Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN TARIAN MAGUNATIP

Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga tebesar di Sabah. Mereka
menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta sempadan antara
Kalimantan dan Sarawak. Tempat tinggal mereka termasuklah di Tenom, Kemabong,
Pensiangan dan Keningau. Dahulu, kaum Murut tingaal di dalam rumah panjang dan
hidup harmoni sebagai keluarga besar.
Kebanyakan mereka adalah petani yang berpindah, pemburu dan
penangkap ikan sungai. Mereka juga menjalankan pemungutan hasil hutan (damar,
rotan dan madu lebah)

TARIAN MAGUNATIP
Tarian magunatip atau tarian buluh merupakan tarian tradisi suku kaum
MurutKuhijau (Kwijau). Tarian ini begitu popular di daerah Keningau, Sabah. Ia juga
ditarikan oleh suku kaum Kadazandusun di daerah Tambunan, Sabah. Magunatip
berasal dari perkataan apit yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau
terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya). Tarian Magunatip tergolong
dalam kategori tarian ritual. Ini adalah kerana ia bertujuan untuk pengubatan dan
berkaitan dengan menanam dan menuai padi. Selain daripada itu, ia juga ditarikan
untuk memeriahkan sesuatu upacara dan majlis keramaian yang diadakan.
Tarian ini ditarikan dengan iringan pukulan gong pada awal tarian tetapi
semasa buluh dilagakan, bunyi gong tidak diperlukan lagi kerana bunyi buluh yang
dilagakan akan mengeluarkan bunyi yang kuat dengan irama yang menarik dan unik.
Beberapa penari lelaki dan wanita, terlonjak-lonjak menari dengan pakaian yang penuh
tradisi, sementara dua atau empat orang melagakan alu dan dua orang lagi rnemegang
pangkal alu tersebut supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian ini sudah
dijadikan satu upacara rasmi, terutama sekali semasa Majlis Jamuan Makan orangorang kenamaan atau lebih dikenali sebagai 'Orang Kaya-kaya' atau O.K.K. di samping
ditarikan dalam majlis menyambut perayaan Pesta Kaamatan iaitu hari Pesta Menuai
Padi pada 31 Mei setiap tahun.
Selain itu, tarian ini juga dipersembahkan di majlis-majlis tertentu seperti
menyambut Hari Guru, Hari Kemerdekaan dan sebagainya. Tarian Mangunatip
bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan. Pakaian Adat suku
kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbarudan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis
dengan motif dari manik atau warna.Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit
kayu. Wanita menggayakan pakaianpinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat
dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai
rarangkol dan hiasan kepala salupai.

KEUNIKAN TARIAN MAGUNATIP


Tarian Mangunatip ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Melalui nama
tarian ini sudah menampakkan keunikan kerana mengekalkan identiti suku kaum Murut.
Menurut Samsudin Harun (2012) dalam buku Tarian Etnik Peribumi menyatakan
bahawa Perkataan Magunatip diambil dalam perkataan Bahasa Murut iaitu apit yang
bermaksud sepit kerana tarian ini menggunakan buluh dan para penari memerlukan
kepantasan dan kecekapan ketika menari. Selain itu, tarian ini juga memerlukan buluh
sebagai alat utama kerana tanpa buluh, tarian ini tidak akan berjaya. Batang buluh pula
mestilah jenis yang sesuai dan melalui beberapa proses sebelum dijadikan sebagai alat
tarian. Buluh tersebut akan ditebang mengikut saiz dan kepanjangan yang sesuai.
Selepas itu, buluh tersebut akan dijemur supaya ringan dan tahan lama. Setelah kering,
proses mengecat buluh akan bermula dan dilukis dengan corak-corak yang menarik.
Biasanya ia dilukis bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.
Seterusnya, ketika tarian ini ditarikan kita dapat melihat gerakan badan, tangan
dan kaki penari. Tarian yang lemah-gemalai dan memerlukan kepantasan kaki sangat
menguja perasaan penonton. Tarian dimulakan dengan rentak perlahan dan lamakelamaan, buluh akan diketuk dengan cepat dan para penari mengikut rentak bunyi
buluh tersebut. Pada masa inilah kemuncak Tarian Magunatip kerana para penari akan
melalui buluh dengan cepat dalam tempoh beberapa minit sebelum mengakhiri tarian.
Di samping itu, pakaian yang dipakai oleh para penari menambahkan lagi keistimewaan
tarian tradisi masyarakat Murut.
Pakaian yang berwarna-warni dan dihias dengan manik-manik yang pelbagai
jenis menambahkan lagi keayuan dan kesegakkan penari. Aksesori wanitanya pula
begitu unik seperti salupai yang dipakai di kepala, pipirot iaitu tali pinggang, gelang
tangan dan kaki, rantai dan sebagainya. Manakala penari lelaki tidak terkecuali menjadi
bahan tarikan penonton melalui pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan tupi
sinulatan yang dipakai di kepala. Senjata yang digunakan oleh penari lelaki iaitu
parang dan perisai melambangkan sifat kepahlawanan kaum Murut dan mengingati
pahlawan kaum ini iaitu Antanom yang terkenal dengan keberaniannya menentang
penjajah.

MENARIKAN TARIAN MAGUNATIP


Para penari yang menarikan tarian ini memerlukan latihan yang berterusan
kerana tanpa latihan yang kerap, mereka tidak akan mahir dalam tarian ini. Tarian
Magunatip juga lebih memfokuskan kepada kepantasan dan kecekapan kaki untuk
mengelakkan kaki daripada tersepit. Justeru, mereka akan berlatih dengan kerap dan
akan menambahkan kelajuan memukul buluh supaya memberi ketegangan dan
keghairahan kepada penonton untuk terus menyaksikan tarian ini.
Corak persembahan tarian ini juga telah mengalami perubahan mengikut arus
kemodenan. Pelbagai teknik tarian dipelbagaikan dan ditokok tambah mengikut
kreativiti masing-masing namun masih mengekalkan keaslian tarian ini. Kebiasaannya,
TarianMangunatip dimulakan dengan pukulan gong dan sebahagian penari datang dan
menari dengan lemah-gemalai sebagai ucapan selamat datang kepada tetamu.
Seterusnya, penariyang akan beraksi dengan menggunakan buluh iaitu penari lelaki
dan perempuan datang.Penari lelaki akan membawa buluh yang panjang dan penari
wanita pula membawaempat batang buluh pendek. Pemukul buluh akan mula memukul
buluh dan para penari secara berpasang- pasangan menari melalui keempat-empat
buluh. Selepas itu, corak persembahan bertukar membentuk step atau bunga tarian
yang baru. Kempat-empat buluh akan disilangkanmenjadi bentuk X dan para penari
menari dalam satu bulatan. Beberapa corak tarian akan bertukar dan semakin lama
buluh akan diketuk dengan cepat dan para penari memerlukankosentrasi dan
menumpukan perhatian supaya kaki mereka tidak tersepit. Selepas itu,tarian akan
berakhir dengan latarbelakang atau kedudukan yang menarik daripada setiap penari
yang mengambil bahagian.

MAKSUD TERSIRAT DALAM TARIAN MANGUNATIP


Setiap gerakan dalam sesuatu tarian mempunyai maksud yang tersirat.
TarianMangunatip juga mempunyai makna disebalik sesuatu gerakan. Tarian yang
lemah-gemalai membawa maksud kesopanan wanita dan pihak lelaki sebagai
pelindung kepadawanita dalam kehidupan. Hal ini dapat dilihat ketika penari lelaki
memegang parang dan perisai sambil matanya liar berwaspada dan seolah-olah
sedang bertarung dengan musuh.Ketika melalui buluh pula, penari lelaki dan wanita
akan berpasang-pasangan sambil berpegangan tangan menari melalui buluh tersebut.
Hal ini menerangkan kepadakita bahawa walau apa jua cabaran dan rintangan yang
melanda, kedua-dua pasangankhasnya dalam institusi perkahwinan, kedua-dua pihak
hendaklah berganding bahumenyelesaikan masalah rumahtangga.

MUZIK TARIAN MAGUNATIP


1) GONG

Gong yang juga merupakan sebahagian daripada barang hantaran masyarakat


Murut mempunyai nilai yang tinggi bahkan lebih mahal daripada bungkas (sejenis
aksesori kaum wanita) terutamanya gong asli. Justeru Gong bukan sahaja dianggap
sebagai salah satu alat muzik yang penting bahkan juga sebagai simbol prestij

seeorang individu di mata masyarakatnya. Gong dipercayai berasal dari Pulau Jawa
dan telah dibawa masuk ke Pulau Borneo ,khususnya semasa kerajaan Majapahit
menakluki negeri itu kira-kira pada abad kelima belas. Perkataan gong yang
digunakan secara meluas di seluruh duniasekarang ini berasal daripada perkataan
Melayu/Indonesia yang berasaskan kepada sistem onomatopeia iaitu suatu sistem
penamaan yang diilhamkan melalui peniruan bunyi yang diterbitkan oleh alat
berkenaan.

2) BULUH
Buluh merupakan salah satu alat muzik yang digunakan dalam tarian
magunatip.Biasanya empat batang buluh yang panjang dan empat batang buluh yang
dipotong pendek untuk diletakkan di bawah dua batang buluh panjang. Ia bertujuan
untuk menghasilkan bunyi yang lebih menarik dan memudahkan proses melagakan
buluh. Buluh-buluh yang digunakan itu akan dicat dan dihias dengan cantik supaya
kelihatan lebih menarik. Masyarakat Murut juga menggunakan buluh semasa majlis
perkahwinan yang disebut Tinauh. Sebatang buluh akan dipotong di hadapan
pengantin sambil mendengar nasihat daripada ketua kampung ataupun ketua rumah,
kemudian nasihat daripada bapa pengantin lelaki dan seterusnya nasihat bapa
perempuan. Setiap individu yang memberi nasihat akan memotong buluh. Buluh
yangdipotong akan mengeluarkan air, dan air tersebut akan ditadah kemudian
disapukan kepada kepala budak kecil sebagai air suci yang menandakan bahawa
budak yang disapu dengan air itu akan beroleh kehidupan yan aman sejahtera
disamping menjadi anak yang berguna di masa akan datang. Mereka yang menadah air
buluh ini terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja. Acara memotong buluh ini
disaksikan oleh semua orang kerana mereka sama-sama mendengar nasihat yang
diberi oleh individu-individu yang berkenaan.

PAKAIAN PENARI TARIAN MAGUNATIP


PAKAIAN PENARI LELAKI
Penari lelaki akan memakai baju babaru dan cawat yang diperbuat daripada
kulit kayu puputul. Pakaian ini akan dilukis dan diwarnakan mengikut kreativiti
pembuatnya. Pada kebiasaannya mereka akan menggunakan warna yang terang
seperti warna merah yang melambangkan sifat keberanian dan kepahlawanan.Selain
itu, pakaian penari juga dihias dengan manik-manik yang berwarna-warni. Perhiasan
kepala penari lelaki disebut sebagai tupi sinulatan yang juga dibuat daripada kulit
kayu. Pembuatan pakaian ini memerlukan masa yang lama keranamelalui banyak
proses yang bermula dengan proses mencari kulit kayu yangsesuai. Seterusnya kulit
kayu itu diketuk sehingga lebar dan dijemur untuk beberapa hari. Tupi sinulatanjuga
melalui proses yang sama dan dihias dengan bulu binatang. Di samping itu, ala senjata
yang digunakan oleh para penari lelakiialah parang atau disebut sebagai lukut dalam
bahasa Murut. Mereka jugamembawa bersama perisai yang dibuat daripada kayu dan
dilukis bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Pakaian penari perempuan.


Penari wanita pula menggayakan pakaian pinongkolo daripada kain kapas berwarna
hitam dan dihias dengan manik-manik berwarna-warni.Warna hitamadalah warna asas
tekstil yang digunakan untuk membuat pelbagai bahan pakaianuntuk lelaki dan wanita.
Bagaimanapun, pakaian-pakaian ini sudah mengalami banyak perubahan dan banyak
dihias dengan sulaman yang berwarni-warni,labuci yang berkilat serta hiasan tepi kain
disulam dengan benang yang diimport.Perhiasan diri pula seperti rantai rarangkol dan
hiasan kepala salupai.Aksesori ini menggunkan manik-manik yang disebut sulimpuk.
Selain itu, penari perempuan juga memakai tali pinggang duit syiling perak pipirot.
Bajuwanita berlengan pendek dan dihiasi dengan pelbagai corak yang bermotifkan
bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Masyarakat asli secara tradisi menenungentian
asli seperti pisang lanut (musa testiles), lamba (Curguligo latifolio)dan kapas
(Gossypium herbaceum) dengan menggunakan tenunan lama untuk dijadikan kain.
Kemudian kain tersebut diwarnakan denagn nila (indigoferatinetoria) kerana nila mudah
diperolehi dan tidak mudah luntur. Pada zamandahulu, pakaian tradisi Murut dihias
dengan batu akik merah, manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera
yang dibuat daripada cangkerangdan tembaga. Bagaimanapun pada hari ini,

kebanyakan hiasan-hiasan inidigantikan dengan manik-manik plastik dan bahan moden


yang lain seperti benang emas, perak labuci dan benang berwarna. Pakaian tradisi ini
turut dipakaisemasa hari perkahwinan dan majlis-majlis keramaian seperti Pesta
Menuai pada bulan Mei. Perayaan Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai turut
mengadakan
Pelbagai

pertandingan

antaranya

Pertandingan

Unduk

Ngadau

atau

Ratu

Cantik.Melalui pertandingan inilah kita dapat melihat pelbagai jenis baju tradisi
yangdireka khas untuk pertandingan ini.

an Mangunatip merupakan salah satu daripada tarian tradisi kaum Murutselain daripada
Tarian Mangalai dan Tarian Sumazau. Keunikan yang terdapat dalamtarian ini
membuatkan saya tertarik untuk membuat kajian walaupun memerlukan kosyang tinggi
ekoran daripada jarak negeri Perak dengan negeri Sabah sangat jauh. Disamping itu,
pihak yang pakar dengan sejarah tarian ini juga sukar dihubungi namundengan
pertolongan ibu saya dan kawan-kawan seperjuangan yang tahu sedikit sebanyak
mengenai

tarian

ini

dapat

merungkaikan

segala

persoalan

tentang

Tarian

Mangunatip.Tarian ini mempunyai maksud yang tersirat yang dapat diperhatikan dalam
setiaplangkah tarian. Tarian yang lemah-gemalai membawa maksud kesopanan wanita
dan pihak lelaki sebagai pelindung kepada wanita dalam kehidupan. Hal ini dapat
dilihatketika penari lelaki memegang parang dan perisai sambil matanya liar
berwaspada danseolah-olah sedang bertarung dengan musuh. Ketika melalui buluh
pula, penari lelaki danwanita akan berpasang-pasangan sambil berpegangan tangan
menari melalui buluhtersebut. Hal ini menerangkan kepada kita bahawa walau apa jua
cabaran dan rintanganyang melanda, kedua-dua pasangan khasnya dalam institusi
perkahwinan, kedua-dua pihak hendaklah berganding bahu menyelesaikan masalah
dalam rumahtangga.Setiap masyarakat di Malaysia memang kaya dengan budayanya
yang tersendirinamun kurangnya pendedahan daripada masyarakat itu sendiri
menyebabkan adat resamdan budaya tersebut semakin dilupakan. Justeru, dengan
kesedaran itulah golongan mudahari ini berusaha mengkaji kebudayaan dan keunikan
tinggalan sejarah itu untuk didedahkan kepada masyarakat umum untuk dihayati

bersama. Semua pihak hendaklah ma untuk memelihara kebudayaan masyarakat kita


daripada pupus ditelanzaman ekoran daripada tiada langkah untuk menjaga dan
mempelajarinya.Pihak ibu bapa misalnya, hendaklah mendedahkan kepda anak-anak
merekatentang asal usul budaya, jenis-jenis adat, pantang larang dan sebagainya.
Melalui pendedahan awal daripada pihak ibu bapa, anak-anak dapat pengetahuan
umum dan berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi budaya bangsa
mereka apabilamereka sudah dewasa kelak. Selain itu, peranan remaja dan golongan
muda sesuatu kaum juga sangat penting kerana golongan inilah yang akan
memperkenalkan keunikan budayakaum mereka serta memeliharanya supaya ianya tak
lekang dek panas dan tak lekang dek hujan.Selain itu, peranan pihak kerajaan seperti
Kementerian Kebudayaan dan Warisanamat penting untuk mempromosikan sesuatu
kebudayaan untuk dipersembahkan kepada khalayak umum. Contohnya, apabila
negara kita menyambut sesuatu perayaan,kementerian ini telah memasukkan semua
kebudayaan masyarakat Malaysia sepertiMelayu, Cina, India, etnik Sabah dan
Sarawak. Namun, masih ada lagi kebudayaan yang belum dipromosikan secara
meluas. Justeru, dengan adanya kajian seperti ini, budaya,adat resam dan sebagainya
dapat diperkenalkan kepada masyarakat kita

DALAM BLOG
Asal Daerah / Negeri :Sabah

Kaum

: Murut

Mangunatip adalah tarian tradisional Suku Kaum Murut yang amat popular. Tarian
Magunatip ini, menurut kepercayaan suku Kaum Murut tidak boleh di persembahkan
dengan sewenang-wenangnya. Tarian Magunatip ini hanya boleh dipersembahkan
pada masa-masa yang tertentu saja iaitu seperti mengadakan temasya istiadat
mengubati orang sakit oleh bomoh suku Kaum itu. Bomoh ini digelar "Sambong Nyawa"
atau "Megendi". Tarian Magunatip ini biasanya ditarikan pada hari pertama memulakan
istiadat mengubati pesakit. Ketika itu mereka menumbuk beras untuk dijadikan tepung
kemudian tepung tadi dibuat kuih pais sebagai bekalan dalam perjalanan menuju
kehutan untuk mencari ramuan-ramuan ubat daripada bambu.

Alat-alat bunyi-bunyiannya hanya boleh dipukul dihari yang kedua apabila


sekembalinya rombongan orang yang mencari ramuan-ramuan tersebut. Apabila
rombongan orang yang mencari ubat ini berada kira-kira 100 ela lagi dari rumah di
sakit, maka alat-alat bunyi-bunyian itu pun dipukul sebagai memberitahu kepada orangorang dirumah di sakit yang mereka sudah tiba. Menurut kepercayaan orang tua-tua
dahulu kala sesiapa yang melakukan Tarian Magunatip tanpa sebab maka orang itu
boleh ditimpa malapetaka. Yang mana kononnya akan ditakutkan oleh hantu/iblis.
Orang itu mungkin akan sakit yang boleh membawa kepada maut atau orang itu
mungkin cacat seumur hidupnya jika tidak di ubat secara "Sambong Nyawa. Adat ini
masih terdapat dikalangan suku Kaum Kadazan di Pendalaman; tetapi tarian Magunatip
ini jarang-jarang dipersembahkan kecuali jika ada keramaian-keramaian yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai