Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

(PROGRAM PERKHEMAHAN DUN SUNGAI RAMBAI )

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Yang berusaha,

__________________________________________________________________

Yang dihormati,__________________________________________________

guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bagi mewakili jawatankuasa, majlis mengalu-alukan kehadiran Yang


berusaha,____________________dan hadirin sekalian ke PROGRAM
PERKHEMAHAN DUN SUNGAI RAMBAI

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati....

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput __________________________ untuk bacaan doa.

Dipersilakan...

Amin,amin ya robal’alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________________________ di


atas bacaan doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadratnya kerana masih diberi peluang untuk


bersama-sama di dewan yang penuh barakah ini bagi mengikuti slot pengisian ilmu
bersempena denganProgram Perkhemahan Dun Sungai Rambai. Sebelum tirai
ceramah dibuka, suka saya membacakan sedikit latar belakang penceramah kita
pada hari ini.
Nama diberi :__________________________________

Umur :__________________________________________

Asal :_______________________________________

Status /Keluarga : ____________________________________

Jawatan terkini : ___________________________________

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


penceramah jemputan untuk menyampaikan ceramahnya.

Dipersilakan....

*************************************************************************************************
*

Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah di atas ceramah yang


disampaikan sebentar tadi. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat
memberikan manfaat kepada kita semua.Insyaallah...

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Sakdiah bt Md Aminatas perkongsian ilmu


sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


____________________untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak
penceramah dengan diiringi oleh _________________________

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Jawatankuasa pengelola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak di dalam
menjayakan majlis ini.
Saya sebagai pengacara majlis pada hari ini, memohon ampun dan maaf
seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sehingga kita bertemu lagi di lain kesempatan.

Silalah, hadirin dan hadirat sekalian menjamu selera apa yang ada selepas majlis.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai