Anda di halaman 1dari 2

Di minta para guru, ibu bapa serta pelajar mengambil tempat kerana majlis akan

dimulakan sebentar sahaja lagi.

Yang berusaha,
Pengetua SMK Taman Taunku Jaafar: Tuan Omar Bin Ahmad
Yang Dihormati,
Yang Di Pertua PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar: Kolenal Shamsirudin Bin Sharif
Yang Dihormati,
Tetamu Undangan Khas: Al Fadzil Ustaz Muhamamad Mumtaz Bin Harun
Yang Dihormati,
Barisan Guru- Guru Penolong Kanan,
Para guru, ibu bapa serta para pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillahsegala puji bagi allah di atas limpah kurnia dan innayahnya dapat
kita bersama-sama berkumpul di dalam majlis yang penuh barakah ini iaitu
Majlis Munajat Kecemerlangan PT3 dan SPM SMK Taman Tuanku Jaafar bagi tahun
2015. Majlis ini merupakan agenda tahunan bagi memohon pertolongan dari
Allah S.W.T agar dipermudahakan segala urusan pelajar-pelajar tingkatan 3 dan
tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini.
Tanpa melengahkan masa majlis dengan ini menjemput,
Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar: Tuan Omar Bin Ahmad
Untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput,
Yang Di Pertua PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar: Kolenal Shamsirudin Bin Sharif
Untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Tanpa membuang masa marilah sama-sama kita mendengar dan menghayati
tazkirah motivasi kecemerlangan yang akan disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz
Muhamamad Mumtaz Bin Harun. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Seterusnya sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis dengan
ini mempersilakan Yang Berusaha Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar: Tuan
Omar Bin Ahmad untuk menyampaikan sedikit sumbangan cenderamata

kepada tetamu undangan khas Al Fadzil Ustaz Muhamamad Mumtaz Bin Harun di
atas kesudiaan menyampaikan takzirah dan mengimamkan solat hajat sempena
Majlis Munajat Kecemerlangan PT3 dan SPM SMK Taman Tuanku Jaafar tahun
2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Omar Bin Ahmad di atas penyampaian
cenderamata sebentar tadi
Maka dengan ini berakhir sudah majlis kita pada malam ini. Semoga para pelajar
tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM
akan beroleh kejayaan yang cemerlang.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Para tetamu, ibu bapa, guru-guru serta para pelajar di jemput ke kantin untuk
menikmati juadah yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai