Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

NAMA PROGRAM: BEAUTY IS PAIN

TARIKH: 25 APRIL 2018

TEMPAT: DEWAN PROFESSIONAL, UITM MACHANG

PERKARA TEKS CATATAN

Ketibaan VIP Majlis mengumumkan ketibaan Yang Mulia,

Dr. Haji Tuan Mohd Rosli Bin Tuan Hasan, Rektor

UiTM Cawangan Kelantan dan dif-dif jemputan

masuk ke dalam dewan.

Nyanyian Lagu dan Diminta para hadirin untuk terus berdiri bagi sama-sama

Kata-kata Aluan kita menyanyikan lagu Negaraku dan Wawasan Setia

Warga UiTM. (nyanyian lagu)

Para hadirin dipersilakan duduk.

Lafaz bismillah pembuka gelanggang,

Silat pantun warisan melayu,

Pemanis kata selamat datang,

Salam dihulur, kedatangan dialu

Assalamualaikum Wbrkth, Salam Sejahtera, Salam 1

Malaysia, Salam 1 UiTM, Salam dari Kampus Tanah

Serendah Sekebun Bunga, Kampus Cantik Budaya

Berkualiti “Leading in Entrepreneurship and

Community Engagement”
Yang Mulia Dr. Haji Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan, Rektor UiTM
Cawangan Kelantan, Yang berusaha Dr Shahsuzan Bin Zakaria, Timbalan
Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan, Yang Berusaha
Encik Affarizan Bin Sidek, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan
Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan, Yang Berusaha Encik Azmi bin
Mohamed, Pengurus Kanan Asrama, Yang Berusaha Encik Mohammad
Amir Taufik Bin Abu Hassan, Penolong Pegawai Farmasi, Yang Berusaha
Encik Wan Mohd Firdaus Bin Wan Mohammad, Penasihat 1 Kolej Tun
Hussein Onn, Yang Berusaha, Puan Wan Salwana Binti Wan Sulaiman,
Penasihat 2 Kolej Tun Hussein Onn, Yang Berusaha Dr. Nik Muzaiman
Mustapha, Penasihat Kelab Program Siswa Sihat, Yang Berusaha Encik
Mohammad Faiz Bin Iskandah, Staff Residen Kolej Tun Hussein Onn,
Yang Dikasihi Saudara Nur Muhammad Haikal Bin Ramli, Yang Di-
Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Yang Dikasihi Saudari Nur Alia A’tirah
Binti Mohd Dasuki, Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun
Hussein Onn, Yang Dikasihi Saudara Zainal Abidin Bin Mohd Nasir,
Presiden Kelab Program Siswa Sihat, Yang Dikasihi Saudari Nur Shahirah
Bt Mohmad Zabidi, Pengarah Projek ‘Beauty Is Pain’ dan selamat datang
ke program ‘Beauty Is Pain’ yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn bersama Kelab Program Siswa Sihat.

Hadirin sekalian,
Bacaan doa dan
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang ini, dijemput
Objektif saudara .................. untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. (bacaan doa)
Amin, amin ya Rabbal alamin.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada ……… di atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis ini sentiasa di bawah lindungan Rahmat dan Kasih
sayangNya. Para hadirin yang dihormati sekalian, pertama dan utama,
Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izin dan inayahNya kita diberikan kesempatan untuk bersama-sama di
majlis yang penuh bermakna ini. Majlis ingin merakamkan sekalung
penghargaan kepada (perasmi), dif-dif jemputan serta para hadirin sekalian
atas kelapangan masa dalam merealisasikan majlis ini. Untuk pengetahuan
para hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada mahasiswa khasnya kepada mahasiswi mengenai
keburukan penyalahgunaan barang kosmetik serta tips yang berguna
kepada mahasiswi. Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk
melahirkan mahasiswi yang bijak dalam pemilihan kosmetik dan
mendedahkan jenis-jenis kosmetik yang selamat untuk digunakan.

Ucapan dan Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Perasmian saudari Nur Shahirah Bt Mohmad Zabidi,
pengarah projek ‘Beauty Is Pain’ untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. (ucapan pp)

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur


Shahirah Bt Mohmad Zabidi di atas ucapan yang
diberikan.

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang jerami,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan kata perasmi.

Majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan


(perasmi) untuk menyampaikan ucapan serta
merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis
dengan berbesar hati menjemput dan
mempersilakan. (ucapan perasmi)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


diucapkan kepada (perasmi) di atas kesudian
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
majlis sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Ceramah ‘Beauty Is Sekarang tibalah masa kepada agenda yang


Pain’ dan Sesi Soal ditunggu-tunggu, iaitu sesi perkongsian ilmu yang
Jawab akan disampaikan oleh Encik Affarizan Bin Sidek,
Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan
Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ceramah)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Encik Affarizan Bin Sidek di atas perkongsian
ilmu sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan


Ceramah Israk Terima kasih kepada kedua-dua panel dan
Mikraj moderator kita kerana sudi menyampaikan ilmu
yang sangat bermakna serta memberi manfaat
kepada kita semua.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan


terakhir daripada kumpulan qasidah Badrotim.
Qasidah penutup
dan penyampaian
cenderamata
Kita akan teruskan majlis pada petang ini dengan
sesi penyampaian cenderamata. Oleh itu, majlis
dengan berbesar hati menjemput Encik Azmi bin
Mohamed bagi mengiringi Yang Mulia Dr. Haji
Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan bagi
menyempurnakan sesi penyampaian
cenderamata. Majlis menjemput panel pertama
kita iaitu Yang Berusaha Ustaz Dr. Mohd
Zawawi Bin Mohamad bagi menerima
cenderamata.

Seterusnya, majlis menjemput panel kedua iaitu


Yang Berusaha Ustaz Mohd Nazri Bin Mat Zin.

Seterusnya. majlis mempersilakan moderator


kita iaitu Yang Berusaha Ustaz Muhammad
Miqdad Aswad Bin Ahmad.

Seterusnya majlis mempersilakan wakil


kumpulan qasidah Badrotim.

Diminta Yang Berusaha Encik Azmi Bin


Mohamed untuk terus berdiri bagi
menyampaikan cenderamata kepada Rektor
UiTM Cawangan Kelantan Yang Mulia Dr. Haji
Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan .

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Yang Mulia Rektor, Dr. Haji Tuan Mohd Rosli
Tuan Hassan dan Encik Azmi Bin Mohamed atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

Sebelum kita menutup tirai majlis pada malam


Alunan Doa ini, marilah kita sama-sama mengalunkan bacaan
Rabitah Doa Rabitah.

Dengan berakhirnya alunan doa Rabitah sebentar


itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada
petang ini. Saya
selaku pengacara majlis anda, memohon beribu
kemaafan jika ada silap dan salah sepanjang
kami mengendalikan majlis pada petang ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada


Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya
daripada kelemahan diri kami sendiri.

Dijemput kepada dif-dif jemputan ke

Pusat Islam untuk menikmati juadah yang


disediakan.

Sekian sahaja daripada kami. Wabillahitaufik


walhidayah Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai