Anda di halaman 1dari 56

1 .

0 PENGHARGAAN
Segala puji dan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap Allah SWT kerana
dengan

izin

dan

Inayah-nya

kami

dapat

menyiapkan

tugasan

yang

dipertanggungjawabkan kepada kami bagi kertas KBK1013 Murid-murid Berkeperluan


Khas untuk tugasan kumpulan dapat disiapkan dengan kadar waktu yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah kami dalam khusus KBK 1013 Murid-murid Berkeperluan
Khas iaitu Puan Kamaliah binti Muhammad yang telah bersusah payah mengajar dan
membimbing kami sejak mula kami membuat tugasan berkumpulan ini sehinggalah
selesai tugasan yang kami telah siapkan ini.Semoga Allah membalas segala kesusah
payahannya terhadap kami dan sentiasa memudahkan urusannya di dunia mahupun
akhirat.
Ucapan terima kasih juga tidak di lupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
telah banyak memberi kerjasama dan tunjuk ajar dalam sama-sama menyiapkan tugasan
kumpulan yang diberikan ini.
Akhir kata sekali lagi ucapan terima kasih kami kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung ketika menyiapkan tugasan kumpulan
KBK1013 Murid-murid Berkeperluan Khas, kerjasama semua pihak ini kami hargai dan
tetap dikenang selamanya.

2.0 PENGENALAN

Kewujudan istilah orang cacat seiring dengan kewujudan manusia dan masyarakat
manusia .Oleh itu mitos dan layanan masyarakat terhadap orang cacat berbeza-beza di
antara satu masyarakat dengan yang lain, dari segi masa , budaya sesuatu bangsa dan
geografi.Terdapat pelbagai jenis kecacatan.Diantara kecacatan atau ketidaknormalan itu
ialah cacat akal, terencat akal.masalah penglihatan,masalah pendengaran, lumpuh dan
masalah pembelajaran. Sebab-sebab kecacatan pula ialah baka (hereditary), penyakit dan
kecederaan. Kecacatan tunggal atau berganda menyebabkan ketidakupayaan melakukan
sesuatu secara normal. Ketidakupayaan itu disebut sebagai handikap.Handikap inilah
yang sering memberikan pukulan hebat bukan dari segi fizikal malahan dari segi mental
dan emosi kepada orang yang mempunyai masalah dalam pendidikan khas. Dalam
tamadun manusia yang awal terencat akal, gila, buta, pekak dan cacat anggota badan
menjadi bahan ejekan, cemuhan dan gurauan ahli masyarakat

yang lain. Mereka

dianggap sebagai golongan manusia yang hina dan tidak berharga daripada golongan
hamba abdi. Malahan bapa diharuskan mencampakkan anaknya, jika anak itu dilahirkan
cacat membawa sial serta menyusahkan masyarakat. Pada Zaman Pertengahan di Eropah
(500-1500 masihi) golongan yang cacat menerima layanan yang buruk, sungguhpun ada
pengaruh ajaran agama Kristian. Pada amnya orang cacat atau masalah pendidikan khas
ini dianggap sebagai orang bodoh (fools) yang dikuasai oleh syaitan dan hantu.
Kepercayaan bahawa orang orang cacat dan terencat akal sebagai dikuasai oleh syaitan
dan hantu mendorong masyarakat untuk menjadikan orang cacat sebagai korban bagi
upacara sembahyang atau diserapahkan bagi menghalau hantu dan syaitan yang merasuk
akal fikiran. Kerajaan, ahli filasuf dan pihak gereja bersubahat menyebarkan amalan dan
sikap seperti ini. Kejadian seumpama ini bukan sahaja berlaku dalam masyarakat Eropah
tetapi juga dalam masyarakat Timur sehingga masa kini. Orang cacat juga kadangkala
dikurung dan dirantai. Orang kudung kaki atau tangan dan cacat akal menjadi bahan
ejekan dan gurauan. Manakala keluarga yang mempunyai anakanak yang cacat berasa
malang dan umpana ditimpa bencana yang besar. Perubahan sikap masyarakat Eropah
terhadap orang cacat patut dibantu dalam kehidupan mereka berlaku pada lewat abad ke2

16 apabila seorang paderi kristian Spanyol bernama Pedro Ponce De Leon berupaya
mengembalikan kedudukan gereja kepada matlamat membantu golongan yang cacat yang
tidak beruntung. Seterusnya dalam tahun 1760 Juan Bonet telah menubuhkan sebuah
sekolah untuk kanankkanak pekak di Spanyol. Satu usaha klasik telah dilakukan oleh
Jean Mare Gaspard Itard telah berusaha dan berjaya memulihkan Victor, seorang kanak
kanak liar yang hidup selama 11 tahun di hutan, sungguhpun ahli sains ketika itu gagal
untuk menormalkan akal dan tingkah laku Victor. Ahli sains telah menyatakan
sememangnya Victor sememangnya bebel seperti haiwan di hutan. Kejayaan Itard telah
mendorong perkembangan kanak-kanak cacat di Perancis dan Eropah pada abad-abad
yang berikutnya. Selain daripada itu terdapat beberapa faktor lain yang mendorong
penubuhan institusi pendidikan khas di Eropah dalam abad ke 19. Pertamanya ialah
penyebaran konsep nilai individu yang membawa kepada idealisme dalam pendidikan
awam percuma dan perubahan sosio politik di Eropah. Keduanya ialah perkembangan
disiplin ilmu psikiatri sebagai ilmu perubatan. Dan ketiganya ialah perkembangan
teknologi yang memungkinkan penciptaan alat-alat seperti kanta, dan huruf braille bagi
membantu orang cacat penglihatan.

3.0 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanakkanak dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada
rancangan sekolah biasa.

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia.


Pendekatan Baru Definisi Kanak-kanak Dengan Keperluan-keperluan Khas menekankan
kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian
kanak-kanak tesebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (development skill),
pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan
ketidakbolehan ( medical defict model).
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada
peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan
khas seperti berikut :
Kebolehan kognitif
Perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan sosial.
Penguasaan membaca
Kemahiran matematik.
Kemahiran pertumbuhan asas manusia.
Kemahiran keusahawanan.
Kebolehan penglihatan.
Kebolehan pendengaran.

3.1 KONSEP PENDIDIKAN KHAS.


Pendidikan Khas merupakan pendidikan yang disediakan khas untuk murid dan
pelajar dengan keperluan khas. Mereka adalah dalam kategori bermasalah pembelajaran,
penglihatan, pendengaran dan pintar cerdas.
Pendekatan baru ini juga turut menekankan kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan kemahiran-kemahiran ( development skill ). Pendekatan baru
menolak pendekatan tradisi yang menekankan kepada kecacatan dan ketidakbolehan.
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran adalah berdasarkan peringkat
kebolehan individu, murid/pelajar dengan keperluan khas. Kebolehan kognitif
perkembangan tingkahlaku dan kemahiran sosial, penguasaan bahan lisan/pertuturan,
penguasaan membaca, penguasaan matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia,
kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, daya penglihatan dan meningkatkan
kebolehan pendengaran.

3.2 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.


Suatu usaha sama untuk pekembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepertuhanan kepada tuhan, usaha ini untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap kerohanian, kemakmuran dan negara.masyarakat

3.3 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA.


Falsafah pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang
dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah
pendidikan negara.

3.4 MISI VISI PENDIDIKAN KHAS.


Misi
Misi Pendidikan Khas ialah menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada muridmurid yang berkeperluan Khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari
berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat serta negara.
Visi
Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid ke arah
kecemerlangan hidup sejajar dengan falsafah pendidikan negara Malaysia..

4.0 DASAR DAN PERLAKSANAAN UNIT PENDIDIKAN KHAS.


Unit Pendidikan Khas Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendikan Negeri
bertanggungjawab dalam melaksanakan program Pendidikan Khas dan Program
Pendidikan Pemulihan di sekolah-sekolah kerajaan dan Bantuan kerajaan.
Panduan perlaksanaan Perkhidmatan Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan
bertujuan menyelaraskan aspek pengurusan dan pentadbiran di peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah yang melaksanakan
program pendidikan khas dan pendidikan pemulihan.
4.1 .Program Pendidikan Murid Bekeperluan Khas.
Program Pendidikan Murid Berkeperluan Khas di bawah tanggungjawab Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pendidikan Negeri adalah seperti berikut:
BIL
1
2

PROGRAM / SEKOLAH
Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah Rancangan Percantuman Pendidikan

KATEGORI MURID
Bermasalah Penglihatan dan Penglihatan
Bermasalah Penglihatan

Khas

Bermasalah Pendengaran
Bermasalah Pembelajaran ( termasuk
mild down sindrom, autistik dan mobiliti

Program Pendidikan Inklusif

tidak terhad )
Bermasalah Penglihatan.
Bermasalah Pendengaran.
Bermasalah Pembelajaran ( termasuk
mild down syndrome, autistik dan mobility
tidak terhad)
Kesemuanya dalam kategori ringan

Program Pendidikan Pemulihan.

(mild)
Murid kelas biasa di sekolah rendah yang

disaring dan didiagnosis mengalami 3M.


4.2 .Peraturan-peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas )1997.

Perkara-perkara penting dalam Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997 adalah


seperti berikut :
4.2.1 Tafsiran :
Murid-murid dengan keperluan khas ertinya murid-murid yang mempunyai
kecacatan

penglihatan

atau

kecacatan

pendengaran

atau mempunyai

masalah

pembelajaran.
Program Pendidikan Khas .
a) Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai
masalah kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
b) Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan dan pendengaran yang mempunyai masalah pembelajaran.
c) Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan berkeperluan khas yang
boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
4.2.2 Kelayakan untuk program Pendidikan Khas.
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas
yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program Pendidikan Khas kecuali
murid-murid yang berikut:
Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar
seperti murid biasa yang lain.
Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya
atau yang kerencatan akal yan berat.
Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika mampu untuk
mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan sihat oleh suatu
panel yang terdiri daripada Pengamal Perubatan, Pegawai dari Kementerian Pendidikan
dan Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikut program
Pendidikan Kebangsaan.

4.3 .Kurikulum dan Penilaian.


Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah
atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata
pelajaran dan bahan Bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan
khas.
4.3.1

Murid-murid dengan keperluan khas dalam kategori bermasalah penglihatan dan


bermasalah pendengaran mengikuti kurikulum biasa KBSR dan KBSM. Mereka
boleh bersekolah dan menduduki peperiksaan berikut:
PTS - Tahun 4 Khas ( umur 10 tahun )
UPSR - Tahun 8 Khas ( umur 14 tahun )
PMR Tingkatan Tiga ( umur 17 tahun )
SMLV- ( Sijil Majlis Latihan Vokasional ) bagi murid Aliran Vokasioanl Khas
(19 tahun)
STPM Tingkatan Enam Atas ( umur 21 tahun )

4.3.2

Pengecualian daripada bidang tertentu dalam sesuatu matapelajaran dalam


kurikulum biasa hendaklah dipohon melalui Unit Peperiksaan Jabatan Pendidikan
Negeri dan diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan.

4.3.3

Keperluan individu murid dengan keperluan khas yang menduduki peperiksaan


kurikulum biasa hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan melalui
Unit Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri semasa mendaftar untuk menduduki
sesuatu peperiksaan.

4.3.4

Kurikulum Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran.

Kanak-kanak

Bermasalah

Pembelajaran

merupakan

kanak-kanak

yang

dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami


masalah yang mengganggu proses pembelajaran, rendah daya mengubahsuai
tingkah laku serta kurang berkesan dalam menjalani kehidupan secara berdikari
dan menjalankan kewajipan sosial sesuai dengan peringkat umurnya.
4.3.4

Organisasi kurikulum merangkumi bidang-bidang komunikasi social dan Alam


Sekeliling, Kemahiran Amali untuk Berdikari, Rekreasi dan Daya Kreatif , dan
bidang Nilai dan kerohanian. Penilaian pencapaian murid bagi kurikulum khas
adalah berdasarkan pencapaian individu dalam bidang-bidang dalam organisasi
kurikulum tersebut.

4.3.5

Perlaksanaan kurikulum adalah berdasarkan tahap kebolehan individu.

4.3.6

Penilaian murid dalam kategori bermasalah pembelajaran adalah berdasarkan


pencapaian objektif jangka pendek dan jangka panjang Rancangan Pendidikan
Individu.

4.3.7

Aktiviti Kokurikulum

4.3.8

Aktiviti kokurikulum bagi murid dengan keperluan khas adalah sama dengan
pengubahsuaian di mana perlu mengikut kategori keperluan khasnya.

4.3.9

Aktiviti kokurikulum bagi murid dengan keperluan khas dalam Program


Percantuman dan Program Pendidikan Inklusif hendaklah diintegrasikan dengan
murid biasa dengan khidmat bantu khidmat bantu guru pendidikan khas.

10

4.4 Peruntukkan Bantuan Pelajaran dan LPBT.


Bantuan Pelajaran Tahunan dan LPBT adalah berdasarkan Pekeliling Kewangan Bil.
3/1995 bertarikh 11 Januari 1995 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 1995 dan
digunapakai hingga kini.
4.4.1

Kadar pemberian Bantuan Pelajaran Tahunan dan LPBT bagi murid di sekolah
pendidikan khas, murid dalam Program Percantuman Pendidikan Khas (murid
bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran) adalah mengikut jenis
program dan kategori murid.

4.4.2

Kadar pemberian bantuan Pelajar Tahunan dan LPBT bagi murid-murid dalam
Program Percantuman dalam kategori bermasalah pembelajaran dan dalam
Program Pendidikan Iklusif di sekolah rendah dan menengah adalah mengikut
kadar peruntukkan 2001.

5.0 PENAPISAN , PENDAFTARAN , PENEMPATAN DAN PERTUKARAN


SEKOLAH MURID PENDIDIKAN KHAS.
11

Maklumat

Huraian

PENAPISAN DAN PENDAFTARAN


Aktiviti
Penapisan

Tindakan
Jabatan Kesihatan Dan
Perkhidmatan Perubatan.

Pendaftaran

Unit Pendidikan Khas , Sektor


Pengurusan Sekolah , JPNJ.
PENEMPATAN PERSEKOLAHAN
Jenis Program
Sekolah Khas

Sekolah Program Percantuman


Pendidikan Khas.

Tindakan / Pihak yang meluluskan


Jabatan Pendidikan
Khas,Kementerian Pendidikan
(dimajukan melalui Sektor
Pengurusan Sekolah , JPN
Tindakan Unit Pendidikan Khas)
Sektor Pengurusan Sekolah, JPN, 9
(Tindakan Unit Pendidikan Khas)

PERTUKARAN SEKOLAH MURID


PENDIDIKAN

KHAS

DALAM

NEGERI)

Jenis Program
Sekolah Khas
Sekolah Program Pencantuman
Pendidikan Khas

Tindakan / Pihak yang meluluskan


Jabatan Pendidikan Khas ,
Kementerian Pendidikan .
( dimajukan Sektor Pengurusan
Sekolah ,JPN(negeri )Tindakan
Unit Pendidikan Khas).
Sekolah Pengurusan Sekolah , jpn 9
( Tindakan Unit Pendidikan Khas)

Maklumat

Huraian

12

PERTUKARAN SEKOLAH MURID


PENDIDIKAN KHAS ( DALAM
NEGERI)
Jenis Program
Sekolah Khas

Sekjolah Program Percantuman


Pendidikan Khas.

Pihak Yang Meluluskan .


Jabatan Pendidikan Khas ,
Kementerian Pendidikan ,
(Permohonan dimajukan melalui
Sektor Pengurusan Sekolah JPN
(Negeri ) Tindakan Unit
Pendidikan Khas)
Sektor Pengurusan Sekolah JPN
(Negeri )-Unit Pendidikan khas.

PERTUKARAN SEKOLAH MURID


PENDIDIKAN KHAS (LUAR
NEGERI)
Jenis Program

Pihak yang meluluskan

Sekolah Khas

Jabatan Pendidikan Khas,


Kementerian Pendidikan,
( Permohonan dimajukan melalui
Sektor Pengurusan Sekolah JPN
Tindakan Unit Pendidikan Khas.

Sekolah Program Percantuman


Pendidikan Khas.

Jabatan Pendidikan Kementerian


Pendidikan ( Permohonan
dimajukan melalui Sektor
Pengurusan Sekoalah JPN
Tindakan Unit Pendidikan Khas.

6.0 MURID BERKEPERLUAN KHAS

13

KATEGORI DAN CIRI-CIRI


6.I. Pengenalan
Mengikut Akta Pendidikan (pendidikan Khas) 1998:
"Murid-murid
kecacatan

Berkeperluan

penglihatan

atau

Khas

merupakan

cacat pendengaran

murid-murid yang

mempunyai

atau yang mempunyai masalah

pembelajaran"
6.2. Definisi Dalam Konteks Malaysia
"Murid-Murid yang dikesan mempunyai masalah pembelajaran berasaskan tahap fungsi
keupayaan dan defisit dalam beberapa kemahiran:6.2.3 Keupayaan Kognitif.
6.2.3 Keupayaan berbahasa dan pertuturan
6.2.3 Menguasai keupayaan membaca.
6.2.4 Menguasai keupayaan Matematik.
6.2.5 Kemahiran perkembangan sosial.
6.2.6 Perkembangan diri.
6.2.7 Pengamatan penglihatan.
6.2.8 Pengamatan pendengaran.
6.2.9 Pengurusan diri.
6.3. Kategori Murid Berkerperluan Khas
6.3.1 bermasalah penglihatan
6.3.2 bermasalah pendengaran
6.3.3 bermasalah pembelajaran

14

7.0 MURID BERMASALAH PENGLIHATAN


DEFINISI
Menurut Hewett dan Forness (1974), definisi awal tentang masalah penglihatan telah
digunakan di Amerika syarikat dalam tahun 1991. Menurut definasi itu, penglihatan
seseorang ialah 20/200 atau kurang. Masalah penglihalan yang tidak sepatutnya berlaku
apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70. Cruickhank dan
johnson(1975), pula membahagikan masalah penglihatan kepada dua iaitu:
a) Separuh Cacat (keupayaan melihat antara 20/200 dan kurang 20/70).
b) Buta (keupayaan melihat 20/200)
Menurut Hallahan dan Kauffan (1997), masalah penglihatan terbahagi kepada dua
iaitu; Cacat separuh atau penglihatan terhad dan buta, Penglihatan terhad ialah mereka
yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa.
Sementara buta bermaksud tidak dapat melihat langsung dan perlu kepada
penggunaan Braille untuk membaca.
Menurut The National Society For The Prevention Of Blindness (1972),
mendefinisikan masalah penglihatan kepada tiga iaitu;
a) Tidak dapat melihat langsung.
b) Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan ujian
snellen.
c) Penglihatan yang terhad ialah kurang daripada 20%.

15

8.0 CIRI-CIRI MASALAH PENGLIHATAN


Masalah penglihatan atau buta ialah tidak dapat melihat langsung

dan memerlukan

penggunaan Braille untuk membaca. Kanak-kanak yang buta tentunya tidak dapat
melakukan sebarang kegiatan dengan baik seperti kanak-kanak normal. Oleh itu ianya
memerlukan latihan serta pengajaran yang khas agar dapat mengikuti sistem
pembelajaran yang bersesuaian sebagai persediaan bagi menghadapi masa hadapan
(Hasnah Udin,1992).
8.1

Ciri ciri.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat dikesan
dari peringkat pra sekolah dan persekolahan sebenarnya.
Hewett dan Fornesst ( 1974), menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara
iaitu rupa, tingkahlaku, dan aduan ini diakui oleh The National Society For The
Prevention Of Blindness (1972), pula menyatakan ia boleh dikesan melalui;
a) Rupa.
Kanak-kanak yang cacat penglihatan adalah berbeza daripada kanak-kanak normal
seperti berikut;
i.

Matanya sangat sensitif pada cahaya.

ii.

Bahagian tepinya berwarna merah.

iii.

Kelopak matanya bengkak.

iv.

Matanya selalu berair.

v.

Juling iaitu memutarkan matanya bila melihat.

vi.

Bintik-bintik putih di tengah mata.

b) Tingkahlaku

16

Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan juga boleh dikesan


melalui;
i.

Mengosok dan mengerdip mata dengan berlebihan.

ii.

Selalu mengerutkan mata.

iii.

Suka menutup dan melindungi sebelah mata.

iv.

Mendekatkan mata bagi melihat sesuatu objek

v.

Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan
objek pada mata.

vi.

Kerap menangis.

vii.

Memegang kepala dengan cara luar biasa.

viii.

Kerap melanggar sesuatu dan terjatuh apabila berjalan.

c) Aduan.
Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan tidak puas
hatinya untuk mendapatkan perhatian. Ciri-ciri

bagi kanak-kanak yang mengalami

masalah kecacatan penglihatan ialah;


i.

Mengadu melihat objek yang tidak jelas atau nampak.

ii.

Merasa sakit kepala bila membuat seuatu kerja.

iii.

Pandangan sentiasa kabur.

iv.

Mengadu nampak dua imej pada sesuatu (double vision).

8.2 Ciri-ciri kanak kanak Low Vision / Penglihatan Terhad.

17

Masalah penglihalan boleh dialami oleh kanak-kanak, tetapi keadaan itu sukar dikesan
pada peringkat awal. Ini kerana kanak-kanak tidak memahami masalah itu dan tidak tahu
bagaimana menyatakan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan terhad
biasanya dapat dikesan pada peringkat pra sekolah, tetapi kecacatan yang sepenuhunya
mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah. Hewett dan Foness (1974)
menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku dan
aduan. The National Society for the Prevention of Blindness (1972) pula menyatakan ia
boleh dikesan melalui :
a)

Rupa

Mata kanak-kanak bermasalah penglihatan terhad adalah berbeza dengan kanak-kanak


normal antaranya iaiah :
i.

Sentiasa mengerdip dan menggosok mata.

ii.

Penglihatan kabur dan kadang kala menjadi dua imej

iii.

Juling iaitu memutar-mutar matanya bila melihat sesuatu

iv.

Kelopak mata keras, bengkak dan merah di keliling.

v.

Bahagian tepi matanya berwarna merah

vi.

Mengadu sakit mata kadangkala mata selalu berair kerana terlalu sakit.

vii.

Katarak - bahagian anak mata berbintik putih, berkabut dan kelam.

viii.

Mata yang terlalu sensitif kepada sebarang cahaya

18

b)

Tingkah laku

Tingkah laku kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan juga boleh dikesan
seperti:
i.

Selalu mengerutkan mata dan bahagian kening.

ii.

Suka menutup dan melindungi sebelah mata."

iii.

Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek.

iv.

Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan
objek kepaada mata.

v.

Kerap menangis.

vi.

Kerap melanggar tiang-tiang dan tunggul sewaktu berjalan.

vii.

Memegang kepala dengan cara luar biasa.

viii.

Suka memicit dan mencucuk matanya untuk mencungkil sesuatu

ix.

Meniru ketika berada didalam kelas.

x.

Mata cepat letih.

xi.

Sering tersandung dan terjatuh apabila berjalan, menaiki atau menuruni tangga.

C)

Aduan-aduan

Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan perasaan tidak
puas hati supaya mendapat perhatian. Tanda-tanda aduan yang dapat diperhatikan seperti:
i.

Mengadu kerana tidak dapat melihat dengan jelas

ii.

Berasa sakit kepala bila membuat sesuatu kerja

iii.

Pandangan kabur.

iv.

Mengadu nampak dua imej pada suatu objek

v.

Mengadu suasana menjadi gelap apabila awan mendung

vi.

Mengadu sakit mata sehingga kadang kala mata berair

vii.

Pelajarannya kurang memuaskan

8.3 JENIS - JENIS MASALAH PENGLIHATAN

19

Low Vision / penglihatan terhad


-Low vision boleh didefinisikan sebagai kecacatan penglihatan yang tidak sepenuhnya
iaitu apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70 iaitu kurang
daripada 20 %. Menurut World Health Organization (WHO) dan Norini Salleh (1993)
telah mengistilahkan kerabunan / low vision sebagai mempunyai baki penglihatan
(residual vision) yang signifikan.
Penglihatan didefinisikan sebagai signifikan terhadap penurunan tahap pengupayaan
penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau keadaan
penglihatan kurang daripada 20 darjah gairs pusat (Noraini Salleh,1993) masalah
penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, kesan penglihatan dan pengamatan
penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu benda dangan
jelas. Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang dapat dilihat sekiranya mata
dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan bermaksud pentafsiran penglihatan
yang diproses di dalam otak untuk mengenalpasti

konsep ruang. kedudukan atau

orientasi objek sama ada terbalik atau tidak. Penglihatan terhad

terbahagi kepada

beberapa jenis iaitu :


i. Miopia/rabun dekat:
Objek jauh tidak dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu panjang ataupun
kuasa kanta mata terlalu tinggi. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu dihadapan
retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan

dengan

memakai

cermin

mata

berkanta

cengkong yang mencapahkan cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina
(Hallaan dan Kauflman, 1994)

ii. Hiperopia (Rabun Jauh)

20

Objek dekat tidak dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu pendek ataupun
kuasa mata terlalu rendah. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu di belakang retina.
Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung yang
menumpukan supaya imej dapat difokuskan ke atas retina (Hallan dan Kauffman 1994)
iii. Presbiopia
Masalah ini disebabkan kekenyalan kanta mata dan biasanya berlaku di kalangan orang
tua. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata ,berkanta
Bifocal.bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah
digunakan untuk membaca.
iv. Aastigmatisme
Cahaya tidak dapat difokuskan pada titik yang sama. Kecacatan ini boleh diperbetulkan
dengan memakai cermin mata berkanta bifocal. Bahagian atas kanta digunakan untuk
pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.
v. Rabun warna
Rabun warna bukanlah merupakan kerabunan tetapi kecacatan penglihatan yang
menyebabkan seseorang yang mengalaminya tidak dapat membezakan warna khususnya
warna asas la adalah kecacatan keturunan yang aneh yang melibatkan kira-kira 8 % lelaki
dan 0.4 % perempuan (Noraini Salleh, 1993).orang yang menghadapi

rabun

warna

sering mengalami kesulitan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau.Ujian
mengesannya mudah dilakukan iaitu dengan menunjukkan beberapa plat buku yang
mengandungi titik berwarna yang berbeza untuk dijadikan nombor tertentu. Nombornombor ini akan disalahtafsirkan oleh orang yang rabun warna.Terdapat tiga jenis rabun
warna iaitu dichromat (merah-hijau), dichromat (kuning-biru) dan monokromat hanya
menggunakan satu warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi.

21

vi.)

Rabun malam

ia adalah kecacatan disebabkan oleh keturunan. la sukar dikesan dan mungkin


menjejaskan perkerjaan seseorang.keadaan ini tidak
dapat dirawat.
vii.)

Penglihatan terowong.

Penglihatan yang terhad. Hanya sebahagian sahaja objek yang dapat dilihat.

9.0 MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

22

Definisi.
Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenal pasti dan disahkan
oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami permasalahan yang mengganggu
proses pembelajaran. permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan fizikal, intelek,emosi dan sosial.
Murid-murid ini juga mempunyai keistimewaan yang berbeza dari segi bakat, kebolehan
dan

kemampuan,

seterusnya

memerlukan

program

pendidikan

khas

untuk

mengoptimakan potensi mereka


9.1 KATEGORI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
Murid-murid bermasalah pembelajaran dikategorikan kepada: Sindrom Down ringan
Autistik ringan
Hiperaktif ringan
Terencat akal ringan
Perkembangan lewat.
Disleksia

9.2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI MURID BERMASALAH


PEMBELAJARAN.
23

1.Sindrom Down;
bukan dikategorikan sebagai penyakit
tidak boleh diubati
lerjadi disebabkan keadaan baka yang tidak normal
berkait rapat dengan usia ibu ketika hamil (tiada bukti perkaitan dengan usia
bapa)
nisbah kerjadian 1:650 setiap kelahiran
selalu dikaitkan dengan paras rupa yang hampir sama
boleh dikesan di peringkat awal kehamilan
ujian membabitkan ibu dan janin (kaedah amniocentesis dan chrionic villus
sampling)
ujian kromosom dalam darah ibu.
JENIS SINDROM DOWN
Trisomi
Penambahan pasangan kromosom 23 + l (pada kromosom nombor 21) sepatutnya
46 menjadi 47.
Nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:200 kelahiran
Nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran
Bagi ibu yang berusia lebih 40 tahun nisbah kejadian adalah pada nisbah 1:30
Darjah kecerdasan 50%-80%
Translocation
Tidak membabitkan lebihan kromosom dalam darah ibu hamil.
terjadi dalam dua cara;

24

a) Secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21. Jika ibu
pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 10%-25%. Jika bapa
pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak sindrom down adalah 3%-5%.
b) Secebis kromosom nombor 21 bercampur dengan nombor yang sama.Jika ibu
pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 100% melibatkan semua
kelahiran dalam keluarga. Darjah kecerdasan 50%-8O%.
Mosaic
Sindrom Down yang tidak begitu ketara pada wajah murid-murid. tidak 100%
down. Kerosakan mental murid ini tidak teruk.

Darjah kecerdasannya adalah

80%-90%.
CIRI-CIRI MURID SINDROM DOWN
FIZIKAL
Hidung kemek
Lidah tebal dan kerap terjelir
Tapak tangan lebar
Tapak tangan hanya ada satu lipatan
Jari kelengkeng tangan melengkung
Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua lebar
Leher pendek dan besar
Kelopak mata berlipat lipat
Otot lembik
Kurang pendengaran
Pertuturan kurang jelas
Lambat bertutur/bermasalah pertuturan

25

Menghidap sakit jantung berlubang


Mudah mendapat radang lengkorok/sclseina/radang paru-paru
Posisi tubuh di bawah tahap sederhana
Mobiliti lambat/kekok
Mobiliti tidak tepat/kekok
Koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan (kaku)
Lemah koodinasi motor-mata tangan
Perkembangan sensori-motor lambat tidak normal
INTELEK
Perkembangan

kronolologikal, intelek

tidak

selaras/lambat

berbanding

dengan perkembangan
Tumpuan perhatian singkat dan ingatan pada butir-butir tertentu adalah lemah
Tidak upaya untuk kritik diri
Tindak balas streotaip dan mudah dipengaruhi candangan
Memahami konsep melalui direct-interaction dan mempunyai konsep mujarab
yang lemah
Kemampuaan yang tidak setara dalam kemahiran muzik, kerja kreatif bahasa
Keupayaan fizikal dan Iain-lain
Kelihatan bijak tetapi tidak mampu melakukan kerja kompleks
EMOSI
Tekanan emosi jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks
Perasaan sama dengan orang normal tetapi tindak balas tidak sama
Mudah menjadi tidak sabar,sebab tempoh perhatian singkat
Ketidakstabilan emosi, jika harapan terlalu tinggi seterusnya bertindakbalas
dengan perasaan takut atau marah.
bersifat pengasih
26

2. AUTISMA

Suatu keadaan yang menyebabkan murid-murid menuju ke arah perkembangan yang


tidak menentu. Tanda-tanda awal autisma menampakan kesannya dalam masa kanakkanak itu meningkat umur antara 30 hingga 36 bulan. Nisbah kanak-kanak autisma lelaki
dengan perempuan ialah 4:1 kajian menunjukkan terdapat 3 hingga 5 kes terjadi dalam
setiap 5000 murid-murid di peringkat persekolahan di seluruh dunia.
CIRI-CIRI MURID AUTISMA
Boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak
Boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang di lihat
Suka mengelak penentangan mata
Ketawa dengan tiba-tiba
Menangis dan marah tanpa sebab
Tidak mahu bermesra atau didakap
Kesukaran menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain
Bermain permainan yang luar biasa
Tingkah laku aktif yang keterlaluan (hyperaklif) atau sebaliknya (hypo)
Perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek
Tidak mengenali bahaya
Kurang deria rasa
Suka meniru perkataan orang lain
Bercakap tidak putus-putus mengenai sesuatu tajuk
Perkataan yang diulang-ulang berkali
Memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan
Menunjuk dengan jari apa yang dihajati
Berkelakuan aneh
Tidak mahu perbezaan dalam hidup seharian

27

Tidak mengawal keseimbangan fizikal


Enggan menerima pelajaran biasa
Suka memutar barang
3. HAIPERAKTIF (Attention Deficit Disorder)

Haiperaktif dipercayai berpunca daripada ganguan mekanisma sistem saraf pusat (central
nerves system). Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh faklor;
genetic
infeksi
kerosakan pada otak
masalah persekitaran rumah
kerucunan (toksin)
kekurangan zat makanan
alahan kepada makanan
alahan pada bahan kimia
CIRI CIRI MURID HAIPER AKTIF(ADD)
Suka menjerit
Resah
Kurang tidur/sukar untuk tidur.
Tidak suka dibelai.
Menghentak-hentakan kepala atau marah tidak menentu
Gopoh
Tidak suka duduk diam.
Tingkah laku merosak.
Agresif.
Tidak dapat memberi tumpuan perhatian pada sesuatu.

28

Suka mengulangi perkataan yang diucapkan dan bercakap kuat.


Suka mengasingkan diri.
Gagal dalam bidang yang diceburi walaupun mempunyai Darjah Kecerdasan yang
tinggi.
Tiada selera makan
Lemah koordinasi.
Sukar memberi kerjasama
Depresi/jiwa tertekan.,
Sensitif terhadap bau-bauan, cahaya,bunyi,panas dan sejuk
4. TERENCAT AKAL

Murid terencal akal merupakan murid yang kefungsian inteleknya di bawah tahap budak
normal. Keadaan ini vvujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku adaptif murid
iaitu kemahiran berkomunikasi,pengurusan diri, sosial dan psikomotor,
yang dapat dilihat dalam proses perkembangan murid.
Fungsi intelek biasanya diuji melalui ujian kecerdasan (IQ Test). Di Amerika
Syarikat, murid murid yang terencat akal adalah murid muridyang pencapaian ujian
kecerdasannya di bawah 70.
Jaduat Berikut Menujukkan darjah Kecerdasan

KATEGORI MURID
Pintar Cerdas
Sangat Bijak
Bijak
Lebih daripada sederhana
Normal atau Sederhana
Bawah daripada sederhana
Lembab atau pinggiran
Lemah akal, dungu
Tolol/Tongong

DARJAH KECERDASAN
140keatas
130-139
120-129
11O-119
90-109
80-89
70-79
70-79
49 dan kebawah

29

9.3

IMPLIKASI

KERENCATAN

AKAL TERHADAP

PERKEMBANGAN

FIZIKAL, MENTEL, EMOSI , SAHSIAH DAN PERTUTURAN / PEROLEHAN


BAHASA.
1. Beberapa jenis kecatatan

motor dan epilepsi . Sebahagian daripada orang yang

terencat akal mengalami kerencatan penglihatan dan pendengaran.Kecacatan motor


yang mungkin terdapat termasuklah spastisiti, ataksia dan atetosis . Epilepsia
biasanya berlaku dalam kes-kes kerencatan yang tinggi atau yang teruk sahaja iaitu
apabila terdapat kerosakan otak yang jelas.
2. Dari segi perkembangan mentel mereka yang terencat akal mempunyai kemahiran
yang tidak menentu

dan mereka mempunyai tahap intelektual yang berbeza-

beza.Mereka juga menunjukkan prestasi yang rendah dalam semua jenis tugas seperti
pembelajaran , ingatan , penggunaan konsep dan penyelesaian masalah.Mereka
mudah lupa akibat hilang ingatan seketika dan gemar bertanya soalan berulang-ulang
atau menceritakan sesuatu berulang-ulang kali.
3. Mereka yang mengalami kerencatan akal menghadapi kesulitan di dalam
perkembangan sosial daripada perkara perkara yang berikut seperti memahami
hubungan sosial , membentuk tali persahabatan , memahami fikiran dan perasaan
orang lain dan mengekalkan hubungan mata.
4. Dari segi perkembangan emosi dan sahsiah , mereka yang mempunyai kerencatan
akal mempunyai tingkahlaku yang boleh menimbulkan masalah pembelajaran yang
biasanya dipengaruhi oleh kecenderungan hiperaktif , gangguan perhatian , suka
mengikut perasaan , ragam emosi yang kerap berubah , kelemahan koordinasi
pergerakan umum dan lambat memberi gerak balas.

30

Mereka juga menunjukkan tingkahlaku yang bermacam-macam ragam dan pelik ,


selalu mengalami perasaaan takut dan cemas dan sentiasa mengelak dari bercakap
dan bermain bersama .Mereka lebih suka bermain sendiri.
5. Implikasi terhadap perkembangan pertuturan / perolehan bahasa mereka ini
mempunyai tahap kesefahaman bahasa yang rendah dan tahap pengunaan bahasanya
terbantut. Bahasa mereka juga agak ganjil dan sukar difahami . Mereka yang terencat
akal ini mengalami kesulitan memahami pertuturan , kesulitan memahami isyarat
( badan , tangan , mimik muka ) , kesulitan mengunakan bahasa , lewat atau tiada
langsung , perkembangan bahasadan terdapat juga echolalia iaitu mengulang
percakapan orang lain.
FAKTOR-FAKTOR KERENCATAN AKAL
Genentik/keturunan;- Genetik yang tidak baik turun menurun dalam keluarga.
Masalah metabolic/hormon
Janin diserang kuman
Janin diserang toksin/racun-dadah, arak ;
- berlebihan bahan kimia menjadikan ketegangan motor dan deria haiper aktif , gelisah ,
merayau-rayau , pergerakan tidak stabil , mudah terganggu , tidak selesa dan fikiran
berubah ubah.
- Kekurangan bahan kimia menyebebkan kelemahan motor dan deria tidak berupaya ,
pergerakan lembab , sering mengantuk , lambat berfikir , berpeluh , tiada menumpukan
perhatian;
Masalah pembentukan otak- malformation of the Central Nervous System
Kecederaan otak semasa prenatal
Radang otak - meningitis,encephalitis.
Traunia/kemalangan/ abuse
Kelahiran tidak cukup bulan

31

Ciri-ciri yang jelas tentang murid murid terencat akal dapat dilihat dari segi perbezaan
tahap mental murid dengan umur hayat mereka. Kerencatan akal yang serius
menunjukkan kematangan yang rendah berbanding dengan umur hayat mereka.
PERKEMBANGAN LEWAT
Murid-murid ini mempunyai pencapaian ujian kecerdasan mereka lebih sedikit daripada
murid terencat akal. Jika dibandingkan dengan murid yang mempunyai kecerdasan
sederhana, kategori murid perkembangan lewat agak lambat memahami konsep-konsep
baru. Konsep ini juga dipanggil sebagai tingkah laku/motivasi lemah.
5. DISLEKSIA

Definisi
Murid disleksia merupakan murid yang menghadapi kesukaran atau ketidakbolehan
menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima
pendidikan yang mencukupi.(Spafford dan Grosser 1996 dan Smith,
1991)
CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA
Peringkat Prasekolah:
Kemajuan pertuturan yang lambat.
Susah faham atau ingat arahan.
Lemah kemahiran gerak kasar,
Contoh: senantiasa melanggar barang sekitar, sukar membaling atau
o menangkap bola.
Lemah kemahiran motor halus seperti memegang alatulis atau menggunting.
Tiada tangan yang dominan.
Sukur mengesan perkataan berima.

32

Sukar bertepuk mengikut irama.


Sering lupa perkataan yang dipelajari.
Kesukaran dengan preposisi, contoh; alas, bawah, dalam, luar, masuk, keluar,
berbakat kreatif dan seni.
Cekap dengan mainan binaan.
Fikir mengikut gerak had" - melihat penyelesaian masalah dengan pantas.
Sifat ingin tahun yang tinggi, berminat terhadap perkara baru, suka bertanya
banyak soalan.sekolah rendah:
Lemah dalam bacaan, tulisan dan ejaan.
Kekeliruan dengan abjad b / d , p / q, m / w, n / u.
Tulisan cermin.
Bermasalah.mengingati perkataan,
Kesukaran memahami konsep masa.
Sering berangan-angan.
Bertutur dengan baik.
Tidak teratur.
Perbezaan ketara dalam pencapaian.

33

10.0 MURID BERMASALAH PENDENGARAN


Definisi masalah pendengaran
Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya
pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan
deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan
bahawa masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar
sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain.
Memahami masalah pendengaran
Seseorang yang mengalami masalah pendengaran ialah orang yang tidak boleh
mendengar atau memahami percakapan atau bunyi yang lain.Masalah pendengaran
bukanlah seperti

kecacatan dalam fizikal.Ianya

adalah satu bentuk masalah yang

tersembumbunyi yang hanya akan diketahui apabila kita hendak berkomunikasi dengan
mereka.Tidak semua orang yang mengalami ini tidak boleh mendengar langsung.Ramai
kanak-kanak disekolah seumpamanya,dapat mendendar dan bercakaptetapi didalam
lingkungan yang terhad. Komunikasi seseorang yang mengalami masalah pendengaran

34

ini bergantung kepada faktor yang terhad seperti tahap kehilangan pendengaran ,jenis
kehilangan

pendengaran,usia

masalah

pendengaran

iniu

berlaku,intelek

personaliti,keluarga mereka dan juga pendidikan mereka.


Tahap

kehilangan

pendengaran

diukur

dengan

alat

khas

yang

dinamakan

audiometer.Masalah pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut:


I.
II.

Ringan (mild)-Kehilangan pendengaran 20-40(desibel)


Sederhana(moderate)Kehilangan pendengaran 40-70 (desibel)

III.

Teruk (severce)-Kehilangan pendengaran 70-95 (desibel)

IV.

Amat teruk (Profound)-Kehilangan pendengaran melebihi 95 (desibel)

10.1 KATEGORI KANAK-KANAK KURANG UPAYA PENDENGARAN


Separuh Pekak
Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi ianya masih
terdapat sisa pendengaran.Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi samaada
dengan bantuan alat pendengaran atau tidak (Brill,Mac Neil &Newman. 1986).
Pekak
Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi
langsung.Kecacatan diperolehi samada sebelu ,semasa atau selepas kelahiran.(Brill.Mac
Neil & Newman,1986).

10.2 DARJAH KEPEKAKAN


Menurut Paul dan Quigley (1990) sseseorang yang kurang upaya pendengaran tidak
dapat menggunakan

pendengarannya,

memahami pertuturan walaupun mereka

mempunyai sisa pendengaran.

35

Menurut Northerm dan Lemme (1982) untuk memahami pertuturan kita hanya perlu 1015 dB (desible) kekuatan bunyi yang didengar berbanding bunyi persekitaran. Terdapat
enem peringkat (kategori) kurang upaya pendengaran menurut Daniel Phallahan dan
James Kaufman (1997) iaitu:

Darjah
> 26 db

Kategori Tahap Pendengaran


Normal, boleh mendengar

Penempatan
Sekolah biasa

27 - 40 db sedikit.

boleh mendengar bunyi vokal tetapi sekolah


mungkin
tidak

biasa

dengan

mengunakan alat bantu

menyedari

beberapa

bunyi mengajar

konsonan
41 - 55 db

dapat

mendengar

bunyi-

bunyi di tempatkan sebahagian

ringan @ sederhana.

pertuturan yang kuat sahaja.boleh hari dari dalam sehari di


dengar pertuturan pada jarak 3 - 5 sekolah
kaki.

biasa

dan

sebahagian hari lagi di

perlu perhatian sekolah biasa dengan tempatkan

di

sekolah

alat bantu dengar yang ada guru khas biasa dengan kelas khas
yang ada guru khas.
56 - 70 db

tidak

sederhana teruk.

pertuturan dalam perbualan biasa.


tidak

71 - 90 db

dapat

dapat

mendengar

mendengar

pertuturan.

bunyi di tempatkan di sekolah


bercantum/kelas khas.

bunyi di tempatkan di sekolah


bercantum/kelas khas.

teruk
91 db ke atas

tidak dapat mendengar langsung bunyi menghadapi

sangat teruk.

bunyi pertuturan atau lain lain.

masalah

kerencatan bahasa dan


tidak

dapat

beri

perhatian sepenuhnya
36

10.3 JADUAL MENUNJUKKAN DARJAH KEPEKAKAN.

10.4 SEBAB -SEBAB CACAT PENDENGARAN


Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh Hallahan
dan Kauffman (1977) iaitu sebelum,semasa atau selepas kelahiran.
sebelum kelahiran
1.

Baka :disebabkan oleh gen

2.

bukan baka :
I.

Jangkitan semasa mengandung seperti rubella, meningitis, campak, cacar,


beri-beri, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

II.

Pengambilan dadah atau bahan kimia, seperti kuinin, streptomycine alcohol


yang berlebihan dan sebagainya.

III.

Toksemia di peringkat akhir mengandung, mengandung yang terlalu kerap

semasa kelahiran
1. Kepala bayiterlalu lama di pintu rahim yang mengakibatkan tekanan yang kuat
terutama pada bahagian telinga bayi.
2. Kelahiran yang tidak cukup bulan.
3. Kecederaan semasa dilahirkan.terutama di bahagian telinga.
4. penyakit homolisis selalunya disebabkan oleh faktor Rh(darah)
selepas kelahiran
1. 1.Mendapat penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti
2. begok, demam campak, demam panas dan sebagainya.

37

3. 2.Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga.


4. 3.Pengambilan antibiotik seperti streptomein, kuinin dan lain-lain lagi.
5. 4.Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat.
10.5 CIRI CIRI MURID MURID BERMASALAH PENDENGARAN
Panduan untuk mengenalpasti murid murid yang mempunyai masalah pendengaran
iailah:
I.

kurang memberi perhatian

II.

susah mengikut arahan

III.

Kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang memerlukan perbingcangan atau


banyak memerlukan pertuturan banyak memerlukan pertuturan.

IV.
V.
VI.

Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan.


Selalu berkhayal.
Cara percakapan yang janggal.

10.6 CARA CARA MENGENALPASTI MURID MURID BERMASALAH


PENDENGARAN
Terdapat dua acara untuk mengesan kecacatan pendengaran pada peringkat bayi dan
kanak kanak
I.
II.

ujian tarikan:kanak kanak didedahkan kepada bunyi tanpa pengetahuan mereka atau
penglihatan meraka.Pemerhatian dibuat samada bayi atau kanak kanak menunjukan
apa apa tindak balas

III.

ujian pertuturan:kanak kanak boleh memahami apa yang dituturkan menunjukan


gerak balas terhadap apa yang disuruh.

38

Pelajaran 1A
Pelajaran 1A Titik-titik abjad rumi Braille
1. a =1
2. b =1 2
3. c =1 4
4. d =1 4 5
5. e =1 5
6. f =1 2 4
7. g=1 2 4 5
8. h =1 2 5
9. I =2 4
10. j =2 4 5
11. k =1 3
12. l =1 2 3
13. m =1 3 4
14. n =1 3 4 5
15. o =1 3 5
16. p =1 2 3 4
17. q =1 2 3 4 5
18. r =1 2 3 5
19. s =2 3 4
20. t =2 3 4 5
21. u =1 3 6
22. v =1 2 3 6
23. w =2 4 5 6
24. x =1 3 4 6

39

25. y =1 3 4 5 6
26. z =1 3 5 6

11.0 AKTA PENDIDIKAN KHAS.

1.1 AKTA PENDIDIKAN 1996


UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PENDIDIKAN 1996
AKTA 550
(Pindaan Hingga April, 1997)

BAHAGIAN IV
SISTEM PENDIDIKAN
Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan disemua sekolah
18

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai


Kurikulum Kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen (3), hndaklah
digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah
menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akn diperolehi
oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan
hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan
apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.

40

(3) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi
jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam
Jadual diajarkan disekolah itu.
(4) Menteri boleh dari semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta
menambah, meminda, atau mengubah Jadual.
Sekolah hendaklah menyediakan murid untuk peperiksaan yang ditetapan
19.

Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya untuk


peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.Melainkan jika dikecualikan selainya
oleh atau di baeah Akta ini.
Bab 6- Institusi Pendidikan Lain
Institusi Pendidikan Lain

34

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuh dan
menyenggarakan institusi pendidikan yang lain:
(a) maktab, selain daripada maktab yang bertaraf universiti atau kolej
universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
(b) sekolah khas;
(c) politeknik; dan
(d) apa-apa institusi pendidikan lain, yang penubuhan atau penyenggaraan tidak
diperuntukan diperuntukan di bawah akta ini atau Akta Universiti dan
Kolej Universiti 1971.

41

Bab 8- Pendidikan Khas


Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas
(40)

Menteri hendaklah mengadakan pendidikan di sekolah khas yang ditubuhkan di


bawah perenggan 34 (1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah
yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat.

41.(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-

peraturan menetapkan
(a)

tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan


muri yang menerima pendidikan khas

(b)

kurikulum yang hendaklah digunakan berhubung dengan pendidikan


khas;

(c)

ketegori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang


sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap ketegori sekolah khas; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaatatau perlu


bagi maksud Bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1) (a) tidak boleh
kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukan di bawah Akta ini.
(3) Kurikulum yang ditetapkan dibawah perenggan (1) (b) hendaklah mematuhi
kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.
42

1.2

Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997


MALAYSIA
WARTA KERAJAAN
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA

________________________________________________________________________
26

31 Disember, 1997

Tambahan No.94
PERUDANGAN (A)

________________________________________________________________________
P.U. (A) 532
AKTA PENDIDKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 1997
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996,
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Perturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari, 1998.
(2) Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain -

43

murid-murid dengan keperluan khas ertinya murid murid yang mempunyai


kecacatan Penglihatan atau kecacatan Pendengaran atau mempunyai masalah
pembelajaran;

program pendidikan khas ertinya (a)

suatu program yang disediakan disekolah khas bagi murid-murid


yang

mempunyai

kecacatan

Penglihatan

atau

kecacatan

Pendengaran;
(b)

suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid


yang

mempunyai

kecacatan

Penglihatan

atau

kecacatan

Pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan


(c)

suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan


keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa
bersama-sama dengan murid-murid biasa
BAHAGIAN II
PENDIDIKAN KHAS

3.(1) Bagi sekolah Kerajaan dan bantuan Kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas
yang boleh didik adalah layak untuk menghadiri program pendidkan khas kecuali muridmurid yang berikut:
murid-murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental
untuk belajar seperti murid biasa: dan
murid yang mempunyai pelbagai kecacatan ayau yang sangat cacat
anggotanya atau yang terencat akal yang berat.
Seorang murid dengan keperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk
mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh

44

suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian
Pendidikan dan Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti
program pendidikan kebangsaan.
Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh
mengubahsuai kaedah teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi
aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar
bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.
Dibuat 30 Disember, 1997
[KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. II; PN(PU) 569.]

45

12.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan khas sudah diwujudkan sebelum tahun 1950an lagi.Hal ini kerana pada tahun
1926 sebuah sekolah murid bermasalah penglihatan ditubuhkan oleh Gereja Anglican
diMelaka.Sekolah ini diberi nama SR.ST. Nicolas.Pada tahun 1931. SR.ST.Nicolas telah
berpindah ke Pulau Pinang.Pada tahun 1948 sebuah sekolah lagi ditubuhkan bagi murid
bermasalah penglihatan di Johor Bahru.Sekolah ini dinamakan sebagai SRPK Princess
Elizabeth.Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asrama dengan bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.Pada awal tahun 1950an, sebuah intitusi berasrama dibuka, iaitu
Pusat Latihan Gurney di Kuala Lumpur oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun
1953.Pada tahun 1954 pula pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northem,Pulau
Pinang telah diwujudkan.Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama Sekolah Kanak
Kanak Pekak Persekutuan(rendah dan menengah) telah ditubuhkan di Tanjong Bunga
Pulau Pinang.Golongan Berkeperluan Khas ini sudah mendapat perhatian umum dan
begitu banyak pusat pendidikan ditubuhkan untuk golongan ini.Pada tahun 1958 sebuah
Institut Taman Harapan ditubuhkan di Pusat Pertanian Temerloh,Pahang oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan diikuti oleh Institut Taman Cahaya di Pusat Pertanian
Sandakan Sabah. Pendidikan Inklusif murid-murid cacat penglihatan dimulakan pada
tahun 1962.Kelas Rancangan Percantuman Pendidikan Khas Bermasalah penglihatan
dibuka di sekolah rendah dan menengah biasa.Pada tahun 1962 juga,latihan Perguruan
Khas Bidang Cacat Penglihatan dimulakan di MPIK Cheras Kuala Lumpur.Pada tahun
1963 penubuhan Jawatan Kuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu telah
diwujudkan. Pada tahun yang sama kelas rancangan percantuman pendidikan khas
bermasalah pendengaran dibuka di sekolah rendah dan menengah, .Latihan Pengurusan
Khas bidang cacat pendengaran telah dimulakan di MPIK Ceras Kuala Lumpur.Justeru
itu,satu unit Pelajaran Khas di bahagian sekolah Kementerian Pendidikan telah
dilaksanakan. Pada tahun 1979 satu perakuan dibuat iaitu perakuan 169,Laporan Jawatan

46

Kuasa Kabinet bagi mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran.Perakuan itu berbunyi


Dengan adanya kesadaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat.Adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab itu dari persatuan yang mengendalinya pada masa
ini.Disamping itu penyertaan oleh badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanakkanak cacat hendaklah terus digalakkan.Pada awal tahun 1980an iaitu tahun 1983
Jawatan Kuasa kod brailleAl-Quran dan pembentukkan sistem kod Braille Al-Quran
ditubuhkan.Pada tahun berikutnya (1984) beberapa penubuhan unit telah dilaksanakan
antaranya ialah Penubuhan Unit Penerbitan Dan Percetakkan Braille oleh Kementerian
Pendidikan., Penubuhan Jawatan Kuasa Mengkaji peluang pekerjaan untuk pelajar
lepasan siswazah cacat penglihatan oleh MAMPU dan Jabatan Perdana Menteri serta
Penubuhan Jawatan Kuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional oleh Kementerian Pendidikan.Pada tahun 1985 beberapa buah Jawatan Kuasa
telah ditubuhkan antaranya Penubuhan Jawatan Kuasa Kerja penyelarasan komunikasi
seluruh sistem kod pendidikan islam ,Penubuhan Jawatan Kuasa kerja kecil kod dasar
agama islam ,Penubuhan Jawatan Kuasa kerja kecil kod dasar KBSR tahap II Bahasa
Melayu dan Penubuhan Jawatan Kuasa kecil pengubalan kod tangan Pendidikan
Vokasional dan Teknikal.Sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional telah
ditubuhkan di Shah Alam Selangor pada tahun 1987.Pada tahun 1988 pula Projek Perintis
sebuah kelas rancangan percantuman pendidikan khas bermasalah pembelajaran
peringkat rendah bagi tujuan pelaksanaan seluruh negara telah dilaksanakan.Pada tahun
1990,Projek Perintis kelas rancangan percantuman pendidikan khas

bermasalah

pembelajaran peringkat rendah seluruh negara mewajibkan setiap negeri mempunyai satu
kelas.Justeru itu,pada tahun 1993,tiga orang pelajar tingkatan enam bawah telah
mengikuti program pendidikan inklusif di Sekolah Menengah Methodist (L) di Kuala
Lumpur.Pada tahun 1994 satu program sandaran inklusif di luar negara telah
dijalankan.Pada tahun yang sama juga satu projek perintis program pendidikan inklusif
diseluruh negara telah dilaksanakan dan mewajibkan setiap negeri mempunyai sebuah
sekolah rendah .Pada satu haribulan oktober 1995 Unit Pendidikan Khas dinaik taraf
sebagai Jabatan Pendidikan Khas oleh Kementerian Pendidikan .

47

12.1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Latar Belakang
Pembahgian Perkembangan Pendidikan Khas Terbahagi Kepada Tiga iaitu
i) Peringkat Pertama( awal1947- akhir1947)
ii) peringkat kedua(1948-1980)
iii)peringkat ketiga(1981-kini)
i) Peringkat Pertama Dari Awal Sehingga Tahun 1947
Seperti mana yang terdapat

di negara

negara yang membangun dan sedang

membangun peranan utama dalam pendidikan khas dan perkhidmatan pemulihan


pelbagai kecacatan adalah disumbangkan oleh intitusi kekeluargaan, kemasyarakatan dari
pelbagai golongan etnik dan agama, serta pertubuhan- pertubuhan ibu bapa sukarela yang
bersifat tempatan dan antarabangsa
ii)Peringkat Kedua Dari 1948 Hingga ke 1980.
- Tahun 1948 merupakan satu historical milestone dengan meperlihatkan peranan dan
penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan beberapa sekolah khas seperti
Sekolah Rendah Princess Elizabeth di johor bahru dan sekolah kanak-kanak pekak
persekutuan pulau pinang (1954).Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemas untuk
mempertingkatkan mutu pendidikan kanak-kanak khas. Antaranya , satu mode
penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenalkan kepada guru guru khas
masalah pendengaran bermula dari tahun 1979-1981dan 1984-1986.Kementerian
pendidikan mula memberi penekanan kepada latihan khas perguruan dalam tahun 1960.
Maktab perguruan ilmu khas Cheras Kuala Lumpur menganjurkan kursus cacat
pendengaran (1963).
48

- Sebelum tahun 1950- an


1926 - Pembukaan SR .ST. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka.( Murid
Bermasalah Penglihatan )
1931 SR ST .Nicholas berpindah ke Pulau Pinang. (Murid Bermasalah Penglihatan)
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth , Johor Bharu .(Murid bermasalah
Penglihatan dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat).
- Tahun 1950 an
1953 Pembukaan Institusi Berasrama Pusat Latihan Gurney di Kuala Lumpur oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
1954 Pembukaan Kelas Pendidikan Khas di Jalan Northam , Pulau Pinang.
- Pembukaan sekolah kanak-kanak Pekak Persekutuan ( Rendah dan Menengah)
Tanjong Bunga P.Pinang

1958 Pembukaan Institusi Taman Harapan , Pusat Pertanian


Temerloh , Pahang(JKM)
- Pembukaann Istitusi Taman Cahaya , Pusat Pertanian Sandakan , Sabah (JKM)

- Tahun 1960- an
1962 Pendidikan Inklusif murid-murid cacat penglihatan dimulakan.
_ Kelas Rancangan Percantuman Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan
dibuka di sekolah rendah dan menengah biasa.
_ Latihan Peruruan KhAS BIDANG Cacat Penglihatan dimulakan di MPIK,
Cheras ,Kuala Lumpur.

1963 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille


Bahasa Melayu.

49

1963 Kelas Rangcangan Percantuman Pendidikan Khas


Bermasalah Pendengaran
Dibuka di sekolah sekolah dan menengah biasa.
- Latihan Perguruan Khas bidang Cacat Pendengaran dimulakan di MPIK ,
Cheras, Kuala Lumpur.

Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet


Mengkaji Pertakisran Dasar Pelajaran ( 1979 )
' Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanank-kanak cacat . Adalah diperakui kerajaan hendaklah
mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak
persatuan yang mengendalikan pada masa ini. Disamping otu penyertaan oleh
badan badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat
hendaklah terus digalakkan
iii) Peringkat Ketiga (1981- hingga kini )
1980-an
1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braill Al Quran dan pembentukan sisitem Kod
Briaille AlQuran
1984 Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pendidikan
- Penubuhan Jawatankuasa Mengkaji Peluang Pekerjaan untuk Pelajar/Lepasan
Siswazah Cacat Penglihatan oleh MAMPU,Jabatan Perdana Menteri
- Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Mnengah Pendidikan Khas
Vokasional , Kememterian Pendidikan.
1985 penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Sistem Kod
Pendidikan Islam.

50

-Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dsar Agama Islam.


- Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap 11 Bahasa Melayu Kod
Tangan.
- Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Pengubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional
dan teknikal.

1987- Penubuhan Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Shah Alam

Selangor.
1988- Projek Perintis sebuah Kelas Rangcangan Percantuman Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran seluruh negara.
1990-an
1990 Projek Perintis Kelas Rangcangan Percantuman Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran peringkat rendah negara ( sebuah kelas setiap negeri )
1993 Tiga ( 3) orang pelajar Tinkatan 6 bawah mengikuti Program Pendidikan Inklisif
di Sekolah Menengah Methodist (L), K.Lumpur.
1994 Program Sandaran Pendidikan Inklusif di luar negara.(sebuah sekolah rendah
setiap negeri)
1995 - 1 hb. Okt . Unit Pendidikan Khas dinaiktarafkan sebagai Jabatan Pendidikan
Khas,Kementerian Pendidikan
Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam peringkat ketiga dimana
perkhidmatan kemudahan fizikal ,khidmat sokongan , peruntukan kewangan dan khidmat
kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pada Tahun Antarabangsa orang-orang cacat 1981 menegaskan FULL PARTICIPATION

51

AND JUSTICE, tidak lagi bergantung kepada COMPASSION OF CHARITY,sebagai


temanya. Hal ini bagi menjamin semua kerajaan menjadi anggota pertubuhan
mengamalkan dasar THE DISABLED CHILD,PUPIL OR ADULT IS ENTITLED TO
BENEFIT IN THE EQUALIZATION OF ALL SPHERES OF ACTIVITES,NAMELY
EDUCATIONAL, SOCIAL, POLITICAL, AND ECONOMIC.
Kerajaan Malaysia melalui kementerian pendidikan , kementerian kesihatan dan
kementerian kebajikan masyarakat memainkan peranan utama dalam enam aspek iaitu:
i) mengutamakan pelbagai strategi dan program yang bersifat intervensi(early
intervention)dan pencegahan (potentially preventable)pelbagai kecacatan dari peringkat
bayi dan penempatan kanak dalam program pemulihan dan pendidikan bersesuaian.
ii) Mewujudkan pelbagai jawatan kuasa antara kementerian bertujuan menyelaras dan
memantau perkembangan pelaksanaan program(in-built evolution and monitoring system
for adjustment,correction and improvement)
iii) Mengutamakan golongan yang tinggal di luar Bandar
iv)Mengutamakan pendekatan bersifat local community-based daripada the specialized
residential centre
vi)Mewujudkan kerjasama serantau dan peringkat antarabangsa dengan agensi kerajaan
v)Menggalakkan decentralization bagi pusat ,sekolah, ,kelas khas dan specialized di
peringkat daerah, negeri dan wilayah,dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja

52

13.0 CADANGAN
Antara cadangan yang dapat kami rumuskan mengenai pendidikan khas ini adalah untuk
tindakan guru kelas dan ibu bapa.Antara cadangan cadangan itu ialah:
13.1 GURU KELAS
a) khas supaya menambahkan minat untuk belajar.
b) Mengadakan aktiviti yang menarik supaya menambah minat dan
perhatian murid.
c) Jangan menghalang kebebasan murid mengembangkan daya
kretifnya
13.2 IBU-BAPA
a) Bekerjasama dengan guru supaya dapat memberi bimbingan kepada
anak semasa di rumah.
b) Meluangkan masa untuk berbual dengan anak yang bermasalah
dalam pendidikan khas bagi menggalakan mereka bertuturdan
mengembangkan kosa kata.
c) Menggalakkan anak bertutur dan membaca dirumah.
d) Memberikan galakan yang lebih agar dapat menggunakan minatnya
yang berfaedah untuk masa depannya.
13.3 MASYARAKAT

53

a) Memberi sokongan

dalam bentuk kewangan , motivasi dan

sebagainya .
b) Mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang kepentingan
untuk mengadakan perkhidmatan dan pendidikan untuk kanak-kanak
istimewa ini.Masyarakat perlu memberi perhatian tentang peringkat
perkembangannya yang memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi
dari segi mental, emosi, dan fizikal.

PENUTUP
Pendidikan khas merupakan pendidikan yang diberikan untuk kanak-kanak dalam
golongan cacat atau handikap.Kecacatan itu meliputi masalh penglihatan ,msalah
pendengaran ,msalah pembelajaran,mental,emosi dan fizikal.Kesedaran masyarakat dunia
untuk mengadakan perkhidmatan dan pendidikan untuk kanak-kanak yang bermasalah
dalam pendidikan khas dalam abad kesembilan belas.Usaha Gaspard Itard (1800) dan
Graham

Bell

(1890)

telah

mendorong

perkembangan

falsafah,pemikiran

dan

penyelidikan untuk memmajukan bidang pendidikan khas.Peruntukan perundangan


(legal) untuk pendidikan khas dan golongan amat diperlukan untuk menghuraikan secara
spesifik langkah-langkah penguatkuasaan dalam aspek perkhidmatan ,infrastruktur dan
keperluan guru profesional.Prestasi akademik pelajar pendidikan khas ini iaitu kanakkanka masalah penglihatan ,masalah pendengaran dan masalah pembelajaran,Mereka
yang

mempunyai

implikasi

dari

segi

perkhidmatan

,sumber,kurikulum

pembelajaran,penggubalan alat peperiksaan dan perkhiidmatan kaunseling.Gejala


kecacatan atau masalah dalam pendidikan khas selepas lahir yang lebih tinggi daripada
kecacatan semulajadi menampilkan hakikat bahawa masyarakat perlu memberi perhatian
bahawa kanak-kanak dalam peringkat perkembangan memerlukan penjagaan dalam
peringkat perkembangannya memerlukan penjagaan kesihatan mental,emosi dan fizikal
yang rapi.

54

BIBIOGRAFI
Jabatan Pendidikan Khas (1998) ,Hala tuju pendidikan khas,Kuala Lumpur:Kertas yang
tidak diterbitkan
Jabatan Pendidikan Johor (1998) Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan Pelajar
Dengan keperluan Khas.Unit pendidikan khas,Kertas yang tidak diterbitkan.
Malaysia,Kementerian Pendidikan (1998) ,Buku Panduan Pelaksaan Program Pendidikan
Khas (Masalah Pengusaan 3M) Kuala Lumpur;Jabatan Pendidikan Khas
Risalah mengenai berbagai jenis masalah dalam pendidikan Khas yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat malaysia
Member,tripod.com/-MFZ69/PK01.htmdan http/www.geocities .com/Athens/Agora/3988
/kki.html
Kategori dan cirri-ciri kanak-kanak pendidikan khas(1998) oleh Jabatan Pendidikan
Johor.Kertas yang tidak diterbitkan
Berita harian Sabtu 14 ogos 2004- Anak istimewa mampu cemerlang.

55

Berita Harian (Cabaran mendidik anak kurang upaya) Wanita dan keluarga 11 ogos
2004
Buletin Pendidikan Khas(Aktiviti yang dijalankan dalam pendidikan khas)

56

Anda mungkin juga menyukai