Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI

MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI
DAN PENDIDIKAN
HS20 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER 5
SIDANG AKADEMIK (2018/2019)

PZ30102
BANTU MULA DAN KECEDERAAN SUKAN

TUGASAN :
TERANGKAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN RAWATAN AIS TERHADAP
ATLIT

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NOMBOR MATRIK
RAHIM BIN RAHMAN BP16110188

NAMA PENSYARAH : MISS. STEPHANIE CHOK

TERANGKAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN RAWATAN AIS TERHADAP


ATLIT
Berdasarkan kajian rawatan ais mempunyai banyak fungsi lain terhadap fungsi tubuh
badan manusia. Biasa kita dengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif
kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah
perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila
anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah
anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi
dan mempunyai banyak kebaikan. Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu
teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan
minda. Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan
kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada
mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan
mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam
darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Oleh itu, apakah kebaikan dan keburukan rawatan ais terhadap atlit?

KEBAIKAN
Rawatan ais membabitkan rendaman di dalam air sejuk atau meletakkan pek ais pada
kawasan yang cedera, ia akan mengecutkan dan menyempitkan salur darah di kawasan
terbabit. Sebaik salur darah menjadi sempit, darah akan kurang mengalir ke tempat
cedera seterusnya mengelakkan kecederaan tisu, bengkak dan keradangan yang
berpanjangan. Rawatan ais boleh dilakukan dengan meletak air yang ditambah ais di
dalam tab mandi dan termometer diperlukan untuk mengukur suhu di antara 10 hingga 15
darjah selsius dengan rendaman dalam tempoh lima hingga 15 minit. Selain itu rawatan
ais juga dapat menggurangkan kekejangan otot dengan membuat otot yang tercedera
kurang sinsetif. Rawatan ais juga sangat sesuai dijadikan rawatan bantu mula terhadap
sesuatu kecederaan seperti terseliuh dan sebagainya. Hal ini kerana, dengan adanya
rawatan ais ini, akan mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan terjadinya
pembengkakan pada otot yang terbabit.

KEBURUKAN
Selain mempunyai kebaikan, rawatan ais juga mempunyai keburukan iaitu atlet yang
menggunakan rawatan ais setelah berlaku kecederaan semasa bersukan tidak akan
mengetahui apakah kecederaan yang dia alami tersebut parah ataupun tidak. Sebagai
contoh, apabila seseorang atlet yang tercedera tidak pergi ke klinik ataupun hospital
untuk memeriksa kecederaan yang dia alami,dan hanya menggunakan rawatan ais
terhadap kecederaan yang dia alami, dikhuatiri kecederaan yang dialaminya itu adalah
kecederaan yang serius akan mendatangkan implikasi yang buruk terhadap seseorang
atlet. Selain itu, rawatan ais juga bukannya rawatan jangka masa panjang yang dapat
membantu menyembuhkan sesuatu kecederaan, ianya hanyalah untuk rawatan jangka
masa pendek untuk dan tidak mampu menyembuhkan kecederaan. Seterusnya, keburukan
rawatan ais ini adalah rawatan ini tidak boleh digunakan kepada atlit yang mempunyai
masalah hipersensitif kepada sejuk, rawatan ais akan memberi kesan buruk terhadap
seseorang yang hipersensitif kepada sejuk. Akhir sekali, keburukan rawatan ais terhadap
atlit adalah rawatan ini tidak dapat dilakukan apabila berada di kawasan yang sejuk.
Contohnya, apabila seseorang mengalami kecederaan otot semasa bermain bola di
kawasan yang sejuk, maka rawatan ais tidak boleh digunakan.

RUJUKAN
Muhammad Syakir Sulaiman (2017), Pengetahuan Dan Keperluan Untuk Pencegahan
Dan Pengurusan Kecederaan Sukan Di Kalangan Pelajar Diploma Perguruan Fakulti
Pendidikan. KUIS.

Timpka T., Ekstrand J., and Svanstom L., (2006). From Sport Injury Prevention To Safety
Promotion In Sports. Sports Med

Versey NG,Halson SL,Dawson BT. (2013) Water Immersion Recovery Athletes: Effect
Recommendations. Sports Med

Anda mungkin juga menyukai