Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang,
Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang,
Guru-guru dan warga SK Perasu,
Ibu bapa dan rakan-rakan,
Serta kepada semua pihak yang terlibat
dalam menghasilkan Buku Informasi
Kesihatan
bagi Program Doktor Muda ini.










SETINTA PENA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan
limpah kurniaNya Buku Skrap Informasi
Kesihatan ini dapat disempurnakan.
Kami rasa amat bersyukur dan gembira
kerana dengan terlaksananya buku skrap ini
kami dapat menimba banyak pengalaman
dan pengetahuan bahaya Nyamuk Aedes dan
bagaimana kita dapat mencegah wabak
denggi.

Buku skrap ini akan memaparkan tentang
Nyamuk Aedes dan bahayanya kepada
manusia. Disamping itu juga terdapat artikel
dan informasi serta gambar nyamuk yang
merbahaya kepada manusia.
Akhir kata, terima kasih pada semua yang
terlibat dalam menjayakan penerbitan buku
skrap ini samada secara langsung atau tidak.
Sekian,Wassalam.







1. KANDUNGAN

1.1 APA ITU AEDES
1.2 KITARAN HIDUP AEDES
1.3 AEDES MEMBIAK
1.4 APA ITU DENGGI
1.5 PUNCA DEMAM DENGGI
1.6 TANDA-TANDA
DIJANGKITI DENGGI
1.7 MENCEGAH NYAMUK
AEDES
1.8 RAWATAN

2. PENUTUP

3. LAMPIRAN GAMBAR





1.1 APA ITU AEDES.
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek
aedes, yang bererti "tidak menyenangkan",kerana
nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit
berbahaya seperti demam denggi.
Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui
di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi
dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur
hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu
minggu

*Mengenali Nyamuk Aedes
Nyamuk Aedes senang dikenali dengan belang
hitam putih di badan dan kaki.
Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi
dan awal senja.
Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air
jernih di dalam dan di luar rumah.
Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga
menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1
minggu.






2.2 KITARAN HIDUP AEDES.



NYAMUK DEWASA






PUPA TELUR





LARVA









Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap; nyamuk
mengalami empat peringkat perkembangan yang
jelas. Empat peringkat itu ialah telur, pupa, larva
dan nyamuk dewasa. Kitar hidup lengkap nyamuk
mengambil masa sebulan.

Telur ; Selepas menghisap darah, nyamuk betina
bertelur sekelompok ('kelompok telur berbentuk
rakit) telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur
halus yang berwarna putih yang terapung pada
permukaan air bertakung atau air yang mengalir
amat perlahan
Larva : Dalam masa seminggu, telur itu akan
menetas menghasilkan larva (atau dipanggil jentik
jentik) yang mana ia bernafas melalui tiub yang
terkeluar pada permukaan air. Larva memakan
bahagian kecil bahan organik yang terapung dan
juga makan sesama mereka. Larva membentuk
sebanyak 4 kali sepanjang perkembangan mereka;
selepas pembentukan keempat, ia dipanggil sebagai
pupa.
Pupa : Pupa juga tinggal berhampiran dengan
permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk
seperti tanduk (dipanggil sifon) yang terletak pada
bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan.
Nyamuk dewasa : Nyamuk dewasa keluar dari pupa
apabila kulit terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk
dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.





1.3 AEDES MEMBIAK
Nyamuk Aedes membiak dengan bertelur di tempat-
tempat berikut.



3.Mengenali Tempat-tempat Pembiakan Nyamuk
Aedes.
a. Tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di
dalam rumah
Di dalam kolah bilik mandi dan baldi yang
menakung air.
Bekas perangkap semut.
Bekas menakung air peti sejuk.
Piring menakung air pasu bunga.




b. Tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di luar
rumah
Tayar terpakai.
Tempurung kelapa.
Tempurung koko.
Botol.
Saluran-saluran air hujan.
Tin-tin kosong.

















1.4 APA ITU DENGGI
Denggi ialah sejenis virus yang dibawa oleh nyamuk
Aedes
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit
yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana
sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati
penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan
kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan
kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk
sembuh sepenuhnya.
Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar
jika dibandingkan dengan luar bandar.















1.Apa Itu Demam Denggi?
Demam Denggi adalah sejenis penyakit yang
disebabkan oleh virus Denggi. Orang yang sihat boleh
menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk
Aedes yang mengandungi virus Denggi. Penyakit ini
sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Tiada
ubat untuk merawat penyakit ini. Cara yang paling
berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes

















1.5 PUNCA DEMAM DENGGI
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus
yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di
dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus
yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4
jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den
1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini
boleh meransang pembentukan antibodi yang
berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang
dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh
terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya
melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.
Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia
melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati
dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari
pada tahap awal penyakit.









1.6 TANDA-TANDA DIJANGKITI DENGGI
1.6.1 Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada
usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-
kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh
demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula
demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang
berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di
belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh
ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik
merah di bawah kulit juga boleh didapati.
1.6.2 Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal
yang utama seperti demam yang sangat panas,
perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem
peredaran darah.
Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-
bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung,
gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam),
kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid
yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal
penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm
di bawah tulang rusuk kanan.
Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan
melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti
kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka
juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian
dengan cepat mengalami renjatan atau sawan.
Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock
Syndrome'(DSS).


1.6.3 Tanda-tanda Demam Denggi
Demam kuat yang mengejut.
Kekeringan bibir.
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-
sendi dan biji mata.
Ruam merah di kulit.
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung dan gusi.
Sakit kepala.
Hilang selera makan.
Muntah-muntah.
Sakit perut














1.7 MENCEGAH NYAMUK AEDES
Memusnah nyamuk Aedes
a. Peringkat jentik-jentik :
Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes
dengan menanam atau membuang semua bekas
kosong yang boleh menakung air.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti
abate atau garam ke dalam semua bekas
menyimpan air tiga bulan sekali.
Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat
untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga dan
kolah bilik mandi setiap minggu dan basuh serta
berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
Buang air dari piring-piring alas pasu bunga
seminggu sekali dan berus piring-piring itu hingga
bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).

b. Peringkat nyamuk dewasa
Tidur menggunakan kelambu.
Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga
pembunuh nyamuk.
Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
Semburan kabus secara besar-besaran.



1.8 RAWATAN
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi
membunuh virus denggi.
1.8.1 Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan
pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:
a. mengurangkan demam(suhu badan)
b. mengelakkan dari perdarahan berlaku

1.8.2 Rawatan Demam Denggi Berdarah
a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera
makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit
digalakkan supaya minum air lebih banyak.
b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko
terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal
dengan antipiretik.
c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan
dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling
genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya
kiraan hematokrit meningkat kerana ia
menggambarkan darjah kehilangan plasma.






2. PENUTUP





















































3. LAMPIRAN GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai