Anda di halaman 1dari 33

Fotosintesis

Glukosa

Kanji

Oksigen

Fotosintesis

Klorofil

Air

Carbon Dioksida

Cahaya Matahari

Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.

klorofil

6CO2 + 12H2O

6O2 + C6H12O6 + 6H2O

Cahaya matahari

Kloroplas
Membran luar

Kloroplas
Membran dalam

Kloroplas adalah plastid yang mengandung klorofil .

Di dalam kloroplas berlaku fasa terang dan fasa gelap dari fotosintesis tumbuhan. Kloroplas terdapat pada hampir seluruh tumbuhan. Pada tumbuhan tingkat tinggi, kloroplas tersusun dalam lapisan tunggal dalam sitoplasma tetapi bentuk dan posisinya berubah-ubah sesuai dengan keamatan cahaya.

Kloroplas
Membran luar

Membran dalam

Kloroplas tumbuhan yang matang mempunyai dua membran luar


yang menyaluti stroma . Dalam stroma terdapat sejumlah grana, yang terbina dari susunan tilakoid yang berupa gelembung bermembran dan nipis. Membran tilakoid menyimpan pigmen-pigmen fotosintesis dan sistem pengangkutan elektron yang terlibat dalam fasa fotosintesis yang bergantung pada cahaya. Grana biasanya terikat dengan lamela intergrana yang bebas pigmen.

Ilustrasi Proses Fotosintesis


tenaga
Oksigen dibebaskan

Karbon dioksida klorofil

Glukosa dihasilkan
air

Proses untuk menghasilkan ATP dan reduksi NADPH2. Reaksi ini memerlukan molekul air dan cahaya matahari. Proses bermula dengan penangkapan foton oleh pigmen sebagai antena.

Fasa terang melibatkan dua fotosistem yang saling bekerja sama:


Fotosistem I (PS I) Fotosistem II (PS II)

Fotosistem I (PS I)
Merupakan pusat reaksi P700, Menyerap cahaya pada panjang gelombang 700 nm Fotosistem II (PS II) Merupakan pusat reaksi P680, Menyerap cahaya pada panjang gelombang 680 nm.

Mekanisme tindak balas terang bermula dengan fotosistem II menyerap cahaya matahari sehingga elektron klorofil pada PS II tereksitasi dan menyebabkan muatan menjadi tidak stabil. Untuk menstabilkan kembali, PS II akan mengambil elektron dari molekul H2O yang ada disekitarnya.

Molekul air akan dipecahkan oleh ion mangan (Mn) yang bertindak sebagai enzim. Hal ini akan mengakibatkan pelepasan H+ di lumen tilakoid. Dengan menggunakan elektron dari air, PS II akan mereduksi plastokuinon (PQ) membentuk PQH2.

Plastokuinon merupakan molekul kuinon yang terdapat pada membran lipid bilayer tilakoid. Plastokuinon ini akan mengirimkan elektron dari PS II ke suatu pompa H+ yang disebut sitokrom b6-f kompleks. Persamaan keseluruhan yang terjadi di PS II adalah:
2H2O + 4 foton + 2PQ + 4H- 4H+ + O2 + 2PQH2

Sitokrom b6-f kompleks berfungsi untuk membawa elektron dari PS II ke PS I dengan mengoksidasi PQH2 dan mereduksi protein kecil yang sangat mudah bergerak dan mengandung tenaga, yang dinamakan plastosianin (PC). Kejadian ini juga menyebabkan terjadinya pengepam H+ dari stroma ke membran tilakoid.] Reaksi yang terjadi pada sitokrom b6-f kompleks adalah
2PQH2 + 4PC(Cu2+) 2PQ + 4PC(Cu+) + 4 H+ (lumen)

Elektron dari sitokrom b6-f kompleks akan diterima oleh fotosistem I. Fotosistem ini menyerap tenaga cahaya yang terpisah dari PS II. Tenaga cahaya ini mengandungi kompleks inti terpisah yang menerima elektron yang berasal dari H2O melalui kompleks inti PS II lebih dahulu

Sebagai sistem yang bergantung pada cahaya, PS I berfungsi mengoksidasikan plastosianin terkurang dan memindahkan elektron ke protein Fe-S larut yang disebut feredoksin. Persamaan keseluruhan pada PS I adalah
Cahaya + 4PC(Cu+) + 4Fd(Fe3+) 4PC(Cu2+) + 4Fd(Fe2+)

Selanjutnya elektron dari feredoksin digunakan dalam tahap akhir pengangkutan elektron untuk mereduksi NADP+ dan membentuk NADPH. Persamaan ini dikatalisis dalam stroma oleh enzim feredoksin-NADP+ reduktasi. Persamaannya adalah

4Fd (Fe2+) + 2NADP+ + 2H+ 4Fd (Fe3+) + 2NADPH

Ion H+ yang telah dipamkan ke dalam membran tilakoid akan masuk ke dalam ATP sintasis. ATP sintasis akan menggandingkan pembentukan ATP dengan pengangkutan elektron dan H+ melintasi membran tilakoid. Masuknya H+ pada ATP sintasis akan membuat ATP sintasis bekerja mengubah ADP dan fosfat tak organik (Pi) menjadi ATP. Persamaan keseluruhan yang terjadi pada tindak balas terang adalah sebagai berikut:
Cahaya + ADP + Pi + NADP+ + 2H2O ATP + NADPH + 3H+ + O2

Merupakan reaksi lanjutan dari tindak balas terang dalam fotosintesis. Reaksi ini tidak memerlukan cahaya. Tindak balas gelap terjadi pada bahagian kloroplas yang disebut stroma.

Bahan tindak balas gelap adalah ATP dan NADPH, yang dihasilkan dari tindak balas terang, dan CO2, yang berasal dari udara bebas. Dari tindak balas gelap ini, dihasilkan glukosa (C6H12O6), yang sangat diperlukan bagi tindak balas katabolisme. Tindak balas ini ditemukan oleh Melvin Calvin dan Andrew Benson, oleh itu tindak balas gelap disebut juga reaksi Calvin-Benson.

Salah satu bahan penting dalam proses ini ialah ribulosa fosfat. Jika diberikan ammonia fosfat kedua dari ATP maka dihasilkan ribulosa difosfat (RDP). Ribulosa difosfat ini yang nantinya akan mengikat CO2 dalam tindak balas gelap. Secara umum, tindak balas gelap dapat dibahagi menjadi tiga tahap (fasa), iaitu
fiksasi, reduksi, regenerasi.

6 ribolusa difosfat

6 CO2

6 C6

Tidak stabil

Pecah

1,3bifosfoliserat

12 ammonia foafat

12 C3 (3-asid fosfogliserat) APG/PGA

1,3bifosfoliserat

H+ (NADH NADP+ )

12 fosfogliseraldehid (PGAL) beratom 3C

10 fosfogliseraldehid

2 molekul fosfogliseraldehis

C6H12O6

10 fosfogliseraldehid

6 ribulosa fosfat

Ammonia fosfat

Ribulosa difosfat (RDP)

Hasil tindak balas gelap : APG (asid fosfogliserat), ALPG (fosfogliseraldehid), RDP (ribulosa difosfat), Glukosa (C6H12O6).

Proses fotosintesis bergantung kepada beberapa faktor utama, antaranya:


Kepekatan karbon dioksida Keamatan cahaya Suhu persekitaran

(i) Apabila faktor-faktor lain seperti keamatan cahaya dan suhu adalah tetap, kadar fotosintesis akan bertambah dengan peningkatan kepekatan karbon dioksida sehingga mencapai takat maksimum. Peningkatan kepekatan karbon dioksida yang seterusnya tidak lagi meningkatkan kadar fotosintesis.

Kadar fotosintesis

b a

CO2 Kesan kepekatan karbon dioksida ke atas kadar fotosintesis: ab: kadar fotosintesis meningkat dengan penambahan kepekatan CO2 bc: kadar fotosintesis sekata setelaj mencapai takat maksimum.

(ii) Kadar fotosintesis yang maksimum untuk sesuatu kepekatan karbon dioksida tertentu berubah mengikut keamatan cahaya dan suhu persekitaran yang berlainan.

Kadar Fotosintesis

Keamatan cahaya tinggi Keamatan cahaya sederhana

Keamatan cahaya rendah

CO2 Kesan Peningkatan Karbon Dioksida Ke Atas Kadar Fotosintesis Pada Keamatan Cahaya yang Berlainan

(i) Dengan kehadiran faktor-faktor lain yang tetap, kadar fotosintesis akan meningkat dengan bertambahnya keamatan cahaya. (ii) Walau bagaimanapun, kadar fotosintesis hanya dapat meningkat ke satu takat yang maksimum. Selepas takat maksimum ini, sebarang penambahan dalam keamatan cahaya tidak akan meningkatkan lagi kadar fotosintesis. (iii) Ini disebabkan faktor-faktor lain yang bertindak sebagai faktor penghad atau pembatas seperti kepekatan gas karbon dioksida dan suhu persekitaran.

Kadar Fotosintesis c

b a

Keamatan cahaya

Kesan Keamatan Cahaya Ke Atas Kadar Fotosintesis:


ab: kadar fotosintesis meningkat dengan kenaikan keamatan cahaya

bc: kadar fotosintesis sekata setelah mencapai takat maksimum.

(i) Fotosintesis melibatkan satu siri tindakbalas kimia yang dikawal oleh enzim. (ii) Pada suhu yang lebih rendah, kadar fotosintesis menurun manakala pada suhu melebihi 400C, proses fotosintesis akan terencat. Ini disebabkan enzim yang merupakan protein akan dinyahaslikan.

Kadar Fotosintesis

40 0C

Suhu (0C)

Kesan Suhu ke atas kadar fotosintesis

Anda mungkin juga menyukai