Anda di halaman 1dari 26

ttp://skdua.blogspot.com/2008/04/ciri-ciri-kanak-kanak-berkeperluan-khas.

html

Rabu, April 30, 2008


Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Assalamualaikum Malam ini saya terpanggil untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Lyn. Sebenarnya sebelum mengajar di kelas prasekolah, saya merupakan guru pemulihan dan guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Bagi anda yang menghadapi masalah murid yang bermasalah, berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak tersebut. Adalah dinasihatkan agar anda merujuk perkara ini kepada pihak hospital selepas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa. Di peringkat awal anda akan dapati ada ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat kecacatan anak mereka. Syorkan mereka untuk mendapatkan nasihat doktor untuk membantu pemulihan anak-anak mereka di peringkat awal. Harap maklumat ringkas ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi di kelas. Selamat Bertugas. Kecacatan

Ciri-ciri Khusus
Perlakuan yang bongkak Ketawa dengan tiba-tiba Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap. Tidak mengenali bahaya. Tidak merasai kesakitan. Menangis dan marah tanpa sebab. Permainan yang luar biasa. Tidak mahu didakap. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain. Berkelakuan seperti orang pekak. Tiada perhubungan mata bila bercakap. Memutar barang. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal. Tingkahlaku aktif keterlaluan. Tidak mahu terima pelajaran biasa. Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri. Takut dan cemburu berlebihan.

Autisme

Ciri-ciri Khusus
Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir. Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata. Bentuk muka yang kecil. Bahagian kepala leper.

Kecacatan

Sindrom Down

Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang. Majoriti berambut lurus dan lembut. Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol. Berbadan gembal dan rendak. Badan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan gembira. Dapat bergaul dengan baik. IQ di antara 30 hingga 80. Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Kecacatan 1. Idiot

Ciri-ciri Khusus
Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.

2. Imbersil
Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

Cacat Akal Ringan

3. Moron
Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa. Lambat berjalan dan lambat bercakap.

4. Lembab
Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Ciri-ciri Khusus
Kesukaran ketika makan dan selalu muntah. Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya. Air liur yang meleleh tanpa kawalan. Sukar bernafas. Sukar tidur dan terjaga waktu malam. Selalu menangis. Sukar bercakap dan memahami orang lain. Suara terlalu lembut, mengau atau sengau. Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi. Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan. Tidur yang berlebihan. Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Kecacatan

Cacat Akal Berat

Kecacatan

Ciri-ciri Khusus
Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan. Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna. Tidur yang tidak tetap. Terlalu kerap menangis atau ketawa. Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan. Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang. Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Hyperaktif

Ciri-ciri Khusus
Murung dan menyendiri. Aktiviti fizikal yang pasif. Tiada respond pada persekitaran. Suka termenung. Tidak suka bergaul atau berinteraksi. Menundukkan muka bila nama dipanggil. Suka bermain sendirian. Suka berkhayal.

Kecacatan

Hypoaktif

Kecacatan

Ciri-ciri Khusus
Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan. Tidak mencapai objek yang ditunjukkan. Tidak berupaya mengangkut badan. Tidak berupaya berpijak atau berdiri. Tidak berupaya memegang objek. Tidak berupaya mengurus diri.

Spastik

Ciri-ciri Khusus
Kebolehan yang luar biasa. Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi. pergaulan dengan kanak-kanak lain. Perkembangan bahasa yang lambat. Perbendaharaan kata yang kemas. Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar. Kemukakan soalan yang bertalu-talu. Suka bergaul dengan orang yang lebih tua. Suka mencari helah.

Kecacatan

Pintar Cerdas

Dicatat oleh Fauziah pada 10:11 PM

http://pekerjapdk.blogspot.com/2008/06/ciri-ciri-kanak-kanak-berkeperluan-khas.html

Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas


Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas http://skdua.blogspot.com/2008_04_01_archive.html Kecacatan Ciri-ciri Khusus Autisme Perlakuan yang bongkak Ketawa dengan tiba-tiba Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap. Tidak mengenali bahaya. Tidak merasai kesakitan. Menangis dan marah tanpa sebab. Permainan yang luar biasa. Tidak mahu didakap. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain. Berkelakuan seperti orang pekak. Tiada perhubungan mata bila bercakap. Memutar barang. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal. Tingkahlaku aktif keterlaluan. Tidak mahu terima pelajaran biasa. Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri. Takut dan cemburu berlebihan.

Ciri-ciri Khusus Kecacatan Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir. Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata. Bentuk muka yang kecil. Bahagian kepala leper. Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang. Majoriti berambut lurus dan lembut. Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol. Berbadan gembal dan rendak.

Badan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan gembira. Dapat bergaul dengan baik. IQ di antara 30 hingga 80. Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Sindrom Down Kecacatan Ciri-ciri Khusus Cacat Akal Ringan 1. Idiot Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri. 2. Imbersil Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih. 3. Moron Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa. Lambat berjalan dan lambat bercakap. 4. Lembab Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa. Ciri-ciri Khusus Kecacatan Kesukaran ketika makan dan selalu muntah. Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya. Air liur yang meleleh tanpa kawalan. Sukar bernafas. Sukar tidur dan terjaga waktu malam. Selalu menangis. Sukar bercakap dan memahami orang lain. Suara terlalu lembut, mengau atau sengau. Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi. Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan. Tidur yang berlebihan. Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Cacat Akal Berat Kecacatan Ciri-ciri Khusus Hyperaktif Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.

Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna. Tidur yang tidak tetap. Terlalu kerap menangis atau ketawa. Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan. Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang. Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Ciri-ciri Khusus Kecacatan Murung dan menyendiri. Aktiviti fizikal yang pasif. Tiada respond pada persekitaran. Suka termenung. Tidak suka bergaul atau berinteraksi. Menundukkan muka bila nama dipanggil. Suka bermain sendirian. Suka berkhayal. Hypoaktif Kecacatan Ciri-ciri Khusus Spastik Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan. Tidak mencapai objek yang ditunjukkan. Tidak berupaya mengangkut badan. Tidak berupaya berpijak atau berdiri. Tidak berupaya memegang objek. Tidak berupaya mengurus diri. Ciri-ciri Khusus Kecacatan Kebolehan yang luar biasa. Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi. pergaulan dengan kanak-kanak lain. Perkembangan bahasa yang lambat. Perbendaharaan kata yang kemas. Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar. Kemukakan soalan yang bertalu-talu. Suka bergaul dengan orang yang lebih tua. Suka mencari helah. Pintar Cerdas

http://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/ciri-kanak-kanak-berkeperluan-khas.html

Monday, February 16, 2009


Ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Hiperaktif Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf. Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, namun faktor- faktor seperti masalah di rumah, toksin, kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan mungkin lebih berpengaruh. Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan bertenaga setiap masa. Ciri-ciri Hiperaktif:

Tidak boleh duduk diam Impulsif Tumpuan perhatian singkat Suka mengganggu orang lain Selalu bercakap banyak Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian dan tugas.

Sindrom Down Ciri-ciri:


Rambut jarang dan lurus Muka leper Mata kecil dan senget. Lidah tebal Jari tangan dan kaki pendek Senang dijangkiti penyakit telinga, mata dan hidung Leher pendek

Masalah Pertuturan Masalah pertuturan termasuklah pertuturan awal lewat dan gagap. Percakapan yang merupakan masalah bagi kanak-kanak untuk membentuk pertuturan. Kebiasaannya berlaku di peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak dalam kumpulan ini merasa serba kekurangan dan gelisah.

Ciri-ciri murid bermasalah pertuturan:

Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Masalah artikulasi Masalah kelancaran

Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD) Ciri-Ciri:


Lambat menyiapkan tugasan Mudah terganggu Masalan konsentrasi Masalah mengurus tugasan Cepat lupa Impulsif

Autisme

Autisme merupakan sejenis penyakit Skizofrenia yang bermula selepas bayi berumur 30 bulan. Kanak-kanak ini biasanya terganggu dari segi emosi dan suka mempamerkan ciri-ciri tingkahlaku seperti kanak-kanak terencat akal. Ciri-ciri:

Bermasalah komunikasi Sukakan rutin Sering berada di dalam dunia sendiri Ekolalia Cederakan diri sendiri Kompulsif Tidak suka bergaul Tidak suka bertentang mata Kerencatan bahasa

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/SindromDown.pdf

Sindrom Down
Apakah Sindrom Down?
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciriciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan

dengannya.. Nota : Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866

Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?


Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?


Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid)

Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah: Tubuh yang pendek Kepala bersaiz kecil Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas Lidah terjelir Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki. Pertumbuhan yang lambat. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana Gambar seorang kanak-kanak Sindrom Down

Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan


1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur o Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak. o Lambat atau sukar dalam pembelajaran o Lambat dalam pertuturan Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal. 2. Penyakit jantung kongenital o Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan. 3. Kecacatan pertumbuhan perut

o o

Intestinal atresia Tiada dubur Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa. 4. Mudah mendapat jangkitan o Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat. 5. Masalah pendengaran dan penglihatan o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan. 6. Gangguan fungsi Tiroid o Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin o Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon. 7. Barah (kanser) o Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.

Pencegahan
Kaunseling keturunan:

Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya. Kadar risiko kejadian berulang adalah 1% Amalan merancang keluarga

Pemulihan
Program intervensi Terapi carakerja Terapi pertuturan Pendidikan khas Latihan kemahiran khas

Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas). Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal. Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan..

Kumpulan Sokongan
Terdapat banyak kumpulan sokongan di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati dari

internet. Contohnya: 1. Kiwanis Down Syndrome Foundation Alamat : KDSF-National Centre Lot 13490 Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1, Taman SEA 47400 Petaling Jaya Tel: 03-78030179 Fax: 03-78064862 Website : www.kdsf.org.my e-mail : admin@kdsf.org.my info@kdsf.org.my 2. Persatuan Sindrom Down Malaysia Alamat : 79 Lingkungan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur Tel : 03-42579818 Website : http://www.mysindromdown.org e-mail : psdm@tm.net.my 3. Langdon Down Centre 2a Langdon Park Teddington TW11 9PS Tel : 0845 230 0372 Fax : 0845 230 0373 Website : http://www.downs-syndrome.org.uk Email : info@downs-syndrome.org.uk

http://ppdlms.edu.my/pk/
PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar: Perkembangan mental Kestabilan emosi Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum .
Kirk, S.A. et.al. Educating Exceptional Children, 1993

Apa Dia kanak-kanak Khas ? Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhanpertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa .
Chua Tee Tee, 1981

Apa Dia Pendidikan Khas ? Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatanperkhidmatan sekolah biasa . PROGRAM PENDIDIKAN KHAS Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui: Sekolah Khas Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif) Pemulihan Khas Program Disleksia Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran : Masalah Pembelajaran Masalah Pendengaran Masalah Penglihatan

Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu. Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih

dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing. Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

http://spe-ed.net/pk-sejarah.php

Latar Belakang Pendidikan Khas di Malaysia


Maklumat dikumpul oleh: Noorazimah binti Mohd Noor Sumber : Pelbagai Tarikh : 16 Mei 208

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa. Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Muridmuridan 1961; iaitu sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya . Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif. Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah

harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.
Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu.

http://spe-ed.net/ld-bp.php DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanakkanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. kebolehan kognitif tingkahlaku sosial / perkembangan sosial penguasaan bahsa lisan/pertuturan penguasaan membaca kemahiran perkembangan (developmental skills) kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran: a. Ciri-ciri fizikal Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa. b. Ciri-ciri intelek Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah

daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. c. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RASIONAL Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. MATLAMAT Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanakkanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. OBJEKTIF Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka: 1. Menguasai kemahiran komunikasi 2. Menguasai kemahiran bergaul 3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling 4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri 5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif

7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni 10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek SASARAN Murid-murid terencat akal ringan yang:

Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Tiada kecacatan fizikal yang teruk Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia Autisme Bermasalah komunikasi Sukakan rutin Berada di dunia sendiri Ekolalia Cederakan diri sendiri Kompulsif tanpa tahu kesan Tidak suka bergaul Tidak ada tentangan mata Kerencatan bahasa Masalah kefahaman Tidak suka disentuh Bermasalah interaksi sosial Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan Masalah pergerakan Masalah postur Kekejangan Pergerakan tidak terkawal Masalah imbangan badan

Masalah komunikasi Masalah motor halus/kasar Masalah tulisan Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Kecelaruan suara Masalah artikulasi Masalah kelancaran

Sindrome Down Gangguan Penumpuan ADHD Lambat menyiapkan tugasan Mudah terganggu Masalah kosentrasi Masalah mengurus tugasan Cepat lupa Impulsif Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu Memerlukan pengawasan yang lebih Masalah menunggu giliran

Hiper Aktif Tidak boleh duduk diam Impulsif Tumpuan perhatian singkat Suka ganggu orang lain Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat Keupayaan umum yang istimewa Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

http://spe-ed.net/blind.php

Maklumat dikumpul oleh: MOHD HAFIZ BIN BAHAROM SKPK ALMA (PENGLIHATAN), PULAU PINANG. dan SULAIMAN BIN MOHD RIZLAN SKPK, Putrajaya. Tarikh: 5 Jun 2008 Sumber : Lihat rujukan

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi) Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka. KLASIFIKASI LOW VISION DAN BLIND MENGIKUT UKURAN KETAJAMAN PENGLIHATAN DAN AKUITI VISUAL. Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad ( low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai: Kebutaan: penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive) Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision): penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan kha. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut: Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas. Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

BAHAGIAN MATA DAN PUNCA MASALAH PENGLIHATAN Bahagian Mata

Bahagian Kornea Retina Makular Iris Kanta Mata

Keterangan merupakan selaput hening di hadapan biji mata yg menutup mata hitam dan anak mata. Mempengaruhi hampir keseluruhan kuasa mata. lapisan mata paling dalam yg peka kpd cahaya mata hitam. merupakan kawasan anatomi kecil yang dapat dibezakan daripada tisu sekelilingnya bahagian yang paling jelas pada mata. Mempengaruhi warna mata. bersifat lut sinar, menfokus objek pada jarak yang berbeza-beza

Pupil

bahagian tengah anak mata, berwarna hitam, di kelilingi oleh iris, mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.

Punca Terdapat pelbagai punca bagi kecacatan ini termasuk: 1. baka dan keturunan 2. komplikasi semasa hamil dan semasa lahir 3. Rubella Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan. 1. sifilis 2. kecederaan 3. penyakit MASALAH-MASALAH MATA YANG LAIN. 1. Katarak Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya. Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak. Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas. Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung. 2. Glaukoma Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempada penglihatan akan rosak atau

hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Glaukoma Akut Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap Glaukoma. Glaukoma Kronik Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit. Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah Glaukoma Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan. Tanda-tanda Glaukoma Kronik Di antara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan yang semakin sempit. Penglihatan menjadi kabur dan rabun. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam). Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang. 3. Degenerasi Makular Degenerasi Makular, selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan. AMD berlaku apabila makular yang merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan pusat penglihatan yang diperlukan untuk membaca atau memandu, semakin merosot. Degenerasi makular terbahagi kepada dua, iaitu dalam bentuk basah dan kering. Degenerasi Makular Kering. AMD Kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan disebabkan oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas. Degenerasi Makular Basah Kadang kala, AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu penyakit yang dikenali sebagai degenerasi makular basah. Degenerasi Makular Basah terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair. Kebocoran ini menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensitif kepada cahaya dan seterusnya mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan. 4. Ocular Motility Kebolehan mata untuk bergerak terhalang. Kerosakan ini memberi masalah kepada penglihatan

binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata untuk memfokuskan ke atas satu objek dan menyatukan dua imej kepada satu imej yang lebih jelas. 5. Strabismus (Mata Juling) Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal. 6. Amblyopia (Lazy Eye) Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya. Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti. Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal. Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya. 7. Nistagmus Nistagmus adalah pergerakan bola mata yang kelihatan bergerak-gerak secara teratur tetapi pergerakan itu terjadi sendiri. Pergerakan bola mata tersebut seolah seperti menari-nari, bergoyang, atau melompat-lompat. Nistagmus merupakan salah satu tanda adanya masalah pada mata itu sendiri atau adanya kelainan di otak. Seseorang boleh menghidap penaykit ini sejak lahir atau dapat dideritai di kemudian hari. CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARI ASPEK ADAPTASI KHAS MURID MASALAH PENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN, PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH, PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAAN INTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku Manual On The Management of Children With Visual Impairement yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu: Sentuh Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman. Pendengaran Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.

Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya , Adakah anak anda mahu aiskrim?, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak. Bau Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain. Rasa Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya. Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gamba rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop. Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini. Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas menunjukkan kebanyakkan murid low vision mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik berbanding akuiti visual jauh. Walau bagaimanapun, kajian mereka turut mendedahkan ramai murid yang tidak menggunakan peralatan khusus dan ini menyokong kajian Leat dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990) yang memang mendapati ramai kanak-kanak low vision tidak dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai dengan kecacatan mereka. Alasan yang diberikan oleh murid low vision di sekolah khas yang dikaji oleh Rokiah dan Zainora adalah seperti berikut: 1. Tidak mampu membeli peralatan itu,

2. Peralatan yang ada hilang, 3. Tidak tahu menggunakan peralatan itu, 4. Tidak suka menggunakan peralatan itu. Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu. Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui ramai murid low vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh, sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan. Rujukan

http://www.kompas.com/kompascetak/0408/30/humaniora/1237062.htm http://www.moh.gov.my/bpk/index.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Mata Penerbit Universiti Putra Malaysia. Perkembangan Kanak-Kanak: Penilaian secara Portfolio. 2001 Jamila K.A Mohamed. Pendidikan Khas Untuk kanak-kanak Istimewa. 2005

http://spe-ed.net/pelajar-motovasi.php

Motivasi untuk pelajar


Maklumat dikumpul oleh: Admin Sumber : Pelbagai Tarikh : 15 Mei 2008

Murid-murid sering kali tidak memberi tumpuan di dalam kelas terutamanya ketika pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Antara kaedah yang sering kali di lakukan oleh guru-guru sebagai motivasi kepada murid untuk memberi perhatian dan melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti pengajaran berlangsung adalah seperti yang di senaraikan di bawah. 1. Ganjaran ( Tepuk Belakang, Senyum, Ganjaran Sosial & Ucapan / Pujian ) 2. Token ( Star, Benda, Makan & Kad ) 3. Dendaan ( Time-Out, Hilang Hak Istimewa, Tidak Boleh Menyertai Aktiviti & Ucapan Larangan )

http://spe-ed.net/teori-LawranceKohlberg.php

TEORI PERKEMBANGAN LAWRANCE KOHLBERG


Maklumat dikumpul oleh: Muhamad Azizi Jazmi Sumber : Pelbagai Lawrance Kohlberg (1984) membina sesuatu model perkembangan moral berasaskan teori Pioget (1932) mengikut teori perkembangan Kohlberg, seseorang individu biasanya mengalami 3 tahap perkembangan moral yang utama; iaitu: 1. TAHAP i: Moraliti prakonvensional: Awal kanak-kanak 2. TAHAP ii: Moraliti konvensional: Masa kanak-kanak 3. TAHAP iii: Moraliti lepas konvensional: Masa remaja Setiap tahap perkembangan mora ini mangandungi 2 peringkat. TAHAP DAN PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG TAHAP i : Moraliti prakonvensional: Awal Kanak-kanak

Peringkat 1: Orientasi Hukuman mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman Peringkat 2: Orientasi Ganjaran Mematuhi peraturan untuk mendapat ganjaran, atau perkongsian Untuk mendapat balasan TAHAP ii : Moraliti Konvensional : Masa Kanak-kanak

Peringkat 3 : Orientasi Kanak-kanak baik mematuhi peraturan mengikut kebenaran atau persetujuan orang lain Peringkat 4 : Oreintasi Aktoriti - mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang masyarakat demi mengelakkan hukuman atau denda TAHAP iii : Moraliti Lepas Konvensional : Masa Remaja

Peringkat 5 : Orientasi Kontrak Sosial memahami sebab mematuhi undang-undang kerana keperluan ketenteraman social. Mengakui peraturan ditukar jika sesuai Peringkat 6 : Moriliti Berdasarkan Prinsip Individu dan Hati Murni - Mematuhi kepada boleh prinsip dalaman (keadilan dan kesamaan) untuk mengelakkan kutuk diri . Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik dengan kod etika peribadinya

Anda mungkin juga menyukai