Anda di halaman 1dari 3

TEKS MC LAWATAN PENANDA ARAS

UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim.
PENGERUSI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
MAJLIS
Selamat datang kami ucapkan
Kepada Rombongan tuan Budiman
Di SMK Chendering kita dipertemukan
Semoga silaturrahim dapat dieratkan

Dari KOMETS datang tetamu


Membawa bekal kuih cara
Hari ini kita bertemu
Moga kekal menjalin mesra

Yang berusaha,
Tn Hj Fauzi bin Ibrahim,
Pengetua, SMK Chendering

Yang berusaha
Puan Norzihan binti Ab Karim
Pengetua SMK Kompleks Mengabang Telipot

Yang dihormati
En Mohd Shuki bin Ahmad
Penolong Kanan pentadbiran SMK Chendering

Yang Mulia Tengku Mohd Abdussalam bin Tengku Awang


Penolong Kanan Hal ehwal Murid SMK Chendering

Yang dihormati
Encik Zainudin bin Md Zin
PK Kokurikulum SMK Chendering

Barisan pengurusan SMK Chendering,


Barisan pengurusan SMK Kompleks Mengabang Telipot
guru-guru serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Selamat datang warga KOMETS KE BUMI CHARM

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


atas kurnia dan izin-Nya maka kita diberi luangan waktu, digerakkan
minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul di PUSAT SUMBER IBNU BATTUTA pada hari
ini bagi menjayakan Program Lawatan Penanda Aras dari SMK
Kompleks Mengabang Telipot ke SMK Chendering ini. Kami mengalu-
alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mari.

BACAAN DOA Tepi berangan rumpunan buluh

1
(USTAZ TUAN Buluh merimbun subur teramat
ZAKI BIN TUAN Diangkat tangan jemari sepuluh
MAMAT) Doa dipohon biar selamat

Agar majlis lebih berkat, agar ikatan terus muafakat


Majlis dengan sukacita mempersilakan Tuan Haji Zakaria bin Ismail
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin-amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji


Zakaria bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Emas tempawan buatmu puteri, 


PENOLONG Busana indah buat rupawan; 
KANAN Sudilah tuan tampilkan diri, 
Bersama madah kata aluan.
PENTADBIRAN
SMK Hadirin sekalian,
CHENDERING Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Yang dihormati,
Encik Mohd Shuki bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Chendering, untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

(Ucapan PKP SMK Chendering)

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati, Encik Mohd Shuki bin
Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Chendering atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN PKP Dara rupawan tersenyum manis


SMK DATO' HAJI Petik kenanga kuntum delapan
MOHD SAID Hadirnya tuan penyeri majlis
Molek kiranya susuli ucapan

Meneruskan majlis pada hari ini, dijemput Yang berusaha Puan


Norzihan binti Ab Karim, Pengetua SMK Kompleks Mengabang Telipot
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan Pengetua SMK Kompleks Mengabang Telipot)

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Norzihan binti Ab


Karim, Pengetua SMK Kompleks Mengabang Telipot atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi

TAYANGAN
VIDEO Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan

2
video TS25 dari SMK Chendering. Sama-sama kita saksikan.
…………..tayangan video……………….
Terima kasih atas persembahan video TS25 sebentar tadi.

PENYAMPAIAN
CENDERAMATA Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
cenderamata. Dipersilakan Yang dihormati, Encik Mohd Shuki bin
Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Chendering untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang berusaha
Puan Norzihan binti Ab Karim, Pengetua SMK Kompleks Mengabang
Telipot

Seterusnya, dipersilakan pula Yang berusaha Puan Norzihan binti Ab


Karim, Pengetua SMK Kompleks Mengabang Telipot untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang dihormati, Encik Mohd
Shuki bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Chendering.
Dipersilakan.

-PENYAMPAIAN CENDERAMATA-
Terima kasih kepada kedua-dua belah pihak atas penyampaian
cenderamata sebentar tadi.

PENUTUP Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka


berakhirlah majlis kita pada hari ini. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi menjayakan
Program Lawatan Penanda Aras dari SMK Kompleks Mengabang
Telipot ke SMK Chendering ini. Dikesempatan ini juga, saya mewakili
SMK Chendering ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan Majlis ini

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimba buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Melarik halus papan di jawa


Tersegam kukuh di gerbang batu
Adat bertemu terpisah jua
Moga ketemu di lain waktu

Hadirin dipersilakan untuk sesi lawatan ke bilik-bilik khas dan kemudian


semua tetamu dijemput untuk menjamu selera di kantin sekolah
selepas sesi lawatan.
Sekian, wabillahitaufikwalhidayah assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai