Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS SEIRING MENCIPTA MEMORI DAN

SANJUNGAN BUDI SERTA JAMUAN AKHIR TAHUN 2022


30 November 2022; Mami Jijah, Sungai Petani

CUE ANN
Ketibaan Yang Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengetua dengan diiringi oleh barisan
Dirai
Pentadbir sekolah, Pengerusi dan Barisan AJK Kelab Guru.
Hadirin sekalian dipersilakan untuk sama-sama berdiri.
Terima Kasih, Hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing.
Salutasi Petang yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Sepena
Majlis Seiring Mencipta Memori dan Sanjungan Budi serta Jamuan akhir Tahun Guru dan
Staf SMK Pekula Jaya tahun 2022.

BismilLahir Rahmanir Rahim.  Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha, Pn Nor Zamzila bt Ahmad@Ibrahim, Pengetua SMK Pekula Jaya


Yang Berusaha, Puan Hajjah Che Faridah bt Abd Halim, PK Pentadbiran SMK Pekula Jaya
Yang Berusaha, En Mahiyidin bin Mat, PK Kokurikulum SMK Pekula Jaya
Yang Berusaha Pn Sarina bt Ishak, Pengerusi Kelab Guru dan Staf SMK Pekula Jaya

Yang diraikan, Yang Berusaha En Ahmad Hilmi Tan bin Abdullah,


Yang diraikan, Yang Berusaha Pn Halimah bt Ahmad,
Yang diraikan, mantan guru SMK Pekula Jya
1. Pn Surayanti bt Salleh
2. En Mohd Zahran bin Abdullah
3. En Mohd NIzan bin Sudin

Juga yang diraikan, En Lim Cheng Yew,

Barisan Guru Kanan Bidang, Ahli Jawatan Kuasa Penyelaras Program Kelab guru dan Staf,
rakan-rakan warga pendidik dan Staf SMK Pekula Jaya, seterusnya hadirin dan hadirat yang
dikasihi sekalian.

Aluan Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin serta limpah
Pengerusi rahmatnya, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Seiring Mencipta Memori
Majlis dan Sanjungan Budi serta Jamuan akhir Tahun Guru dan Staf SMK Pekula Jaya tahun 2022.
Mewakili pihak penganjur, Ahli Jawatan Kuasa Penyelaras Program Kelab Guru dan Staf,
saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada hadirin dan
hadirat sekalian atas kesudian untuk sama-sama memeriahkan majlis pada petang yang
berbahagia ini.
Bacaan Doa Hadirin yang dihormati sekalian

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Alfadhil Ustaz Ahmad Nadzri bin Yaakob bagi memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alfadhil Ustaz Ahmad Nadzri atas
1
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian


Pengerusi
Kelab Guru Sebelum kita menjamu selera dengan hidangan yang enak dan menyelerakan, marilah sama-
dan Staf sama kita beralih pandang ke acara yang selanjutnya.

Meneruskan agenda pada petang ini majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Pengerusi Kelab Guru dan Staf, Yang Berusaha Pn Sarina bt Ishak untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Sarina atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Tuan Hadirin yang dihormati sekalian


Pengetua
Majlis pada petang ini mengorak langkah meneruskan agenda, dengan menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Pengetua, Yang Berusaha, Pn Nor Zamzila bt Ahmad
@ Ibrahim untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan apreasasi jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan
Pengetua atas titipan ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Majlis juga berbesar hati menjemput barisan pentadbir, Pengerusi Kelab Guru untuk sama-
sama menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Tuan Pengetua untuk upacara memotong
Kek. Dipersilakan….

Jamuan Makan Terbang rendah burung tempua,


Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera,

Untuk itu majlis sekali lagi mempersilakan Alfadhil Ustaz Ahmad Nadzri bagi membacakan
doa. Dipersilakan…

Terima kasih… Hadirin sekalian di jemput untuk menjamu selera. Dipersilakan…

Tayangan Hadirin yang di hormati sekalian


Multimedia
Dan Ucapan Sir Majlis pada petang ini juga turut meraikan 2 lagi rakan guru SMK Pekula Jaya akan bersara.
Hilmi
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, sambil – sambil kita menjamu selera, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En Ahmad Hilmi Tan bin
2
Abdullah. Dipersilakan…..

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan
kenang-kenangan buat kita semua.

Hadirin yang dihormati sekalian… Majlis pada petang ini juga turut berbesar hati untuk
sama mendengarkan ucapan yang diraikan En Ahmad Hilmi Tan bin Abdullah yang
dirakamkan khas buat kita semua. Majlis mempersilakan…

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang diraikan En Ahmad Hilmi Tan atas
rakaman ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Tukar Hadiah Hadirin yang di hormati sekalian,


kali -1
Kata orang,
Tanam leguni tumbuh kelapa,
Terbit bunga, pucuknya mati,
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Majlis pada petang berehat seketika dan akan diselang-selikan dengan acara tukar hadiah…
untuk itu dipersilakan rakan-rakan AJK Kelab Guru untuk bergerak dari meja ke meja untuk
sesi cabutan nombor pertukaran hadiah… dipersilakan…

untuk makluman semua… hadiah bagi sesi tukar hadiah ini boleh ditebus dikaunter hadiah
yang telah disediakan di bahagian hadapan dewan…

Tayangan Terima kasih diucapkan kepada AJK hadiah yang terlibat sebentar tadi. Mudah-muda
Multimedia
Dan Ucapan Sudah teradat si anak lelaki
Cikgu Halimah Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya marilah sama-sama sekali lagi kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan Pn Halimah bt Ahmad. Dipersilakan…..

Hadirin yang dihormati sekalian… Majlis pada petang ini juga turut berbesar hati untuk
menjemput dan mempersilakan Yang diraikan Pn Halimah bt Ahmad untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan…

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini Puan genap bersara
Jasa baik Puan tetap dikenang

3
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang diraikan Pn Halimah atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


cenderamata
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan
buat ke dua- dua insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Pengetua dan Barisan pentadbir untuk sama-sama menjemput dan mengiringi
Yang di raikan En Ahmad Hilmi Tan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada :


(baca senarai penyampai cenderamata)

1.
2.

Terima kasih diucapan kepada En Ahmad Hilmi Tan. Seterusnya, dipersilakan Yang diraikan
Pn Halimah bt Ahmad untuk menerima cenderamata sebagai kenang- kenangan dari seluruh
warga SMK Pekula jaya. Dipersilakan….

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada :


(baca senarai penyampai cenderamata)

1.
2.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh
Yang Diraikan sepanjang perkhidmatan mereka di dalam dunia Pendidikan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang Berusaha Tuan Pengetua, Barisan
Pentadbir dan Wakil guru dan staf atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Cabutan Hadirin yang di hormati sekalian


bertuah
Majlis pada hari ini diteruskan dengan sesi cabutan nombor bertuah. Untuk itu majlis
mempersilakan ................................... untuk membuat ......................... cabutan nombor
bertuah seterusnya menyampaikan hadiah kepada rakan-rakan guru dan staf yang bertuah
pada hari ini.

Untuk makluman semua.... nombor bertuah masing-masing terdapat pada


……………………..
4
Dipersilakan penerima hadiah untuk nombor bertuah yang ........, iaitu pemegang nombor
bertuah............

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada........................ atas kesudian


menyampaikan hadiah kepada hadirin yang bertuah sebentar tadi..

Penutup Hadirin dan Hadirat Yang dihormati sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke penamat
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis pada hari ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En
Ahmad Hilmi Tan dan Pn halimah kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang diraikan diberikan kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki, bertambah ceria dan bahagia bersama keluarga.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua rakan- rakan guru dan staf yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada petang ini.

Bagi pihak majlis saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara, sepanjang saya mengendalikan majlis pada petang yang
berbahagia ini.

Sekian. Sehingga kita berjumpa lagi…. Saya sudahi majlis ini dengan Wabilahitaufik
walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai