Anda di halaman 1dari 17

1

1. Susunan item adalah pertimbangan penting bagi pembinaan sesuatu instrumen


(Christensen et al., 2011).

2. Item – item diletakkan dalam satu konstruk yang sama. Maka, calon yang menjawab
berasa lebih berhubung dengan konstruk yang diuji (Chua, 2006; Kumar et al., 2013).

3. Ini bertepatan dengan cadangan bahawa susunan item pada sesebuah instrumen
mesti disusun daripada item yang mudah kepada yang sukar untuk dijawab atau
dikenali sebagai pendekatan corong atau funnel (Kumar et al., 2013; Sekaran &
Bougie, 2011; Fisher, 2006).

4. Item yang sukar perlu diletakkan di bahagian akhir pada setiap bahagian dalam soal
selidik (Zainuddin, 2012). Menyusun item yang mudah dijawab, responden dapat
bermula dengan lancar dan bergerak cepat pada item seterusnya (Chua, 2006).
2

1. Skala respon berjumlah ganjil perlu dielakkan (Fisher, 2006; Yount, 2006).

2. Dolnicar, Grun, Leisch, dan Rossiter (2011) telah menjelaskan skala likert
ganjil seperti lima mata memberi kesan gaya respon yang bias, kurang
kestabilan dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Kategori
skala mata pertengahan menggalakkan jumlah respon yang tidak seimbang
(kerana ramai akan memilih skala tengah).

3. Responden turut seakan dibenarkan memberikan jawapan tanpa membuat


keputusan (Fisher, 2006).

4. Maka dicadangkan untuk tidak menyediakan pilihan titik tengah (Bambang


& Wahyu, 2014). Wang, Hempton, Dugan dan Komives (2008)
mencadangkan skala titik tengah tidak digunakan bagi mendapatkan
pandangan responden orang Asia.
3

1. Bahagian demografi dalam instrumen diletakkan pada bahagian


akhir sepertimana cadangan Christensen et al. (2011), Kumar et al.
(2013) dan Zainuddin (2012).

2. Sekaran dan Bougie (2011) juga berpandangan sama kerana ia


mampu mengurangkan bias jika seseorang itu terganggu dengan
item dalam soal selidik.
4

1. Dicadangkan item mempunyai panjang patah perkataan


paling maksimum sebanyak 15 patah perkataan.

2. Ia memenuhi keperluan bahawa sesuatu item sebaiknya


tidak melebihi 20 patah perkataan (Sekaran & Bougie,
2011).
5

1. Item yang agak panjang bagi sesebuah instrumen membantu


meningkatkan kebolehpercayaan instrumen berbanding instrumen yang
lebih pendek (Gay et al., 2012; Ornum et al., 2008).

2. Tiada persetujuan yang universal tentang panjang maksimum bagi


instrumen (Christensen et al., 2011; Kline, 2005; Kumar et al., 2013).

3. Malah, pembinaan instrumen lepas iaitu DSM III (Diagnostic and Statistical of
Mental Disorder, 1980) bermula dengan sejumlah 220 item dan hanya 54
item sahaja yang memenuhi konsistensi dalaman (Loewenthal, 2001).

4. Kajian oleh Balsamo et al. (2014) yang membangunkan inventori


kemurungan menggunakan model Rasch turut membina 152 item pada
peringkat permulaan hingga menjadi 51 item (pusingan rintis) dan 21 item
akhirnya - peringkat pengesahan.
6

1. Ada instrumen dibina dengan penyataan berbentuk positif


sahaja. Tiada item negatif yang dibangunkan.

2. Menurut Hair et al. (2013), penyataan item negatif


selalunya kerap membawa masalah kepada responden
dalam kutipan data dimana akhirnya 90 peratus item
negatif dibuang dalam sesuatu kajian rintis.

3. Maka, item negatif perlu diminimakan dan dengan item


positif sahaja dibangunkan sebanyak mungkin
(Kumar et al., 2013).
7

1. Ada keperluan menterjemahkan item instrumen daripada


BM ke BI atau BI ke BM (dll).

2. Terjemahan mesti mengikut prosedur yang betul.

3. Perlu memenuhi ciri kesahan pakar. Mengapa?

4. Perlu di pilot semula. Mengapa?


8

1. Adakah kita tahu apa itu adopt dan adapt?

2. Yang manakah lebih popular?

3. Adakah beza antara kedua – duanya?

4. Adakah kita perlu pilot item – item ini?

5. Sejauhmanakah perubahan itu boleh dilakukan?


9

1. Bagaimana pakar nak rate item saya?

2. Bagaimana saya nak tahu item itu perlu diperbaiki?

3. Adakah perlu saya buat 2 – 3 round pemeriksaan?

4. Berapa adab untuk melamar pakar? Adakah saya


perlu redah atau direct sahaja?

5. Bagaimana cara nak memahamkan pakar apa yang


perlu dibuat?
10

1. Adakah saya patut memenuhi semua jenis


kesahan?

2. Apakah kesahan yang patut saya penuhi bagi item


instrumen saya?
11

1. Cth : Skala Likert 5 - Landell (1997) suggests that the


value of mean of 1.0 until 2.33 = low, 2.34 until 3.67 =
medium and 3.68 until 5 = high.

2. Skor kemurungan (kemurungan minimum,


kemurungan ringan, kemurungan sederhana dan
kemurungan kritikal)

3. Jadi, bagaimana mengatasi masalah ini?


12

1. Menggunakan instrumen luar negara

2. Berbeza makna dan budaya… Contoh?

Junior Eysenk Personality Inventory (JEPI)


- Saya selesa menghadiri majlis – majlis yang dianjurkan oleh pondan

Mooney Problem Check List (MPCL)


o 291 Thinking too much about sex matters
o 292. Concerned over proper sex behavior
o 293. Finding its hard to control sex urges
o 294. Worried about sex diseases
o 295. Needing information about sex matters
13

1. Setiap responden (kelompok) memiliki cara tersendiri


untuk bertindakbalas.

2. Masalah – enggan menjawab, lalai dll.

3. Mereka menjawab apa yang mereka mahu jawab, dan


bukan apa yang sepatutnya mereka jawab.

4. Kesan – jawapan tidak selaras, sampel -- MANUAL!

5. Jika mereka tidak jawab semua?, tidak jawab langsung?


14

1. Apa itu norma? - perbandingan skor kecerdasan


seseorang individu dengan individu yang lain
dalam suatu ujian (Cohen, Swerdlik, & Sturman,
2012; Gay et al., 2012; Kaplan & Saccuzzo,
2013).

2. Norma yang dibentuk untuk budaya lain, sudah


pasti tidak sesuai untuk digunakan pada budaya
tempatan.
15

1. Item – item instrumen lain boleh digabungjalin dan


diubah – memberi bayangan dan idea kepada kita
untuk generate item baru.

2. Namun, kita perlu memastikan item kita tiada unsur


peniruan dan plagiat.

3. Jangan mengabaikan aspek kesahan kandungan


dengan pakar.

Anda mungkin juga menyukai