Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS HI-TEA ‘SEINDAH KENANGAN DI DALAM INGATAN’

TEKS PENGACARA MAJLIS

Bismilllah........................

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum .......................salam sejahtera.


Yg Berusaha Pn Norliza binti Akhbar, Guru Besar SK Teluk Ru,….
Barisan guru dan PPM,
Yang diraikan, Cikgu Mohamad Syukri bin Zainuddin, seterusnya hadirin hadirat
sekalian.
yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita
berkumpul pada petang ini untuk menjayakan Majlis Hi-Tea ‘Seindah Kenangan Di
Dalam Ingatan’ Sekolah Kebangsaan Teluk Ru.

Saya bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan mengalu-alukan


kehadiran  yang diraikan, Cikgu Mohamad Syukri bin Zainuddin kerana
berkesempatan meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kita dalam majlis
pada petang  yang indah ini. Semoga hubungan kita kekal akrab sepanjang masa.

Hadirin dan hadirat sekalian.


Majlis pada petang ini merupakan majlis tahunan yang dikelolakan oleh barisan
Jawatankuasa Kelab Guru & Kakitangan SKTR. Majlis ini juga bertujuan untuk
memberi  penghargaan kepada semua warga pendidik dan staf SKTR atas semua
khidmat bakti sepanjang kita bekerja bersama-sama bagi tahun 2021-2022 ini.
Mudah-mudahan sokongan yang ditunjukkan akan diteruskan bagi memastikan
SKTR dikenali dan dihormati.

Gulai tempoyak udang galah


Makan berulam bunga kantan
Dipanjatkan doa kehadrat Allah
Agar majlis dapat keberkatan

Dijemput dengan segala hormat, Cikgu Muhamad Asri bin Zainudin untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Muhamad Asri bin Zainudin kerana telah sudi
memimpin bacaan doa itu tadi.

UCAPAN PENGERUSI KELAB


Hadirin Hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput Cikgu Zaim Asyraf bin Shakir, Pengerusi Kelab
Guru SKTR untuk menyampaikan sepatah dua kata, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaim Asyraf bin Shakir, Pengerusi Kelab
Guru SKTR kerana telah sudi menyampaikan ucapan.

UCAPAN GB
Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah Puan tampilkan diri
Bersama madah kata ucapan.

Dijemput dgn segala hormatnya , Yang Berusaha Pn Norliza binti Akhbar, Guru
Besar SK Teluk Ru untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kpd Yg Berusaha Pn Norliza


binti Akhbar, Guru Besar SK Teluk Ru yg telah sudi menyampaikan ucapan.

ACARA MEMOTONG KEK


Hadirin- hadirat sekalian,
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan acara memotong kek. Untuk itu,
dipersilakan Yg Berusaha Pn Norliza binti Akhbar dan para pentadbir untuk
menyempurnakan simbolik upacara memotong kek. Dipersilakan.

ACARA MEMOTONG KEK BERLANGSUNG


Terima kasih diucapkan kpd Pn Norliza binti Akhbar dan para pentadbir di ats
kesudian menyempurnakan acara memotong kek sebentar tadi.

JAMUAN
Malam raya memasang pelita
Berguran senda sanak saudara
Juadah terhidang di depan mata
Marilah bersama menjamu selera

Dipersilakan semua tetamu, para pentadbir, guru dan staf untuk menjamu selera.
UCAPAN YANG DIRAI
Besar langit ditepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dijemput yang diraikan, Cikgu Mohamad Syukri bin Zainuddin utk menyampaikan
sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan terima kasih kpd Cikgu


Mohamad Syukri bin Zainuddin yg telah sudi menyampaikan ucapan itu tadi. 

PENYAMPAIAN HADIAH BERPINDAH


Baiklah, kini tiba kita ke acara yang ditungu-tunggu. Majlis seterusnya menjemput
Pn. Guru Besar untuk menyampaikah hadiah kenang-kenangan dari Kelab Guru &
Kakitangan, buat Cikgu Mohamad Syukri, dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih Pn. Guru Besar di atas kesudian menyampaikan hadiah tersebut.

TUKAR2 HADIAH
Baiklah, kita beralih ke acara yang terakhir hari ini, iaitu sesi bertukar-tukar hadiah.
Dijemput .....................................utk memulakan acara. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

PENUTUP
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.

Bunga dedap diatas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian majlis pada pagi ini. Wabillah.................

Anda mungkin juga menyukai