Anda di halaman 1dari 5

KELAB DOKTOR MUDA

SEKOLAH KEBANGSAAN
SRI AMAN

KUIZ KESIHATAN
DOKTOR MUDA

TARIKH: 7 OGOS 2019


HARI: RABU
MASA: 1.30 - 2.30 PETANG
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER SK SRI AMAN
1.0 Pendahuluan
Kelab Doktor Muda merupakan satu kelab bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Melalui kelab ini, murid didedahkan dengan kepentingan menjaga kesihatan dan cara-cara
untuk melakukannya. Gaya hidup sihat sering kita merupakan suatu perkara yang sering
dicanang-canangkan sama ada melalui media elektronik, media cetak ataupun percakapan
harian kita. Namun, kita sendiri masih tidak faham akan gaya hidup sihat yang sebenarnya.

Program ini merupakan satu medium bagi menyebarkan informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Hal ini juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang
sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar
menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebarkan
maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah
amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku
sekolah lagi.

2.0 Tujuan Program


Program Kuiz Kesihatan Doktor Muda dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu, ia bertujuan memberi pengetahuan
dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar.
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan
sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai
kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Selain dapat
memberikan pengetahuan dan pendedahan, program ini dapat meningkatkan tahap pemikiran
murid agar dapat menyelesaikan setiap masalah yang diberikan.

3.0 Visi
Melahirkan generasi berkeperibadian seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial menjelang tahun 2020.

4.0 Misi
Sekolah sebagai institusi yang menterjemah, merealisasi dan membudayakan komponen
kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
5.0 Matlamat
Membentuk keterampilan dan keperibadian doktor muda yang unggul melalui pengukuhan
dalam program kuiz kesihatan.

6.0 Objektif
6.1 Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru
dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
6.2 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya
kepada para pelajar dan komuniti setempat.
6.3 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar walau
di mana mereka berada.
6.4 Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah.

7.0 Kumpulan sasaran


Semua ahli Kelab Doktor Muda Tahun 4 dan Tahun 5.

8.0 Tarikh, masa dan tempat


8.1 Tarikh : 7 Ogos 2019
8.2 Masa : 1.30-2.30 petang
8.3 Tempat : Makmal komputer SK Sri Aman

9.0 Pelaksanaan Program


Program akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum
SK Sri Aman bagi Kelab Doktor Muda. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam dari
pukul 1.30 hingga 2.30 petang.

Masa Aktiviti Tindakan


1.30-2.30 petang Kuiz Kesihatan Dr. Muda Tahun 5 Puan Noraini Othman
Cik Nur Atirah Azlan
Kuiz Kesihatan Dr. Muda Tahun 4 Puan Punitha Munusamy
Cik Nur Zurainie Mohd Fauzi
10.0 Ahli jawatankuasa

Penaung : Encik Ismail bin Hamid


(Guru Besar SK Sri Aman)

Penasihat : Puan Gloria a/p Arul Pakiam


(PK Kokurikulum SK Sri Aman)

Pengerusi : Puan Noraini binti Othman


(Ketua Penasihat Kelab Dr. Muda)

Penyelaras 1 : Cik Nur Zurainie binti Mohd Fauzi


(Guru Penasihat Kelab Dr. Muda)

Penyelaras 2 : Puan Punitha a/p Munusamy


(Guru Penasihat Kelab Dr. Muda)

Penyelaras 3 : Cik Nur Atirah binti Azlan


(Guru Penasihat Kelab Dr. Muda)

11.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Peruntukan Jumlah


1 Alat tulis Kertas A4 - 1 rim RM 11.00
Kad Manila - 5 gulung RM 5.00
Pensel 2B - 1 kotak RM 3.00
2 Hadiah Tahun 4
Tempat pertama RM 10.00
Tempat kedua RM 8.00
Tempat ketiga RM 6.00
Sagu hati 1 RM 4.00
Sagu hati 2 RM 4.00
Tahun 5
Tempat pertama RM 10.00
Tempat kedua RM 8.00
Tempat ketiga RM 6.00
Sagu hati 1 RM 4.00
Sagu hati 2 RM 4.00
3 Makanan 10 orang ahli X RM 3.00 RM 30.00
4 orang guru penasihat X RM 3.00 RM 12.00
Jumlah RM 125.00

12.0 Penutup
Program ini akan dapat memberikan manfaat dan pelbagai ilmu baharu kepada murid-murid
yang terlibat terutamanya tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan peranan mereka
sebagai doktor muda yang bertanggungjawab menyebarkan pengetahuan tentang kesihatan
kepada masyarakat. Semoga program ini mendapat kelulusan dan sokongan daripada pihak
sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………… …………………………..
( ) (Encik Ismail bin Hamid)
Setiausaha Kelab Doktor Muda, Guru Besar,
SK Sri Aman. SK Sri Aman.

Disemak oleh,

……………………………….
(Puan Gloria a/p Arul Pakiam)
PK Kokurikulum,
SK Sri Aman.

Anda mungkin juga menyukai