Anda di halaman 1dari 10

Dadah, sukan tidak dapat dipisahkan

Oleh HAMDAN AHMAD DUNIA sukan sekali lagi dikejutkan dengan pengakuan jaguh lumba lari pecut wanita terkemuka Amerika Syarikat, Marion Jones bahawa beliau telah mengambil dadah ketika bertanding di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Ketika itu beliau berjaya membolot tiga emas dan dua pingat gangsa - satu pencapaian terbaik yang pernah dicapai bagi seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik. Peristiwa sensasi lain yang melibatkan atlet mengambil dadah ialah ketika di Sukan Olimpik Seoul di mana pelari pecut 100 meter Kanada, Ben Johnson didapati bersalah kerana mengambil dadah. Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs. Ia digunakan oleh atlet sematamata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan. Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang. Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan, pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya.

Permintaan bahan-bahan ini terus meningkat dari semasa ke semasa disebabkan habuan insentif ke atas kecemerlangan sukan. Atlet berlatih bertahun-tahun bagi mengejar kejayaan dan menghasilkan rekod kejohanan. Para atlet amatur terbaik akan menerima biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil dari pencapaian yang telah ditunjukkan. Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, wang hadiah dan endorsement komersial. Ada di kalangan atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain.

Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen. Oleh yang demikian, isu ini telah menjadi masalah yang paling serius dalam dunia sukan hari ini.

Artikel

Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1017&sec=Rencana&pg=re_ 05.htm#ixzz2Zr1IKBBw Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat 18 Januari 2013 Armstrong mengakui penggunaan dadah

Lance Armstrong telah mengakui bahawa beliau telah menggunakan dadah untuk meraih kemenangan dalam sukan. Setelah bertahun-tahun menafikan penggunaan dadah, atlit yang berusia 41 tahun itu telah memberitahu Oprah Winfrey dalam wawancara di televisyen yang beliau telah menggunakan dadah dalam sukan. Apabila ditanya dalam sesi soal jawab ya atau tidak, Armstrong telah mengesahkan bahawa beliau telah menggunakan dadah dalam semua dari tujuh kemenangan Tour de France beliau dari 1999 ke 2005, beliau telah menggunakan ejen EPO yang meningkatkan darah; testosterone, cortisone dan hormon pertumbuhan manusia. Oprah juga telah tanya Armstrong jika beliau rasa bahawa seseorang atlit mampu menang Tour tujuh kali tanpa menggunakan dadah, beliau menjawab: "Pada pendapat saya, tidak."Penggunaan dadah Armstrong telah bermula pada

"pertengahan tahun 90an" katanya."Saya telah menggunakan cortisone pada awal kerjaya saya, kemudian generasi EPO bermula." kata Armstrong, yang telah menang kejuaraan dunia jalan raya , sebelum menggunakan dadah, apabila berusia 21 pada tahun 2991.

Pencapaian atlit itu dalam Tour de France telah ditarik balik dan beliau telah diharamkan dari serta sukan untuk seumur hidup selepas Syarikat Agensi AntiDoping Amerika mendapati beliau bersalah sebagai tokoh utama dalam "sistem penggunaan dadah yang paling canggih dalam sejarah sukan".

Armstrong

mengumumkan

keengganan

beliau

untuk

bekerjasama

dengan

penyiasatan USDA pada Ogos lalu dan telah dihukum oleh badan berbasikal dunia yang mentadbir, UCI pada akhir Oktober.

Oprah Winfrey juga telah tanya Armstrong sebab beliau ingin membuat pengakuan sekarang."Saya rasa jawapan saya tidak begitu baik." jawabnya. "Ia terlalu lambat. Ia terlalu lambat bagi ramai pihak dan itu adalah salah saya. "Saya lihat situasi ini sebagai satu penipuan besar, sesuatu yang saya telah mengulangi." Armstrong sering membuat penafian bahawa beliau tidak

menggunakan dadah dan telah menang beberapa tindakan undang-undang terhadapnya. Pengakuan beliau kini bermakna beliau akan dikenakan tindakan lagi.

PERSATUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) akan menubuhkan biro siasatan khas bagi menyiasat punca di sebalik penyalahgunaan dadah oleh atlet mereka yang didapati positif ujian doping ketika Sukan Sea Indonesia, November lalu. Presidennya, Zafarul Akbar Kassim berkata, selepas siasatan itu siap, beliau akan menghantar laporan lengkap kepada Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd Yasin Salleh seperti yang diarahkan sebelum ini.

Kelmarin, Persuruhjaya Sukan mengarahkan PABM menghantar laporan berhubung kes doping bagi memperjelaskan isu berkenaan. Saya ingin menegaskan bahawa Persuruhjaya Sukan mengeluarkan arahan untuk menghantar laporan lengkap berhubung isu doping, tiada kaitan dengan kes lain membabitkan PABM.

Saya harap tiada orang salah faham berhubung kes sebelum ini iaitu bahawa kami di PABM tidak menerima sebarang petisyen daripada atlet ataupun jurulatih dan petisyen itu hanya merujuk kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), katanya.

Katanya, siasatan akan dilakukan mengikut prosedur dan sekirannya ada bukti yang mensabitkan kesalahan itu maka jurulatih juga akan turut diambil tindakan.Tiada sebarang amaran akan diberikan kerana memang ada dalam klausa bahawa mereka yang bersalah berhak untuk di pecat. Keputusan yang buat juga akan mengikut prosedur. Biro siasatan itu juga akan menyiasat bagaimana atau punca bahan terlarang itu boleh berada di dalam badan atlet berkenaan, katanya.

Pada temasya Sukan Sea Indonesia, November lalu, dua atlet negara yang meraih pingat menerusi acara olahraga dan angkat berat, didapati positif ujian doping sampel A. Olahraga meraih enam emas, dua perak dan tiga gangsa manakala angkat berat membawa pulang satu perak dan dua gangsa. Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/15

KINGSTON - Ratu pecut Jamaica, Veronica Campbell-Brown diuji positif mengambil dadah terlarang dan mengumumkan tidak akan mempertahan kejuaraan Dunia acara 200 meter tahun ini. Akhbar The Gleaner dan stesen televisyen Jamaica, melaporkan atlet itu diuji positif menggunakan dadah diuretic lasix, walaupun pegawai Persatuan Tadbir Olahraga Jamaica (JAAA) berkata, pertubuhan tersebut dimaklumkan hanya sampel A air kencing atlet itu yang diuji positif. Namun, pegawai JAAA berkenaan tidak pula mengesahkan jantina atlet berkenaan, begitu juga terhadap keputusan ujian sampel B. Menteri Sukan, Natalie Neita Headley menegaskan, negara itu memandang serius terhadap penyalahgunaan dadah dan berharap bintang olahraga Jamaica dapat mengekalkan fokus mereka bagi persiapan menjelang pemilihan ke kejohanan Dunia untuk Jamaica yang diadakan pada 21 hingga 23 Jun ini. Menurut laporan The Gleaner, sampel yang diuji positif disediakan sendiri oleh Campbell-Brown sewaktu menyertai Kejohanan Jemputan Jamaica pada 4 Mei di Kingston. Campbell-Brown pun menarik diri daripada menyertai pertandingan Olahraga Klasik Antarabangsa Edmonton pada 29 Jun ini di Kanada dan dia juga tidak akan bertanding pada Kejohanan Kebangsaan Jamaica, minggu depan mahu pun Kejuaraan Dunia di Moscow, Ogos ini. Atlet tersebut yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 sebulan lalu, merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004 di Athens dan 2008 di Beijing, tetapi sekadar menamatkan saingan pada kedudukan keempat pada Sukan Olimpik London tahun lalu di belakang penyandang juara, Allyson Felix dari Amerika Syarikat. Campbell-Brown merangkul pingat gangsa dalam acara 100 meter di Sukan Olimpik London dan perak dalam acara berpasukan 4x100 meter. Secara keseluruhan atlet itu mengumpul 16 pingat buat Jamaica dalam kejohanan Dunia dan Olimpik. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.net.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20130617/sl_03/Juara-Olimpik-positifdadah#ixzz2Zr3EM7MG Utusan Melayu (M) Bhd

Atlet perlu hindari penggunaan dadah terlarang, kata Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR: Semua atlet wajar memberi perhatian yang sepenuhnya mengenai aspek larangan terhadap pengambilan dadah terlarang untuk tujuan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. "Ini merupakan satu peringatan kepada semua atlet bahawa tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan," katanya semasa mengulas insiden pelumba basikal negara Mohd Fauzan Ahmad Lutfi yang didakwa positif mengambil dadah terlarang. Mohd Fauzan kini berdepan hukuman gantung selama dua tahun setelah didapati menggunakan bahan terlarang anabolic steroid pada Mini Olimpik yang berlangsung awal bulan lepas. Shabery berkata dalam menjadikan Malaysia sebuah negara sukan yang bebas daripada dadah, para atlet negara perlu mematuhi piawaian atau standard yang dipersetujui bersama di peringkat antarabangsa seperti Agensi AntiDadah Antarabangsa (Wada). Bercakap kepada pemberita di sini semalam Shabery berkata tindakan terhadap Mohd Fauzan adalah sejajar dengan peraturanperaturan yang sedia ada. "Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau walaupun beliau memberikan alasan-alasan kenapa berbuat demikian. Perkara ini memberi satu pengajaran kepada beliau dan juga lain-lain atlet," tambahnya. Sementara itu Mohd Fauzan dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata beliau reda dengan hukuman yang akan dikenakan terhadap beliau. "Saya akui di atas kesilapan dan ketidakmatangan ketika melakukan kesalahan ini dan memohon ribuan maaf kepada semua pegawai sukan khususnya berbasikal, rakan-rakan pelumba dan peminat sukan lumba basikal. "Saya juga menerima dengan hati yang reda apa saja hukuman yang akan dikenakan, disamping ingin meminta jasa baik untuk meringankan hukuman ke atas diri saya. Saya masih muda dan ingin kembali ke arena berbasikal sebaik selesai tempoh penggantungan kerana inilah sukan yang saya cintai," katanya. Menurut Mohd Fauzan, akibat daripada kecederaan lutut yang dialaminya pada Oktober tahun lepas dan tidak dapat berkayuh selama lima bulan, beliau terpaksa

mencari alternatif perubatan lain selain rawatan pakar di Institut Sukan Negara (ISN). "Tanpa saya sedari, ubat yang saya ambil itu menyebabkan saya diuji positif untuk dadah jenis nandrolone semasa kejohanan Mini Olimpik tempoh hari. Perkara ini amat saya kesali. Saya juga ingin menyatakan bahawa sebelum ini saya tidak pernah menggunakan apa-apa jenis dadah perangsang terlarang," katanya.

Menerusi ujian dijalankan ISN selepas kejohanan Mini Olimpik di Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia (USMDCC), sampel air kencing terbabit mengandungi 19norandrosterone, sejenis metabolite Nandrolone yang juga anabolic steroid, sejenis bahan terlarang disenaraikan oleh Wada. ISN turut mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan mengenakan tindakan penggantungan serta-merta sehingga proses siasatan selesai dilakukan dan jika didapati bersalah, atlet berkenaan boleh dikenakan penggantungan selama dua tahun. Kes yang membabitkan Mohd Fauzan bukan sesuatu yang baru dalam dunia sukan tanah air. Sebelum ini, tiga penembak wanita kebangsaan, Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Badrini turut digantung dua tahun atas kesalahan menggunakan propranonol dan begitu juga dengan bekas pemenang tiga pingat emas acara angkat berat Sukan Komanwel Manchester, Amirul Hamizan Ibrahim. BERNAMA

Tigapenembaknegara digantungsetahun KUALA LUMPUR Tiga penembak negara Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Mohd. Badrin, yang didapati positif mengambil dadah terlarang Propranolol pada Mac, masing-masing dikenakan tindakan digantung setahun oleh Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF). Setiausaha Agung Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) Datuk Seri J.J.Raj berkata, ketiga-tiga atlet itu yang awalnya menghadapi tindakan automatik digantung dua tahun bagi kesalahan mengambil dadah larangan, hanya digantung setahun selepas menimbangkan rayuan NSAM. Menurut Raj, tempoh penggantungan itu disahkan oleh surat daripada ISSF bertarikh 25 Okt yang menyatakan penggantungan mereka akan tamat pada 21 Mac, 2008. Peraturan ISSF menetapkan mana-mana penembak yang didapati positif

menggunakan bahan larangan akan secara automatik digantung selama dua tahun. Bagaimanapun, NSAM telah mengemukakan rayuan kepada ISSF dan Agensi Antidadah Dunia (WADA) mendakwa penembak terbabit memgambil bahan larangan itu secara tidak sengaja. Keputusan itu akan memberikan ketiga-tiga atlet itu peluang untuk mencuba dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing pada Ogos tahun depan. Bibiana, Joseline and Siti didapati positif mengambil dadah Propranolol pada Piala Presiden Ally T.H. Ong pada Mac. Ketiga-tiga mereka bagaimanapun tidak dapat beraksi dalam Sukan SEA Korat, Thailand yang akan berlangsung dari 6 hingga 15 Disember. Ketiadaan mereka terutamanya Bibiana, juara bertahan bagi acara wanita 25m pistol pasti akan menyebabkan Malaysia kehilangan pingat emas dalam acara itu.

Penembak Malaysia memenangi tiga pingat emas daripada acara menembak pada Sukan SEA Manila 2005 manakala dua lagi diperoleh daripada Hazli Izwan Amir Hasan (lelaki 25m Rapid Fire Pistol) dan Nur Suryani Mohamed Taibi bagi acara wanita 50m Rifle Prone. Acara menembak yang akan diadakan di Bangkok, menawarkan 26 pingat emas dalam pertandingan kategori wanita dan lelaki. Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1031&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2Zr5W4JeN Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai