Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

Halaman

1. Pengenalan 3
2. Pengajaran dan Pembelajaran 4
2.1. Teori konstruktivisme 4
2.2. Pedagogi 4
3. Pendekatan Pengajaran 6
3.1. Pendekatan Belajar Melalui Bermain 6
3.2. Pendekatan Tematik 8
3.3. Pendekatan Bersepadu 9
4. Kaedah Dan Teknik Pengajaran 10
4.1. Berkumpulan 10
4.2. Permainan 11
4.2.1. Bermain Kognitif 12
4.2.2. Bermain Sosial 12
4.3. Bercerita 13
4.3.1. Anak Patung Jari ‘Finger Puppet’ 14
5. Strategi Pengajaran 15
5.1. Strategi Pemusatan Pelajar. 15
6. Pentaksiran 16
6.1. Pentaksiran Autentik 16
7. Kesimpulan 17

Rujukan 18
Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

1.0 PENGENALAN

Kurikulum prasekolah boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya guru memahami matlamat dan
objektif kurikulum dengan jelas. Guru sebagai pelaksana kurikulum boleh menggunakan pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tujuan
untuk mencapai objektif kurikulum. Tugas utama seorang guru adalah untuk
memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tuntutan ini, guru bukan sahaja perlu
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi guru juga harus
melaksanakan proses pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransang minat dan keperluan perkembangan pelajar.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan
yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti
yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian,
berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta
mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Manakala, dalam melaksanakan aktiviti
mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih
dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu
menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek. Untuk menarik perhatian
pelajar khusunya kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memilih
aktiviti-aktiviti yang menarik dan mempunyai potensi, untuk memudahkan konsep-konsep pelajaran
diterjemahkan secara jelas. Aktiviti-aktiviti yang di rancang mestilah mampu untuk mempengaruhi
intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Justeru itu, dalam tugasan ini akan membincangkan tentang beberapa proses pedagogi atau
proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh di guna pakai oleh guru prasekolah dalam
melaksanakan pengajaran. Walaupun terdapat pelbagai proses pengajaran dan pembelajarn, namun
guru mempunyai pilihan untuk memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang dirasai berkesan untuk
merangsang minat pelajar atau kanak-kanak belajar. Selain itu, tugasan ini juga akan membincangkan
tentang jenis penilain dan pentaksiran yang dilaksanakan. Proses pentaksiran di peringkat prasekolah
digunakan adalah untuk memperoleh maklumat tentang perkembangan pelajar serta menilai pasti
kelebihan dan kekurangan pelajar dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Selain itu, pentaksiran
juga boleh digunakan untuk mengesan keberkesanan pengajaran guru serta peluang pembelajaran
dalam persekitaran yang disediakan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 2


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah berbeza dengan cara pengajaran di peringkat sekolah
rendah ataupun menengah terutama dalam aspek pengurusan. Di peringkat prasekolah, pendekatan
tidak formal biasanya dilaksanakan semasa aktiviti dijalankan dalam bilik darjah. Peranan guru
prasekolah sangat penting dalam memainkan peranan sebagai pendidik dan membangkitkan rasa
seronok kepada kanak-kanak untuk belajar. Guru prasekolah perlu memiliki daya pemikiran kreatif
semasa melaksanakan pengajaran. Selain itu, guru prasekolah juga perlu memahami dengan
menyeluruh tentang konsep dan isi kandungan kurikulum dalam strategi penyampaikan pengajaran
kepada kanak-kanak di peringkat prasekolah.

2.1. Teori Konstruktivisme

Dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran bagi “child centred” Akademi Nahjan, teori
konstruktivisme telah digunakan sebagai asas untuk mengetahui tentang perkembangan kanak-kanak.
Melalui teori konsruktivisme, ilmu pengetahuan tidak dapat wujud di luar minda tetapi dibina di
dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar (Mohd Fuad, Marina, Rosnah dan Nordin, 2016).
Pelapor teori konstruktivisme yang bertanggungjawab memperkenalkan teori ini ialah L.Vygotsky
dan Jean Piaget. Merujuk kepada idea yang dikemukakan, maka dapat disimpulkan bahawa peranan
guru amat penting sebagai pembimbing, pemudah cara dan perancang dalam pengajaran dan
pembelajaran. Manakala, pelajar pula memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.
Pengalaman dan kesediaan pelajar merupakan faktor penting yang mempengaruhi proses
pembentukan ilmu baharu. Hal ini bereti tahap isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan
pelajar. Dalam konteks pendidikan prasekolah, teori ini menyarankan supaya kanak-kanak membina
pengetahuan berdasarkan inisiatif mereka dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
melalui pemerhatian, penyertaan dan penerokaan.

2.3. Pedagogi

Pedagogi adalah disiplin yang berurusan dengan teori dan amalan pendidikan merangkumi
proses pengajaran yang optimum. Menurut Saayah (2009) pedagogi adalah sains pengajaran yang
melibatkan kajian ke atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar serta proses pengajaran
berdasarkan kaedah penyelidikan dengan tujuan mendapat hasil pengajaran yang berkesan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 3


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

Proses Pedagogi membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang atau domain utama
iaitu (Pedagogi, 2015):

 Kognitif
Berkenana dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa
 Afektif
Berkaitan dengan sikap dan sahsia diri.
 Psikomotor
Berkaitan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan

Proses pendidikan dan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi pendekatan, kaedah,
teknik, aktiviti dan strategi (rujuk rajan 1.1). Pemilihan proses pedagogi ini sangat penting terutama
dalam merancang pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak. Setiap pemilihan
pendekatan, kaedah dan teknik perlu mengambil kira keperluan pembelajaran kanak-kanak. selain
itu, pemilihan proses pedagogi yang berkesan perlu merangkumi aspek kurikulum, kualiti
penyampain, keberkesanan dan ciri-ciri murid di sekolah.

Aktiviti

Kaedah Teknik

Pendakatan PEDAGOGI Strategi

Rajah 1.1: Proses pendidikan dan pedagogi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 4


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN.

Dalam pendidikan prasekolah, pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan kebolehan,


keupayaan dan minat kanak-kanak perlu dirancang dengan teliti. Setiap pendekatan yang dipilih
dalam pengajaran dan pembelajaran, haruslah mampu untuk mengembangkan bakat, meningkatkan
keupayaan dan menarik minat kanak-kanak. Tujuannya supaya kanak-kanak dapat melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan merasa pembelajaran yang diperoleh itu
bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu yugas. Menurut Saayah (2009), pendekatan
bermaksud cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjangnya. Pada asasnya,
pendekatan-pendekatan yang terdapat dalam mata pelajaran tertentu adalah hasil daripada teori-teori
mata pelajaran itu dan cara ianya dipelajari dengan berkesan. Dalam strategi pendekatan pengajaran
dan pembelajaran prasekolah, tidak ada satu pendekatan yang khusus dan terbaik untuk diaplikasikan
dalam bilik darjah. Justeru itu, guru prasekolah perlu bijak menggunakan pelbagai strategi
pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan, kebolehan dan minat kanak-kanak supaya
mereka memperoleh pembelajaran yang berkesan. Terdapat pelbagai startegi pendekatan telah
digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, bagi melaksanakan kurikulum
berasaskan perkembangan kanak-kanak “child centre”, tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran
telah dipilih iaitu:

i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain


ii. Pendekatan Bertema
iii. Pendekatan Bersepadu

3.1. Pendekatan Belajar Melalui Bermain


Bermain merupakan fitrah atau tingkahlaku semulajadi kanak-kanak. Pengalaman semasa bermain
merupakan proses belajar dan meneroka kearah perkembangan mental dalam kehidupan kanak-
kanak. Dengan bermain, perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,
perkembangan sosial dan intelek kanak-kanak dapat di tingkatkan. Di samping itu, bermain juga
dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan kanak-kanak (Saayah,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 5


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

2009). Melalui bermain, kanak-kanak akan dapat meneroka, membuat penemuan dan membina
pengalaman. Menurut ahli psikologi kanak-kanak seperti Jean Piaget, bermain dapat memberi
peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan pelbagai bentuk masalah (kognitif, motor dan
sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek. Manakala, Vygotsky pula menyatakan
melalui aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran sosial dan proses belajar kanak-kanak
(Kasnani, Ramlah, Akmal Hisyam dan Siti Norsyafika, 2006). Bermain juga memberi ruang bagi
kanak-kanak untuk meningkatkan kepercayaan diri dan penguasaan bahasa. Walaupun bermain
dilakukan secara tidak formal, namun kanak-kanak dapat berbincang dan berkongsi tujuan semasa
bermain. Selain itu, bermain juga dapat membantu dalam pembentukan jati diri dan memupuk nilai
murni dalam diri kanak-kanak.
Pendekatan belajar melalui bermain adalah saluran terpenting dan menjadi asas model
pendidikan awal kanak-kanak. Bermain di peringkat prasekolah adalah satu pendekatan mengajar
yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dalam suasana bebas, selamat,
mengembirakan dan bermakna. Menurut Zakiah, Azlina dan Yee (2013) pendekatan belajar melalui
bermain dikatakan satu pendekatan yang memberi pengalaman secara langsung dengan objek dan
menggalakkan kanak-kanak membina perhubungan dengan individu dan objek dipersekitarannya
secara optimum. Penekanan pendekatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu
menyeronokkan disamping dapat membantu mengembangkan potensi kanak-kanak ke tahap yang
maksimum.
Justeru itu, dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran Akademi Nahjan, guru diberi
kebebasan untuk melaksanakan pendekatan bermain ini semasa proses pengajaran. Untuk
melaksanakan pendekatan ini, guru perlu memahami berkaitan fungsi, ciri dan impak pendekatan ini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah senarai fungsi, ciri-ciri dan impak yang
boleh di peroleh dari perlaksanaan pendekatan ini di peringkat prasekolah.
 Fungsi pendekatan belajar melalui bermain:
i. Meningkatkan keupayaan penerokaan untuk memenuhi perasaan ingin tahu.
ii. Dapat bersosial dengan rakan sebaya
iii. Meningkatkan penerokaan untuk memenuhi perasaan ingin tahu.
iv. Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif
 Ciri-ciri belajar melalui bermain:
i. Bahan rangsangan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah.
ii. Menggalakkan komunikasi dan merangsang imaginasi dan daya kreativiti.
iii. Dapat menggembirakan kanak-kanak dalam menjalani proses pembelajaran.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 6


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

 Impak pendekatan belajar melalui bermain:


i. Mengukuhkan kemahiran konsep-konsep pembelajaran dari umum ke spesifik.
ii. Mengukuhkan perkembangan fizikal dan menguasai kemahiran manipulatif.

3.2. Pendekatan Tematik.


Pendekatan tematik ini dilaksanakan dengan merujuk kepada tema yang terkandung dalam kurikulum
mengikut minggu berkenaan. Untuk memastikan pendekatan tematik ini berkesan, maka tema
mestilah dipilih dengan teliti, sesuai dan diminati oleh kanak-kanak. Aktiviti bertema yang
bersesuaian, teratur dan terancang dapat membantu untuk mengesan kemajuan dan perkembangan
kanak-kanak. Pendekatan tematik ini membolehkan kanak-kanak menganalisi, membuat generalisasi
dan mengaplikasikan pengetahuan. Menerusi pendekatan ini juga penilaian terhadap keupayaan dan
kemampuan kanak-kanak mengikuti aktiviti yang dirancang dapat dikenal pasti. Di samping itu,
pendekatan ini mampu untuk membantu guru mencetuskan idea yang menarik untuk aktiviti yang
dirancang. Selain itu, dengan perlaksanaan pendekatan ini guru dapat memastikan penglibatan
kanak-kanak secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan tematik ini melibatkan penggunaan satu tajuk umum yang dibahagikan merentasi
komponen pembelajaran. Selain itu, pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau
topik yang di pilih mestilah sesuai dengan masa, tempat, minat dan latar belakang pelajar. Aktiviti
pembelajaran yang dirancang berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai bidang kurikulum.
Penggabungjalinan ini bertujuan untuk menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari segi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial. Melalui perlaksanaan pendekatan ini, ianya juga
dapat meluaskan dan mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru kepada kanak-
kanak.
Merujuk kepada Fuad, Marina, Rosnah dan Nordin (2016), mereka telah mengariskan cara
perlaksanaan pendekatan tematik yang boleh diguna pakai oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Perlaksanaannya dapat dilihat pada jadual 1.1 yang berikut:
Jadual 1.1: Cara perlaksanaan pendekatan tematik
Peringkat Perlaksanaan Cara Perlaksanaan
Pilih satu tema  Pemilihan tema perlu luas untuk memuatkan maklumat daripada
banyak bidang bagi sesuatu mata pelajaran.
Bina jaringan  Membuat sumbang saran untuk membina carta semantik yang
perancangan meneroka pelbagai contoh timbunya tema.
Pilihan bahan  Bahan yang dipilih mesti dari sumber yang pelbagai.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 7


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

Rancang aktiviti  Memilih dan mereka bentuk aktiviti yang sesuai dengan tema.
 Menggunakan bahan-bahan yang pelbagai dan menggalakkan
peningkatan prestasi pelajar ke arah pencapaian matlamat
pendidikan.

3.3. Pendekatan Bersepadu.


Selaras dengan perancangan kurikulum berintegratif Akademi Nahjan, maka pendekatan bersepadu
telah dipilih sebagai panduan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Dalam
mengendalikan aktiviti harian, guru digalakkan menggunakan pendekatan bersepadu kerana
pendekatan ini dapat membantu kanak-kanak peka terhadap dunia persekitarannya dengan lebih
mudah. Menurut Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Prasekolah (2016), pedekatan bersepadu
adalah pendekatan yang menggabungjalinkan pelbagai kemahiran dan kepelbagain cabang-cabang
ilmu dalam satu-satu pengajaran yang hendak di sampaikan. Menurut, Bustam Kamri (2012),
pendekatan bersepadu bermaksud menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran dalam satu
pengajaran. Contohnya semasa pengajaran bahasa dilaksanakan, guru mengajar pelajar membaca,
menulis dan mewarna dalam satu masa. Pembelajaran melalui pendekatan ini dapat memenuhi
keperluan pelajar yang berbeza dari segi perkembangan, kemahiran, minat dan kebolehan.
Pengajaran melalui pendekatan bersepadu ini diyakini dapat menyediakan peluang kepada semua
kanak-kanak untuk mendalami atau meneroka sesuatu topik dengan lebih berkesan. Selain itu,
pendekatan ini juga dapat memberi lebih banyak pilihan dan menimbulkan kepuasan kepada pelajar
khususnya kanak-kanak dalam pembelajaran. Melalui perlaksanaan pendekatan ini, guru berperanan
sebagai pembimbing, manakala pelajar akan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya. Oleh itu,
perlaksanaan pendekatan ini dapat meningkatkan lagi daya imaginasi dan kreativiti pelajar.
Seterusnya, ianya juga dapat memantapkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 8


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

4. 0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN.

Kaedah didefinisikan sebagai siri tindakan atau cara sistematik yang digunakan untuk mengelolakan
dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif pengajaran
(Suppiah, 2015). Manakala, teknik adalah langkah-langkah kecil yang terdapat dalam sesuatu kaedah
meliputi aktiviti, kemahiran dan perlakuan guru dalam konteks sesuatu kaedah yang digunakan dalam
pengajaran. Menurut Fauziah (2011), teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam
pengajaran.Teknik yang digunakan oleh guru akan menjadikan pengajaran itu lebih bermakna dan
menyeronokkan. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang
boleh diguna pakai oleh seorang guru (Saayah, 2009), namun begitu tiada satu kaedah dan teknik pun
yang dianggap paling sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua
sesi pengajaran.
Pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan bermakna lahir dari pengajaran yang
terancang, bersistematik dengan menggabungjalinkan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah.
Justeru, bagi mencapai matlamat dan objektif kurikulum serta menjadikan hasil pembelajaran itu
berlandaskan amalan bersesuaian dengan perkembanagan dan pembelajaran yang bersepadu kearah
membantu perkembangan yang seimbang bagi kanak-kanak prasekolah, maka tiga kaedah dan teknik
pengajaran disyorkan.

4.1. Berkumpulan.
Kaedah berkumpulan bermaksud pelajar akan melakukan pembelajaran secara dalam kumpulan.
Guru memainkan peranan penting semasa kaedah ini dilaksanakan terutama di peringkat pelajar
prasekolah. Pemilihan kaedah ini untuk dilaksanakan boleh membantu pelajar mencapai objektif
pembelajaran. Guru bertanggungjawab untuk mengenal pasti tema atau tajuk yang sesuai untuk
dilakukan dalam tugasan berkumpula. Melalui kaedah ini, kanak-kanak dapat belajar secara aktif dan
dapat memupuk semangat berkerjasama dengan rakan dalam kumpulan. Kelebihan kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan mempertingkatkan kebolehan kanak-kanak dalam
mengenalpasti, menganalisi dan menyeselasaikan masalah secara koperatif.
Dalam melaksanakan kaedah berkumpulan ini, guru boleh melaksanakan teknik pengajaran
sumbang saran. Menurut Fuad, Marina, Rosnah dan Nordin (2016), sumbang saran merupakan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 9


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

aktiviti perbincangan, iaitu ahli kumpulan mengemukan seberapa banyak idea dengan tujuan
menyelesaikan sesuatu masalah. Pendekatan tematik sesuai dilaksanakan menggunakan kaedah
berkumpulan dengan mengaplikasikan teknik sumbang saran ini. Semasa perlaksanaan teknik ini
setiap pelajar digalakkan untuk memberi idea dan idea tersebut akan dikaji dengan teliti. Idea yang
paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan. Keputusan yang dicapai merupakan
keputusan berkumpulan. Kaedah dan teknik pengajaran ini bertujuan melatih kanak-kanak
mengemukan pandangan yang bernas dan kreatif. Persekitaran pembelajaran yang aktif adalah
penting. Perlaksanaan persekitaran pembelajaran aktif akan berlaku dengan membahagikan kanak-
kanak dalam kumpulan kecil. Kumpulan yang dibentuk berdasarkan minat dan kebolehan pelajar
kearah keupayan atau persahabatan. Keahlian dalam suatu kumpulan boleh berubah mengikut
keperluan. Tujuannya supaya kanak-kanak dapat belajar berinteraksi secara harmoni dan membentuk
sikap bekerjasama dikalangan mereka dalam mencapai matlamat pembelajaran.
Kebaikan dalam pengajaran kaedah berkumpulan dan teknik sumbang saran ini, pelajar yang
sederhana atau lemah dalam kemahiran tertentu atau masih belum menguasai kemahiran dapat
dibimbing oleh rakan sebaya supaya terus maju dalam pembelajaran. Selain itu, pengajaran kaedah
dan teknik ini dapat meningkatkan kemahiran sosial serta memupuk semangat atau nilai postif seperti
kerjsama, tolak ansur dan bertanggungjawab di kalangan kanak-kanak prasekolah. Disamping itu,
guru juga dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk mengemukakan pendapat di hadapan
rakan-rakan dan merangsang semangat berkongsi idea serta menerima pendapat rakan sebaya. Hal
ini dapat memupuk sifat-sifat sosial dan menggalakkan perkembangan mental kanak-kanak.

4.2. Permainan.
Selaras dengan pemilihan pendekatan belajar melalui bermain, kaedah permainan disyorkan semasa
proses pengajaran ini dilaksanakan. Belajar melalui bermain merupakan satu pendekatan yang baik
untuk menjadikan pengajaran dalam bilik darjah lebih menarik dan praktikal. Kanak-kanak akan
memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu melalui
pendekatan yang disukai. Bermain merupakan tingkah laku semula jadi seorang kanak-kanak.
Melalui bermain kanak-kanak dapat mengembangkan potensi diri mereka. Atas dasar memenuhi
fitrah kanak-kanak, kami menekankan kaedah pengajaran melalui permainan. Merujuk kepada
Henniger, kaedah pengajaran melalui permainan ini di kategorikan kepada dua kategori, iaitu
bermain secara kognisi dan secara sosial (Suppiah, 2015). Teknik permainan kognitif di perkenalkan
oleh Piaget mengikut peringkat umur kanak-kanak bersesuaian dengan teori perkembangan yang
dipelopori beliau. Manakala, teknik permainan secara sosial diperkenalkan oleh Vygotsky. Oleh yang

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 10


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

demikian, dalam melaksanakan kaedah pengajaran berkumpulan kami telah memilih dua teknik dari
bermain secara kognitif dan dua teknik bermain secara sosial.
4.2.1. Bermain Kognitif
i. Main Konstruktif
Di Akademi Nahjan, peringkat umur kanak-kanak adalah dari lingkungan 4 hingga 6
tahun, maka teknik main konstruktif ini sesuai di laksanakan permainan ini mengikut
peringkat umur kanak-kanak. Melalui main konstruktif, kanak-kanak diberi peluang
untuk membina pengetahuan dan daya kreatif mereka. Permainan ini memerlukan
bahan-bahan atau alatan mainan seperti pasir, doh atau bongkah untuk membina
bentuk-bentuk sesuai dan kreatif. Teknik permainan ini sesuai untuk di laksanakan
semasa sesi awal pembelajaran untuk merangsang minat kanak-kanak terhadap
sesuatu topik.
ii. Main Drama
Main drama merujuk kepadan main peranan yang mana kanak-kanak memainkan
peranan-peranan dengan berimaginasi akan watak tertentu. Teknik permainan ini
membolehkan kanak-kanak berimaginasi, menjana kreativiti dan dalam masa yang
sama mengikut peraturan-peraturan sosial sebagai ahli dalam kumpulan. Dalam
melaksanakan kaedah ini, guru boleh mempraktikkan dua pendekatan yang telah di
pilih sebelum ini iaitu pertama, pendekatan bermain tidak berstruktur (bebas) di mana
kanak-kanak diberi ruang untuk bebas bergerak melakukan main drama yang
berfaedah di sudut-sudut pembelajaran tanpa bantuan dari guru. Manakala,
pendekatan kedua ialah main peranan berstruktur (dengan bantuan guru). Kanak-
kanak akan bermain drama melalui arahan dari guru.
4.2.2. Bermain Sosial
i. Main Bersama
Main bersama merujuk kepada kanak-kanak bermain sama dengan rakan-rakan.
Melalui main bersama kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bahasa. Selain
itu, aktiviti ini juga dapat menggalakkan aktiviti berkumpulan dan berinteraksi dengan
rakan sebaya. Guru boleh melaksanakan akiviti ini semasa sesi awal persekolahan.
ii. Main Koperatif Persaingan
Permainan ini memerlukan kerjasama dalam kumpulan dan terdapat unsur persaingan
untuk mencapai kemenangan. Contohnya, aktiviti ini boleh dilaksanakan di bilik
darjah dalam mata pelajaran Matematik. Kanak-kanak akan disusun dalam kumpulan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 11


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

dan bersaing dengan kumpulan lain dalam permainan matematik yang di arah oleh
guru. Permainan ini memerlukan proses dan kemahiran interaksi yang baik, lengkap-
melengkapi, kerjasama dan tolak ansur bagi mencapai matlamat kemenangan dalam
permainan mereka. Melalui permainan ini, kanak-kanak boleh belajar bagaimana
untuk menguruskan konflik dan menanamkan sifat persaingan sihat di kalangan
rakan-rakan. Gambar dibawah menunjukkan contoh aktiviti main di arah oleh guru
semasa menjalankan pembelajaran matametik. Pelajar belajar melalui bermain
membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun melalui permainan
keteng-teng.

Gambar 1.1: Pelajar belajar matematik melalui bermain permainan keteng-teng

(Sumber: http://prasekolah-sk-seri-indah.blogspot.my/2013/05/galeri.html)

4.3. Bercerita.
Dalam konteks pendidikan prasekolah kaedah bercerita adalah apabila seorang guru menyampaikan
isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Strategi ini dapat
meningkatkan minat dan memperkayakan pengajaran bahasa kepada kanak-kanak. Selain itu, kaedah
bercerita ini juga dapat membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar
dan memotivasikan kanak-kanak untuk membaca. Untuk melaksanakan kaedah bercerita guru perlu
mematuhi prinsip bercerita supaya ianya sesuai dengan kanak-kanak yang mendengar cerita tersebut.
Antara prinsip bercerita ialah:
 Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan kanak-kanak.
 Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas.
 Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya.
 Intonasi suara, gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan mood cerita seperti riang,
sedih atau marah supaya penyampain lebih menarik dan jelas.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 12


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

Selaras dengan kurikulum berbentuk islamik, maka ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah
bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik kanak-kanak supaya berakhlak
mulia dan bertakwa kepada Allah SWT. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur
didikan dan pengajaran.
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Teknik Bercerita
Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu merangka langkah-langkah bercerita
iaitu:
Sebelum sesi bercerita
 Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran
 Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita
 Menyediakan bahan bantu mengajar seperti gambar, rajah atau peta.
Semasa sesi bercerita
 Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan
 Libatkan murid dalam aktiviti bercerita
 Terapkan nilai-nilai keislaman dalam cerita
Selepas sesi bercerita
 Beri peluang murid bertanya soalan.
 Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan.

4.3.1. Anak Patung Jari ‘Finger Puppet’


Kanak-kanak gemar bermain dengan anak patung, justeru untuk menarik minat kanak-kanak
terhadap kaedah bercerita, guru boleh menggunakan teknik anak patung sebagai satu inisiatif
untuk menarik minat kanak-kanak terhadap kaedah ini. Penggunaan anak patung jari ‘finger
puppet’ ini adalah satu alat bantuan mengajar kepada kanak-kanak untuk menarik perhatian
mereka terhadap penceritaan yang disampaikan oleh guru. Dengan anak patung jari ini,
kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi dengan rakan-rakan dan ianya juga dapat dijadikan
bahan untuk meluahkan perasaan mereka semasa belajar. Penggunaan teknik ini juga secara
tidak langsung dapat menimbulkan keyakinan diri dan menghindari sifat malu pada diri
kanak-kanak untuk berinteraksi.
Bagi guru, penggunaan anak patung jari ini adalah sebagai alat bantuan untuk menarik
perhatian kanak-kanak supaya member perhatian semasa kaedah pengajaran berlangsung.
Teknik ini mementingkan reaksi dan aspirasi gerak laku guru dan tidak memerlukan kos yang
banyak untuk dilaksanakan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 13


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

5.0. STRATEGI PENGAJARAN.

Strategi pengajaran dan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai kebijaksanaan memilih, merancang
dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk menghasilkan pencapaian pengajaran yang
optimum (Mohd Fuad, Marina, Rosnah dan Nordin, 2016). Walaupun, pelbagai startegi pengajaran
boleh di laksanakan, namun berpandukan teori konstrutivism, strategi pengajaran yang berkesan di
laksanakan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak adalah strategi pemusatkan pelajar.

5.1. Strategi Pemusatan Pelajar.


Pengajaran dan pembelajaran adalah asas kepada satu proses interaksi yang berterusan di antara
pelajar dan guru. Untuk melaksanakan pengajaran ‘child centred’, guru seharusnya menggalakkan
pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Proses interaksi pengajaran ini boleh di
laksanakan melalui strategi pemusatan pelajar. Strategi pemusatan pelajar membawa maksud pelajar
adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses
pembelajaran (Kasnani, Ramlah, Akmal Hisyam dan Siti Norsyafika, 2006). Melalui strategi ini, guru
berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara dan mengagihkan sedikit peranan kepada pelajar
untuk membentuk suasana belajar yang lebih seronok. Justeru itu, guru dapat melatih kanak-kanak
untuk bersikap tanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran serta mewujudkan
suasana bilik darjah yang dapat mengembangkan kreativiti kanak-kanak.
Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar ini mempunyai kelebihan antaranya
ialah, perlaksanan strategi pengajaran ini dapat meningkatkan kebolehan pelajar dalam
mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap positif. Seterusnya, strategi ini juga dapat
menggalakkan daya kreativiti pelajar dan membantu pelajar membina kemahiran dalam
menyelesaikan masalah.

6.0. PENTAKSIRAN.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 14


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

Pentaksiran adalah proses sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan pelajar bagi membantu guru membuat penilaian terhadap pelajar. Tujuan pentaksiran
adalah untuk mengenalpasti pelbagai kecerdasan dan potensi pelajar bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka. Selain itu, pentaksiran di peringkat prasekolah juga
merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak dari pelbagai sudut iaitu
perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal.
Berlandaskan teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak perlu diuji menggunakan ujian
bertulis sebagai mekanisme pentaksiran kerana kaedah ini tidak sesuai di laksankan di peringkat
prasekolah (Baharuddin dan Hassan, 2016). Selain itu, ujian bertulis ini tidak dapat mengkur
keseluruhan potensi pelajar khususnya kanak-kanak prasekolah. Peperiksaan bertulis terlalu
menekankan pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai
penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti bilik darjah dan interkasi sosial. Justeru itu, pentaksiran
autentik telah dipilih untuk diguna pakai dalam perancangan pentaksiran Akademi Nahjan sebagai
penanda aras menentukan kemajuan dan perkembangan kanak-kanak semasa di prasekolah.
6.1. Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik bermaksud menilai pengetahuan dan penglibatan pelajar dalam meliputi
pelbagai aspek merangkumi pengetahuan, pemahaman, penyelesaian masalah dan kemahiran sosial
sikap pelajar terhadap persekitaran (Baharuddin dan Hassan, 2016). Melalui pentaksiran autentik ini,
ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk
kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja.
Pentaksiran autentik ini perlu dilakukan berterusan dan pemerhatian guru semasa kanak-
kanak membuat aktiviti adalah cara yang sangat sesuai bagi menjalankan pentaksiran. Maklumat
yang diperoleh dari pentaksiran hendaklah di rekod secara sistematik. Maklumat tersebut sangat
berguna kepada guru bagi mengetahui peringkat kebolehan dan kemajuan kanak-kanak pada masa
yang tertentu. Tujuan pentaksiran autentik ini adalah untuk mengenalpasti tindakan susulan yang
sesuai untuk membantu pelajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik
ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian dan rekod anekdot.

7.0. KESIMPULAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 15


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

Setiap guru prasekolah memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada kanak-kanak. Walaupun setiap guru bebas untuk memilih pendekatan, yang
hendak di guna pakai, namun pemilihan mestilah secara kreatif dan bersesuaian agar kanak-kanak
dapat memperoleh pengalaman dan ilmu dengan berkesan. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap
berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran
guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini bermaksud,
penentuan pendekatan, pemilihan kaedah dan penetapan teknik-teknik tertentu yang dipilih oleh guru
perlu mengambil kira perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih selain berpotensi
untuk meransang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus relevan dengan keperluan pendidikan.
Penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan aktiviti
pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Terdapat beberapa faktor yang perlu
diberikan pertimbangan sebelum seseorang guru dapat melaksanakan pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan ialah objektif pengajaran yang hendak
disampaikan oleh guru. Objektif pengajaran ini perlulah berdasarkan isi kandungan yang terkandung
dalam sukatan mata pelajaran. Selain itu, faktor jangka masa pengajaran juga memainkan peranan
penting sebelum guru dapat melaksanakan kaedah dan teknik pengajaran. Dengan peruntukkan masa
yang diberi, guru perlu memilih kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam jangka masa yang diberi.
Pemilihan proses pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi masa kini didapati lebih
mencabar kerana guru dituntut untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta dapat berfikir
secara kritis. Dalam masa yang sama guru juga bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar dan
sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu suatu
usaha yang berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

RUJUKAN.

Arif Kurniawan (2013). Kurikulum Pendidikan Islam. Jurnal Kurikulum Pendidikan. Diperoleh
daripada https://www.academia.edu/8044192/Kurikulum_Pendidikan_Islam

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 16


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

Azliza Ali (2016). Assesment for young children. Dimuat turun pada November 20, 2016
daripada http://epic.oum.edu.my/index/coursepage/id/HMEC5213
Baharuddin Ahmad, & Hassan Noor (2016). Pengajaran & pembelajaran dalam pendidikan.
Kuala Lumpur: SAM Synergy Media Sdn. Bhd.
Bustam Kamri (2012, December 5). Pendekatan bersepadu. BK Early Childhood Education
[web log]. Dimuat turun pada November 14, 2016 daripada http://bustamkamri.blogspot.my
Fauziah Mat (2011, Oktober 24). Teknik Pengajaran. Pedagogi dalam Pendidikan [web log].
Dimuat turun pada November 14, 2016 daripada https://pomizipedagogy.wordpress.com
Kasnani Ab Karim, Ramlah Jantan, Akmal Hisyam Ar Shad, & Siti Norsyafika Kamarudin (2006).
Perkembangan pendidikan prasekolah . Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran:
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Kuala Lumpur, Malaysia : Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mastura Badzi. (2010). Pendidikan ank-anak di peringkat awal umur berasaskan binaan
kurikulum yang integratif. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun pada 15 Oktober
2016 daripada http://www.mindamadani.my.
Mohd Fuad Sam, marina A. Majid, Rosnah A. Rajak, & Nordin Mohd Yusof (2016). Murid dan
pembelajaran . Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Nor Fauzian Kassim, & Fauziah Hanim Abdul Jalil (2015). Kurikulum pendidikan awal kanak-
kanak dan modul pendidikan akhlak : Isu dan cabaran masa kini. Seminar Penyelidikan
Kebangsaan (1-12). Perak: UPSI. Dimuat turun daripada https://www.researchgate.net/
publication/303381860
Pedagogi. (20150. Dalam Wikipedia. Di muat turun pada November 14, 2016, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi
Saayah Abu (2009). Menjadi guru tadika . Batu Caves: PTS Professional Publising Sdn. Bhd.
Saifol baharudin Sulaiman, & Zulkiply Yaakob (2014). Perkembangan kurikulum prasekolah
Malaysia. Seri Kembangan: Open university Malaysia.

Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin, & Norlidah Alias., (2013). Penggunaan ICT merentasi
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK): Tinjauan di Prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(4), 12-30. Dimuat
turun pada November 14, 2016, daripada http://repository.um.edu.my/32996/1/Artikel_2.pdf

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 17


Semester
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1, 2016

Suppiah, N. (2015). Panduan pendidikan awal kanak-kanak: Teori, model, kaedah dan aktiviti
ke arah perkembanagan kognisi. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Supyan Hussin (2014, Januari 16). Definisi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan
di Malaysia. Supyan Hussin’s Blog [web log]. Diperoleh daripada
http://supyanhussin.wordpress.com.
Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin, & Yeo K., J., (2013). Keberkesanan Modul
Belajar Melalui Bermain Terhadap Kefahaman Pengalaman Pranombor Kanak-kanak
Prasekolah. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013),
pp. 305-312. Universiti Teknologi Malaysia. Di muat turun pada November 14, 2016,
daripada http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/431.pdf

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 18

Anda mungkin juga menyukai