Anda di halaman 1dari 20

1.

0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan


kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas,
atau kelainan upaya, yang terdiri daripada mereka ialah yang mengalami
kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah
laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran,
hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan
golongan pintar cerdas. Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta
Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997
Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid
bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas
integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan
pendengaran. Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa
rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional,
dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa
inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun,
manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan
sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.

Kanak-kanak autisme juga dikira dalam pendidikan khas. Autisme


merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive
developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap
sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa
Inggeris: psychiatric disorder), walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah
dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa
berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan
masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal
tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes
setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki
berbanding perempuan (dari "Autism Society of America"). Autisme lebih
kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

5
Individu dengan autisme - bentuk inti dari Autism Spectrum Disorder
(ASD) seringkali memiliki tampilan yang tidak berbeda dan terpengaruh serta
tidak dapat membentuk batasan emosional dengan yang lain. Semisal
mereka seringkali mempunyai respon yang tidak biasa untuk semua
pengalaman sensorik. Tiap-tiap simptom menghadirkan perasaan dari yang
lembut sampai yang keras. Mereka akan terlihat berbeda pada setiap individu
anak. Singkatnya, seorang anak dapat saja mengalami kesulitan belajar
membaca tetapi lebih terlihat bahwa dia sangat jarang sekali melakukan
interaksi sosial. Setiap anak akan memperlihatkan tingkah laku, sosial, dan
pola komunikasi yang sangat individualis akan tetapi cocok dengan diagnosis
ASD.

Anak yang mengalami autisme tidak akan mengikuti pola


perkembangan anak pada umumnya. Pada beberapa anak, tanda
permasalahan yang berlanjut telah tampak sejak kelahiran anak mengalami
perkembangan seperti biasa, tetapi ketika berumur 18 dan 36 bulan,
perkembangan mereka terhenti. Orang tua akan mengetahui kalau mereka
mulai menolak kontak sosial, bertingkah aneh, dan bahkan kehilangan
kemampuan berbahasa dan bersosial yang telah mereka pelajari. Dengan
kata lain, ada masa labil atau tingkat perkembangan, dan perbedaan antara
anak kecil pada umumnya dan anak autis akan semakin diketahui. Pada
masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Diagnosis dan
latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

1.2 Objektif Kajian

1.2.1 Mengenalpasti masalah bahasa pada peringkat morfologi kanak-


kanak autisme.

1.2.2 Mengenalpasti masalah bahasa pada peringkat fonologi kanak-


kanak autisme.

1.2.3 Mengenalpasti masalah bahasa pada peringkat sintaksis kanak-


kanak autisme.

6
1.3 Kaedah

Terdapat beberapa kaedah yang telah saya gunakan semasa


menjalankan kajian ini. Kaedah pertama ialah temubual dengan guru-guru
pendidikan khas. Saya telah menggunakan kaedah ini untuk memahami
dengan lebih jelas tentang latar belakang mereka. Kaedah seterusnya ialah
menggunakan kaedah soal selidik dan mengedarkan kertas soal selidik
kepada mereka menjawab. Kaedah soal selidik ini telah digunakan untuk
menguji tahap pencapaian mereka. Tambahan lagi ialah kaedah pemerhatian.
Kaedah ini telah digunakan untuk memerhati ciri-ciri dan sifat-sifat kanak-
kanak autisme. Akhir sekali ialah kaedah analisis dokumen. Saya telah
menggunakan kaedah ini untuk mengkaji hasil-hasil kerja mereka.

1.4. Batasan

Terdapat beberapa batasan yang saya temui semasa menjalankan


kajian saya. Salah satu batasan ialah saya hanya dapat menjalankan kajian
bahasa mereka. Dalam kajian bahasa terdapat fonologi, morfologi dan
sintaksis. Dalam kajian fonologi saya telah menfokuskan kepada membaca
iaitu sebutan mereka. Selain itu, dalam kajian morfologi saya telah
menumpukan kepada kata dasar dan suku kata mereka. Manakala dalam
hasil kajian sintaksis, saya telah menumpukan pada kanak-kanak tersebut
dapat membina ayat dengan diri sendiri.

1.5 Definisi Konsep

Terdapat 5 jenis autisme yang telah dikenalpasti oleh pakar psikologi.


Antaranya termasuklah Autisme Masa kanak, Sindrom Asperger, Kecelaruan
Kanak-Kanak Disintegratif, Sindrom Rett dan Gangguan Perkembangan
Pervasif YTT (PDD-NOS).

7
Autisme Masa Kanak adalah gangguan perkembangan pada anak
yang gejalanya sudah tampak sebelum anak tersebut mencapai umur 3
tahun.Mereka akan hidup dalam dunia mereka sendiri dan tidak akan
berinteraksi dengan orang lain. Sindrom Asperger merupakan masalah
kemahiran sosial dan komunikasi, individu itu cenderung untuk kaku dalam
khalayak ramai serta kurang faham peraturan sosial. Sindrom Asperger
dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa
benar. Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan
kecergasan adalah biasa atau lebih Selain itu, Kecelaruan Kanak-Kanak
Disintegratif ialah individu itu biasanya dilahirkan dalam keadaan normal.
Ketika berumur 2 hingga 4 tahun, individu berhenti bercakap dan berinteraksi
dengan orang lain. Mereka berhenti bermain, kemahiran verbal dan sosial
lemah serta pergerakan tangan yang berulang-ulang. Pada masa yang sama
juga, individu mempunyai kemahiran psikomotor yang lemah. Tambahan lagi,
Sindrom Rett adalah gangguan perkembangan yang hanya dialami oleh anak
wanita. Mulai sekitar umur 6 bulan mereka mulai mengalami kemunduran
perkembangan. Pertumbuhan kepala mulai berkurang antara umur 5 bulan
sampai 4 tahun. Gerakan tangan menjadi tak terkendali, gerakan yang
terarah hilang, disertai dengan gangguan komunikasi dan penarikan diri
secara sosial. Gerakan-gerakan otot tampak makin tidak terkoordinasi.
Terjadinya gangguan berbahasa, perseptif mahupun ekspresif disertai
kemunduran psikomotor yang hebat. PDD-NOS juga mempunyai gejala
gangguan perkembangan dalam bidang komunikasi, interaksi maupun
perilaku, namun gejalanya tidak sebanyak seperti pada Autisme Masa kanak.
Kualitas dari gangguan tersebut lebih ringan, sehingga kadang-kadang anak-
anak ini masih bisa bertatap mata.

Bagi Micheal Rutter (1979),masalah kanak-kanak autisme tidak hanya


menggunakan bahasa pertuturan yang sedikit,sebaliknya bagi kanak-kanak
yang boleh bertutur,bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa yang
abnormal. Ramai kanak-kanak dengan masalah autism tidak mempunyai
bahasa pertuturan langsung iaitu antara 28 hingga 61 peratus (dalam
Kuder,2003). Kajian terhadap morfologi kanak-kanak autisme mendapati
wujudnya persamaan dan perbezaan antara perkembangan bahasa kanak-

8
kanak autisme dengan kanak-kanak normal. Fein & Waterhouse dalam
kajiannya mendapati pemerolehan morfem antara kanak-kanak autism
dengan kanak-kanak yang mengalami masalah schizophrenic dan kanak-
kanak yang kurang upaya, tidak terdapat perbezaan yang ketara sama ada
dalam jumlah morfem yang digunakan atau dari segi kekerapan penggunaan
morfem (dalam Kuder,2003).

Hasil kajian bagi aspek sintaksis kanak-kanak autisme mendapati


perkembangan sintaksis mereka perlahan dan mempunyai masalah dari segi
penggunaan bahasa dalam situasi sosial. Gunningham (1968),telah
melakukan kajian terhadap perkembangan pertuturan ke atas seorang kanak-
kanak autism selama lima tahun ( umur 6 hingga 11 bulan) dan mendapati
MLU kanak-kanak itu meningkat secara mendadak dari 19 ayat kepada 30
ayat dalam masa 6 bulan pertama.Hasil kajian juga mendapati kanak-kanak
autism sering meninggalkan tatabahasa morfem dan fungsi perkataan (dalam
Kuder,2003). Pierre & Bartolucci (1977),dalam kajiannya untuk
membandingkan perkembangan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak
autism,kanak-kanak kecacatan mental dan kanak-kanak normal mendapati
perkembangan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak autism jauh
ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal..Bahasa kanak-
kanak autism kurang kompleks berbanding dengan kanak-kanak lain
walaupun kanak-kanak autism menggunakan struktur ayat atau bahasa yang
sama (dalam Kuder,2003).

Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai bahasa mereka tersendiri


(idiosinkratik) iaitu maksud perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik
kerana menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam
kefahaman. Mereka mampu mengingati perkataan-perkataan yang mereka
belajar tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan
tersebut dalam situasi baru.Kesukaran untuk mengorganisasi, menggunakan
dan menyelesaikan masalah adalah bentuk masalah kemahiran semantik
yang dikaitkan dengan autism.Volden & Lord (1991) mendefinasikan
idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam keadaan berbeza
untuk menyampaikan maksud yang spesifik.Kanak-kanak autism juga akan
mengalami masalah dalam penggunaan ayat yang betul.

9
1.6 Teori Pemerolehan Bahasa

Teori pemerolehan bahasa yang saya rasa sesuai dengan kanak-kanak


autisme ialah Teori Mentalis. Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori
ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis
ini berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh
yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan
pengulangan yang banyak.

Kebaikan teori ini ialah proses pemerolehan sesuatu bahasa adalah


melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran
bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. Mereka juga dapat
menghafal teori-teori atau konsep-konsep apabila wujud proses membuat
latihan secara berulang-ulang. Selain itu ialah mementingkan persekitran
murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan.
Hal ini termasuklah rakan sebaya, pelakuan guru serta suasana dalam bilik
darjah. Selain itu ialah menekankan aspek peneguhan iaitu memberi ganjaran
kepada mereka semasa mereka mencapai tahap yang diingini.

Namun kelemahan teori ini ialah pembelajaran hanya berlaku apabila


murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan
bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi
membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ini bermaksud
bahawa pembelajaran sangat bergantung kepada ransangan dari luar.
Sabagai contoh ialah bahan bantu mengajar. Apabila bahan bantu mengajar
ini tidak disediakan maka pembelajaran mereka tidak akan dilaksanakan.
Selain itu ialah pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan
hukuman. Ini bermakna bahawa guru perlu sentiasa teman di sebelah
seseorang kanak-kanak baru kanak-kanak itu akan belajar. Oleh itu
pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah
pembelajaran secara kendiri. Mereka terlalu bergantung kepada guru-guru.

10
Teori Pembelajaran Mentadis yang dilopor oleh Noam Chomsky ini
menekankan fungsi mental seseorang manusia. Menurut Chomsky, kanak-
kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran
iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-
operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam
pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami
terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

Kebaikan teori pembelajaran Mentadis ini ialah ia menekankan kepada


perkembangan kanak-kanak. Pembelajaran bahasa akan diajar secara
berperingkat-peringkat mengikut tahap-tahap murid berkenaan mencapai.
Dengan proses ini, pembelajaran dapat dijalankan dengan sistematik, guru-
guru dapat mengawalkan kadar kemajuan pembelajaran mereka secara
berperingkat-peringkat. Salain itu, teori ini menekankan kepada pembelajaran
mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu
pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap
kognitif mereka sendiri. Tambahan lagi, teori ini juga menekankan kaedah
pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud
pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan
bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai
digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. Walaubagaimanapun,
terdapat 1 kelemahan juga dalam teori ini, iaitu Teori ini mementingkan
kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan.
Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan
menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam
tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

Saya berasa teori ini amat sesuai untuk diimplikasikan dalam mengajar
murid-murid autisme. Ini adalah kerana teori ini menekankan kepada
peringkat kanak-kanak. Guru mesti membuat perancangan pengajaran dan
pembelajaran dengan membuat pemeringkatan kemahiran mereka. Ini
bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara
berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka.
Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 5
kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai

11
kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama,
guru mungkin menetapkan 1 kriteria yang perlu dicapai, kemudian 1 lagi pada
pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid
berjaya mencapai kriteria tersebut. Ini dapat meningkatkan kemahiran
pembelajaran mereka kepada lebih efektif.

1.7 Kajian Lepas

Menurut Dr. Widowo, kebanyakan penghidap autisme mengalami


masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa,
menangis atau marah seseorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka
ini mempunyai sikap yang panas baran dan sukar dikawal terutama apabila
mereka gagal untuk mendapatkan sesuatu yang mereka ingini. Ini boleh
menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

Menurut Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya


mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak
menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada
orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan
merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak
pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan
memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan
mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi
keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka
bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan
mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia


turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael
Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan
bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal.
Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang
lain.

12
Saya mendapati bahawa ciri-ciri dan sifat-sifat Tok Shu Gie telah
selaras dengan kajian yang dibuat oleh Dr. Widowo. Tok Shud Gie
merupakan seorang perempuan yang biasanya mengelakkan diri untuk
bertentang muka dengan orang lain. Dia tidak akan memandang kepada guru
semasa guru sedang bercakap dengan dia. Dia akan menjawab soalan yang
ditanya oleh guru dengan menoleh muka dan tidak memandang kepada guru.
Kadang-kala, dia akan memegang tangan guru. Pada Tan Wei Zhen pula,
walaupun dia mempunyai tahap kemahiran yang lebih tinggi daripada Tok
Shu Gie tetapi sifat-sifat dia lebih kurang sama dengan Tok Shu Gie. Dia
akan memegang tangan guru apabila dia merasai hendak memegang
sesuatu.

1.8 Biodata

Tok Shu Gie Nama Tan Wei Zhen


11 Umur 11
Cina Bangsa Cina
Johor Berasal Johor
Autisme Ketidakupayaan Autisme

2.0 Bahasa

13
2.1 Morfologi

2.1.1 Temu bual

Murid-murid autisme yang saya kaji ialah bernama Tok Shu Gie
dan Tan Wei Zhen. Dalam kajian saya, saya mendapati murid-murid
menghadapi masalah dalam bahasa. Melalui temubual dengan guru
mereka yang mengajar subjek bahasa melayu, saya mendapati
bahawa tahap morfologi Tok Shu Gie itu amat terhad. Guru Tok Shu
Gie menyatakan bahawa Tok Shu Gie memerlukan bimbingan guru
supaya dapat menyiapkan kerja. Manakala, Tok Shu Gie dapat
membaca apa yang dituliskan dalam buku tetapi sebutan dia tidak
berapa jelas dan selalu menjawab soalan yang ditanya oleh guru
dengan suara yang perlahan. Tambahan lagi, perkataan-perkataan
yang dikuasai oleh Tok Shu Gie sangat terhad, dia memerlukan guru
menyebutkan huruf perkataan itu satu demi satu baru dapat menulis.
Selain itu, pada Tan Wei Zhen pula, dia merupakan murid yang mahir
dan tidak memerlukan bantuan guru. Tahap morfologi dia sangat tinggi
dan dia dapat membaca dan mngeja perkataan-perkataan yang
disebut oleh guru. Sebutan dia juga tepat tetapi

2.1.2 Pemerhatian

Tok Shu Gie Perkataan yang dikuasai Tan Wei Zhen


/ Kucing /
/ Kelapa /
/ Tangan /
/ Kereta /
x Rambut /
/ Mata /
x Mulut /
/ Kaki /
x Tangan /
x Hidung /
x Telinga /

Malalui pemerhatian saya, Tan Wei Zhen telah berjaya


menguasai semua perkataan serta dapat membaca dan memahami

14
maksud perkataan itu. Sebagai contoh, saya telah menunjuk gambar
kucing kepada dia dan menyuruh dia sebut apa yang ada dalam
gambar itu. Dia telah berjaya dengan menyebut perkataan ‘kucing’ dan
semasa saya tanya dia apa itu kucing dan dia akan menjawab ‘mao’
iaitu kucing dalam bahasa cina. Ini menunjukkan bahawa dia telah
menguasai perkataan itu serta maksudnya. Pada Tok Shu Gie,
perkataan yang dia kuasai kurang daripada Tan Wei Zhen tetapi
terdapat beberapa perkataan yang dia masih dapat menyebut dan
memahami seperti mata dan kaki. Akhir sekali, mereka dapat
menyebut kata-kata dengan mengikut suku kata seperti menyebut
perkataan ‘kucing’, mereka dapat mengenalpasti bahawa perkataan itu
terdiri daripada 2 suku kata iaitu ‘ku-cing’. Namun demikian, Tok Shu
Gie akan keliru semasa menemui perkataan 2 suku kata yang
mempunyai 2 konsonan dalam 1 suku kata itu. Misalnya perkataan
‘tangan’. Tangan merupakan perkataan 2 suku kata iaitu ‘ta-ngan’ dan
ini akan mengelirukan dia disebabkan ‘ngan’ mempunyai 2 konsonan
di depan suku kata.

2.1.3 Analisis Dokumen

Saya juga telah membuat kajian terhadap hasil kerja mereka.


Setelah memeriksa buku latihan mereka, saya didapati bahawa
mereka dapat menulis perkataan yang telah diajar oleh guru dalam
kelas. Mereka akan menulis satu perkataan berulang kali supaya dapat
mengingat perkataan tersebut dari masa ke semasa. Juga terdapat
salah satu buku latihan untuk mereka dengan berkaitan buku teks. Apa
tajuk yang telah belajar dalam buku teks, buku latihan ada soalan yang
berkaitan untuk mereka jawab. Dengan ini, dapat membantu mereka
lebih memahami apa yang telah belajar pada setiap hari.

2.1.3 Soal Selidik

15
Saya telah memberikan sedikit soalan kepada mereka untuk
menjawab sebagai soal selidik. Dalam soalan tersebut mengandungi
gambar dan perkataan. Sebgai contoh ialah sebuah gambar kucing
dan perkataan ‘kucing’ sebelah gambar tersebut. Saya menyuruh
mereka dimana Tok Shu Gie dapat membaca perkataan itu walaupun
tidak berapa jelas dan dengan suara yang perlahan. Pada Tan Wei
Zhen pula, dia dapat membaca perkataan itu dengan sebutan yang
tepat dan jelas. Tambahan lagi, dia dapat menjawab dalam bahasa
cina apabila saya tanya dia apa itu kucing. Ini menunjukkan dia
mempunyai kefahaman kosa kata yang tinggi.

Selain itu, satu lagi kajian morfologi yang telah saya mengkaji
kepada mereka ialah suruh mereka menamakan bahagian badan.
Saya telah menyediakan satu gambar orang dan dengan
menggunakan anak panah menunjuk kepada sesuatu bahagian dan
menamakan bahagian tersebut. Huruf pertama telah diberikan
manakala huruf lain mereka perlu tulis sendiri. Dalam kajian ini, saya
mendapati bahawa Tok Shu Gie dapat membaca semua bahagian
badan tersebut tetiba apabila sampai masa menulis, dia akan keliru
seperti menulis perkataan ‘mulut’ kepada ‘mutut’. Dia lebih mahir
dalam perkataan yang berbentuk KVKV seperti kaki dan mata. Ini
mungkin disebabkan dia tidak dapat mengenalpasti bunyi konsonan
yang berbunyi di akhir kata. Pada Tan Wei Zhen, dia tahu tentang
semua nama-nama bahagian badan yang telah ditunjuk dalam gambar
itu. Dia dapat menamakan semua bahagian badan dengan cepat dan
tepat. Selain itu, ejaan yang dia tulis semua betul dengan jawapan.

2.2 Fonologi

2.2.1 Temu Bual

Melalui temu bual dengan guru-guru yang mengajar mereka,


saya mendapati bahawa Tok Shu Gie mempunyai masalah dalam

16
fonologi. Kelemahan Tok Shu Gie dalam fonologi ialah dia tidak dapat
menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Sebagai contoh ialah bunyi
diftong dengan bunyi sengauan. Saya mendapati bahawa guru mesti
membaca dahulu baru dia dapat mengikut. Namun demikian, kekuatan
dia ialah dia dapat membaca perkataan berbentuk KVKV dengan tepat.
Sebagai contoh ialah perkataan kaki dan mata. Selain itu, didapati
kadang-kala dia akan mengeluarkan perkataan mengikut nada yang
berbeza-beza iaitu dari rendah ke tinggi secara tiba-tiba. Pada Tan Wei
Zhen, dia dapat menutur bunyi dengan jelas dan tepat, Dia dapat
membaca ayat yang ditulis oleh guru atau di buku teks dengan tepat
tanpa bantuan guru.

2.2.2 Pemerhatian

Tok Shu Gie Ayat yang boleh dibaca Tan Wei Zhen
/ Ini bola. /

/ Ini bola sepak. /

/ Ini bola sepak Salman. /

/ Salman suka bermain bola sepak. /

/ Setiap pentang Salman bermain /


bola sepak.

/ Salman bermain bola sepak dengan /


rakan-rakan

Melalui pemerhatian saya, Tok Shu Gie dapat membaca semua


ayat yang dinyatakan dalam jadual. Dia dapat membaca perkataan-
perkataan dua suku kata manakala apabila sampai perkataan
‘bermain’ dia akan membaca dengan agak tidak jelas. Ini adalah

17
kerana perkataan ‘main’ yang terdapat dalam perkataan ‘bermain’ itu
adalah dari bentuk KVVK. Dia keliru dengan perkataan ‘main’ itu
adalah terdiri daripada 1 atau 2 suku kata. Selain itu, dia akan
membaca dengan mengeluarkan perkataan mengikut nada yang
berbeza-beza iaitu dari rendah ke tinggi secara tiba-tiba dan tidak
jelas. Pada Tan Wei Zhen pula, masalah perkataan ‘bermain’ tidak
dapat mengelirukan dia. Dia dapat membaca semua ayat itu dengan
baik dan tepat.

2.2.3 Analisis Dokumen

Melalui melihat buku teks yang telah digunakan oleh mereka,


saya mendapati bahawa dalam buku teks tersebut mempunyai
bantuan untuk membaca iaitu warna suku kata. Sebagai contoh ialah
perkataan ‘kaki’, kaki mempunyai 2 suku kata iaitu ‘ka-ki’. Suku kata
pertama itu diwarnakan dengan warna merah dan suku kata kedua
ialah diwarnakan dengan warna jingga. Ini telah membantu mereka
dalam membaca buku teks.

2.2.4 Soal selidik

Saya telah memberikan beberapa ayat kepada mereka untuk


membaca sebagai soal selidik tahap fonologi mereka. Jumlah ayat
yang telah saya memberi kepada mereka ialah 6 ayat. Ayat pertama
yang telah saya memberi mempunyai 2 perkataan dan ayat seterusnya
akan menambah satu perkataan. Tok Shu Gie dapat membaca semua
ayat yang telah diberikan dengan jelas terutamanya perkataan yang 2
suku kata. Manakala apabila sampai perkataan ‘bermain’ dia akan
membaca dengan tidak jelas. Ini adalah disebabkan perkataan ‘main’
yang terdapat dalam ‘bermain’ itu adalah dari bentuk KVVK. Dia keliru
dengan perkataan ‘main’ itu adalah terdiri daripada 1 atau 2 suku kata.
Dia tidak faham apa yang telah baca dan tidak faham makna
perkataan yang telah disebut. Hal ini demikian, kerana kosa kata dia

18
terhad. Tambahan lagi, dia akan membaca dengan mengeluarkan
perkataan mengikut nada yang berbeza-beza iaitu dari rendah ke tinggi
secara tiba-tiba dan tidak jelas. Pada Tan Wei Zhen pula, dia tidak
mempunyai masalah sebegini. Dia dapat membaca ayat-ayat itu
dengan jelas dan tepat.

2.3 Sintaksis

2.3.1 Temu Bual

Melalui temu bual dengan guru-guru yang mengajar


mereka, saya mendapati bahawa mereka mempunyai masalah
dalam sintaksis. Tok Shu Gie dan Tan Wei Zhen tidak dapat
membuat ayat dalam bahasa melayu. Mereka hanya dapat
membaca ayat-ayat yang diberikan tanpa mengetahui maksud
yang terdapat dalam ayat itu. Tok Shu Gie dan Tan Wei Zhen
tidak dapat membuat ayat biasa yang melebihi 3 perkataan
kecuali memperkenalkan nama diri mereka. Ayat biasa seperti
‘saya pandai melukis’, mereka tidak dapat membuat ayat
sebegitu. Tetapi, mereka dapat membaca ayat apabila ayat
lengkap itu diberikan

2.3.2 Pemerhatian

Tok Shu Gie Ayat yang dapat membina Tan Wei Zhen
x Saya ialah _____. x

19
x Saya suka _____. x

x Saya pandai _____. x

x Ibu saya _____. x

x Bapa saya _____. x

Melalui pemerhatian saya kepada Tok Shu Gie dan Tan


Wei Zhen, saya mendapati bahawa mereka tidak dapat
melengkapkan ayat yang dinyatakan dalam jadual itu. Apabila
menulis atau tanya tentang suku kata, mereka dapat menjawab
dengan baik tetapi apabila menyuruh mereka membina ayat
mereka akan keliru dan tidak dapat membina. Mereka hanya
dapat membina ayat untuk memperkenalkan diri sahaja dimana
iaitu ‘nama saya Tok Shu Gie’ dan ‘nama saya Tan Wei Zhen’.
Ayat lain yang selain daripada itu, mereka tidak dapat membina
disebabkan guru tersebut menfokuskan kepada kosa kata
mereka. Namun demikian, mereka masih dapat membuat
sesuatu ayat apabila mendapat bantuan dari guru. Guru akan
melengkapkan ayat itu untuk mereka dan baru mereka dapat
menuliskan ayat tersebut. Ini menunjukkan bahawa mereka
memerlukan bantuan dalam membina ayat dan tidak dapat
membina ayat diri sendiri. Selain itu, ialah menyalin ayat.
Mereka boleh menyalin ayat yang dibina oleh guru. Ini
menunjukkan bahawa mereka dapat menggunakan peniruan
dalam membina ayat.

2.3.3 Analisis Dokumen

Mereka mempunyai buku latihan membina ayat. Tetapi ayat


yang ditulis oleh mereka adalah dibina oleh guru, mereka hanya

20
dapat menyalin ayat tersebut kerana mereka tidak memahmi
cara untuk membina ayat.

2.3.4 Soal Selidik

Saya telah memberi beberapa ayat yang mempunyai 2


perkataan di depan sebagai permulaan untuk membagi mereka
melengkapkan ayat itu. Seperti contoh ialah ‘saya ialah _____.’.
Jawapan yang mereka boleh isi adalah luas dan pelbagai
seperti manusia, murid, lelaki dan sebagainya tetapi mereka
tidak dapat menjawab. Mereka tidak dapat melengkapkan ayat
itu sehingga guru melengkapkan ayat itu untuk mereka. Semasa
membina ayat, mereka hanya dapat menyalin apa yang telah
dibaca atau ditulis oleh guru. Mereka tidak dapat membina ayat
sendiri dalam bahasa melayu tetapi mereka dapat membina
ayat dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa cina. Hal ini
berlaku kerana kekurangan penggunaan bahasa melayu dalam
kehidupan seharian mereka.

3.0 Penutup

3.1 Kesimpulan

Kesimpulannya, selepas saya menjalani kajian ini, objektif kajian saya


telah mencapai. Selepas kajian ini saya dapat mengenalpasti tentang
masalah bahasa pada peringkat morfologi kanak-kanak autisme. Walaupun
mereka bersama umur dan mempunyai ketidakupayaan yang sama tetapi
tahap mereka boleh berbeza. Sebagai contoh ialah tahap morfologi Tan Wei
Zhen dengan Tok Shu Gie. Walaupun mereka bersama umur dan jenis

21
ketidakupayaan tetapi tahap morfologi mereka berbeza. Misalnya, Tan Wei
Zhen telah dapat menguasai semua kosa kata yang diuji oleh saya dan dapat
menulis dengan betul manakala kosa kata yang dapat dikuasai oleh Tok Shu
Gie hanya beberapa sahaja dan perkataan-perkataan yang dapat ditulis
olehnya adalah terhad. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
antara tahap mereka walaupun mereka terdiri daripada umur dan
ketidakupayaan yang sama.

Objektif seterusnya yang telah dicapai oleh kajian saya ialah masalah
bahasa pada peringkat fonologi mereka. Kebanyakan persamaan mereka
adalah di dalam peringkat fonologi ini. Daripada kajian saya, saya mendapati
bahawa mereka semua dapat membaca ayat-ayat yang telah diberikan oleh
saya. Namun begitu, terdapat juga perbezaan antara mereka apabila Tok Shu
Gie membaca perkataan ‘bermain’ itu. Sebutan perkataan ‘bermain’ itu tidak
jelas dan dia berasa keliru dengan sebutan perkataan itu. Pada Tan Wei Zhen
pula, dia dapat membaca semua ayat dengan lancar dan tepat. Dia tidak
menemui masalah yang ditemui oleh Tok Shu Gie iaitu masalah sebutan
perkataan ‘bermain’. Tan Wei Zhen dapat membaca perkataan itu dengan
tepat dan inilah satu lagi perbezaan antara tahap mereka walaupun mereka
terdiri daripada umur dan ketidakupayaan yang sama.

Selain daripada perbezaan tahap antara peringkat morfologi dan


fonologi, terdapat satu persamaan mereka iaitu objektif yang saya tidak
mencapai iaitu peringkat sintaksis. Kedua-dua mereka tidak dapat membina
ayat walaupun Tan Wen Zhen mahir dalam morfologi dan fonologi. Apa yang
mereka kuasai ialah kosa kata dan pembacaan teks. Apabila saya memberi
kertas kajian kepada mereka untuk melengkapkan ayat, mereka tidak dapat
menjawab dan hanya dapat bergantung kepada guru untuk membina kepada
mereka. Namun begitu, mereka dapat membina ayat dengan menggunakan
bahasa ibunda mereka. Hal ini berlaku kerana mereka kurang menggunakan
bahasa melayu dalam pertuturan. Di objektif ini, kami juga dapat melihat
bahawa terdapat persamaan di antara mereka iaitu mereka tidak dapat
membina ayat diri sendiri.

22
3.2 Cadangan

Kebanyakkan pengidap autisme adalah “visual thinkers”.


Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran
mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka.
Gambar-gambar adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua
mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka
pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan
tersebut. Untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru
seharusnya mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri. Adalah lebih
baik juga sekiranya guru menunjukkan perkataan kad imbas “duduk” semasa
duduk dan “berdiri” semasa berdiri.

Selain itu, mudahkan arahan. Kanak-kanak autisme memiliki masalah


dalam mengingat semula satu-satu arahan yang panjang. Sekiranya kanak
-kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas.
Kanak-kanak autisme juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana
mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.

Pengajaran pendekatan yang visual. Gunakan pendekatan visual yang


konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya
set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.

Kebanyakkan kanak-kanak autisma memiliki tulisan tangan yang


sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal
tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah
sukar. Dan ini mengakibatkan kanak-kanak tersebut rasa kecewa. Untuk
mengurangkan kekecewaan itu, bantu mereka rasa seronok menulis dan
biarkan mereka menaip di komputer. Itulah yang lebih mudah dan zaman
sekarang sudah berubah.

23
24

Anda mungkin juga menyukai