Anda di halaman 1dari 58

Nilai dan Etika

dalam Sukan..
PERMAINAN BERSIH
Permainan fair play

Fairplay biasanya dikaitkan dengan sesuatu
permainan dalam bidang sukan
Fairplay bermaksud satu situasi permainan
yang bersih dan adil
Manakala unfairplay pula merujuk kepada
permainan yang tidak adil dan ada unsur
penipuan dan kekasaran didalam sesuatu
permainan.

Mengapa ia boleh terjadi?

Pengadilan yang berat sebelah
Musuh tradisi cth jepun-china malaysia-
indonesia-thailand
Cuaca -panas menyebabkan pemain panas
baran
padang yang tidak memuaskan
Disiplin pemain kurang
Kurang suntikan semangat dan galakan

Langkah mengatasi

Meningkatkan mutu pengadilan spt mengenakan
tidakan terhadap pngadil itu sendiri.
Mengenakan denda kepada pemain ikut
kesalahan (kad merah/kuning)
Rasa hormat antara pemain dan pemain lawan.
Pemain perlu bersikap lebih profesional.
Mengenakan insentif dan hadiah kepada para
pemain. Pihak penganjur perlu memberikan
insentif kepada pasukan fairplay cnthnya EUFA-
portogal 2004

Kriteria pemilihan pasukan fairplay

Sesebuah pasukan dinilai berdasarkan;
Kad kuning dan kad merah: jika tiada sebarang
kad diberikan,pasukan mendapat 10 mata. 1
mata akan ditolak dari setiap kad kuning dan 3
mata jika mendapat kad merah.
Mata maksimum bagi sesebuah pasukan yang
menunjukkan permainan bersih dan Positif
adalah 10. dan mata minimum adalah 1.

PENYALAHGUNAAN BAHAN
DALAM SUKAN
Penyalahgunaan bahan dalam sukan

menggunakan bahan atau kaedah terlarang dalam
aktiviti sukan yang bertujuan untuk meningkatkan
prestasi seseorang secara sengaja atau tidak sengaja.
Contohnya adalah seperti penyalahgunaan dadah dan
doping.
DRUG atau DADAH merupakan sesuatu bahan (selain
daripada makanan) yang apabila diambil, akan
menyebabkan perubahan dalam badan.
DOPING adalah penggunaan bahan atau kaedah yang
diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh
atlit.

Kenapa sesetengah bahan dan
kaedah diharamkan?

Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan
kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika
tidak digunakan dengan betul.
Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-
bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan
boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit
melebihi tahap biasa.
Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram
dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang
dalam sukan.

Polisi penyalahgunaan dadah di
malaysia

Pencegahan
Pembasmian :
Salah laku dan penyalahgunaan dadah
Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah
doping
Memantau :
Ujian doping di luar pertandingan
Parameter latihan dan tahap keupayaan

KEGANASAN DALAM SUKAN
Apakah itu keganasan?
Keganasan juga boleh dikenali sebagai keagresifan.
Keganasan ialah sikap atau kelakuan yang membawa
kepada tujuan untuk mencederakan individu atau
benda hidup yang lain. (Baron dan Richardson,1984)
Untuk satu tingkah atau tindakan yang diketagorikan
sebagai keganasan, mesti menepati empat kriteria :
Satu tindakan
Melibatkan kecederaan
Sasaran kepada organisma hidup
Melibatkan niat atau disengajakan. (Gill,1986)

Jenis Keganasan
Terbahagi kepada dua jenis :
a) Keganasan Instrumental
b) Keganasan reaktif atau matlamat (hostile)

Keganasan Instrumental
- Niat keganasan adalah untuk mendapat ganjaran
atau mencapai kemenangan.
- Kecederaan mungkin berlaku namun ia tidak
dikira melanggar undang-undang (cth.tinju)
Keganasan reaktif atau matlamat (hostile)
Matlamat utama adalah untuk mencederakan
/mencacatkan orang lain supaya orang tersebut
menderita.
Tindakan tersebut didorongkan oleh rasa marah
dan kecewa.
Tindakan sebegini dikira sebagai sejenis kelakuan
yang melanggar peraturan-peraturan.
Contoh keganasan dalam sukan.
Di Amerika Selatan, keganasan pemain bola
sepak menyebabkan pembinaan pagar elektirk
di sekliling padang bola untuk mengelakkan
penonton daripada menyerbu pemain.
Di Gautemala, penyokong sukan yang kalah
menyerang penyokong pasukan yang menang
dengan parang menyebabkan lima kematian.

Contoh-contoh kes keganasan
Pada tahun 1975, di Amerika, seorang pemain
hoki dihukum kerana memukul pemain lain
dengan kayu hoki.
Seorang pemain bola keranjang,Kermit
Washington telah menumbuk Rudy Tomjanivich
di muka.
Di Malaysia, agresifan berleluasa di kalangan ahli
bola sepak. Contohnya Kejohanan Piala Malaysia.
Pemain sebuah pasukan bertindak menyerang
dan memaki Hamun, seorang pengadil kerana
dikatakan berat sebelah.
Teori Keganasan/Keagresifan
Terdapat empat punca keagresifan yang
dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi iaitu :

1)Teori Semulajadi
2)Teori Frustrasi agresif
3)Teori Pembelajaran Sosial
4)Teori Perubahan Frustrasi-Agresif

Teori Semula Jadi
Menyatakan setiap manusia mempunyai sifat
keagresifan semulajadi. (Gill, 1986)
Sifat ini adalah untuk melepaskan perasaan
yang ada (Cathasis) pada manusia.
Bidang sukan telah menjadi satu medan untuk
melepaskan perasaan yang ada dalam diri
seseorang.
Bidang sukan juga telah menjadi satu tempat
untuk seseorang untuk melakukan keganasan
dan dapat diterima oleh masyarakat.
Teori Frustrasi Agresif
Menyatakan bahawa keagresifan seseorang
berlaku kerana berasa frustrasi atau kecewa
(dollard,miller,doob,movres dan sears,1939)
Tahap agresif berkait rapat dengan tahap
frustasi dan kecewa.
Tahap frustrasi dan kecewa yang keterlaluan
akan menyebabkan seseorang melakukan
keganasan dalam sesuatu permainan.
Model Agresi Kekecewaan
Mengejar
Matlamat
Halangan
Mencapai
matlamat
Kartasis
Denda /
Hukuman
Kekecewaan Agresif
Kejayaan
Teori Pembelajaran Sosial
Menurut Bandura (1973), keagresifan
merupakan satu yang dipelajari atau dilatih
melalui pemerhatian.
Sesuatu tindakan yang telah dilihat akan
membolehkan seseorang itu mengulangi
tindakan tersebut secara tidak langsung.
Teori Perubahan Frustasi-Agresif
Teori ini telah menggabungkan kedua-dua
teori frustrasi-agresif dan teori pembelajaran
sosial.
Walaupun bukan semua frustrasi akan
menyebabkan keagresifan tetapi ia akan
meningkatkan tahap kemarahan dan
kekecewaan.
Model Berkowitz
KEGAGALAN
ATAU
KEKECEWAAN
MENINGKATKAN
KEMARAHAN
PEMBELAJARAN
SOSIAL SEBAGAI
PETUNJUK
PENGHASILAN
KEAGRESIFAN
KEAGRESIFAN
BERLAKU
Punca-punca berlakunya keganasan
Psikologi Persekitaran Biologi
ROVOKASi

TEKANAN EMOSI
(STRESS)

JANGKAAN
PERLAKUAN KASAR

KURANG
PENGETAHUAN

LOKASI
PERTANDINGAN

CUACA

KEPUTUSAN
PERTANDINGAN

JANGKA MASA
PERMAINAN

ASPEK KESELAMATAN
HORMON
ADRENALIN

KEBANGKITAN
FISIOLOGI

KESAN STEROID
Punca Psikologi
PROVOKASI
Tindakan yang mencabar dari pihak lawan
atau penonton akan menyebabkan seseorang
pemain bertindak secara ganas.

TEKANAN EMOSI (STRESS)
Mementingkan kemenangan.
Prestasi pemain kurang baik.
Tekanan daripada jurulatih.
Provokasi daripada pihak lawan & penonton.

Punca Psikologi
JANGKAAN PERLAKUAN KASAR
Pemain berjangka bahawa pihak lawan akan
bertindak secara ganas semasa permainan,
jadi mereka juga bertindak secara ganas untuk
mempertahankan diri.

KURANG PENGETAHUAN
Penonton tidak mengetahui undang-undang.
Punca Persekitaran
LOKASI PERTANDINGAN
Sokongan Padu pemain tuan rumah dapat
penyokong yang lebih ramai daripada pihak
lawan menyebabkan pihak lawan kekurangan
sokongan dan lebih kecewa sehingga
bertindak ganas.
CUACA
Cuaca Panas memudahkan pemain bertindak
agresif sebab ketidakselesaan.
Hujan padang licin, pemain mudah jatuh.
Punca Persekitaran
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Pemain dipengaruhi oleh keputus
pertandingan, kumpulan yang lebih rendah
kedudukan dalam liga dan markah akan
bertindak dengan lebih agresif atas
ketidakpuashatian.
JANGKA MASA PERMAINAN
Perlakuan agresif meningkat sejajar dengan
peningkatan masa permainan
Punca Persekitaran
ASPEK KESELAMATAN
Tahap keselamatan yang longgar
menyebabkan keganasan mudah berlaku.
Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung,
mercun dll
Penempatan Penonton iaitu penyokong tuan
rumah dengan pasukan pelawat harus
dipisahkan.
Punca Biologi
HORMON ADRENALIN
Hormon ini meransang perlakuan ganas.
Rembesan hormon ini meningkat dalam suhu
tinggi, kelesuan dan keadaan bising.

KEBANGKITAN FISIOLOGI
Naik semangat
Respon Unik daripada penyokong atau
jurulatih.
Punca Biologi
Penggunaan steroid
Keagresifan akan meningkat sekiranya
seseorang mengambil steroid.
Penggunaan steroid akan membawa kesan
sampingan seperti mud seseorang sukar
dikawal.
Kesan Keganasan dalam sukan
Menonton kegiatan ganas dalam sukan
sebenarnya menambahkan sikap agresif
penonton. ( Isoahola dan Halfield,1986)
Kecederaan berlaku di kalangan penonton dan
juga para pemain.
Menyebabkan sesuatu pertandingan terpaksa
diberhentikan ataupun dibatalkan.
Menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan
pemain dan juga penonton.

Kesan Keganasan dalam sukan
Menyebabkan seseorang atlet mengalami
kecederaan dan mungkin tidak dapat
meneruskan permainan pada masa kelak.
Seseorang atlet mungkin tidak mahu lagi
terlibat dalam sukan tersebut.
Nama baik pasukan ataupun negara akan
tercemar akibat berlakunya keganasan dalam
sukan.
Kesan Keganasan dalam sukan
Kos-kos yang tinggi akan dikenakan untuk
membina kemudahan-kemudahan yang
mengelakkan berlakunya keganasan
contohnya pagar.

Cara-cara Mengatasi Keganasan
Jurulatih dan pemain haruslah mengawal
emosi ketika di padang agar tidak
menimbulkan sebarang tindakan keganasan.
Kawalan ketat ke atas minuman alkohol.
Singkarkan penonton yang bersikap agresif.
Hentikan tindakan keganasan dengan cepat
apabila ia dimulakan sebelum keadaan hilang
kawalan.
Cara-cara Mengatasi Keganasan
Memberi amaran kepada pelatih bahawa
tiada tolenrasi jikan keagrasifan berlaku dalam
pasukan mereka.
Bekerjasama dengan media supaya tingkah
laku agresif tidak dimuliakan oleh penonton-
penonton yang lain.
Kawalan pada tindakan pada atlet dan juga
termasuk penonton di padang.
Cara-cara Mengatasi Keganasan
Para atlet harus didedahkan dengan model
tingkah laku yang tidak agresif, penerapan
disiplin dalam permainan oleh jurulatih.
Motivasi diri supaya tidak bertindak agresif.
Kesimpulan
Keganasan dalam sukan merupakan satu
lakuan yang bertentangan dengan peraturan
dan norma permainan dan kurang disenangi
(Anshel, 1997; Cox, 1998; Weinberg & Gould
1999). Para pendidik dan jurulatih
bertanggungjawab menanamkan semangat
kesukanan dalam setiap remaja supaya
masalah ini dapat diselesaikan dan membantu
peningkatan prestasi dan pencapaian atlit atau
pasukan dalam bidang sukan.
Gangguan dalam Sukan
Isu ekonomi
Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan
1998 dahulu menjejaskan program
pembangunan sukan negara.
Akhir-akhir ini sahaja kita mempunyai dana
yang mencukupi untuk merangka
perancangan jangka panjang.
Hasilnya belum lagi menampakkan hasil dalam
setahun dua ini.
Isu ekonomi
Kekurangan sumber kewangan di kalangan
pertubuhan / persatuan sukan kebangsaan
untuk pengurusan dan pelaksanaan program.
Mereka juga tidak berusaha mendapatkannya
sendiri dan hanya bergantung kepada
sumbangan kerajaan.
Isu ekonomi
Kita juga kekurangan sumber untuk
menghantar atlet berlatih di luar negara.
Krisis ekonomi negara turut menyebabkan
tidak banyak syarikat yang sanggup menaja
persatuan sukan dan atlet negara kita.
Isu ekonomi
Hakikat ini berbeza dengan atlet luar negara
yang mendapat penajaan besar daripada
syarikat-syarikat penaja.
Banyak usaha dan perancangan tidak dapat
dilaksanakan kerana kurang peruntukan.
Isu ekonomi
Masalah kegawatan ekonomi menjadi punca
utama BAM(Persatuan Badminton Malaysia)
terhutang dengan pemain. Tunggakan bernilai
lebih RM1 juta.
Pemain terjebak dalam masalah rasuah
kerana tidak dapat peruntukkan yang
sepatutnya.
GANGGUAN SEKSUAL JURULATIH TERHADAP
ATLET WANITA
Masalah gangguan seksual bukan sahaja
berlaku di luar, bahkan dalam sukan Malaysia.
Atlit wanita tidak terlepas dari permasalahan
ini.
Jurulatih tidak beramanah dan tidak
melaksanakan tugas dalam memikul
tanggungjawab membawa atlit Negara ke
puncak.
Import Jurulatih Luar Negara
Biasanya acara sukan yang memerlukan pengetahuan
dan kepakaran teknikal yang tinggi masih belum
dikuasai jurulatih tempatan,oleh itu terpaksa mencari
jurulatih dari luar negara.

Import jurulatih dari luar negara memerlukan
perbelanjaan yang lebih banyak berbanding dengan
jurualatih tempatan dan membebankan kewangan majlis
sukan.
Ia juga menyebabkan gangguan latihan bagi pemain-
pemain pasukan apabila menimbul masalah kontrak
jurulatih atau pencapaian pasukan dalam sesuatu
pertandingan yang kurang memuaskan.

Sikap jurulatih luar negara terhadap pemain juga boleh
mempengaruhi mutu pencapaian sesebuah pasukan.

Contohnya, semasa perlawanan persahabatan
menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005,
Bertalan Bicskei dari Hungary selaku jurulatih skuad bola
sepak Malaysia, telah melempar botol ke padang sebelum
menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan
cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati
dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September
2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan oleh Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sikap
Tidak bekerjasama
Sikap pemain yang tidak ingin memberi
kerjasama menyebabkan sukan terganggu.
Pemain perlu mempunyai semangat
kesukanan yang tinggi.
Sikap tidak memberi kerjasama dan
mementingkan diri sendiri perlu dielakkan.
Pergaduhan
Pemain yang berasa tidak puas hati dengan
keputusan pengadil bergaduh dengan
pengadil.
Pergaduhan juga berlaku antara pemain yang
bermain kasar.
Sikap pemain yang tidak fokus
Pemain yang menghadapi masalah tidak dapat
memberi fokus yang sepenuhnya semasa
bersukan.
Pemain yang tidak memberi fokus tidak dapat
meningkatkan prestasi sukan.
Tidak mencampuradukkan hal peribadi dalam
sukan.
Tidak berdisiplin
Pemain tidak mendengar arahan jurulatih dan
bertindak sesuka hati akan menjadi satu
gangguan dalam sukan.
Pemain yang tidak mematuhi setiap peraturan
permainan dan tidak bertindak kasar terhadap
pemain lain juga menyebabkan sukan
terganggu.
Emosi
Masalah peribadi
Pemain menghadapi gangguan emosi
disebabkan masalah peribadi.
Kurang bermotivasi, kurang yakin,
kemurungan.
Masalah keluarga
Tidak mendapat sokongan daripada keluarga
menyebabkan emosi pemain terganggu.
Keluarga yang bermasalah seperti penceraian
ibu bapa menyebabkan fikiran pemain
terganggu dan prestasi permainan menurun.
Tekanan
Tekanan pemain yang terlalu mementingkan
kemenangan.
Tekanan daripada jurulatih yang selalu
menginginkan pemain sentiasa meningkatkan
prestasi dalam sukan.
Geografi di Malaysia
Malaysia merupakan negara beriklim
khatulistiwa sepanjang tahun.
Banyak aktiviti sukan dapat dijalankan
seperti surfing dan berkayak.
Tetapi, keadaan ini telah menyebabkan
aktiviti sukan seperti meluncur salji dan
meluncur ais tidak dapat dijalankan di
Malaysia

Selain daripada lapangan ais di Sunway
Piramid, Malaysia tidak menyediakan
kemudahan dan tempat lain untuk aktiviti
meluncur ais dan meluncur salji.
Orang yang berminat untuk mempelajari dan
bermain aktiviti meluncur ais dan meluncur
salji memang sukar kerana kekurangan
kemudahan yang baik.
Jadi, sukar untuk mencungkil bakat dan
melatih peluncur yang baik di Malaysia

Sudah habis..
Thank you~~

Anda mungkin juga menyukai