Anda di halaman 1dari 6

Tingkah laku Bermasalah PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU3102

PENGENALAN
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan dalam
kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan
ketidak seimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah
laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas
pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk
keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari
tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan
yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat
yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah
beransur berubah.
Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan
dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan
anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang
kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan
memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga.
Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanakkanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu
tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.
Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan
masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada
kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran
di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat
sekali. Bak kata pepatah Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul .
Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku dalam kalangan
murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

Tingkah laku Bermasalah PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU3102

PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH


Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan
dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya
keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan
perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah
disebut sebagai abnormal behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan
norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya
dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.
Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu
sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H
Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child
menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk
dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan
suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan
mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran
dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa
negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan
yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.

Oleh

yang

demikian,

adalah

menjadi

tanggungjawab

seorang

guru

mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar


strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta
berkesan.

Tingkah laku Bermasalah PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU3102

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :-

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku

Tingkah Laku

Bermasalah Negatif

Bermasalah Positif

Tingkah Laku
bergantung disruptif

Tingkah Laku
distruktif

ingin cepat
tahu belajar

pintar proaktif
cerdas

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain
dari tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanakkanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti,suka menakut-nakutkan kanakkanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka,mencederakan kanak-kanak atau
rakan sebaya mereka,suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan,sering
bercakap bohong atau bercakap besar.
Selain itu melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok, suka
menyakiti hati kawan-kawan, menjahanamkan harta benda, tidak duduk diam,suka
terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap, tidak mendengar arahan atau kata dari orang
tua, panas baran dan tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi. (Robert H
Woody: The school and the behaviour problem child)

Tingkah laku Bermasalah PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU3102

CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH


Murid yang berkelakuan nakal
Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk
bagaimana individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan
sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya.
Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik
darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik
darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan
gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku.
Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawankawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran
mengakibatkan ketidakselesaan dalam kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan
menyukarkan guru mengajar dengan aktif. Murid-murid yang berkelakuan nakal ini
biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran, amaran atau dendaan.
Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda , ditegur
atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru,
kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya.
Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai
alasan daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap
nakal di dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh
dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda. Burt ( 1953 ),
dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanakkanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak
mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab.
Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di
atasi dengan menggunakan teori mazhab behavioris. Iaitu, guru-guru perlu memberi
perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti di atas. Kenal pasti
serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal. Kelakuan
mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa memberi tumpuan

Tingkah laku Bermasalah PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU3102

terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.Disamping itu, guru-guru hendaklah memberi amaran
berulangkali agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.Sekiranya murid
berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu mengambil inisiatif memberikan
penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat mungkin.
Sebagai contohnya,Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru
harus memuji perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Ini akan memberikan
peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga dapat meningkat semangat ingin berubah
kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari guru.

PENUTUP
Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang
tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat
kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat
bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak
sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan
dan menganggu kelancaran perjalanan kelas.
Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi
untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi
murid-murid dan akademik di sekolah.
Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan
sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian
selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka.
Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk
memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi
sokongan tentang perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu

Tingkah laku Bermasalah PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU3102

mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya.
Sentiasa memberi galakan dan motivasi.
Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak
dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang
berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai