Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


SEMESTER 1 (Jun 2021)

JAWAPAN KUIZ 1 : HAJIM BIN AMIL – SEJARAH KUMPULAN 1 – PDPP JUN 2021

EDUP 2072 : FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KUIZ 1 : (15%)

Jawab semua soalan

1. Istilah falsafah dalam konsep falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu
dan ..
A. philos dan sophia
B. philas dan sephia
C. philases dan sephian
D. phillapas dan sephiian

2. Falsafah pendidikan perlu difahami dan dihayati oleh seseorang guru supaya
.
A. nilai profesionalisme keguruan akan lebih berserlah.
B. menjadikannya sebagai panduan dalam tugas pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
C. guru menyedari tentang pentingnya nilai-nilai murni dalam bidang pendidikan dan
kehidupan manusia umumnya.
D. dapat menyemai rasa tanggungjawab terhadap tugas guru dalam membangun diri
insan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan.

3. Falsafah Pendidikan dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah sesebuah negara


tertentu. Implikasi utama Falsafah terhadap sistem pendidikan di sesebuah negara
adalah .

A. memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif.


B. mewujudkan program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan asas.
C. memberikan penekanan kepada penerapan unsur disiplin dan peraturan sekolah
D. mewujudkan program pendidikan yang bersepadu ke arah melahirkan tenaga kerja
yang dinamik dan bermaruah.

4. Falsafah Pendidikan ada persamaan dengan .


A. Idealisme B. perenialisme C. eksistensialisme D. rekonstruksionisme

5. Antara cabang falsafah, yang manakah berikut adalah berkaitan dengan kajian ilmu dan
nilai ?
I. metafizik II epistemologi III. aksiologi IV. logik

A. I, III sahaja B. II, III sahaja C. II, IV sahaja D. III, IV sahaja


6. Apakah tujuan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib menggariskan dasar kurikulum
dan peperiksaan yang sama bagi semua sekolah?
A. Meningkatkan kualiti pembelajaran.
B. Mencapai matlamat perpaduan negara.
C. Melahirkan pelajar yang cintakan negara.
D. Mewujudkan sistem persekolahan yang bersepadu.

7. Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta


pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
Pernyataan di atas adalah merujuk kepada .
A. Al-Ghazali B. Ibnu Rusd C. Ibn Khaldun D. Al-Farabi

8. Falsafah Pendidikan Islam dan Timur banyak dipengaruhi oleh tokoh seperti Imam al-
Ghazali dan Confucius yang beranggapan .
A. pemikiran manusia sukar diubah.
B. pendidikan budaya perlu diutamakan.
C. tingkah laku perlu dipupuk secara holistik.
D. ketamadunan manusia diwarisi secara doktrin.

9. Antara berikut, tokoh yang manakah mempunyai pandangan yang sama dengan Ibn
Khaldun terhadap fasafah di mana beliau juga menfokuskan kepada ilmu mistik dan
teologi.
A. Al- Farabi B. Al-Ghazali C. Confucius D. Rabindranath Tagore

10. Menurut R. Tagore, seorang yang dikatakan berpendidikan dengan erti kata sebenar
ialah seorang yang:
I. Berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas.
II. Mendukung sikap nasionalisme yang ideal.
III Mempunyai sikap internasionalisme yang positif.
IV. Mengamalkan prinsip asetisme dan ahimsa

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

11. Mazhab falsafah yang menekankan kepentingan penguasaan kemahiran asas


3M dalam pelaksanaan kurikulum ialah .

A. perenialisme B. esensialisme C. progresivisme D. rekonstruksionisme


12. Perbezaan utama dari segi prinsip asas pendidikan antara mazhab falsafah pendidikan
tradisional dengan moden ialah .

A. fokus kepada keperluan murid.


B. cadangan mata pelajaran yang patut dipelajari.
C. mementingkan peranan tokoh-tokoh pendidikan.
D. membincangkan bentuk-bentuk pengetahuan.

13. Kaedah pengajaran sokratik ialah asas pengajaran dalam fahaman falsafah pendidikan
tradisional. Antara pernyataan berikut yang manakah maksud kaedah sokratik?

A. Satu kaedah perbincangan kumpulan.

B. Kaedah inkuri.
C. Guru menggalakkan murid bertanya soalan.
D. Murid harus mematuhi apa sahaja arahan guru.

14. Pengasas yang berpengaruh kepada mazhab falsafah pendidikan progresivisme


ialah .

A. J. Barkely B. Plato C. Harold O. Rugg D. John Dewey

15. Apakah yang dicadangkan oleh mazhab falsafah pendidikan rekonstruksionisme dalam
pendidikan di sekolah?

A. Melaksanakan kaedah ‘Discovery Learning’.


B. Memberikan fokus matlamat pendidikan sepanjang hayat.
C. Pembelajaran murid harus berfokus kepada masalah dan isu masyarakat.
C. Mencadangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ‘projek’.
4

Anda mungkin juga menyukai