Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 1: Projek Diagnostik Tingkah Laku

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan (2013), tingkah laku membawa maksud langkah, perangai, gerak-
geri, kelakuan dan perbuatan. Tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan oleh organisma.
Tingkah laku terbahagi kepada dua (2) iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah positif merangkumi sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas.
Manakala tingkah laku negatif pula merangkumi distruktif, distruptif dan sikap bergantung.
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Menurut
Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar dan Zainuddin Md Isa (2010), tingkah
laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Menurut Mohammad Fauzi (2008), tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu yang merupakan sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Untuk mengetahui tingkah
laku murid-murid pemulihan khas, satu pemerhatian telah dijalankan berkaitan tingkah laku
bermasalah dan faktor penyebab tingkah laku tersebut berlaku.

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Saya telah melakukan satu pemerhatian berkaitan tingkah laku murid-murid Pemulihan Khas
di Sk Tempoyang. Pemerhatian tersebut telah dilakukan kepada seorang murid menggunakan
pelbagai instrumen yang berkaitan untuk menentukan satu tingkah laku sasaran. Hal ini
adalah untuk melakukan modifikasi terhadap tingkah laku tersebut supaya diterima oleh
masyarakat. Murid A yang diperhatikan berumur 10 tahun. Saya telah menggunakan rekod
naratif, senarai semak dan rekod pensampelan data dalam menentukan tingkah laku sasaran
murid tersebut.

2.1 Proses pemilihan tingkah laku sasaran

i) Rekod Naratif

Menurut Kamus Dewan, naratif ditakrifkan sebagai cerita atau kisah tentang peristiwa,
pengalaman. Oleh sebab itu, rekod naratif merupakan penulisan data berkaitan segala
perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh seseorang. Oleh yang demikian, semasa
menggunakan rekod naratif untuk pemilihan tingkah laku sasaran, pengkaji akan menulis
semua perkataan, tingkah laku dan tindakan yang dilakukan oleh murid A dalam masa
yang telah ditetapkan olehnya. Tingkah laku dan perlakuan yang dapat pengkaji rekodkan
dengan menggunakan rekod naratif adalah seperti berikut.

1
Nama murid: Mohammad Izwan Haikal bin Yusof (Murid A)
Umur: 10 tahun
Kelas: Kelas Pemulihan Khas (4 Melor)
Masa: 8:30 – 9:30 (30 minit)
Hari: Selasa
Situasi: Aktiviti mengira

Murid A diberikan 2 helaian soalan matematik mudah iaitu operasi menambah. Guru
memberikan arahan untuk mewarnakan jawapan yang betul (daripada 4 pilihan
jawapan) dalam soalan tersebut menggunakan warna yang ditetapkan berdasarkan
nombor yang ditulis pada gambar tersebut. Murid A (MA) telah mewarnakan pilihan
jawapan tersebut tanpa mengira terlebih dahulu dengan satu warna sahaja iaitu warna
biru. Setelah itu dia mendapati pensil warnanya tumpul, dia cuba mengambil pengasah
pensil daripada kawan. Kawannya memberikan pengasah pensil tersebut dan dia
mengasah pensil warna tersebut dalam keadaan mengcangkung. Semasa dia sedang
mengasah pensil warna tersebut, kawannya mengambil pengasah pensil tersebut
daripadanya. Dia marah dan seterusnya masuk ke dalam bilik guru pemulihan khas. MA
mengeluarkan kata-kata kesat kepada kawan-kawannya.

Di dalam bilik guru pemulihan khas tersebut, MA baring di atas sofa. Semasa baring,
MA bermain-main dengan jarinya. MA mengubah baringan. MA baring mengiring
menghadap pintu. Setelah itu, dia baring sambil meletakan kaki di atas meja dan
memasukkan jari ke dalam mulut. Dia telah mengambil satu kusyen dan
menjatuhkannya ke atas badan. Setelah itu, dia mendirikan semua kusyen seperti
rumah. Setlah itu dia MA baring semula dan menepuk perutnya. Dia menarik baju ke
atas. Dia memanggil kawan di luar. Dia bermain dengan pemotong kertas yang terdapat
di rak buku Bilik Pemulihan Khas. Setelah dimarahi oleh rakannya, dia baring semula di
sofa. Dia bangun apabila guru Pemulihan Khas datang dan memaksanya keluar
daripada bilik berkenaan. Apabila keluar daripada bilik berkenaan dia melihat kawan
mengasah pensil dan memberi arahan kepada kawan untuk mewarna kertas yang
diberikan. MA menguap. Dia mewarna jawapan dalam soalan teresbut dengan
mengerakkan kertas tersebut.
Data 1.0 – Rekod Naratif

2
Berdasarkan rekod naratif yang telah dijalankan, terdapat beberapa tingkah laku
bermasalah yang ditunjukkan oleh murid A contohnya, dia bermain dengan pemotong kertas
yang tajam yang mana jikalau tidak dipantau akan mendatang kecederaan kepada dirinya
malahan kawan-kawan yang lain. Muird A juga mudah hilang fokus untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan kepadanya. Berdasarkan dapatan daripada rekod naratif, pengkaji
telah menyediakan satu senarai semak untuk mengetahui tingkah laku murid A.

ii) Senarai semak

Senarai semak merupakan alat pentaksiran yang mengandungi senarai item yang
disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi kemahiran fizikal, kognitif, bahasa
dan sosial. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada perlakuan telah
dilakukan atau kekerapan sesuatu tingkah laku. Senarai semak yang telah disediakan oleh
pengkaji mengandungi pelbagai jenis tingkah laku yang mungkin ditunjukkan oleh murid
sasaran. Apabila murid sasaran menunjukkan tingkah laku yang dinyatakan dalam senarai
semak. Ia akan ditanda sebagai bukti dan rekod terhadap tingkah laku tersebut.

Bil. Perkara Ada Catatan

Tingkah laku bermasalah

Murid menunjukkan tingkah laku yang bermasalah yang mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran.

*Tandakan (/) pada yang berkenaan

1. Disruptif

a. Mengganggu kawan
menyiapkan tugasan

b. Membuat bunyi yang / -menyanyi dalam kelas


menggangu pengajaran dan
pengajaran

c. Mengganggu guru menjalankan /


Pdpc

2. Distruktif

a. Mencubit kawan / -untuk meminjam barang

b. Memukul kawan

3
c. Mencederakan diri sendiri

d. Mencederakan guru

3. Hyperaktif

a. Tidak duduk diam dalam kelas / -Berubah tempat duduk

4. Kurang tumpuan

a. Mudah lupa dengan aktiviti

b. Hilang tumpuan ketika guru /


mengajar

c. Tidak menyiapkan tugasan / -Hanya siap dua soalan sahaja


daripada 6 soalan

d. Tidak mendengar arahan guru /

e. Mengelamun

5. Pasif

a. Tidak bergaul dengan kawan

b. Duduk bersendirian

c. Tidak memberi respon terhadap / -Buat tidak ambil peduli dengan


arahan guru guru dihadapan kelas

6. Emosi

a. Murung

b. Marah tiba-tiba

c. Ketawa tiba-tiba

d. Mencederakan diri sendiri

e. Bosan dengan aktiviti /


pembelajaran

7. Pengasingan diri daripada aktiviti

8. Agresif

4
9. Tidak sabar menunggu giliran

10. Tidak menerima teguran /

11. Melawan cakap guru

12. Tidak menghormati guru

13. Mengeluarkan kata-kata kesat / -Memaki kawan-kawan dengan


perkataan kesat seperti bodoh,
babi dan gila

-Mengeluarkan kata-kata kesat


apabila berseorangan kerana tidak
puas hati dan marah kepada
kawan.

14. Meraba kawan berlainan jantina

15. Meraba guru berlainan jantina

16. Memeluk guru berlainan jantina

17. Mengambil barang kawan tanpa /


kebenaran

18. Menyuruh kawan menyiapkan tugasan /

19. Tidak yakin menyiapkan tugasan

20. Tidur semasa guru mengajar /

Data 2.0 – Senarai semak

Senarai semak ini telah dibina berdasarkan rekod naratif yang telah dijalankan. Tanda
(/) digunakan untuk menanda tingkah laku yang diperlihatkan oleh murid A semasa
pemerhatian sedang dijalankan. Terdapat banyak tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid A
semasa pemerhatian dijalankan. Berdasarkan hasi dapatan senari semak, pengkaji telah
memilih satu tingkah laku yang perlu diubah dengan segera kerana tidak sesuai dengan tahap
umur dan norma masyarakat. Tingkah laku tersebut ialah mengeluarkan kata-kata kesat.

5
iii) Persampelan masa

Rekod ini sesuai untuk dijalankan pada satu tingkah laku sasaran yang telah dikenal
pasti. Hal ini kerana adalah untuk melihat dengan lebih terperinci berkaitan tingkah laku yang
disasaran kerana rekod ini telah dipecahkan mengikut masa. Maka, pengkaji dapat
menterjemahkan keterukan tingkah laku tersebut serta mengkaji masa dan situasi yang
mendorong murid berkelakuan sedemikian.

BORANG PERSAMPELAN MASA

SELA MASA 5-MINIT

NAMA MURID: MOHAMMAD IZWAN HAIKAL BIN YUSOF


TARIKH: 2 APRIL 2019
MASA: 8:30 – 9:00 a.m
TINGKAH LAKU: MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT

Sela masa +/- Catatan

8:30-8:35 -
8:35-8:40 + Melakukan perkara tersebut semasa
sukar untuk mencari jawapan.

8:40-8:45 + Melakukan perkara tersebut untuk


marah kawanya.

8:45-8:50 -
8:50-8:55 + Melakukan perkata tersebut kerana
tidak puas hati dengan kawan.

8:55-9:00 -

Data 3.0 – persampelan masa

Berdasarkan dapatan rekod tersebut, murid A tidak menunjukkan tingkah laku tersebut
pada 5 minit pertama pemerhatian tetapi melakukanya pada 5 minit kedua. Pada 5 minit
ketiga, murid A menunjukkan tingkah laku berkenaan. Murid A tidak menunjukkan tingkah laku
berikut pada 5 minit keempat. Pada 5 minit kelima, murid A tidak menunjukkan tingkah laku
berkenaan. Namun pada 5 minit terakhir, murid A tidak menunjukkan tingkah laku berkenaan.
Untuk mengetahui kekerapan tingkah laku tersebut, pengkaji telah menjalankan pemerhatian
pada hari yang berikutnya.

6
iv) Rekod kekerapan

Rekod ini dijalankan untuk mengetahui kekerapan tingkah laku sasaran dalam
masa 30 minit waktu pembelajaran.

Nama Murid: Mohammad Izwan Haikal bin Yusof


Umur: 10 tahun
Kategori: Murid Pemulihan Khas
Tingkah laku sasaran: Mengeluarkan kata-kata kesat
Tarikh: 3 April 2019

Tingkah laku Kemunculan catatan


(setiap 5 minit) Jumlah kekerapan

Mengeluarkan kata- 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6 -Mengeluarkan


kata kesat 0 0 1 1 1 0 0 0 II I I 0 kata-kata kesat
pada 5 minit
ketiga,keempat
dan kelima. Pada
5 minit ketiga
memaki 2 kali,
kemudian 1 kali
pada 5 minit
keempat dan
kelima.
Terjadi = 1
Tidak terjadi = 0

Data 4.0 – Jadual kekerapan

Berdasarkan jadual kekerapan yang ditunjukkan, murid A menunjukkan tingkah laku


pada 5 minit ketiga, keempat dan kelima dengan jumlah kekerapan yang berbeza setiap minit.
Pada minit ketiga, murid A telah menunjukkan tingkah laku sebanyak 2 kali. Pada minit
keempat dan kelima pula, murid A menunjukkan 1 kali tingkah tersebut.

Berdasarkan semua rekod yang didapati semasa menjalankan pemerhatian, murid A


memerlukan pengurusan tingkah laku supaya tingkah laku sasaran tersebut dihapuskan
kerana perbuatan tersebut merupakan tingkah laku bermasalah yang mana akan mendatang
kemudaratan pada dirinya dan orang lain jika tidak dibentung bermula sekarang.

7
3.0 FAKTOR TINGKAH LAKU DITUNJUK

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, tingkah laku mengeluarkan kata-kata


kesat merupakan salah satu tingkah laku bermasalah yang perlu di ubah dan dihapuskan. Hal
ini kerana tingkah laku tersebut tidak sesuai dengan tahap umur dan norma masyarakat.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada terjadinya tingkah laku tersebut.
Antaranya ialah sikap dan emosi murid itu sendiri yang menjadi punca kepada fenomena
bahasa kurang sopan ini (Rohani Abdullah, 2003). Contohnya sikap suka menunjuk-nunjuk
akan kehebatan diri dan ego akan menimbulkan rasa sombong dan angkuh dalam diri
individu. Apabila ini berlaku, murid A lebih cenderung untuk menggunakan kata-kata yang
kasar dan kesat apabila berinteraksi dengan orang lain. Sikap hormat – menghormati dan
beradab sopan dengan orang lain akan turut terhakis dari dalam diri murid A. Seseorang yang
mempunyai emosi yang tidak stabil, jiwa yang resah, kusut dan tidak terkawal juga akan
cenderung mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan terhadap orang lain. Inilah masalah
yang dihadapi oleh murid A. Ini mungkin disebabkan oleh perasaan rendah diri atau marah
akibat dihina atau dimarah. Justeru itu, murid A cuba untuk melepaskan perasaan marah dan
tidak puas hati yang terpendam dengan melafazkan kata-kata kasar, kesat dan sebagainya
tanpa memikirkan kesan daripada kata-kata tersebut boleh menyinggung perasaan orang lain.

Selain itu, faktor seterusnya ialah ibu-bapa murid A bekerja sepenuh masa. Lantaran
kesibukan dan kesuntukan masa, maka hak penjagaan dan didikan anak-anak kurang
dititikberatkan. Menurut Asmah Omar, (2002), sikap tidak peduli dan tidak bertanggungjawab
ibu bapa ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu kurang kemesraan dan kasih
sayang. Oleh itu murid A akan menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada ibu bapa
dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Murid A memprotes dengan cara bersikap
kurang ajar dan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar apabila bercakap. Selain itu
faktor keluarga yang bermasalah juga akan menjadi punca wujudnya fenomena ini. Ada
keluarga atau ibubapa yang sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan di
hadapan anak-anak. Oleh itu anak-anak akan menganggap perbuatan itu adalah betul dan
menjadi ikutan. Ini adalah kerana mereka sering didedahkan dengan perbuatan dan
penggunaan bahasa yang kurang sopan tanpa ada yang menegahnya. Selain itu, sikap dan
perangai ibu bapa yang sering bercakap dengan nada yang kuat atau terjerit-jerit serta
penggunaan bahasa yang kasar seperti ‘hoi’,’aku’,’kau’,’bodoh’ dan sebagainya akan turut
mempengaruhi murid A.

Faktor yang seterusnya adalah melalui rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan
orang yang paling hampir dengan murid A selain ibu bapa dan kaum keluarga. Remaja yang
terdedah dengan kehidupan yang terlampau bebas akan menjadikan rakan sebaya mereka

8
sebagai individu yang penting dalam hidup mereka. Pergaulan yang bebas dengan rakan
sebaya yang bermasalah akan menyebabkan mereka akan turut terpengaruh dengan gejala
yang kurang baik. Kebiasaannya golongan ini akan menggunakan kata-kata yang kasar dan
kesat apabila berkomunikasi sesama mereka. Lebih membimbangkan apabila ada dalam
kalangan murid A tidak segan silu menggunakan bahasa-bahasa lucah apabila bercakap.
Justeru apabila perbuatan sering menjadi amalan mereka akan turut menggunakan bahasa-
bahasa yang kurang sopan seperti ini apabila berkomunikasi dengan kaum keluarga atau
orang yang lebih tua daripada mereka. Sekiranya tingkah laku ini tidak dibendung pastinya
akan menjadi teladan dan ikutan golongan anak-anak kecil ataupun adik-beradik murid A pula.

Seterusnya fenomena penggunaan bahasa kesat semakin banyak dapat kita saksikan
melalui slot-slot rancangan televisyen, drama, filem dan seumpamanya. Penggunaan kata-
kata kesat, kasar dan berunsur lucah disiarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa
memikirkan kesan dan akibat telah mempengaruhi murid A. Menurut Siti Nor Yaacob (2008),
golongan remaja dan kanak-kanak antara golongan yang paling ramai menonton dan amat
terpengaruh dengan gejala seperti ini. Penggunaan perkataan seperti ‘bangsat’, ‘bahlul’,
’bodoh’, ’mampus’, seperti yang terdapat dalam dialog-dialog filem atau drama sesungguhnya
amat kesat di dengar apatah lagi bila diucapkan berkali-kali. Ungkapan seperti ini yang
terdapat menerusi slot televisyen yang agak popular dewasa ini juga merupakan satu lagi
situasi penggunaan bahasa yang kurang sopan. Namun begitu perkataan-perkataan inilah
yang sering menjadi ikutan para remaja dan anak-anak sekolah. Kesimpulanya, faktor-faktor
persekitaran dan dalaman ini akan menganggu fungsi kognitif murid A dan seterusnya
menyebabkan murid A tidak dapat membezakan bahawa tingkah laku yang ditunjukkan itu
sesuai atau tidak serta penaakulan mereka terhadapat tinggal laku tersebut amat lemah yang
menyebabkan dia melakukannya tanpa rasa bersalah atau sebagainya.

5.0 PENUTUP

Pelbagai instrument dan kaedah pemerhatian perlu dijalankan untuk mendapatkan


tingkah laku sebenar murid. Tingkah laku sebenar kebiasaannya akan menyerlah apabila
murid berada dalam situasi dan persekitaran yang mereka biasa. Oleh yang demikian,
pengkaji tidak seharusnya menukar situasi tersebut kerana dikhautiri akan menjejaskan
tingkah laku murid serta menyebabkan mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang sebenar.
Intervensi dan modifikasi yang dibuat juga harus mengambil kira masalah dan kategori murid.
Hal ini adalah untuk memaksimumkan keberkesanan intervensi dan kemenjadian murid. Oleh
yang demikian, kaji dan selidik dahulu faktor penyebab tingkah laku atau latar belakang murid
supaya masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah dan berkesan dan seterusnya dapat
mengubah tingkah laku sasaran.

9
RUJUKAN

Asmah Hj. Omar. (2002). Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti
Perguruan Sultan Idris.

Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar & Zainuddin Md Isa (2010). Kanak-
kanak Bermasalah Tingkah Laku. Pendidikan Khas Jilid 10, 2/2010, 21-27

Ee Ah Meng (1993). Pedagogi – Satu pendekatan bersepadu. Selangor : Penerbitan Fajar


Bakti Sdn. Bhd.

Kamus Dewan (4th). (2013). Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Dalam
Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Prasekolah. Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohani Abdullah (2003). Keibubapaan pada Peringkat Pralahir dan Kelahiran : Melindungi
Potensi Zuriat. Dalam Jayaletchumy, Rohani dan Abdullah Al-Hadi (pnyt). Keluarga
dan Keibubapaan. Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Saayah Abu (2008). Menjadi Guru Tadika. Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Siti Nor Yaacob (2008). Perkembangan Remaja. Dalam Rozumah Baharudin & Rahimah
Ibrahim (pnyt). Keluarga, Kanak-kanak dan Remaja. Selamgor : Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

10

Anda mungkin juga menyukai