Anda di halaman 1dari 8

ADHD Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk member tumpuan atau

perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif. Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif - Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil. - Mereka suka membantah. - Suka melanggar peraturan terutama di sekolah. - Lalai dan tidak memberi tumpuan. - Sering merasa tidak puashati. - Sering tertekan. - Menghadapi masalah dalam pelajaran. - Menghadapi masalah dalam hubungan sosial. - Cepat takut dan risau. - Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit. Kanak-kanak hiperaktif kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD) ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan : Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati (Impulsiviti) Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Tanda & gejala Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B. A. Kurang tumpuan Kanak-kanak sentiasa : Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah Tidak dapat menyelesaikan tugasnya Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya Tidak berupaya mematuhi arahan Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran Mudah hilang perhatian Pelupa B. Hyperaktif

Kanak-kanak sering : Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) Bising waktu bermain Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) Banyak bercakap C. Menurut kata hati (Impulsiviti) Kanak-kanak akan : Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis Tidak sabar menunggu giliran Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain Tambahan : Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

2.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME 2.1 Komunikasi dan Bahasa Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebuT 2.2 Kognitif Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. 2.3 Interaksi Sosial Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka

bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

2.4 Ganguan Emosi Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

2.5 Perangai dan Sikap Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguhsungguh terhadap sesuatu perkara. 2.6 Kesan Sentuhan Fizikal Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut. Ciri-ciri disleksia Masalah Fizikal/Pengurusan Diri/Sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor. Mengenakan butang baju bukan pada kedudukan yang betul. Tali kasut tidak diikat dengan betul. Kidal Kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan sebagai pemalas/bodoh. Tumpuan perhatian singkat. Keliru di antara depan belakang; kiri kanan; atas bawah. Lemah pengamatan dari segi pendengaran, penglihatan, dan mengingat kembali. Tiada masalah berkomunikasi tetapi lambat dalam tindakan berlisan. Masalah dalam pembelajaran Lemah dalam bacaan iaitu sukar untuk memahami dan menggunakan teks bacaan. Lemah dalam menyelesaikan masalah dalam matematik tetapi mungkin pantas dalam matematik lisan atau congak. Suka menggigit jari, pen dan adakalanya merenung buku seolah-olah tidak faham sewaktu membuat kerja bertulis. Bahasa lisan lebih baik daripada penulisan.

Tulisan Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual. Daya tumpuan yang terhad. Tahu pada suatu ketika tetapi lupa pada hari berikutnya. LEMBAM (SLOW LEARNER) DEFINISI Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Ciri - ciri: - Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. - Pendiam / tidak aktif / banyak cakap. - Sukar menerima arahan. - Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. - Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar. - Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis. - Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. - Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. - Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun - Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah - Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. - Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. - Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Punca: - Baka - Tersekat pengalaman - Intelek yang rendah - Masalah emosi - Kekecewaan - Rasa rendah diri - Kemantangan yang lambat - Lemah daya ingatan

- Mudah terganggu tumpuan - Kurang rangsangan - Faktor-faktor kesihatan - Persekitaran - Amalan makanan - Kesan semasa mengandung - Penyakit semasa pembesaran selepas lahir. - Ubat semasa mengandung. - Kemalangan. - Sosio - ekonomi. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran - Temubual - Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan - Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan - Senang ke susah. - Konkrit ke abstrak. - Melibatkan seberapa banyak pancaindera - Banyakan pengukuhan dan latihtubi. - Jauhkan dendaan yang negatif Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan). 8 3 Kriteria utama: Kefungsian Intelek di Bawah Purata - kecerdasan intelek Tahap Kerencatan Mental Tahap Pintar Cerdas 55 70 115 130 145 85 100 9 ii. Lemah Tingkah Laku Suaian TLS keupayaan individu untuk mencapai kehendak-kehendak sosial dalam masyarakat bersesuaian dengan umur kronologinya. Kanak-kanak yang menunjukkan masalah dalam penyesuaian TL dikatakan mengalami terencat akal. 10 Komunikasi Urus diri Kemahiran sosial Kehidupan di rumah/domestik Masa lapang Kesihatan dan keselamatan 11 Masa lapang Kesihatan dan keselamatan Arah kendiri Akademik Menggunakan kemudahan awam bekerja

12 iii Kelihatan semasa zaman kanak- kanak sehingga usia 18 tahun - dikesan semasa zaman kanak- kanak - sebelum umur 18 - kurang upaya intelek akibat kecederaan atau penyakit selepas zaman kanak-kanak tidak dianggap terencat akal PENGENALAN

Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya. Bab ini akan membincangkan tentang masalah bahasa dan komunikasi yang meliputi masalah bahasa, masalah pertuturan, dan masalah kefasihan. Perbincangan akan tertumpu kepada jenis masalah, punca masalah dan cara membantu kanak-kanak yang menghadapai masalah tersebut. Bagi anda yang telah mengambil mata pelajaran HBSL 1103: Pengenalan Pendidikan Kanakkanak Masalah Pembelajaran, anda akan dapati bahawa tajuk ini adalah sama dengan tajuk 3 (Kanak-kanak Masalah Komunikasi) dalam mata pelajaran tersebut. Ini kerana tajuk ini membicarakan perkara yang sama dan ditulis oleh penulis yang sama juga. PERKEMBANGAN KOGNITIF Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang ,menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telahpun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan & akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang ( IJP ) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini

kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan meng-gunakan simbol. Terdapat perbezaan yang konsisten antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan dalam pergerakan, ketangkasan, koordinasi, dan kekuatan fizikal. Misalnya kanak-kanak lelaki mengatasi kanakkanak perempuan dari segi kekuatan kuasa kaki dan koordinasi tangan dan kaki. Lelaki didapati lebih mahir dalam pergerakan seperti menendang,melontar,menangkap,berlari,melompat jauh,memukul dan sebagainya manakala perempuan pula mempunyai kelebihan dalam kemahiran motor yang memerlukan kelenturan,keseimbangan,dan pergerakan berirama dan gimnastik. Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh berkata, pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Menurut beliau , Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran,'' jelasnya. Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami. Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibubapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula menggunakan memparktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibubapa dan dengan yang lain.

Teori Perkembangan Robert Havighurst.


Teori Perkembangan Robert Havighurst.

Robert Havighurst seorang psikologi Amerika terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Havighurst membahagikan tiga peringkat;
Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun) Kanak-kanak mula bercakap, mula berintraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun ) Menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran 3M, mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun ) Bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk semankin mantap.

Anda mungkin juga menyukai