Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PPKI-SMKP KALI PERTAMA TAHUN 2022

MINIT MESYUARAT PPKI Bil. 1/ 2022

TARIKH :23 MAC 2022


HARI : Selasa
MASA : 4.15 petang
TEMPAT : Kelas PPKI

KEHADIRAN:
1. En. Marzuki bin Abd Rahaman Penyelaras PPKI
3. En. Mohd Roazhar bin Ab Rahim Guru PPKI
4. Cik Zaidatul Azlin binti Mohd Azli Pembantu Pengurusan Murid

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa.
1.2 Mengucapkan penghargaan dan tahniah atas kehadiran ahli mesyuarat untuk kali
pertama tahun 2022.
1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
atas kesabaran dalam mendidik dan membentuk sahsiah murid PPKI untuk menjadi
insan yang berguna.

2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT


- Disahkan oleh : En. Roazhar bin Ab Rahim
- Disokong oleh : En. Marzuki bin Abd Rahaman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Pelaksaan RPI secara manual diteruskan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang
berlaku dalam sesi persekolahan

4.0 PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


4.1 Membincangkan mengenai pentadbiran pendidikan khas iaitu tugas-tugas
penyelaras,guru dan PPM serta pengurusan dan pengemaskinian sistem fail
berdasarkan buku panduan pengurusan program pendidikan khas integrasi dan
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru PPKI kerana telah berjaya

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 1


MINIT MESYUARAT PPKI-SMKP KALI PERTAMA TAHUN 2022

menjadi AJK yang cemerlang dalam semua program di peringkat daerah dan
mengharapkan ahun 2022 akan lebih cemerlang
4.2 Mengucapkan tahniah dan selamat bertugas di PPKI SMK pertang kepada En.
Roazhar yang menggantikan Pn. Norasnawiyah yang berpindah ke Kelantan.
4.2 KURIKULUM ( En Marzuki bin Abd Rahman )
4.2.1 Pada tahun 2022,tiada murid yang layak KSSMPK.SMK Pertang tidak
menjalankan kelas KSSMPK sebaliknya meggunakan kurikulum
KSSMKR yang dibekalkan oleh kementerian kerana semua murid berada
pada tahap rendah.KSSMKR akan dijalankan tidak lama lagi dan proses
penyebaran berlaku pada bulan Februari
4.2.2 Penyediaan buku rekod mengajar dihantar pada waktu yang telah
diputuskan dalam mesyuarat sekolah.
4.2.3 Menyemak buku latihan murid secara berkala
4.2.4 Memastikan kelas dapat dikawal dengan baik
4.2.5 Murid PPKI perlu diinklusifkan mengikut subjek tertentu iaitu pendidikan
jasmani dan kokurikulum.Sasaran Pengarah JPNS 100%
4.2.6 Sasaran utama PPKI boleh menguasai 3M dan mempunyai sahsiah yang
baik serta mampu hidup berdikari.
4.2.7 Guru mengajar mengikut kemampuan serta keupayaan murid.
4.2.8 Menyediakan RPI secara manual. Dicadangkan penyediaan RPI adalah
mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan
Pengurusan Diri.
4.2.9 Pengagihan jadual waktu dan penentuan subjek untuk diajar setiap guru
4.2.10 Pada tahun ini iaitu tahun 2022, terdapat seorang murid yang mengambil
PASM, semua guru yang terlibat perlu menyediakan eviden untuk dimuat naik
dalam sistem MYPASM sebagai bukti murid telah menguasai sesuatu
kemahiran dalam ebai.Taklimat dan perkongsian telah diberikan kepada guru
mata pelajaran.
4.2.11 Pada awal minggu persekolahan tahun 2022 iaitu 2 minggu pertama,PDPC
berjalan secara PDPR dan PDPR dijalankan secara modul yang mengandungi
lembaran kerja dan diedarkan ke setiap rumah murid ppki.ini disebabkan
kekangan masalah tertentu PDPR tidak dapat dijalankan secara online.Pada
tahun 2021, hanya terdapat seorang murid sahaya yang dapat menjalankan

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2


MINIT MESYUARAT PPKI-SMKP KALI PERTAMA TAHUN 2022

PDPR secara online semasa negara kita diserang pandemik covid 19.jadual
pungungan modul yang telah siap diuruskan oleh guru subjek masing-masing.

4.3 HAL EHWAL MURID ( En. Roazhar bin Ab Rahim)


4.2.1 Jumlah murid PPKI - 5 orang iaitu 4 lelaki dan seorang
perempuan.terdapat seorang murid baharu pada tahun 2022.
4.2.2 Saringan akan dilakukan untuk murid peralihan bagi mengenalpasti murid
yang berkeperluan khas jika ada aduan daripada guru aliran perdana
4.2.3 Return – Format baru. Diisi secara ‘Online’ dan mesti dikemaskini setiap
bulan. Ianya dihantar ke JPNS sebelum 5 haribulan pada setiap bulan.
4.2.4 EMK - telah diselesaikan mengikut tarikh yang ditetapkan. Terdapat
seorang murid aliran perdana yang mempunyai kad OKU dan layak
mendapat elaun-telah diselesaikan
4.2.5 Bantuan EMK sudah dimasukkan dalam akaun murid pada tahun sebelum
ini mengikut tarikh yang ditetapkan-duruskan oleh PT iaitu Pn. Salwa
binti Ariffin
4.2.6 Masalah ponteng - mengikut peraturan arus perdana.Terdapat seorang
murid asli iaitu Firdaus bin Abdullah kerap ponteng sekolah disebabkan
masalah keluarga
4.2.7 Melengkapkan fail disiplin serta jawatankuasa dengan baik
4.2.8 Masalah disiplin - mengikut peraturan sekolah.
4.2.9 Kawalan murid akan dikawal oleh guru dan PPM semasa murid masih
berada di sekolah.
4.2.10 Murid dikehendaki membayar atau menyelesaikan yuran PIBG bagi 1
keluarga secepat mungkin bagi melicinkan program sekolah berjalan
dengan lancar

4.3 KOKURIKULUM
4.3.1 Semua aktiviti kokurikulum murid PPKI dalam Unit Beruniform, Kelab
Persatuan dan Sukan Permainan adalah diinklusifkan bersama murid arus
perdana berjalan dengan lancar
4.3.1.1 Membuat giliran AJK terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan
di peringkat daerah

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 3


MINIT MESYUARAT PPKI-SMKP KALI PERTAMA TAHUN 2022

4.3.1.1 Mempertingkatkan 1 Sekolah 1 produk dengan membuat Ais krim


dan mensasarkan jualan kepada murid arus perdana pada waktu
rehat,waktu kokurikulum dan waktu balik sekiranya dibenarkan
apabila habis pandemik covid 19.

4.4 KEWANGAN
4.4.1 Pembelian barangan adalah mengikut peruntukan PCG telak dilaksanakan
pada tahun 2021 dengan baik dan pada tahun 2022, guru perlu
menggunakan/membeli barangan yang diperlukan sama ada untuk proses
PDPC atau projek perkebunan.
4.4.2 Menyarankan agar guru-guru membeli barangan keperluan yang
diperlukan untuk pembelajaran murid kerana terdapat lebihan baki PCG
yang belum digunakan.
4.4.3 Resit hendaklah disimpan dalam fail sebagai bukti pembelian agar tidak
menjadi masalah di kemudian hari.
4.4.4 Sentiasalah berhubung dengan Puan Salwa (kerani) untuk mengetahui status
kewangan dan saluran untuk pembelian barangan-rujuk lampiran mesyuarat
kewangan

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Mengucapkan terima kasih kepada guru dan staf PPKI kerana dapat memberi
kerjasama dan komitmen untuk program PPKI. Tanpa kerjasama dari semua
pihak, banyak perkara tidak dapat diselesaikan.
5.2 Mengingatkan semula bidang tugas PPM berdasarkan buku panduan
pengurusan PPM sama ada waktu persekolahan mahupun waktu cuti sekolah iaitu
memastikan kelas sentiasa berada dalam bersih dan menjaga kebun sekiranya ada
penanaman pokok.
5.3 Mengingatkan sama-sama kita menjaga kelas PPKI dan mencantikkan lagi kelas
PPKI dari semasa ke semasa dan mengucapkan terima kasih kepada Pn Nor
Asnawiah kerana dapat menghias kelas dengan cantik bersama PPM.
5.4 Guru-guru PPKI terlibat secara langsung untuk pelbagai program peringkat
sekolah dan berterima kasih kerana memberi komitmen dalam menjayakan
sesuatu program yang diadakan.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 4


MINIT MESYUARAT PPKI-SMKP KALI PERTAMA TAHUN 2022

5.5 Aktiviti melibatkan guru dan murid akan dilaksanakan bagi mengeratkan
hubungan dengan murid disamping program-program yang melibatkan ibu bapa
murid beserta guru.

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 ptg

Disediakan oleh,
Penyelaras PPKI
SMK Pertang

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 5

Anda mungkin juga menyukai