Anda di halaman 1dari 66

PROGRAM

PEMULIHAN KHAS
UNIT PEMULIHAN KHAS
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
PENGURUSAN
TINGKAHLAKU
Definisi Tingkah Laku:
Merupakan apa yang diperkatakan
atau dilakukan oleh seseorang.

Merujuk kepada semua tindakan


manusia yang boleh diperhati, diukur
dan dinilai.

(Bear, Wolf and Risley, 1968)


Perspektif Psikologi:
Tingkah laku manusia dari perspektif
psikologi dilihat sebagai sama ada:

Biasa (Common)

Luar biasa

Diterima

Ditolak
Punca masalah tingkah laku manusia:

Faktor persekitaran
Kekurangan asuhan ibu bapa .
Kesesakan teruk.
Lebih terdedah kepada keganasan
melalui TV dan media massa yang lain.
Tekanan rakan sebaya.
Punca masalah tingkah laku manusia:

Faktor sekolah
Pengajaran yang tidak berkesan.
Kepimpinan pentadbiran yang tidak
mencukupi.
Kurikulum yang tidak sesuai.
Berlebihan penggantungan dan hukuman
lain.
Punca masalah tingkah laku manusia:

Faktor individu
Sifat ,ciri-ciri semula jadi .
*Kecacatan neurologi.
Rendah diri.
Pembelajaran yang mengecewakan.
Kecelaruan mental :mengalami kesusahan
/tekanan.
Bertentangan dengan kebebasan.
*Halusinasi
*Deksi
Tingkah laku yang berbeza:
Overt (terang-terangan)
Boleh diperhati dan boleh dicatat seperti
tantrum dan sikap negetif .

Covert (rahsia)
Peristiwa peribadi dan tidak boleh
dicatat.
seperti perasaan dan emosi .
Definisi Pengurusan Tingkah Laku:

Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah


laku yang berbentuk saintifik yang dilakukan secara
analisis untuk menghasilkan perubahan positif
untuk seseorang individu.
(Bear, Wolf & Risley, 1968)

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan


intervensi aktif di mana pelaksana perlu melakukan
beberapa perkara penting sebelum dan semasa
proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan.
(Zirpoly dan Melloy, 1993)
4 Perkara Penting Untuk Mengubah tingkah laku:

1. Kenal pasti, ukur dan


menilai corak perlakuan
semasa.

4. Bentuk pembelajaran Tingkah


Laku baru atau baiki Tingkah
2. Kenal pasti antecedent dan
Laku semasa melalui manipulasi
akibat-akibat persekitaran.
antecedent dan akibat-akibat
yang telah dikenal pasti.

3. Tentukan objektif
Tingkah Laku.
Konsep Asas Penguruan
Tingkah Laku(PTL):
1. Perancangan
yang rapi.

Konsep 2. Tentukan
individu atau
4. Penilaian
secara objektif.
Asas kumpulan yang
bermasalah
PTL Tingkah Laku.

3. Teknik
intervensi yang
berkesan.
Pertimbangan:
Setiap orang murid adalah unik.

Tiada satu cara berkesan dalam


semua keadaan bagi semua
murid.

Proses intervensi akan dihadkan


kecuali ia berkaitan dengan
keperluan dan kehendak murid.
Punca-punca berlakunya
Masalah Tingkah Laku

Sebab-sebab

Humanistik Behaviorisme
Medikal
Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Salah Laku

Faktor Psikologi

Jangkaan Tingkah Laku

Kesihatan & Pemakanan


Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Salah Laku

a. Faktor psikologi
- Ketakutan dan fobia
- Perhatian
- Peneguhan
- Ketakutan
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Salah Laku
b. Jangkaan-jangkaan tingkah laku
(behavioral expectations)
- Masalah Penyelesaian Tugasan
- Rutin
- Komunikasi dengan kanak-
kanak
- Tindakan Pro Negatif
- Ketidak konsisten
- Provokasi
- Had Percubaan
- Legakan Tekanan
- Permintaan
- Sikap ibu bapa/penjaga : memang begitu dan
tidak boleh diubah.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Salah Laku
c. Pemakanan dan kesihatan
- Kesakitan yang dialami (kesihatan)
- Masalah penglihatn (kesihatan)
- Pengaruh hormon (kesihatan)
- Faktor neorologi (kesihatan)
- Ekzema (kesihatan)
- Sensitif kepada makanan /bahan kimia
(pemakanan)
- Ketidakselesaan(pemakanan)
Teori / Model Tingkah Laku:
Model Tingkah Model
Laku Psikodinamik

Model Model
Biofizikal Persekitaran
Teori / Model Tingkah Laku:
1. Model Psikodinamik
- Berasaskan kepada teori Freud(1949
dan Erickson(1963).
- Pendekatan yang berfokus kepada proses
kejiwaan dan masalah dalaman individu
iaitu berkaitan dengan personaliti
seseorang.
- Menurut model ini , punca gangguan tingkah
laku disebabkan oleh:
* Masalah dalaman individu.
* Faktor persekitaran yang mengganggu
kehidupan intrapsikik seseorang.
Teori / Model Tingkah Laku:
2. Model Persekitaran
- Kesan Persekitaran ke atas tingkah laku individu.
- Pendekatan yang diambil dengan menggunakan
persekitaran sebagai langkah intervensi.
- Menurut model ini , punca gangguan tingkah
laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan
oleh manusia.
- Antara teknik yang boleh digunakan ialah:
* Intervensi berpusatkan kanak-kanak.
* Intervensi berpusatkan persekitaran.
* Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan
persekitaran.
* Intervensi berpusatkan perantaraan kanak-kanak
Teori / Model Tingkah Laku:
3. Model Biofizikal
- Kaitkan tingkah laku dengan faktor organik individu
seperti keadaan fizikal,penyakit yang dialami,alahan
dan kecacatan anggota badan.
- Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan
dengan bantuan pakar perubatan.
- Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu
dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi
- Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku
berpunca dari faktor persekitaran dan baka.
Teori / Model Tingkah Laku:
3. Model Biofizikal
- Antara teknik-teknik yang boleh digunakan
ialah:
* Kaunseling genetik
* Penjagaan sebelum kelahiran(semasa
mengandung)
* Penjagaan selepas kelahiran
* Ujian perubatan
* Pemakanan dan diet
* Terapi Mega Vitami
Teori / Model Tingkah Laku:
4. Model Tingkah Laku
- Merupakan kaedah modifikasi iaitu
pengubahsuaian tingkah laku yang sistematik
berdasarkan prinsip psikologi.
- Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang
negatif kepada yang positif yang boleh diaplikasikan
dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah
disiplin.
- Berasaskan 3 elemen ABC
(Antecedent--Behavior--Consequence)
4. Model Tingkah Laku
Model ABC

A B C
ANTECEDENT BEHAVIOR CONSEQUENCE
Peristiwa sebelum Tingkah Laku Akibat
A ANTECEDENT
Peristiwa sebelum

Peristiwa yang
menjadi
stimuli
pendorong
atau peransang
kepada salah laku.
BEHAVIOR
B Tingkah Laku

*Tindak balas yang wujud


apabila ada pendorong.

*Boleh dilihat.
C CONSEQUENCE
Akibat

*Perkara yang berlaku selepas


setiap tingkah laku terjadi.
*Ada 3 jenis
- mengukuh,
- memihak
- menolok.
LANGKAH PERLAKSANAAN PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
1.Mengesan tingkah laku sasaran.
2.Pemerhatian, merekod dan
mengumpul data.
3.Tetapkan matlamat.
4.Kenalpasti pengukuhan.
5.Memilih prosedur.
6.Melatih elemen yang penting.
7.Menjalankan program.
8.Pengawasan dan penilaian.
9.Mengumpul dan merumus hasil.
PENEGUHAN TINGKAH LAKU
MENGGUNAKAN MODEL ABC
A B C

(ANTECEDENT) (BEHAVIOR) (CONSEQUENCE)


Peristiwa sebelum Tingkah Laku Akibat
Peneguhan
Tingkah Laku
Aktiviti PdP Murid suka Tidak dapat
sedang berjalan di berjalan-jalan. mengikuti PdP.
dalam kelas.
Token Ekonomi Token Murid tidak Murid dapat
berjalan. mengikuti PdP.

Time Out Asingkan murid Murid tidak Murid dapat


berjalan. mengikuti PdP.
Contoh Penilaian Tingkah Laku: Rekod
interaksi
positif
rakan
Contoh 1: sebaya
Kanak-
kanak
perlu rasa
Rekod
selesa dan
murid yang
kekitaan
dengan
Penilaian mengejek
atau
rakan Berbentuk berbahasa
sebaya jika Senarai tidak
sebelum
mereka Semak sopan
terhadap
dapat Mencatat murid lain.
mencapai interaksi
kejayaan positif di
akademik. antara
murid.
Conth:
saling
bantu-
membantu,
menyelesai
kan
masalah /
konsep
yang sukar.

A Child behavior Checklist for the teacher Dr. Thomas Achenbach


Contoh Penilaian Tingkah Laku:
Contoh 2:
Arahan: Tandakan tally di bawah masa dan hari di mana masalah t/laku murid berlaku.

Time/
ISN SEL RAB KHA JUM ISN SEL RAB KHA JUM
Lesson

7.50
8.05
BUKA

Seni
8.05 I I
9.05
Recess
9.05
9.25

Sains
9.25 10.25

Mat
10.25 III I II IIII I II II III II III
11.25
M/TH
11.45
12.15
Bacaan
12.15 I II I
1.15
PI/Tech
1.15
2.15
Balik
2.15 II
2.30

Neill et al: Tally-mark data collection tool for high frequency behavior problem
Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah:
2 kategori

Positif Negatif
Tingkah Laku Positif:
Tingkah laku positif bermaksud tingkah
laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
tetapi tingkah laku itu akan menjadi
masalah sekiranya dilakukan secara
berlebihan atau tanpa kawalan dan
boleh menimbulkan masalah
kepadanya.
Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan
Tingkah Laku Positif:

Tingkah laku baik atau yang diingini


ditunjukkan oleh murid hendaklah
ditingkatkan lagi atau sekurang-
kurangnya dikekalkan.
Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan
Tingkah Laku Positif:
Antara teknik yang boleh digunakan
oleh guru adalah seperti berikut:
a)Peneguhan positif:
Pemberian peneguhan selepas sesuatu
tingkah laku yang diingini ditunjukkan
supaya tingkah laku itu dikekalkan
atau ditingkatkan lagi.
Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan
Tingkah Laku Positif:
Antara teknik yang boleh digunakan
oleh guru adalah seperti berikut:
b)Peneguhan negatif:
Merupakan penarikan ransangan
negatif setelah tingkah laku sasaran
ditunjukkan dan akan mengekalkan
atau meningkatkan lagi tingkah laku
tersebut.
Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan
Tingkah Laku Positif:

c)Pembentukan (shaping):
Pemberian pengukuhan kepada
perlakuan-perlakuan yang dilakukan
oleh murid yang menjurus kepada
pembentukan perlakuan yang
dikehendaki.
d)Kontrak:
Persetujuan di antara dua pihak atau
lebih (guru dan murid) secara lisan atau
bertulis. Murid dipertanggungjawabkan
terhadap perkara atau aktiviti yang
dipilih.Kontrak akan berjaya jika murid
faham akan tingkah laku yang hendak
diubah dan murid faham kesan yang
berlaku.
e)Ekonomi Token:
Peneguhan diberi dalam bentuk token
seperti syiling(coin) atau sticker,dan
sebagainya apabila tingkah laku yang
diingini ditunjukkan. Token ini boleh
ditukarkan dengan benda-benda atau
bentuk ganjaran lain yang disediakan
oleh guru.
f)Modeling:
Menggunakan watak-watak(murid,
guru) yang disukai dan dihormati
untuk diteladani oleh murid.
g)Rantaian(chaining):
Merujuk kepada siri tingkah laku yang
ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau
berurutan. Pembentukan rantaian
tingkah laku atau rantaian kemahiran
lain, dikenali juga sebagai analisis
tugasan.
h)Pengaburan/peluntan(fading):
Mengurangkan tingkah laku atau
ganjaran yang diterima secara
perlahan-lahan.
Tingkah Laku Negatif:
1. Hiperaktif:
Tingkah laku aktif yang melampau.
Tidak dapat duduk diam .Boleh tidak
tidur beberapa hari dan melakukan
sesuatu yang disukai tanpa berhenti.
Memanjat keatas almari dan duduk
di atas sambil belajar.
Tingkah Laku Negatif:
2. Distruktif:
Perlakuan yang suka merosakkan
benda seperti kerusi meja, barangan
kawan sekelas,mengoyak poster atau
notis di papan kenyataan dan
sebagainya.
Tingkah Laku Negatif:

3. Disruptif/mengganggu:
Perlakuan sentiasa mengganggu
perjalanan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Tingkah
laku ini juga berlaku di luar kelas dan
juga di rumah.
Tingkah Laku Negatif:

4. Agresif:
Tingkah laku agresif adalah seperti
suka memulakan pergaduhan, suka
bergaduh, suka memaki hamun dan
sebagainya.
Tingkah Laku Negatif:

5. Kemurkaan(Temper Tantrums):
Menunjukkan kemarahan yang kuat
secara tiba-tiba. Tidak menerima
pujukan atau ajakan orang lain
walaupun diberi apa yang diminta.
Tingkah Laku Negatif:

6. Masalah-masalah berasingan:
Kecenderungan mengasingkan diri
dari kumpulan, asyik duduk disudut
dan tidak bekerjasama.
Tingkah Laku Negatif:

7. Pergantungan Berlebihan:
Kanak-kanak yang sangat suka
bergantung kepada orang lain, tidak
dapat berdikari dan tidak berupaya
membuat keputusan sendiri.
Tingkah Laku Negatif:

8. Pengasingan diri:
Suka menjauhkan diri daripada
orang lain yang kurang disenangi.
Tingkah laku ini juga dijadikan
sebagai mekaisme helah bela diri
untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.
Tingkah Laku Negatif:

9. Ketidakpatuhan:
Tingkah laku yang engkar mengikut
arahan guru dan orang lain.
Tingkah Laku Negatif:

10. Ponteng sekolah:


Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu
tidak hadir ke sekolah tanpa
pengetahuan ibu bapa dengan
membuang masa di tempat lain
seperti pusat membeli belah atau
taman permainan.
Tingkah Laku Negatif:

11. Enggan ke sekolah:


Perasaan kurang senang atau takut
akibat anggapan bahawa sesuatu
yang tidak diingini akan berlaku.
Keadaan ini akibat daripada
pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang dialami oleh
seseorang.
Tingkah Laku Negatif:

12. Mencuri:
Mengambil hak orang lain tanpa
kebenaran tuannya. Tabiat mencuri
barang rakan sekelas akan
menyebabkan
pertengkaran,pergaduhan, dan
dipulaukan oleh rakan sekelas.
Kaedah dan Teknik Untuk
Meningkatkan
Tingkah Laku Negatif:

1.Penghapusan(Extinction):
Memberhentikan atau menyekat murid-
murid daripada terus melakukan
tingkah
laku negatif secara beransur-ansur
dengan menggantikan dengan tingkah
baru yang positif.
Kaedah dan Teknik Untuk
Meningkatkan
Tingkah Laku Negatif:

2.Pengasingan (Time-out):
Menempatkan murid berasingan
daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik
khas) atau mengeluarkan murid
daripada aktiviti kumpulan.
Kaedah dan Teknik Untuk
Meningkatkan
Tingkah Laku Negatif:

3.Kejemuan (Satiation):
Membiarkan murid melakukan tingkah
laku itu hingga dia jemu melakukannya
dan berhenti sendiri.
Over Correctionadalah satu teknik
kejemuan.
Kaedah dan Teknik Untuk
Meningkatkan
Tingkah Laku Negatif:

4.Hukuman / dendaan:
Contoh : tahanan kelas(lambat balik),
dendaan fizikal, ambil balik token yang
diberi,menarik balik hak dan
keistimewaan.
Kaedah dan Teknik Untuk
Meningkatkan
Tingkah Laku Negatif:

5.Disentisasi:
Tindakan-tindakan secara beransur-
ansur untuk menghilangkan rasa
gugup atau takut yang berlebihan
(takut bercakap di depan kelas,fobia).
Kaedah dan Teknik Untuk
Meningkatkan
Tingkah Laku Negatif:

6.Pembetulan semula (Overcorrection):


Prosedur yang memerlukan pelajar
memperbaiki keadaan atau kesalahan
yang dilakukan melebihi keadaan
sebelumnya.
Kaedah dan Teknik Untuk
Meningkatkan
Tingkah Laku Negatif:

7.Kos Respon (Response cost):


Suatu bentuk penarikan peneguh atau
ganjaran secara sistematik terhadap
sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.
Carta token
Carta token
Menu ganjaran
Ganjaran (peneguh)
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai