Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA MUNAJAT KALI KE-3

PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKULA JAYA


18 JULAI 2021; GOOGLE MEET, KEDIAMAN MASING 2

CUE ANN
Salutasi Bismillahir rahmanir rahim,

‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬


‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad saw…

Alhamdulillah…

Pertama tamanya marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kehadrat Allah swt atas
keizinan dan perkenanNya serta atas nikmat dapat kita sama-sama berjemaah dan berkumpul
pada malam ini, untuk sekian kali keduanya, sempena majlis Bacaan Yasin dan Doa
Munajat, dan untuk makluman semua majlis kita pada malam ini merupakan anjuran Kelab
Guru dan Staf dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Pekula Jaya.

Tuan2 dan Puan yang dirahmati Allah sekalian


Terlebih dahulu Selamat datang diucapkan kepada barisan tertinggi

Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Nor Zamzila bt Ahmad@Ibrahim,


Yang Berbahagia, En Adnan bin Md Isa, Yang dipertua PIBG,
Yang Berusaha, Barisan kepimpinan Penolong Kanan, Barisan Guru Kanan Bidang, Cikgu
Azri Bersama AJK Penyelaras Program Kelab guru dan Staf SMK Pekula Jaya, Ahli Jawatan
kuasa PIBG, Staf sokongan dan pekerja sekolah, Yang dihormati rakan-rakan guru warga
pendidik SMK Pekula Jaya, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat
hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Tuan2 dan Puan2 yang dihormati sekalian

Seperti mana yang kita sedia maklum Majlis Bacaan Yasin dan Doa Munajat yang
diadakan pada malam ini adalah bertujuan memohon doa dan bermunajat kehadrat Allah swt
agar diberikan kesembuhan, diberikan kekuatan dan juga keselamatan kepada kita semua
warga sekolah SMK Pekula jaya dan khususnya buat
1. Cikgu Faridah Darmawi dan keluarga
2. Ustazah Syafinaz dan keluarga
3. En Khairul Anuar dan keluarga yang merupakan salah seorang AJK PIBG sekolah
kita,
4. Juga Ahli2 Keluarga pelajar sekolah kita

1
Yang mana mereka ini sedang diuji dengan wabak covid 19. Dan besarlah harapan kita
mudah-mudahan dengan berkat bacaan yasin kita pada malam ini Allah swt memberikan
kesembuhan, keselamatan dan dipermudahkan bagi mereka.

Juga sama-sama kita niatkan pahala bacaan Yasin pada malam kita sedekah kepada arwah
Abang Ustazah Najihah, saudara Ahmad Nasruddin bin Hj Mahmud yang telah kembali
Rahmatullah pada petang tadi...kita doakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan
orang yang beriman dan para solihin...aminn...

Ucapan Tuan Hadirin yang dihormati sekalian.


Pengetua
Sebelum kita meneruskan kepada agenda utama kita pada malam ini, sebelum itu saya
menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua, Yang Berusaha, Puan Nor Zamzila bt
Ahmad@Ibrahim untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis Dipersilakan…

***************************************usai ucapan**********************************

Majlis merakamkan ucapan apreasasi jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan
Pengetua atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Bacaan Yasin Tuan2 dan Puan2 yang dihormati sekalian

Seterusnya bagi tidak melengahkan masa lagi Majlis pada malam ini akan diteruskan dengan
bacaan yassin dan doa munajat. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Alfadhil Ustaz Affan bin Othman bagi memimpin bacaan Yasin. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan...

Amin..amin ya Rabal alamin....


Majlis mengucapkan syukran jazilan, terima kasih kepada Alfadhil Ustaz Affan bin
Othman dan Alfadhil Ustaz Ahmad Nadzri bin Yaakob atas pimpinan bacaan yasin dan
doa sebentar tadi. Mudah-mudahan dengan berkat kita berjemaah pada malam ini, di
saksikan para malaikat, menjadi asbab doa kita bersama dimakbulkan oleh Allah swt.
Mudah-mudah Allah swt memberikan kesembuhan, memberikan kekuatan, juga keselamatan
dan kesejahteraan buat kita semua dan khususnya kpd cikgu faridah, ustazah syafianaz dan
buat semua warga SMK Pekula jaya. Mudah-mudahan kita semua dalam perlindungan Allah
swt.... Insyallah...

Penutup Tuan2 dan puan2, Hadirin hadirat yang di hormati sekalian

Sedar tak sedar Majlis kita pada malam ini telah sampai ke penghujungnya.

Sebelum majlis melabuhkan tirai..

Mewakili seluruh warga kerja program pada malam ini, Kelab Guru dan Staf dan Panitia
Pendidikan Islam sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan
kurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis juga ingin merakamkan setinggi- tinggi
penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada kesemua hadirin dan hadirat, muslimin

2
dan muslimat sekalian atas kesudian menjayakan majlis pada malam yang berbahagia ini.

Semoga apa yang kita usahakan ini dikira sebagai ibadah oleh Allah swt dan menjadi asbab
orang lain mendapat kebaikan….

Kullu ‘Aamin wa Antum bi Khoir…. Selamat Hari Raya Aidiladha

Sekian dahulu. Sehingga berjumpa lagi…..Saya sudahi majlis ini dengan Wabilahitaufik
walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai