Anda di halaman 1dari 58

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme

( KBD 4033)

1.0

PENGENALAN .

Bahasa dan pertuturan adalah yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi.


Komunikasi memerlukan sebaran maklumat yang bermakna (encoding) dan
memahami

maklumat yang

diterima

(deconding).

Komunikasi

selalunya

melibatkan penghantar dan penerima maklumat tetapi ini bukanlah bermakna


ianya sentiasa melibatkan bahasa. Contohnya binatang ia berkomunikasi
melalui pergerakan dan bunyi tetapi komunikasi ini tidaklah menggambarkan
penggunaan bahasa sebenar ( Hallanan dan Kauffman, 1988 )

Bahasa adalah komunikasi idea-idea melalui emant-emant yang arbitari


yang digunakan mengikut syarat-syarat tertentu untuk menyatakan sesuatu
maksud. Keperluan untuk berkomunikasi yakni untuk bertukar-tukar maksud
memerlukan interaksi sosial. Inilah yang menentukan perkembangan bahasa
seseorang.

Penggunaan bahasa dengan baik adalah satu kekurangan bagi kanakkanak autistik. Bahasa adalah komunikasi idea-idea melalui sistem simbol yang
arbitrary yang digunakan mengikut syarat-syarat tertentu untuk menyatakan
sesuatu maksud. Tajuk perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak
yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas. Mereka juga mempunyai
masalah dalam gestur, penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan
dalam bahasa juga menjadi penyebab masalah sosial dan perkembangan
kognitif. Ini kerana bahasa merupakan alat yang digunakan untuk tujuan
berkomunikasi.

-1-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Perkembangan bahasa kanak-kanak akan lebih pesat lagi apabila umur


mereka menjangkau dua tahun. Ungkapan yang mengandungi satu patah
perkataan akan bertambah kepada dua perkataan. Perkembangan yang lazim
menunjukkan serentak dengan pemerolehan dan penyuburan perbendaharaan
kata kanak-kanak mengkonsepsikan nahu dan berupaya bertutur dengan ayatayat

gramatis

walaupun

ibu

bapa

tidak

membetulkan

penggunaan

perbendaharaan kata secara sedar.


Sesungguhnya perkembangan bahasa lebih merupakan pemerolehan
hukum-hukum yang amat abstrak berkaitan dengan bahasa seperti hukum
nahu dan secara keseluruhannya kanakkanak memperoleh keupayaan
menggunakan bahasa sebagai sistem hukum. Hukum fonetik mengendalikan
emant bunyi bahasa semantik melibatkan makna perkaitan menjadi ayat.
Kanak-kanak menyedari dan dapat melaksanakan ujaran menurut tuntutan
hukum-hukum itu secara lisan.

1.1 SEJARAH AUTISME


Autisme ditemui pada tahun 1943, apabila Leo Kanner mengeluarkan kenyataan
11 orang kanak-kanak yang menghidapi Psychotic Illness. Pesakit ini didapati
tidak dapat menghadapi situasi normal.
Perkembangan bahasa mereka juga lewat berbanding kanak-kanak
normal. Ibu bapa pesakit ini melaporkan bahawa semasa bayi lagi anak mereka
lambat menunjukkan reaksi terhadap sesuatu perkara (Kanner, 1943). Kanner
menamakan tindak balas ini sebagai Early Infantile Autism.

-2-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

1.2 DEFINISI AUTISME


Autisme merupakan sindrom kecelaruan perkembangan sosial. Ia terjadi pada
nisbah 1:500 kelahiran (Centers for Diesease Control and Prevention, 2001).
Kajian menunjukkan 70% hingga 90% kanak-kanak autisme mengalami
kerencatan akal (Autism Society of Amerika, 1999; Ratey et.al,. 2000).
Menurut Micheal 1990 menyatakan autisme berasal daripada perkataan
Yunani iaitu autos yang bermakna diri atau seseorang yang merujuk kepada
ketidakupayaan

seseorang

kanak-kanak

memahami

perkara-perkara

di

sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga membawa maksud


keadaan

tertentu

yang

meyebabkan

kanak-kanak

menuju

ke

arah

perkembangan yang tidak menentu. Manakala Kanner pula menyifatkan kanakkanak ini sebagai menyendiri dan terasing, berupaya untuk berkomunikasi
dengan pengulangan pertuturan, tertarik dengan objek bukan hidup serta tidak
dapat bertolak ansur dalam perubahan rutin harian.
Autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri,
tingkah laku, mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan
kelihatan berumur 30 bulan ( Hallahan dan Kauffman, 1997). Kesimpulan yang
boleh dibuat daripada definisi di atas ialah autisme boleh dikatakan sebagai
ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah
perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan
tetap wujud pada mereka. Autisme boleh wujud sehingga akhir hayat walaupun
perubahan tingkah laku yang positif boleh berlaku.

-3-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

1.4 SIMPTOM-SIMPTOM AUTISME


Tanda-tanda seseorang individu autisme dapat dikesan sebelum individu itu
berumur 30 bulan, dan perkembangannya sedikit terencat daripada bayi lagi.
Contohnya, kanak-kanak ini sudah menunjukkan perlakuan seperti duduk,
merangkak dan bergerak tetapi tidak mempunyai bahasa. Kadangkala, langsung
tidak mempunyai bahasa atau perkembangan bahasa sangat lewat. Walaupun
mereka mempunyai banyak perbendaharaan kata namun mereka tidak dapat
mengeluarkan dan menggunakannya seperti orang normal, misalnya berbual
tentang sesuatu topik terutamanya yang berkaitan dengan idea abstrak atau
perasaan (Romanczyk, Lockshin, & Navalta, 1994).
Selain itu, karakter yang ketara ialah individu autisme ini menunjukkan
respon yang berbeza kepada orang, benda, dan sensori (rujuk jadual Karakter
Autisme).

Stimuli
Objek

Manusia

Sensasi

Tindak balas
Memutar dan memusingkan objek dalam jangka masa yang lama

Tertarik kepada sesuatu objek, secara luar biasa berbanding orang

normal
Tidak ada eye contact

Tidak suka disentuh

Suka membahayakan/mencederakan diri


Suka menghidu/cium objek atau orang

Sensitif dengan sentuhan semasa cedera atau sakit

Mudah tertarik dengan warna atau cahaya

-4-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Sumber: Diadaptasi daripada L. Wing (1993), Children Apart: Children with


Autism and Their Families. Bethesda, MD: Autism Society of America.
Individu ini juga mempunyai minat ekstrem iaitu mereka mungkin terlalu
obses dengan sesuatu benda, atau mannerism iaitu suka menggoyangkan
badan dan menepuk tangan dengan berterusan (Ratey et al,. 2000).
Sesetengah pula terlibat dengan tingkah laku agresif yang boleh
mencederakan diri sendiri. Individu autisme juga mengalami masalah perhatian
(Tsai, 1993).

1.5 KAITAN AUTISME DAN PENYAKIT LAIN


Autisme ditemui pada tahun 1943, apabila Leo Kanner mengeluarkan
kenyataan 11 orang kanak-kanak yang menghidapi Psychotic Illness. Pesakit
ini didapati tidak dapat menghadapi situasi normal. Perkembangan bahasa
mereka juga lewat berbanding kanak-kanak normal. Ibu bapa pesakit ini
melaporkan bahawa semasa bayi lagi anak mereka lambat menunjukkan reaksi
terhadap sesuatu perkara (Kanner, 1943). Kanner menamakan tindak balas ini
sebagai Early Infantile Autism.
Pengkaji lain pula menyatakan bahawa individu autisme tergolong dalam
schizophrenia

(Bettelheim,

1967;

Creak,

1961;

Mahler,

1965).

Walau

bagaimanapun, sekarang ini autisme dikelaskan dalam DSM-IV kategori PDD


(Pervasive Developmental Disorder).
Karakter autisme juga terjadi pada pesakit sindrom Asperger, khususnya
dalam kecelaruan interaksi sosial dan pengulangan tingkah laku atau tingkah
laku stereotaip. Pengkaji Barat (Pennington, 1991) percaya bahawa sindrom
Asperger tergolong dalam pertengahan autisme (mild autism) kerana sindrom
-5-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Asperger tidak mengalami bahasa atau fungsi kognitif, tetapi menunjukkan


karakter autistik yang sama dengan individu autisme.
2.0

CIRI-CIRI MASALAH AUTISME.

Sukar untuk menerangkan setiap jenis individu autisme kerana terdapat banyak
bentuk kecelaruan seperti adanya yang antisosial atau yang boleh bersosial,
agresif terhadap diri sendiri ataupun orang lain, sebahagiannya mempunyai
sedikit atau tiada bahasa langsung, ada yang mengulang-ulang perkataan atau
frasa dan sebahagian yang lain mempunyai kemahiran bahasa seperti individu
normal ( Edelson, 1999 ).
Bayi yang dilahirkan sebagai autisme ada menunjukkan simpton-simpton
yang mungkin ibu bapa atau penjaga tidak perasan. Dua simpton biasa yang
ditunjukkan termasuklah menggelakkan sentuhan fizikal daripada penjaga
dengan

melengkungkan

badan

ke

belakang

agar

tidak

disentuh

dan

melembikkan badan jika menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering
dianggap sama ada sebagai pasif atau Ovely agitated baby. Bayi yang pasif
merujuk kepada tingkah laku mereka yang diam pada kebanyakan masa dan
kurang memerlukan prihatin atau membuat karenah daripada ibu bapa.
Manakala bayi Ovely agitated baby merujuk kepada bayi yang kadangkadang menangis tanpa henti sepanjang masa dan berjaga. Semasa bayi jaga,
mereka mula berayun atau menghantukkan kepala ke katil bayi namun perkara
ini tidak berlaku sepanjang masa ( Edelson,1999 ).
Artikel yang dikeluarkan oleh Maktab Perguruan Melayu Melaka, hasil
penulisan Dr. Yasmin bt Hussain mengatakan ciri-ciri kanak-kanak ini ialah
perlakuan yang bongkak, ketawa dengan tiba-tiba, perkataan yang diulang
berkali-kali dan gagap, tidak mengenali bahaya, tidak merasai kesakitan,
menangis dan marah tanpa sebab, permainan yang luar biasa, tidak mahu
-6-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

didakap, tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain, berkelakuan


seperti orang pekak, tiada perhubungan mata bila bercakap, memutar barang,
tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal, tingkah laku aktif keterlaluan, tidak
mahu terima pelajaran biasa, mengigit kuku, hisap jari, mencederakan diri, takut,
cemburu berlebihan dan terlalu sayang pada barang atau objek.

3.0

PUNCA-PUNCA MASALAH BAHASA AUTISME

Seperti diketahui umum, Autisme mempunyai masalah dalam bahasa seharian


mereka. Namun sehingga kini, punca bagi masalah bahasa ini sukar
dikenalpasti. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor penyebab yang
boleh disebabkan sebagai punca masalah bahasa bagi Autisme ini. Antaranya
ialah:
Kesilapan dalam gen
-

Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi dan Roberts (1998) terdapat


kesilapan genetik dalam otak di mana pendapat mengatakan
bahawa

Autisme

disebabkan

kesilapan

dalam

gen

yang

menyebabkan perubahan dalam otak seperti Sindrom Down namun


tiada sebab untuk menjangkakan bahawa perubahan satu gen
boleh

menyebabkan

kecelaruan

yang

kompleks

dalam

pembentukan otak dan fungsinya. Jika ia disebabkan oleh faktor


keturunan,

terdapat

kemungkinan

beberapa

gen

yang

bertanggungjawab. Gen tertentu yang tidak normal dikaitkan


dengan kimia serotonim di otak mempunyai peranan dalam
menyusun emosi dalam komunikasi dalam pembelajaran dalam
kanak-kanak autistik.
Kecacatan atau kekurangan dalam deria

-7-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Kebanyakan

individu

autistik

mempunyai

kecacatan

atau

kekurangan di dalam satu atau lebih deria mereka iaitu deria


auditori. Deria ini boleh menjadi hypersensitif atau boleh menjadi
hyposensitif dan boleh menyebabkan seseorang mengalami
gangguan seperti tinnitus (bunyi bendasing dalam telinga).
Keadaan ini meyebabkan sukar bagi seseorang autistic untuk
memproses maklumat dengan lebih tepat (Reed 1994). Oleh itu,
ramai

yang

keliru

dan

menyangka

autistik

adalah

cacat

pendengaran tetapi sebenarnya autisme tidak memberi respon


kepada sebarang bunyi.
Disebabkan Sindrom Fragik
-

tidak merupakan satu bentuk mental reterdasi long aim di mana


pada kromosom tidak terjerut. Ini menyebabkan mereka mengalami
pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat dan gemar
menggunakan bahasa dengan mengibarkan tangan.

Disebabkan Sindrom Landou-Kleffner


-

biasanya mempunyai kemahiran bahasa yang baik tetapi kemudian


hilang keupayaan untuk bercakap.

Disebabkan Sindrom Rett


-

jarang berlaku biasanya terjadi pada kanak-kanak perempuan


autistik. Ia terjadi dalam usia 6 hingga 18 bulan. Misalnya kalau
sedang bercakap,

tiba-tiba berhenti; dia tidak boleh mengawal

kakinya dan dia mula memulas tangannya. Walau bagaimanapun


ia boleh dirawat dengan bantuan terapi pertuturan, terapi
pekerjaan dan terapi fizikal.
Kemunduran perkembangan bahasa dan bicara

-8-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

tidak diketahui penyebabnya dengan atau tanpa epilepsi saat tidur


dan gangguan nosologi yang tidak diketahui puncanya.

Pengaruh Virus yang dihadapi oleh ibu hamil


- Semasa ibu hamil seperti rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak
berzat,

pendarahan,

keracunan

makanan

juga

mempengaruhi

pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang
dikandung terganggu terutama fungsu

pemahaman, komunikasi dan

imteraksi.
4.1 PUNCA- PUNCA LAIN YANG MENYEBABKAN MASALAH BAHASA

1. Lembam yang akan menyebabkan kanak-kanak tidak berupaya untuk


belajar dengan kawan-kawan rakan sebaya yang mempuyai kecerdasan
yang normal.
2. Kekurangan motivasi kerana kanak-kanak tidak dianggap dapat
berbahasa dengan sempurna secara semula jadi dengan orang di
sekelilingnya.
3. Galakan daripada ibu bapa yang menggalakan anak-anak berbahasa
dengan bahasa kanak-kanak iaitu penggunaan bahasa yang tidak
mempunyai struktur ayat yang tidak sempurna, pilihan kata atau susunan
ayat yang tidak lengkap atau sebutan yang sukar difahami. Contohnya,
adik nak makan nasyi iaitu yang bermaksud adik nak makan nasi. Ini
kerana mereka menganggap bahasa kanak-kanak ialah sesuatu yang
boleh dijadikan jenaka dan menyeronokan.
4. Gagal untuk merangsang kanak-kanak untuk berbahasa.

-9-

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

5.

Afasia ia digunakan untuk menerangkan tentang individu yang tidak


mempunyai pertuturan dan bahasa akibat dari kecederaan otak atau
keadaan semasa lahir. Ia terbahagi kepada tiga:
1. Kanak-kanak yang tidak dapat meluahkan idea melalui
perkataan.
2. Kanak-kanak yang gagal untuk memahami simbol dan bahasa.
3. Kanak-kanak yang tidak berupaya menggunakan simbol atau
perkataan kerana masalah kelupaan.

4.2 TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK AUSTISME

USIA

PERKEMBANGAN

0 6 minggu

- menangis

6 minggu 4 bulan

- menyebut vokalisasi ( cth: ah,uh)

4 8 bulan

- babbling (cth: aaa, tatatata)


-turut tiru percakapan ibunya
-juga sebut papa,mama

8 - 12 bulan

-social babbling (tiru di sekelilingnya)


-pada waktu ini wujud ekolalia

- 10 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

12 15 bulan

-mula ungkap 1 perkataan (cth: mobil)


-tak pandai sangkal perkataan tetapi pandai gelengkan
kepala

15 bulan 2 tahun

-mula gunakan 2 perkataan


-sudah pandai tanya dengan itonasi
-sudah pandai sangkal perkataan
-banyak kata masih terputus (cth: minum jadi inum

2 3 tahun

-mula gunakan banyak perkataan


-lazimnya kata benda

3 4 tahun

-mula faham banyak hal dan banyak bercerita


-boleh bertutur pelbagai huruf kecuali s/r/l
-tetapi masih mengulangi perkataan yang sama

4 6 tahun

-semakin baik dalam pertuturan s/r


-ayat juga semakin baik
-mula sampaikan pemikiran dan abstraknya

- 11 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

5.0

CIRI-CIRI MASALAH BAHASA KANAK AUTISME.

Permasalahan dalam bahasa juga menjadi penyebab masalah sosial dan


perkembangan kognitif kanak autisme. Namun demikian, bahasa yang
digunakan oleh kanak-kanak autistisme biasanya tidak sesuai dengan peringkat
umur mereka dan bergantung kepada latihan berbahasa sepanjang proses
membesar yang diberi dimana masalah bahasa adalah masalah kedua
berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu, masalah bahasa boleh menjadi
lebih baik seandainya perkembangan lain berlaku.
Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan kurang upaya tertentu dalam
tahap segmental phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada
kebiasaannya pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak
lain walaupun tidak seperti orang dewasa. Penyebutan yang tiada masalah
sintaksis menunjukkan keseimbangan struktur di mana keupayaan ini
merupakan perbezaan. Linguistik utama yang membezakan kanak-kanak
autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yang lain seperti mental
retardasi, pekak dan lain-lain.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan emosi seperti masalah autisme
mempunyai masalah bahasa atau pertuturan sewaktu kanak-kanak tersebut
berkomunikasi dengan kanak-kanak yang lain. Masalah bahasa tersebut sering
timbul apabila kanak-kanak autisme ini berinteraksi bersama rakan mereka. Ini
- 12 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

akan membataskan pergaulan dan perhubungan kanak-kanak autisme terhadap


rakan mereka. Terdapat beberapa simtom yang dikenalpasti dalam masalah
bahasa kanak-kanak autisme antaranya ialah: -

5.1

Bahasa yang tidak difahami

Kanak-kanak autisme mempunyai masalah ketika hendak berkomunikasi


bersama rakannya. Mereka kurang berkemampuan untuk berkomunikasi antara
satu sama lain dan terbatas ketika mereka hendak berkomunikasi bersama
rakan mereka. Kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah bahasa dan
bertutur, tidak kira jenis ringan ataupun berat. Walaupun mereka boleh bercakap,
percakapannya tidak boleh digunakan untuk berkomunikasi (percakapannya
tiada erti atau tidak sesuai dengan keadaan).
Masalah bahasa dan komunikasi kanak autisme ialah bahasa yang
digunakan sukar difahami. Bahasa yang digunakan juga tidak kreatif dan sukar
menjawab soalan daripada orang lain. Contohnya jika ditanya "sudah makan
?" , dia menjawab "sudah makan apa. Jawapan yang diberikan tidak
menggunakan bahasa yang betul dan ayat yang tidak tepat. Keadaan ini berlaku
kerana kanak autisme tersebut tidak memahami apa yang dituturkan oleh orang
normal.

5.2

Tabiat Meniru Perbualan Orang Lain (echolalia)

Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.


Diantaranya ialah Ekolalia yang merupakan ciri yang paling menonjol iaitu
- 13 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

kekerapan di mana mereka mengulang-ulang apa yang diucapkan kepada


mereka. Ekolalia ini berlaku apabila kanak-kanak autisme mengulangi niat untuk
berkomunikasi dan berlaku secara automatik atau secara spontan. Ekolalia boleh
dibezakan namun ia sukar untuk dinilai. Terdapat tiga jenis ekolalia yang
dikenalpasti digunakan oleh kanak autisme antaranya ialah:

i. Immediate Ekolalia - Pengulangan yang tepat dan serta merta apabila


perkataan disebut.
-Contoh ayat: nama awak siapa? Kanak autisme menjawab nama
awak siapa?.
ii. Delayed Ekolalia Diucapkan agak lama selepas perkataan asal
disebut.
-Contoh ayat: makan nasi ayam kanak autisme akan menjawab
perkataan makan nasi ayam. Tetapi kanak autisme akan menjawab
setiap perkataan yang diulang dalam jangka masa yang lama.
iii. Mitigated ekolalia- Pengulangan yang segera tetapi mengandungi
perubahan kepada apa yang dipertuturkan .
-Contoh ayat: "pergi sekolah naik apa? Kanak autisme akan menjawab
pergi sekolah naik apa sayang cikgu. Jawapan yang diberikan
mengandungi perubahan sedikit pada struktur ayat yang diulang.
Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan
ekolalia namun ia ketara kepada kanak-kanak autistime kerana kekerapan yang
tinggi, ekolalia terjadi dalam jangka masa yang lama sehingga agak dewasa dan
pada kanak-kanak autisme ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang
mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk
membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata. Ekolalia timbul kerana
- 14 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

kanak-kanak autistime kurang mempunyai daya kefahaman menjadi punca


utama ekolalia. Ini kerana apabila daya kefahaman telah mulai ada, kekerapan
dalam pengulangan akan menurun.
Echolalia didefinisikan sebagai satu perbuatan peniruan dari segi katakata yang diujarkan. Menurut Kamus Dewan, edisi 3 1036, echolalia
dimaksudkan sebagai perbuatan peniruan perkataan. Tabiat meniru percakapan
orang lain telah dilakukan oleh kanak-kanak bermasalah autisme. Kanak-kanak
terlibat boleh meniru bunyi percakapan orang lain tetapi masih tidak faham akan
perbualan ataupun pertuturannya. Mereka pandai meniru apa yang dicakapkan
oleh orang lain bercakap dan lebih suka bercakap seorang diri. Kanak-kanak
autisme kebiasaannya akan becakap seorang diri dan melayan perasaannya
secara seorang diri.
5.3

Sukar Membezakan Antara Perkataan " Saya, Kami dan Kamu"

Sebilangan kecil kanak-kanak autisme ada yang faham bahasa yang


diujarkan oleh orang normal tetapi jumlah kanak-kanak yang faham bahasa
orang normal terlalu sedikit. Kebanyakan kanak-kanak autisme sukar untuk
memahami perkataan atau bahasa yang diujarkan oleh orang normal. Di
samping itu, kanak-kanak autisme tidak boleh membezakan antara perkataan
seperti " saya" dan "kami". Sebaliknya dia memanggil dirinya sebagai kamu.

5.4

Gagal Menghubungkaitkan Bahasa Yang Digunakan Terhadap

Persekitaran
Kebiasaannya kanak-kanak autisme akan berkomunikasi menggunakan
bahasa yang gagal dihubungkaitkan dengan persekitarannya. Ini kerana mereka
tidak faham bahasa yang diujarkan dan mereka berada di dunianya sendiri.
Apabila sesi perbincangan mengenai alam sekeliling, kanak-kanak autisme akan
- 15 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

gagal menjawab soalan yang berkaitan dengan persekitaran. Bahasa yang


digunakan

oleh

kanak-kanak

autisme

tiada

maknanya

dan

gagal

menghubungkaitkan dengan dunia persekitaran.


Kebanyakan kanak-kanak ini mempunyai taraf penyesuaian yang rendah
kepada perubahan keadaan sekelilingnya. Contohnya apabila berkomunikasi
dengan kanak-kanak autisme berkaitan dunia persekitarannya:
- Hari ini hari ape? Pergi ke sekolah naik ape?. Kanak tersebut gagal untuk
menjawab persoalan yang diajukan kepadanya.

5.5

Mengulangi Perkataan Berkali-Kali

Perkataan yang diujarkan pada setiap hari selalunya perkataan yang sama dan
kadang-kadang tidak difahami oleh golongan manusia normal. Ini kerana kanakkanak autisme amat gemar menyebut sesuatu perkataan secara berulangkali
dengan menggunakan bahasa yang kurang difahami oleh golongan manusia
normal. Ini menyebabkan perkataan yang disebut suka diulang-ulang secara
berulangkali dan menjadi rutin harian sewaktu menyebut perkataan tersebut. Jika
perbuatan ini disekat atau ditentang kemungkinan kanak-kanak ini akan
memberontak dan marah atau menjerit secara tiba-tiba. Contohnya : pada setiap
hari kanak-kanak autisme akan menyebut perkataan yang disukai tanpa tahu
apa maksud yang disebutkan itu.
Contohnya apabila kanak-kanak autisme ini suka menyebut perkataan
"bola" secara berulangkali, maka dalam sehari kanak-kanak ini akan menyebut
berulangkali kali menggunakan perkataan yang sama. Amir suka main bola.
Suka bola. Beli bola di kedai Pak Mat.

5.6

Bercakap Tidak Putus-Putus Mengenai Sesuatu Tajuk


- 16 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Perbincangan mengenai satu tajuk menjadi lebih tidak difahami bahasanya


dan struktur ayatnya. Ini kerana percakapan yang diujarkan atau yang diluahkan
tidak berhenti-henti tanpa ada susunan ayat yang baik dan kosa kata yang betul.
Jika kanak-kanak autisme membincangkan mengenai sesuatu tajuk, kanak
tersebut tidak putus-putus bercakap sesuatu tajuk itu tanpa mengerti erti penat
dan jemu. Perbuatan yang dilakukan adalah tanpa disedari oleh kanak-kanak
autisme. Perbuatan ini menjadi satu rutin harian mereka.

5.7

Perbualan Spontan Jarang Diterima

Perbualan dan bahasa kanak-kanak autisme sukar untuk difahami. Ini kerana
perbualan yang telah dijalankan oleh kanak-kanak autisme tiada tindakbalas
yang baik dan perbualan yang dilakukan tidak dapat diterima secara spontan.
Mereka tidak boleh menjawab dan menerima idea yang telah diberikan kepada
mereka. Oleh itu, proses interaksi yang dijalankan tidak berkesan kerana
halangan komunikasi tersebut. Apa yang boleh dilakukan sebagai golongan yang
normal ialah merawatnya melalui terapi pertuturan, merangsangkan interaksi
sosial dan mengajarkan mereka cara-cara berkomunikasi dengan baik.

5.8

Tidak Sepenuhnya Memperolehi Bahasa Yang Berfungsi /


Bermakna .

Menurut Hasnah Udin, 1992 kanak-kanak autisme gagal memprolehi bahasa


yang bermakna kerana sistem bahasa yang digunakan tidak difahami dan sukar
untuk diterjemahkan. Bahasa yang digunakan amat sukar untuk digunakan oleh
golongan orang normal. Tahap IQ nya amat rendah sehingga kanak-kanak ini
tidak dapat membina perkataan dan struktur ayat yang baik dan bermakna. Oleh
itu,pihak kedua yang mendengar proses perbualan yang diujarkan tidak dapat
- 17 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

difahami. Oleh itu, kanak-kanak autisme tidak dapat sepenuhnya memprolehi


kadar bahasa yang berfungsi dan bermakna. Pemikiran kanak-kanak autisme
sangat mundur dan berbeza pada tahap pemikiran kanak-kanak yang normal.

5.9

Masalah Dalam Menggunakan Kata Ganti Nama

Masalah kata ganti nama dalam kajian yang dijalankan di luar negara ,kekeliruan
kerap timbul dalam pertuturan kanak-kanak autistime ketika penggunaan kata
ganti nama. Kebanyakan kesilapan timbul kerana kekeliruan jantina seperti she
atau he atau penggantian seperti him untuk he. Ini juga sering berlaku kepada
kanakkanak pada peringkat awal perkembangan mereka dan kanak-kanak lain
yang memunyai masalah bahasa .Masalah yang jelas kepada kanak-kanak
autisme adalah kepada kata ganti nama pertama dan kedua seperti you untuk
dirinya dan I untuk orang lain .Ini adalah kerana :
a)

Kanak-kanak

yang

mempunyai

masalah

untuk

memahami

dan

menggunakan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi


seperti I ,you dan me yang berubah penggunaannya menyebabkan kanakkanak sukar untuk memahami makna perkataan tersebut.
b)

Masalah kata ganti nama wujud kerana mereka tidak dapat membezakan

apa yang mereka fikirkan dan apa yang orang lain fahami dan kanak-kanak
autistic juga tidak menumpukan perhatian untuk melihat penggunaan kata ganti
nama yang digunakan oleh orang secara biasa. Pendedahan kepada
penggunaan kata ganti nama sebagai program Intervensi bahasa boleh
membantu:

i)

Bahasa Idiosinkratik
- 18 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Ada di antara kanak-kanak autistic menggunakan bahasa tersendiri sebagai


komponen perantaraan. Bahasa yang dihasilkan sukar untuk difahami dan
semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantic yang
ganjil

dan

kekurangan

dalam

fahaman.

Kanak-kanak

ini

mempunyai

kecenderungan untuk mengingati perkataan atau frasa dalam konteks di mana


mereka

mula-mula

belajar,

tanpa

dapat

membuat

generalisasi

untuk

menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama seperti kasut yang
sama dipakai oleh orang lain atau pada perkataan biasa digunakan dengan
perkataan baru di mana terdapat kombinasi morfem yang salah.
Walaupun terdapat kanak-kanak autistic yang menggunakan bahasa yang
tersendiri dan pelbagai dalam kekerapannya namun ia dapat dilihat dalam satusatu masa dan tiada dalam perbualan yang lain. Kanak-kanak lain pula
mengulang perkataan-perkataan yang sama atau frasa dalam konteks yang tidak
menunjukkan makna yang tepat sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh
Coggins dan Fredeckson (1988) ke atas seorang kanak-kanak autistic yang
kerap mengulang-ulang perkataan boleh saya cakap yang mana ia ditujukan
kepada rakan perbualan dan topic baru yang dimulakan oleh individu dewasa

ii)

Nonscgmental phondogy

Kanak-kanak autistic biasanya menunjukkan kekurangan dalam menghasilkan


pertuturan yang nonssgmental yang juga disebut prosody atau bentuk-bentuk
sajak dan puisi, namun bentuk ini bereza antara satu sama lain dan mereka
kerap menunjukkan perbezaan yang berikut:
a.Rithma yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan
secara berlebihan .
b. Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian.
c. Nada suara yang terhad.
- 19 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

d. Pengeluaran vocal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa.


e.Nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan
secara lisan
Kanak-kanak autistic tidak dapat menunjukkan perbezaan dalam intonasi yang
digunakan dalam perbualan biasa.

5.10 Komunikasi Tidak Normal


Ramai

kanak-kanak

autistik

gagal

memggunakan

pertuturan

untuk

menyampaikan maksud keoada orang lain. Seperkara lagi, seolah-olah tiada


banyak perasaan atau interaksi sosial dalam penggunaan bahasa mereka.
Meraka juga sering mengulangi ungkapan-ungkapan yang mereka telah dengar
dalam cara literal.

6.0

CARA PEMULIHAN BAHASA KANAK-KANAK AUTISME


Bahasa kanak-kanak autisme adalah terhad berikutan kecelaruan

perkembangan otak yang menyebabkan populasi ini kurang mahir dalam


beberapa aspek bahasa. Kecelaruan bahasa yang merupakan perkara yang
kompleks dan memerlukan penaksiran lanjut.
Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai komunikasi dipermudahkan
dengan pelbagai alat yang mempunyai input menggunakan papan kekunci dan
memberi hasil yang boleh dibaca, seperti menggunakan komputer atau mesin
taip elektrik. Banyak masalah yang dilihat dalam bahasa pertuturan seperti
kekeliruan ganti nama dan ekolalia tidak ditunjukkan dalam bahasa yang mereka
taip di papan kekunci. Terdapat juga laporan yang menjelaskan tentang bahan
semantik dan kefahaman dalam komunikasi. Individu dengan keupayaan
- 20 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

minimum untuk berinteraksi secara verbal telah mendedahkan bahawa mereka


dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam bilangan perbendaharaan
kata yang diharapkan, tumpuan perhatian yang lebih baik, bentuk lawak,
kesedaran dan bertanggungjawab terhadap rakan perbualannya. Kajian
mendapati tajuk perbualan bertambah dari apa yang timbul dalam perbualan
secara pertuturan. Namun, belum pasti bentuk komunikasi begini sesuai untuk
semua kanak-kanak autistik. Antaranya elemen dalam bentuk komunikasi ini
adalah sokongan fizikal, latihan awal, pengekalan fokus, elakkan ujian untuk
kecekapan dan tugasan yang berstruktur. Semakin lama jumlah sokongan
daripada segi bantuan fizikal dikurangkan sehinggalah ke tahap tanpa bantuan.
Latihan komunikasi ini tidak terhad kepada mereka yang mempunyai
bahasa pertuturan sahaja. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak autistik
menunjukkan sikap seperti menghadapi kerencatan akal dan ciri-ciri autisme
yang unik dalam sosial dan komunikasi. Sistem pendengaran kanak-kanak ini
juga berbeza dengan kanak-kanak normal yang boleh menyebabkan masalah
dalam komunikasi secara lisan tetapi dapat memberi rasional untuk mengajar
bahasa melalui visual atau rangsangan sentuhan kinestetik.
Pendekatan yang seterusnya ialah penggunaan isyarat dan pertuturan.
Pendekatan ini dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada
peringkat awal pembelajaran kanak-kanak ini. Oleh kerana kanak-kanak autistik
lemah dalam peniruan pertuturan, kaedah mengajar yang paling baik adalah
dengan kaedah peniruan secara verbal supaya dapat mengeluarkan pertuturan
dengan bantuan rangsangan secara visual. Tetapi pendekatan ini hendaklah
diselaras dan disesuaikan dengan tahap kebolehan kanak-kanak ini kerana tidak
semua kanak-kanak autisme dapat menerima pendekatan ini.
Oleh itu terdapat cara lain untuk mengatasi masalah bahasa semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada masalah bahasa dan
pertuturan, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan murid-murid akan
- 21 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

mengalami masalah ini. Justeru, pelbagai pendekatan dan pencegahan perlu


dilakukan bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah bahasa dan
pertuturan. Antaranya ialah:

Tempatkan murid hampir dengan guru

Guru perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan pengajaran

Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas

Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid

Murid digalakkan untuk bercakap

Jangan memaksa murid untuk menghafal

Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang


manakala murid banyak berinteraksi

Teknik pemusatan pembelajaran murid

Teknik peniruan

Teknik modelling

Latih tubi

Pendekatan mainan

Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar

Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan


perkataan yang betul dan mudah

Pengulangan bacaan

Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan

Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang
dan spontan

Guru

memainkan

peranan

penting

dalam

mencari

kaedah

bagi

mengurangkan masalah bahasa dan komunikasi di kalangan murid-murid


berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. Kaedah yang sesuai perlu
dipraktikkan bagi mewujudkan keberkesanan dalam terapi pertuturan di kalangan

- 22 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

murid-murid yang menghadapi masalah ini. Berikut adalah panduan atau


langkah untuk mengurangkan masalah bahasa bagi murid yang menghadapi
masalah:

(i) Artikulasi
Guru boleh mengajar murid-murid ini melalui latihan pendengaran, stimulasi
bunyi dan program pemulihan. Latihan secara individu memerlukan kerjasama
daripada ibu bapa supaya kanak-kanak mendapat latihan pertuturan sepenuh
perhatian dengan berterusan sama ada di sekolah ataupun di rumah. Latihan
secara kumpulan dilakukan oleh guru-guru untuk mengkaji tentang reaksi, minat
kanak-kanak dan jumlah perkataan yang digunakan untuk bertutur bersama
rakan sebaya.

Eisesson dan Olgilvie (1976) mencadangkan tiga langkah yang boleh


digunakan untuk memperbaiki masalah artikulasi iaitu:

Mengajar murid-murid mengenal masalah artikulasi yang dihadapinya dan


melatih untuk menyebut perkataan dengan betul.

Mengajar penyebutan perkataan secara berasingan suku kata dan dalam


bentuk perkataan.

Mengajar murid-murid menggunakan bunyi yang betul dalam pertuturan.

(ii) Masalah Suara


Masalah ini melibatkan sebutan yang luar biasa atau tiada kedengaran langsung
dari segi kualiti suara, nada, kelantangan dan gema. Beberapa faktor biological
dan nonbiological

adalah di antara punca-punca yang menyebabkan

- 23 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

seseorang itu menghadapi masalah suara. Terdapat beberapa kaedah yang


dapat dijalankan semasa terapi yang ada hubungan dengan masalah suara iaitu:

Manipulasi lidah

Biofeedback

Kelantangan suara ditukar

Chant Talk

Menggunakan kaedah mengunyah

Digital Manipulation

Latihan pendengaran

Menghapuskan penyalahgunaan suara

Hapuskan ketegangan di bahagian kerongkong

Wujudkan nada yang baru

Terangkan masalah yang dihadapi

Maklumbalas

Gunakan kaedah mengomor

Analisa mengikut hirarki

Mengeluarkan suara semasa menarik nafas

Masking

Gunakan kaedah membuka mulut

Gunakan infleksi nada

Cari suara yang sesuai

Gunakan kaedah menolak

Bertenang

Gunakan latihan pernafasan

Rehatkan suara

Gunakan kaedah menguap dan mengeluh

- 24 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Selain itu, kanak-kanak autisme juga turut memerlukan perhatian yang


khusus dan pembelajaran yang berbeza daripada kanak-kanak istimewa lain.
Mereka memerlukan pendidikan asas khas untuk membaca dan menulis. Kanakkanak autisma juga perlu diasuh untuk mengelolakan diri sendiri untuk masa
hadapan mereka.
Sekiranya kita mempunyai anak yang disahkan menghadapi autisma, kita
perlu memberi mereka sokongan dan bantuan untuk mendidik mereka menjadi
insan yang bermaruah dan berdikari. Kita boleh mendapatkan maklumat,
panduan, bantuan dan sokongan mengenai penjagaan kanak-kanak Autistik
daripada Persatuan Autistik Kebangsaan untuk membantu anak kita pulih.
Latihan vokasional merupakan salah satu lagi cara pemulihan autisma.
Dengan

latihan

vokasional

mereka

akan

diajar

untuk

berdikari

tanpa

mengharapkan pertolongan orang lain. Latihan ini perlu diberikan dan diajar oleh
guru-guru yang berpengalaman dan terlatih. Kanak-kanak autisma akan diajar
secara khusus oleh guru terlatih.
Selain itu, kita juga boleh mempratikkan teknik rawatan sendiri seperti
terapi memegang di mana kita boleh memegang anak walaupun dia menangis
meronta dan menendang. Anak ini akan diam apabila kepenatan tetapi hasil
yang akan kita perolehi adalah tindakbalas kelembutan dan kasih sayang
daripada anak kita sendiri.
Cara pemulihan yang seterusnya ialah melakukan rawatan dan latihan
berperingkat di mana sesuai dengan target pemulihan yang hendak dicapai.
Contohnya, apabila kaki atau tangan tidak normal, rawatan dan latihan akan
dilakukan terhadap mereka untuk meningkatkan kemampuan menggerakkan
kaki dan tangan sewajar dan senormal mungkin. Rawatan dan pemulihan ini
tertumpu pada otot yang mengalami kekakuan (spastic) atau pada otot yang
sangat lemas (hypotonic), atau pada otot yang gerakannya tidak terkendali
(athetoid).
- 25 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Cara pemulihan yang lain ialah Rehabilitasi Fungsional. Program latihan


ini menumpukan pada ketrampilan bermain olah raga, seni menari atau
menyanyi dan ketrampilan bersosialisasi atau interaksi dalam komuniti. Tujuan
program ini adalah untuk memberi latihan dari aspek emosi dan peningkatan
kecerdasan kanak-kanak secara padu dalam kelompok bermain.
Bagi memantapkan lagi pemulihan di kalangan kanak-kanak autisma,
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah melatih lebih ramai guru pemulihan
dalam usaha memantapkan lagi program pemulihan khas murid sekolah rendah.
Melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ini, ramai guru boleh dilatih untuk
mengikuti pelbagai program pemulihan, terutama untuk mengajar murid gagal
menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).

6.1

Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer atau CAI (Computer-

Assissted Instruction)
Kebanyakan

kanak-kanak

autisme

yang

menggunakan

komputer

akan

memberikan respon yang tidak disangka. Ini merupakan eneguhan kepada


tingkah laku yang mereka tunjukkan. Sebagai aktiviti tambahan, pengajaran
berbantukan komputer merupakan langkah yang baik untuk mendedahkan
kanak-kanak autisme kepada interaksi sosial (peneguhan) untuk mendapatkan
konsep yang mana kanak-kanak ini tidak dapat semasa pengajaran di dalam
kelas. Aktiviti ini juga lebih kepada latihan dan amali. Semasa aktiviti
pembelajaran berbantukan komputer ini, kanak-kanak autisme yang terlibat akan
mencari dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru secara langsung.
Menggunakan komputer di sekolah sama seperti menonton video di
rumah. Ia memerlukan perhatian dan bimbingan daripada orang yang lebih

- 26 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

dewasa daripada kanak-kanak tersebut supaya pengurusan masa lebih teratur


dan menggelakkan penyalahgunaan komputer.
Walaubagaimanapun, pembelajaran berbantukan komputer kurang sesuai
dalam pengajaran bahasa. Ini disebabkan penggunaan komputer dalam mata
pelajaran bahasa akan mengubah maksud sebenar sesuatu perkataan itu. Hal ini
boleh menyebabkan kanak-kanak autisme tidak dapat menggunakan bahasa
dengan betul ataupun menggunakannya dalam pelbagai konteks. Bagi
mengatasi masalah ini, peranan guru adalah sangat penting untuk memantau
pergerakan murid autisme sebelum mereka mengambil bahagian dalam
pengajaran bahasa berbantukan komputer. Perkataan atau bahasa yang
berubah-ubah

memerlukan

penjelasan

yang

lebih

terperinci

berkaitan

penggunaan gaya pengucapan atau sebutan dalam situasi yang berkaitan.

Pengajaran berbantukan komputer tidak sesuai dijalankan dalam


kumpulan yang besar kerana guru tidak dapat memantau tingkah laku dan
interaksi murid. Oleh itu, guru perlu membahagikan murid-murid kepada
beberapa kumpulan kecil. Dalam kumpulan kecil itu, terdapat beberapa orang
murid normal mengambil bahagian untuk memudahkan murid-murid autisme
mengenal dan menggunakan bahasa semula jadi yang digunakan oleh orang
normal ( sebagai model/penterjemah kepada perkataan/bahasa yang dikeluarkan
melalui komputer ). Murid-murid autisme yang seronok dengan program ini akan
terus meniru dengan berbual dengan rakan-rakan. Mereka akan memberikan
respon yang sangat ketara, iaitu bersorak ketika mendapatkan atau gagal
mendapatkan mata/point.

6.2 Imej Sebenar (Close Captioning)

- 27 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Salah satu cara untuk menghubungkan antara tulisan dengan visual dan bunyi
ialah dengan cara gambaran dekat. Kaedah Imej Sebenar atau Closed
Captioning

merupakan program televisyen yang memaparkan kehidupan

semula jadi, sama ada haiwan atau tumbuhan. Kaedah ini direka untuk kanakkanak bermasalah pendengaran tetapi juga diubahsuai dan sesuai digunakan
oleh kanak-kanak autisme.
Melalui gambar sebenar, kanak-kanak autisme boleh mengeluarkan
perkataan dengan menggalakkannya menyentuh satu-satu perkataan dan
melihat imej pada skrin televisyen. Cara ini bukan sahaja dapat melatih kanakkanak autisme melihat dan mendengar dengan jelas, malah aktiviti ini dapat
membantu kanak-kanak terlibat secara aktif (sensori motor) ketika melihat aksiaksi melalui televisyen.

Kaedah ini bukan sahaja digunakan di sekolah malah sangat sesuai


digunakan di rumah. Walau bagaimanapun, penggunaan kaedah ini juga harus
disusuli dengan pengawasan daripada orang dewasa, dengan menetapkan
jangka masa yang sesuai untuk pembelajaran serta mengawasi tingkah laku
kanak-kanak. Mata pelajaran yang paling sesuai ialah sains dan alam semula
jadi.

6.3 Terapi Vitamin


Penggunaan dadah dalam perubatan dikatakan dapat membantu mengurangkan
tingkah laku liar dan agresif kanak-kanak autisme, tetapi tidak boleh digunakan
untuk mengubah bahasa kanak-kanak ini.

- 28 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Terapi vitamin (khususnya vitamin B dikombinasikan dengan magnesium)


dikatakan dapat mengubah 50% bahasa dan pertuturan kanak-kanak autisme
tetapi dalam jangka masa yang panjang (Rimland, 1994).

6.4 Terapi Tingkah laku


Latihan tingkah laku merupakan salah satu cara pemulihan bahasa yang sangat
baik. Kajian menunjukkan latihan ini memberikan perubahan positi terhadap
kedua-dua aspek, iaitu bahasa dan kemahiran sosial kanak-kanak autisme,
dengan cara mengurangkan tingkah laku gangguan dan agresif (Lovaas & Buch,
1997).
Terapi tingkah laku sangat berkesan digunakan pada usia kanak-kanak 3
tahun. Contohnya, 19 orang kanak-kanak berumur 7 tahun telah menerima 40
jam terapi setiap minggu mendapat 20 poin IQ, dan dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran di sekolah (Loovas, 1987). Latihan tingkah laku ini fokus
kepada perkembangan bahasa dan pertuturan, permainan, keselamatan diri dan
kemahiran sosial dan rekreasi. Enam tahun selepas latihan tingkah laku
menunjukkan perubahan yang positif dan kebanyakan mereka dapat berinteraksi
dan bergaul dengan kanak-kanak normal yang sebaya dengan mereka.

6.5 Peranan Guru


Di sini dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanakkanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan
guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru
amat penting dalam proses interaksi dan murid-murid perlu ditempatkan hampir
dengan guru. Guru perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu
sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas. Guru juga
perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat
- 29 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Dalam konteks ini, murid
digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam
proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang penting murid jangan dipaksa untuk
menghafal dan perlulah elakkan murid daripada merasa tertekan.
Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan
bahasa semasa proses berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah
diajak berbual dan topik yang dibualkan itu mestilah berkaitan dengan
pengalaman murid tersebut. Langkah seterusnya ialah guru perlu memberi
pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
hal ini, peranan guru menjadi kurang. Hal ini supaya murid banyak berinteraksi.
Melalui pendekatan komunikatif ini, murid-murid akan mempunyai kecekapan
untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini, aktiviti yang dirancang
kepada kemahiran lisan iaitu mendengar, menyebut, bertutur, berbincang dan
membentuknya di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan
kemahiran komunikasi kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di dalam
kumpulan kecil dan tidak mengasingkan murid-murid yang cerdas. Dengan ini,
berlakulah kerjasama iaitu murid-murid cerdas membantu murid-murid
bermasalah.

Di

samping

itu,

aktiviti

peniruan

juga

boleh

digunakan

untuk

menggalakkan murid-murid bertutur contohnya, guru menunjukkan budak


sedang berlari sambil menyebut Dia sedang berlari. Seterusnya kanak-kanak
mungkin hanya menyebut dia. Guru terus mengulang perkataan secara
berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah seterusnya
adalah melalui aktiviti modeling iaitu guru memerlukan seorang pembantu
untuk membantunya sebagai model. Di sini model menunjukkan gambar
kepada

kanak-kanak

manakala

murid-murid

mendengar

apa

yang

dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar dan


mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan

- 30 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

pembelajaran juga, penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada


bahasa yang mudah untuk difahami. Murid-murid yang mengalami masalah
akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula menggunakan bahasa
yang mudah dan senang difahami.
Bagi mengatasi masalah ekolalia iaitu pengulangan oleh kanak-kanak
autisme, guru perlu mengulang dan menjawab soalan yang ditanya oleh guru
sendiri. Misalnya jika guru bertanya azri dah makan?, murid autisme akan
mengulangi semula apa yang dipertuturkan oleh guru dengan menjawab azri
dah makan?. Oleh itu guru perlu segera memperbetulkan jawapan kanakkanaak autisme tadi dengan menjawab soalan itu. Contohnya guru menjawab
ya,azri sudah makan. Dalam masa yang sama, kanak-kanak autisme tadi akan
mengulangi apa yang diperkatakan oleh guru sebentar tadi.
Selain itu, penggunaan Picture Exchange Communication System (PECS)
juga boleh membantu. Penggunaan kad bergambar ini adalah untuk
menggantikan

penggunaan

bahasa

kanak-kanak autisme

yang

sering

berulang. Misalnya, jika kanak-kanak autisme ingin ke tandas, maka dia akan
mengambil kad bergambar tandas dan menunjukkan kepada guru sebagai
penggantian bahasanya.
Kanak-kanak autisme ini juga gagal untuk membezakan antara perkataan
I,me dan my. Oleh itu, guru tidak digalakkan menggunakan perkataan
tersebut di dalam kelas sebaliknya memanggil nama kanak-kanak autisme itu
sendiri.
6.6 Peranan Ibu bapa

Di samping itu, peranan ibu bapa juga amat penting di dalam penggunaan
bahasa dan pertuturan. Di rumah ibubapa memainkan peranan yang penting
dalam proses berinteraksi. Di sini ibubapa memerlukan penggunaan bahasa
yang betul, mudah serta ringkas pada permulaannya. Lama-kelamaan anakanak dapat berbahasa dan bertutur dengan baik dan ini mempengaruhi
- 31 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

penggunaan bahasa yang baik oleh kanak-kanak. Ibubapa juga perlu melatih
anak-anak supaya berkomunikasi dengan baik, supaya anak-anak dapat
menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa dan pertuturan. Di sini,
peranan ibu bapa itu sangat penting dalam penggunaan bahasa yang betul
seterusnya mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.

6.7 UJIAN DIAGNOSTIK


6.7.1 Pengenalan
Ujian diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program
Pemulihan Khas. Ia dapat membantu guru mengenalpasti secara khusus
kesulitankesulitan

yang

dihadapi

oleh

murid-murid.

Guru

akan

dapat

mengetahui sama ada masalah yang dihadapi oleh murid-murid itu ringan
ataupun kompleks. Berdasarkan analisis ujian diagnostik, guru akan dapat
menghalusi dan merancang aktiviti-aktiviti pemulihan bagi setiap murid yang
memerlukan pemulihan. Ujian diagnostik bagi kemahiran asas membaca dan
kemahiran asas menulis yang disediakan oleh Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbahagi kepada 3 bentuk
pelaksanaannya : a) Ujian diagnostik lisan
b) Ujian diagnostik praktik
c) Ujian diagnostik bertulis

- 32 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

6.7.2 Pelaksanaan
1)

Ujian

Diagnostik

hendaklah

dilaksanakan

setelah

guru

mengenalpasti murid-murid yang dipilih mengikuti program


pemulihan Bahasa Melayu.
2)

Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian


diagnostik bertulis dijalankan secara berkumpulan kecil tidak
melebihi 4 orang dalam satu masa.

3)

Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang


paling rendah kepada lebih tinggi Pengetahuan Pemahaman
Penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan
diikuti oleh ujian bertulis.

4)

Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang murid yang


diuji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3
kemahiran berturut-turut.

5)

Setiap jawapan murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod


Ujian Diagnostik.

6.7.3 Contoh ujian Diagnostik Lisan

- 33 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

6.7.4 Contoh Ujian Diagnostik Praktik

- 34 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

6.7.5 Contoh ujian Diagnostik Bertulis

- 35 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

- 36 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

- 37 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

- 38 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

6.7.6 CONTOH UJIAN DIAGNOSTIK YANG LAIN

- 39 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

ma

t a

- 40 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

- 41 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

J A M

BEG

- 42 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

- 43 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

pat

kal

- 44 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

j a m

tan

cem

dak

- 45 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

ny

ng

- 46 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

7.0

ALAT

BANTU

MENGAJAR

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU, KEMAHIRAN BERTUTUR PADA


KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN TERMASUK AUTISME
Terdapat Empat bidang dalam Kurikulum Sekolah Rendah Murid Bermasalah
Pembelajaran. Salah satu daripadanya ialah Bidang Komunikasi. Komunikasi
merupakan keperluan hidup yang asasi. Ianya dilakukan dengan perantaraan
bahasa. Aspek-aspek yang terkandung di dalam bidang komunikasi meliputi
kemahiran pengamatan, pendengaran, pertuturan, pembacaan, penulisan
berasaskan pengetahuan serta pengalaman (Bahasa Melayu dan English
Language) dan penggunaan keempat-empat operasi matematik untuk membuat
pengiraan penyelesaian masalah seharian yang sesuai. Dalam aspek pertuturan,
terdapat beberapa fokus yang ditekankan iaitu Kesediaan Bertutur, dan Bertutur.
Bertutur merupakan satu cara komunikasi yang melibatkan proses mental
yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang
bermakna.

Pengajaran

dan

pembelajaran

membolehkan

kanak-kanak

Bermasalah Pembelajaran :
a. Mengajuk bunyi bukan bahasa.
b. Menyebut bunyi-bunyi bukan suku kata
c. Menamakan benda dan rupa benda.
d. Melafazkan ucapan bertatasusila.
e. Menggunakan bentuk panggilan yang sesuai.
f. Menjawab soalan mudah.
g. Mengemukakan soalan mudah.
h. Melafazkan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama di awal dan di
akhir.
i. Melafazkan ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang sama
bunyi di awal dan di akhir.
j. Menyanyi lagu dan melafazkan puisi.
k. Menyampaikan pesanan dan berita yang mudah.
- 47 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

7.1 ALAT BANTU MENGAJAR


Alat dan bahan bantuan mengajar (ABM) dalam kemahiran bertutur boleh
dibahagikan kepada tujuh katogeri.
a. Guru, Murid, dan Bilik Darjah
Geraklaku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya :i.

Guru

menaikkan

dan

menurunkan

tangan

kanan

bagi

menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan.


ii.

Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.

iii.

Guru menggunakan papan kapur untuk mencatat frasa yang


perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

b. Objek Sebenar
Objek yang biasa digunakan sehari-hari bagi menbolehkan murid-murid :i.

Mengaitkan konsep dengan bunyi. Contohnya, bunyi berbagai


kenderaan, haiwan, air dan lain-lain.

c. Situasi sebenar
Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku.
Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza
dengan pertuturan di pasar (contohnya boleh didengar, dilihat melalui alat
audio dan visual seperti video, televisyen dan lain-lain).
d. Gambar
Gambar boleh dijadikan bahan rangsangan untuk murid-murid bercerita,
berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar hendaklah sesuai dari segi saiz,
terang dan jelas.
e. Kad
Pelbagai jenis kad boleh digunakan sebagai rangsangan.
- 48 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

i.

Kad perkataan : untuk memperkenalkan perkataan baru dan


penting yang digunakan dalam pertuturan.

ii.

Kad arahan / kad peranan : mengandungi arahan tentang peranan


yang harus dimainkan oleh murid-murid dalam situasi tertentu
semasa berlakon atau main peranan.

f. Bahan nyanyian, puisi dan permainan.


Bahan tersebut mengukuhkan kemahiran bertutur. Bahan ini juga dapat
mewujudkan suasana gembira di kalangan murid-murid.
g. Alat dan bahan yang dibeli
Alat ini terdiri dari perkakasan dan perisian di mana penggunaannya
bergantung kepada kemudahan fizikal yang disediakan di sekolah.
Contohnya :i.

Makmal bahasa untuk melatih murid-murid dari segi sebutan,


intonasi dan perbualan.

ii.

Filem, rencana televisyen dan plastik lutsinar ( transparency )

iii.

Komputer

- 49 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

7.1.1 KURIKULUM BERMASALAH PEMBELAJARAN


(KOMPONEN KOMUNIKASI )
i) Komponen Kesediaan Bertutur
Objektif dalam komponen ialah bagi mengajukkan bunyi-bunyi bukan bahasa
seperti :
i.

Bunyi alam sekitar contohnya bunyi angin, guruh, dan hujan.

ii.

Bunyi haiwan contohnya ayam, kucing, harimau dan kambing.

iii.

Bunyi kenderaan contohnya kereta, motor, keretapi.

iv.

Bunyi alat muzik seperti gitar, piano, tamboring dan gendang.

v.

Bunyi perlakuan manusia contohnya menangis, ketawa dan menjerit.

Kandungan kesediaan bertutur ini perlu diisi dan murid perlu mengajuk bunyi
bukan bahasa tadi iaitu bunyi alam sekitar, bunyi haiwan, kenderaan dan bunyi
alat muzik.
ii) Komponen Bertutur
Objektif komponen ini ialah bagi membolehkan kanak-kanak menyebut bunyibunyi huruf dan bunyi suku kata seperti.
i.

Menyebut bunyi-bunyi huruf contohnya A B C D E . Selain itu


membunyikan dan mengenal huruf vokal seperti :

- 50 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Selepas mempelajari dan mengenali, murid tersebut akan menulis huruf vokal
contohnya :

Arahan : Tulis huruf-hurf vokal dan bunyikan.


Menyebut huruf-huruf konsonan menggunakan huruf kecil.

- 51 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

ii.

Menyebut bunyi-bunyi suku kata contohnya


KV dan KVKK
Contoh bagi perkataan KV.

ba

da

na

ha

si

ti

gi

cu

mu

lu

po

ko

- 52 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Perkataan KVKK seperti di bawah ini.

bang

lang

yang

teng

wang

sang

gong

jong

geng

Kandungan dalam komponen ini mestilah membolehkan murid tersebut dapat


mengajukkan bunyi unsur bahasa bunyi huruf dan suku kata.
Selain itu objektif komponen bertutur ialah membolehkan kanak-kanak
menamakan benda-benda, pergerakan dan menerangkan rupa benda dan
perbuatan.
i.

Menamakan benda-benda contohnya kereta, rumah, dan haiwan seperti


kucing..

ii.

Menamakan pergerakan contohnya berlari, melompat, merangkak, berdiri


dan bergoyang.

iii.

Menamakan rupa benda dan perbuatan contohnya.

- 53 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Kandungan dalam komponen ini mestilah terdiri daripada melafazkan frasa


perkataan nama contohnya haiwan, kenderaan dan lain-lain. Selain itu ia kata
kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Objektif seterusnya ialah membolehkan kanak-kanak melafazkan pengucapan
yang bertatasusila dan menggunakan bentuk panggilan yang sesuai.
i.

Melafazkan pengucapan yang bertatasusila contohnya selamat pagi,


maafkan saya, selamat datang.

ii.

Menggunakan bentuk panggilan yang sesuai contohnya saya, awak,


emak, ayah, dan pak cik.

Kandungan dalam komponen ini terdiri daripada melafaskan frasa atau


rangkaian kata pengucapan bertatasusila dan kata panggilan atau ganti nama.
Objektif seterusnya ialah membolehkan kanak-kanak menjawab soalan.
i.

Menjawab soalan dalam pola ayat mudah yan berbagai jenis dan
berstruktur. Contohnya, Apa khabar? Sudah makan? Jawapan yang
diberikan ialah ya atau tidak.

ii.

Menjawab soalan dalam pola ayat mudah yang berbagai jenis dan
terbuka.

Kandungan komponen ini terdiri daripada murid akan menjawab soalan ya/tidak,
betul/salah ataupun murid membuat pilihan.
Objektif seterusnya membolehkan kanak-kanak melafazkan dan memberi arahan
.
i.

Melafazkan dan memberi arahan contohnya tolong saya.

Kandungan yang terdiri daripada satu arahan atau konsep.


Objektif seterusnya ialah membolehkan kanak-kanak mengemukakan soalan
berbagai jenis sama ada berstruktur atau terbuka.
i.

Mengemukakan soalan yang mudah yang berbagai jenis dan


berstruktur
- 54 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

ii.

Mengemukakan soalan mudah yang berbagai jenis dan terbuka


seperti

Kandungan komponen membolehkan murid menyoal guru untuk mendapatkan


maklumat yang berstruktur atau terbuka.
Objektif seterusnya ialah membolehkan kanak-kanak melafazkan perkataanperkataan.
i.

Melafazkan perkataan-perkataan yang mempunyai sama bunyi di


awal dan di akhir. Contohnya ialah susu.

ii.

Melafazkan ayat-ayat mengandungi perkataan-perkataan yang


mempunyai sama bunyi di awal dan di akhir.

Kandungannya terdiri daripada melafazkan kata-kata berirama melalui perkataan


dan ayat.
Objektif seterusnya membolehkan murid tersebut menyanyi, melafazkan tekateki dan pantun.
i.

Menyanyikan lagu kanak-kanak seperti

Tajuk : Suri Ram


Suri ram ram ram ram
Suri ram. Ya manis
Aduhai banyak orang rindu sayang,
Bagai kumbang rindukan madu,
Tinggi si matahari,
Suri ram
Anak kerbau mati tertambat,
Suri ram .
Sudahlah lama saya mencari sayang,
Baru sekarang sudah mendapat.
Tajuk : Kereta Kecilku
Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
- 55 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

Bolehku bawa kesekolah.


Pon pon.. pon...
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Bolehku bawa jumpa nenek.
ii.

Melafazkan teka-teki seperti :


1. Apakah binatang keris di kaki. Jawapannya : Ayam
2. Aneh sungguh rumah saya, Berpusar-pusar kulit sarungnya di
atas dan di belakang saya pikul juga. Di tanah dan dipokok tetap
dibawa. Jawapannya: siput

iii.

Melafazkan pantun dua kerat seperti pat-pat siku lipat, siapa cepat
dia dapat.

iv.

Melafazkan pantun empat kerat


1. Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama sikucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama cik adik seorang.
2. Buah cempedak diluar pagar;
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar;
Kalau salah tolong jolokkan.

Kandungan dalam menjalankan objektif ini perlulah ada aktiviti menyanyi lagulagu dan pantun.
Objektif dalam komponen ini seterusnya ialah membolehkan kanak-kanak
menyampaikan pesanan, dan bercerita.
i.

Menyampaikan pesanan dan berita yang mudah

ii.

Bercerita tentang sesuatu objek atau berpandukan gambar.

iii.

Bercerita berdasarkan gambar bersiri


- 56 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

iv.

Menyampaikan cerita yang telah didengar

Kandungannya terdiri daripada menyampaikan pesanan, berita dan cerita


termasuklah pesanan, menceritakan semula, bercerita berdasarkan gambar atau
objek dan berbual mengenai cuaca dan lain-lain secara spontan.
8.0

RUMUSAN.

Falsafah Pendidikan Khas pada tahun 1986 menegaskan tentang kepentingan


setiap kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri dan diantara individu.
Perbezaaan yang wujud ini, memerlukan pelbagai skop pendekatan yang
berbeza dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran supaya kanak-kanak ini
dapat berfungsi sedaya upaya mereka. Satu kumpulan kanak-kanak yang
berada dalam kumpulan ini adalah kanak-kanak autistik atau autisme.
Kanak-kanak

autisme

mengalami

masalah

prkembangan

dalam

komunikasi dan kemahiran sosial. Murid-murid ini sering menunjukkan ciri-ciri


ketidaknormalan dalam komunikasi, tingkah laku, interaksi sosial dan tidak
bertindak

balas

ketidakupayaan

terhadap
seseorang

rangsangan.
kanak-kanak

Autisme

juga

memahami

merujuk

kepada

perkara-perkara

di

sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga menyebabkan kanakkanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Ia terjadi akibat
daripada gangguan

di bahagian-bahagian dalam otak seseorang kanak-kanak

terutama di bahagian yang menguasai kefahaman, emosi, komunikasi secara


langsung atau tidak langsung.
Penggunaan Bahasa yang baik merupakan satu kekurangan bagi kanakkanak autisme. Bagi kanak-kanak ini yang boleh bertutur, mereka terlebih
tertumpu kepada ingatan secara hafalan dan kurang mahir untuk membentuk
frasa secara kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak
yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas. Mereka juga mempunyai
masalah dalam gestur, penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan
dalam bahasa juga menjadi penyebab masalah sosial dan perkembangan
kognitif. Namun sedemikian , bahasa yang digunakan oleh mereka biasanya
tidak sesuai dengan peringkat umur dan bergantung kepada latihan berbahasa
- 57 -

Masalah Bahasa Kanak-kanak Autisme


( KBD 4033)

sepanjang proses membesar. Jadi, masalah bahasa yang dihadapi mereka akan
menjadi lebih baik jika diberi latihan dan seandainya perkembangan lain berlaku.

- 58 -

Anda mungkin juga menyukai