Senyumku tak seghairah Gerak gaya tidak selincah Mataku tak seayu Kicau burung pun tak semerdu Namun ku punya hati Juga gayaku perasaan Hidupku yang begini Kadar waktu diizin Tuhan 1.Tidak ku minta Lahir ke dunia Tidak kuduga Cacat begini Bukan kuminta Kasih dan sayang Bukan ku rayu bantu simpati Maafkan wahai teman Kumenumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua... ( ulang dari 1 )
Chua(1992) P.Khas merujuk kepada program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.
Slavin(1997) Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecatatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas
Gearhart dan Weishman(1980) P.Khas sebagai subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa.
Rumusan Definisi
Satu program pendidikan pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosial yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
Mc Donnell et.al (1995) Kanak-kanak berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa diklasifikasikan kepada pelajar yang rencatan akal, gangguan t/laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecatatan deria serta kecacatan fizikal
Kurang upaya pendengaran ( hearing impairment) Kurang upaya penglihatan ( visual impairment ) Kerencatan akal ( mental retardation ) Masalah t/laku ( behavioural disorders) Masalah pembelajaran ( learning disabilities) Masalah pertuturan ( language impairment) Masalah pintar cerdas( gifted ) Kurang upaya fizikal ( physical disabilities ) Masalah kesihatan ( health impairment )
Kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Perkembangan dari segi fizikal , emosi, sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza dengan kanak-kanak normal. Kategori kanak-kanak ini akan di bincang nanti.
Kepentingan P.Khas
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupannserta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
Cacat fizikal yang teruk Rencatan akal sederhana dan teruk Pelbagai kecacatan dan Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah:
Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperaktif Disorder Terencat akal minimum Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)
Kurikulum
Kurikulum pendidikan khas sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997) murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai:
kecacatan penglihatan kecacatan pendengaran masalah pembelajaran
Senyumku tak seghairah Gerak gaya tidak selincah Mataku tak seayu Kicau burung pun tak semerdu Namun ku punya hati Juga gayaku perasaan Hidupku yang begini Kadar waktu diizin Tuhan 1.Tidak ku minta Lahir ke dunia Tidak kuduga Cacat begini Bukan kuminta Kasih dan sayang Bukan ku rayu bantu simpati Maafkan wahai teman Kumenumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua... ( ulang dari 1 )
SOALAN ISL
Membuat bandingbeza antara Handicap Disabilities Impairment Membuat hubungkait antara FPK dengan Pendidikan Khas.
Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab yang dimainkan leh badan- badan sukarela dalam dan luar negeri serta peranan kerajaan sebagai penggerak utama. Ketiga- tiga peringkat tersebut ialah: Peringkat Pertama (awal 1947- akhir 1947) Peringkat Kedua (1948- 1980) Peringkat Kertiga (1981- kini
Peringkat Pertama (awal 1947- akhir 1947) Pada peringkat permulaan, peranan utama dalam pendidikan khas dan pemulihan pelbagai kecacatan disumbangkan oleh institusi- institusi keluarga dan masyarakat terdiri daripada pertubuhan agama, etnik, ibu bapa dan badan sukarela bersifat tempatan dan antarabangsa.
Peringkat Kedua (1948- 1980) Tahun 1948, merupakan satu historical milestone dengan memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bharu dan Sekolah Kanak- Kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954).
Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemas untuk mempertingkatkan mutu pendidikan kanak- kanak khas. Antaranya, satu mode penyampaian baru dan komunikasi seluruh dipernal kepada guru- guru khas masalah pendengaran bermula dari tahun 1979- 1981 dan 1984- 1986. Kementerian Pendidikan mula memberi penekanan kepada latihan khas perguruan dalam tahun- tahun 1960-an. Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963). Peringkat Ketiga (1981- kini) Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam peringkat ketiga di mana perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan,peruntukan kewangan dan khidmat kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas
Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris, iaitu sebelum abad ke- 19, adalah bercorak nonformal. Pendidikan non- formal berupa Pendidikan Agama Islam di sekolah pondk, masjid dan surau untuk masyarakat Islam.
Kedatangan dan seterusnya campurtangan Ingeris dari abad ke- 19 sehingga pertengahan abad ke- 20 dalam pemerintahan Tanah Melayu, telah membawa perubahan yang besar dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial pada masyarakat peribumi dan cosmopolitan yang terbentuk. Kemudiannya, fenomena ini telah menimbulkan kerencaman masalah dan mempengaruhi peprkembangan system pendidikan sehingga kini.
Usaha-usaha awal mengadakan system pendidikan formal yang sistematik dan moden bukannya dijalankan oleh pemerintahan Inggeris tetap dan persatuan- persatuan pendakwah Kristian yang mengasaskan penubuhan sekolah- sekolah laissez- faire pemerintah Inggeris dalam urusan pendidikan di Tanah Melayu. Ia berakar umbi pada dasar dan ternd pendidikan England apabila kerajaan pusat tidak bertanggungjawab memajukan pendidikan di sesuatu daerah
Penubuhan sekolah agama Islam yang moden, iaitu Madrasah, telah dipelopori dan dikembangkan oleh Kaum Muda. Laporan Barnes (1951), adalah laporan yang kontrovensial tetapi telah memulakan pembentukan satu sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan dan bersepadu. Laporan Razak (1956), dan Laporan Rahman Talib (1960) telah dijadikan asas pengubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar yang dikemukakan oleh kedua- dua laporan tersebut telah dimaktub ke dalam Akta Pelajaran 1961.
Jabatan Pendidikan Khas ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk: merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah, merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi,
merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas, merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas, menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas, menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.
Prasekolah Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah: berumur tidak kurang dari lima (5) tahun disahkan oleh pengamal perubatan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pendidikan Rendah Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif
Pendidikan Menengah Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional i. Sekolah Khas Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. ii. Program Pendidikan Khas Integrasi
AMERIKA SYARIKAT
29 Nov 1975: Public Law 94-142 Setiap individu 3-21 thn akan menerima pendidikan percuma. Memenuhi keperluan bayi,kanak-kanak dan belia yang kurang upaya. 1990 Public Law :94-142 diperluaskan:Akta pendidikan individu kurang upaya ( individuals with disabilities education Act) : IDEA
PENEKANAN IDEA
Pendidikan percuma Pendidikan Inklusif Penilaian pendidikan sesuai dgn kekurangan mereka Koloboratif dlm merancang Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
BRITAIN
1974 :JK Inkuiri Pendidikan Kanak-Kanak Cacat Warnock ditubuhkan. Laporan Warnock menekankan: Pendidikan Intergrasi atau inklusif diperluaskan Akta Pendidikan 1981: Peranan ibu bapa dlm pendidikan khas. Akta Kanak-kanak 1989: Diagnosis terhadap kanak-kanak melibatkan pihak lain tidak shj pada ahli perubatan Pendidikan Inklusif
Soalan ISL
Membuat kronologi sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara dan di Malaysia Membuat bandingbeza antara sejarah pendidikan khas di dalam dan luar negara.
Kirk,1989
Keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan
Wolfgang,1992) Masalah Pendengaran Masalah Penglihatan Masalah Pembelajaran Cacat Anggota Ceberal Palsi Gangguan Emosi Kurang Upaya Mental Autistik Perkembangan lambat
Farrell(2003)
Komunikasi dan interaksi Kognitif dan pembelajaran Perkembangan tingkah laku,emosi dan sosial Sensori dan fizikal
PUNCA KECACATAN
BAKA/ GENETIK JANGKITAN PRANATAL, PERINATAL DAN PASCANATAL METABOLISME PERSEKITARAN TRAUMA
Peringkat Prenatal(sebelum kelahiran bayi) Peringkat Perinatal(semasa kelahiran bayi) Peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi)
Peringkat Prenatal
Baka ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 47 kromosom berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom merujuk kepada symptom atau ciri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun keadaan )
Peringkat Prenatal
Jangkitan Kecacatan di bahagian otak @ sistem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis. Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenis demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit)
Peringkat Prenatal
Dadah dan alcohol Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh membantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yang berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.)
Peringkat Prenatal
Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein. Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melalui air, makanan, dan udara. Cubaan menggugurkan kandungan Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental
Peringkat Perinatal
Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga penggunaan dadah dan merokok oleh ibu.
Peringkat Perinatal
Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.
Penyakit
Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera kerencatan akal akan berlaku.
Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling. Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanak-kanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalh emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paiap air dan petrol.
CARA MENGATASI
Pencegahan pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kehamilan Ibu yang dijangkiti siflis dapat melahirkan anak melalui pembedahan caeseran Ibu-ibu dinasihatkan mengurangkan pengambilan alcohol terutamanya di peringkat 12-18 minggu mengandung iaitu semasa sel otak sedang terbentuk Sering berjumpa doctor sewaktu proses kehamilan. Ujian-ujian penyaringan seperti penyaringan metabolic, air kencing, dan ujian darah dapat dilakukan untuk mengesan kewujudan penyakit.
CARA MENGATASI
Umur ibu sewaktu mengandung/melahirkan anak biarlah dibawah usia 45tahun keatas kerana risiko mendapatkan anak cacat adalah 1:16 kelahiran. Menjarakkan kelahiran untuk menentukan ibu bapa mampu menyara hidup anak-anak dengan diri mereka. Selepas kelahiran kanak-kanak mereka perlu diberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan mereka. Keselamatan perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada mendapat kemalangan tertentu dibahagian kepala.
permainan yang bahaya seperti permainan kasut roda yang tidak digalakkan. pengguan yang tidak memakai tali pinggang kaledar yang direka khas kepada bayi apabila membawa mereka bersiarsiar.
setiap individu -gen-gen adalah berpasangan dan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominan menindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif.Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi
FIZIKAL
Teori biologi William H. Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah (1924:73) bentuk badan Warna kulit, warna mata dan warna rambut Umur
Kajian Buss dan Plomin (1985) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.
Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya.
Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997). Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran .
Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan (idiocy) kedua-dua ibu bapa terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit phenylkeyonuria oleh kekurangan enzim yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnya merosakkan mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34).
Down Syndrome
Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna semasa meiosis, Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak sindrom down adalah terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatan baka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.
Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X. Antaranya Hemophilia iaitu sejenis kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya, iaitu AHG. Pendarahan yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi
Rabun warna
Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan kekurangan pigmen ini akan mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya dari kaum perempuan.
Muscular Dystrophy
Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama kelamaan tidak boleh berfungsi. Penyakit ini boleh berlaku pada peringkat kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu pada anak lelaki. Jenis kedua melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pengidap penyakit ini merasa lemah otot-ototnya yang jelas kelihatan bila berjalan.
Talasemia
Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan kecil orang-orang keturunan Mediterranean dan timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit dan mata putih, demam, lemah, lesu serta tidak selera makan. Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi akan terbantut pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa maut jika tidak dirawat. Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit berpenyakit ini.
Kerdil (Dwarfism)
Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. Cartilage yang biasanya terdapat pada tulang-tulang kaki dan tangan tidak lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku terbantut menyebabkan tangan dan kaki pengidapnya pendek.
Soalan ISL
Berikan definisi dan ciri-ciri kanak kanak berkeprluan khas dalam \ kategori berikut: 1. Masalah penglihatan Masalah Pendengaran Kerencatan akal
MASALAH PENGLIHATAN
Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward (1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.
Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap)mahupun unjuran cahaya(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.
Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.
Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad ( low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai:
Kebutaan: penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive) Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision): penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.
Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas. Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.
Soalan ISL 4
Berikan definisi dan ciri-ciri kanak kanak berkeperluan khas dalam \ kategori berikut: 1. KERENCATAN AKAL 2. MASALAH T/LAKU/EMOSI 3. ADHD 4. MASALAH KESIHATAN 5. MASALAH FIZIKAL
Soalan ISL 5
Berikan definisi dan ciri-ciri kanak kanak berkeperluan khas dalam \ kategori berikut: 1. PALSI SEREBRAL 2. MASALAH PEMBELAJARAN 3. MASALAH KOMUNIKASI DAN BAHASA 4. AUTISME 5. DISLEKSIA
PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas Perkataan inklusif ini diambil dari perkataan Inggeris inclusive, yang memberikan maksud merangkumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain, tanpa mengira status
MASALAH PEMBELAJARAN
Gargiulo M.R telah mengkategorikan kanakkanak berkeperluan khas kepada 9 kategori iaitu : Terencat Akal (Mental Retardation) Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning Disability) Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emocional or Behavioral Disorders) Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented)
SAMBUNGAN.
Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders) Masalah Pendengaran (Hearing Impairment) Masalah Penglihatan (Visual Impairment) Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder) Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical or Health Disability)
MASALAH PEMBELAJARAN
Menurut Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia Murid bermasalah pembelajaran dalah kanakkanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia dalah seperti, Sindrom Down, Autisme Ringan, Hiperaktif, Terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran, dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus.
TANDA-TANDA AWAL
Lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain. Masalah penyebutan. Lambat membentuk perbendaharaan kata dan sering gagal menggunakan perkataan dengan betul. Sukar membunyikan perkataan. Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah gelisah. Menghadapi masalah dalam interaksi dengan rakan. Sukar mengikut arahan ataupun rutin.
Lambat belajar hubung kait antara abjad dan bunyi. Keliru dalam memahami perkataan kata dasar. Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan mengeja, termasuk keliru dalam bentuk huruf yang hampir serupa. Sukar mengingat fakta. Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang melibatkan hafalan. Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat perancangan. Tidak dapat memegang pensel dengan betul. Sukar mengingat masa. Mengalami masalah koordinasi mata-tangan. Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan sering melanggar sesuatu objek.
PUNCA
IMPLIKASI
)Strategi
Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang mengganggunya. Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan. Menyediakan masa di mana mereka dapat bercakap dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan perasaannya. Menggunakan pen dan pensil khas yang tidak memerlukan tekanan yang kuat.
)Objektif P&P
Meningkatkan keyakinan diri mereka. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanakkanak ini. Membantu murid dalam menguasai kemahirankemahiran yang perlu mereka kuasai.
)Perancangan Aktiviti
Memberi tugasan dengan kerap, tetapi ringkas. Mengatur supaya rakan lain dapat membantu mereka dalam situasi sosial pada masa-masa tertentu.
)Motivasi
Beri ganjaran kepada mereka apabila menyiapkan latihan yang diberikan. Semak tugasan mereka secepat mungkin bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan segera.
) Layanan
Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada yang mengganggu perasaan mereka.
MASALAH PENGLIHATAN
Masalah penglihatan melibatkan individu yang tidak pernah melihat, atau yang pernah melihat beberapa tahun tetapi lama kelamaan kehilangan penglihatan sedikit demi sedikit atau keseluruhan. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan akan belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, bau, dan rasa.
Kanak-kanak ini menggunakan tulisan Braille untuk membaca, dan menggunakan tongkat untuk berjalan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) -Kebutaan merupakan penglihatan yang kurang daripada 3/60 mata yang terbaik ataupun medan kelihatan kurang daripada 10 setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa
Memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin mata atau mendapatkan rawatan doktor pakar.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Rabun ataupun dikenali medan penglihatan terhad mempunyai penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Masih dapat menggunakan deria penglihatan untuk melakukan aktiviti seharian
PUNCA
dan keturunan. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir. Rubela. Sifilis. Kecederaan. Penyakit.
Baka
TAHAP KECACATAN
Sederhana Kanak-kanak masih boleh melihat cahaya dan menjalankan aktiviti yang melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Teruk Menyebabkan kanak-kanak memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan penglihatan. Sangat Teruk Mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti visual seperti membaca serta perlu bergantung dengan deriaderia yang lain.
Rupa
Bebola mata yang selalu berputar-putar. Mata yang selalu bergerakgerak. Bahagian tepi mata berwarna merah. Mata selalu berair. Mata yang terlalu sensitif pada cahaya.
Tingkah Laku
Kerap berkelip. Kerap menggosok mata. Selalu menutup sebelah mata. Selalu terlanggar objek. Keliru dengan huruf. Kerap menangis. Meniru kerja rakan. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, contohnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. Memegang buku atau bahan bacaan terlalu dekat dengan muka. Selalu mengerut atau mengecilkan mata.
Aduan
Penglihatan kabur. Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening. Nampak dua imej pada satu objek. Sensitif pada cahaya. Mata yang selalu gatal.
IMPLIKASI
a) Strategi Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang mengganggunya. Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan. Menyediakan masa di mana mereka dapat bercakap dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan perasaannya. Meletakkan murid-murid ini pada bahagian hadapan dalam kelas.
b) Objektif P&P Meningkatkan keyakinan diri mereka. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanakkanak ini. Membantu murid dalam menguasai kemahirankemahiran yang perlu mereka kuasai. Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan.
c) Perancangan Aktiviti Menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakan yang besar dan sesuai. Menyediakan bahan bacaan yang jelas. Misalnya, adanya perbezaan antara huruf dengan latar belakang kertas, serta perkataan tidak terlalu banyak dalam satu muka surat. d) Bahan Bantu Mengajar Penggunaan tulisan Braille bagi murid yang menghadapi masalah penglihatan yang teruk. Tayangan video. Penggunaan pita suara.
e) Motivasi
Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan. Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.
) Layanan
Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada yang mengganggu perasaan mereka.
MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah Tingkah Laku Disleksia Autisme Hiperaktif Lembam (Slow Learner) Terencat Akal Ringan Pintar Cerdas
bercakap, berbanding kanakkanak lain. Masalah penyebutan Lambat membentuk perbendaharaan kata dan sering gagal menggunakan perkataan dengan betul Sukar membunyikan perkataan Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah gelisah Menghadapi masalah dalam interaksi dengan rakan Sukar mengikut arahan ataupun rutin
yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.
tidak memerlukan guru mengambil tindakan disiplin yang serius/tindakan pemulihan MAJOR termasuklah tingkah laku bermasalah minor yang bertambah dari segi kekerapannya dan jumlahnya yang menggangu pembelajaran murid lain KRONIK memerlukan kaunseling/penggunaan teknik modifikasi tingkah laku
Berasaskan Ujian Kaedah bukan ujian - pemerhatian - temuduga - kaedah penyelidikan Kajian Kes Kajian Dokumen Kajian Rentasan Kajian Menegak
pasti tingkah laku bermasalah murid Tentukan matlamat tingkah laku yang diinginkan Pilih strategi yang sesuai Aplikasi strategi Ubahsuai dan ubah strategi jika gagal Aplikasi strategi baru secara sistematik
IMPLIKASI TINGKAH LAKU BERMASALAH KEPADA PROSES P & P Mengawal bilik darjah termasuk mengurus tingkah laku bermasalah akan menjamin keberkesanan P & P. Jika ia tidak diambil dengan serius walaupun persediaan dibuat dengan baik objektifnya tidak akan tercapai.
Strategi
Menggunakan interaksi rakan sebaya dan kerjasama sekerap yang mungkin supaya murid tidak perlu duduk terlalu lama. Menjalankan situasi main peranan dengan murid tersebut. Memberikan tugasan yang ringkas, tetapi kerap. Menggunakan pelbagai teknik visual dan auditori bagi menggalakkan rangsangan murid terhadap pelajaran
Objektif
Meningkatkan keyakinan kanak-kanak ini. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini. Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai.
Perancangan Aktiviti
Memberi tugasan yang ringkas, tetapi kerap. Semak tugasan murid secepat mungkin dan serahkan kembali bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan segera. Mendedahkan mereka kepada aktiviti kumpulan kecil dan besarkan kumpulan itu apabila mereka bersedia. Menyediakan bahan yang sesuai dengan tahap kemahiran mereka.
Motivasi
Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri. Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan. Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.
Layanan
Guru tidak membezakan mereka dengan murid yang lain. Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Membenarkan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
MASALAH PERTUTURAN
Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.
UNSUR-UNSUR PERTUTURAN
Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada aspek suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi.
1.
Masalah artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai.
Penggantian
terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain. Misalnya, malan untuk makan, wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.
Penambahan
Bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan Misalnya, bawa disebut bawah atau bawuah
Penguguran
Melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah atau akhir perkataan. Contohnya : idung untuk hidung
Pengubahan
Terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip Sekirannya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan henbusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut misalnya sssyusyah.
Sumbing Masalah pertuturan Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa persekitaran
2. Masalah Suara
Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadi suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabia tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.
3. Masalah kelancaran
Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelincinan pertuturan seseorang Gagap adalah bentuk ganguan kelancaran pertutyran yang biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat dan diikuti ketengangan otot tekak. terjadi akibat gangguan pernafasan berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna.
Ketidakstabilan mekanisma neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang. Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa. Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah kesihatan. Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu bapa, pengalaman yang menakutkan dan menghidap sesuatu penyakit. Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur. Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka.
IMPLIKASI
Strategi
Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan. Menyediakan masa di mana mereka dapat berinteraksi dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan perasaannya. Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang mengganggunya. Guru perlu mengetahui dan mahir dalam masalah murid-murid ini.
Objektif P&P
Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai. Meningkatkan keyakinan diri mereka. Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan.
Perancangan Aktiviti
Membantu kanak-kanak dengan menggunakan model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Aktiviti yang menekankan pendekatan yang melibatkan pelbagai penggunaan deria.
Motivasi
Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan. Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.
Layanan
Guru tidak membezakan mereka dengan murid yang lain. Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Membenarkan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Memberi kanak-kanak masa yang mencukupi untuk memberi respon.
MASALAH PENDENGARAN
Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. Walaupun manusia masih boleh belajar melalui deria lihat, bau, sentuhan, cita rasa dan sebagainya namun deria pendegaran memudahkan dan meyempurnakan proses pembelajaran. Masalah pendegaran bermaksud Ia adalah masalahmasalah yang menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
jangkitan telinga kronik, fakor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapada bunyi bising secara berpanjangan, proses penuaan dan tumor.
Sebelum Lahir
Baka yang disebabkan oleh gen. Jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti rubella, deman glandular dan selesema. Si ibu mendapat penyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti biri-biri dan kencing manis. Semasa hamil, ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin dan streptomycin. Toksemia pada peringkat akhir kehamilan. Kerap hamil.
Semasa lahir
Masa lahir yang terlalu lama ataupun susah yang menyebabkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga. Kelahiran tidak cukup bulan. Kecederaaan semasa dilahirkan, terutamanya pada bahagian telinga. Penyakit hemolisis selalunya yang disebabkan oleh factor Rh.
Selepas lahir
Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bacteria dan virus seperti beguk dan demam campak. Kemalangan Pengambilan antibiotic seperti streptomycin. Terdedah pada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama.
Kurang Pendengaran
Ringan (mild)
Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB. Memahami perbualan. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh. Memerlukan terapi pertuturan. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Memahami perbualan. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas. Memerlukan alat bantu dengar. Memerlukan terapi pertuturan. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi.
Sederhana (moderate)
Pekak
Teruk (severe)
Tahap kehilangan pendengaran antara 71-90 dB. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara sifar-30.5 sentimeter daripadanya. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja. Menghadapi masalah dalam pertuturan. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat Memerlukan alat bantu pendegaran dan terapi pertuturan.
Kanak-kanak yang hilang pendengaran sebelum memperoleh kemahiran bertutur dan berbahasa adalah dalam kategori pekak pralingual yang biasanya menyebabkan masalah dalam pembelajaran. Kehilangan pendengaran selepas dapat menguasai kemahiran bertutur dan berbahasa diistilahkan sebagai pekak pascalingual.
Kanak-kanak kurang member perhatian di dalam kelas. Kelihatan selalu berkhayal, Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal. Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang. Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberikan. Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur. Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan. Pencapaian dalam pelajaran lemah terutamanya yang berkaitan dengan bahasa.
IMPLIKASI
Strategi
Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan. Menyediakan masa di mana mereka dapat berinteraksi dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan perasaannya. Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang mengganggunya. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain. Menggunakan bahasa isyarat jika ada murid yang mengalami kecacatan pendengaran yang teruk.
Objektif P&P
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan. Meningkatkan keyakinan diri mereka. Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai. Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini.
Motivasi
Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan. Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.
Layanan
Elakkan daripada menjerit dan meninggikan suara kepada mereka. Tidak membelakangkan mereka semasa memberi sebarang arahan ataupun ketika mengajar. Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada yang mengganggu perasaan mereka. Menggunakan bahasa isyarat jika ada murid yang mengalami kecacatan pendengaran yang teruk.
DISLEKSIA
Buta
huruf atau alexia. Perkataan disleksia berasal dari 2 perkataan Greek iaitu dys dan lexia. Dys bermaksud kesukaran manakala lexia bermakna perkataan. Disleksia didefinisikan sebagai ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsirkan kod ayat. Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis dan mengeja tetapi ramai yang tidak menyedari hal ini dan menyangka kanakkanak itu malas, bodoh dan lembab.
Seorang
Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968).
Selain
itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik -Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa -Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko- ordinasi moto-mata-tangan
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia
DISLEKSIA VISUAL(PENGLIHATAN)
Berkaitan
dengan masalah kanakkanak dalam menggunakan deria penglihatan. Walaupun dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun menginterprestasi serta mengingatinya.
dengan masalah kanakkanak dalam menggunakan deria pendengaran Walaupun boleh mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenal pasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
DISLEKSIA VISUALAUDITORI
Kanak-kanak
dalam kategori ini berada dalam keadaan yang agak teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya menginterprestasi apa yang dilihat dan didengar.
Tumpuan
dan pemahaman kanak-kanak ini menjadi lemah dalam aspek bacaan, dan seterusnya mereka tidak memahami apa yang mereka baca. Kekerapan ini selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan. Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.
Mengeja kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv
2.
Membaca Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula - lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya Jam jem cat - cat
3.
Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
4. Nombor
Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya 35-8 9-6
5.
Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
6.
Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,
1.
2.
3.
kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
BIOLOGI
Sejarah
kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar
KEMATANGAN
Terdapat
kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanakkanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
Memberikan
bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
AUTISME
Berasal
dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang beerti aliran. Menurut kamus dewan edisi keempat muka surat 91 - Autisme merupakan gangguan mental yang mula muncul pada peringkat kanak-kanak yang menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat.
Autisme
adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola permainan dan perilaku emosi. Gejala ini kelihatan sebelum kanakkanak berumur 3 tahun Sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza.
Kebanyakkan
kanak-kanak autisme mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataanperkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.
Mereka
mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja. Contohnya Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenanginya.
PUNCA-PUNCA
Faktor genetik Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur didapati kemungkinan mengalaminya 2. Penyakit Pengaruh virus yang dihidapi oleh ibu semasa hamil seperti rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang menyebabkan fungsi otak bayi yang dikandung terganggu terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.
1.
3.
Akibat pencernaan
Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini menyebabkan protein dalam makanan itu tidak berubah menjadi asid amino ataupun pepton iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan selsel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif,perhatian dan tingkah laku.
CIRI-CIRI AUTISME
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Komunikasi Interaksi sosial Gangguan deria Pola bermain Tingkah laku Emosi
KOMUNIKASI
Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan orang lain Jarang menggunakan bahasa dan sukar diajak bercakap Kadangkala dapat bertutur sesuatu tetapi sekejap sahaja Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain (echolalia) Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu
INTERAKSI SOSIAL
Suka
bersendirian Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak memandang muka orang lain Tidak gemar bermain dengan rakan dan menolak ajakan rakan Suka menjauhkan diri dan duduk disuatu sudut
GANGGUAN DERIA
Sensitif
pada sentuhan Tidak suka dipegang atau dipeluk Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga Suka mencium dan menjilat mainan atau benda-benda lain Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut
POLA BERMAIN
Tidak
suka bermain seperti kanak-kanak sebayanya Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar atau membaling alat mainan atau apa saje yang dipegangnya Suka dengan objek yang berputar seperti kipas angin Apabila menyukai sesuatu benda akan dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja
TINGKAH LAKU
Sama
ada hiperaktif ataupun hipoaktif Melakukan gerakan atau perbuatan yang sama berulang-ulang seperti jalan mundar-mandir, bergoyanggoyang dan mendekatkan mata ke televisyen Tidak suka pada perubahan Dapat duduk tanpa sebarang reaksi
EMOSI
Sering
marah, ketawa dan menangis tanpa sebab Mengamuk tanpa terkawal, jika tidak menuruti kehendaknya ataupun melarangnya membuat sesuatu Merosakkan apa sahaja yang berada disekitarnya jika emosinya terganggu Adakalanya mencederakan diri sendiri
PROSES P &P
Keperluan pembelajaran yang efektif melibatkan kawalan tingkah laku yang kurang sesuai, kemahiran komunikasi dan sosial Bekerjasama dengan ibubapa Mengadakan program pembelajaran yang berstruktur dan menggalakkan ransangan Mengenalpasti faktor pengukuhan seperti pujian dan peneguhan sosial untuk menunjukkan tingkah laku yang baik
HIPERAKTIF
Ataupun
gangguan penumpuan ( Attention Deficit Disorder) Kanak-kanak aktif yang berumur 3 tahun biasanya menjadi hiperaktif jika diminta duduk dan menjalani aktiviti yang pasif selama 20minit Begitu juga dengan kanak-kanak berumur 5 tahun yang mana umur mentalnya adalah pada tahap 3 tahun
dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf. Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, namun faktor- faktor seperti masalah di rumah, toksin, kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan mungkin lebih berpengaruh. Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan bertenaga setiap masa.
CIRI-CIRI HIPERAKTIF
1.
2.
3.
tidak mematuhi arahan Gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian dan tugas. Sukar memberi tumpuan pada sesuatu aktiviti Tumpuan perhatian singkat
IMPULSIF
Bertindak
tanpa berfikir Bertukar kepada satu aktiviti ke aktiviti lain Sukar mengendalikan sesuatu aktiviti Perlu diberi perhatian yang lebih Sukar menunggu giliran
HIPERAKTIF
Aktiviti
fizikal yang agresif dan berlebihan Suka mengganggu orang lain Selalu bercakap banyak Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna. Tidur yang tidak tetap. Terlalu kerap menangis atau ketawa. Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang. Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
perhatian yang lebih kepadanya di dalam kelas Guru perlu memberikan reaksi yang positif kepadanya ketika kanak-kanak memaparkan tingkah laku yang menganggu Memerlukan persekitaran yang konsisten untuk mempelajari peraturan dan kawalan kendiri Memberi ganjaran kepada tingkah lakunya yang baik seperti memuji ataupun hadiah Mengenalpasti had kemampuan kanak-kanak untuk memberi tumpuan supaya keadaan kelas dapat dikawal.
DEFINISI:
Kanak
- kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas, kurikulum , di sekolah biasa terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah.
CIRI-CIRI:
Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. Pendiam / tidak aktif / banyak cakap. Sukar menerima arahan. Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis. Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
Huruf
Tanpa
Tanpa
ketetapan dan ketentuan jarak huruf dan perkataan. Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan tidak tepat.
Tidak
dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar. Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa
o o o o o o o o o
Baka Tersekat pengalaman Intelek yang rendah Masalah emosi Kekecewaan Rasa rendah diri Kemantangan yang lambat Lemah daya ingatan Mudah terganggu tumpuan
SAMBUNGAN..
o o o o o o o o o
Faktor-faktor kesihatan Persekitaran Amalan makanan Kesan semasa mengandung Penyakit semasa pembesaran selepas lahir. Ubat semasa mengandung. Kemalangan. Sosio - ekonomi. Kurang rangsangan
Temubual. Merujuk
kepada pwgawai / pakar perubatan. Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai & menyeronokkan. Senang ke susah. Konkrit ke abstrak. Melibatkan seberapa banyak pancaindera Banyakan pengukuhan dan latihtubi. Jauhkan dendaan yang negatif
Kanak-kanak
yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri.
Idiot
Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri. Mempunyai darjah kecerdasan antara 35-49% Imbersil Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih. Kadar kecerdasan 50-70% Moron Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa. Lambat berjalan dan lambat bercakap. Lembab Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa. Darjah kecerdasan 50-70%
Kecacatan
anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan (Intelligent Quotient, IQ) di antara 35-85. Kanak-kanak dalam ketegori ini biasanya menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan atau gangguan horman dan sebagainya.
Ciri-ciri kanak-kanak cacat yang mempunyai kecerdasan di antara 50-70%. Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4, sehingga mereka mencapai umur 16 tahun. Taraf pencapaian akademik: hingga daripada taraf pencapaian murid-murid biasa. Hanya boleh membaca atau memahami konsep matematik secara formal apabila umur mencapai 9-12 tahun. Ingatan tidak kekal dan mudah lupa. Belajar lambat dan perlukan bnayak aktiviti pengukuhan untuk kekalkan kemahiran.
dilatih untuk menguruskan hal peribadi diri sendiri, seperti memakai baju, makan, menjaga kebersihan diri dll. Tidak berupaya belajar kecuali dengan cara menghafal. Mereka tidak boleh mengikuti pelajaran di sekolah biasa.
boleh berdikari langsung. Mudah dikenal pasti kerana mereka tidak boleh menjaga diri dalam sebarang urusan hal peribadi. Memerlukan bantuan orang normal untuk menolong mereka.
Implikasi
Difokuskan kepada kemahirankemahiran kesediaan untuk belajar Kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial pula perlu di latih Kanak-kanak perlu ditekankan dengan kemahiran yang dapat membantu mereka berdikari Perlu diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari
Guru
juga berperanan dalam memotivasikan murid denganpelajaran yang menarik serta bermakna Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, dan rumusan Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam Peranan ibubapa di rumah juga diharapkan dan digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran
Secara am, kanak-kanak pintar cerdas merujuk kepada kanak-kanak yang Darjah Kecerdasan melebihi 120. Tergolong dalam 3 kategori iaitu: I. Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi. II. Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta. III. Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis, penulisan, drama, muzik, kraftangan,sukan dll.
Menurut
Dr. Chua Tee Tee, pelajar pintar cerdas ialah kanakkanak yg menunjukkan potensi/kebolehan dengan cemerlang dalam aktiviti intelek. juga mempunyai daya ingatan yang tinggi serta berbakat mencipta/berbakat khas.
Mereka
Dr.
6. 7.
Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif. Memperolehi kebolehan intelek am. Memiliki kebolehan akedemik khusus. Berbakat dalam satu atau lebih kesenian. Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi. Boleh bervisi jauh. Mempunyai bakat memimpin.
Ciri-ciri
am: Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi. Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara. Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti. Menunjukkan motivisi yang kuat. Mempunyai perasaan afektif yang tinggi.
Ciri-ciri
Boleh belajar dengan mudah dan cepat. Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari tanpa banyak latihan berulang-ulang. Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan skop yang mendalam dengan kerap kali bertanya serta membaca. Memperolehi perbendaharaan kata yang banyak dengan ditonjolkan dalam pemikiran dan pendapatnya. Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan. Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang. dll
Ciri-ciri
negatif:
Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri, tidak boleh menumpukan perhatian dan sering menggangu rakanrakan di sekeliling. Silap dalam ejaan,tulisan kurang kemas/ silap dalam kiramengira kerana kekurangan kesabaran. Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh guru. Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka rakan-rakan dan guru.
Implikasi
Penyediaan
pembelajaran murid pintar cerdas - menyediakan bahan dan aktiviti yang menarik dan mencabar perlu diberi peluang kepada murid membuat pilihan dan keputusan sendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin dilaksanakan. guru-guru perlu mengadakan program pengayaan Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas
Mok Soon Sang, Perkembangan kanak-kanak, Terbitan Multimedia Sdn. Bhd.,2009 Haliza Hamzah,Joy N.Samuel dan Rafidah Kastawi, Perkembangan kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, Terbitan Kumpulan Budiman Sd. Bhd.,2008
http://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Meng apa.htm http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/23/l embam-slow-learner?blog=6 http://www.mpaeds.org.my/Nurse/akal.htm http://ratuhati.com/index.php/Tip-dan-Petua/UntukAnak/Bayi/Kanak-kanak-Terencat-Akal http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/23/k erencatan-akal-mental-retardad?blog=6 http://mifzawal.blogspot.com/2008/12/anakhiperaktif.html http://mifzawal.blogspot.com/2008/12/perkembanganotak-anak-hiperaktif-lebih.html
DISEDIAKAN OLEH: SUZAINA BINTI MAT SOPARI NOR LATIPAH BINTI CHE YUSOFF