Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Komunikasi media massa merupakan komunikasi umum atau sehala yang
menggunakan perantaraan

untuk mengaplikasikan unsur-unsur komunikasi

seperti sumber, mesej, saluran, penerima, kesan, dan bagaimana proses


maklumat disampaikan kepada audiens. Oleh itu,segala aspek komunikasi antara
perseorangan, kumpulan, dan organisasi amat berkait rapatd engan komunikasi
media massa. Kebiasaannya, komunikasi media massa menggunakan saluran
tertentu

seperti

media

cetak

atau

elektronik

untuk

memberitahu,

dan

melaksanakan peranan media massa yang penting untuk pembangunan nasional


Negara-negara membangun seperti di Malaysia.
Istilah komunikasi bolehlah dijelaskan sebagai satu proses pemindahan
mesej atau proses interaksi untuk berhubungan antara individu dengan individu
lain dengan bertujuanuntuk mempengaruhi tingkah laku individu, perkongsian
maklumat serta mewujudkan hubungan. Manakala menurut Prof. Charles Wright,
media massa adalah komunikasi tersusun, yang dalam segi relatifnya ditujukan
kepada orang perseorangan atau berkumpulan, dan mesej yang disampaikan
adalah berbentuk umum, sementara, dan sekaligus untuk audiens yang
menerima maklumatnya. Mengikut pendapat McCombas dan Shaw (1977),
media massa berupaya untuk memindahkan kepentingan sesuatu isu berita yang
dipaparkan di muka depan akhbar dan tajuk utama berita radio dan televisyen
kepadaagenda umum untuk dibincangkan oleh audiens.
Sukan dan media

merupakan salah satu medium yang berperanan

sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan dan menyemarakkan dunia


sukan. Kejohanan atau pertandingan sukan menuntut penganjur dan organisasi
sukan terlibat membangunkan produk, acara dan menentukan harga untuk
menyaksikan sesuatu kejohanan. Usaha ini bertujuan untuk menarik minat dan
menyampaikan kepada penonton sukan. Kejayaan sesuatu kejohanan sukan juga
sangat

bergantung

kepada

aktiviti

publisiti,promosi,

penajaan

dan

juga

penyiarannya.
Dalam hal ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting
terhadap sukan. Media massa memberi pelbagai perkhidmatan yang penting
kepada sukan. Antaranya ialah media massa merupakan sumber pendapatan
kepada sukan iaitu melalui pembelian hak penyiaran program sukan. Media
massa juga berperanan memberi kesempatan kepada masyarakat dunia untuk

menyaksikan

program

sukan.

Imej

sukan

terhadap

masyarakat

dunia

dipersembahkan oleh media massa.

Dengan kemajuan teknologi, kini komunikasi sukan dengan pelanggannya


iaitupeminat dan penonton sukan lebih canggih diguna pakai. Peralatan
elektronik moden ini telah membuatkan badan sukan memperoleh penampilan
awam yang baik melalui peranan media massa yang menyiar, mempromosi
aktiviti sukan diseluruh dunia. Kerana pendedahan yang kurang professional dan
mirip kepada sensasi oleh media massa,khasnya televisyen, para atlet mudah
dieksploitasi oleh kemasyhuran, glamour, sanjungan dan kekayaan. Peranan
media massa, khasnya televisyen adalah penting untuk memberikan galakan
kepada para atlet atau ahli sukan dan untuk menjana penajaan dan pengiklanan.
Malangnya liputan yang terlalu mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah
peribadi, gaya hidup dan pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan
negatif.
Pada pendapat saya terdapat dua kesan peranan media massa terhadap
sukan iaitu kesan positif dan kesan negatif. Tidak dinafikan penglibatan media
massa

dan

sukan

sangat

diperlukan

malah

media

massa

juga

sangat

memerlukan sukan. Maka, sukan dan media massa sangat berkait dan
berhubungan antara satu sama lain. Sukan dan media berhubungan secara dua
hala dan saling memerlukan antara satu sama lain. Kedua-duanya saling
memerlukan bagi meraih populariti dan juga untuk kejayaan komersial.
Sungguhpun kejayaan sesetengah sukan tidak bergantung kepada media, namun
bagi sesetengah sukan yang diuruskan secara komersial seperti Liga Inggeris,
Piala Dunia, Golf Terbuka Malaysia, kemunculan dan kejayaan sukan-sukan itu
amat bergantung pada media.
Selain itu, rancangan-rancangan sukan merupakan segmen penting dalam
kandungan media. Pelbagai jenis sukan pula bergantung kepada media untuk
publisiti dan juga pendapatan. Promosi yang dibuat oleh media terhadap sesuatu
kejohanan sukan akan mengkomersialkan sukan tersebut.

Sejarah sukan

menunjukkan akhbar dan televisyen telah berjaya mengkomersialkan kejohanan


sukan dunia seperti Bola Sepak, Piala Dunia, Liga Inggeris, Olimpik dan
sebagainya (Coakley, 2001).

Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bekerjasama dengan baik supaya kedua
pihak memperoleh impak yang baik daripada hubungan tersebut. Malah dapat
memajukan dan meningkatkan prestasi sukan Negara dipersada antarbangsa.
Malah, dengan media massa juga atlet dapat mempromosi dirimelalui berita
sukan, temubual malah dalam bidang pengiklanan. Oleh itu, media memberi
impak yang positif kepada altet bagi memajukan diri dan sukan seterusnya
negara.

Selain daripada itu, peranan media massa dalam bidang sukan sangat
meluas. Pihak media tidak kira ahkbar mahupun televisyen mereka dapat
mempromosi pelbagai kejohanan dan acara yang bakal berlangsung di stadium
mahupun di sesuatu tempat. Oleh itu, pihak penganjur amat memerlukan
publisiti dan promosi bagi melariskan jualan tiket sesuatu perlawanan atau
kejohanan
Di Amerika, keseluruhan hasil pendapatan pemunya pasukan-pasukan NFL
datangnya daripada hasil media, iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan
pendapatan pasukan-pasukan dalam NFL (A.C Nielson, 30 April 2000). Dapat
dibuktikan disini pihak media massa bukan sahaja mempunyai peranan yang
positif bagi seseorang atlet sahaja. Malah, pihak media juga memberi impak
positif kepada penganjur sukan-sukan di Malaysia bagi melariskan jualan tiket.
Selain itu, dapat mempromosi kejohanan dan pelawanan kepada masyarakat.
Dengan ini, masyarakat dapat beriadah dengan keluarga dengan menonton
perlawanan distadium. Belia dan remaja dapat mengisi masa terlapang dengan
menonton perlawanan distadium juga. Oleh itu, mereka dapat mengisi masa
senggang dengan aktiviti yang berfaedah.
Tidak dinafikan lagi, Media merupakan satu platform untuk menyampaikan
berita dan maklumat mengenai sukan kepada masyarakat. Peranan media untuk
menyampai berita yang terkini mengenai sesuatu sukan yang berlaku tidak kira
dalam atau luar negara. $etiap ahli masyarakat Malaysia akan ternanti berita
terkini daripada pihak media. Justeru, maklumat sukan merupakan perkongsian
bersama dan kejayaan atau kekalahan dalam sesuatu acara bukan sahaja
menjadi milik individu, malah merupakan perkongsian masyarakat. Oleh itu,
masyarakat berhak mendapat maklumat berkaitan sukan secukupnya. Dalam
konteks ini, media merupakan medium yang paling efektif menyebarkan

maklumat sukan secara luas kepada masyarakat. Kandungan ruangan sukan


boleh membawa pembaca berkongsi maklumat dengan atlet-atlet sukan yang
terlibat dalam sesuatu kejohanan atau temasya sukan.

Selain itu juga, peranan media dalam mempromosikan sukan dan memberi
impak yang positif dalam bidang sukan. Antaranya ialah dengan peranan media
dapat menjadikan sukan ini satu budaya dalam sebuah masyarakat. Lantaran itu,
corak dan keupayaan dalam sukan sering dilabelkan dengan mesej keupayaan
dan nilai masyarakat sesebuah negara. Umpamanya bola sepak dikaitkan dengan
kekuatan dan budaya di Amerika Latin seperti Brazil dan Eropah seperti Itali dan
England, manakala rugb idengan masyarakat Maori di New Zealand. Asia
Tenggara pula lebih sinonim dengan badminton dan sepak takraw. Seperti di
negara kita sendiri yang akan menjadi budaya kepada negara Malaysia iaitu
badminton dan squash. Dengan peranan media antara dua sukan tersebut dapat
dijadikan indentiti negara kita seterusnya dapat menaikkan nama negara
Malaysia.
Justeru, dari segi peranan media kepada sukan terdapat beberapa perkara
memberi impak yang negatif yang amat mempengaruhi atlet dan sesuatu
persatuan tersebut. Pengendalian Kejohanan Golf Terbuka Malaysia (Malaysian
Golf Master) dan Kejohanan Lumba Kereta Formula Satu merupakan antara
kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij di dunia dan menjadi tumpuan
masyarakat sukan antarabangsa adalah antara faktor yang menyebabkan keduadua jenisnya mendapat liputan meluas akhbar harian Malaysia. Selain itu, keduadua sukan ini juga menjadi tarikan utama peminat sukan tempatan.
Lantaran itu, beberapa sukan yang kurang mendapat promosi media akan
menyebabkan pemaian atau atlet tersebut tidak dikenali oleh masyarakat. Maka,
akan timbul impak yang negati! dimana seseorang atlet itu kurang bermotivasi
kerana tidak diwar-warkan kemenagan malah jasa beliau kepada negara. Pihak
media perlu adil dalam membuat liputan berita sukan secara menyeluruh.
Seterusnya, peranan media yang besar ini juga dapat mempengaruhi

fikiran

penonton dan pembaca mengenai laporan berita yang disiarkan oleh pihak
media. Oleh itu, jika pihak media melaporkan perkara seperti isu sensasi dan
kesalahan atlet. Walaupun isu itu hanya khabar angin atau hanyalah kesilapan
kecil dan salah faham. Masyarakat akan mempunyai tangganggapan yang buruk
kepada sesorang atlet tersebut.
Seperti contoh atlet badmintton negara Dato Lee Chong Wei yang
mempunyai masalah dengan kesalahan penggunaan dadah dan digantung
bermain selama dua tahun. Walaupun perkara tersebut belum disahkan sebagai
pennyalahan

dadah

terdapat

segelingtir

yang

kecewa

dan

marah

serta

mempunyai tanggapan yang buruk terhadap Dato Lee Chong Wei. Meskipun,
beliau

membanggakan

negara

Malaysia

sebagai

pemaian

nombor

satu

badminton diantarabangsa. Justeru, hal ini dapat dihuraikan dengan petikan


jurnal. Menurut Coakley(2011), dalam bukunya Sport and Society menyatakan
kandungan media yang dipaparkan melalui imej dan mesej, membolehkan
individu menilai peristiwa-peristiwa sosial yang berlaku dan menilai pandangan
masa depan mereka. Justeru, media berjaya memerangkap (frame) dan
mempengaruhi idea individu berkaitan dunia melalui paparan kandungan
medianya. Coakley (2001) menjelaskan kandungan media seperti sukan adalah
saling

berkaitan

dalam

masyarakat.

Maka,

media

sangat

mudah

untuk

mempengaruhi pemikiran masyarakat ynag akan mempngaruhi prestasi dan


maruah seseorang atlet tersebut.
Dalam mempertingkatkan fungsi media massa pada masa kini, seharusnya
media massa perlu mempunyai tanggungjawab dalam memberi penekanan
terhadap perkara sebenar dan bukan mereka-reka isu untuk mengalih pandangan
masyarakat terhadap isu-isu sebenar. Dalam perkara ini, komunikasi media
massa yang berkesan diharapkan dapat membuatkan masyarakat mempercayai
sesuatu isu atau perkara itu penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Ini

membuktikan

lagi

bahawa

komunikasi

media

massa

yang

menggunakan perantaraan dalam bentuk visual seperti media cetak, media


elektronik, dan media interaktif masa kini, banyak memberi kesan yang besar
kepada

pembangunan

Negara,

kerana

komunikasi

media

massa

sendiri

memberikan peranan dalam menyebar dan menyalurkan maklumat atau mesej


dalam bentuk idea baru, teknologi moden dan berita. Selain itu, komuniksi media
massa

juga

berperanan

sebagai

sumber

utama

pembangunan

dan

pengembangan idea serta berperanan dalam memujuk, mendorong kumpulan

sasaran agar berubah sikap, pendirian tegas, dan sebagainya melalui pendidikan
formal dan tidak formal.
Secara keseluruhannya, media massa di Malaysia berfungsi dalam
menyedarkan tanggungjawab sosial setiap media kepada masyarakat majmuk
dan berperanan juga sebagai pelindung kepada pihak yang menghadapi
penindasan pihak lain. Media massa terbuka kepada pihak tertentu dalam
menyampaikan pendapat mereka selain berperanan dalam menyokong dasardasar kerajaan untuk kepentingan bangsa, dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai