Anda di halaman 1dari 19

HBEC 2703

HBEC2703
SCIENCE IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION
JANUARY 2013

NAMA : LIYANA FARHANA BINTI MOHD ABU YANIN

NO MATRIK : 890120235486001

NO KAD PENGENALAN : 890120-23-5486

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA CENTRE

HBEC 2703

1.0 PENGENALAN

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema adalah salah satu kaedah yang boleh
digunakan oleh guru di prasekolah ataupun di taman asuhan kanak-kanak bagi menyusunkan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Menurut Cummings (1989 ), pengajaran bertema
sebenarnya pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif,berbanding dengan
pendekatan yang lain. Pendekatan bertema bukanlah satu pendekatan baru,bahkan ia sudah
lama diamalkan,tetapi masih ramai yang belum memahami konsep dan pengisiannya.
Menurut Kostelnik (1989 ), theme teaching involves offering children an array of
activities built around a central idea. Machedo ( 1989 ) menyokong pendapat ini,iaitu tema
adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun
idea ini menyentuh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.

Pendekatan bertema adalah suatu pendekatan yang menyeluruh dan dapat merangkumi
aspek tunjang pembelajaran yang luas. Pendekatan ini menyentuh tunjang Bahasa dan
Komunikasi,Sains

dan

Teknologi,Ketrampilan

Diri

(sosioemosi),Fizikal

dan

Estetika,Kerohanian,Sikap dan Nilai serta Kemanusiaan.

Pendekatan pengajarandan pembelajaran bertema dapat membawa kepentingan kepada


guru dan murid di mana kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.
Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum,program atau aktiviti,bahan
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu,pendekatan bertema
membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan
pengayaan di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan
subjek ataupun idea utama. Selain itu guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari
aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.

Pendekatan bertema yang berkesan membantu pemahaman konsep yang abstrak.


Pemahaman ini dimudahkan apabila penyampaiannya dikaitkan konsep itu secara terus
dengan reality pengalaman hidup sebenar dan berasaskan pengetahuan kanak-kanak.
2

HBEC 2703

1.0 PENDEKATAN TEMATIK DALAM PEMBELAJARAN SAINS

Murid

prasekolah

ialah

maklumat,menyiasat,meneroka

saintis

muda

persekitaran

semulajadi
untuk

yang

memenuhi

sentiasa
perasaan

mencari
ingin

tahu,meramal,memerhati dan membuat inferens. Guru harus merancang dengan teliti


pengajaran dan pembelajaran sains yang akan dijalankan mengikut keperluan, minat dan
persekitaran murid untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Aktiviti yang dijalankan
mestilah melibatkan murid secara aktif,mencabar,menyeronokkan dan memberi makna
kepada mereka. Dengan itu,sikap positif murid terhadap pembelajaran sains akan ditanam
dengan kukuh.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak,penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran


seperti meneroka dan mencuba-cuba,secara tidak langsung akan terlibat dalam proses berfikir
dan mendapat maklumat secara saintifik.

Pengajaran dan pembelajaran sains di peringkat prasekolah amat sesuai dilaksanakan


melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Guru boleh menentukan tema
pengajaran sains mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa.
Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema sains ini dibina berdasarkan 3 kategori
berikut iaitu
i.

Alam Hidupan,

ii.

Alam Bahan dan

iii.

Alam Fizikal.

HBEC 2703

1.1 ALAM HIDUPAN


2.1.1 ALAM HIDUPAN (TEMA DIRI SAYA)
Tema yang boleh dibina untuk Alam Hidupan adalah perihal Diri Saya,
Haiwan dan Tumbuhan. Contoh tema yang boleh dibina untuk aktiviti sains
ialah Diri Saya dimana pada akhir pembelajaran murid dapat membuat
perbandingan dan membezakan hasil pemerhatian yang telah dibuat serta
menerangkan pemerhatian yang dilakukan.
Dalam

aktiviti

yang

bertemakan

Diri

Saya,pada

permulaan

pengajaran,guru bercerita menggunakan buku sains tubuh manusia kepada


murid mengenai organ manusia yang terdiri daripada jantung,paru-paru dan
hati.
Langkah seterusnya ialah guru menerangkan kepentingan jantung pada
manusia ialah untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila ia mengepam
ia akan berbunyi dup dap .apabila kita berlari atau bekerja jantung akan
berbunyi lebih kerap. Kita dapat dengar degup jantung dengan cara
menggunakan stetoskop atau meletak telinga pada kawan yang baru lepas
berlari atau bermain di luar.dalam langkah ini minta beberapa murid untuk
membuat demonstrasi. Langkah ini menunjukkan proses saintifik dibina dalam
diri kanak-kanak dimana kanak-kanak perlu membuat perbandingan dan
membezakan hasil pemerhatian yang dibuat. Membanding dan membeza
merupakan kemahiran berfikir yang digunakan semasa membuat pengelasan.
Semasa membanding dan membeza,kita mencari persamaan dan perbezaan
dengan menggunakan cirri-ciri pada objek.
Langkah pelaksanaan yang guru lakukan ialah murid dibahagikan kepada
2 kumpulan A dan B. kumpulan A berlari keluar kelas dan melompat selama 5
minit. Kumpulan B mendengar degup jantung setiap murid kumpulan A
dengan melekapkan telinga pada dada rakannya. Aktiviti ini dijalankan secara
berpasangan. Pastikan semasa mendengar suasana kelas senyap. Elakkan bunyi
bising.
4

HBEC 2703

Akhir sekali pada penutup pembelajaran,minta murid yang mendengar


menceritakan apa yang didengar. Proses saintifik yang terbentuk pada diri
kanak-kanak dalam langkah ini ialah menerangkan pemerhatian yang
dilakukan melalui komunikasi. Komuniaksi merupakan salah suatu proses
kemahiran asas yang tidak kurang pentingnya. Kanak-kanak digalakkan
berkongsi pemerhatian dan data yang dikutip melalui pelbagai cara.
Misalnya,mereka boleh menceritakan hasil pemerhatian dan dapatan mereka
melalui rekid bergambar,carta dan graf mudah. Selain itu,kanak-kanaka boleh
menulis cerita dan melukiskan gambar untuk berkongsi maklumat. Proses
komunikasi ini amat penting bagi emmbolehkan kanak-kanak memahami
bagaimana pengetahuan sains boleh diperoleh dan dikongsi.
2.1.2 ALAM HIDUPAN (TEMA HAIWAN )
Contoh tema yang boleh dibina untuk alam hidupan ialah tema Haiwan
dimana pada akhir pembelajaran murid dapat memerhati dan merekodkan
pemerhatian,membuat perbandingan dan membezakan hasil pemerhatian serta
menerangkan pemerhatian yang dilakukan.
Pada langkah permulaan pengajaran,guru meminta murid menyanyilan
lagu Dari Ulat Jadi Kepompong sambil membuat pergerakan ulat,kepompong
dan rama-rama. Kemudian guru bercerita tentang rama-rama iatu dari segi
warna,makanan,habitat,dan kitaran hidup rama-rama.
Langkah pelaksanaan,guru bersoaljawab dengan murid tentang kitaran
hidup

rama-rama

iaitu

dari

telur

menjadi

ulat,kemudian

menjadi

kepompong,dari kepompong menjadi rama-rama.

Rajah 1 Kitaran Hidup Rama-Rama


5

HBEC 2703

2.1.3 ALAM HIDUPAN (TEMA TUMBUHAN )


Contoh tema yang boleh dibina untuk alam hidupan ialah tema Tumbuhan
dimana pada akhir pembelajaran murid dapat menyusun objek mengikut
seriasi.
Pada langkah permulaan pengajaran,kanak-kanak diminta menyusun kad
siri pertumbuhan pokok dari mula hingga akhir. Seterusnya guru menerangkan
proses pertumbuhan pokok bermula dari biji benih,benih bercambah,anak pkok
dan akhirnya pokok membesar.
Langkah

pelaksanaan,kanak-kanak

pertumbuhan pokok.

dikehendaki

membuat

buku

Akhir sekali pada penutup aktiviti pengajaran dan

pembelajaran,murid diminta untuk menunjukkan hasil kerja yang telah mereka


lakukan.

Rajah 2 Proses pertumbuhan biji benih

HBEC 2703

1.2 ALAM BAHAN


1.2.1

ALAM BAHAN ( TEMA AIR )

Tema yang boleh dibina untuk Alam Bahan adalah Air, Pasir dan
Makanan.Contoh tema Alam Bahan yang boleh dibina untuk aktiviti sains ialah
tema Air dimana pada akhir pembelajaran,kanak-kanak dapat menjalankan
eksperimen bahan larut dan tidak larut melalui pemerhatian perbandingan dan
diskriminasi.

Pada permlaan pengajaran,guru menunjukkan gula halus kepada murid


dan memberitahu murid nama bahan ini adalah gula. Guru membenarkan
murid menyentuh gula.seterusnya guru mennya murid apa akan berlaku jika
kita campurkan air ke dalam gula. Guru meletakkan satu sudu gula dalam
cawan dan meminta seorang murid tuang air ke dalam cawan itu lalu
mengacaunya. Gur bersoaljawab dengan murid.

Langkah penyampaian,guru menerangkan kepada murid gula sudah larut


dalam air . Sesi soaljawab diteruskan bagi memberi pengukuhan agar murid
faham konsep larut dan tidak larut.

Langkah pelaksanaan,murid dikehendaki untuk memasukkan bahan


seperti gula,garam,kertas yang dicarik-carik,pasir,plastisin dan susu ke dalam
air satu persatu dan kacau.

Pada penutup pengajaran dan pembelajaran,murid membuat pemerhatian


setiap satu bahan dengan menandakan (/) pada kotak yang disediakan.
Jadual 1 Rekod berdasarkan pemerhatian yang dibuat

HBEC 2703

1.2.2

ALAM BAHAN ( TEMA PASIR )

Contoh tema yang boleh dibina untuk alam bahan ialah tema Pasir dimana
pada akhir pembelajaran murid dapat membezakan pasir kasar dan halus,batu
kecil dan pasir,pasir dan lumpur,pasir kering dan pasir basah.

Permulaan pengajaran dan pembelajaran,guru meminta murid meneka


kandungan dalam satu tin yang ditutup. Murid diminta menggoncang tin
tersebut dan mendengar bunyinya ( tin yang diisi pasir).

Pada peringkat penyampaian, murid dibawa ke tapak permainan pasir


untuk menyentuh dan merasa tekstrur pasir. Dalam peringkat ini guru akan
bersoaljawab dengan murid tentang pasir. Contoh soalan yang boleh diajukan
kepada murid ialah di mana kita boleh dapat banyak pasir?, pernahkah kamu
main dengan pasir?, dan ceritakan pengalaman kamu. Tujuan bersoaljawab
adalah untuk mengetahui konsep kanak-kanak mengenai pasir.

Langkah seterusnya ialah langkah pelaksanaan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran di mana guru akan menyediakan pasir halus dan pasir kasar di
tapak permainan pasir. Murid diminta mengasingkan pasir halus dan kasar
menggunakan pengayak. Setelah selesai, guru menunjukkan batu kecil dan
pasir dan minta murid merasa dan menceritakan kesamaan dan perbezaannya
daripada aspek seperti bentuk,saiz dan tekstur. Aktiviti seterusnya guru
menunjukkan lumpur dan pasir dan minta murid merasa dan menceritakan
kesamaan dan perbezaan antaranya aspek seperti bentuk,saiz dan tekstur.
akhir sekali,guru meminta murid menuangkan air ke dalam pasir kering dan
seterusnya meminta murid menceritakan perbezaan antara pasir kering dengan
pasir basah daripada aspek seperti bentuk,tekstur dan saiz.

HBEC 2703

Pada penutup pembelajaran,guru bersoaljawab mengenai aktiviti yang


telah dijalankan dan minta murid menceritakan semula aktiviti yang telah
dilakukan.

1.2.3

ALAM BAHAN ( TEMA MAKANAN )

Contoh tema yang boleh dibina untuk alam bahan ialah tema Makanan
dimana pada akhir pembelajaran murid dapat mengenalpasti jenis-jenis
makanan mengikut rasa masam,masin,manis dan pahit.

Pada permulaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru menunjukkan


beberapa jenis makanan. Guru bersoaljawab dengan murid tentang rasa
makanan-makanan ini. Contoh makanan ialah kopi,telur masin,garam,kuih
dan asam.

Pada peringkat penyampaian,murid merasa makanan yang ditunjukkan.


Guru minta murid menyatakan rasa setiap makanan. Contohnya kuihmanis,asam-masam,telur masin-masin,kopi-pahit,garam-masin.

Pada peringkat pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,murid


diberikan lembaran kerja iaitu murid dikehendaki menampal gambar makanan
mengikut rasa.

HBEC 2703

Jadual 2

Lembaran kerja

1. Manis

2. Masam

3. Masin

4. Pahit

Di akhir pembelajaran,murid menyatakan semula nama makanan


mengikut rasa dan guru meminta murid merasa masakan ibu di rumah dan
melaporkan kepada guru rasa ( masam,manis,masin,pahit) makanan tersebut
pada hari berikutnya.

10

HBEC 2703

1.3 ALAM FIZIKAL


1.3.1

ALAM FIZIKAL (TEMA CUACA )


Tema yang boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah aktiviti sains tema
Cuaca dimana pada akhir pembelajaran,kanak-kanak dapat menjalankan
aktiviti membantuk pelangi.
Pada permulaan pembelajaran,guru menunjukkan belon yang pelbagai
warna dan murid diminta menyebut warna belon tersebut. Guru mengaitkan
warna dengan persekitaran murid.
Langlah penyampaian,guru menunjukkan gambar pelangi dan murid
mengenal 7 warna pelangi iaitu,merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo,dan
ungu. Kemudian guru bersoaljawab dengan muird. Contoh soalan yang
boleh diajukan ialah,pada waktu bilakah kita akan melihat pelangi?pelangi
mempunyai berapa warna?
Di peringkat pelaksaan,guru menerangkan cara membuat buih sabun
dan bermain buih sabun.selepas itu,guru meletakkan minyak ke dalam buih
sabun yang telah dibuat dan murid diminta memerhati apa yang berlaku.
Murid kemudiannya dikehendaki mewarnakan gambar pelangi mengikut
urutan warna berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan.
Di akhir pembelajaran,murid menyanyikan lagu buih sabun sambil
meniup buih sabun menggunakan straw.

11

HBEC 2703

2.0 ALAM HIDUPAN TEMA HAIWAN


Haiwan Liar
Haiwan Peliharaan

Ayam
Burung
Arnab
Kucing
Kambing
Lembu
Kuda
Anjing
Itik
Kura-kura

Harimau
Singa
Gajah
Ular
Beruang
Serigala
Buaya
Zirafah
Kuda belang

HAIWAN
Burung

Serangga
Nuri
Tiung
Murai
Kakak tua
Merbah
Helang
Belatuk
Enggang
Tekukur

Rama-rama
Semut
Kumbang
Lipas
Anai-anai
Belalang
Pepatung
Lalat
Lebah

Haiwan Di Air

Sotong
Udang
Ikan
Ketam
Kerang
Belangkas
Kuda laut
Tapak sulaiman
siput

12

HBEC 2703

Cara pembiakan

Habitat

Beranak
Bertelur

Kandang
Reban
Sangkar
Rumah
Akuarium
Air
Sarang

HAIWAN
PELIHARAAN
Makanan

Bijirin
Tumbuhan
Daging
Makanan yang
diproses
Buah
Rumpai air

Fizikal

Pergerakan
Kaki dua
Kaki empat
Berbulu
Bertanduk
Bersisik
Berparuh
Berkepak
Bertaji

Melompat
Berjalan
Terbang
Berenang
merangkak

13

HBEC 2703

Cara pembiakan

Habitat

Beranak
Bertelur

Hutan
Air
Padang pasir

HAIWAN
LIAR
Makanan

Daging
Tumbuhan

Fizikal

Pergerakan
Kaki dua
Kaki empat
Berbulu
Bertanduk
Bersisik

Menjalar
Merangkak
Terbang
Berenang

14

HBEC 2703

Cara pembiakan

Habitat

Bertelur

Air tawar
Air masin
Kawasan salji
Dua alam
Air payau

HAIWAN
AIR
Makanan

Rumpai air
Ikan kecil
Plankton
Lumut

Jenis

Anggota badan
Bercengkerang
Ikan
Tidak bertulang
Tapak sulaiman
bahaya

Sirip
Ekor
Insang
Garisan deria
Sisik

15

HBEC 2703

Ciri-ciri

Habitat

Sesungut
Tiga bahagian
badan
6 kaki

Rumah
Padang
Dalam tanah

SERANGGA

Makanan

Tumbuhan
Madu
Kotor dan
berbau
Darah

Jenis

Pergerakan
Bersayap
Tidak bersayap

Terbang
Merayap
Melompat

16

HBEC 2703

Jenis

Habitat
Pemangsa
Mangsa

Sarang
Sangkar

BURUNG

Makanan

Bijirin
Batang kayu
Madu bunga
Buah-buahan
Ulat
Bangkai

Fizikal

Pergerakan
Berparuh
Berkepak
2 kaki
Bertaji
Berbalung
Berbulu
Pelepah

Terbang
Berjalan

17

HBEC 2703

3.0 RUMUSAN

Dalam pembelajaran sains bertema,kanak-kanak membina sendiri kefahaman mereka


melalui penglibatan dalam aktiviti hands-on. Kanak-kanak tidak belajar sains dengan hanya
mendengar penjelasan daripada guru. Mereka perlukan pengalaman sains yang konkrit bagi
membolehkan mereka menguasai konsep dan proses saintifik dan menghayati nilai-nilai murni
yang relevan dalam sains. Melalui aktiviti amali dan eksperimen,kanak-kanak mampu mengingat
lebih lama lagi bahan yang dipelajari. Penerokaan saintifik juga membantu memperkembangkan
kemahiran menyelesaikan masalah,mengenal pasti sebab dan akibat,menyusun dan mengelas.
Penerokaan awal ini menjadi asas pada pembelajaran sains seterusnya. Keupayaan
menyelesaikan masalah melalui cuba jaya adalah penting dan perlu dalam sains dan dalam
membina keyakinan diri kanak-kanak. Justeru,adalah penting guru-guru menyediakan sebanyak
mungkin pengalaman pembelajaran dalam menyediakan aktiviti bertema dalam tunjang sains.

18

HBEC 2703

4.0 BIBLIOGRAFI

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian pelajaran Malaysia .2010. Pelaksanaan


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran
Bertema. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
Nani Menon,Prof.madya Dr.Rohani Abdullah.2007. Panduan Kognitif Kanak-kanak
Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional
Draf. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Prof.Madya Dr.Zurida Ismail,Dr.Sharifah Norhaidah Syed Idros,Maznah Ali . 2008 .


Pendidikan Sains Prasekolah . Kuala Lumpur : PTS Professional

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/pendekatan-bertema.html

http://gpb-impul3363.blogspot.com/2009/12/pendekatan-bertema.html

19

Anda mungkin juga menyukai