Anda di halaman 1dari 1

FAKULTI KEMANUSIAAN , SENI DAN WARISAN (FKSW)

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,


88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Laman Web:http://www.ums.edu.my

Ruj: UMS /FKSW6.2.1/800-4/18


Tarikh: 05 Oktober 2017

Kepada:
MBSB Kota Kinabalu Main,
Lot 144, Q 6 Block Q, Lor Plaza Permai 1,
Alamesra - Sulaman Coastal Highway,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan/Puan,

MEMOHON TAJAAN BAGI KAJIAN LAPANGAN BAGI KURSUS AG21703 GEOGRAFI JENAYAH DI DAERAH
TAWAU, SABAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Mahasiswa/i yang mengambil Kursus AG21703 Geografi Jenayah Semester 1 2017/2018 akan menjalankan kajian
lapangan (Fieldwork) di Daerah Tawau, Sabah yang bertujuan untuk menyiapkan salah satu tugasan penting para
pelajar yang menjadi tuntutan dalam kursus ini. Kajian ini melibatkan seramai 133 mahasiswa/i yang terdiri daripada
pelajar program iaitu HA24 Sejarah, HA18 Geografi, HA12 Hubungan Industri dan , Program Pendarasan
Islam dan HA14 Antropologi dan Sosiologi. Berikut merupakan butiran berkaitan kajian tersebut :

Nama Kursus Geografi Jenayah (AG21703)


Tarikh 16-19 Novemver 2017
Tempat Daerah Tawau, Sabah
Yuran Rm 100
Pelajar 133 Orang Pelajar

Sehubungan dengan perkara diatas, pihak kami ingin memohon tajaan daripada pihak tuan/puan sama ada bentuk
kewangan atau makanan dan minuman bagi menjayakan Kajian Lapangan ini. Kami akan memberikan sijil
penghargaan sebagai penghargaan pihak Tuan untuk sumbangan dan tajaan yang Tuan hulurkan.

Semoga permohonan kami dipertimbangkan dan diterima oleh pihak tuan/puan bagi menjayakan Kajian Lapangan
ini. Bersama ini, kami lampirkan kertas kerja kajian lapangan dan surat kelulusan Kajian Lapangan ini. Sebarang
pertanyaan bolehlah berhubung secara terus dengan saudara Jeswill Ongkirik (0198339493) atau saudari
Suziliana Sindie ak Renang (0128929350). Segala pertimbangan daripada pihak tuan/puan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

EMILLIA BINTI ARIFIN


Pengarah,
Kajian Lapangan AG21703 Geografi Jenayah,
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan
Universiti Malaysia Sabah.

S.k :Setiausaha AG21703 Fail

Anda mungkin juga menyukai