Anda di halaman 1dari 3

Peranan media dalam sukan

Dari Sudut positif

1. Menyalurkan maklumat terkini


Selari dengan peranan media iaitu memastikan maklumat yang terkini sampai ke
segenap lapisan masyarakat, maka tidak terkecuali juga bagi peminat-peminat
sukan tanah air mahupun luar Negara. Mereka semestinya akan dihidangkan
dengan maklumat semasa misalnya tentang perkembangan sesebuah kelab
sukan, pencapaian, prestasi semasa dan isu-isu kontroversi sesebuah sukan.
Misalnya, jika dilihat kepada trend-trend sukan masa kini yang popular seperti
bola sepak di mana para penyokong yang ketinggalan menyaksikan
pertandingan secara langsung baik di televisyen mahupun radio, mereka pasti
akan menunggu surat khabar pada esok hari untuk mengetahui keputusan
jaringan gol serta mendapatkan ulasan permainan. Bagi mereka yang sudah
biasa mendapatkan informasi sukan terkini secara “online” , pencarian melalui
internet sudah pasti akan menjadi pilihan.

2. Mempromosi sukan dan atlet


Selain menyampaikan maklumat, media juga memainkan peranan besar dalam
mempromosikan sesebuah sukan agar berjaya menarik perhatian masyarakat
terhadap sesebuah sukan itu. Misalnya, apabila tiba musim bola sepak Liga
Juara-juara Eropah, media akan membuat liputan meluas samada melalui iklan-
iklan di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya. Ruangan-ruangan khas
yang mengenawarkan informasi biodata para pemain, prestasi kelab, strategi
permainan, dan barisan pemain utama yang akan bermain serta jadual-jadual
perlawanan semestinya menjadi tarikan yang dinanti –nantikan oleh para
pembaca.
Namun, jika dilihat pada implikasi penyiaran informasi-informasi tersebut, kita
akan dapat para pembaca akan mula tergerak untuk mencuba sukan-sukan yang
popular tersebut. Mereka semestinya ingin merasai pengalaman bermain seperti
dalam permainan tersebut. Tambahan pula, sukan seperti bola sepak, lumba
kereta F1, skuasy, golf dan sebagainya sering menjadikan tajuk ganjaran bernilai
sehingga angka ratusan ribu ringgit yang diperolehi para pemenang sebagai
tajuk berita utama di ruangan sukan. Begitu juga dengan gaji-gaji para pemain
atau atlet yang kebanyakannya mencecah angka puluhan ribu ringgit sebulan.
Justeru, ini dapat dilihat sebagai perangsang kepada anak-anak muda masa kini
agar lebih tertarik kepada aktiviti sukan yang dapat memberi manfaat kepada diri
sendiri, keluarga, bangsa dan Negara.

3. Budaya hidup sihat-lahirkan ramai pelapis-pelapis


Dalam konteks sosialisasi pula, peranan media dilihat mampu untuk
mempengaruhi kesedaran sivik masyarakat agar kecenderungan mereka
berhibur tanpa memberi manfaat pada diri ditukar kepada pengamalan budaya
hidup sihat dan cergas. Adalah menyedihkan melihat para remaja yang yang
ketika zaman persekolahan mereka pernah menunjukkan potensi menjadi atlet
ataupun pemain dalam sesebuah jenis sukan tetapi kemudiannya beralih kepada
penglibatan dalam aktiviti sosial yang tidak bermoral di mana akhirnya
merosakkan diri sendiri. Banyak pihak menyatakan remaja-remaja tersebut
sebenarnya kurang pendedahan dan tidak tahu ke mana arah untuk
mengembangkan bakat mereka yang dahulunya kebanyakan digilap oleh guru-
guru semasa di sekolah. Kiranya, pencapaian mereka terhenti setakat di zaman
persekolahan sahaja.
Dari sudut negative

1. Beri tekanan kepada atlit –siarkan jangkaan pencapaian sblum permainan


2. Hanya tertumpu kpd sukan popular-mereka harapkan motivasi
3. Mencampuri urusan peribadi persatuan, kelab, dkehidupan harian atlet

Anda mungkin juga menyukai