Anda di halaman 1dari 20

KURSUS

GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER 1 2020/2021

SET 1

TAJUK

TUGASAN KUMPULAN (LAPORAN KAJIAN)

KEMAHIRAN ABAD KE-21 (​21ST CENTURY SKILLS​) DAN PEMIKIRAN


KOMPUTASIONAL

PENSYARAH

ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD

NAMA AHLI KUMPULAN

AUDREY KANG NIAN JI (A181799)

AIMI DIYANA HUSNA BINTI MAT ROMLI (A183725)

NAJMI NAIM BIN AB MANAP (A180387)


PENGENALAN

Pada era globalisasi ini dengan pembangunan teknologi yang kian berubah, cara pengajaran

dan pembelajaran (PdP) juga mengalami evolusi seiring dengan generasi moden zaman kini.

Oleh itu, cara konvensional untuk menjalankan proses PdP tidak sesuai untuk digunapakai,

sama ada oleh pelajar mahupun pendidik. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang juga

mengutamakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh para pelajar serta pendidik - khususnya

kemahiran abad ke-21 dan pemikiran komputasional (​Sidik, I., Awang, M., & Ahamad, A.

,2019). Kemahiran abad ke-21 bermaksud ​kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh

pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru yang merangkumi aspek 3M (Membaca,

Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan

intrapersonal dan sebagainya. Manakala pemikiran komputasional merupakan proses

pemikiran yang melibatkan pencarian formula pada permasalahan dan menyatakan

penyelesaian seperti yang dilaksanakan oleh komputer, tulusnya melibatkan beberapa

peringkat iaitu memformulakan masalah (pengabstrakan), menyatakan penyelesaian

(automasi) serta melaksana dan menyelesaikan (analisa) masalah tersebut (​Mohd Kusnan, R.,

Nor Habibah Tarmuji, T., & Omar, M. K., 2020).

​Kemahiran abad ke-21 sudah dikenal pasti sebagai kemahiran yang mesti dikuasai,

terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kerana berdasarkan

kajian yang telah dikendalikan oleh ​Career Services Network,​ Michigan State Universiti,

segulung ijazah bukan lagi penentu para graduan untuk memperolehi tempat di pasaran

pekerjaan (Arbraa, R., Jamil, H., & Ahmad, M. 2017).

Sehubungan dengan itu, penurunan prestasi para pelajar tempatan dalam Trends In

Mathematics and International Science Studies (TIMSS) serta Programme International

Student Assesment (PISA) turut membuktikan bahawa penguasaan kemahiran abad ke-21
dan pemikiran komputasional pelajar masih lemah dan perlu diperbaiki (​Tajudin, Nor'ain

Mohd., Chinnappan, Mohan. 2016).

Statistik ini memberi implikasi bahawa sistem pendidikan yang sedia ada masih kurang

memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara serta kepentingan

mengimplementasikan kemahiran abad ke-21 dan pemikiran komputasional dalam proses

PdP, mahupun kehidupan seharian. Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kurang

pendedahan dan latihan kepada cara mengaplikasikannya, kekurangan fasiliti serta

kemudahan untuk melaksanakannya dan akhir sekali, kurang pengalaman dalam menjalankan

proses pembelajaran mengaplikasikan kemahiran abad ke-21.

Natijahnya, kemahiran abad ke-21 dan pemikiran komputasional sememangnya

penting kepada pelajar. Jadi, sistem pendidikan perlu ditambahbaik agar pendedahan dapat

diberi secara lebih efisien dan menyeluruh.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan kian lama telah dijadikan medium yang penting untuk menyampaikan maklumat,

memberikan latihan dan juga pendedahan secukupnya kepada pelajar sebelum melangkah ke

alam pekerjaan. Namun begitu, sistem pendidikan yang konvensional tidak berupaya untuk

membimbing pelajar pada mascapada ini kerana kemahiran abad ke-21 dan pemikiran

komputasional kurang diimplimentasi dalam proses PdP. Sebagai contoh, menurut OECD

(2014b) pencapaian pelajar Malaysia dalam ​Programme International Student Assessment

(PISA) pada 2012 dan Trends In Mathematics and Science Study (TIMSS) pada 2011 (IEA,

2012) tidak memuaskan, malah berada dalam kedudukan ketiga terbawah daripada negara

penyertaan. Menurut OECD (2014b) lagi, kajian telah melaporkan bahawa tahap penguasaan

kemahiran abad ke-21 pelajar tidak memberangsangkan, sama ada dalam kalangan sekolah

mahupun mahasiswa.Tambahan lagi, kajian yang dilaksanakan oleh Tengku Faekah (2005)
dan Hew dan Leong (2011) mendapati bahawa tahap kemahiran informasi teknologi (ICT)

dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan pra universiti adalah rendah. Demi membendung

masalah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan

memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan tersebut

dirangka khas bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berdasarkan laporan dan dapatan seperti

yang telah dinyatakan, khususnya penggubalan tersebut memberi tumpuan kepada

kepentingan kemahiran abad ke-21 dan pemikiran komputasional sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, pada tahun 2014 bermulanya implementasi PdP KSSM dan KSSR yang menjadi

penanda aras pendidikan abad ke-21. Antara contoh pelaksanaan ialah pengwujudan Bilik

Darjah Abad Ke-21 (Hailmi, 2018) di mana susun atur kelas menumpukan pembelajaran

yang bersifat dua hala dan kolaboratif, antara guru dan pelajar. Contoh-contoh lain termasuk

penggunaan teknologi ICT, seiring dengan Anjakan Ke-7 PPPM (KPM, 2013), iaitu

memanfaatkan ICT dalam meningkatkan kualiti pembelajaran seperti ‘Google Forms’ dan

‘Flipped Classroom’. Justeru, langkah ini memberi penekanan untuk mengasah kemahiran

abad ke-21 dan pemikiran komputasional para pelajar.

Walaubagaimanapun, inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia masih tidak cukup untuk

mengimplementasikan kemahiran abad ke-21 dan pemikiran komputasional secara

menyeluruh. Tuntasnya, kekangan seperti kurangnya pendedahan dan latihan kepada cara

mengaplikasi kemahiran abad ke-21 kepada pelajar, limitasi fasiliti dan kemudahan untuk

melaksanakan kemahiran abad ke-21, dan juga pengalaman yang terhad dalam kalangan

pendidik untuk menjalankan proses pembelajaran mengaplikasikan kemahiran abad ke-21.

Menurut (Amran & Rosli, n.d.), kajian mereka telah menunjukkan bahawa masih banyak

yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21,
agar mereka dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada pelajar untuk diaplikasikan

dalam PdP.

Secara kasar, pelajar sememangnya berupaya untuk menjawab soalan berskema dalam kertas

peperiksaan yang konvensional tetapi gagal untuk menyelesaikan masalah KBAT (kemahiran

berfikir aras tinggi). Ini boleh menjadi satu implikasi bahawa mereka tidak berupaya berfikir

secara komputasional, serta masih belum menguasai sepenuhnya ketiga-tiga kemahiran yang

penting dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu kemahiran maklumat dan komunikasi,

kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dan kemahiran interpersonal dan arah kendiri

seperti yang diingini dalam PPPK. Oleh yang demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa

pelajar yang bakal menjadi mahasiswa perlu menguasai kemahiran abad ke-21 dan berupaya

memikir secara komputasional dari zaman sekolah lagi, malah para pendidik juga memainkan

peranan yang penting untuk memastikan tahap penguasaan pelajar adalah secukupnya. ​Jadi,

fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan penguasaan pelajar

mahasiswa tentang kemahiran abad ke-21 serta pemikiran komputasional, dan akhir sekali

pandangan mereka terhadap penambahbaikan penyampaian kedua-dua komponen ini.

Intihanya, ​walaupun pelbagai inisiatif dan perubahan telah diperkenalkan dalam PPPK, jelas

bahawa pendedahan mahupun pengalaman dalam mengaplikasi kedua-dua komponen ini

masih kurang. Kajian ini penting untuk mendapatkan pandangan daripada pelajar mahasiswa,

sejauh manakah kefahaman dan penguasaan mereka terhadap kemahiran abad ke-21 dan

pemikiran komputasional, termasuklah cadangan mereka untuk menambahbaikkan

penyampaiannya. Secara langsung akan terdapat perubahan positif, kerana inisiatif akan

tertumpu kepada penyelesaian isu-isu utama yang telah bangkitkan. Dengan itu, kemahiran

abad ke-21 dan pemikiran komputasional dapat disampaikan secara lebih meluas, efisien dan

sistematik.
OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk:

● Meneroka tahap kefahaman pelajar mahasiswa tentang kemahiran abad ke-21 dan

pemikiran komputasional.

● Mengenal pasti tahap penguasan pelajar mahasiswa dalam kemahiran abad ke-21 dan

pemikiran komputasional.

● Mendapatkan cadangan daripada pelajar mahasiswa untuk menambahbaikkan

pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 serta pemikiran komputasional.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Kajian berbentuk

penerokaan yang bergantung kepada respons soal selidik dan cadangan yang diberikan oleh

subjek sebagai data untuk dianalisis. Reka bentuk ini dipilih kerana dapat memberikan

gambaran yang kukuh tentang kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran abad

ke-21 dan pemikiran komputasional, dan juga membuka ruang kepada mereka untuk

menyuarakan pendapat mereka demi menambahbaik implementasi kedua-dua komponen ini

dalam PdP. Peserta kajian ini terdiri daripada 34 orang responden, majoriti terdiri daripada

kalangan pelajar mahasiswa yang berada dalam lingkungan umur yang sama. Pemilihan ini

dibuat berdasarkan kepada beberapa kriteria kerana pengkaji menggunakan teknik

persampelan bertujuan. Kriteria-kriteria pemilihan responden kajian bagi kajian ini ialah i)

peserta kajian merupakan pelajar yang pernah terdedah kepada sistem pendidikan Malaysia

sewaktu zaman sekolah, khususnya sekolah kerajaan dan ii) merupakan pelajar sewaktu

Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan (2013-2025) diimplementasikan.


DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data dan

memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah

diisi oleh responden.

4.1 PENGANALISAN DATA

Penganalisan data dalam bahagian ini dibuat dan dikategorikan seperti berikut :

4.1.1 ANALISIS DEMOGRAFI RESPONDEN

Dalam bahagian ini, maklumat tentang latar belakang responden telah dianalisis. Tujuan

analisis bahagian ini adalah untuk mengetahui latar belakang responden.

1.1.1 Jantina

Untuk mengkaji persepsi pelajar, seramai 34 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti

Kebangsaan Malaysia. Huraian analisa latar belakang responden melibatkan aspek jantina,

umur, dan bangsa.

Carta 1 : Jantina

Sumber : Kerja Lapangan, 2020


Daripada paparan maklumat dalam carta di atas, penyertaan responden dari pelajar universiti

adalah tidak setara. Penglibatan pelajar perempuan ialah sejumlah 30 orang mewakili 88.2%

daripada sampel kajian manakala selebihnya 11.8% ialah pelajar lelaki dari bilangan 34

responden keseluruhannya. Responden berbeza jantina digalakkan supaya kajian tidak

tertumpu kepada pandangan satu jantina sahaja.

1.1.2 Umur

Carta 2 : Umur

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan hasil kajian, daripada 34 orang responden yang disoal selidik, seramai 3 orang

(8.8%) adalah terdiri daripada responden berumur 20 tahun dan ke atas dan bakinya

sejumlah 31 orang (91.2%) berumur di antara 19 ke 20 tahun. Majoriti responden merupakan

pelajar tahun satu dari Universiti Kebangsaan Malaysia.


1.1.3 Bangsa

Carta 3 : Bangsa

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Dalam melakukan kajian ini, dapatan hasil menunjukkan penyertaan paling ramai ialah dari

bangsa Melayu iaitu seramai 31(91%) orang, manakala 2 (6%) orang dari bangsa Cina dan

seorang dari bangsa India (3%) . Hal ini menunjukkan, pengkaji tidak memfokuskan satu

bangsa sahaja.

4.1.2 ANALISIS KEKERAPAN PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ABAD

KE 21 DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Dalam bahagian ini, maklumat tentang kekerapan pengaplikasian konsep kemahiran berfikir

abad ke-21 dan pemikiran komputasional responden telah dianalisis. Tujuan analisis bahagian

ini adalah untuk mengetahui kekerapan pengaplikasian responden.


1.2.1 KEKERAPAN PENGGUNAAN APLIKASI KEMAHIRAN ABAD KE 21

Carta 4 : Peratusan responden mempunyai akaun media sosial

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan hasil kajian menunjukkan kesemua responden mempunyai akaun media sosial.

Kebanyakan anak muda zaman sekarang mempunyai akaun media sosial dan pelajar

universiti juga tidak terkecuali.

4.1.3 ANALISIS PERSEPSI RESPONDEN TERHADAP PENGAPLIKASIAN

KEMAHIRAN BERFIKIR ABAD KE-21 DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Dalam bahagian ini, maklumat tentang persepsi responden terhadap pengaplikasian konsep

kemahiran berfikir abad ke-21 dan pemikiran komputasional semasa proses pembelajaran

telah dianalisis. Tujuan analisis bahagian ini adalah untuk mengetahui persepsi responden

terhadap pengapliaplikasian konsep ini.


Carta 5 : Peratusan responden tentang kefahaman maksud dan konsep Kemahiran Abad ke-21

dan Pemikiran Komputasional

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan hasil kajian, seramai 24 orang (64.7%) memahami maksud dan konsep

Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional manakala bakinya 10 orang (35.3%)

tidak memahami maksud konsep ini. Hal ini menunjukkan hanya segelintir pelajar universiti

tidak terdedah kepada kemahiran abad ke-21 dan pemikiran komputasional.

Carta 6 : Peratusan responden pendedahan tentang konsep Kemahiran Abad ke-21 dan

Pemikiran Komputasional semasa proses pembelajaran.

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan carta pai tersebut, 10 orang (26.5%) responden menjawab mereka mungkin

pernah terdedah kepada Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional semasa proses

pembelajaran dan 23 orang (70.6%) menjawab Ya manakala 1 orang (2.9%) menjawab tidak.

Data ini menunjukkan majoriti telah terdedah kepada konsep ini dan hanya sebilangan kecil

belum terdedah kepada konsep Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional.
Carta 7 : Peratusan responden skala Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional

membantu semasa proses pembelajaran

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada rajah 7 di atas, responden memberikan

jawapan berdasarkan skala 1 (sangat tidak membantu), 2 (tidak membantu), 3 (tidak pasti), 4

(membantu) dan 5 (sangat membantu).

Dalam rajah 7, menunjukkan bahawa 3% (1 orang) responden menjawab Kemahiran Abad

ke-21 dan Pemikiran Komputasional semasa proses pembelajaran sangat tidak membantu,

dan 3% (1 orang) juga menjawab konsep tersebut tidak membantu. Selain itu, 21.2% (7

orang) menjawab tidak pasti samada konsep tersebut membantu mereka serta 18.2% (6

orang) respon menjawab konsep tersebut sangat membantu mereka dalam proses

pembelajaran. Namun begitu, seramai 18 orang (54.5%) menjawab konsep ini. Sebilangan

besar responden menjawab konsep Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional

membantu mereka semasa proses pembelajaran.


Carta 8 : Peratusan responden tentang kelebihan Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran

Komputasional semasa proses pembelajaran.

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan hasil carta 8, responden telah diberi pilihan kelebihan-kelebihan Kemahiran

Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional semasa proses pembelajaran. Oleh itu, seramai 13

orang (38.2%) berpendapat bahawa antara kelebihan pelaksanaan konsep ini ialah ​guru boleh

memantau latihan diberikan di mana-mana saja manakala 9 orang (26.5%) menjawab konsep ini

membolehkan pelajar dan guru mengamalkan komunikasi dua hala. Seterusnya, sejumlah 7 orang

(20.6%) menjawab murid lebih berkeyakinan dalam pembelajaran, sosial dan komunikasi apabila

konsep ini dijalankan serta 5 orang (14.7%) beranggapan bahawa kelebihan pelaksanaan konsep ini

lebih meluas bukan setakat pilihan yang diberikan sahaja.

Carta 9 : Peratusan responden tentang cabaran pelaksanaan Kemahiran Abad ke-21 dan

Pemikiran Komputasional semasa proses pembelajaran.

Sumber : Lapangan Kajian, 2020


Berdasarkan hasil carta 9, responden telah diberi pilihan antara cabaran pelaksanaan konsep

Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional semasa proses pembelajaran.

Maka,sebilangan besar iaitu seramai 14 orang (41.2%) berpendapat bahawa antara cabaran

pelaksanaan konsep ini ialah ​kekurangan fasiliti dan kemudahan untuk melaksanakannya selain itu

11 orang (​32.4​%) menjawab kurang pendedahan dan latihan kepada cara mengaplikasi konsep ini

salah satu cabaran pelaksanaannya. Seterusnya, sejumlah 8 orang (23.5%) menjawab kurang

pengalaman antara faktor penghalang pelaksanaan konsep ini dan 1 orang (2.9%) beranggapan

bahawa banyak lagi cabaran yang ada dalam melaksanakan konsep ini.

Carta 10 : Peratusan responden tentang skala pengalaman menghadapi isu atau cabaran dalam

melaksanakan Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional semasa proses

pembelajaran.

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada rajah 7 di atas, responden memberikan

jawapan berdasarkan skala 1 (sangat jarang), 2 (jarang), 3 (tidak pasti), 4 (kadang-kadang)

dan 5 (selalu).

Dalam rajah 10, menunjukkan bahawa 2.9% (1 orang) responden beranggapan sangat jarang

berlaku cabaran ketika melaksanakan konsep ​Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran

Komputasional semasa proses pembelajaran, dan 5.9% juga (2 orang) menjawab mereka

jarang menghadapi isu atau cabaran ketika melaksanakan konsep ini. Selain itu, 44.1% (15
orang) menjawab tidak pasti jika mereka menghadapi isu pelaksanaan konsep ini serta 32.4%

(11 orang) respon menjawab kadang-kadang mereka menghadapi isu atau cabaran ketika

melaksanakan konsep ini. Seterusnya, 14.7% (5 orang) selalu berhadapan isu atau cabaran

dalam melaksanakan konsep ini. Majoriti responden tidak pasti samada mereka pernah

berhadapan dengan isu atau cabaan ketika mengaplikasi konsep ini dan hanya sejumlah kecil

yang masih tidak mengaplikasikan kemahiran abad ke-21 dan pemikian komputasional.

4.1.4 ANALISIS CADANGAN RESPONDEN TERHADAP PENGAPLIKASIAN

KEMAHIRAN BERFIKIR ABAD KE-21 DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Analisis di bahagian ini adalah untuk mendapatkan cadangan bagi meningkatkan kekerapan

pengaplikasian konsep kemahiran berfikir abad ke-21 dan pemikiran komputasional. Tujuan

analisis bahagian ini adalah untuk mendapatkan cadangan daripada responden. 

Bilangan Peratusan

Responden yang memberi cadangan 32 94%

Responden yang tidak memberi cadangan 2 6%

J​ adual 11 : Responden memberi cadangan atau tidak

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan jadual 11 seramai 32 orang (94%) responden memberi cadangan dan 2 orang

(6%) tidak memberi cadangan.


Carta 12 : Cadangan untuk meningkatkan kekerapan pengaplikasian konsep kemahiran

berfikir abad ke-21 dan pemikiran komputasional

Sumber : Kerja Lapangan, 2020

Berdasarkan carta 12 seramai 15 orang (47%) responden memberi cadangan yang sama iaitu

penyediaan kemudahan fasiliti serta 14 orang (44%) mencadangkan pemberian pendedahan

kepada pelajar dan 3 orang (9%) mencadangkan untuk mewajibkan pelaksanaan konsep

kemahiran berfikir abad ke-21 dan pemikiran komputasional di sekolah dan universiti.

RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan kajian tersebut penulis mendapati bahawa kefahaman para pelajar terhadap

konsep Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional berada tahap kurang

memuaskan. Responden majoritinya sekitar 19 tahun ke 20 tahun dan kesemuanya

mempunyai akaun media sosial masing-masing. Ramai juga di antara mereka yang

memahmami konsep Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional dan mereka juga

telah terdedah kepada konsep ini dalam proses pembelajaran mereka. Tambahan pula,

kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa konsep kemahiran abad ke-21 dan
pemikiran komputasional ini membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sebaliknya,

lebih ramai yang kurang pasti jika mereka sebenarnya berhadapan dengan isu atau cabaran

dalam proses pembelajaran ketika melaksanakan konsep ini.

Hal ini perlu diperbaiki ke arah lebih baik supaya pelaksanaan konsep ini berada tahap

memuaskan dan setanding dengan negara-negara hebat.

CADANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, penulis ingin mengemukakan beberapa cadangan

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Antara pihak yang

perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kekerapan pengaplikasian konsep ini

ialah : pelajar, guru dan pihak berkuasa.

Pertama, para pelajar mestilah sentiasa bersedia dalam era ini dan mempersiapkan diri untuk

menerima ilmu yang baru dari guru dan juga membuat kajian sendiri dari internet atau

sumber-sumber yang boleh dipercayai supaya tidak ketinggalan ke belakang.

Seterusnya, para guru juga memainkan peranan penting dalam hal ini kerana guru merupakan

watak terpenting dan menjadi pengantara kepada murid dan konsep ini, jika guru mempunyai

pengetahuan yang baik dalam konsep ini, guru boleh mempraktikkan semasa sesi pengajaran

dam pembelajaran dan mampu memberi pendedahan dengan lebih mendalam kepada para

pelajar.
Selain itu, pihak berkuasa atau kementerian pendidikan dan pihak sekolah juga mempunyai

peranan penting iaitu dalam menyediakan kemudahan fasiliti kepada guru dan pelajar. Hal ini

kerana kita sedia maklum bahawa penyediaan fasiliti ini menelan kos agak tinggi dan sukar

untuk disediakan oleh guru dan pelajar. Oleh sebab itu, jika pihak berkuasa dapat

menyediakan kemudahan ini dapat membantu meningkatkan kekerapan pengaplikasian

konsep kemahiran abad ke-21 dan pemikiran komputasional dalam proses pembelajaran.

PENUTUP

Kemahiran Abad ke-21 dan Pemikiran Komputasional bukanlah perkara asing lagi di dalam

Malaysia dan konsep ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas namun masih ada

yang masih belum terdedah dan terbiasa akan konsep ini. Kemahiran amat penting ketika ini

kerana hampir semua proses pembelajaran kini menggunakan konsep ini.

RUJUKAN

Amran, N., & Rosli, R. (n.d.). KEFAHAMAN GURU TENTANG KEMAHIRAN ABAD KE-21

(TEACHERS’ UNDERSTANDING IN 21ST CENTURY SKILLS). 5. Retrieved 12 13,

2020,

fromhttp://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/09-Nurzarina-Am

ran-UKM.pdf

ARBAA, R., JAMIL, H., & AHMAD, M. (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran
Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Integrated Model of Infusing 21st
Century Skills in Teaching and Learning). ​Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian
Journal of Education), 42(​ 1), 1-11. Retrieved from
http://103.219.237.47/jpend/article/view/19590/6193
Hailmi, C. (2018, January 5). ​PANDUAN LENGKAP Pembelajaran Abad 21​.

CikguHailmi.Com.

https://www.cikguhailmi.com/2017/01/pembelajaran-abad-21.html

International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). (2012).

TIMSS 2011 international results in science. Chestnut Hill, MA: TIMSS & PIRLS

International Study Center.

Hew, T. S., & Leong, L. Y. (2011). An empirical analysis of Malaysian pre-university

students. ICT competency gender differences. International Journal of Network and

Mobile Technologies, 2 (1), 15–29.

Ministry of Education. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

MOHD KUSNAN, R., NOR HABIBAH TARMUJI, T., & OMAR, M. K. (2020). Sorotan

Literature Bersistematik: Aktiviti Pemikiran Komputasional dalam Pendidikan di

Malaysia. ​Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)​, ​5​(12),

112–122. ​https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.581

OECD. (2014a). PISA 2012 results: Creative problem solving: Students’ skills in tackling

real life problems (Volume V). PISA, OECD Publishing.

SIDIK, I., AWANG, M., & AHMAD, A. (2019). The Relationship between Students’

Involvement in 21st Century Classroom Learning Activities and Higher Order

Thinking Skills (Hubungan antara Keterlibatan Pelajar dalam Aktiviti Pembelajaran

Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). ​Jurnal Pendidikan Malaysia

(Malaysian Journal of Education), 44​(1), 59-64.

doi:​http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-07
TAJUDIN, N. ’. M., & MOHAN, C. (2016). The Link between Higher Order Thinking Skills,

Representation and Concepts in Enhancing TIMSS Tasks. ​International Journal of

Instruction,​ ​9(​ 2), 1–16. ​http://www.e-iji.net

Tengku Faekah Tengku Ariffin. (2005). Gender differences in computer attitudes and skills.

Jurnal Pendidikan, 30, 75–91.

Anda mungkin juga menyukai