Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN Eksistensialisme merupakan satu aliran falsafah yang mana fahamannya berpusat kepada manusia atau individu yang

bertanggungjawab atas kemahuannya yang bebas tanpa memikirkan secara mendalam terhadap perbuatan yang benar dan tidak benar. Selain itu, golongan Eksistensialis bukannya tidak mengetahui bahawa satu-satu perbuatan itu salah atau betul akan tetapi golongan ini berpendapat bahawa kebenaran itu adalah bersifat relatif dan akibatnya, individu masing-masing bebas untuk menentukan sehingga ianya difikirkan benar oleh seseorang individu. Aliran ini adalah satu aliran yang besar dalam bidang falsafah barat yang mana golongan ini mempersoalkan tentang soal kebendaan seseorang manusia adalah hasil daripada kebebasan seseorang. Persoalan dalam falsafah Eksistensialisme ini banyak berhubungkait dengan persoalan kebebasan. Falsafah Eksistensialisme ini dalam konteks akademik telah diperlopori oleh, Jean Paul Sarte dengan falsafahnya bahawa manusia dikutuk untuk bebas. Oleh yang demikian, maka dengan kebebasan itulah manusia bergerak dan bertindak dalam perbuatannya. Falsafah ini juga bertitik tolak daripada sikap manusia yang eksistensi atau konkrit, yang mana ianya merujuk kepada cara manusia dalam bentuk maujud dan mendahului emosi. Hal ini demikian kerana pusat pemerhatiannya ialah manusia maka aliran ini adalah bersifat kemanusiaan semata-mata. Eksistensialisme adalah salah satu falsafah baru yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, Soren Kierkegaard telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan penghidupannya. Falsafah ini tidaklah begitu popular pada awalnya sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua di mana ia mula mendapat perhatian umum. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas

10

(1979), falsafah ini terlalu individualistik dan juga terlalu bergantung atas faktorfaktor yang subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan. Menurut John Wild dalam Jurnal Falsafah Eksistensialisme, beliau mengatakan bahawa eksistensialisme yang diperlopori oleh Jean Paul Sarte telahpun memberikan ekspresi kritikan dan sebahagian ahli falsafah yang seringkali biasa dengan kaedah ini haruslah bersedia dalam kritikan dan pandangan golongan lain (John Wild, 1960).

EKSISTENSIALISME DALAM FALSAFAH UMUM Aliran falsafah eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang berasaskan naturalisme Rosseau dan mazhab humanis yang diperlopori oleh Carl Rogers (1902-1987) dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. (Mak Soon Sang, 2004). Dalam eksistensialisme, seseorang itu berkeyakinan bahawa setiap individu adalah subjek kepada diri mereka sendiri dan tidak ada dua reality yang sama. (Robert Mcnergeney and Joanne Mcnergerney, 1998). Dalam konteks ini, dapat dilihat bahawa dalam suasana pembelajaran ini lebih tertumpu kepada diri pelajar itu sendiri dan bukannya kepada peranan seorang guru. Hal ini memperlihatkan tentang konsep eksistensialisme dalam pendidikan yang mana ianya lebih kepada peranan pelajar itu sendiri dalam menentukan pembelajarannya. Selain itu, dalam falsafah eksistensialisme juga percaya bahawa keadaan fizikal adalah tidak bermakna dalam satu bahagian pengalaman manusia. Kehidupan manusia hanya bertumpu kepada apa yang hendak dan akan dilakukan oleh seseorang. (Robert Mcnergeney and Joanne Mcnergerney, 1998). Menurut Friedrich Wilhelm Neitzsche(1844-1900), Martin Heidegger(1899-1976), Jean- Paul Sartre(1905-1980), reality Albert Calmus(1913-1960), Paul Tilich(1886-1965), Martin Buber(1878-1965) dan pelopor eksistensialisme yang lain sependapat bahawa bukanlah tentang masa depan akan tetapi ianya adalah sebagai satu

10

jawapan tentang kepuasan dan pengalaman hidup yang bermakna oleh seseorang individu(Robert Mcnergeney and Joanne Mcnergerney, 1998). Menurut Neitzsche (1924,1961) dalam zaman gelap semasa dalam transisi falsafah ini, beliau mengatakan bahawa perwatakannya seperti dalam keadaan yang dahsyat yang manan memerlukan kekuatan, semangat dan pemikiran serta lmu yang mencukupi dalam menjalankan kehidupan. (Robert Mcnergeney and Joanne Mcnergerney, 1998). Oleh itu, dalam konteks ini untuk menentukan ke manan arah tuju diri kita adalah diri kita sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mencari ilmu dan pengetahuan sendiri sesuai dengan konteks falsafah iaitu sebagai pencinta akan kebijaksanaan. Dalam zaman gelap, sensitiviti, keprihatinan dan keperluan adalah satu yang sangat lemah. Oleh itu, menurut Neitzhsche, beliau tidak percaya kepada unsur Tuhan ataupun takdir dalam kehidupan. Beliau berpendirian bahawa, beliau tidak seharusnya lebih berusaha berbanding dengan manusia di sekelilingnya untuk menjadi terbaik diantara golongan yang majoriti yang mana kebanyakannya kurang dalam penulisan. Malahan beliau tidak bersetuju bahawa untuk memperkenalkan sesuatu haruslah memperlihatkan kebijaksanaan dan membentuk personaliti yang hebat di samping melakukan sabotaj kepada seseorang dalam disiplin ilmu.(Robert Mcnergeney and Joanne Mcnergerney, 1998). Pilihan juga merupakan salah satu perkara yang kritikal dalam konsep eksistensialisme. Manusia memilih untuk keperluannya walau bagaimanapun, sebilangan manusia membenarkan diri mereka untk menentukan apa yang mereka perlukan, akan tetapi hal ini merupakansatu pilihan. Walau bagaimanapun, golongan eksistensialis tidaklah menolak unsur moral dalam tingkahlaku. Akan tetapi, golongan ini menolak perkara di luar daripada pemikiran dan kewarasan dalam prespektif mereka. Dalam kita membuat keputusan untuk pilihan yang terbaik bagi kita, kita seharusnya lebih bertanggungjawab atas keputusan dan reaksi kita. Dalam erti kata lain, kita tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara secara sambil lewa apabila kita telah diberitahu untuk melakukan perkara tersebut. Dalam eksistensialisme juga percaya bahawa, jikalau kita bebas untuk membuat pilihan untuk menentukan haluan kita sendiri maka kita menilai bahawa ianya satu kebebasan dan menginginkannya berlaku kepada orang lain. Walau

10

bagaimanapun, Martin Bubbler seorang eksistensialis dan Hasidic Jew mengkritik golongan agama dan mengatakan kepada Tuhan tentang pengamatannya terhadap situasi mengetahui tentang Tuhan(God). Beliau tidak pernah menberikan sokongan terhadap golongan agama bahkan memberikan persoalan tentang peranan Tuhan dalam segala perkara. Walau bagaimanapun beliau telah meningkatkan keyakinan bahawa kehidupan tanpa agama adalah mencukupi untuk keperluan yang penting dalam kehidupan seseorang. Selain itu, beliau menganggap bahawa sekularisme adalah hubungan antara Tuhan dan dalam perkara ini Tuhan adalah pemberian kepada merekan yang telah disatukan dalam keadaan yang suci dan bebas daripada unsur penipuan atau perbuatan yang boleh menipu dan menindas orang lain.

FALSAFAH EKSISTENSIALISME DALAM KONTEKS PENDIDIKAN Dalam eksistensialisme, matalamatnya dalam pendidikan adalah untuk membangunkan nilai dalam diri sendiri seseorang yang mana kebebasan dalam menjalankan sebarang latihan dan pilihan untuk mengambil tanggungjawab diatas perlakuan sendiri. Walau bagaimanapun, dalam konteks pelajar ianya adalah dalam membina kemerdekaan dalam diri seseorang, disiplin diri dan menetapkan sasaran dalam menghadapi cabaran dan penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi di kalangan oleh pelajar. Dalam konteks guru sebagai model dalam eksistensialisme, guru berperanan dalam memberikan semangat dan keyakinan kepada pelajar untuk membudayakan falsafah ataupun budaya cintakan ilmu dalam kehidupan pelajar dan memberikan penyesuaian di kalangan diri pelajar masingmasing (Nell Noddings ,1998). Walau bagaimanapun, dalam konteks pengajaran guru, falsafah

eksistensialisme adalah berkisarkan tentang perbahasan dan analisis. Dalam hal ini,

10

peperiksaan yang berbentuk pilihan akan membuatkan pembentukan nilai dalam diri atau dalam kehidupan seseorang. Dalam konteks pembelajaran pula adalah dapat dilihat bahawa konteks pembelajaran adalah berkisarkan tentang drama, seni, kesusateraan, sains sosial dan tentang sejarah. (Nell Noddings ,1998). Hal ini demikian kerana unsur-unsur ini adalah lebih diterapkan unsur falsafah dan nilainilai yang diperlukan dalam diri seseorang. Oleh itu, melalui penerapan nilai dalam pelbagai sumber ini akan mendedahkan pelajar dalam pelbagai nilai yang diamalkan oleh ahli falsafah dari barat mahupun ahli falsafah yang lain. Eksistensialisme merupakan falsafah yang mementingkan peranan yang lebih kepada pelajar. Dalam hal ini, membincangkan tentang darjah kepentingan pada presepsi seorang pelajar, keputusan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang pelajar. Sepertimana yang telah kita ketahui bahawa eksistensialisme merupakan falsafah yang mengamalkan atau menolak unsur sedia ada dalam apaapa sumber yang objektif atau benar-benar sah berbanding diri sendiri. Malahan, dalam falsafah ini individu adalah objek yang bertanggungjawab untuk menentukan diri mereka sendiri apakah sesuatu perkara itu betul atau salah, baik ataupun tidak dan cantik ataupun hodoh. Oleh itu, dalam pembelajaran murid merupakan penerima dam merupakan penentu sama ada ianya mahu ataupun tidak adalah terpulang kepada seseorang itu mahu menerima ataupun tidak. Hal ini demikian juga dalam konteks kehidupan harian,apabila seseorang itu mengamalkan prinsip yang diamalkan oleh ahli eksistensialisme ia akan terdorong hanya untuk memikirkan kepentingan sendiri dan mengetepikan pendapat dan pandangan orang lain terhadap apa yang dikehendakinya. Hal ini disebabkan oleh kepercayaan dan tanggapan bahawa sesuatu keputusan terhadap diri sendiri adalah terletak kepada kepuutusan diri sendira dan tidak memikirkan tentang kebenaran dan keobjektifan sesuatu perkara. Eksistensialisme dalam konteks pendidikan sekali lagi dibincangkan tentang amalan eksistensialisme dakam bilik darjah. Hal ini dapat dilihat melalui, pegangan eksistensialis ini menolak unsur tradsional dalam suasana bilik darjah dan terhadap apa-apa yang bertentangan dengan pendapat eksistensialis. Dalam suasana kelas yang eksistensialis, perkara atau subjek merupakan pekara yang kedua untuk membantu pelajar dalam memahami dan menghargai diri mereka sebagai individu

10

yang unik dan berwibawa. Peranan guru dalam konteks ini merupakan pembantu kepada murid dalam menerangkan sesuatu dengan jitu dengan membawakan mereka dalam pelbagai keadaan atau situasi yang pernah dialaminya dengan mewujudkan suasana yang mana pelajar menikmati kebebasan dan bebas untuk memilih jalan mereka. Eksistensialisme merupakan falsafah yang lebih daripada falsafah pendidikan yang lain yang mana ianya merupakan satu perkara yang cukup untuk seseorang pelajar atau mampu memantapkan seseorang pelajar dalam dimensi pilihan ataupun dalam perkara yang berhubung dengan perkara pokok dan aktiviti pelajar. Eksistensialisme dalam kurikulum merupakan perkara yang biasa dan rutin yang dianggap baik dalam aspek kemanusiaan. Hal ini membawa pelajar kepada pengalaman yang yang boleh memberikan perkembangan diri dan sangat bermakna untuk diri seseorang dan mampu untuk meningkatkan atau mencungkil kreativiti pelajar dan juga ekspresi diri pelajar. Sebagai contoh, eksistensialis berfokuskan kepada perlakuan hasil daripada nilai sejarah secara individu, yang mana setiap mereka adalah termasuk dalam model untuk pelajar menerokai diri mereka sendiri. Matematik dan sains am telah dikatakan bahawa ianya merupakan subjek yang kurang dalam membentuk kesedaran diri dan pembentukan sikap. Walau bagaimanapun, dalam profession pendidikan memuatkan lebih daripada makna ataupun definisi pengajaran pelajar bahkan ianya berkisarkan tentang potensi berbanding daripada pengajaran adalah seperti satu sumber yang dapat dimanfaatkan( Robin B. , Ronald W. ,1994). Eksistensialis adalah pembelajaran tentang penentuan diri sendiri terhadap keputusan diri sendiri termasuklah keputusan yang munasabah kepada diri sendiri dengan bantuan daripada seorang guru dalam keputusan yang munasabah tentang diri sendiri tanpa unsur penipuan dan penyelewengan terhadap diri sendiri adalah kesinambungan daripada keputusan yang terbaik dan mantap. Mengikut kepada ahli falsafah seperti Maxine Greene, seseorang guru haruslah atau semestinya melibatkan diri mereka secara mendalam dalam pembelajarannya dan dalam segala persoalannya. Menurut beliau, hanya guru yang dalam mencari kebebasan boleh memberikan inspirasi kepada pelajar untuk mencari siapakah diri mereka.

10

Greene juga menekankan bahawa pendidikan haruslah menggerakkan guru untuk pelajar agar dapat mengatasi kelemahan dan kepincangan yang dialami oleh pelajar dalam pembelajarannya. Hal ini adalah bertujuan untuk menorobosi masalah dan kebolehan yang dimiliki oleh pelajar agar dapat melihat siapakah pelajar tersebut dalam konteks pendidikan. Sehubungan dengan itu, element dalam eksistensialisme biasannya sama seperti dalam suasana sekolah masyarakat dan falsafah yang ini tidakpun hanya diberikan sekolah penjelasan swasta yang mendalam. Dalam tentang tahun idea perkembangan percubaan dan standard adalah hanya kepada sebilangan sekolah mana mengimplementasikan eksistensialisme. Dalam mempraktikkan eksistensialisme dapat dilihat dalam konteks

persekitaran sekolah yang mana pelajarnya dalam keadaan yang bervariasi dan tidak ada yang saling bersama bergaul kosong. Akan tetapi dalam suasana pembelajaran secara eksistensialisme ianya sangat kompleks dan semua pelajar melakukan perkara rutin yang sangat berbeza antara satu sama dengan yang lain. Situasi ini dapat dilihat melalui The Sudbury Valley School di Massachusetts suasana ini dapat dilihat bahawa setiap perlakuan pelajar adalah bersifat eksistensialis yang mana ianya hanya bertumpukan kepada kepentingan mereka sendiri dan tidak seberapa kisah akan persekitaran yang mereka alami (Cristopher J Lucas 1971 & 1972). Hal ini membolehkan tumpuan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan tugasan oleh seseorang pelajar dan menyebabkan seseorang pelajar meletakkan kuasa memilihnya pada tangannya sendiri dan kurang bergantung kepada peranan guru. Dalam konteks pembelajaran ini gur berfungsi sebagai pemandu kepada pelajar dalam melaksanakan proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, dalam konteks penerimaan dan tindakbalas serta penentuan sejauhmanakah kefahaman pelajar terhadap perkara yang diajarkan adalah terpulang kepada pelajar itu sendiri bertindak secara eksistensialisme.

Secara amnya pelaksanaan falsafah eksistensialisme ini adalah bertujuan untuk memberika tumpuan kepada kewujudan manusia sebagai insan dan sesuai dengan konsep manusia itu lahir dan membentuk dirinya sendiri. Hal ini dapat diteliti dengan peranan yang dimaikan oleh seseorang individu dalam membentuk

10

perwatakannya sendiri secara bebas sepertimana yang diinginkannya. Dalam konteks pendidikan, guru haruslah menghormati pelajar dan pelajar juga menghormati guru. Hasil daripada suasana ini maka, pelajar akan merasa mereka dihargai dan mendapat keprihatianan yang sepatutnya daripada guru mereka bahkan guru juga merasa bahawa mereka juga dihargai sebagai tenaga pendidik atas curahan tunjuk ajar mereka. Oleh itu, suasana ini akan menimbulkan suasana yang diinginkan dalam pembelajaran agar interaksi dan kebebasan dalam situasi pembelajaran tidak terbatas kepada peranan guru atau Teacher Centered bahkan dalam situasi pembelajaran akan melahirkan suasana Student Centered yang mana pembelajaran lebih kepada penglibatan murid dalam Lucas 1971 & 1972). Selain daripada itu, dalam pembelajaran seseorang murid eksistensialisme dapat dilihat dengan peranan seorang murid dalam melaksanakan apa yang dikehendakinya. Dalam konteks ini dapat dilihat bahawa murid diberikan keutamaan dalam melakukan apa sahaja yang mereka lakukan dalam menjalani pembelajaran. Dalam hal ini pelajar diberi kepercayaan oleh guru dengan membiarkan pelajar itu dalam membuat apa yang dirasakannya sebagai penghuni dengan membenarkan pelajar dalam sebagai keperluannya tentang pelajaran. Sekolah dibina untuk menempatkan pelajar melaksanakan keperluannya sepertimana yang telah berlaku dalam kehidupan pelajar dalam aktiviti kelas (Cristopher J.

sebuah sekolah yang bersifat eksistensialis. Hal ini dapat kita lihat bahawa konsep eksistensialis merupakan peranan pelajar dalam menentukan peranannya dalam pembelajaran. Hakikatnya , sekolah yang mengamalkan prinsip eksistensialisme dalam sekolahnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dilihat melalui penentuan nasib pelajar sendiri oleh diri seseorang pelajar dalam menentukan hala tuju pembelajarannya. Maka dengan dengan ini potensi pelajar dapat diasah dan dapat dilihat kerana kebebasannya dalam menentukan apa yang hendak dipelajarinya mengikut apa yang diminatinya. Oleh yang demikian, kebebasan ini telah memberikan pelajar ruang dalam menonjolkan kemampuannya untuk bersaing dalam pelajaran. Hal ini bersamaan dengan kriteria yang dikemukakan oleh konsep eksistensialisme iaitu kebebasan dalam menentukan apa yang diingini dan difikirkan betul atau salah, cantik atau hodoh dan baik atau tidak

10

baik. Sebagai contohnya The Sudbury Valley School di Massachusetts merupakan suasana sekolah yang sepi dan hamper anda tidak dapat melihat sekolah tersebut kerana sifatnya yang tidak menonjol dengan karenah manusia. Persekitaran sekolah ini hanyalah seperti yang diingini oleh pelajarnya. Hal ini dapat dilihat melalui, pelajar yang berbual, sebahagiannya bermain, membaca dan bermain dengan computer riba. Dalam konteks ini dapat dilihat bahawa bilik dajah bukan sahaja dalam keadaan muram malah tidak diwarnai oleh perwatakan guru yang sedang menjalankan aktiviti pangajaran dan murid yang menjalani aktiviti pembelajaran. Konsep persekolahan dari segi kokurikulumnya tidak dapat dilihat dengan begitu jelas kerana anda tidak dapat melihat guru secara langsung dalam menjalankan proses pengajaran dalam kelas (Cristopher J. Lucas 1971 & 1972). Pembelajaran dalam sekolah ini dapat dilihat melalui, perjalanan kerja lapangan, menjalankan aktiviti makmal dan menjalankan kerja dalam konteks perniagaan, pengetahuan tentang kerja dalam dapur dan dari segi muzik. Hal ini memperlihatkan, pelbagai aspek dipelajari dan pendekatan yang diambilkira dalam pembelajaran di Sudbury Valley School. Hal ini kerana konsep eksistensialisme diterapkan dan diamalkan yang membawa kepada penentuan seseorang individu terhadap apa yang hendak dipelajarinya untuk dirinya bersesuaian dengan kehendak dirinya (Cristopher J. Lucas 1971 & 1972). Oleh yang demikian, dapat dilihat dengan jelas bahawa ianya merupakan persekolahan yang dapat dilihat tidak menjurus kepada pendidikan yang tersusun. Akan tetapi, dalam konteks ini akibat daripada pilihan dan minat murid ditambah dengan kebebasan dalam menentukan apa yang dipelajari oleh seseorang individu maka kecemerlangan dapat dicapai. Hal ini demikian kerana kecenderungan murid untuk cemerlang dalam kariernya adalah bermula daripada citarasa dan minatnya yang dapat dipenuhi. Oleh yang demikian dapat dilihat dalam konteks falsafah pendidikan adalah dapat dilihat bahawa eksistensialisme adalah merupakan falsafah umum yang mementingkan keperluan diri dalam pembelajaran. Hal ini dapat dilihat dalam peranan murid yang bebas untuk melaksanakan dan menjalankan pembelajarannya ke arah apa yang dikehendakinya asalkan ianya difikirkan benar dan mampu untuk menjamin mutu pembelajarannya. Pembelajaran yang dimaksudkan ialah aspek

10

penerimaan dan cara untuk mendapatkan ilmu adalah atas penaakulan dan pertimbangan sendiri. Pertimbangan yang dibuat dalam menjalankan keputusan untuk diri sendiri adalah berdasarkan logik akal yang mana ianya difikirkanya masih benar dan tidak bertentangan dengan apa yang difikirkannya. Selain itu, dalam konteks ini dapat diperhatikan bahawa keputusan seseorang individu sangat berkuasa mutlak dalam pembuat keputusan untuk mempastikan bahawa segala keputusan adalah berpusat kepada keperluan dengan berpaksikan kepada apa yang dirasakan benar atau salah, hodoh atau cantik merupakan kuasa yang terletak di tangan seseorang. Implikasi dalam pendidikan dalam pengamalan falsafah ini akan menyebabkan pendidikan akan menjadi bebas daripada kongkongan guru sebagai penenu segalanya kepada keputusan pelajar. Penentuan ini adalah termasuklah tentang pemilihan bilik darjah, suasana dan banyak lagi yang melibatkan kepada keperluan murid. Selain itu, dalam konteks penerimaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru akan mendapat autoriti yang kurang dalam pengawalan penerimaan murid. Hal ini demikian kerana murid tersebut berhak dalam menentukan sejauhmanakah ilmu pengetahuan yang telah seseorang murid itu terima daripada hasil pengajaran guru. Hasil daripada penerimaan yang ditentukan oleh murid itu sendiri akan menyebabkan dua kemungkinan sama ada pelajar itu faham ataupun tidak dan sama ada pelajar telah memperolehi ataupun tidak. Walau bagaimanapun, dalam konteks eksistensialisme melalui falsafah umum hal ini tidak diambilkira dalam menilai seseorang pelajar bahkan segala penentuan akan dipegang dan digalas oleh pelajar itu sendiri. Akibat daripada pelajar sebagai pemegang kuasa atau lebih dikenali sebagai Student Centered maka tidak adalah unsure paksaan dalam penerimaan pelajaran dalam kelas sepertimana berlaku dalam kurikulum yang biasa diamalkan oleh semua sekolah. Kurikulum dalam sekolah yang menjalankan konsep eksistensialisme akan menghadapi masalah dalam mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar. Walaupun penentuan itu terletak di tangan individu maka tugas untuk menilai bagi mewujudkan satu kurikulum yang berkualiti adalah memerlukan satu penilaian yang terperinci dalam mengenalpasti setakat mana kemampuan sesebuah sekolah itu menghasilkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan mampu untuk menyumbang kepada keperluan pembangunan Negara sesuai dengan

10

falsafah pendidikan yang telah digariskan oleh kementerian pelajaran. Malahan, eksistensialisme juga akan membawa kepada kekaburan dalam sistem pendidikan yang mana Namun ianya merupakan satu wadah ilmu untuk memartabatkan bangsa. jikalau konsep eksistensialisme dapat diperhalusi dalam begitu,

perlaksanaannya ianya ibarat telur di hujung tanduk yang jikalau tidak jatuh merupakan sesuatu yang unik, tetapi jikalau jatuh semuanya hancur berkecai dan tidak dapat diperbaiki semula.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, dapat dilihat pengertian eksistensialisme dalam falsafah umum adalah merupakan satu ruang lingkup yang luas dalam penentuan seseorang terhadap apa yang diinginkannya atau dengan erti kata lain penentuan seseorang terhadap nasibnya. Walhal, dalam penentuan ini adalah tidak melihat kepada pendapat umum ataupun pendapat sedia ada yang sama ada ianya benar atau salah, baik atau buruk dan cantik atau hodoh adalah terletak di tangan seseorang individu untuk menilainya atas presepsinya sendiri. Walau bagaimanapun, hasilnya dalam falsafah umum dapat dilihat dengan jelas bahawa ianya merupakan satu keputusan yang bersifat sendirian. Oleh itu, dalam meneliti sejauhmanakah kebergantungan seseorang manusia dengan seseorang manusia akan diabaikan ketika seseorang akan memikirkan tetntang dirinya. Oleh yang demikian jelaslah bahawa eksistensialisme dalam falsafah umum adalah berkisarkan tentang keputusan social seseorang dalam pendidikan yang mana konsep pemusatan guru adalah ditolak dan lebih kepada pemusatan pelajar dalam melaksanakan apa yang diingininya. Sehubungan dengan itu, melalui falsafah ini akan menimbulkan persoalan bahawa sejauhmanakah konsep falsafah ini akan menjadikan pendidikan mencapai ke mercu kejayaan? Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa apabila seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang diingininya dan diminatinya akan menyebabkan perkara yang dilakukannya itu akan menjadi sempurna. Hal in demikian kerana, apa yang dipelajari itu adalah berasal daripada minat yang mendalam terhadap subjek tersebut maka ianya akan menjadikan kualiti dan kemantapan terhadap perkara yang dilaksanakan itu akan mencapai satu tahap yang terbaik. Oleh itu, pengertian eksistensialisme dalam falsafah umum telah kita bincangkan dalam konteks yang lebih luas dan

10

mengetahui

apakah

sebenar

yang

dikatakan

sebagai

eksistensialis

dalam

eksistensialisme.

10

Anda mungkin juga menyukai