Anda di halaman 1dari 3

PERBINCANGAN ISU WANITA DAN SUKAN

Wanita dan sukan merupakan salah satu isu yang timbul dalam arena sukan hari ini. Pandangan serta stereotaip yang berbeza mengenai penglibatan wanita dalam bidang sukan adalah satu perkara yang normal serta sering membelenggu golongan wanita daipada bergiat aktif di dalam sukan. Jika dilihat dari segi agama dan kepercayaan, sukan dilihat sebagai masalah yang akan timbul dalam melibatkan wanita dan sukan. Berdasarkan artikel yang telah diperolehi, Islam tidak pernah menghalang atau menolak sukan sebagai aktiviti yang berfaedah. Malahan Allah sendiri berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: `Tidak Kami mengabaikan sesuatu pun di dalam Al-Kitab Surah Al-Anam, 38. Al-Quranlah sumber inspirasi, motivasi, ilmu pengetahuan, pengubat pelbagai penyakit fizikal, emosi dan rohani dan yang menjelaskan segala perkara yang bersangkut paut dengan perkara duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, dengan jelas kita dapat melihat Islam tidak menghalang penglibatan sukan oleh wanita malahan mereka dituntut untuk sentiasa dalam keadaan cergas dan sihat. Malahan, pepatah Arab pernah mengatakan `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat .Pendek kata, pandangan jumud masyarakat yang terlalu fanatik dalam keagamaan telah menghalang penglibatan wanita di dalam sukan. Islam telah meletakkan batasan-batasan yang perlu diikuti Justeru, Islam telah menggariskan beberapa garis panduan yang perlu diikuti bagi membolehkan golongan wanita dapat melibatkan diri di dalam sukan. Berdasarkan artikel 4, wanita yang ingin bergiat di dalam sukan hendaklah memikirkan soal aurat dalam aktiviti sukan yang akan dijalankan. Misalnya, wanita seharusnya berpakaian menutup aurat termasuklah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Tidak menjadi permasalahan sekiranya syarat ini dilaksanakan kerana terdapat atlet dari negara Islam telah mempraktikkannya. Malahan ada antara mereka yang mendapat kejuaraan walaupun dalam keadaan menutup aurat seperti yang berlaku kepada pemain wanita dalam sukan sepak takraw Cahya Permata Fahrani yang memakai tudung. Beliau dapat melakukan servis dan kibasan kencang pada permainan tersebut malahan mengakui bahawa pemakaian tudung tidak membataskan wanita Islam menyertai sukan berkenaaan. Batas pergaulan antara lelaki dan wanita juga hendaklah dijaga dan wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan untuk menarik perhatian lelaki.

Di dalam artikel 3 pula menunjukkan betapa jumudnya sikap masyarakat tentang sukan dan wanita. Misalnya, 6 buah sekolah di Jeddah telah dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan menganjurkan aktiviti sukan bagi pelajar perempuan di sekolah mereka. Pihak kementerian pendidikan negara tersebut telah menganggap sekolah berkenaan telah melakukan kesalahan kerana membenarkan aktiviti sukan berkenaan dilakukan secara diamdiam. Sikap sebegini sememangnya menunjukkan bahawa mereka masih belum faham mengenai peranan wanita dalam sukan yang sememangnya tidak dihalang dalam Islam. Akibatnya, sikap buruk sebegini telah menjejaskan kesyumulan Islam sebagai agama yang universal. Kita amat terkilan kerana wanita seolah-olah tidak diberi peranan dalam menunjukkan kebolehan mereka di dalam sukan. Oleh demikian, perkembangan sukan oleh wanita sedikit sebanyak tercalar akibat sikap sedemikian. Antara kata-kata yang dapat dikutip ialah ucapan daripada Pengetus sekolah Al-Hamra. Ringkasnya, beliau sangat terkejut apabila menerima panggilan daripada kementerian pendidikan yang bertanyakan tentang pertandingan sukan tersebut serta sebab penganjurannya. Beliau juga telah menerima banyak panggilan telefon daripada syeikh-syeikh serta orang lelaki perseorangan yang menasihatkan beliau agar tidak menganjurkan lagi pertandingan seumpamanya pada masa hadapan, kerana ia tidak bersesuaian dengan fitrah wanita. Jika dilihat dari segi fitrah manusia, wanita juga mempunyai hak untuk mendapat hak kesamarataan dalam bidang kehidupan. Diskriminasi yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini ialah disebabkan kurangnya pendedahan serta pemikiran yang terlalu konservatif terhadap permasalahan wanita dan sukan. Walaupun telah digariskan panduan-panduan yang telah ditetapkan, namun mereka masih berdegil dan menganggap wanita tidak perlu bergiat di dalam bidang sukan kerana bertentangan dengan fitrah wanita yang lemah lembut. Mitos-mitos tentang wanita dan sukan masih melekat di dalam minda masyarakat hari ini sehingga amat sukar untuk dilupuskan. Di dalam artikel 2, Zainun Ishak telah menjalankan satu kajian mengenai penglibatan remaja perempuan di dalam aktiviti fizikal di Malaysia. Hasil kajian tersebut menunjukkan golongan wanita yang bergiat aktif dalam sukan gelanggang sebanyak 39.7%, 36.5% dalam sukan padang manakala hanya 39.7% sahaja yang aktif dalam aktiviti fizikal bersifat riadah seperti joging, berbasikal dan aerobik. Jika dilihat daripada hasil dapatan kajian tersebut, golongan wanita masih rendah dalam melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Golongan wanita selalunya lebih berminat dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, perubatan dan sebagainya. Justeru isu penglibatan wanita yang rendah di dalam sukan yang

ditambah pula dengan stereotaip masyarakat yang salah tentang peranan wanita dan sukan menjadi pembelenggu kemajuan wanita dalam arena sukan dunia hari ini. Di Malaysia, isu sukan dan wanita ini telah diuruskan dengan sebaiknya. Malahan wanita juga mampu menunjukkan prestasi malahan telah berjaya merangkul pelbagai gelaran dan kejuaraan demi mengharuskan nama negara yang tercinta. Siapa yang tidak mengenali Datuk Nicol Ann David, jaguh nombor satu dunia dalam sukan squash. Di dalam artikel 1, kita tidak dapat menafikan bahawa pencapaian beliau dalam sukan skuash amat membanggakan. Pelbagai kejayaan yang diperolehi hasil usaha beliau, sokongan keluarga, peranan kerajaan dalam memberikan latihan, insentif dan sebagainya menjadi perangsang kepadanya untuk

terus berjaya. Kejayaan beliau dalam sukan berkenaan dijadikan aspirasi kepada pasukan sukan yang lain dalam merebut pelbagai kejuaraan bagi mengharumkan nama negara ini. Justeru, pencapaian beliau sebagai seorang wanita yang berkecimpung dalam sukan ini amatlah membanggakan sehingga digelar sebagai lagenda skuash dunia. Secara kesimpulannya, kami merasakan tidak menjadi masalah bagi wanita melibatkan diri di dalam sukan kerana marilah kita kembali kepada tujuan sukan itu sendiri untuk melahirkan individu yang sihat dan merupakan aktiviti untuk kesihatan tubuh badan. Adakah baik sekiranya wanita tidak dibenarkan bersukan dan akhirnya melahirkan golongan wnaita yang tidak pradaktif, lemah, mudah terkena penyakit dan obesiti serta pelbagai lagi masalah kesihatan akibat pengabaian penjagaan fizikal.

Anda mungkin juga menyukai