Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Penulisan esei

Sharifah A. Alsagoff (1987) menghuraikan psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap


faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti
motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut perkembangan masa tertentu, dari masa lahir hingga
dewasa.
Buktikan kepentingan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori-
teori perkembangan kepada seseorang guru dalam usaha meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah di Malaysia.

Menurut Wong Kiet Wah (2013), perkembangan melibatkan proses perubahan kualitatif dalam
diri individu yang dapat diperhatikan tetapi sukar ditentukan dari satu tahap ke satu tahap yang
lain seperti penguasaan kemahiran berfikir atau penguaasaan kemahiran bersosial.
Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan berterusan dan berkait rapat
dengan proses kematangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam persekitaran. Proses
perkembangan berlaku pada peringkat pranatal, peringkat bayi, peringkat kanak-kanak dan
peringkat awal remaja.

Pendidikan pada peringkat awal amat dititikberatkan kerana kanak-kanak mempunyai


waktu yang tertentu yang sangat singkat dan perlu diberi tumpuan serius. Justeru, guru
memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha
melahirkan generasi pelajar ynag cemerlang ke arah merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Perkembangan kanak-kanak melibatkan aspek seperti fizikal,
kognitif, sosial dan emosi.

2.0 Perkembangan fizikal kanak-kanak

Dimensi perkembangan fizikal merangkumi aspek-aspek yang dilalui oleh setiap insan dar segi
pertubuhan saiz dan struktur badan serta otak dan kemahiran motor-fizikal. Teori-teori
perkembangan kanak-kanak amat penting kepada seseorang guru terutama guru sekolah rendah.
Peringkat fizikal peringkat kanak-kanak (7-11 tahun) dikatakan berada di tahap pertengahan
kanak-kanak. Seseorang guru yang menguasai teori-teori perkembangan dapat meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu menggalakkan kerjasama dan perkongsian dalam kalangan kanak-kanak


melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi membina hubungan interpersonal yang

1
positif. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong membersihkan kelas, aktiviti perbincangan kerja
dalam kumpulan. Melalui aktiviti tersebut, guru boleh menerapkan semangat kerjasama dalam
kalangan kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti
permainan seperti bermain bola, permainan tradisional, atau latihan-latihan di luar bilik darjah.
Aktiviti permainan dapat membantu mengembangkan dan menguatkan otot dan motor kasar,
meningkatkan daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap.

Seterusnya, guru harus membina sifat yakin diri dan memberikan peluang kepada kanak-
kanak untuk mencuba pelbagai aktiviti dalam PdP. Sekiranya seseorang guru tiada ilmu tentang
teori-teori perkembangan, kanak-kanak berkemungkinan mempunyai masalah rendah diri dan
kurang aktif dalam kehidupan mereka.

3.0 Perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak

Perkembangan kognitif merujuk proses perkembangan keupayaan berfikir dan menaakul yang
berlaku seiringan dengan perkembangan sosioekonomi, fizikal dan penguasaan kemahiran
berbahasa. Menurut Berk (2006), proses kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda
yang membawa kepada pengetahuan. Proses ini merangkumi segala aktiviti mental, iaitu
mengingat, berkhayal dan daya imaginasi. Perkembangan bahasa pula merujuk kebolehan
seseorang memahami perkataan dan membina ayat. Sebagai seorang bakal guru, peranan
bahasa dan proses kognitif penting dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Seseorang guru yang mempunyai pengetahuan tentang peringkat perkembangan kanak-


kanak dapaat mengenali dan mengecam tindak balas murid-muridnya terhadap sesuatu isi
kandungan pelajaran. Dengan ini, guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
dengan tahap pengetahuan, kemahiran serta emosi kanak-kanak untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat dua teori peringkat kognitif kanak-kanak, iaitu teori pembelajaran Piaget
dan teori pekembangan Lev Vygotsky. Empat konsep yang dicadangkan oleh Piaget dalam
peyelidikan tentang proses pemebelajaran terdiri daripada, skema, asimilasi, akomodasi, dan
ekuilibrasi. Manakala teori Vygotsky pula menyarankan tiga idea penting yang berkaitan dengan
perkembangan kognitif, iaitu Internalization, scaffolding, dan zon perkembangan proksimal.

Seseorang guru yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam teori perkembangan, dia akan
menggunakan cara pembelajaran membekalkan objek maujud untuk mengelakkan kekeliruan
murid. Hal ini demikian kerana kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit masih belum dapat

2
berfikir secara abstrak. Selain itu, guru juga perlu menggelakkan menjadi penyampai maklumat
sahaja. Malah, guru perlu menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat penerokaan
dengan menggunakan daya pemikiran mereka. Guru boleh menanya soalan-soalan untuk
menggalakkan murid berfikir secara logik. Strategi pengajaran pembelajaran perlu mencabar
pemikiran murid supaya dapat mencetuskan proses asimilasi dan akomodasi, seterusnya
memperluas skema kognitf sedia ada kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, seseorang guru perlu menguasai teori perkembangan kognitif
Vygotsky yang menekankan bahasa sebagai sistem simbol yang paling penting dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak. Oleh itu, pada awal pembelajaran sesuatu topik, guru perlu
memberi bimbimgan terarah kepada murid-murid dengan cara seperti memulakan ayat. Selain
itu guru patutlah memberi galakaan kepada murid-murid menggunakan bahasa untuk bicarakan
proses pemikiran mereka. Guru boleh berbual, bersembang, dan bersoal jawab dengan mereka.
Justeru, teori-teori perkembangan kognitif kanak-kanak amat penting untuk seseorang guru untuk
meningkatkan proses PdP di bilik darjah.

4.0 Perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinterasi serta memberikan


tindak balas terhadap sesuatu situasi. Perkembangan sosiaemosi ini membolehkan kanak-kanak
mengurus dan mengurus emosi sendiri, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan
untuk menghadapi cabaran dala kehidupan seharian. Pendedahan terhadap perkembangan
sosial kanak-kanak pada peringkat awal akan menyumbangkan kepada faktor keyakinan diri yang
tinggi dan peningkatan kemahiran komunikasi dengan orang lain. Pekembangan emosi kanak-
kanak dapat diterapkan melalui pelbagai pendekatan. Kanak-kanak mula menyedari akan
perasaan orang lain.

Guru perlu menguasai ciri-ciri perkembangan sosioemosi supaya mereka dapat


memainkan peranan yang efektif dalam memastikan emosi dan interaksi kanak-kanak dapat
disalurkan dengan cara yang betul. Selain itu, guru juga harus memahami ciri-ciri perkembangan
sosioemosi kerana guru merupakan orang yang paling rapat dengan murid. Guru juga perlu
memberikan murid pujian ke atas setiap kejayaan mereka walaupun kecil. Pujian tersebut boleh
menjadi motivasi atau galakan untuk mereka terus berusaha. Guru yang mempunyai ilmu
perkembangan sosioemosi akan mengelakkan perbandingan antara murid. Guru hanya peru
menggalakkan murid bersaing dengan diri mereka sendiri dan bukannya orang lain.

3
Tambahan pula, seseorang guru yang memahami teori perkembangan akan bersikap adil.
Guru tersebut akan memberi peluang pemebelajaran yang sama kepada semua murid tahap
mengira bangsa atau tahap kebolehan mereka. Semua murid perlu diberikan peluang untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Peluang ini boleh membina
keyakinan murid dan mengalakkan mereka berhubung dengan murid lain. Jelaslah bahawa teori-
teori perkembangan amat penting untuk seseorang guru dalam usaha meningkatkan proses PdP
di bilik darjah.

5.0 Perkembangan Moral Kanak-kanak

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran
atau kesilapan. Moral seseroang individu terbahagi kepada tiga komponen, iaitu komponen
emosi, kognitif dan tingkah laku. Menurut Kohlberg, individu menyelesaikan konflik dan
memberikan justifikasi terhadap tindakan penyelesaian yang diambil. Penaakulan moral adalah
berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang. Penaakulan moral terbahagi kepada
tiga peringkat, iaitu prokonvensional, konvensional, pos konvensional.

Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak meningkatkan


perkembangan moral mereka. Oleh itu, guru juga menjadikan teladan kepada murid. Dalam
peringkat prakonvensional, guru boleh memberikan ganjaran terhadap tingkah laku yang positif.
Dengan ini, kanak-kanak akan mengelakkan perlakuan yang tidak baik yang akan menyebabkan
mereka dihukum. Selain itu, pada peringkat konvensional, guru perlu mendidik murid supaya
menghormati pandangan orang lain untuk mengelakkan sebarang perselisihan fahaman.

Dalam peringkat pos konvensional pula, guru perlu berbincang dengan murid tentang
kesalahan yang dilakukan dan menggalakkan murid untuk membuat refleksi dan membetulkan
tingkah laku mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak bergaduh, guru haruslah memberi nasihat
dan menyelesaikan konflik mereka. Seterusnya, guru menggalakkan murid membuat
penaakulan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan moral sejagat. Contohnya, isu-isu
kemalangan kereta melanggar sekumpulan basikal di Johor. Guru perlu memberitahu mereka
bahawa perlumbaan basikal adalah tingkah laku yang salah.

4
6.0 Kesimpulan

Secara konklusinya, guru selaku agen sosialisasi boleh menyumbang perkembangan kanak-
kanak yang baik melalui komitmen dan sikap prihatin terhahap masalah murid. Tugas guru bukan
sekadar menyampaikan maklumat sahaja tetapi sebagai pembimbing murid untuk masa depan
yang lebih cerah. Perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza-beza mengikut
kematangan dan pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak. Setiap manusia akan mengalami
perubahan terhadap perkembangan dari aspek kognitif, sosial, emosi dan moral. Justeru, setiap
guru haruslah menguasai teori-teori perkembangan dengan baik dalam mewujudkan interaksi
dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Peranan guru amatlah penting dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak yang
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5
Rujukan
Allport, G.W. (1961). Pattern and growth in personality. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Berk, L.E. (2003). Child development. Boston: Allyn & Bacon.
Faridah Nasir, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukor. (2014). Perkembangan kanak-
kanak. Selangor: Penerbit Multimedia.
Hassan Langgulung. (1980). Beberapa pemikiran tentang Pendidikan Islam. Bandung: Ma’arif.
Mohd Sharani Ahmad. (2006). Psikologi kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Piaget, J. (1974). Understanding Causality. New York: Norton.
Rohani Abdullah. (2008). Perkembangan bayi. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Santrock, J.W. (2014). Child development. New York: McGraw Hill.
Vygotsky, L.S. (1986). Thought and Language. Cambridge, MA: MIT Press.
Wong Kiet Wah. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai