Anda di halaman 1dari 28

Kanak-kanak

Kurang Upaya
di Malaysia
Kajian mengenai pengetahuan,
sikap dan amalan
Kita tidak seharusnya memanggil mereka cacat. Bagi saya,
sebagai ibu bapa, saya tidak suka kalau anak saya dipanggil
begitu. Bukannya kita mahu mereka dilahirkan macam itu.
Mereka sendiri pun tidak mahu menjadi begitu. Namun
demikian, kita perlu menerimanya, tetapi janganlah panggil
mereka cacat, kasihan mereka, saya tidak mahu.

Ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya

Saya rasa orang Malaysia mempunyai pandangan agak negatif


terhadap orang kurang upaya dan orang yang mempunyai
keperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan
bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai pandangan negatif
terhadap mereka, malah terdapat sebilangan orang yang
melihat mereka sebagai manusia biasa... tetapi saya nampak ada
yang mempunyai pemikiran amat negatif. Saya rasa orang-orang
seperti itu perlu mendapat lebih banyak maklumat. Mereka
perlukan pengetahuan dan pendidikan bagi mengubah
pandangan mereka dan melihat orang-orang kurang upaya
sebagai manusia juga. ...

Seorang remaja tanpa ketidakupayaan

Glosari
OKU Orang kurang upaya
Cacat Kurang upaya atau cacat
PBK Pemulihan berasaskan komuniti
OBK Organisasi berasaskan komuniti
PSA Pengetahuan, sikap dan amalan
NGO Organisasi bukan kerajaan

www.unicef.org/malaysia/
Mengapakah
kajian ini dijalankan?
Menilai pengetahuan, sikap dan
amalan masyarakat terhadap
kanak-kanak kurang upaya,
ILA?
kanak-kanak kurang upaya sendiri, B
dan rakan sebaya mereka.
Kajian ini
dijalankan antara
Menganalisis sebab-sebab utama JANUARI
stigma dan diskriminasi yang
dihadapi oleh kanak-kanak kurang - SEPTEMBER
upaya, dan pendorong mereka. 2016

Membentuk strategi untuk


mengubah tingkah laku
dan norma-norma sosial. Menilai kepuasan hidup dan
tanggapan kanak-kanak
kurang upaya.

MANA?
DI
Kajian ini ANA?
dijalankan di IM
Selangor, A
G

Kelantan, Sabah
BA

Kaji Selidik
dan Sarawak
Perbincangan
Berkumpulan

Temuduga
Bengkel
Remaja

03
Secara keseluruhan,
756 responden/peserta

Pihak berkepentingan
peringkat kebangsaan,
seperti kementerian kerajaan

Ahli komuniti,
seperti pemimpin komuniti
dan agama, dan penjaga
kanak-kanak tanpa
ketidakupayaan

Pembekal perkhidmatan,
seperti pekerja kesihatan,
pekerja pemulihan berasaskan
komuniti (PBK), dan guru

Penjaga
kanak-kanak
kurang upaya

Kanak-kanak dan remaja


(dengan dan tanpa
ketidakupayaan)

04
Apakah yang diketahui responden
mengenai kanak-kanak kurang upaya?

58 % 87 % inginkan
tidak mempunyai maklumat maklumat
yang mencukupi mengenai lanjut mengenai
kanak-kanak kurang upaya ketidakupayaan

7
Penglihatan Kategori
Ketidakupayaan
Fizikal

seperti yang ditakrifkan oleh


Kementerian Pembangunan Wanita,
Pendengaran Keluarga dan Masyarakat Mental

Pembelajaran Pelbagai
Pertuturan

Walaupun ini secara lazimnya diiktiraf sebagai kategori ketidakupayaan, bukan


semua keadaan dianggap sebagai suatu ketidakupayaan oleh masyarakat lazim.
Dalam kajian ini, kami mendapati bahawa tanggapan responden mengenai
ketidakupayaan adalah seperti berikut:

80% 30% 20%


Secara purata, Hanya 3 daripada 10 Kurang 2 daripada 10
8 daripada 10 responden menganggap keadaan menganggap tingkah
menganggap keadaan perihal tingkah laku laku pelik dan
fizikal sebagai suatu dan mental sebagai antisosial sebagai
ketidakupayaan. suatu ketidakupayaan. suatu ketidakupayaan

Seperti hilang Seperti hiperaktiviti, Seperti sifat suka


penglihatan, tidak bersikap agresif, sukar memberontak,
berupaya berjalan, hilang menumpu perhatian, melanggar
pendengaran sepenuhnya sukar belajar undang-undang
dan kecacatan anggota
badan
05
Penemuan:
Responden mempunyai pengetahuan
terhad mengenai punca sebenar
ketidakupayaan.
Ramai tidak memahami apakah yang menyebabkan ketidakupayaan.
Berikut adalah sebab-sebab yang dikenalpasti:

23.2% Kongenital
22%
Genetik

17.8% Kemalangan

14.2% Penyakit

10% Kehendak Tuhan

3.8% Kesalahan Ibu Bapa

3.2% Lain-lain

2.1% Takdir/Karma

2% Persekitaran
0.8% Hukuman
0.5% Sumpahan
0.3% Syaitan
0.1% Feng Shui Lemah

06
Di manakah responden mendapat
maklumat mengenai ketidakupayaan?

4 Sumber
Berikut adalah
maklumat yang
teratas mengikut bidang

Bandar Luar Bandar

26% TV 31%
25% Internet 23%
20% Surat Khabar 20%
11% Radio 11%
Apakah perasaan responden
terhadap kanak-kanak kurang upaya?

34% Simpati
28% Ingin membantu
Bersyukur mereka
17% tidak mempunyai
ketidakupayaan

8% Biasa (tiada perasaan tertentu)

3% Takut
1% Ingin mengelak

9% Perasaan lain

07
Lukisan ini memaparkan dua insan kurang upaya. Salah seorang daripada mereka
tidak boleh berjalan kerana telah kehilangan kakinya dalam kemalangan manakala
seorang lagi dilahirkan buta. Mereka berada di taman permainan dan meminta
bantuan dari orang lain. Kanak-kanak tanpa ketidakupayaan berasa sedih apabila
melihat budak lelaki yang berada atas kerusi roda sebab mereka kasihan pada beliau
yang tidak dapat bermain bola sepak. Tetapi budak lelaki tersebut berasa gembira
mengenangkan masa lampau beliau bermain bola sepak sebelum kehilangan kakinya.
Lukisan oleh budak-budak lelaki tanpa ketidakupayaan, Sarawak

Ibu bapa kepada


kanak-kanak kurang upaya
Kita tidak seharusnya memanggil mereka
cacat. Bagi saya, sebagai ibu bapa, saya tidak
suka kalau anak saya dipanggil begitu. Bukannya
kita mahu mereka dilahirkan macam itu. Mereka
sendiri pun tidak mahu menjadi begitu. Namun
demikian, kita perlu menerimanya, tetapi
janganlah panggil mereka cacat, kasihan
mereka, saya tidak mahu.

08
Sejauh manakah responden dapat
menerima kanak-kanak kurang upaya?
Adakah anda menggalakkan anak anda untuk berkawan dengan semua
kanak-kanak, termasuk mereka yang kurang upaya?
Kebanyakan ibu bapa yang mengambil bahagian dalam kajian ini membenarkan
anak mereka bermain dengan kanak-kanak kurang upaya, bergantung pada jenis
ketidakupayaan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai
ketidakupayaan mental dan pembelajaran adalah antara mereka yang kurang
diterima.

Ketidakupayaan yang paling diterima:


ketidakupayaan pendengaran, pertuturan, fizikal dan pembelajaran

9 daripada 10 7 daripada 10 6 daripada 10


responden tidak responden tidak responden tidak
keberatan untuk keberatan jika teman keberatan jika anak
tinggal di kawasan lelaki/teman wanita mereka berkahwin
kejiranan yang sama anak mereka ialah dengan seorang yang
atau jika anak mereka seorang yang mempunyai
berkawan baik dengan mempunyai mana-mana
kanak-kanak yang ketidakupayaan ketidakupayaan ini.
mempunyai salah satu sedemikian.
ketidakupayaan ini.

Ketidakupayaan yang kurang diterima:


ketidakupayaan mental dan pembelajaran

Kira-kira Kurang daripada 87% daripada


separuh daripada suku responden responden tidak
responden tidak dapat menerima jika menerima anak
mahu tinggal di teman lelaki/teman mereka berkahwin
kawasan kejiranan wanita anak mereka dengan seorang yang
yang sama dengan mempunyai mempunyai
kanak-kanak kurang ketidakupayaan ketidakupayaan
upaya mental. mental. mental.

09
Apakah pengalaman responden
dengan ketidakupayaan?
Kanak-kanak kurang upaya biasanya disembunyikan dan tidak dapat dilihat.

1 daripada 3 1 daripada 8 1 daripada 4


berpendapat bahawa berpendapat bahawa berpendapat bahawa
kanakkanak kurang kanak-kanak kurang kanak-kanak kurang
upaya upaya membawa rasa upaya membebankan
disembunyikan malu kepada keluarga mereka
dari masyarakat keluarga mereka

Tiada sesiapa yang kurang upaya di sekolah, hanya adik saya sahaja. Adik saya
berumur sembilan atau sepuluh tahun. Dia OKU. Dia tak pandai bercakap dan tak tahu
mengira, tak tahu buat apa-apa lah... Dia pergi ke PBK. Saya rasa dia OKU. Saya rasa
mempunyai ketidakupayaan ialah sesuatu yang menyedihkan dan tersisih.
Sukar mempunyai adik yang OKU, kadang-kadang saya kesepian juga. Di belakang
rumah saya ada sebuah gelanggang bola keranjang. Saya bermain bola keranjang di
sana setiap hari tetapi saya seorang sahaja di seluruh kampung yang bermain bola
keranjang. Saya kesepian. Saya ingin mempunyai adik biasa seperti orang lain... Saya
ingin mempunyai peluang untuk mengajar adik biasa saya bermain bola keranjang...
Saya impikan bahawa bukan saya seorang sahaja yang bermain bola keranjang di
belakang rumah saya. Ini sungguh sedih bagi saya.
Kadang-kadang saya rasa malu. Apabila saya keluar bersama keluarga dan mereka
membawa adik saya, saya tidak berjalan dengan mereka. Kadangkadang masyarakat
yang membuat saya sedih, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mereka menjadi
lebih terbuka. ...Saya rasa orang kurang upaya boleh menyumbang kepada masyarakat.
Seperti dalam sukan, di mana saya
menonton banyak video mengenai orang
tidak mempunyai kaki yang mengambil
bahagian dalam sukan Paralimpik. Dan
mereka dapat menyumbang kepada
permainan bola keranjang berkerusi roda
di Amerika Syarikat.

Seorang abang remaja kepada


budak lelaki yang mempunyai
Palsi Serebral, Sarawak
10
Apakah kebimbangan masa depan
untuk kanak-kanak kurang upaya?
Kebajikan dan perlindungan ialah kebimbangan paling besar yang
dihadapi oleh penjaga kanak-kanak kurang upaya.

Kita tidak tahu masa


depan mereka...
Katakan apabila kita
meninggal dunia...
apakah yang akan
terjadi pada mereka?

Ibu kepada
seorang
Saya dipukul sehingga berdarah.
Lukisan oleh budak lelaki remaja kanak-kanak
dengan Sindrom Down, Selangor
kurang upaya
Saya pernah bertemu seorang ibu bapa yang
berkata, Saya rasa lebih baik kalau saya boleh
hidup lebih lama daripada anak saya,kerana saya
tak perlu fikir tentang siapa yang nak jaga dia.
Satu lagi ibu bapa berkata, Apabila tiba masanya,
saya akan membawanya bersama saya, dan saya
memahami maksudnya kerana anak lelaki beliau
mempunyai autisme yang teruk. Beliau berkata,
Saya pernah lihat apa yang mereka lakukan...
perkhidmatan yang mereka [rumah penginapan]
sediakan, dan ia bukanlah kehidupan yang baik
untuk anak saya. Walaupun dia mempunyai
autisme yang teruk, saya tidak inginkan anak
saya menghadapi kehidupan seperti itu.

Wakil pusat pemulihan


berasaskan komuniti
dari Sabah
11
Adakah kanak-kanak kurang
upaya lebih terdedah?
Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran
dan masyarakat di keliling mereka sebab mereka mudah dipengaruhi
oleh orang lain dan tidak tahu yang betul dari yang salah. Kegiatan
buli dan manipulasi dilaporkan sebagai perkara biasa bagi kanak-kanak
kurang upaya.

Mereka diajar oleh rakan


Kanak-kanak kurang upaya mereka yang berupaya
sering dilihat sebagai sasaran untuk mengakses bahan
mudah dan dipersalahkan lucah dan kandungan lain
kerana mereka tidak yang tidak sesuai melalui
mempunyai kuasa untuk telefon bimbit mereka.
mempertahankan diri
mereka sendiri.

Kanak-kanak kurang
upaya dipaksa
menghisap vape,
Penjaga merokok, menjual
dadah, menonton
kanak-kanak bahan lucah dan,
kurang upaya dalam sesetengah
(seperti guru dan kes, melacur.
pekerja PBK) berkongsi
pemerhatian mereka

Mereka dilihat sebagai


mudah untuk diusik, dibuli
dan dipukul, dan juga
terdedah kepada penderaan
seksual seperti rogol.

Pihak berkepentingan bersetuju bahawa


kanak-kanak dengan Sindrom Down dan 67.2% bersetuju bahawa
pelajar lembam adalah yang paling mereka lebih berisiko
terdedah kepada penderaan seksual. terhadap penderaan seksual.

12
Adakah pendidikan untuk kanak-kanak
kurang upaya senang diakses?
Patutkah kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses kepada pendidikan
arus perdana? Pendapat yang diterima adalah berbelah-bahagi.

Q: Adakah ia
mengganggu
kanak-kanak untuk
48.8%
43.1%
Tidak Setuju

Setuju

bersekolah dengan 8.1% Tiada Jawapan


kanak-kanak
kurang upaya?

10% daripada
responden
berkata bahawa
kanak-kanak perempuan
ataupun lelaki kurang
upaya tidak perlu
bersekolah.

Tahap penerimaan kanak-kanak di sekolah,


mengikut jenis ketidakupayaan

Secara purata, Namun demikian, Kira-kira separuh


separuh daripada lebih daripada tidak keberatan
responden dapat 70% berpendapat dengan kanak-kanak
menerima bahawa kanak-kanak kurang upaya
kanak-kanak kurang kurang upaya mental pembelajaran di
upaya fizikal di tidak seharusnya berada sekolah.
sekolah. di sekolah yang sama
dengan kanak-kanak
tanpa ketidakupayaan.

13
Patutkah kanak-kanak kurang upaya
belajar di sekolah yang sama dengan
kanak-kanak tanpa ketidakupayaan?

Guru dalam
pendidikan arus perdana

Mustahil untuk mengajar


kanak-kanak dengan dan tanpa
ketidakupayaan dalam kelas
yang sama.
Mereka sepatutnya diajar dalam
kelas khas atau di sekolah khas.

Guru dalam
pendidikan Khas
Jika kanak-kanak kurang
upaya mempunyai
kemampuan dan keupayaan,
mereka harus diberi peluang
untuk belajar dalam
pendidikan arus perdana.

14
Ibu kepada anak
lelaki kurang upaya fizikal
di Sabah

Saya membawa dia [anak saya] ke sekolah. Saya pergi ke sekolah ini kerana
ia berhampiran dengan rumah saya, dan saya benar-benar ingin hantarnya ke
sekolah itu. Saya tahu anak saya ingin belajar, jadi saya membawanya ke
sana. Tetapi guru besar sekolah tersebut berkata, Kami tidak menerima
kanak-kanak jenis ini. Saya menjawabnya dan terus bertanya, Apakah anda
bermaksud dengan JENIS INI?

Guru besar tersebut kemudian berkata, Semua pelajar saya adalah biasa
tetapi anak anda adalah macam itu, dan kami tidak menerima kanak-kanak
jenis ini. Saya bercakap dengan terus terang dengan guru besar sebab saya
ingin tahu apa yang beliau maksudkan dengan kanak-kanak jenis ini. Guru
besar pula tidak ingin bercakap dengan saya. Dia membuka pintu dan terus
keluar. Kemudian saya pergi ke sekolah lain dan meminta tempat untuk anak
saya. Mereka juga berkata bahawa sekolah itu juga tidak mahu menerima
kanakkanak jenis ini. Mereka kata saya perlu mencari sekolah yang akan
menerima anak saya, dan pergi ke sekolah tersebut. Seorang lagi guru besar
meminta saya pergi ke jabatan kebajikan untuk bertanya mengenai sekolah
yang boleh dihadiri oleh anak saya. ..

15
Kanak-kanak Kurang Upaya:
Bagaimanakah mereka dilihat?
Adakah responden mempunyai maklumat mencukupi
mengenai kanak-kanak kurang upaya?

5 daripada 10 Namun demikian, 3 daripada 5


responden tidak 87% inginkan tidak menganggap
mempunyai maklumat lebih maklumat masalah pembelajaran
mengenai kanak-kanak mengenai sebagai suatu
kurang upaya. ketidakupayaan. ketidakupayaan.

Membesar sebagai seorang kanak-kanak kurang upaya.

3 daripada 10 6 daripada 10 1 daripada 10


berkata bahawa bersetuju bahawa tidak berasa selesa
kanak-kanak kurang kanak-kanak kurang bekerja dengan
upaya disembunyikan. upaya mempunyai seorang yang
risiko penderaan mempunyai
seksual yang lebih ketidakupayaan.
tinggi.

16
Pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya.

4 daripada 10 Kekangan
bersetuju bahawa ia kewangan
mengganggu kanak-kanak menghalang
yang berada di sekolah kanak-kanak kurang upaya
yang sama dengan Hanya 16% dan adik-beradiknya
kanak-kanak kurang dapat menerima kanak-kanak menghadiri sekolah.
upaya. kurang upaya mental untuk
berada di sekolah.

Kanak-kanak kurang upaya menghadapi lebih


risiko penderaan.
6% 13%
60%

Lebih daripada separuh Sebilangan responden Sebilangan responden


berpendapat bahawa berpendapat bahawa berpendapat bahawa
kanak-kanak kurang upaya mengikat atau mereka perlukan
mempunyai mengawal makanan yang
kemungkinan yang lebih kanak-kanak kurang kurang daripada
tinggi untuk didera. upaya boleh diterima. kanak-kanak lain.

Kurang upaya mental Apakah halangan yang


mempunyai stigma dihadapi oleh kanak-kanak
paling tinggi. kurang upaya?
Hanya 58% akan Diskriminasi dan stigma
tinggal dalam dikaitkan kepada orang
kawasan kejiranan yang mempunyai kad OKU.
yang sama dengan
kanak-kanak kurang
upaya mental. Kekurangan infrastruktur
di kawasan awam.

Hanya 6% akan
menerima anak
Pengangkutan yang
mereka mendapat
terhad dan mahal.
teman lelaki atau
teman wanita yang
kurang upaya mental.
17
Betapa mudahkah akses
perkhidmatan penjagaan kesihatan
kepada kanak-kanak kurang upaya?
Kanak-kanak kurang upaya mempunyai keperluan penjagaan kesihatan
yang tertentu. Secara amnya, pekerja kesihatan adalah titik hubungan
pertama mereka dan dianggap sebagai hab maklumat mengenai
kesihatan dan ketidakupayaan.

Menurut responden kaji selidik, beberapa perkhidmatan


khas disediakan untuk kanak-kanak kurang upaya

Lain-lain
Pemulihan (PBK) Infrastruktur
awam
9%
8% 28% Penjaga berkongsi pengalaman
Kebajikan
Sosial 14% mereka mengatakan pekerja
kesihatan dianggap kurang
16% 25% sensitif dan tidak profesional
kerana kurang kesedaran
Penjagaan Pendidikan dan latihan.
Kesihatan Khas
Seorang penjaga

[Penjaga kesihatan] tidak dapat


memberi masa dan perhatian yang
diinginkan oleh setiap pesakit, dan
mereka juga menghadapi pelbagai
kekangan.

Kekangan yang dihadapi dalam


perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah

kekurangan penjagaan khas masa menunggu yang lama

bekalan alat bantuan yang terhad tempoh rundingan yang pendek

pengedaran dan liputan perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak saksama

18
Betapa bergunakah perkhidmatan
pemulihan berasaskan komuniti (PBK)
kepada kanak-kanak kurang upaya?
Pusat pemulihan berasaskan komuniti (PBK) menyediakan ruang yang
penting untuk penyepaduan, rangsangan dan pembelajaran kanak-kanak
kurang upaya.

Kemajuan positif yang dilaporkan selepas


menghadiri pusat PBK termasuk: Pekerja PBK
bersetuju penambahbaikan
diperlukan dalam bidang
berikut

Sosialisasi Pengurusan
sendiri
Pembangunan
kemahiran
Peluang Pengiktirafan
Pekerja PBK bukan sahaja latihan
memberi sokongan kepada kanak-kanak,
tetapi juga kepada keluarga dalam
bidang berikut:

Pengalaman Insentif
teknikal
Penilaian kemajuan
dan pencapaian
Teknik kanak-kanak
penjagaan
rumah Maklumat mengenai
sumber-sumber utama

Apakah kekangan yang dihadapi pada masa kini?

Kekangan pengangkutan
Pengedaran PBK di Sabah dan
dan kewangan untuk
Sarawak masih ketinggalan
mengakses penjagaan di
berbanding Semenanjung Malaysia
kawasan luar bandar

Penjagaan pakar yang disediakan di Latihan yang tidak


pusat PBK kerajaan tidak mencukupi, mencukupi & kadar pusing
berkualiti rendah, dan tidak mempunyai ganti yang tinggi untuk
kesinambungan dalam penjagaan pekerja PBK

19
Apakah prospek pekerjaan untuk
remaja kurang upaya di Malaysia?

Orang memandang
rendah apabila anda tidak
mempunyai pekerjaan,
tidak dapat sara diri sendiri,
tidak dapat memenuhi Ini adalah kepercayaan
peranan anda dalam umum yang dipegang oleh
masyarakat, tidak boleh orang yang ada atau tiada
menyumbang kepada
komuniti atau ketidakupayaan. Namun demikian, ia
masyarakat. dianggap bahawa latihan tambahan
atau peningkatan kemahiran tidak
disediakan untuk membimbing
remaja kurang upaya menghadapi
peringkat dewasa dan juga di

Diskriminasi di tempat kerja.

tempat kerja

Gaji yang
Peluang pekerjaan

11%
kurang
yang terhad Sokongan terhad
di tempat kerja

Akibatnya, pekerjaan dalam tidak selesa


sektor korporat dianggap bekerja dengan
sebagai tidak realistik/tidak
bolah dicapai. orang kurang
upaya

20
Pekerjaan adalah amat terhad untuk OKU
[Orang Kurang/KelainanUpaya]. Seperti
saya, saya telah menghadiri banyak
temuduga. Sebab mereka [tidak memberi
saya pekerjaan] ialah kerana mereka
inginkan orang biasa. Saya juga pernah
fikir, jika mereka hanya inginkan orang
biasa yang boleh melihat, maka apakah
Sebaliknya, sekumpulan kerja yang harus dilakukan oleh OKU?
dewasa dengan Sindrom Down Kami tidak boleh menjual tisu dan
membuat urutan sahaja. Kami juga
yang mengambil bahagian
ingin mengalami bekerja di pejabat,
dalam kajian di Selangor tidak atau apa-apa kerja lain yang
bimbang tentang pekerjaan dilakukan oleh orang biasa... Ia
dan yakin bahawa mereka sedih bahawa kerajaan tidak begitu
akan bekerja di McDonalds, menghiraukan mengenai aspek
di Stesen minyak Petronas pekerjaan OKU.
atau di pejabat besar.

Seorang peserta cacat


Apakah yang kanak-kanak penglihatan di Selangor
kurang upaya inginkan
untuk diri mereka Tiga
sendiri? aspirasi
utama:

Mempunyai keluarga
mereka sendiri
Mendapat
pendidikan Mendapat pekerjaan
tinggi yang stabil

6 bidang penambahbaikan teratas untuk kanak-kanak


kurang upaya, menurut responden

1 Menambahkan bantuan kewangan 19%


2 Peluang pendidikan yang lebih baik 18%
3 Pemulihan berasaskan komuniti (PBK) 14%
4 Perkhidmatan perubatan yang lebih baik 13%
5 Kumpulan sokongan 12%
6 Latihan vokasional yang lebih baik 11%
21
4 kekangan teratas yang dihadapi
oleh kanak-kanak kurang upaya
menurut responden

1) Pendaftaran kanak-kanak kurang upaya


Proses untuk memohon dan mendapatkan kad OKU
dianggap sebagai rumit dan memakan masa.

2) Kekangan kewangan
Perbelanjaan untuk kanak-kanak kurang upaya termasuk
pengangkutan khas, bil perubatan, makanan tambahan
kesihatan, lampin, dan alat bantuan.
Penjaga sepenuh masa menerima elaun ketidakupayaan yang terhad,
oleh itu meningkatkan lagi beban kewangan.
Ini boleh menjejaskan kehadiran ke sekolah atau perkhidmatan
pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya dan adik-beradiknya.

3) Kekangan pengangkutan
Kawasan luar bandar mempunyai masalah pengangkutan
yang lebih besar akibat jarak ke perkhidmatan.
Penjaga yang tidak mempunyai kenderaan mereka
sendiri menanggung kos yang lebih tinggi.
Pelaksanaan dan pengawalan tempat letak kereta bagi
orang kurang upaya merupakan suatu kebimbangan.
Diskriminasi daripada pemandu bas dan teksi menjadikan
pengangkutan awam sebagai satu cabaran.

4) Kekangan fizikal/infrastruktur
Kekangan infrastruktur seperti tiada lif, tanjakan tangga,
atau bilik mandi yang diubah suai dan lain-lain ialah
kekangan utama untuk dimasukkan.
Kekurangan perancangan membuat tempat awam tidak dapat diakses
oleh kanak-kanak kurang upaya.

22
Bagaimanakah boleh kita wujudkan
masyarakat yang lebih inklusif?
Bagaimanakah boleh kita menangani stigma, diskriminasi dan
pendedahan yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya hari
ini? Dengan mengubah sikap kami terhadap mereka...

Berikut adalah beberapa cadangan


utama yang diajukan oleh responden
dan pihak berkepentingan:

Kanak-kanak dan remaja


tanpa ketidakupayaan

Aktiviti-aktiviti bertumpukan
kanak-kanak untuk mengubah
norma sosial
Platform bagi remaja
menyuarakan idea dan
Bahan-bahan dan media
pendapat mereka
sosial yang bertumpukan
remaja

Penglibatan komuniti

Perkongsian Organisasi berasaskan


komuniti dan NGO untuk memulakan Mewujudkan kesedaran
dan melaksanakan inisiatif. mengenai toleransi
sifar untuk diskriminasi

Menggunakan bahasa yang


diseragamkan dan boleh Mengetengahkan orang kurang
diterima secara konsisten upaya dengan melibatkan duta
berprofil tinggi
23
Penjaga kanak-kanak
kurang upaya

Pendidikan penjaga, melalui


kumpulan belajar dan Model peranan dan
platform maya menggalakkan
pengalaman positif

Kumpulan
sokongan

Kanak-kanak dan remaja


kurang upaya

Forum sokongan rakan ke rakan untuk


menyatukan kanakkanak dan remaja
Mengetengahkan kanak-kanak
dengan dan tanpa ketidakupayaan
dan remaja kurang upaya

Memperkenalkan duta kurang upaya Mengkaji impak keganasan,


sebagai model peranan positif penderaan dan manipulasi
dalam talian ke atas
kanakkanak dan remaja
Penyertaan konstruktif oleh kurang upaya di Malaysia
kanakkanak dan remaja kurang
upaya untuk merancang,
membentuk dan melaksanakan
program

24
Cadangan peringkat kebangsaan

Meningkatkan kerjasama
antara agensi dari segi Memperkukuhkan
kesihatan, pendidikan, polisi kebangsaan dan
pemulihan dan perlindungan mengekalkan piawaian
antarabangsa

Penggunaan bahasa
Meningkatkan penjagaan
dan terminologi
kesihatan untuk kanak-kanak
yang seragam dan
kurang upaya
Menyediakan konsisten dalam
pendidikan inklusif strategi komunikasi
untuk kanak-kanak
kurang upaya Rundingan pelbagai pihak
Meningkatkan dengan pihak yang
infrastruktur di mempunyai kepentingan
bangunan awam yang berlainan
untuk orang
kurang upaya

Penglibatan sektor
swasta melalui
tanggungjawab sosial
korporat

Memudahkan dan
menyeragamkan
proses pendaftaran

25
Pembekal
perkhidmatan
Pekerja kesihatan

Latihan dalam pencegahan, Meningkatkan pengetahuan


pengesanan awal, diagnosis dan mengenai ketidakupayaan,
bantuan perubatan. perkhidmatan dan sumber.

Latihan dalam kaunseling


Amalkan kod tingkah laku dan sokongan psikososial.
etika yang mantap.

Sediakan bimbingan
Mengiktiraf isuisu pembangunan
kepada penjaga
dengan secepat mungkin.

Memberi keutamaan kepada


organisasi berasaskan komuniti
Guru dalam pendidikan
dan NGO yang berkenaan.
inklusif, bersepadu dan
khas dimaklumkan
mengenai manfaat
pendidikan inklusif. Semua sekolah boleh
diakses oleh kanakkanak
kurang upaya.
Latihan dalam kaunseling
dan sokongan psikososial. Diperkasakan untuk membentuk
rancangan pendidikan peribadi
untuk kanak-kanak kurang upaya.
Latihan ulang kaji yang berkala.
Bimbingan pekerjaan dan
kerjaya untuk kanak-kanak
kurang upaya.

26
Perkhidmatan kebajikan sosial

Dilengkapi dengan
pengetahuan Perkaitan yang lebih kukuh
yang diperlukan kepada perkhidmatan
perubatan dan pendidikan

Menambahkan
Sumber yang mencukupi
bilangan pekerja
dengan peralatan yang
PBK Menawarkan penjagaan
diperlukan
pemulihan di rumah

Latihan yang diseragamkan dan


latihan ulang kaji yang berkala Gaji yang sewajarnya

27
Dalam gambar ini saya sedang mengajar kawan saya yang buta untuk
bermain permainan komputer dan juga berjalan dengannya.
Dia memakai cermin mata hitam supaya orang lain tidak memperlinya.
Ramai orang suka mempersendakan orang kurang upaya.
Lukisan oleh seorang budak lelaki tanpa ketidakupayaan, Sarawak

#ThisAbility

Diterbitkan pada 2017

Anda mungkin juga menyukai