Anda di halaman 1dari 25

1.

0)

Pengenalan

Telah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Ini kerana, corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Namun begitu, bukan semua zuriat yang dilahirkan mempunyai pemikiran yang cemerlang. Setiap zuriat yang dilahirkan sebenarnya telah mula belajar dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi pelbagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi akan terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu susun atur genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak dan seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitif mereka. Namun demikian, bukan semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang sama. Bagi yang perkembangan biologinya seimbang, maka tahap kognitifnya juga akan selari dengan perkembangan umur dan fizikalnya secara normal, manakala terdapat sesetengah kanak-kanak pula yang mengalami masalah perkembangan ini. Kanak-kanak sedemikian biasanya akan mengalami masalah dalam pembelajaran seharian mereka di sekolah atau di rumah. Sejak beberapa tahun kebelakangan, kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Selain faktor biologi, pengalaman hidup seseorang kanak-kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya. Bagi segelintir ibu bapa dan guru pula kadang kala membuat tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi, bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun usaha-usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak-kanak, tetapi masih ada lagi segolongan kanak-kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus dan sesuai bagi keperluan mereka. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, terdapat dua punca yang boleh

kita lihat iaitu punca biologi dan punca psikososial. Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit-penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (asphyxia), lembam lapisan otak (meningitis) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan berisiko seperti yang telah disebutkan di atas. Punca psikologi juga sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, ia melibatkan unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan. Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca-punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur oleh LPPKN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas dalam masalah pembelajaran. Menurut kajian dan penemuan Garciulo (2003) definisi keperluan khas: "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs, iaitu individu yang berbeza daripada standard normal masyarakat atau komuniti seperti sediakala. Perbezaan ini disebabkan faktor-faktor fizikal, deria, ciri-ciri kognitif atau tingkahlaku. Kanakkanak jenis ini memerlukan program pendidikan khas yang memenuhi keperluan unik mereka. 2.0) Jenis Keperluan Khas Utama Kes Pertama yang Diperhatikan

2.1)

Autisme

Apakah dimaksudkan oleh autisme yang telah lama dibincangkan sejak tahun 1943? Autisme ialah kecacatan sepanjang hayat perkembangan yang menghalang pembelajaran, komunikasi bahasa, pembanguan emosi dan sosial kanak-kanak. Ia bukannya sejenis bentuk kecacatan psikiatris tetapi lebih dianggap kepada kecacatan neurologi. Ia juga merupakan gangguan yang mempunyai pelbagai tahap dan gejala sama ada ringan di mana kanak-kanak dapat berkelakuan normal dalam kelas biasa tetapi dengan layanan yang khas dan ada kala terdapat gejala yang lebih serius sehingga menyebabkan kanak-kanak menjadi bisu dan akhirnya dipusatkan di bawah jagaan pihak yang berkenaan. Autisme disifatkan sebagai kecacatan teruk ke atas ketidakupayaan sepanjang hayat yang lazimnya dikesan seawal dalam tempoh 30 bulan pertama kehidupan. Statistik terkini menunjukkan dalam setiap 150 kelahiran bayi terdapat satu kes kanak-kanak yang mempunyai autisme tipikal. Bilangan kanak-kanak autisme meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Dianggarkan kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme. Autisme mempunyai tahap dan kelakuan yang berbeza-beza daripada seorang kanak-kanak ke kanak-kanak lain. Antara ciri-ciri umum yang dipamerkan oleh seorang kanak-kanak autisme ialah suka tidur, masalah makan dan pembuangan air, tingkah laku ganas yang boleh mencederakan diri serta tidak mengendahkan perihal kesakitan, gangguan pendengaran, masalah pertuturan, tidak suka bersosial, corak kelakuan berulang dan sebagainya. Ciri-ciri khas pula yang ditonjolkan oleh seseorang autisme adalah berbeza-beza. Antaranya adalah seperti berikut:

1) Perihal komunikasi dan interaksi sosial : Seseorang autisme menghadapi masalah perkembangan bahasa yang lambat atau lewat dalam pertuturan, masalah pendengaran, jarang bercakap atau bermasalah dalam memulakan perbualan atau paling tidak bercakap dengan satu pihak sahaja, jawapan yang diberikan tidak menepati soalan yang diajukan atau jawapan tidak relevan. Mereka juga meniru perbualan orang atau menarik tangan orang apabila berkehendakkan sesuatu. Mereka juga bercakap dengan nada yang pelik seperti menyanyi atau monoton seperti robot, menggunakan perkataan yang sama berulang tanpa mengetahui maksudnya. Selain itu mereka suka mengelak daripada bertentang mata, menjauhkan diri dan tidak gemar berada dalam kumpulan atau bersama rakan, sukar memberikan kerjasama, berkongsi atau menungggu giliran. Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa. 2) Gangguan atau masalah integrasi deria : Kanak-kanak autisme lazim mempunyai masalah ini di mana mereka kurang peka terhadap sekeliling tetapi sensitif terhadap sentuhan dan bunyi, tidak suka dipegang, didukung atau dipeluk. Mereka suka menjilat objek dan kurang sensitif terhadap rasa sakit serta takut. 3) Kelakuan bermain : Kanak-kanak autisme suka kepada objek yang bergerak seperti kipas angin atau alatan permainan yang berbateri atau permainan yang pelik, tidak seperti yang diminati oleh kanak-kanak yang normal. Selain itu kanak-kanak autisme ini lazim tenggelam dalam dunia permainannya sendiri dan tidak suka bercampur dengan rakan yang lain. Mereka juga tidak berminat kepada permainan yang menggunakan imaginasi. 4) Tingkah laku peribadi : Seseorang yang autisme ada yang suka duduk diam lama tanpa berbuat apa-apa, tidak suka sebarang perubahan dan berasa terganggu jika diminta melakukan perubahan, menunjukkan perbuatan atau perlakuan yang berulangulang dan hiperaktif serta adakalanya pasif. Kanak-kanak autisme tidak dapat membezakan keadaan semasa atau baik buruk sesuatu, mereka lazimnya terjebak dalam masalah yang dicetuskan oleh orang lain. Mereka juga berperangai pelik, suka mendapatkan perhatian orang lain; biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain. 5) Emosi : Mereka suka marah, ketawa dan menangis tanpa terkawal, merosakkan benda jika berada dalam keadaan emosi yang terganggu dan mengasingkan diri selepas menunjukkan kelakuan mengamuk atau tindakbalas yang agresif dan negatif jika

terganggu, mencederakan diri sendiri, tidak memahami perasaan orang lain dan tidak mempunyai sifat empati. Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal mengubah anak mereka kepada normal seperti kebanyakan kanak-kanak lain dan membiarkan anak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada segelintir guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh. Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma terdapat cara tertentu yang khas untuk mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. Walau bagaimana pun, kanak-kanak yang disahkan autisme ada yang mempunyai pelbagai kebolehan intelek. Kebiasaanya mereka dapat menunjukkan keupayaan luar biasa mereka dalam kemahiran mekanikal atau matematik, muzik, memori atau hafalan. Autisme berlaku tanpa mengira etnik, masyarakat, status ekonomi sosial dan latar belakang pendidikan dan gaya hidup. Autisme berlaku di kalangan lelaki dengan kekerapan empat kali ganda berbanding perempuan. Pelbagai teori punca gangguan ini dikemukakan dan hanya kini didapati autisme berlaku bukan disebabkan perlakuan ibubapa, kelemahan dalam membesarkan anak-anak mereka atau tindak balas terhadap faktor persekitaran tetapi gangguan autisme ini datangnya daripada masalah yang berkaitan dengan genetik. Adikberadik terutamanya pasangan kembar seiras berisiko tinggi untuk menghidap autisme. 2.2) Masalah-masalah Sampingan

Autisme memberikan kesan sepanjng hayat seseorang dari pelbagai jenis aspek dalam kehidupan terutamanya dalam pembelajaran dan perkembangan individual. Tidak ada ubat khas mahupun rawatan bagi mengubati autisme. Statistik menunjukkan peningkatan kekerapan autisme yang mendadak berlaku kepada bayi atau awal peringkat kanak-kanak. Seorang dalam setiap seratus kanak-kanak didapati mempunyai gangguan dalam spektrum autisme menurut sumber NAS-UK, tahun 2008. Kos tambahan sepanjang hayat kepada masyarakat dianggarkan sebanyak tiga juta pound sterling setiap orang dalam tempoh gangguan spektrum autisme seperti yang dikemukakan oleh Yayasan Kesihatan Mental, England (April 2000).

Di Amerika Syarikat, permintaan bagi perkhidmatan menangani autisme meningkat secara 556 peratus sejak tahun 1990-an (Newsweek, Julai 2000). Pertumbuhan bersih seseorang yang menghidap autisme adalah kira-kira tiga peratus lebih besar berbanding kecacatan yang lain setiap tahun, menurut kajian Jabatan Perkhidmatan Pembangunan Negeri California (Mac 1999) di bandar itu sahaja. Di Malaysia pula, seseorang yang berkelakuan autisme dirujuk kepada NASOM oleh pihak hospital kerajaan atau pengamal perubatan swasta. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu peningkatan sebanyak 30 peratus didapati dalam bilangan orang yang disahkan autisme dirujuk ke sana dan terdapat pertambahan dalam senarai menunggu setiap hari. Mengapakah kita tidak boleh mengabaikan golongan autisme? Pada masa kini Yayasan Kesihatan Mental UK mendapati 60 peratus kanak-kanak dengan autisme yang tipikal akan membesar dengan cara yang kurang memberangsangkan kerana terlalu bergantung kepada orang dewasa dalam menguruskan semua perkara dalam aspek kehidupan. Hanya kurang daripada 10 peratus kanak-kanak yang didiagnosis autisme dapat menjalani kehidupan yang baik sehingga dewasa.Tanpa sokongan yang sewajarnya, terdapat peningkatan risiko dalam kes kemurungan, masalah ketagihan alkohol dan dadah, bunuh diri di kalangan remaja dan gejala sosial yang lain. Daripada 170 kajian dan soal selidik yang dijalankan terhadap golongan autisme, didapati 43 orang yang hidup membujang dan bekerja sendiri, 20 peratus menghadapi epilepsi, 47 orang mempunyai masalah tingkah laku yang serius dan empat orang mati secara mencederakan diri sendiri, bunuh diri atau menjalani perubatan yang lain (Kobayashi, 1992). Goode, Rutter dan Howlin (1997) mendapati di England ada empat puluh peratus daripada kumpulan 75 tahun hidup dalam masyarakat yang terlindung, sepuluh di hospital untuk penginapan yang lama, tujuh telah bekerja, dua per tiga menghadiri pusat kediaman atau harian, dua per tiga dilaporkan hidup bersendirian dan tidak bersosial atau berkawan langsung dan seorang didapati berkahwin tetapi kemudian bercerai. Kajian daripada Institut Kennedy Krieger mencadangkan bahawa kesan jangka panjang seseorang autisme berkaitan dengan bagaimana dan bila gejala pertama dikesan. Tanpa dijangka para penyelidik mendapati kanakkanak yang menunjukkan tanda-tanda awal autisme dalam perkembangan terawal hidup mereka berisiko lebih rendah dalam menunjukkan kesan yang negatif semasa membesar berbanding dengan kanak-kanak yang lewat dikesan dalam perkembangannya kerana mereka akan menghadapi kehilangan besar kebanyakan kemahiran mereka. Sungguhpun begitu agak sukar untuk meramalkan masa depan mereka di kala usia yang masih muda. Sesetengah orang memandang berat pengesanan dan campur tangan awal pihak

ibubapa atau pengasuh sebagai langkah penting bagi kanak-kanak autisme tetapi semakin mudanya usia kanak-kanak itu, semakin kurang pasti prognosis atau ramalan itu. Laluan perkembangan idiosinkratik boleh jadi semakin keliru sekiranya semakin serius gangguan itu; dan kanak-kanak tersebut terpaksa melalui pembelajaran dan mendapatkan kemahirannya sendirian. Kajian menunjukkan bahawa minda manusia dan sistem saraf kekal plastik untuk lebih lama daripada yang difikirkan asalnya, dan golongan rakyat autisme; antaranya seperti yang mempunyai masalah pembelajaran telah diketahui dan didapati berupaya membangunkan kemahiran kognitif sepanjng hayat mereka. Kesemua kes yang disenaraikan didapati berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, England dan Jepun melalui kajian lalu yang telah dijalankan. Tidak mustahil negara membangun seperti Malaysia juga mempunyai masalah yang sama serius seperti negara yang telah disebutkan tadi dalam kalangan golongan autisme. Namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran. Terdapat konsensus yang meluas dalam golongan perubatan yang bermaksud bahawa dalam kelakuan autistik boleh diperbaiki melalui atau melalui saluran latihan tertentu dan melalui campurtangan perubatan pendidikan, walaupun

terdapat kesukaran mencari konsensus mengenai cara rawatan dan objektif. Adalah diterima umum bahawa campurtangan tingkahlakusepertidalam Analisis Kelakuan Gunaan dan program Lovaas mempunyai penyelidikan yang mencukupi untuk ditubuhkan dan dijadikan campur tangan berasaskan bukti, tetapi terdapat juga banyak campurtangan yang lain dengan penyelidikan yang tidak meluas dan mencukupi tetapi bukti anekdot daripada sesetengah ibubapa yang mendakwa ini cara rawatan lain. Autisme tiada ubat atau penawar sungguhpun telah lama kajian dijalankan oleh para pakar perubatan, pakar kanak-kanak dan pakar pengkaji tingkah laku. Keadaan ini merunsingkan sesetengah pihak terutamanya ibubapa dan guru yang akan bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak autistik. Kebanyakan kanak-kanak autisme kurang mendapat sokongan sosial, tiada perhubungan yang bermakna, tiada peluang pekerjaan pada masa hadapan dan tidak dapat menentukan nasib diri mereka sendiri. Kanak-kanak ini berpeluang untuk pulih sekali-kala, sama ada dengan bantuan rawatan intensif atau tidak. Tidak diketahui berapa kerap perkara ini berlaku. Walaupun teras kesukaran masih kekal, gejala yang muncul didapati kurang serius pada lewat zaman kanak-kanak. Kajian yang bertaraf tinggi menghasilkan ramalan jangka waktu panjang yang diterimapakai. Sesetengah orang dewasa yang autisme menunjukkan peningkatan yang sederhana dalam

kemahiran komunikasi tetapi penurunan dalam aspek yang lain. Tiada kajian dijalankan yang memberikan penumpuan kepada autisme selepas separuh umur hayat. Menguasai bahasa sebelum usia enam tahun, mempunyai IQ lebih 50 ke atas dan mempunyai kemahiran seperti dalam kehendak dan pasaran meramalkan keputusan yang lebih baik untuk seseorang autisme tetapi untuk hidup bebas dan berdikari adalah agak mustahil bagi seseorang yang mempunyai gejala autisme yang teruk. Suatu kajian British pada tahun 2004 mencadangkan 68 orang dewasa yang didiagnosis sebelum tahun 1980 sebagai kanak-kanak autistik degan IQ melebihi 50 mendapati bahawa 12 peratus telah mencapai tahap tinggi kebebasan dan berdikari sebagai orang dewasa, 10 peratus mempunyai beberapa rakan dan secara amnya dalam pekerjaan tetapi memerlukan sedikit sokongan serta perhatian, 19 peratus mencapai sedikit kebebasan tetapi lazimnya tinggal di rumah dan memerlukan sokongan lebih padu dan pemantauan dalam kehidupan harian, 46 peratus memerlukan kemudahan pakar residensi diperuntukkan yang khusus dalam Gangguan Spektrum Autisme dengan tahap sokongan yang tinggi dan autonomi yang terhad, dan 12 peratus memerlukan rawatan hospital pada peringkat pakar. Kajian yang dijalankan di Sweden pada tahun 2005 menunjukkan 78 orang dewasa yang tidak meminggirkan golongan autistik dengan tahap IQ yang rendah mendapat prognosis yang negatif; sebagai contoh; hanya empat peratus sahaja yang mampu berdikari dan mencapai kebebasan penuh. Perubahan dalam amalan diagnostik ketersediaan campur tangan awal yang efektif menjadikan ia tidak berapa jelas sama ada penemuan ini boleh diitlakkan kepada kanakkanak yang didiagnos baru-baru ini. 2.3) Pakar-pakar yang Terlibat

Walaupun pengalaman lepas menunjukkan sesetengah autistik akan terus bergantung kepada perkhidmatan sokongan jangka waktu panjang, kita tidak harus mengabaikan tanggungjawab sebagai pihak yang terlibat untuk membantu individu-individu ini dalam menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Apa yang dapat kita lakukan untuk membantu? Sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Pertubuhan Masyarakat Autisme Malaysia (NASOM) ditubuhkan 1986 oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional yang terlibat dalam pengurusan tingkahlaku autisme. Didaftarkan, 3 Mac 1987, sebagai pertubuhan kebajikan sukarela kebangsaan dan bertujuan menyediakan pendidikan, bantuan, jagaan dan perlindungan bagi anak autisme dan ahli keluarga mereka. NASOM menubuhkan 14 Program Intervensi Awal dan tiga Program Vokasional bagi orang yang disengajakan dengan autisme di Malaysia.

Mempunyai misi menyokong hak orang autisme dan memberikan peluang mereka belajar dan menjalani kehidupan yang produktif dan memuaskan. Antara matlamat penubuhannya untuk mengenal pasti dan menggalakkan rawatan, pendidikan, kebajikan dan penerimaan orang autisme; mengawasi dan melindungi orang autisme; memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga menghidap autisme dan menjadi sumber berguna dalam kajian penyelidikan dan pembangunan kaedah, terapi, rawatan autisme serta masalah berkaitan. Pendidikan didapati menjadi pemulihan yang berguna seperti yang dicadangkan dalam kebanyakan kajian. Seorang kanak-kanak autistik boleh mendapat manfaat yang mendadak dalam pengesanan awal lagi segera kecacatan yang dihidapi oleh kanak-kanak itu, dan suatu pendidikan khas yang menepati keperluan kanak-kanak autistik itu dapat dirancangkan. Autisme merupakan kecacatan sepanjang hayat dan suatu perkhidmatan khusus yang sesuai perlu dirancang juga untuk membantu remaja dan orang dewasa menghadapi hidup dan mencapai potensi penuh mereka. Lebih mendalam lagi, golongan autistik perlu mendapatkan pengesanan awal sifat autisme seeloknya seawal 30 bulan, merancangkan program prasekolah atau pendidikan awal untuk kanak-kanak terutamanya dalam menguruskan tingkah laku autistik dan membangunkan kemahiran diri bersama bantuan dan kaunseling kepada ibubapa. Program sekolah yang bebas dan bersesuaian dalam menyediakan keseimbangan yang berstruktur bagi akademik dan kemahiran vokasional. Kanak-kanak harus diajar berkomunikasi dalam apa jua cara berkesan dan yang mungkin sama ada melibatkan penggunaan bahasa isyarat dan membangunkan kemahiran pembelajarannya. Program 12 bulan atau lanjutan harian untuk menambahbaik bilik darjah, dan menggalakkan bantuan kendiri serta rekreasi. Pemulihan dapat dijalankan dengan jayanya dengan adanya kerjasama daripada guru yang berpengalaman dalam bidang dan berminat mendalam tentang pengurusan tingkahlaku autistik, nisbah pekerja perubatan-anak dan sokongan pakar seperti pakar psikologi dan patologi pertuturan diperlukan. Terdapat kaedah khas yang dapat diaplikasikan di mana teknik pengubahsuaian tingkah laku didapati memberikan kesan yang positif dalam melatih kanak-kanak autistik mempelajari kelakuan yang diterima sosial dan kemahiran hidup serta latihan yang asas membuktikan keputusan jauh lebih positif. Perkhidmatan berasaskan ke arah kemasyarakatan diperkenalkan supaya kanak-kanak itu boleh hidup secara berkelompok sama ada dengan keluarga, tetapi pengaturan hidup alternatif boleh diakses untuk kecemasan jangka pendek dan remaja melegakan bercuti dan apabila kanak-kanak membesar.Program untuk golongan

dan dewasa yangbermasalah autisme untukmeneruskan pembelajarankemahiran kefungsian untuk membantu mereka menghadapi kehidupan dengan lebih cekap. Kanak-kanak autisme ini sebenarnya sangat sensitif dan peka terhadap permakanan. Melalui penyelidikan pihak pakar diet kanak-kanak telah membuktikan banyak kesan yang sama yang dialami oleh kanak-kanak autisme ini. Biasanya kanak-kanak ini bertindak paling cepat terhadap pelbagai jenis makanan. Keadaan ini berbeza mengikut setiap kanak-kanak autisme tersebut. Oleh itu pihak penjaga perlu membuat pemeriksaan dan menjalani sesi kaunseling terhadap kanak-kanak terbabit. Kemudian terdapat kaedah menjalankan rawatan intensif neuro akupunktur dan ubatan herba brain powder boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak itu. Para pakar yang mengetahui bidang diet ini juga bertanggungjawab akan memberi nasihat apa yang perlu terutama garis panduan tentang pemakanan mereka. Diet ini boleh berubah mengikut kemajuan dan reaksi kanak-kanak autism itu sendiri. Terdapat beberapa pendekatan lain juga yang dapat dilaksanakan dalam membantu mendidik kanak-kanak autistik ini. 2.4) Pelan Tindakan dalam Membantu Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Berkenaan

Antaranya ialah mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah. Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah. Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak. Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.

Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik negatif. Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang. Konsep sakit; ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang. Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme. Dalam rencana sebuah akhbar tempatan disiarkan kisah benar cabaran dalam membesarkan anak austistik. Nuraihan Hamsiah Abdul Salam, seorang ibu berumur 33 tahun mempunyai seorang anak lelaki yang disahkan autistik bernama Ammar. Wartawan akhbar tersebut berusaha untuk mendekatai kanak-kanak tersebut dan secara tiba-tiba budak lelaki comel itu terjatuh tetapi dia hanya memberikan tindakbalas dengan ketawa besar. Ammar memang macam inilah, dia akan ketawa biarpun sesuatu perkara itu tidak melucukan. Itulah tanda normal kanak-kanak autisme, kata ibunya memberikan penerangan perbezaan nyata ditunjukkan anaknya itu kepada wartawan tersebut.

Muhammad Ammar Lutfi Muhammad Yusri, 6, antara satu dalam ribuan komuniti autisme di dunia ini. Ia bukanlah jenis kecacatan luar biasa yang mana kesnya dikesan menunjukkan peningkatan yang ketara. Namun, Ammar dikira amat bertuah kerana ibu dan ayahnya, Muhammad Yusri Adam, 34, cepat mengenal pasti dia mengidap autisme seawal usia tiga tahun, lantas mengambil jalan bijak, menghantarnya ke kelas khas memperbaiki kekurangan dirinya. Lantaran kini, kemampuan Ammar juga membanggakan, pada usia sebegitu, dia mampu menguruskan diri dengan baik termasuk ke bilik air dan memakai pakaian tanpa dibantu. Pertuturannya juga semakin difahami. Sebelum ini, Ammar didapati mudah marah dan naik angin apabila keinginan diri tidak dipenuhi. Dia tidak bercakap sebaliknya mengeluarkan bunyi seperti em..em dan ibunya menghadapi kesukaran untuk memahami kehendak yang dipinta anaknya itu. Disebabkan itu, Ammar naik marah dan menunjukkan perlakuan agresif kerana permintaannya tidak dipenuhi disebabkan kekangan komunikasi antara ibu dan dirinya. Tetapi kini dia semakin positif dan berubah baik serta tidak mudah marah lagi. Apabila ingin makan dan minta sesuatu, dia boleh sampaikan dengan baik kepada kedua ibubapanya. Kalau ingin ke bilik air, dia sudah pandai lakukan sendiri dan faham bagaimana untuk membuang najis. Sebelum ini ibubapanya menghadapi kesukaran untuk mengajar dia duduk atas mangkuk tandas sebab dia tidak suka dengan proses berkenaan. Hari ini segala-galanya lebih mudah untuk Ammar dan keluarganya setelah bersabar mengharungi hidup bersama kanak-kanak istimewa itu. Autisme ialah kekurangan yang menjejaskan proses komunikasi dan pembelajaran seseorang kanak-kanak dan dipandang remeh oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, jika dikesan awal, pembabitan keluarga dan kaedah pendidikan sesuai, masalah anak autisme boleh diuruskan dengan baik. Nuraihan berkata, Ammar kini belajar di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Setia Alam, Klang, selain turut mengikuti kelas terapi pengucapan secara berkala. Berkongsi kisah, Nuraihan berkata, beliau menetap lama di Jepun mengikut suaminya berkhidmat di sana dan mula mengesan kekurangan anaknya ketika berada di negara terbabit.

Nuraihan mengatakan Ammar pada usianya tiga tahun, dia lambat bercakap. Tapi ketika itu mereka menyangka ia biasa bagi kanak-kanak lelaki dan disebabkan faktor percampuran bahasa antara Melayu, Inggeris dan Jepun juga memungkinkan dia keliru. Nuraihan melaporkan bahawa dia perasan apabila Ammar bermain sesuatu, dia suka menyusun. Blok mainan atau duit syiling, biasanya budak-budak sebayanya suka membentuknya menjadi objek tertentu atau disepah saja, tetapi dia sebaliknya. Dia akan susun menjadi cantik. Tidak kiralah secara memanjang atau bagaimana bentuknya yang pasti susunan itu tampak amat sempurna untuk kanak-kanak kecil pada usia dua atau tiga tahun. Nuraihan pernah cuba alihkan susunan yang dilakukannya itu, tetapi akan marah teramat sangat. Tambahnya lagi, dalam pemerhatian Nuraihan dengan anak-anak lain lazimnya kalau anak orang lain yang normal tidak kisah mainan atau pensel warnanya hilang, Ammar pula akan menunjukkan susunan dalam kotak warna, pensel yang hilang itu tanpa henti dalam emosi marah dan amat serius. Malah jika mainan hilang atau rosak seperti roda kereta tidak berfungsi, ia melihatnya sebagai suatu yang serius. Mungkin orang lain, melihat aksinya itu sebagai sesuatu yang menghiburkan, tetapi tidak bagi mereka bertiga. Nuraihan dan suaminya berasa agak sedih serta tertekan dengan perbuatan yang ditunjukkan Ammar apabila berlakunya hal itu. Pernah menyertai playschool di Jepun dengan keadaan semua kanak-kanak mendengar arahan guru, seperti beratur, bermain baik-baik dengan rakan, Ammar sebaliknya dicop nakal bila dia enggan mengikut arahan diberikan. Ammar pernah bermain sorok-sorok dengan kawannya, tetapi apabila kawannya menyorok dan lari daripada dirinya, dia akan menangis dan menyangkakan kawannya tidak mahu bermain dengannya. Melihatkan dirinya yang berbeza itulah yang menguatkan semangat Nuraihan dan suaminya untuk mencari jalan menghantarnya ke kelas khas. Yuran sekolah khas di Jepun sangat mahal. Satu sesi kira-kira RM300. Justeru, mereka memutuskan untuk kembali ke ibu kota kerana yuran dikenakan NASOM masih dalam kemampuan yang boleh ditanggung mereka. Mereka berasa amat gembira dengan perubahan serta perkembangan dilalui Ammar baru-baru ini. Nuraihan kini menjadi suri rumah sepenuh masa untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Ammar. Walaupun terpaksa berhenti kerja, beliau reda demi kebaikan permata hatinya itu. Selain kelas, Ammar memerlukan perhatian penuh ibunya termasuk dibacakan buku cerita atau dilawan cakap supaya aspek komunikasinya cepat berkembang. Ammar suka melukis dan gemar menunjukkan lukisan berwarna-warni hasil nukilannya, bertemakan keluarga bahagia.

Bagi Nuraihan, setiap ibu bapa perlu peka dengan perubahan dihadapi anaknya dan jika guru atau orang sekeliling mengatakan anak autisme nakal atau degil, ibu bapa tidak seharusnya cepat melatah. Kerjasama dengan guru atau berusaha sendiri untuk merujuk anak ke pakar kanak-kanak kerana dengan usaha sedemikian saja dapat mengesan kekurangan di hadapi mereka. Autisme adalah kekurangan berpanjangan, justeru, dapatkan bantuan supaya si kecil dapat hidup lebih sempurna dan tidak janggal di mata orang lain. Hakikatnya tanggungjawab membesarkan anak autisme memang amat mencabar serta memerlukan kesabaran untuk melayan kerenah si kecil. Walaupun ada kawan dan keluarga yang mungkin cuba menyokong, tetapi mereka tidak dapat memahami kesukaran dalam membesarkan anak autisme yang dialami oleh ibubapa itu sendiri. Orang ramai boleh mengkritik dan segala-gala keperitan itu ditanggung sendiri oleh ibubapa anak autistik itu. Begitulah kata-kata Nuraihan meluahkan rasa dan tidak pernah lupa berdoa ketika bersolat supaya terus diberi kekuatan menghadapi hidup bersama anak yang disahkan autisme itu. Nasihat beliau, kanak-kanak seperti ini kadangkala garang tidak bertempat. Justeru, seseorang ibu perlu memahami dan tidak malu menerangkan orang ramai mengenai anak autisme kerana dengan membuka mulut dan memberitahu orang ramai mengenai keadaan anak, boleh mendidik mereka mengenai autisme. Mereka daripada golongan autisme juga sebetulnya memerlukan sokongan. Ibu bapa tidak seharusnya melihat mereka sebagai berbeza kerana mereka sebenarnya istimewa. Menyertai persatuan berkaitan autisme juga antara cara terbaik mendekati, memahami atau berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang mempunyai anak berkenaan supaya mereka lebih memahami dan dapat menguruskan hidup anak autisme dengan lebih baik dan hampir ke arah normal seperti kanak-kanak biasa.

3.0) 3.1)

Jenis Keperluan Khas Utama Kes Kedua yang Diperhatikan Disleksia

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "dyn" bermakna susah, dan "lexia" bermakna tulisan. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak serta agak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Disleksia ini boleh dikesan ke atas kalangan orang yang mempunyai kecerdasan mental yang biasa atau secara purata dan yang mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi daripada biasa. Disleksia adalah satu masalah pembelajaran yang agak unik. Ia dipercayai membabitkan lebih kurang empat peratus murid-murid dalam sesebuah sekolah (Annette Brock, 1999). Menururt Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996), serta Spaafford dan Grosser (1996), antara punca yang menyebabkan disleksia termasuklah keturunan atau genetik. Kajian telah membuktikan bahawa disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turuntemurun. Dalam kebanyakan kes, didapati ada ahli keluarga mengalami masalah yang sama, cuma yang membezakan mereka hanyalah tahap keseriusannya. Selain itu, disleksia juga disebabkan oleh faktor biologi. Biasanya, kanak-kanak disleksia dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Sejarah inilah yang menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan kanak-kanak. Kerosakan pada otak semasa dilahirkan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah pembelajaran. Namun, kes sebegini berada pada tahap yang minimum. Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia. Masalah disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanakkanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa. Kementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan perangkaan 2001 bahawa seramai 290,000 murid sekolah dari 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki cirri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik (SPLD); Disleksia. (KPM 2000). Empat peratus dari populasi dunia adalah signifikan memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna. Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996, telah menyediakan klausa khusus berkaitan pendidikan Khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 melalui perintah Pendidikan(Pendidikan Wajib) 2002 yang memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang layak mengikut umur enam tahun mendapat pendidikan di institusi yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan ini menyediakan peluang kepada semua rakyat dalam lingkungan umur kelayakan mendapat pendidikan secara percuma. Dasar Pendidikan Untuk Semua, serta dasar Pendemokrasian Pendidikan yang dilancarkan sebelum ini akan diperkukuhkan lagi oleh perlaksanaan Dasar Persekolahan Wajib tersebut. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas yang diwujudkan pada 1998 secara langsung mengendalikan pengurusan pendidikan bagi kanak-kanak Bermasalah Pendengaran (Pekak), Bermasalah Penglibatan (Rabun dan Buta) dan Bermasalah Pembelajaran. Bagi program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran meliputi Kanak-kanak Syndrome Down, Kanak-kanak autistic ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental (learning disabilities), Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanakkanak kecelaruan bahasa dan pertuturan (Blue Print Kurikulum Jabatan Pendidikan Khas 2001). Kajian oleh Norani, Abd.Razak, Norazizah, Adnan @ Nan Khamis dan Siti Eshah (1999), menunjukkan seramai 3,103 (9%) daripada 34,178 kanak-kanak prasekolah adalah terdiri dari

berkeperluan khas pelbagai kategori. Statistik Jabatan Pendidikan Khas sehingga November 2000, bahawa 65.8% kanak-kanak di program Pendidikan Khas bersamaan 8,053 daripada 12,227 orang adalah bermasalah pembelajaran. Kenyataan ini harus mengambilkira bahawa salah satu kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan. Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanakkanak disleksia kerap kali ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran. Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanakkanak bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes 1999). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan. Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya,

faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkan pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia. Coralie (2000) menyatakan lazimnya kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Apabila mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif. Beliau turut menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat penting. Rosana (1998) menyatakan pelajar disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran. Mereka biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat sesuatu, cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau mencadangkan alternatif pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ke atas kanak-kanak disleksia di peringkat prasekolah sangat kurang dijalankan di Malaysia. Kajian-kajian sebegini adalah perlu diteruskan terutama untuk mengenalpasti tahap atau peratusan bilangan kanak-kanak yang mempunyai simptom disleksia di peringkat prasekolah. Pengesanan simptom juga sepatutnya dilakukan secara menyeluruh ke atas keupayaan kanak-kanak melibatkan semua deria utama dan pergerakan walaupun disleksia sering kali menjuruskan perhatian kita kepada kecelaruan kanak-kanak dalam pembacaan ke atas tulisan bercetak. Melalui pengesanan awal ini akan membina kesediaan pengajaran yang lebih terancang dan berkesan di tahap awal pendidikan oleh guru-guru yang terlibat secara langsung dengan mereka. Impak dari keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut akan meminimakan masalah di kalangan kanak-kanak bersimptom disleksia. Selain masalah membaca dan mengeja (Dyslexia) terdapat juga masalah-masalah sampingan yang lain turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya adalah Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis, Discalculia (Dyscalculia) yang melibatkan kesukaran dalam pembelajaran matematik dan masalah bahasa

yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah-masalah sampingan ini selalunya bertindih antara satu sama lain dan susah untuk dikesan (Anderson 1991; Duane,1991). Seperti yang telah dinyatakan, disleksia pada dasarnya adalah masalah pembacaan dan pengejaan yang juga boleh menganggu kemahiran penulisan. disleksia pada masa yang sama. matematikal Sekiranya masalah penulisan itu teruk, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai masalah digrafia dan Disleksia bukanlah satu ketidakupayaan atau masalah (discalculia) kerana ramai inidividu yang bermasalah disleksia mempunyai

keupayaan yang tinggi dalam aspek mengira. Walau bagaimanapun peratus bilangan orang yang bermasalah disleksia yang menghadapi kesukaran dalam kemahiran pengiraan secara mental (mental arithmetic) serta menghafal sifir darab adalah tinggi. Masalah ini dikaitkan dengan kesukaran dalam mengingat balik peristiwa-peristiwa dalam urutan yang betul daripada ingatan jangka masa panjang (THE Dysleksia-Speld Foundation WA (INC) , South Perth,1993). Tidak semua orang mungkin bersetuju dengan perbezaan dalam definisi di antara disleksia (membaca dan mengeja), disgrafia (menulis) dan discalculia (mengira). Biasanya terdapat kecenderungan untuk mengkategorikan ketiga-tiga masalah ini sebagai disleksia. Ini boleh difahami memandangkan kepada kewujudan banyak situasi seorang inidvidu yang menghadapi masalah disleksia tetapi pada masa yang sama juga menghadapi disgrafia dan discalculia. Dalam keadaan ini, adalah menjadi penting untuk mengenal pasti masalah yang khusus di antara ketiga-tiga masalah tersebut untuk menentukan rawatan yang perlu diberi atau langkah pemulihan yang patut diambil. Misalnya, sekiranya seseorang pelajar menghadapi masalah penulisan, dia perlu dirujuk kepada pakar terapi cara kerja (occupational therapist) dan juga perlu dimasukkan ke dalam program pemulihan literasi. Mengajar pelajar-pelajar yang bermasalah disleksia memerlukan kepakaran khas. Perkhidmatan terapi ini boleh disamakan dengan terapi yang diberi oleh seorang pakar patalogi pertuturan. Terdapat pelbagai program pengajaran berjaya melibatkan dilaksanakan berdasarkan penyelidikan bagi pelajar-pelajar yang dalam pemprosesan bahasa serta kognitif yang menghadapi masalah disleksia. Disleksia dianggap sebagai satu masalah pembelajaran yang kelemahan-kelemahan menghindarkan kebolehan membaca. Ia juga adalah satu masalah neurological (saraf) yang dipindahkan secara genetik (Snowling, 1996). 3.2) Masalah-masalah Sampingan yang boleh dikategorikan kepada

Kanak-kanak disleksia lazimnya mempunyai ciri - ciri

beberapa bahagian. Ibu bapa dan guru sebagai orang yang paling hampir dengan kanak-kanak boleh membuat pengenalpastian secara umum terhadap anak mereka. Hal ini adalah kerana

pengenalpastian di peringkat awal adalah paling baik untuk membantu kanak-kanak yang mungkin mempunyai ciri-ciri disleksia agar diberi rawatan atau terapi secepat mungkin (Ott, 1997). (i) Umum : - Perkembangan bahasa atau peraturan. Koordinasi yang lemah. Pergerakan pergelangan tangan agak kekok. Hasil penulisan yang lemah. Menulis lambat. Ejaan yang lemah. Kebolehan membaca dua tahun ke belakang. Kekeliruan dalam penggunaan jam atau konsep masa. Sering mengalami kesukaran dalam laluan yang berliku-liku. Kesukaran mendiskriminasikan pandangan dan pendengaran. Kesukaran mengeja, membaca, menulis dan mengira. Kecelaruan dalam menerima pelbagai arahan. Kekeliruan perkataan yang hampir sama seperti on-no, for-from, was-saw. Masalah mengeja. Masalah meniru atau menyalin daripada papan hitam. (ii) Pengamatan / Tingkahlaku : - Sering keliru dengan arah: kiri/ kanan atau atas / bawah. rendah diri. Sering

Sukar memberitahu waktu dan tepati masa. Sukar mengingati simbol-simbol Matematik. Mudah merasa tertekan atau emosional. Biasanya mempunyai perasaan mengalami kesukaran dalam mempelajari turutan ketika berpakaian. Biasanya mengalami kesukaran memakai kasut pada kaki yang betul. Nampak cerdik tetapi tidak boleh membaca, menulis atau mengeja pada tahap tertentu. (iii) Kecelaruan Pandangan dan Penglihatan :- Kesukaran dalam membatangkan

perkataan. Gemar meninggalkan huruf pada pangkal perkataan. Misalnya pergi disebut pegi. Gemar menambah huruf dan perkataan. Misalnya; bulan disebut bulang. Sering tidak membaca dalam keadaan ceria. Menunjukkan pertukaran, penambahan, penggantian atau pengulangan perkataan dan nombor semasa membaca dan menulis. Sering mengeja dengan tidak konsisten. Susah hendak memahami perkataan yang dibaca atau ditulis. Mempunyai masalah ingatan pandang dan ingatan dengar. Masalah dalam susunan urutan huruf dan nombor. Kekeliruan memahami hala kiri dan kanan, bawah dan atas. Kebalikan huruf-huruf atau nombor-nombor tertentu. Hilang baris apabila membaca atau mengulangi ayat yang sama. Masalah koordinasi dan pergerakan halus. (iv) Kemahiran motor halus dan kasar :- Menghadapi betul. Menghadapi masalah dalam aktiviti masalah memasukkan dan

menyusun tali kasut dalam lubang dengan betul. Menghadapi masalah memegang pensel dengan menekap. menghadapi Menghadapi masalah masalah kesukaran menggunakan gunting terutamanya yang kidal. Sering

mengenal pasti bunyi yang didengar. Menghadapi masalah membuat pengiraan secara

mengundur. Sukar mengingati turutan seperti huruf, hari dalam seminggu dan bulan dalam tahun. Kesukaran dalam mengimbang badan.Kesukaran memegang, melontar atau menyepak bola dengan baik. Kesukaran naik tangga.Kesukaran dalam latihan tarian kerana sukar mengingati langkah. Berdasarkan ciri-ciri yang telah diberikan di atas, adalah diharapkan ibu bapa mahupun guru dapat mengenal pasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah disleksia. Walau bagaimanapun pengenalpastian ini mestilah melalui ujian-ujian yang telah diakui di seluruh dunia. 3.3) Pakar-pakar yang Terlibat

Perangkaan diterima Persatuan Disleksia Malaysia daripada Kementerian Pelajaran mendapati nisbah menunjukkan lima daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat membimbangkan Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata pihaknya kini dalam usaha merancang bersama kementerian bagi mewujudkan satu program khusus untuk kanak-kanak yang menghidap Disleksia supaya ditempatkan dalam kelas khas dan diajar guru khas. Program pengesanan awal disleksia bakal dilaksanakan di semua taman asuhan kanak-kanak (Taska) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hujung tahun 2012 ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata untuk tujuan itu, kementeriannya bekerjasama dengan Persatuan Disleksia Malaysia menyediakan modul mengenai cara dan kaedah pengesanan awal disleksia di kalangan kanak-kanak. Beliau percaya persatuan tersebut mempunyai kepakaran dalam menguruskan masalah disleksia, mereka akan menjadi rakan konsgi pintar bersama kementerian dalam suatu projek perintis bagi menyediakan modul dan kurikulum dalam pengesaan awal kanak-kanak yang mengalami disleksia seawal peringkat taska yang berdaftar dengan JKM. Shahrizat berkata disleksia atau gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami kanakkanak merupakan satu daripada cabang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diberi perhatian oleh kementerian di mana JKM mengenal pasti kanak-kanak yang menghadapi masalah berkenaan sebagai golongan yang memerlukan perhatian segera di peringkat awal. Beliau berkata masalah kurang pengetahuan di kalangan masyarakat, ibu bapa dan guru dikenal pasti sebagai kekangan utama dalam membantu kanak-kanak dalam kategori itu dan pengesanan awal diyakini boleh menggilap potensi yang sedia ada dalam diri mereka.

Sharizat mengulas lagi sebenarnya kanak-kanak disleksia bukannya OKU cuma mereka menanti untuk dikesan awal di mana menerusi perkongsian ilmu dan tunjuk ajar daripada ibu bapa dan guru, kecemerlangan mereka boleh dioptimumkan. Beliau juga berjanji akan memohon kepada Kementerian Pelajaran supaya mengadakan program disleksia di setiap sekolah bagi membolehkan semua kanak-kanak yang menghadapi masalah berkenaan dapat mengikuti pembelajaran secara sistematik dan sempurna. Mengenai keperluan pembelajaran disleksia, Shahrizat berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah JKM, Hadzir Mohamed Zain mengadakan pertemuan khas bersama guru, ibu bapa dan kanak-kanak disleksia untuk mengumpul maklumat keperluan mereka untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran. Selain pihak bertanggungjawab, pendidik dan ibubapa golongan disleksia, peranan badan korporat atau perseorangan juga boleh memainkan peranan dalam menyumbangkan serta memberi sokongan moral dalam menjayakan program pemulihan ataupun pendidikan khas untuk para kanak-kanak disleksia. Pengarah Jualan Procter & Gamble Malaysia, Swadheen Sharma telah menyertai lawatan ke pusat Persatuan Disleksia Malaysia sebagai salah satu program kemanusiaan yang dianjurkan berkala oleh beliau. Pelbagai aktiviti dan sumbangan diberikan kepada kanak-kanak yang berada dalam pusat terbabit. Antara aktiviti yang dilakukan di pusat itu ialah acara permainan, sesi bercerita, aktiviti menanam pokok serta jamuan sarapan pagi. Acara atau program seperti ini dapat membantu dan menceriakan kanak-kanak disleksia dalam meningkatkan mutu hidup mereka tanpa mereka merasa sebarang kekurangan dalam diri mereka. Selain daripada pembelajaran holistik di pusat itu, kanak-kanak itu turut dididik mengenai aspek kerohanian dan psikologi untuk membantu mereka meningkatkan kehidupan ke arah lebih positif menerusi moto live, learn and thrive. Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, amat menggalakkan pembabitan syarikat korporat supaya kanak-kanak itu dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik menerusi sokongan berterusan. Beliau berpendapat dengan sokongan dan sumbangan berterusan ini dapat memotivasikan diri kanak-kanak disleksia yang berada di bawah jagaan pusat dan kanak-kanak disleksia lain sekaligus menitipkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka seperti orang lain. Sementara itu, P&G juga bekerjasama dengan pasar raya Giant serta Guardian di seluruh negara bagi menjayakan kempen The Gift of Learning sepanjang Mei lalu sebagai salah satu usaha mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya strategi

pengesanan awal bagi penghidap disleksia terutamanya daripada kalangan ibubapa dan pendidik yang bertanggungjawab. 3.4) Pelan Tindakan Membantu Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Berkenaan

Disleksia mempunyai pelbagai jenis dan tahap. Oleh itu pendekatan pendidikan yang dilakukan untuk kanak-kanak berkeperluan ini perlu dipelbagaikan serta bersesuaian bagi membolehkan proses pempelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Murid-murid jenis disleksia visual tidak dapat belajar melalui gambaran pandang disebabkan ia tidak dapat mengaitkan perkataan dengan makna. Murid ini tidak dapat mengekalkan imej sesuatu perkataan yang lengkap. Mereka perlu diberikan pendekatan yang berbentuk fonetik dalam pengajaran bacaan. Pendekatan pemulihan yang didapati paling berkesan dengan murid-murid seperti ini ialah yang sama seperti saranan Gillingham dan Stillman (1979) berasaskan kaedah yang diperkenalkan oleh Program Orton Gillingham dalam tahun 1930an. Ciri penting dalam program Gillingham dan Stillman ialah: mengajar fonik secara langsung dengan memperkenalkan nama-nama huruf dan bunyi diikuti dengan kemahiran pengadunan huruf dengan bunyi; mengguna teknik kepelbagaian deria yang merangkumi pengajaran melalui visual, auditori, dan modus kinestetik; dan pendekatan yang menekankan langkah-langkah dari yang paling senang bergerak ke peringkat yang paling sukar. Pada dasarnya pemulihan merangkumi langkah-langkah pengajaran seperti berikut: Ajar bunyi huruf, Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi, Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi, Ajar perkataan bunyihuruf, Pengadunan bunyi menjadi perkataan yang bermakna, vi. Tunjukkan perkataan dalam kumpulan yang sama, Perkenalkan adunan bunyi daripada dua konsonan, Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vokal, Mula dengan ayat, perenggan dan cerita yang senang tetapi menarik. Peranan Guru dalam pendidikan Murid Disleksia Visual : - Sediakan bahan pengajaran dengan baik, Rajah/bentuk/nombor mesti kemas; garisan mesti jelas, dan bahan bercetak hendaklah jelas dan disusun dengan baik. Aspek Imbangan antara berbagai-bagai stimulasi deria; perlu menentukan sama ada murid akan dapat memperbaiki kemajuan dalam pembelajaran dengan menggunakan pelbagai modus iaitu dengan menggemblengkan auditori dengan penglihatan, atau kombinasi kinestesis dengan visual, atau daripada pengurangan penggunaan auditori dan sebaliknya lebih penekanan ke atas kinestesis. Perlu menjalankan sesi pengajaran cuba jaya bagi menentukan cara yang paling berkesan untuk mencapai matlamat ini. Aspek bentuk am dan konfigurasi :- Berdasarkan teori Strauss dan Lehtinen (1947) yang menekankan

hubungan antara keseluruhan dengan bahagian bagi menentukan sesuatu bentuk dapat dipelajari dengan cepat. Pada peringkat awal, murid diajar dengan menggunakan bentuk lukisan gambar, prahuruf dan gambar-gambar, seperti: Suaikan gambar dengan rangka yang banyak, sediakan banyak latihan seperti di atas. Aspek Pengamatan Butiran: - Hal ini merupakan latihan-latihan untuk menjadikan murd - murid menyedari akan butiran-butiran yang terdapat, sama ada luaran atau dalaman, tentang sesuatu bentuk, huruf, dan perkataan. Ini boleh dilakukan melalui: Penyediaan lukisan atau corak dalam warna yang berlainan supaya murid dapat memberi perhatian dengan lebih mendalam lagi, penyediaan bentuk yang digunting dengan baik yang dapat dimanipulasikan sebagai ilustrasi persamaan dan perbezaan benda / objek dengan menggerakkan bahagian objek / benda itu dari satu tempat ke satu tempat, guna anagram dan huruf yang dipotong dengan banyak. Aspek Orientasi Huruf:- Murid biasanya dihadapi dengan dua jenis masalah ruangan yang berlainan - contoh kedudukan dan orientasi. Konsep kedudukan (position) mesti difahami murid sejelas-jelasnya sebelum ia dapat memberi tumpuan kepada kedudukan huruf-huruf. Aspek f. Urutan Visual :- Murid tidak dapat mengikuti pola tertentu atau mengingati susunan huruf dalam perkataan. Jikalau ketidakupayaan yang dihadapi itu serius, di peringkat awal persekolahan atau prasekolah, guru hendaklah menggunakan aktiviti-aktiviti yang bukan simbolik dengan banyak. Contoh aktiviti yang melibatkan murid perlu diatur dalam bentuk tertentu; sediakan bentuk gambar atau reka bentuk; dan buat rantaian kertas serta berbagai-bagai bentuk latihan lagi untuk menguatkan kemahiran urutan visual. Peranan Guru dalam Disleksia Auditori: Guru guru hendaklah memberikan pendedahan melalui pendekatan pengajaran daripada seluruh kepada bahagian, seperti: Membentuk kecocokan auditori dan visual: dengan mengajar bunyi setiap huruf dan perkataan sambil menunjukkan bentuk huruf yang telah dipotong. Memilih perbendaharaan kata bacaan yang bermakna dan yang mana bentuk dan bunyinya berlainan supaya ia dapat mengenal dan membezakan huruf itu dengan mudah. Kaitkan juga simbol - simbol tercetak dengan pengalaman. Hal ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan ayat dan frasa yang senang da n menggunakan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman sebagai teras pengajaran. Untuk aktiviti ini, mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore, dan Komputer dalam pendidikan akan dapat menolong pembelajaran murid seperti ini dengan cepat

suaikan objek dengan rangka, lukis corak atau bentuk prahuruf, sediakan bentuk/rangka rajah

dan lebih berkesan. Aktiviti diskriminasi auditori juga perlu dibuat dengan banyak seperti menyesuaikan bunyi, mengulang bunyi, membezakan bunyi. Aktiviti urutan seperti membentuk kesedaran dan pengecaman pola auditori tanpa bahasa; meniru pola bunyi dan ritma; koordinasi pola auditori dan visual; membentuk kesedaran tentang bilangan suku kata dalam setiap perkataan; menekankan kepada urutan rima sesuatu perkataan. Aktiviti pengadunan dan integrasi seperti mengadunkan suku kata untuk membentuk perkataan; dan menggabung bunyi individu menjadi perkataan. Aktiviti berbentuk analisis dan sintesis seperti mengguna simbolsimbol visual untuk meningkatkan keupayaan diskriminasi dan analisis auditori; mengguna bahan yang konkrit dan yang boleh dimanipulasi dalam berbagai-bagai bentuk; galakkan pengulangan bunyi-bunyi tertentu dan manipulasi bunyi secara mental; serta latih murid kemahiran mengguna suku kata dengan meluas.

Anda mungkin juga menyukai