Anda di halaman 1dari 6

HAIWAN TERANCAM DI MALAYSIA

Bilangan haiwan-haiwan ini dikatakan semakin berkurang dengan sangat drastik


sehingga ada juga dakwaan mengatakan bahawa sebahagian darinya sudah
mengalami kepupusan. Berikut adalah 5 haiwan yang dikatakan tadi.

1.Black Shrew

Black shrew haiwan Malaysia yang hampir pupus

Black Shrew (Tikus Hitam) sangat jarang ditemui, hinggakan saiz sebenarnya tidak
diketahui. Walaubagaimanapun, beberapa saksi yang pernah menemuinya
mengatakan haiwan ini adalah dalam lingkungan 20 - 100mm. Satu spesimen ini
pernah ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah. Sehingga kini, tiada data statistik
diperolehi bagi haiwan ini dan dikhuatiri telah pupus.

Bilangan terkini di Malaysia : Mungkin sudah pupus!

1
2.Badak Sumatra

Badak Sumatra haiwan Malaysia yang hampir pupus

Badak Sumatra merupakan spesies badak yang paling kecil dengan berat dalam
lingkungan 500 - 800 kg. Selalu ditemui di kawasan berpaya dan hutan hujan,
badak ini menjadi rebutan pemburu yang inginkan tanduknya.

Bilangan terkini di Malaysia: 300

3.Tapir Malayan

Tapir Malayan haiwan Malaysia yang hampir pupus

Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir / cipan / tenuk / badak tampung yang
paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini kerana
warna nya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk melakukan
proses penyamaran. Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan
pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

Bilangan terkini di Malaysia: 369


2
4.Kancil

Kancil haiwan Malaysia yang hampir pupus

Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara
rakyat Malaysia. Dengan saiz nya yang sangat kecil, haiwan ini hanya memakan
buah dan juga daun-daun. Boleh ditemui di Malaysia, Borneo dan Indonesia.

Bilangan terkini di Malaysia : Tiada data, tetapi diklasifikasikan sebagai spesies


dilindungi

5. Orang Utan

Orang Utan haiwan Malaysia yang hampir pupus

Secara asasnya terdapat 2 jenis orang utan, iaitu spesies Sumatra dan juga spesies
Borneo. Orang utan merupakan haiwan yang bijak dan dikatakan hidupan kedua
yang paling bijak di dunia selepas manusia. Namun jumlah nya kini semakin
menurun yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan dan penebangan hutan.

3
Bilangan terkini di dunia : Sumatra (7000) dan Borneo (45000 - 69000)

HAIWAN PUPUS

1. Syrian Wild Ass ( Pupus sejak 1927 )

Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda.
Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di
sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan
kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass
akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah
pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah
mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir
merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927
apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.

2. Javan Tiger ( Pupus sejak 1980-an )

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara
Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan
karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan

4
kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu
tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini. 3. Tarpan ( Pupus sejak 1919 )

4. Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger ( pupus sejak 1936 )

Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian
Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan
haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia,
Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara
rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini
dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine
dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya
yang terancam.

4. Dodo ( Pupus sejak lewat abad ke-17 )

5
Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular
di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo sepertias dead as a
dodo yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti
peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara
tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam
dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering
bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di
Kepulauan Mauritus.

Anda mungkin juga menyukai