Anda di halaman 1dari 5

Pengumpulan Data dalam Kajian Tindakan

Proses pengumpulan data


Ia melibatkan proses iaitu di mana dan bagaimana data hendak di kumpul, membuat
pemerhatian terhadap sesuatu yang sedang berlangsung, merekod, mengumpul, memilih,
mengasing data dan memahami bila ia akan digunakan. Proses ini adalah bertindih-tindih,
pengkaji perlu sentiasa merujuk kepada persoalan dan objektif kajian. dalam proses
mengumpul data, pemantauan tindakan atau amalan yang dilakukan oleh pengkaji adalah suatu
yang penting daripada hanya mengambil data. Ia melibatkan beberapa perkara seperti berikut:
Mengumpul data berkaitan amalan atau tindakan yang dapat didokumenkan dengan
jelas untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.
Data di interpretasi untuk membolehkan pengkaji dapat memperihalkan jangkaan
penjelasan mengenai apa yang berlaku.
Pengkaji perlu menilai apa yang telah dilakukan untuk membuat perancangan bagi
tindakan selanjutnya.

Memantau amalan dan tindakan bermakna menjana data sebagai asas kepada proses
proses refleksi dan penilaian terhadap apa yang berlaku dan merancang tindakan selanjutnya,
ia adalah prinsip kepada kajian tindakan yang dibincangkan dalam unit-unit sebelum ini.
Sebahagian daripada tindakan tersebut adalah tindakan pengkaji sendiri dan sebahagian lagi
dilakukan oleh orang lain.
Amalan dan tindakan yang dilakukan adalah tumpuan kepada keseluruhan proses
pengumpulan data. Ia adalah amalan dan tindakan yang melambangkan sama ada pengkaji
komited kepada nilai peribadi dan bidang profesional. Ia diambil oleh pengkaji untuk mencapai
persoalan dan objektif kajian yang dibina oleh pengkaji sendiri. Pengkaji memerlukan satu cara
yang sistematik dalam mengumpul data. Data yang di kumpul berguna kerana ia dapat
membantu memberikan gambaran keseluruhan bagi sesuatu kajian.

KAEDAH UTAMA PENGUMPUL DATA


Kaedah untuk mengumpul data perlulah sesuai dengan objektif kajian. antara kaedah yang
boleh digunakan ialah:
Pemerhatian
Temu bual
Data dokumen
Soal selidik
Ujian
Senario
Catatan jurnal

PEMERHATIAN
Pemerhatian ialah proses meneliti, melihat berdasarkan objektif yang dibina, situasi atau
kejadian secara kritikal. Ia sesuai digunakan untuk mengamati tingkah laku pelajar berdasarkan
objektif atau pemboleh ubah berdasarkan objektif kajian. pelaksanaannya adalah secara
sistematik kerana semasa pengkaji membuat pemerhatian dalam masa yang sama perlu
membuat kajian lapangan. Nota lapangan ini adalah hasil pemerhatian yang dilakukan oleh
pengkaji. Ia boleh dalam bentuk nota deskripsi, peta minda atau di rekod oleh pengkaji dengan
menggunakan pita rakaman. Pemerhatian dilaksanakan dengan membuat catatan tentang apa
yang berlaku semasa proses pengajaran dan pengajaran.
Senarai semak perlu disediakan sebelum pemerhatian dilakukan supaya lebih
berstruktur. Pemerhatian boleh juga dilakukan dengan menggunakan pita rakaman video, pita
rakaman audio, kamera atau telefon bimbit yang mempunyai fungsi merakam video dan audio.
Ia mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin dan pengkaji tidak boleh terpengaruh dengan
tingkah laku subjek semasa menjalankan pemerhatian.
Data pemerhatian merupakan sumber yang penting untuk melengkapkan maklumat
yang diperoleh melalui pengutipan data dengan kaedah yang lain. Melalui pemerhatian, banyak
maklumat dapat diperoleh dengan lebih cepat. Penyediaan soalan sebelum melakukan
pemerhatian adalah penting kerana menerusi soalan-soalan pemerhatian, pengkaji dapat
mengumpul banyak maklumat ke atas masalah. Semasa membuat pemerhatian, catatan akan di
rekod menggunakan borang pemerhatian dan ia boleh dilakukan dalam dua cara iaitu:
i. Rekod pemerhatian secara berstruktur
ii. Rekod pemerhatian secara tidak berstruktur

Pemerhatian Berstruktur
Ia adalah pemerhatian secara bersemuka. Hasil pemerhatian dapat dilihat secara terus d dalam
bilik darjah. Aspek yang diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Pengkaji memerhati,
mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti.
Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang telah dibina
berdasarkan objektif kajian. dalam pemerhatian berstruktur, pengkaji telah jelas mengenai
aspek-aspek yang hendak dipatuhi. Untuk tujuan tersebut, pengkaji perlu menyediakan kod
bagi perkara yang hendak diperhati.

Pelajar Skala
1 2 3 4 5 %
Aida Binti Mad
Mastura Binti Hasan

Pemerhatian Tidak Berstruktur


Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang
telah dikenal pasti secara khusus. Namun begitu, pengkaji perlu menentukan fokus
pemerhatian, iaitu perlakuan guru, tingkah laku pelajar, bahasa badan semasa pengajaran dan
pembelajaran, seorang pelajar atau sekumpulan pelajar dan pergerakan dalam bilik darjah.
Pengkaji juga perlu menentukan tingkah laku yang ada kaitan dengan isu yang dikaji. Pada
mulanya, pengkaji mungkin tidak tahu apa yang hendak dikaji namun selepas membuat
pemerhatian, barulah pengkaji mendapat maklumat. Pengkaji bebas mencatat mengikut
kesesuaian mereka.

Merekod Pemerhatian
Pemerhatian boleh direkod ketika sedang mengajar. Namun begitu, kaedah ini mungkin
menyusahkan kerana guru tidak mungkin dapat menjadi pemerhati dalam masa yang sama
perlu berhubung sepenuhnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji boleh
membuat catatan dan refleksi. Cara ini mungkin lebih baik dalam kaedah catatan lapangan
kerana pengkaji merekod pemerhatian selepas sesi persekolahan.

Senarai Semak Pemerhatian


Pengkaji perlu menyediakan senarai semak sebelum pemerhatian dibuat. Senarai semak
pemerhatian boleh digunakan dalam proses pengumpulan data. Pemerhatian dilakukan
bersama dengan senarai semak agar pemerhatian dan pengumpulan data berfokus. Kompilasi
data yang begini boleh digunakan untuk mengumpul data terkini atau mengesahkan sesuatu
perlakuan. Senarai semak yang dibuat mestilah mempunyai integriti, keesahan, nilai dan
relevan terhadap isu untuk data yang hendak dikumpulkan.

Pembinaan Senarai Semak untuk Pemerhatian


Kenal pasti perkara yang hendak diperhatikan.
Apakah aspek-aspek dan tentukan kriteria untuk aspek tersebut. Pastikan ia
menjelaskan perlakuan yang hendak diperhatikan. Semak kriteria aspek dengan standard
yang telah ditentukan.
Reka alat untuk mengumpul data. Gunakan alatan semasa membuat pemerhatian.
Jadualkan data senarai semak yang telah dikumpulkan.

TEMU BUAL
Kaedah temu bual adalah kaedah pengutipan dat yang melibatkan interaksi bersemuka antara
penyelidik dengan responden. Temu bual juga boleh dilaksanakan melalui telefon. Temu bual
ialah kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam.
Informan bagi temu bual terdiri daripada pelajar, rakan sejawat, pihak pentadbir dan ibu bapa.
Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi, pendapat dan sikap mereka terhadap
kajian yang dijalankan. Temu bual boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan kecil.
Temu bual perlu dijadikan transkripsi, kategori dan tema.

Jenis-jenis Temu Bual


Temu bual secara informal berbual atau bersoal jawab secara tidak formal tentang
masalah yang dihadapi.
Temu bual secara semi berstruktur soalan utama disediakan dan soalan susulan
berdasarkan jawapan informan.
Soalan berstruktur sediakan soalan yang jelas kepada permasalahan yang hendak
dikaji.

DATA DOKUMEN
Pengumpulan data melalui dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan
masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat
yang dikehendaki telah sedia ada dan ia boleh memberi maklumat yang berguna dan boleh
menjadi bukti kepada perkara yang hendak dikaji. Kebiasaannya data dokumen adalah dalam
bentuk manuskrip yang dapat menjelaskan makna (perkara yang hendak dikaji) secara lebih
mendalam, teliti dan sistematik. Penyelidik harus sentiasa membuat semakan bagi
mengumpulkan maklumat yang betul. Contoh dokumen yang boleh digunakan ialah:

Diari atau jurnal, kertas peperiksaan dan ujian.


Tugasan dan latihan pelajar
Transkripsi jawapan peperiksaan atau ujian
Catatan minit mesyuarat
Bahagian-bahagian di dalam buku teks, modul atau buku rujukan
Keputusan peperiksaan bulanan, semester dan peperiksaan awam
Buku teks dan buku rujukan
Rekod pencapaian
Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
Buku rancangan mengajar harian
Kertas peperiksaan dan ujian bulanan
Gambar foto
Minit mesyuarat panitia
Jadual kedatangan murid

Sampel kerja pelajar seperti latihan khusus, projek, tugasan, jawapan peperiksaan boleh
dijadikan sumber maklumat untuk melihat perkembangan pelajar.

SOAL SELIDIK
Soal selidik kerap digunakan oleh pengkaji. Cara ini paling mudah untuk memperoleh data
yang diperlukan bagi membolehkan pengkaji mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu
pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik yang dibina mestilah menepati objektif atau masalah
yang dikaji. Soal selidik yang dibina mestilah menepati objektif atau masalah yang dikaji.
Bentuk soalan adalah terdiri dari:
Soalan tertutup
Skala Likert
Soalan terbuka

UJIAN
Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan
kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ia boleh dijalankan secara
lisan atau bertulis. Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi pelajar sebelum dan
selepas sesuatu ujian dilakukan. Terdapat dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Kedua-
dua set soalan mestilah berbeza. Suasana kedua-dua mestilah tidak terlalu berbeza. Keputusan
yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau
penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada pelajar.
Jika keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka
objektif kajian tercapai.
SENARIO
Senario ialah pengumpulan data berdasarkan situasi yang dialami oleh pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

CATATAN JURNAL
Catatan jurnal adalah rekod yang anda simpan untuk mencatat dan merekod tindakan, amalan
dan refleksi terhadap tindakan dan amalan. Dalam catatan jurnal juga direkodkan refleksi
semasa mengumpul data dan apa yang dapat dipelajari oleh pengkaji. Ia sangat bermakna untuk
membezakan dan turut memperjelaskan dan memperihal tindakan pengkaji.

CABARAN DALAM PROSES PENGUMPULAN DATA


Pengkaji perlu sentiasa menyusun, mengasing dan menyimpan data. Data yang di kumpul
adalah untuk tujuan mendapatkan bukti-bukti terhadap kajian yang dilakukan. Proses
pengumpulan data mungkin mengambil masa yang panjang. Pengkaji perlu mempunyai rekod
yang lengkap dan arif mengenai lapangan di mana data di kumpul. Pengkaji juga mungkin
sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada informan dan terlibat dengan perkara yang
mengekang proses pengumpulan data. Hal ini demikian kerana, ada kalanya data yang di
kumpul sangat berguna dan ada data yang di kumpul terlalu banyak dan tidak berfokus. Teknik
penyimpanan data yang pelbagai perlu lebih sistematik bagi memastikan data boleh diulang
semak dan boleh diambil untuk tujuan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.

Anda mungkin juga menyukai