Anda di halaman 1dari 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

PENGARUH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)


TERHADAP MINAT MURID DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATEMATIK: SATU TIJAUAN
SISTEMATIK
(The Effect of 21st Century Learning (PAK21) On Students Interest
on Teaching and Learning Matematics: A Systematic Review)
Sylviana Mantihal1*, Siti Mistima Maat1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: sylvianaherman@yahoo.com

Accepted: 1 March 2020 | Published: 15 March 2020


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran abad ke-21 sememangnya tidak asing lagi dalam sistem pendidikan
di Malaysia, namun masih kurang diaplikasikan. Kajian literatur menunjukkan bahawa
strategi pengajaran yang tepat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mampu
meningkatkan minat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, tinjauan
menunjukkan masih ramai guru menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Hal ini
menyebabkan murid- murid berasa bosan semasa belajar kerana proses pembelajaran yang
berlaku hanya sehala. Dalam tinjauan ini, pembelajaran abad ke-21 boleh meningkatkan
minat murid terhadap mata pelajaran matematik serta membantu meningkatkan kefahaman
murid dalam mempelajari topik yang lebih kompleks. Artikel telah diakses dari tahun 2015
hingga 2019 melalui dua pangkalan data ERIC dan Google Scholar. Sebelum menjalankan
tinjauan ini, beberapa kriteria telah ditetapkan. Daripada tinjauan ini, kebanyakan kajian
mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara pembelajaran abad ke-21 dengan
minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Kata kunci: pembelajaran abad ke-21, minat, pembelajaran konvensional

Abstract: The 21st century learning is certainly very familiar to the education system in
Malaysia, but it is still not widely applied. Literature studies show that proper teaching
strategies in teaching and learning mathematics can enhance students' interest in teaching
and learning sessions. However, the survey shows that many teachers still use conventional
learning methods. This causes students to feel bored while learning because the learning
process takes place only one direction which is teacher’s centred learning. In this review,
21st century learning can increase students’ interest in mathematics subjects and help to
enhance students' understanding of learning in complex topics. Articles have been accessed
from 2015 to 2019 through two database ERIC and Google Schola. Before conducting this
review, several criteria were set. From these findings, most studies have found that there is a
positive relationship between 21st century learning and students' interest in teaching and
learning in mathematics.

Keywords: 21st century learning, interest, conventional learning


_________________________________________________________________________

82
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

1. Pengenalan

Isu murid tidak meminati mata pelajaran matematik sememangnya tidak dinafikan. Isu ini
bukan sahaja hangat diperkatakan di dalam negara Malaysia, bahkan di luar negara. Menurut
(Mbugua, Kibet, Muthaa, & Nkonke, 2012), faktor-faktor yang menyumbang kepada
pencapaian rendah dalam mata pelajaran matematik termasuklah strategi pengajaran yang
tidak sesuai, bahan pengajaran yang tidak mencukupi, kurang motivasi serta sikap guru dan
murid sendiri. Manakala, menurut (Amat Ujali Lan & Affero, 2017), faktor-faktor yang
menyumbang kepada minat murid terhadap subjek matematik ialah guru, persekitaran serta
kemudahan yang disediakan. Dalam abad ke-21 ini, manusia lebih cenderung untung
menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, salah satu cara untuk
mengintegrasikan teknologi ini adalah melalui pendidikan di sekolah. Guru-guru memainkan
peranan penting dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam
bilik darjah dengan menyediakan aktiviti pembelajaran selaras dengan perkembangan
teknologi.

Berdasarkan laporan Trends in Mathematics Science Study (TIMSS) 2015, Malaysia telah
mencatat pencapaian terbaik pada penyertaan pertama TIMSS pada tahun 1999 iaitu
mendapat 519 mata. Namun, pencapaian mulai menurun tiga kali berturut-turut iaitu pada
tahun 2003, 2007 dan 2011. TIMSS 2011 mencatatkan pencapaian yang paling rendah
sepanjang penyertaan TIMSS. Namun, pencapaian TIMSS sedikit meningkat pada tahun
2015 iaitu 465 mata, yang mana telah meningkat sebanyak 25 mata daripada tahun 2011.
Setelah melakukan penelitian, didapati amalan pengajaran guru di sekolah masih terikat
dengan kaedah konvensional (Saracho, 2012). Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) menyeru para pendidik khususnya para guru agar mempelbagaikan kaedah serta
strategi pengajaran di dalam bilik darjah seperti mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21
bagi meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Hal ini selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk mewujudkan individu yang seimbang dalam semua aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mensistesis hasil dapatan kajian-kajian lepas tentang hubungan antara pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 dengan minat dan pencapaian matematik pelajar.

Pembelajaran abad ke-21 telah bermula di Malaysia pada tahun 2014. Pembelajaran abad ke-
21 adalah pembelajaran yang berpusatkan lima standard asas dan kemahiran kreativiti
(Creativity), komunikasi (Communication), kolaborasi (Collaboration) dan pemikiran kritikal
(Critical Thinking). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat melalui
pembelajaran abad ke-21 ini pelajar mampu memiliki kemahiran untuk kehidupan masa
hadapan. Selain itu, murid bersedia untuk menghadapi pentaksiran dan peperiksaan. Tan Sri
Dr.Khair Mohamad Yusof, KPPM “Pembelajaran Abad ke-21 bukan hanya merujuk kepada
penggunaan gajet, perisian teknologi TMK dalam bilik darjah. Malah, PAK-21 turut
bermaksud guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan
menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam diri murid.” Pembelajaran abad ke-21
juga sering dikaitkan dengan perkembangan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Penggunaan teknologi yang optimum dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
memberikan impak yang besar kepada hasil pembelajaran murid (Kumar, 2016). Oleh itu,
guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang teknologi, tetapi juga menggunakan semua
infrastruktur serta kemudahan pendidikan secara maksimum seperti aplikasi FROG V.L.E,
projek School-Net, komputer riba yang dibekalkan, makmal komputer dan pelbagai
kemudahan lain yang telah disediakan.

83
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

2. Ulasan Kajian Lepas

Berdasarkan analisis artikel jurnal yang dipilih, kesemua artikel memenuhi skop
perbincangan dan persoalan kajian tinjauan sistematik ini. Namun, terdapat satu artikel yang
berfokuskan tentang kajian teoritikal yang bertujuan untuk membentangkan satu kaedah
bersama dengan sokongan teknologi yang untuk meningkatkan kreativiti dan kolaborasi
dalam proses pembelajaran. Walaubagaimanapun, artikel jurnal tersebut masih berada dalam
skop tinjauan siatematik ini. Secara keseluruhannya, artikel-artikel yang dipilih
membincangkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 dengan mengaplikasikan komponen 4C
(creativity, communication, collaboration, critical thingking), aplikasi digital dan teknologi,
pembelajaran berasaskan model pembelajaran, pembelajaran berasaskan permainan dan
projek dan mengkaji persepsi guru dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

Komponen 4C kreativiti (Creativity), Komunikasi (Communication), Kolaborasi


(Collaboration) dan Pemikiran Kritikal (Critical Thinking) merupakan komponen asas yang
paling penting dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah. Hasil
daripada analisis artikel, (Sipayung, Sani, & Bunawan, 2018) menegaskan bahawa
pengaplikasian komponen 4C dalam bilik darjah dapat menghasilkan prestasi pelajar yang
lebih baik berbanding pengajaran secara konvensional. Manakala menurut (Rusdin, 2018)
menyatakan bahawa komponen 4C mampu memberikan solusi terbaik dalam meningkatkan
kemahiran guru sebagai seorang pendidik dalam abad ke-21 yang efektif.

Aplikasi teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 sememangnya tidak asing lagi. Namun,
masih ramai guru yang kurang berkemahiran dan mengambil mudah tentang kepentingan
penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21. Menurut (Fatimah & Santiana, 2017),
aplikasi teknologi dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar ke arah lebih berminat dalam
pengajaran guru. Selain itu, penggunaan alat-alat digital juga semakin popular digunakan.
Antara bahan digital yang sering diaplikasikan ialah Digital Storytelling. Kebanyakan guru
menggunakan bahan digital untuk mengajar topik penyelesaian masalah dalam matematik.
Menurut (Niemi, Niu, Vivitsou, & Li, 2018), bahan digital dapat menyokong peningkatan
prestasi murid. Manakala menurut (Alismail, 2015), bahan digital merupakan alat yang
sangat berkesan dalam pembelajaran murid khususnya dalam meningkatkan motivasi murid.

Dalam kajian artikel-artikel lepas, didapati bahawa pembelajaran berasaskan model


pembelajaran turut mempengaruhi pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Antara model
pembelajaran yang popular dalam kalangan warga pendidik termasuklah model pembelajaran
koperatif, model pembelajaran simulasi dan model pembelajaran kontekstual. Menurut
(Warner & Kaur, 2017), model pengajaran yang tepat dengan rancangan pengajaran mampu
merangsang kreativiti pelajar lantas meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar.
Menurut (Viro & Joutsenlahti, 2018), pembelajaran berasaskan model pembelajaran
mempengaruhi kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, kerjasama, komunikasi
dan kreativiti pelajar.

Berdasarkan penelitian artikel yang dipilih, pembelajaran berasaskan permainan dan projek
turut memberi kesan positif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik
darjah. Menurut (Ucus, 2015), pembelajaran berasaskan permainan mampu merangsang
minat dan motivasi pelajar serta meningkatkan pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran
matematik. Manakala menurut (Stoica, 2015), pembelajaran berasaskan projek mampu
mempengaruhi pembelajaran aktif para pelajar. Pelajar lebih aktif melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

84
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

3. Metodologi

Menurut (Pandey, P., & Pandey, 2015), penyelidikan sangat penting dalam memimpin
manusia ke arah kehidupan yang lebih maju. Tanpa penyelidikan yang sistematik, kemajuan
hanya berlaku sedikit sahaja. Dalam tinjauan sistematik ini, dua pangkalan data iaitu ERIC
dan Google Scholar telah digunakan untuk memilih artikel jurnal yang berkaitan dengan
tujuan tinjauan sistematik ini. Untuk mendapatkan data yang diperlukan dalam kajian
sistematik ini, beberapa kriteria telah diambil kira supaya data yang diperolehi berada dalam
skop kajian. Tinjauan literatur adalah daripada artikel jurnal yang diterbitkan sekitar tahun
2015 hingga tahun 2019. Artikel jurnal tersebut haruslah berkaitan dengan Pendidikan
matematik. Dalam melaksanakan tinjauan sistematik ini, pengkaji merujuk kepada fasa
tinjauan sistematik yang diadangkan oleh (Khan, Kunz, Kleijnen, & Antes, 2003).Terdapat
lima fasa yang digunakan dan diilustrasikan dalam Rajah 1.

Phase 1: Framing Questions For Review

Phase 2: Identifying Relevent Work

Phase 3: Assessing The Quality Of Studies

Phase 4: Summarizing The Evidence

Phase 5: Interpreting The Findings

Rajah 1: Fasa Tinjauan Literatur Sistematik

Fasa 1: Merangka Persoalan Untuk Tinjauan (Framing Questions For Review)


Sebelum menjalankan tinjauan sistematik ini, persoalan kajian perlu dibentuk. Terdapat dua
persoalan kajian bagi tinjauan ini. Artikel kajian yang dipilih dalam tinjauan sistematik ini
melihat hubungan antara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dengan minat pelajar serta
hubungan antara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dengan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Matematik. Dalam kajian ini, pembelajaran abad ke-21 ditakrifkan sebagai
pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan bersifat kolaboratif dan koperatif serta
mengaplikasikan teknologi seperti penggunaan multimedia dan aplikasi digital.

Fasa 2: Mengenal Pasti Tugasan Yang Relevan (Identifying Relevent Work)


Dalam fasa ini, artikel jurnal yang berkaitan dengan tujuan kajian akan dikumpul dan ditapis
berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Artikel-artikel yang dipilih seterusnya akan
dianalisis. Pangkalan data ERIC dan Google Scholar telah digunakan untuk mengakses
artikel yang relevan. Terdapat 5 kriteria pemilihan jurnal artikel yang berkaitan dengan tujuan
tinjauan kajian. Pertama, artikel jurnal yang diterbitkan adalah pada tahun 2015 hingga 2019
(tempoh lima tahun), bahasa pengantara ialah Bahasa Inggeris, berasaskan pendidikan
Matematik, mempunyai teks penuh (Full text article) dan responden kajian adalah dalam
kalangan guru, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah sahaja. Bagi
memudahkan pencarian artikel yang berkaitan, beberapa kata kunci telah ditetapkan. Kata
kunci yang ditetapkan adalah “Twenty first century skill”, “Twenty first century learning
skills in mathematics education” “Twenty first century learning skills in teaching and
learning mathematics”

85
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Fasa 3: Menilai Kualiti Kajian (Assessing The Quality Of Studies)


Bagi menilai kualiti kajian, kriteria inklusi dan pengecualian telah digunakan. Kriteria inklusi
digunakan untuk mengenal pasti kajian yang akan diambil kira dalam tinjauan sistematik ini.
Dalam tinjauan sistematik ini kriteria inklusi yang ambil kira ialah soalan kajian, metodologi
kajian, dan dapatan kajian. Manakala untuk kriteria pengecualian, kajian-kajian separti
desertasi, artikel laporan dan bab akan dikecualikan daripada pemilihan artikel. Melainkan
terdapat artikel yang berkaitan dengan limitasi kajian akan dimasukkan. Hal yang terpenting
ialah memastikan kajian-kajian tersebut menjawab persoalan-persoalan kajian bagi tinjauan
sistematik ini. Kedua, kajian yang diperlukan dapat menjelaskan konsep kemahiran
Pembelajaran Abad ke-21 berdasarkan model serta teori yang dipilih. Akhir sekali, perkara
paling penting adalah dapatan kajian yang dibincangkan dengan jelas kerana penyelidik perlu
menganalisis penemuan berdasarkan persoalan kajian dalam tinjauan sistematik ini.

Fasa 4: Meringkaskan Eviden (Summarizing the Evidence)


Dalam fasa meringkaskan eviden, kesemua kajian-kajian lepas yang diperolehi daripada dua
pangkalan data ERIC dan Google Scholar akan ditapis berdasarkan kriteria-kriteria yang
telah ditetapkan oleh pengkaji dalam kajian tinjauan sistematik ini. Hanya sebanyak 15
artikel sahaja telah dipilih yang telah menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan. Ringkasan
eviden boleh dirujuk pada Rajah 2 dalam dapatan kajian.

Fasa 5: Mentafsir Dapatan (Interpreting The Findings)


Dalam fasa terakhir ini, hasil dapatan daripada kajian-kajian lepas akan dianalisis.
Berdasarkan dua persoalan yang dibina oleh pengkaji, artikel-artikel kajian lepas yang telah
dipilih dianalisis berdasarkan sampel kajian dan jenis pendekatan kajian sama ada pendekatan
kualitatif, kuantitatif atau kaedah campuran.

3. Dapatan Kajian

Berdasarkan proses pemilihan artikel daripada dua pangkalan data yang berbeza, terdapat
sejumlah 54,027 artikel yang diperoleh. Terdapat 51,865 daripada pangkalan data ERIC dan
sejumlah 2162 artikel dari Google scholar. Setelah mengenal pasti skop artikel yang
dikeluarkan pada tahun 2015 hingga 2019, sejumlah 11,039 artikel yang dipilih. Bagi
pangkalan data ERIC, jumlah artikel yang dikeluarkan dalam lingkungan tahun 2015 hingga
2019 ialah 10269. Manakala daripada pangkalan data Google Scholar terdapat 770 artikel
yang diterbitkan pada tahun 2015 hingga 2019. Seterusnya, 1450 artikel jurnal telah dipilih
yang berkaitan dengan pendidikan matematik. Iaitu, 958 artikel daripada ERIC dan 492
artikel dari Google Scholar. Seterusnya, sejumlah 368 artikel jurnal yang dipilih kerana
mempunyai teks penuh. 241 artikel daripada ERIC dan 127 artikel daripada Google Scholar.
Seterusnya, penelitian keatas tajuk kajian dan abstrak bagi 368 artikel yang tinggal disaring
berdasarkan fokus serta persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam tinjauan sistematik ini.
Hanya 16 artikel sahaja yang dipilih. Iaitu 8 artikel dari pangkalan data ERIC dan 8 artikel
dari pangkalan data Google Scholar. Huraian proses pemilihan artikel untuk tinjauan
sistematik ini diringkaskan dalam rajah 2.

86
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Kajian yang berpotensi dipilih berdasarkan


pangkalan data
Berdasarkan kata kunci:
Eric: 51,865
42,988 artikel tidak Google Scholar: 2162
dipilih kerana bukan
kajian dari tahun 2015-
2019
Artikel jurnal yang berpotensi dipilih daripada
tahun 2015-2019
Eric: 10,269
9589 artikel tidak dipilih
Google Scholar : 770
kerana tidak berkaitan
dengan Pendidikan
matematik
kajian yang berkaitan dengan pendidikan
matematik
Eric: 958
1082 artikel yang ditolak Google Scholar : 492
kerana tidak mempunyai
teks penuh
Artikel jurnal yang mempunyai teks penuh
Eric: 241
Penelitian keatas tajuk Google Scholar : 127
dan abstrak:
352 artikel tidak dipilih
kerana dapatan kajian
tidak berkaitan dengan Artikel yang dipilih dalam tinjauan sistematik
tujuan tinjauan Eric: 8
Google Scholar : 8

Rajah 2 : Carta Alir Pemilihan Artikel Jurnal

Peserta kajian
Semua kajian daripada 16 artikel yang telah dipilih mengambil sampel daripada golongan
guru berpengalaman, guru novis, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah.
Jadual 2 menunjukkan rumusan sampel kajian yang terdapat dalam 16 artikel yang diplih.

Jadual 1 Ringkasan Sampel Kajian


Sampel Pengkaji
Bilangan artikel jurnal ,N
kajian
Sengul S. Anagun (2018)
Sucran Ucus (2015)
Guru 5 Warner,s & Kaur,A. (2017)
Norazlin Mohd Rusdin (2018)
Sanabria. J.C, Aramburo,J (2017)
Guru Tican. C & Deniz.S. (2018)
2
pelatih Asri Siti Fatimah (2017)
Hossain. M.A, Ariffin, M.R.K. (2015)
Pelajar
Bray.A, Tangney.B (2018)
sekolah 4
Stoica, A (2015)
menengah
Abdul Fatah, et.al (2016)
Viro.E & Joutsenlahti.J (2018)
Pelajar Halah Ahmed Alismail (2015)
sekolah 5 Niemi.Hannele, et.al (2018)
rendah Lam,T, et.al (2017)
Ponniah,K, et.al (2019)

87
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Berdasarkan jadual 1, kebanyakan kajian tentang pembelajaran Abad ke-21 dijalankan


terhadap guru. Daripada tinjauan ini, didapati bahawa 7 daripada 15 artikel merupakan kajian
ke atas guru, tidak kira guru berpengalaman mahupun guru novis. Manakala, kajian
pembelajaran abad ke-21 yang dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah hanya 4 kajian
dan sekolah rendah 5 artikel. Berdasarkan rumusan ini, didapati bahawa kajian terhadap
sekolah rendah dan sekolah menengah seharusnya ditambah agar pembaca dapat lebih
mengesan dan mengetahui tahap kefahaman dan minat pelajar dalam mengikuti pembelajaran
abad ke-21 ini.

Hubungan Antara Pembelajaran Abad Ke-21 Dengan Minat Pelajar Dalam


Matapelajaran Matematik

Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan hubungan antara pembelajaran abad ke-21 dengan
minat pelajar diuji dalam bahagian ini. Bagi persoalan ini, kajian-kajian lepas telah
dibahagikan kepada tiga kategori metodologi: a) kajian kuantitatif, b) kajian kualitatif dan c)
kajian kaedah campuran. Senarai lengkap kajian lepas berdasarkan ketiga-tiga kategori
metodologi ditunjukkan dalam jadual 2.

Jadual 2. Senarai kajian-kajian lepas berdasarkan kategori metodologi


Metodologi Penulis (Tahun)
Kajian Kuantitatif, n=5 Hossain. M.A, Ariffin, M.R.K. (2015)
Adrian Stoica (2015)
Abdul Fatah, et.al (2016)
Norazlin Mohd Rusdin (2018)
Sipayung,D, et.al (2018)
Kajian Kualitatif , n=9 Tican. C & Deniz.S (2018)
Sengul S. Anagun (2018)
Halah Ahmed Alismail (2015)
Bray.A, Tangney.B (2016)
Sucran Ucus (2015)
Warner,s & Kaur,A. (2017)
Asri Siti Fatimah (2017)
Lam,T, et.al (2017)
Ponniah,K, et.al (2019)
Sanabria. J.C, Aramburo,J (2017)
Kaedah Campuran , n=2 Viro.E & Joutsenlahti.J (2018)
Niemi.Hannele, et.al (2018)

Secara keseluruhannya, untuk mengkaji hubungan antara pembelajaran abad ke-21 dengan
minat pelajar dalam mata pelajaran matematik, kebanyakan kajian lepas menggunakan
kaedah kuanlitatif sebagai kaedah untuk mengutip data. 9 daripada 16 kajian menggunakan
kaedah kualitatif. Menurut (Jasmi, 2001), apabila menjalankan kajian kualitatif, pengkaji
akan lebih dekat dengan individu yang dikaji sehingga memungkinkan kefahaman yang lebih
mendalam tentang perkara yang hendak dikaji. Menurut (Farr, 2008), satu kelebihan kaedah
kualitatif dalam penyelidikan ialah penggunaan soalan terbuka dan meneliti serta memberi
peluang kepada peserta kajian untuk menjawab soalan berdasarkan kemahuan sendiri dan
bukannya memaksa mereka untuk memilih tanggapan tetap seperti kaedah kuantitatif. Kajian
kualitatif juga memainkan peranan penting untuk menjelaskan kemungkinan hubungan,
sebab, kesan dan proses dinamik (Mohajan, 2018). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan
bahawa, kajian kualitatif sesuai digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembelajaran
abad ke-21 dengan minat pelajar dalam mata pelajaran matematik.

88
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

4. Perbincangan dan Kesimpulan


Tinjauan sistematik yang dijalankan bertujuan untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-
21 (PAK-21) ke atas motivasi dan pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Oleh yang demikian, tinjauan sistematik ini berfokus untuk menjawab dua
persoalan tinjauan sistematik ini iaitu (1) adakah terdapat hubungan antara pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 dengan pencapaian pelajar? Dan (2) adakah terdapat hubungan
antara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dengan minat pelajar?. Pengkaji telah
menggunakan dua pangkalan data ERIC dan Google Scholar bagi mendapatkan artikel
berkenaan. Terdapat 16 artikel jurnal yang menepati kriteria dan telah dianalisis. Bagi soalan
kajian pertama, terdapat 8 artikel yang menunjukkan dapatan peningkatan pencapaian
matematik dalam pembelajaran abad ke-21. Hasil penelitian ke atas pengaruh pembelajaran
abad ke-21 ke atas pencapaian pelajar, guru-guru bersetuju bahawa pembelajaran dan inovasi
kemahiran abad ke-21 mempengaruhi kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal,
kerjasama, komunikasi dan kreativiti. Mereka mungkin akan memberikan pelajar mereka
dengan persekitaran pembelajaran yang lebih terbuka kepada inkuiri dan lantas pembelajaran
adalah lebih kondusif dan membawa kepada peningkatan pencapaian pelajar. (Hossain &
Rezal, 2018) menyatakan bahawa strategi pembelajaran abad ke-21 yang tepat dengan hasil
pembelajaran, mampu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran
matematik.Berdasarkan soalan kajian kedua, 14 daripada 16 artikel menunjukkan
pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah mampu meningkatkan motivasi serta minat
murid dalam pengajaran guru. Berdasarkan hasil analisis keseluruhan artikel yang dipilih,
kemahiran pembelajaran abad ke-21 dengan komponen 4C kreativiti (Creativity),
Komunikasi (Communication), Kolaborasi (Collaboration) dan Pemikiran Kritikal (Critical
Thinking) sangat efektif dalam merangsang murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. Murid-murid turut lebih yakin dan bermotivasi
dalam menjalankan aktiviti pembelajaran disamping meningkatkan kemahiran sosial mereka.
Menurut (Toh Tin Lam, Cheng Lu Pien, Ho Siew Yin iang Heng, 2013), kemahiran
pembelajaran abad ke-21 dapat membuatkan mereka melibatkan diri secara aktif, lebih yakin
dan bermotivasi dalam menjalankan aktiviti pembelajaran matematik. Kesimpulannya,
pembelajaran abad ke-21 mampu mempengaruhi minat serta pencapaian pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Rujukan

Alismail, H. A. (2015). Integrate Digital Storytelling in Education. Journal of Education and


Practice, 6(9), 126–129.
Amat Ujali Lan, & Affero, I. (2017). Minat Pelajar dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah
Daerah Pontian. Seminar Pendidikan Johor 2016 “Pendidikan Berkualiti Dan
Pembangunan Swadaya Insan,” (September 2016), 1–5.
Anagün, Ş. S. (2018). Teachers’ perceptions about the relationship between 21st century
skills and managing constructivist learning environments. International Journal of
Instruction, 11(4), 825–840. https://doi.org/10.12973/iji.2018.11452a
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2016). Laporan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa
(TIMSS) 2015. 1–11. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/images/Terbitan/Rujukan-Akademik/pubfile_file_002124.pdf
Bray, A., & Oldham, E. (2018). Mathematics and science teaching in the contemporary
classroom : perceptions of teachers and suggestions for professional development

89
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Mathematics and science teaching in the contemporary classroom : perceptions of


teachers and suggestions for professional development. (July).
Drake, S., & Reid, J. (2018). Integrated Curriculum as an Effective Way to Teach 21st
Century Capabilities. Asia Pacific Jorunal of Educational Research, 1(1), 31–50.
https://doi.org/10.30777/apjer.2018.1.1.03
Fatah, A., Suryadi, D., Sabandar, J., & Turmudi. (2016). Open-ended approach: An effort in
cultivating students’ mathematical creative thinking ability and self-esteem in
mathematics. Journal on Mathematics Education, 7(1), 9–18.
Fatimah, A. S., & Santiana, S. (2017). Teaching in 21St Century: Students-Teachers’
Perceptions of Technology Use in the Classroom. Script Journal: Journal of Linguistic
and English Teaching, 2(2), 125. https://doi.org/10.24903/sj.v2i2.132
Gazdag, E., Nagy, K., & Szivák, J. (2019). “I Spy with My Little Eyes…” The use of video
stimulated recall methodology in teacher training – The exploration of aims, goals and
methodological characteristics of VSR methodology through systematic literature
review. International Journal of Educational Research, 95(April), 60–75.
https://doi.org/10.1016/j.ijer.2019.02.015
Hossain, A., & Rezal, M. (2018). Integration of Structured Cooperative Learning in
Mathematics Classrooms. International Journal of Psychology and Educational Studies,
5(1), 23–29. https://doi.org/10.17220/ijpes.2018.01.004
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah. Retrieved
from anyflip.com/whpp/xgsi/basic.
Khan, K. S., Kunz, R., Kleijnen, J., & Antes, G. (2003). <Khan et al. - 2003 - Five steps to
conducting a systematic review.pdf>.
Mbugua, Z., Kibet, K., Muthaa, G., & Nkonke, G. (2012). Factors Contributing To Students’
Poor Performance in Mathematics at Kenya Certificate of Secondary Education in
Kenya: A Case of Baringo County, Kenya. Aijcrnet.Com, 2(6), 87–91. Retrieved from
http://aijcrnet.com/journals/Vol_2_No_6_June_2012/11.pdf
Mohajan, H. (2018). Qualitative Research Methodology in Social Sciences and Related
Subjects. Journal of Economic Development, Environment and People, 7(1), 23–48.
https://doi.org/10.1007/BF01591250
Niemi, H., Niu, S., Vivitsou, M., & Li, B. (2018). Digital Storytelling for Twenty-First-
Century
Competencies with Math Literacy and Student Engagement in China and Finland.
Contemporary Educational Technology, 9(4), 331–353.
https://doi.org/10.30935/cet.470999
Pandey, P., & Pandey, M. M. (2015). Research Methodology:Tools And
Techniques. Obtenido De Research Methodology:Tools And
Techniques: http://euacademic.org/BookUpload/9.pdf
Ponniah, et. a. (2019). Implementation of the 21st century learning in learning and facilitation
of Thirukural in Tamil primary schools. International Journal of Advanced And Applied
Sciences, 6(1), 43–50. https://doi.org/10.21833/ijaas.2019.01.006
Roth McDuffie, A., Choppin, J., Drake, C., & Davis, J. (2018). Middle school mathematics
teachers’ orientations and noticing of features of mathematics curriculum materials.
International Journal of Educational Research, 92(September), 173–187.
https://doi.org/10.1016/j.ijer.2018.09.019
Rusdin, N. M. (2018). Teachers’ Readiness in Implementing 21st Century Learning.
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(4),
1293–1306. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i4/4270
Sanabria, J. C., & Arámburo-Lizárraga, J. (2017). Enhancing 21st century skills with AR:
Using the gradual immersion method to develop collaborative creativity. Eurasia

90
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 82-91, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(2), 487–501.


https://doi.org/10.12973/eurasia.2017.00627a
Saracho, O. (2012). Creativity theories and related teachers’ beliefs. Early Child
Development and Care, 182(1), 35–44. https://doi.org/10.1080/03004430.2010.535899
Sipayung, H. D., Sani, R. A., & Bunawan, W. (2018). Collaborative Inquiry For 4C Skills.
200(Aisteel), 440–445. https://doi.org/10.2991/aisteel-18.2018.95
Stoica, A. (2015). Using Math Projects in Teaching and Learning. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 180(November 2014), 702–708.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.02.181
Tican, C., & Deniz, S. (2019). Pre-service teachers’ opinions about the use of 21st century
learner and 21st century teacher skills. European Journal of Educational Research, 8(1),
181–197. https://doi.org/10.12973/eu-jer.8.1.181
Toh, T. L., Cheng, L. P., Ho, S. Y., Jiang, H., & Lim, K. M. (2017). Use of comics to
enhance students’ learning for the development of the 21st century competencies in the
mathematics classroom. Asia Pacific Journal of Education, 37(4), 437-452.
http://dx.doi.org/10.1080/02188791.2017.1339344
Ucus, S. (2015). Elementary School Teachers’ Views on Game-based Learning as a Teaching
Method. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 186, 401–409.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.04.216
Viro, E., & Joutsenlahti, J. (2018). The starT project competition from the perspective of
mathematics and academic literacy. Education Sciences, 8(2).
https://doi.org/10.3390/educsci8020067
Warner, S., & Kaur, A. (2017). The Perceptions of Teachers and Students on a 21 st Century
Mathematics Instructional Model. International electronic journal of mathematics
education e-issn:, 12(2), 193–215.
Yusoff, W. M. W., Hashim, R., Khalid, M., Hussien, S., & Kamalludeen, R. (2018). The
Impact of Hikmah (Wisdom) Pedagogy on 21st Century Skills of Selected Primary and
Secondary School Students in Gombak District Selangor Malaysia. Journal of
Education and Learning, 7(6), 100. https://doi.org/10.5539/jel.v7n6p100

91
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai