Anda di halaman 1dari 17

Definisi Pakaian

Pakaian sebagai unsur tradisi adat yang


simbolik disebut sebagai berpakaian,
akan putera Sultan itu belumlah lagi
berpakaian subang (Misa Melayu 1966,
39) dihubungkan dengan adat tradisi
istana yang membawa simbol kebesaran
memakai pakaian kerajaan
selengkapnya (Sejarah Melayu, Hikayat
Hang Tuah).
Menurut Geddie 1961 pakaian ialah
A complete style of dressing, including all
the clothes, accessories, etc..worn at one
time

Rumusan Definisi Pakaian


Istilah pakaian yang disebut tadi melibatkan
peranan menggunakan, memakai, memperhalus,
peralatan dan bahan kelengkapan yang
memperagakan fesyen dan gaya.
Secara keseluruhannya, pakaian dapat
menentukan siapa pemakai dan taraf pemakaian
itu dalam kelompok masyarakat tersebut.
Dari sudut kemasyarakatan, pakaian mempunyai
makna simbolik yang membezakan taraf, darjat
dalam suasana adat istiadat atau pengamal budaya
yang menentukan ketua adat/agama, pahlawan,
orang bahawah/rakyat ataupun hamba.

Pakaian dan Masyarakat


Fungsi asas pakaian ialah
melindungi daripada cuaca
panas dan dingin alam
berdasarkan sudut geografi.
Sungguhpun begitu, pakaian
menjadi lebih bererti apabila
disorot dari sudut peranan
reka bentuk dan sistem sosio
budaya.
Menurut Spier (1965),
pakaian tidak terikat dengan
ciri-ciri dasar sejagat iaitu
sebagai bahan perlindungan.
Contoh: Suku Kaum Nevada
(tidak memakai pakaian,

Pakaian dan Masyarakat


Melayu
Hal yang sama berlaku dalam masyarakat Orang

Asli, Suku Iban dan Kenyah di Borneo yang


menganggap perhiasan sebagai unsur penting
dalam berpakaian.
Owen Rutter (1985), menghabiskan masa yang lama
bersama masyarakat pedalaman Borneo
menyatakan masyarakat tersebut menggunakan
permukaan kulit kayu sebagai bahan pakaian dihias
dengan warna atau ditampal dengan kulit siput.
Apabila teknik menjalin, menganyam dan menenun
mula berkembang, pola dan bentuk pakaian terus
berubah.

Pakaian dan Masyarakat


Melayu
Isidore Dyen (1967), menyatakan bahawa
masyarakat awal (zaman prasejarah) di
wilayah budaya Melayu-Polinesia
menggunakan dan memakai pakaian dengan
makna protective Magic.
Pahlawan atau ketua adat tidak menutup
badan mereka. Sebaliknya menghias badan
dengan lakaran cacah sebagai simbol
kekuatan dan kehidupan ketika itu.
Pada peringkat ini, di samping unsur
kepercayaan, pakaian dapat diertikan
sebagai sesuatu yang melekat kekal
menghiasi tubuh badan yang tampak tetapi
bernilai rohani.

Pakaian dan Masyarakat


Melayu
Berdasarkan kajian antropologi
budaya, peranan fungsi juga adalah
masalah bahan yang berkait rapat
dengan makna adat. Ia adalah
instrumental yang dapat dirujuk,
bagaimana manusia menggunakan
bahan budaya benda persekitaran bagi
mencipta peralatan membuat pakaian
(Abdul Kader, 1981)
M. Adams (1971) turut membuat kajian
tentang tekstil Sumba menyatakan
bahawa proses tradisi yang digunakan
untuk menghasilkan tenun ikat dapat
memberi makna sebagai sistem simbol
dalam kehidupan sosiobudaya.

Hal yang sama berlaku di beberapa


wilayah budaya Melayu lain terutamanya
Minangkabau, Palembang, Brunei, Tanah
Semenanjung seperti Perak, Kelantan dan
Terengganu.
Biasanya wanita yang menunggu hari
perkahwinan mula menghasilkan tenunan
atau tekatan sebagai persediaan
menyerikan majlis. Malah segala tekstil
yang dijadikan bahan pakaian tersebut
disimpan dan dijaga rapi untuk digunakan
dalam acara yang sama untuk generasi
berikutnya.
Hampir seluruh masyarakat wilayah
budaya Melayu (Iban, Batak, Toraja dan
Sumba) menghasilkan tenunan
menggunakan perkakas tenun duduk.

Gambaran Awal Pakaian Wilayah


Budaya Melayu
Zaman prasejarah di wilayah budaya Melayu
menampil ciri budaya Neolitik dan Dong San. Teori
Prof. Heine-Geldern yang menyentuh kelompok
manusia Melayu, iaitu Melayu-Proto dan MelayuDeutro, yang berasal dari utara adalah penting.
Ciri budaya prasejarah dapat ditinjau dari sudut
reka bentuk melalui penggunaan bahan dan
teknologinya.
Perkembangan bentuk pakaian pula
memperlihatkan kesinambungandari segi reka
corak dan perhiasan.

Gambaran Awal Pakaian Wilayah


Budaya Melayu
Penemuan beberapa artifak menunjukkan bahawa
nenek moyang orang Melayu memakai perhiasan.
Gelang batu, cincin, rantai manik daripada bijian atau
tembikar yang ditanam bersama mayat adalah
peralatan yang mewarisi ciri budaya Neolitik.
Penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan; Bukit Tengku
Lembu, Perlis; lakaran di Gua Niah, Sarawak adalah
bukti wujudnya kesenangan memakai, menghias dan
melakar sebagai ciri pakaian dengan nilai kerohanian
atau berfungsi simbolik (Winstedt, 1981).
Pakaian daripada bahan kulit kayu adalah salah satu
reka bentuk budaya neolitik yang bersifat segajat
sebelum munculnya tekstil tenunan.

Gambaran Awal Pakaian Wilayah


Budaya Melayu
Menurut Wanda Warming dan Micheal
Gaworski (1981), kepakaran
menghalusi kulit kayu menjadi
semakin baik dalam kalangan
masyarakat Sumbawa dan Toraja,
Sulawesi (Baju Katevu) apabila
kesedaran menghias dikaitkan dengan
nilai kerohanian, kewibawaan, dan
kehebatan seorang ketua adat yang
disimbolkan melalui pakaian dan
berterusa hingga kini.
Ciri ini dapat dilihat dalam budaya
orang Ulu, terutamanya suku kaum
Kenyah yang menganggap ketua adat
sebagai penghulu dan pahlawan
dengan memakai pakaian kebesaran
dengan simbol bulu burung sebagai
perhiasan kepala.

Pakaian Era Sejarah


Dalam era sejarah, gambaran pakaian
wilayah budaya Melayu dapat dilihat dalam
tiga zaman yang penting:
1. Kerajaan Melayu Awal (abad pertama
hingga 13)
2. Kerajaan Melayu Melaka (abad ke-14
hingga 16)
3. Kerajaan Melayu Johor-Riau (dan
kesinambungan di wilayah budaya Melayu
(abad ke-17 hingga 19)

Pakaian Kerajaan Melayu


Awal
Dua buah kerajaan yang tercatat zaman kerajaan
Melayu Awal ialah Langkasuka dan Sriwijaya
(Watson & Andaya,1982). Di bawah kuasa keduadua kerajaan ini secara tidak langsung wilayah
budaya Melayu mengamalkan pengaruh dan ciri
budaya Hindu Buddha.
Coomaraswamy (1965),mencatatkan persamaan
bentuk pakaian dan jenis kain wanita Khmer, Siam
dan Melayu (Kedah). Mereka memakai sarung
dengan dengan cara berkemban tanpa baju.
Beliau menyamakan dengan pakaian gaya India.
Wanita Siam melilitkan phannom di bahagian
lingkaran dada. Lelaki dan wanita juga memakai
pha nung yang melilit bahagian pinggang hingga
ke bawah seakan dhoti.

Pakaian Kerajaan Melayu


Awal
Penduduk di wilayah budaya Melayu ketika itu
menggunakan sarung sebagai pola dasar pakaian.
Perbezaan darjat antara rakyat dengan raja
ditentukan oleh dasar pakaian. Perbezaan darjat
antara rakyat dengan raja ditentukan melalui
penggunaan kain kapas untuk rakyat biasa dan
barang perhiasan emas pertama untuk golongan
bangsawan.
Konsep warna yang dipengaruhi oleh unsur budaya
Hindu-Buddha disebut melalui gambaran raja
memakai payung putih dan tali pinggang emas.

Pakaian Kerajaan Melayu


Awal
Kemajuan kerajaan Melayu awal sebagai pusat
perdagangan turut mengeluarkan barangan
seperti porselin, kain katun, kain sutera dan kain
broket untuk membuat pakaian.
Dapat disimpulkan, pakaian di Wilayah Melayu
Zaman Melayu awal memperlihatkan reka
bentuk yang hampir lengkap.
Walaupun pola baju belum wujud tetapi sistem
kemasyarakatan yang menyentuh soal pakaian
dan darjat disimbolkan melalui bahan.

Pakaian Kerajaan Melayu Melaka


Catatan yang lebih lengkap tentang
Kerajaan Melayu Melaka berdasarkan
aspek pakaian dan agama ialah:
raja negeri dan rakyat negeri semuanya mengikut ajaran
Islam, sanggup berpuasa menahan larangan Tuhan. Pakaian
raja, iaitu mengguna kain Melayu nipis, berwarna putih, melilit
kepala, berbaju kain hijau nipis berbunga seperti baju jubah,
memakai kasut kulitlelaki membungkus kepala dengan kain
(destar), kaum perempuan mengikat sanggul di belakang,
pakaian atas baju pendek, pakaian bawah (sarung) dililitkan
dengan kain putih, sapu tangan berwarna warni.
Obaidellah 1986

Pakaian Kerajaan Melayu


Melaka
Kutipan ini menunjukkan bahawa reka bentuk pakaian Melayu
yang lengkap terdiri daripada tiga bentuk penting, iaitu kain
sarung, baju (pendek, jubah), dan kain ikat kepala.
Kesedaran berpakaian dibantu pula dengan penggunaan simbolik
bahan dan warna (putih/hijau nipis berbunga).
Mahajara China menghadiahkan emas, perak, kain yang baik,
kain sutera, tali pinggang, pakaian kepala dan baju labuh sebagai
pakaian diraja yang sipakai oleh Raja Melaka (Buyong, 1973)
Sejarah Melayu.
Jelaslah, pakaian zaman Melayu Melaka menggabungkan
berbagai-bagai ciri budaya (luar dan wilayah budaya Melayu)
sekaligus menampilkan ciri tempatan. Unsur luar ialah bahan
(tekstil) India kain kapas cetak, ciri-ciri budaya Arab Parsi (Islam)
ialah jubah panjang daripada kain Calico berbunga warna hijau
dan turban

Kerajaan Melayu Johor-Riau dan


Kesinambungan Wilayah Budaya
Melayu (Abad ke-17 hingga ke-19)
Gambaran pakaian Wilayah budaya Melayu
Kerajaan Johor Riau pada abad ke-17
dicatatkan oleh Johan Nieuhoff (1988).
Kerajaan ini meneruskan konsep Pakaian
cara Melayu (pakaian persalinan)
Menggunakan kain tenunan yang
mempunyai nilai sejagat; songket (Melayu,
Minangkabau), jong sarat (Brunei), tape
(Sarawak, Lampung). Tenunan sutera;
corak Bugis.

Anda mungkin juga menyukai