Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERPISAHAN PK HEM

UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim.
PENGERUSI
MAJLIS Alhamdulillahirobbil alamin wassolatuwassalamuala ashrafil
anbiya iwal mursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajmain
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Yang berusaha,
Tn Hj Fauzi bin Ibrahim,
Pengetua, SMK Chendering

Yang diraikan
Cikgu Tengku Mohd Abdussalam bin Tengku Awang
Penolong Kanan Hal ehwal Murid

Yang dihormati
En Mohd Shuki bin Ahmad
Penolong Kanan pentadbiran

Yang dihormati
Encik Zainudin bin Md Zin
PK Kokurikulum

Guru-guru kanan mata pelajaran,


guru-guru serta murid-murid yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat


Ilahi atas kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
berkumpul pada hari ini bagi meraikan perpisahan insan yang
sangat rapat dan dekat dengan jiwa kita semua iaitu Cikgu
Tengku Mohd Abdussalam bin Tengku Awang, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong
Kanan Pentadbiran di SMK Sri Nilam.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan

UCAPAN WAKIL Hadirin sekalian,


MURID Majlis akan dimulakan dengan mempersilakan
…………………………………………………………, wakil murid
untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan
kepada………………………………………………….. atas ucapn
yang telah disampaikan sebentar tadi.

1
UCAPAN
PENGETUA Hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput Yang
berusaha, Tn Hj Fauzi bin Ibrahim, Pengetua SMK Chendering
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Tn Hj Fauzi bin


Ibrahim, Pengetua SMK Chendering, atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN YANG Bukan senang menampi selasih


DIRAIKAN PK Selasih sudah bercampur arang
HEM Bukan mudah bercerai kasih
Kerana kasih bercampur saying

Hadirin sekalian,
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan daripada insan
yang diraikan. Dipersilakan Yang diraikan Cikgu Tengku Mohd
Abdussalam bin Tengku Awang, Penolong Kanan Hal ehwal
Murid untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(Ucapan PK HEM)
Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan Cikgu Tengku
Mohd Abdussalam bin Tengku Awang, atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi

TAYANGAN
VIDEO Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan
persembahan video seribu kenangan Bersama Cikgu Salam.
Sama-sama kita saksikan.
…………..tayangan video……………….
Terima kasih atas persembahan video sebentar tadi.

PENYAMPAIAN
BUNGA Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan upacara
penyampaian cenderamata. Dipersilakan Yang berusaha, Tn Hj
Fauzi bin Ibrahim, Pengetua, SMK Chendering untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang
diraikan Cikgu Tengku Mohd Abdussalam bin Tengku Awang,
Dipersilakan.
-PENYAMPAIAN CENDERAMATA-
Terima kasih kepada Cikgu Tengku Mohd Abdussalam bin
Tengku Awang atas kesudian menerima cenderamata daripada

2
kami. Pastinya kami warga charm tidak akan lupa dengan Cikgu
Salam. Beliau meninggalkan kita dengan daya usaha dan
semangat kerja serta komitmen yang cemerlang sepanjang
berada di sini.

BACAAN DOA Hadirin sekalian,


(USTAZ TUAN
ZAKI BIN TUAN Kita telah tiba ke penghujung acara. Sebelum majlis menutup
tirai, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Tuan Zaki
MAMAT)
bin Tuan Mamat untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin-amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada


Ustaz Tuan Zaki bin Tuan Mamat atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

PENUTUP
Dengan berakhirnya bacaan doa itu tadi, maka berakhirlah majlis
kita pada hari ini. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama dalam Majlis Perpisahan Cikgu Tengku Mohd Abdussalam
bin Tengku Awang. Dikesempatan ini juga, saya ingin
memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan Majlis ini.

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budi tuan dalam ingatan

Kepada cikgu tengku mohd abdussalam


Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas di tempat yang baharu
Semoga Allah sentiasa memberkatimu

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai