doa Mohon berkat yang Maha Esa.
Sebagai pembuka tirai acara, marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon restu agar majlis mendapat keberkatan. Dijemput Saudara
Muhammad Hafizul Helmi Bin Md Razeif untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
Amin-amin ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Saudara
Muhammad Hafizul atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Tayangan Sekarang, marilah sama-sama kita menyaksikan bingkisan video montaj


video montaj Program ini yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal Program
Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim sesi 2018.
Ucapan yang Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang dihormati Saudara Muhammad
pengarah Zulfikri bin Lokman Hakim, Pengarah program Jalinan Kasih Bersama Anak-
Program Anak Yatim untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Zulfikri atas ucapannya


sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha En Ainuddin bin


Mohamad Isa Penasihat 1 Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim,
untuk menyampaikan ucapan.

Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada En Ainuddin bin Mohamad Isa atas kesudian
hadiah dan menyampaikan ucapan.
ucapan
perasmian Kini, telah tiba masanya yang dinanti-nantikan iaitu sesi penyampaian hadiah
kepada para pemenang.

Oleh itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput serta mempersilakan

diiringi oleh Encik Ainuddin bin Mohd Isa untuk menyampaikan menyampaikan
hadiah kepada para pemenang sekaligus merasmikan Program Jalinan Kasih
Bersama Anak-Anak Yatim sesi 2018.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada atas
kesudian merasmikan Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim pada
kali ini. Ucapan tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima anugerah ikon
siswa dan siswi Persatuan Agama Islam sesi 2017. Semoga pencapaian ini
menjadi pembakar semangat kepada kita semua untuk terus berusaha
menambahbaik diri menjadi seorang mukmin yang sejati.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Ainuddin bin
cenderamata Mohd Isa Penasihat 1, Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim
kepada diiringi Saudara Muhamad Zulfikri bin Lokman Hakim untuk menyampaikan
perasmi. cenderamata kepada sebagai
tanda kenang-kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada En Ainuddin atas penyampaian cenderamata.

Sesi Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi maka tibalah


penangguhan kita ke penghujung majlis bagi Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak
program Yatim bagi sesi 2018.
jalinan kasih
bersama Bunga dedap di atas para,
anak-anak Anak dusun pasang pelita;
yatim. Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membina ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Sekian, wabillah hi taufiq, wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t


Majlis bersurai.
Diminta kepada semua hadirin bersiap sedia untuk sesi bergambar. Sesi ini
akan dikendalikan oleh AJK Fotografi.

Anda mungkin juga menyukai