Anda di halaman 1dari 50

CONTOH KARANGAN

BAHASA MALAYSIA

MENGIKUT

TEMA DALAM BUKU


TEKS

TINGKATAN 5
2
Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini
termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Perayaan seperti ini tidak
lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah
terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka sejak turun-temurun. Kerajaan Malaysia pada
tahun 2000 telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum dianggap sebagai perayaan
utama negara yang diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada
peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah
kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?

Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan


terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara
kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi
negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah
terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang harus
wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat
sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi,
perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau
kerajaan. Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadi, setiap kaum
seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain
tanpa sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama lain
dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat
dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat
Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama
walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan setiap
kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang
rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak cinta. Sebagai contoh, orang-orang
India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang
Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya kaum lain,
malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang.
Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.

Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan
kepada pelancong asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia
untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan
menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut
perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata mutiara jauh perjalanan, luas
pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah
terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai,

3
Deepavali dan Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di
Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya
mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan
negara. Izharnya, konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata
pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung
keharmonian.

Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan
kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka merupakan
medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli
keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud
dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka,
hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap
dalam kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara
mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan
kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat
mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat
mencerminkan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan
dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.

Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan silaturahim dalam
masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan rapuhnya institusi kejiranan yang
dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat kembali disuburkan melalui amalan rumah
terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang bagi masyarakat untuk mengenali jiran
tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang
dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang bertemu
dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham
dapat diredakan melalui pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka.
Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.
Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara
pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka
seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul
Razak setiap tahun. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan
silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat.

Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat serta merasai
kepelbagaian masakan. Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita telah memberikan kelebihan
kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan mempunyai corak atau cara sambutan yang
berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula diketengahkan menyebabkan masyarakat kini
mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor
penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah yang
disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala
masyarakat India pula mementingkan manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila
mereka dapat merasai juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan,
bak kata aforisme Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah
masyaralat dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat
yang berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh.

4
Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri
pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana
mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan
Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus pada
tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah
satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan
persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya
tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat kita. Pelancong juga
sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan
segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu
yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga
mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa
dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat. Hasilnya, kesemua keunikan
ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong.

Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti
Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep seruan
beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masing-masing telah
diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini bermakna perayaan
negara kita telah berkonsep ala- Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya
sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak
menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan
masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat
handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian, perpaduan dan
kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi
baru berasa banggsa dengan warisan yang dimiliki selagi adat initidak lapuk dek hujan, tidak lekang
dek panas. Kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi
identiti rakyat Malaysia.

Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka
memang banyak membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep rumah
terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan
dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi apabila
menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat negara untuk
mencapai Gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin.
Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada negara-negara di
dunia.

5
Usaha Mengekalkan Keamanan Sejagat

Pertelingkahan politik dalam negara seperti di Syria, konflik antara kaum yang masih
melanda Sri Lanka dan pembunuhan etnik yang pernah terjadi di Bosnia Herzergovina serta Rwanda
memberikan bayangan bahawa keamanan di dunia amat goyah ibarat buih-buih di lautan. Oleh yang
demikian, usaha mewujudkan keamanan dunia menjadi agenda perdana Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, setiap negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada
badan dunia itu, malah setiap negara perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam
negara mahupun antarabangsa.

Tidak boleh dinafikan bahawa perpaduan antara rakyat merupakan kunci keamanan sesebuah
negara terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Oleh itu, usaha
mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat hendaklah dilaksanakan secara serius
dan berterusan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang pernah mencalar sejarah Malaysia membuktikan
bahawa ikatan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum sangat rapuh. Mainan sentimen
perkauman yang keterlaluan ibarat percikan api telah menyemarakan gelombang kebencian antara
kaum. Impaknya, peristiwa berkenaan telah meninggalkan parut walaupun lukanya sudah sembuh
kepada mangsanya. Atas dasar tidak mahu pisang berbuah dua kali kerajaan Barisan Nasional telah
ditubuhkan bagi membentuk kerjasama pintar antara parti politik yang mewakili setiap kaum.
Tegasnya, pertelingkahan dalam kalangan rakyat hanya akan merugikan negara kerana pihak yang
kalah menjadi abu tetapi pihak yang menang menjadi arang.

Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara menjalin
hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara negara dapat
memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan tebing Sehubungan itu, Malaysia
telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama
Negara-negara Islam (OIC) di samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia
kecuali Israel. Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan berkenaan adalah untuk
menjalin kerjasama dari aspek politik, ekonomi, dan sosial serta membincangkan usaha untuk
menyelesaikan konflik antara negara anggota. Intihanya, hubungan baik antara negara mampu
menjadikan planet Bumi ini sebagai sebuah petempatan untuk manusia yang aman dan makmur.

Marcapada, perbalahan antara negara seakan-akan sukar untuk dielakkan apabila masing-
masing cuba mengeksploitasi sumber kekayaan yang terdapat di muka bumi ini demi kelangsungan
ekonomi negara masing-masing. Apabila keadaan ini terjadi maka meja rundingan ialah platform
yang paling ampuh untuk menyelesaikan konflik yang timbul dan bukannya dengan mengangkat
senjata. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda telah banyak
berjasa dalam menyelesaikan pertikaian antara negara seperti perebutan Pulau Ligitan dan Sipadan
oleh Malaysia dan Indonesia serta Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Tuntasnya,
setiap perumitan yang timbul hendaklah diselesaikan dengan penuh berhemah ibarat menarik
rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak.

Akhir sekali, keamanan negara mahupun antarabangsa boleh dikekalkan jika layanan yang adil
dan saksama diberikan kepada semua pihak. Tamsilannya, di Malaysia, kerajaan telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk memastikan setiap kaum
mendapat hak yang adil dan saksama untuk menikmati kemakmuran negara. Begitulah yang
seharusnya berlaku di peringkat antarabangsa. Kuasa-kuasa besar dunia sewajarnya memberikan

6
layanan yang adil kepada semua negara tanpa melabelkan negara-negara yang tertentu sebagai
sekutu ataupun seteru. Buktinya, peristiwa 11 September 2001 dikatakan berpunca daripada
kebencian puak militan terhadap Amerika Syarikat yang bersikap pilih kasih dalam isu-isu
antarabangsa yang memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya, khususnya Israel. Kempen
memerangi keganasan tajaan Amerika Syarikat juga ternyata telah gagal untuk mengekalkan
keamanan dunia malah negara ‘Uncle Sam’ itu ibarat tikus membaiki labu apabila keamanan dunia
bertambah buruk lantaran polisi pilih bulu pemimpin negara berkenaan. Rumusannya, keadilan dan
kesaksamaan layanan antara semua pihak merupakan kunci keamanan sesebuah negara dan buana.

Deduksinya, prakarsa untuk mewujudkan keamanan dalam negara dan antarabangsa tidak
boleh dipandang sebelah mata sahaja. Perpaduan dalam kalangan rakyat harus dipupuk sejak kecil,
ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, hubungan kerjasama antara negara harus
dipererat dan budaya bermusyawarah hendaklah diamalakan untuk menyelesaikan sesuatu
perbalahan. Tambahan lagi, semua pihak harus dilayan secara adil dan saksama untuk mewujudkan
keamanan sejagat. Sesungguhnya, umat manusia harus sedar bahawa planet ini adalah untuk semua
makhluk ciptaan-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya harus memastikan dunia terus makmur dan
aman.

7
Kebaikan E-Pembelajaran Dalam Bidang Pendidikan

Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak
perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada
jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet
sebagai medium.

Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses


pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti
pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan,
bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan
fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.

Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi
mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara
fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat
mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah,
melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap
kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.

Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap
komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan
sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.

Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk
mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru
dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan
berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang
terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar
mengikut kehendak guru yang berkenaan.

8
Manfaat dan Kekangan Pendidikan Maya

Pendidikan maya merupakan satu alternatif untuk menggantikan pembelajaran dan


pengajaran secara konvensional yang mempunyai sempadan-sempadan tertentu. Selaras dengan
hasrat negara untuk menjadi negara maju yang indikator utamanya ialah kemajuan dalam bidang
pendidikan , maka pendidikan maya telah diperkenalkan. Pusat Rujukan Persuratan Melayu
mentakrifkan maya sebagai bayangan, ilusi, fatamorgana, atau khayalan. Oleh hal yang demikian,
frasa pendidikan maya dapat disimpulkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang tidak
berlaku secara langsung sebaliknya melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah.
Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran Sekolah
Bestari, E-learning, Universiti Terbuka dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan yang terkini
ialah Frog VLE. Sesungguhnya, pendidikan maya mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang
tersendiri.

Sebagai menyahut ledakan teknologi maklumat, sewajarnyalah kita meraikan pendidikan


maya sebagai salah wahana untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cepat dan mudah.
Pada zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu bersaing untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kerjaya masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w
bersabda “tuntutlah ilmu walau di negara China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorang itu
digalakkan mencari ilmu. Ilmu mampu meningkatkan martabat seseorang. Pada masa kini, ilmu
mudah diperoleh melalui ruang siber. Ilmu yang merentasi dunia tanpa sempadan memberi banyak
kelebihan kepada kita. Hanya dengan mengetik papan kekunci berbantukan perkhidmatan jalur
lebar, seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh pelosok negara melalui
pendidikan maya atau virtual dengan cepat dan mudah.

Selain itu, konsep Pembelajaran Sepanjang hayat akan terlaksana. Mereka yang sudah
bekerja dapat meningkatkan kualiti diri mereka dengan melanjutkan pelajaran secara virtual .
Pendidikan maya tidak mengikat pekerja untuk menghadiri kelas secara formal. Mereka boleh
mencapai maklumat pada bila-bila masa tanpa terikat dengan waktu kerja. Hassan Jantan (2005)
juga mengatakan bahawa salah satu cara meningkatkan kecemerlangan pekerja adalah dengan
memberikan pemahaman dan penghayatan kepada mereka tentang konsep Pembelajaran
Sepanjang Hayat. Pembelajaran Sepanjang Hayat merujuk kepada proses pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi program untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi secara formal atau tidak formal di tempat kerja. Pendidikan maya memberi banyak
kelebihan kepada mereka. Pembelajaran di tempat kerja menjadi lebih bermakna jika pekerja
mengetahui masalah dan menetapkan objektif kerja sendiri.

Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti
penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini
secara tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar.

Selanjutnya, para pelajar dapat menggunakan e-buku ataupun buku elektronik yang
merupakan komputer riba berukuran buku nota seberat satu kilogram. E-buku ini dapat memuatkan
300 naskhah buku . Perisiannya membolehkan pelajar melayari Internet. E-Buku mempunyai
pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan,

9
kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak.
Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT) di sekolah pada jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani
kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi
suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar juga boleh dijadikan sebagai
medium rujukan. Malahan, Internet juga dianggap sebagai kutubkhanah maya yang menyimpan
khazanah ilmu pengetahuan. Tuntasnya, melalui pendidikan maya, maklumat dapat diperoleh
dengan lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa.

Selanjutnya, pendidikan maya membolehkan guru-guru menentukan tahap pencapaian


akademik pelajar. Dalam erti kata yang lain, guru-guru mampu mengenal pasti sama ada pelajar
pintar atau lembam dalam sesebuah kelas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan maya
menjadi suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai contoh,
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran
berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan
konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Guru-guru dapat memberi tugasan, ujian
dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta
menyemak markah menerusi Frog VLE.

Menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh
dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya
termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya.
Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku
elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah
dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah
pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana dengan
pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang pelajar, internet juga boleh
dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya
yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah dan
dapat menjimatkan masa.

Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan
seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan maya boleh
dilakukan di rumah. Secara tidak langsung, kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar dapat
dijimatkan. Para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan
pensyarah. Sebagai contoh, para pensyarah boleh menggunakan kemudahan telesidang yang
menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan
canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk para pelajar Program
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak
dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti
masa ini. Oleh hal yang demikian, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan
pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat
memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang amat digalakkan oleh kerajaan.

Tidak wajar sekiranya kita hanya membincangkan kebaikan pendidikan maya sahaja.
Walaupun banyak kelebihan, kelemahan pendidikan maya tidak dapat kita nafikan.Kemudahan
teknologi yang tidak mencukupi menjadi kekangan dalam pendidikan maya. Proses pengintegrasian
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi
seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi
maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem

10
penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca
permasalahan pengintegrasian ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga,
peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan
teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan
dalam proses pengintegrasian TMK dalam pembelajaran dan pengajaran.

Akhirul kalam, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada


seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengajaran dan pembelajaran yang
baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem
pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi minda para pelajar. Para pelajar akan lebih
terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksanakan secara menyeluruh.
Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran
sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan
pepatah ‘ sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’. Selain itu, pelbagai pihak tidak kira
pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah bahu membahu bagai aur dengan
tebing bersama-sama dengan kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita
agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain.

11
Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi

“Ilmu pelita ilmu” dan “Ilmu suluh kejayaan”. Itulah dua kata-kata hikmat yang dapat
membuktikan bahawa ilmu begitu penting dalam hidup setiap manusia. Dalam era globalisasi ini,
para remaja perlu diberi lebih penekanan berkenaan kepentingan penguasaan ilmu dalam pelbagai
bidang kerana jika seseorang itu tidak memiliki ilmu pengetahuan, mereka akan ketinggalan serta
mengalami kesulitan untuk meneruskan hidup. Disebabkan tuntutan zaman, para remaja perlu lebih
aktif dan berusaha untuk menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup
pada masa akan datang.

Dengan adanya ilmu, seseorang itu berupaya mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang
kehidupan manusia. Ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja memberikan
kemudahan kepada hidup mereka malahan memberi manfaat kepada semua golongan yang
memiliki ciptaan tersebut. Contohnya, telefon pintar, komputer riba dan sebagainya. Penciptaan alat
elektronik dan alatan lain kini sarat dengan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman yang
semakin moden serta pesat membangun.

Seterusnya, negara dapat melahirkan banyak tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan.
Pendidikan pada alaf ini menyediakan skop pengetahuan dan ilmu yang luas serta kemahiran
menguasai pelbagai bidang yang semakin kompleks dan bercorak global. Ilmu pengetahuan yang
tinggi akan memberi kelebihan pada tenaga mahir di Malaysia. Tenaga mahir tersebut akan
menyumbangkan idea-idea bernas dalam sesuatu perkara. Misalnya, penciptaan tembikar daripada
tanah liat dengan teknik dan keunikkan yang tersendiri telah menarik minat banyak syarikat dan
pelabur dari luar negara untuk bekerjasama dengan Malaysia. Pada masa yang sama, Malaysia
bukan sahaja melahirkan banyak tenaga mahir malahan dapat mengharumkan nama Malaysia ke
persada antarabangsa sekaligus menyumbang kepada pertambahan hasil ekonomi negara.

Di samping itu, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang juga dapat menjamin peningkatan
taraf hidup. Dengan ilmu yang dikuasai, mereka akan menjawat jawatan yang baik dengan gaji yang
lumayan. Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah corak hidup dan
membina kehidupan yang lebih baik serta selesa. Mereka juga mampu memiliki kenderaan sendiri
dan dapat memenuhi kehendak diri mereka sendiri. Golongan yang menguasai ilmu juga dapat
mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk memperoleh pendapatan sampingan seperti berniaga,
mengajar di pusat tuisyen dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, golongan yang memiliki ilmu juga tidak mudah dimanipulasi oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab. Kita sering membaca di dada-dada akhbar bahawa kes penipuan
kebanyakannya berlaku dalam kalangan penduduk kampung. Ini menggambarkan bahawa
masyarakat yang tinggal di kampung tidak begitu mengambil berat soal ilmu mungkin disebabkan
pendapatan isi rumah tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan anakanak untuk ke sekolah
dek kerana kos sara hidup yang kian meningkat. Disebabkan itu, penipu dengan mudahnya
menggunakan helah melalui kontes atau peraduan gores dan menang untuk melakukan penipuan.
Masyarakat dengan mudahnya memberikan harta sama ada dalam bentuk barangan atau wang
tunai semata-mata kerana tertarik dengan hadiah yang ditawarkan. Hal ini terjadi kerana, wujudnya
masyarakat yang mudah terpedaya dan tidak berfikir panjang serta kurang ilmu pengetahuan. Hal
seperti ini sudah tentu tidak akan berlaku kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan.

Akhir sekali, penguasaan ilmu penting bagi membolehkan seseorang itu berkhidmat untuk
negara, bangsa dan agama. Ilmu yang dimiliki bukan sahaja memajukan diri sendiri malahan mereka

12
juga boleh menyumbangkannya kepada orang lain dengan tujuan yang betul dan saluran yang tepat.
Sebagai contoh, doktor dapat memberikan rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu
memberikan kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para
pelajar. Secara tidak langsung, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang pada era ini sebenarnya
dapat memberikan banyak kebaikan khususnya kepada sesebuah negara itu sendiri.

Konklusinya, terbuktilah bahawa ilmu itu amatlah penting dalam kehidupan setiap manusia.
Ilmu perlulah ditimba dengan seberapa banyak mungkin kerana ilmu memberi manfaat kepada
sesiapa yang memilikinya. Ilmu yang dicari bukan sahaja dalam bentuk duniawi, malahan ilmu agama
juga penting agar keseluruhan ilmu yang dicari seimbang. Janganlah kita menjadi seseorang yang
berilmu, bekerjaya dan berkedudukan tetapi akhlak serta rohani rosak. Cabaran duniawi pada era
globalisasi ini menuntut kita untuk menguasai ilmu agama sebagai benteng dan kekuatan daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral dan bertentangan dengan hukum agama.

13
Kebaikan Pengangkutan Awam

Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa.
Dalam era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan
kenderaan yang konvensional. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti
monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden
itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk mencapai
kemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak
kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat
menggunakannya.

Pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-
bandar besar yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan rakyat Malaysia gemar
menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di samping itu,
mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
ketika berada di jalan raya. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius.
Oleh itu, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express Rail Link), LRT (Light Rail
Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah
kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita.

Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai
contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta.
Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan jika dibandingkan
dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara
pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, anggota masyarakat akan mendapat manfaat
sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global
telah memberikan impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh
hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan
pengangkutan awam.

Selain itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang untuk ke
sesuatu destinasi. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem pengangkutan
yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula
banyak tempat di ibu kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini
sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang untuk sampai ke sesuatu
destinasi. Hal ini seharusnya diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar mereka
menggunakan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya
menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali.

Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan awam
yang mesra alam kerana kenderaan tersebut tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat
membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Perkara
yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka
seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi, perkara ini

14
membuktikan bahawa penggunaan pengangkutan awam dapat menangani penemaran udara yang
semakin serius pada masa ini.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan pengangkutan awam memang banyak kelebihannya


jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota
masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke sesuatu
destinasi. Sekiranya saranan ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi
oleh anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan
motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan
pengangkutan awam melalui kempen kongsi kereta atau "car pool" untuk ke tempat kerja. Hal ini
menyebabkan pencemaran udara dikurangkan dan anggota masyarakat dapat menyedut udara yang
segar dan hidup dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

15
Kebaikan Bandar dalam Taman

Kemajuan dalam aspek pembangunan dan perancangan bandar telah menemukan satu
formula baharu untuk mengekalkan kelestarian warisan alam. Konsep mengutamakan pembangunan
negara yang mesra alam telah menjadi satu unsur penting dalam pembangunan negara. Lihat sahaja
pembanggunan di Shah Alam dan Putrajaya yang membuktikan kesungguhan negara ini dalam
mengetengahkan konsep bandar dalam taman tersebut. Sebenarnya, konsep bandar dalam taman
ini membawa banyak kepentingannya terhadap rakyat dan negara.

Faedah utama yang dibawa oleh konsep bandar dalam taman ini melibatkan keupayaan
negara menjaga keseimbangan alam dan eskosistem dengan efektif. Keseimbangan ini berlaku
kerana faktor kadar penebangan hutan dengan kadar pertumbuhan hutan dijaga dengan baik oleh
mana-mana pihak yang membangunkan sesuatu projek pembangunan itu. Situasi ini menjamin
kewujudan kehijauan alam sekitar untuk satu tempoh yang lama buat sesuatu kawasan yang
dibangunkan oleh kerajaan itu. Ringkasnya, pelan pembangunan sesuatu kawasan dirancang dengan
teliti kerana setiap pembangunan mengutamakan alam sekitar.

Selain itu, pembangunan berteraskan konsep ini berupaya mengurangkan pencemaran alam
dengan begitu mudah. Semua pembangunan terutama yang melibatkan sistem pengangkutan awam
mengutamakan istilah mesra alam itu. Penggunaan bahan api dikurangkan untuk menjaga kualiti
udara menerusi pembinaan sistem transit aliran ringan yang berupaya menghubungkan mana-mana
destinasi di sesuatu bandar itu dalam tempoh yang pantas. Alam juga tidak tercemar kerana
pembangunan mesra alam turut mengutamakan pembinaan sistem pembetungan yang berkualiti
untuk memastikan sumber air terutama untuk kegunaan penduduk tidak tercemar.

Tambahan pula, pembangunan berteraskan bandar dalam taman akan menyediakan


suasana kehidupan yang berkualiti buat penduduk setempat. Semua aktiviti pembangunan dilakukan
tanpa mengabaikan keindahan alam sekitar yang sudah lama wujud tersebut. Landskap yang
menarik dihasilkan oleh pihak pemaju untuk menggantikan binaan hutan batu yang menjadi amalan
utama dalam pembangunan sebelum ini. Akibatnya, rakyat dapat menikmati keindahan alam di
depan mata mereka tanoa perlu kembali ke kampung halaman untuk melihat keindahan tersebut.

Kehidupan moden telah menyebabkan manusia semakin tertekan lalu usaha menjadikan
konsep bandar dalam taman satu realiti akan membantu rakyat negara ini menenangkan fikiran dan
menghilangkan tekanan kehidupan tersebut. Pelbagai kawasan riadah dengan kemudahan yang
mesra pengguna dibina sehingga menarik minat rakyat untuk beriadah sepanjang masa. Tindakan ini
akan menjadikan kualiti kesihatan diri dan mental rakyat menjadi bertambah baik untuk satu
tempoh tertentu. Lama-kelamaan, kehidupan masyarakat di negara ini akan menjadi lebih tenang
dan harmoni kerana negara mengutamakan pembangunan yang seimbang dalam perancangan
pemodenan itu.

Impak terakhir pelaksanaan konsep bandar dalam taman ialah negara ini akan menarik lebih
banyak pelancong terutama pelancong asing untuk melawat Malaysia. Golongan pelancong ini
pastinya akan mudah terpesona dengan keindahan dan kekreatifan perancang bandar negara ini
dalam merancang sebarang pembangunan tersebut. Pelancong akan memuji sikap rakyat negara ini
yang begitu mengutamakan kemodenan tetapi masih mengekalkan kehijauan dan keaslian alam
sekitar yang sukar untuk diperoleh di negara asal mereka itu. Sudah pasti apabila mereka kembali ke

16
negara asal pelbagai cerita tentang keindahan negara terutama kesungguhan rakyat Malaysia
mengekalkan keseimbangan pemodenan dan alam sekitar akan menjadi buah mulut masyarakat di
sana.

Kesimpulannya, konsep bandar dalam taman perlu diwujudkan di negara ini dengan lebih
banyak. Pelbagai faedah timbul sama ada daripada segi ekologi dan ekonomi kepada rakyat serta
negara ini secara tidak langsung. Pembangunan negara ini hendaklah mengikut acuan kita sendiri
kerana langkah sebegini beruoaya menaikkan nama negara pada mata masyarakat dunia pula.
Namun, sokongan rakyat amat diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan konsep sebegini bak kata
pepatah bersatu teguh bercerai roboh yang menekankan peri pentingnya kerjasama masyarakat
dalam kehidupan moden ini.

17
Kepentingan Perpaduan Kaum

1 Malaysia, slogan yang telah diperkasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak membawa seribu erti kepada negara. Pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan
antara kaum dan amalan tolak ansur agama selama ini pastinya dapat diperkukuhkan dengan
laungan slogan 1 Malaysia. Sensitiviti pihak kerajaan yang sentiasa berusaha menyuburkan semangat
perpaduan dalam masyarakat heterogen perlu diberi pujian. Bagaimanakah perpaduan kaum
menatijahkan impak positif kepada negara? Tuntasnya, tepuk dada tanya selera.

Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat


ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa
disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan
pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara. Hal ini pastinya mampu mewujudkan
sebuah entiti masyarakat yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni serta secara tidak langsung dapat mengikis sikap individualistik. Tamsilnya,
organisasi masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja
berjuang mempertahankan keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya,
dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dan negara bertambah gah di persada dunia.

Nama negara juga akan disanjungi dan meningkatkan imej negara di mata dunia. Malaysia
pastinya akan menjadi ‘role model’ kepada negara-negara di pentas dunia, seterusnya akan dapat
meningkatkan imej negara. Di negara lain, perpaduan berkemungkinan berada pada tahap yang
amat rendah jika dibandingkan dengan negara kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu.
Contohnya pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Britain
mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan. Oleh hal yang demikian,
sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlu melaksanakan langkah-langkah proaktif bagi
mengekalkan perpaduan antara kaum kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Selain itu dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia pasti
bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi Malaysia yang
mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas
pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di
Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai, sekali gus dapat menjana ekonomi
supaya terus berkembang. Sebagai contohnya rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah
keringat bagi memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi
negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama bertapak
mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi.

Di samping itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat juga dapat
menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, salah satu sumber ekonomi
negara adalah dalam sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara. Asas perpaduan
yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping kepelbagaian adat resam yang membentuk
identiti sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya,
pelancong amat tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum
yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej negara. Hal ini, seterusnya
mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat menjana ekonomi Malaysia secara tidak langsung.
Konklusinya, terdapat pelbagai kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan

18
masyarakat di negara ini. Rakyat Malaysia amat diseru agar mempertahankan maruah bangsa hingga
ke titisan darah yang terakhir dan memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan. Ingatlah,
Keranamu Malaysia, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Oleh itu, semua pihak perlu
menggembeleng tenaga bagi memurnikan dan mengekalkan perpaduan antara kaum

19
Cabaran Menghadapi Kerjaya Masa Depan

Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir kepada


kebanyakan pelajar. Sama ada pada peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka mula mencongak-
congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk
memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu
boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran
di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para
majikan. Oleh hal yang demikian, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkap dirinya dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan.

Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran berkomunikasi.


Kemahiran berkomunikasi ialah kebolehan istimewa yang menggabungkan kecekapan seperti petah
berbicara, matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi yakin apabila berhadapan
dengan pelbagai peringkat klien. Hal tersebut amatlah penting memandangkan dunia terbuka pada
hari ini memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas serta
pendapat yang matang. Kebolehan dalam berkomunikasi juga memberikan ruang kepada individu
tersebut memperluas rangkaian klien dan tetamu. Melalui interaksi yang baik pada pelbagai
peringkat pasti memberi impak besar apabila pelbagai peluang kerjaya mudah diperoleh. Pada
peringkat nasional, tokoh-tokoh istimewa seperti Dato Dr. Fadhillah Kamsah, Mahathir Lokman, Dr
Fatimah Al Zahra serta ramai lagi telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan
berkomunikasi yang dimiliki oleh mereka. Demikianlah yang dimaksudkan oleh peribahasa, budi
menunjukkan hati, bahasa menunjukkan bangsa.

Di Malaysia, bahasa-bahasa utama seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Arab,


Perancis dan Jepun mula mendapat tempat di hati masyarakat. Signifikan menguasai pelbagai
bahasa memang tidak dapat dielakkan lagi dalam era globalisasi tanpa sempadan seperti sekarang.
Keupayaan seseorang menguasai pelbagai bahasa memberikan ruang yang luas untuknya
menjalinkan jaringan komunikasi dan seterusnya menghidu pelbagai peluang kerjaya. Dalam konteks
negara perindustrian seperti Malaysia, keupayaan menguasai pelbagai bahasa menjadikan bonus
seseorang itu menjawat pelbagai jawatan penting seperti penterjemah, pegawai perhubungan
awam, agen perdagangan antarabangsa dan pegawai utama di mana-mana kedutaan. Dengan hal
yang demikian, seyogialah rakyat negara ini mengambil peluang mempelajari pelbagai bahasa agar
peluang kerjaya yang terbuka menjadi milik kita. Tanpa penguasaan bahasa yang sesuai dengan
tuntutan globalisasi, nescaya kita akan terus tertinggal dan terperap bagaikan katak di bawah
tempurung. Oleh itu, atas dasar tuntutan globalisasi dan massa kita hendaklah mampu menguasai
kemahiran pelbagai bahasa.

Pembawaan dengan sifat sederhana, kemas dan berperawakan yang yakin adalah antara
faktor seseorang itu mudah diterima dalam mana-mana agensi atau organisasi. Demikian pula
apabila dalam alam pekerjaan, kebolehan menyesuaikan diri dalam khalayak menjadi sumber
terpenting untuk seseorang itu berjaya. Sewajarnya, sebelum melangkah ke alam kerjaya, pastikan
diri kita memperloleh suatu kemahiran yang paling penting, iaitu kemahiran membuat penampilan
diri. Penampilan diri adalah berhubung kait dengan cara berpakaian, gaya bertutur dan bijak
menyesuaikan diri dalam pebagai lantai khalayak. Kemahiran ini perlu dipelajari semasa pelajar
masih pada peringkat sekolah dan lebih-lebih lagi di institusi pengajian tinggi. Penglibatan aktif
dalam aktiviti kokurikulum dan koakademik membolehkan individu belajar cara-cara bergaul,
kebolehan membuat keputusan dan sentiasa mesra khalayak. Oleh sebab itu, remaja hendaklah

20
tampil dengan perawakan yang baik, berfikiran positif dan menjauhi sikap menyendiri ibarat kera
sumbang.

Kemahiran teknologi adalah antara cabaran terbesar yang mesti dikuasai oleh setiap
remaja. Pada hari ini dianggarkan lebih 200 ribu graduan yang menganggur akibat kesukaran untuk
memasuki pasaran kerja. Namun demikian, rata-rata graduan yang memiliki ijazah dalam bidang
teknologi seperti kejuruteraan, elektronik dan perniagaan sangat mudah diterima oleh majikan.
Oleh itu, bagi memenuhi pasaran kerja yang mementingkan bidang kepakaran dan kemahiran, para
remaja hendaklah tahu akan potensi diri masing-masing dan memilih mana-mana bidang yang
berkaitan dengan teknologi. Kemahiran seperti pengendalian mesin, arka dan reka bentuk
membolehkan graduan dalam bidang ini amat laris bagaikan pisang goreng panas. Selaras dengan
matlamat tersebut pelbagai institusi kemahiran seperti Politeknik, Pusat Latihan Industri dan IPT
yang berorientasi teknologi tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ayuh, remaja sekalian, apa lagi
yang ditunggu? Perahu sudah di air, pendayung di dalam genggaman harungilah samudera nan
terbuka.

Dalam dunia yang semakin dikuasai oleh pengaturcaraan maklumat, kemahiran dalam
bidang ICT sentiasa memberikan kelebihan kepada individu. Pada hari ini semua urusan yang
bermula dari kaunter hadapan hinggalah kepada membuat keputusan yang paling dasar bergantung
penuh kepada akses komputer. Golongan remaja kini mesti celik komputer dan mempunyai
pengetahuan secara profesional dalam bidang pengaturcaraan, ‘programming’ dan perisian.
Golongan remaja hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kemahiran asas komputer seperti
‘Office’, ‘Powerpoint’, ‘Excel’, ‘Adobe’ dan boleh melayari Internet. Malahan, seperkara yang amat
penting juga, kebolehan berbahasa Inggeris juga amat penting dalam menguasai teknologi maklumat
ini. Oleh hal yang demikian, bersedialah dari awal agar anda menjadi anak muda yang lengkap
dengan pengetahuan sebelum turun ke pentas kerjaya, sejajar dengan peribahasa, hilang dicari,
terapung direnangi, tenggelam diselami.

Pada hakikatnya, seperti yang dikatakan oleh orang-orang lama, anak-anak muda
mestilah boleh ditolak ke tepi mahupun ketengah, bak kata peribahasa ‘benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, naik ke darat menggunung sasa dan terlontar ke udara menyinar bak kejora’.
Begitulah hakikatnya, anak muda pascamilenium datangnya dinantii, perginya dicari dan hilangnya
diratapi.

21
Langkah-Langkah Untuk Memajukan Sektor Pertanian

Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami
pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor
pertanian telah dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an. Bagaimanapun di bawah Misi
Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan
negara kita iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan
ekonomi pada tahun 1997 dan1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai “penyelamat” ekonomi
negara kita. Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa negara kita memperuntukkan berbilion-
bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi negara kita.
Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor pertanian. Persoalan,
bagaimanakah kita dapat meningkatkan sektor pertanian? Kata orang tua-tua, “genggam bara api
biarlah sampai jadi arang”, semua pihak yang terbabit perlu menggembleng tenaga untuk
menjanakan sektor pertanian di tanah air.

Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk
membuat perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani
masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau
ternakan mereka hanya sekadar sara diri. Mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan. Untuk
mengikut rentak perkembangan sektor industri, petani moden kita perlu menggunakan ilmu sains
dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga
dan meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu genetik perlu
digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman yang bermutu, seperti
“padi hibird” dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan berkualiti. Secara holistiknya, kaum
petani perlu disuntik semangat transformasi untuk menggunakan bioteknologi dalam sektor
pertanian.

Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat
Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu
sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa
industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti
lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah diproses
sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, “di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.” Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya MARDI (Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk
memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita
untuk menggunakan bioteknologi yang canggih.

Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang
berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro untuk pekebun kecil .
Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang canggih dan bahan
racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh, Bank Agro
telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri
kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata peribahasa, “ada padi semua kerja
jadi; ada beras semua kerja deras,” oleh itu, dengan pinjaman skim mikro, pekebun kecil kita dapat

22
mengusahakankan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya
menjalankan IKS. Walhasilnya, kaum petani tidak akan digelar sebagai golongan miskin tetapi akan
berperanan sebagai usahawan.

Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum
petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba. Penubuhan koperasi
peladang digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada kaum
petani. Petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Sehubungan dengan itu, pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar
dengan harga yang berpatutan. Tindakan ini dapat memberikan manfaat kepada pihak petani dan
pengguna, seperti peribahasa “serampang dua mata.” Rentetan daripada itu, pihak FAMA(Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan) harus mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana bagai
menarik rambut dalam tepung untuk menjamin pemasaran produk pertanian kita. Sistem
pengagihan yang teratur dapat memantapkan harga produk pertanian. Antaranya Kementerian
Kebudayaan telah mengadakan laman web tentang harga borong produk pertanian supaya kaum
petani tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab.

Sementelahan, agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam sektor


pertanian. Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang mereka
untuk memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat menjamin pendapatan yang lumayan.
Penginapan yang lengkap seperti bilik yang selesa perlu disediakan kepada pelancong, khasnya dari
bandar. Selain menghayati penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati buah-buahan
tempatan yang lazat, memancing ikan dalam kolam ikan ternakan, menikmati lauk ala kampung
serta berpeluang untuk mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut. Hal ini bagai
menyelam sambil minum air. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu mendapat sokongan
daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, seperti menyeranaikan pengusaha agropelancongan
yang beramanah dalam laman web kementerian berkenaan. Secara realitinya, inap desa semakin
menarik perhatian pelancong domestik dan luar negara.

Natijahnya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini berprestij kepada
generasi muda. Pembangunan sektor dapat mengurangkan import makanan dari luar negeri dan
dapat mengelakkan penduduk kampung berhijrah ke bandar. Tampaknya, perkembangan pertanian
mengundang seribu satu kebaikan kepada negara kita. Masyarakat kita juga perlu menyedari
sumbangan, jasa dan pengorbanan kaum petani kita. Sebaliknya kaum petani kita perlu mengalami
transformasi untuk menjanakan 1 Malaysia.

23
Sumbangan Bidang Bioteknologi Dalam Sektor Pertanian

Walaupun di negara yang maju dalam sektor pertanian, seperti Belanda, dan New Zealand,
kajian bioteknologi telah berkembang pesat tetapi di negara ini bidang bioteknologi masih baharu
dan memerlukan penekanan yang lebih. Bidang kajian ini ialah suatu bidang sains yang
menggunakan bahan kajian bioteknologi untuk dimanfaatkan dalam pengeluaran industri. Sebagai
contoh, penghasilan ubat-ubatan berasaskan hasil keluaran pertanian ialah daripada kajian dan
penyelidikan dalam bidang bioteknologi. Memandangkan pertanian merupakan suatu bidang yang
telah sekian lama kita usahakan maka peningkatan kajian bioteknologi memang bermanfaat bagi
negara kita.

Sumbangan kajian bioteknologi yang paling asas ialah penemuan baka ternakan dan benih
tanaman yang lebih bermutu dan tahan rintang, yang dapat menghasilkan pengeluaran dengan lebih
banyak, cepat, dan berkualiti tinggi. Banyak contoh yang dapat kita kemukakan dalam hal ini,
misalnya hasil kacukan biri-biri Australia dengan kambing tempatan, hasil kacukan lembu tempatan
dengan baka lembu dari New Zealand, dan penemuan benih limau dan belimbing madu, buah duku
langsat serta buah-buahan yang lain. Penemuan baka dan benih baharu yang lebih baik membawa
harapan yang cerah kepada pengusaha sektor pertanian untuk melibatkan diri dengan lebih aktif
dalam kegiatan ini. Perkembangan yang menggalakkan dalam sektor pertanian di negara ini akan
dapat mengurangkan jumlah import bekalan makanan.

Hasil kajian bidang bioteknologi juga dapat membantu kita menemukan produk-produk
baharu bagi sesuatu hasil pertanian. Kalau hasil daripada kelapa sawit dapat kita keluarkab produk
seperti minyak, susu, lilin, mentega, dan vitamin E, maka tidak mustahil hasil-hasil pertanian lain juga
dapat kita manfaatkan untuk menghasilkan produk akhir yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.
Dalam konteks ini, masih banyak lagi bahan pertanian did negara kita yang belum lagi kita kaji
dengan mendalam, khususnya tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Banyak pokok
herba yang tumbuh liar di hutan di negara ini dipercayai boleh dijadikan asas rawatan sesuatu
penyakit jika diproses secara saintifik. Penemuan produk baharu yang bernilai akan memberikan
satu dimensi baharu kepada ekonomi negara kita.

Selain itu, teknik penanaman moden juga dapat dihasilkan melalui kajian bioteknologi.
Kaedah hidroponik dan earoponik misalnya tidak lagi asing kepada kita, sebaliknya kaedah ini sudah
dimanfaatkan dengan agak meluas dalam kalangan petani moden di negara ini. Kaedah ini dapat
menjimatkan penggunaan tanah dan hasilnya pula bermutu. Pada masa ini, satu lagi teknik
pertanian yang terkini telah kita import dari Belanda. Teknik itu dinamakan teknik fertigasi dan
teknik ini telah pun digunakan dengan jayanya dalam penanaman rock melon. Dengan menggunakan
teknik ini, saiz dan kemanisan buah dapat dikawal melalui bekalan nutrien yang disediakn untuk
tanaman. Teknik penanaman ini hanya memerlukan plastik yang dibubuh dengan air serta baja
disamping penyiraman tanaman sebanyak 2 hingga 3 jam sehari. Buah-buahan musim sejuk dapat
ditanam dengan menggunakan teknik ini.

Baja, racun makhluk perosak, hormon dan ubat-ubatan tidak dapat kita nafikan
kepentingannya dalam kegiatan pertanian. Pokok memerlukan baja dan racun makhluk perosak
untuk tumbuh subur, manakala haiwan ternakan pula memerlukan hormon dan ubat-ubatan untuk
membesar. Semuanya ini dapat dipenuhi dengan jayanya jika kita memanfaatkan kajian bidang
bioteknologi. Bidang kajian bioteknologi dapat mengenal pasti nutrien yang diperlukan khusus oleh

24
sesuatu tanaman, begitu juga dengan cara mengelakkannya daripada dimusnahkan oleh serangga
perosak. Demikian juga dengan pengawalan tumbesaran haiwan. Pemakanan dan perawatan khusus
dapat dikenal pasti melalui kajian bidang bioteknologi.

Satu lagi sumbangan yang tidak dapat dikesampingkan ialah teknologi pemprosesan hasil
pertanian. Hasil mentah pertanian mungkin tidak mempunyai nilai yang menguntungkan, tetapi
dengan ciptaan teknologi tertentu, bahan tersebut dapat diproses tanpa menjejaskan mutunya atau
dijadikan produk hiliran yang mempunyai nilai komersil. Sebagai contoh, buah pisang jika tidak
diproses dan dibungkus dengan menggunakan bahan kimia tertentu, akan cepat masak dan busuk.
Tetapi, dengan kajian yang dijalankan, pisang dapat dibungkus dengan kaedah tertentu dan tempoh
masaknya lebih lambat. Selain itu, pisang juga dapat diproses menjadi produk lain, seperti kek, dan
perasa aiskrim.

Kerajaan kini memang jelas cuba mengubah perhatian masyarakat agar tidak lagi
memandang rendah terhadap sektor pertanian. Pendedahan yang berkaitan dengan usaha kerajaan
itu secara meluas membuktikan hal tersebut. Usaha tersebut memberikan nafas baharu kepada
pengusaha sektor pertanian dan diharap kita dapat mengembalikan peranan sektor ini sebagaimana
dahulu. Dengan demikian, usaha kerajaan itu perlu diberikan sokongan. Ini disebabkan negara kita
memang pada asasnya ialah sebuah negara pertanian. Jika kita berjaya dalam bidang bioteknologi,
bermakna masa hadapan kita bukan sahaja cerah dalam sektor pertanian malah juga dalam sektor
hilirannya.

25
Kepentingan Sektor Pertanian

Dewasa ini, kepentingan sektor pertanian terhadap pembangunan sesebuah negara tidak
dapat dinafikan lagi. Hal ini kerana industri ini mendatangkan pelbagai manfaat. Di Malaysia, industri
pertanian ini mula dibangunkan secara lebih proaktif pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad
Badawi menerusi Rancangan Malaysia (ke-5). Pada ketika ini sahaja, Malaysia telah dapat
membangun dengan pesat seiring dengan kemajuan dalam industri pertanian. Kebanyakan Negara-
negara maju dunia telah menyedari akan kepentingan industri pertanian. Sebagai contoh, negara
China kini gah sebagai antara pengeluar utama produk pertanian di dunia. Jika ditelusuri dengan
lebih mendalam, undustri pertanian ini mampu mengubah taraf sesebuah negara. Jelaslah bahawa
industri pertanian ini mendatangkan ribuan manfaat kepada mereka yang gigih memajukannya.

Antara faedah industri adalah dapat meningkatkan pendapatan negara. Pada tahun
2006 sahaja, Malaysia telah mengeksport produk pertanian bernilai (RM 71024 billion) dan (RM
108.102 billion) pada tahun 2008. Pulangan yang diperolehi negara melalui industri pertanian
meningkat saban tahun. Hal ini kerana kebanyakan Negara-negara yang lain hanya mementingkan
kemajuan dalam aspek infrastruktur tanpa menyedari bahawa Negara mereka telah kekurangan
tanah untuk bercucuk tanam. Suatu ketika dahulu, Malaysia pernah bergelar pengeksport utama
getah di rantau Asia. Usaha memajukan sektor pertanian ini perlulah dijalankan secara istiqamah
dan janganlah hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Salah satu produk pertanian yang popular
di Malaysia adalah teh. Kerancakan penanaman teh di kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di
Cameron Highland telah mengangkat nama Malaysia sebagai salah satu Negara pengeluar teh
berkualiti tinngi di asia. Tegasnya, industry pertanian ini sememangnya mampu meningkatkan
pendapatan sesebuah Negara.

Seterusnya, industri pertanian ini mampu menambah peluang pekerjaan. Industri


pertanian ini sebenarnya mampu menyelesaikan masalah pengangguran yang menghantui rakyat
Malaysia ketika ini. Menteri Pertanian dan Asas Hani, Dato’ Seri Noh Omar berkata, kementriannya
telah menjalankan projek permulaan (EPP) yang memberi penekanan kepada tiga sebab utama iaitu
rumpai laut, ikan hiasan dan burung walit. Projek tersebut mampu menyediakan sebanyak 75000
peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia telah berjaya dalam indusri ini dengan
bantuan daripada kerajaan. Tuntasnya, industri pertanian ini mampu mengatasi masalah
pengangguran dengan menawarkan ribuan pelung pekerjaan.

Industri pertanian juga mampu mengembangkan industri desa. Hal ini jelas terbukti
melalui penubuhan industri kecil sederhana (IKS) yang membentuk penduduk di luar Bandar untuk
meningkatkan pendapatan mereka. Baru-baru ini juga, kerajaan telah melancarkan program ‘Satu
Daerah Satu Industri’ yang memberi fokus kepada sektor pertanian. Pada ketika ini sahaja, lebih
daripada enam ribu rakyat Malaysia menceburi bidang pertanian dengan bantuan Kemenriaan
Pertanian. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan luar
bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pertanian. Sememangnya, berbudi kepada
bumi pasti tidak akan menyesal. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat mengembangkan
industri desa dan menaikkan taraf hidup rakyat.

Sistem perhubungan juga mampu dimajukan dengan sektor pertanian. Sebagai


contoh, semasa era penjajahan British, jalan raya telah dibina untuk memudahkan mengangkut hasil
pertanian ke pelabuhan. Negara-negara maju di dunia juga terkenal dengan kemajuan sistem

26
perhubungan mereka menerusi kegiatan pertanian. Jika di Sabah dan Serawak, bentuk muka bumi
yang berbukit bukau menjadi rintangan untuk memajukan sektor pertanian mereka. Oleh sebab
negeri-negeri tersebut kaya dengan hasil hutan, pesawat ringan telah digunakan untuk mengangkut
hasil pertanian. Maka jelaslah bahawa industri pertanian ini mampu memajukan sistem
perhubungan di sesebuah kawasan.

Konklusinya, kepesatan industri pertanian di sesebuah Negara akan membawa


keuntungan yang besar kepada negara itu sendiri. Tidak dapat dinafikan juga bahawa berkecimpung
dalam sektor pertanian ini memerlukan penjagaan yang rapi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,
berakit-rakit ke hulu, bersenang-senang kemudian. Ingatlah bahawa tiada apa-apa dapat dicapai
tanpa pengorbanan. Usaha kerajaan memajukan sektor pertanian adalah selaras dengan wawasan
2020 iaitu menjadikan Malaysiasebagai negara maju menjelang tahun 2020.

27
Kepentingan Pelaburan kepada Masyarakat

Pelaburan ialah kaedah penanaman modal terhadap sesuatu syarikat dengan tujuan untuk
mendapat keuntungan dalam tempoh tertentu. Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh
disertai seperti pelaburan amanah saham dan pelaburan terbuka. Contohnya, Amanah Saham
Nasional Berhad dan Amanah Saham Didik. Amalan melabur wajar diamalkan kerana banyak
kepentingannya kepada masyarakat.

Antara kepentingan melabur kepada masyarakat ialah simpanan untuk masa depan atau
untuk usia tua. Hal ini kerana apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin
berkurangan. Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling kita sekarang belum tentu dapat
menyara kita pada usia tua kelak. Penting untuk kita melabur sekarang sebagai persiapan kita
menghadapi hari tua. Sejajar dengan peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.

Selain itu, pelaburan penting untuk pendidikan anak-anak. Kos untuk melanjutkan pelajaran
pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal pada masa ini. Pinjaman atau biasiswa yang
disediakan kerajaan mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos pengajian tersebut. Pelaburan
yang dibuat ibu bapa pada masa ini mampu menyerap kenaikan kos pengajian yang semakin
meningkat kelak.

Seterusnya, pelaburan juga penting sebagai pengurangan inflasi. Kenaikan harga barang
keperluan asas seperti gula, garam, beras dan sebagainya menimbulkan keresahan dalam kalangan
masyarakat. Pendapatan yang diperolehi tidak mampu menampung kenaikan harga barangan
tersebut. Oleh itu, melabur dapat menghadapi masalah inflasi iaitu peningkatan harga barang di
pasaran.

Akhir sekali, pelaburan juga memberi keuntungan kepada negara dan juga kepada pelabur.
Melabur seperti rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan.
Bukan itu sahaja, pelabur asing secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan
infrastruktur negara ini kerana teknologi dari luar negara di bawa masuk ke negara kita.

Kesimpulannya, pelaburan amat penting bagi memenuhi tujuan kita. Pelaburan awal akan
memberi keuntungan untuk masa depan kita. Oleh itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam
kalangan masyarakat agar masa depan terjamin. Jangan hendaknya, sudah terhantuk baru
tergandah, kerana kesukaran hidup pada masa tua sukar dijangka.

28
Kelebihan-Kelebihan Daripada Pelaburan Hartanah

Di seluruh dunia, hartanah sudah terbukti mempunyai rekod sebagai satu pelaburan yang
amat baik. Ia bukan sahaja mampu menyaingi kadar inflasi malah kadangkala mampu mengatasinya.
Sebagai contoh , kadar pulangan kompaun tahunan bagi hartanah adalah 10 peratus semenjak 100
tahun lalu di New Zealand, 12 peratus dalam jangka masa 100 tahun di Australia dan 10 peratus
selama 900 tahun (!) kebelakangan di Britain. Ini membuatkan hartanah menjadi satu bentuk
pelaburan terbaik.

Di Malaysia tiada bezanya juga. Selagi lokasinya sesuai, pasti ada permintaan terhadap
hartanah itu. Dengan peredaran masa, akibat kesan inflasi dan kekurangan tanah, nilai hartanah
akan pasti melonjak. Jadi selagi anda mampu menyimpan sesebuah hartanah dalam jangka masa
yang lama, anda pasti akan membuat duit.

Malah, kadar kenaikan nilai hartanah di Malaysia dalam masa lima tahun kebelakangan ini
adalah amat menakjubkan. Pulangannya hampir dua digit setahun dan harga berganda di
sesetengah lokasi. Jadi ramai orang yang telah membuat duit daripada pelaburan hartanah. Ini juga
menjelaskan timbulnya beberapa orang jutawan hartanah yang baru.

Kadangkala, duit yang boleh dibuat itu sukar dipercayai jumlahnya. Saya pasti anda pernah
dengar cerita orang membeli rumah bernilai RM50,000 dan menjualnya 20 tahun kemudian dengan
harga RM1 juta. Pulangan sebegitu memang berbaloi. Ia merupakan pulangan pelaburan sebanyak
1,900 peratus! Atau 16 peratus setahun. Pendek kata, dari sudut manapunyang anda lihat, jumlah
pulangan itu amat baik. Bagus! itulah bentuk pulangan yang kita cari-cari.

Dan pulangan sebegini menarik bukanlah suatu yang asing atau luar biasa dalam pelaburan
hartanah. Hakikatnya, ramai orang membuat keuntungan terbesar di dalam kehidupan mereka
melalui pelaburan hartanah.

Seperti yang saya telah sebutkan dalam bab lepas, kebanyakan keluarga yang kaya-raya di
Barat membina kekayaan melalui pelaburan hartanah. Kebanyakan keluarga yang kaya-raya di
Eropah, keluarga Diraja England yang paling ketara, kekal kaya berabad-abad lamanya kerana
mereka memiliki hartanah yang terbaik. Tidak hairanlah mengapa Andrew Carnegie, salah seorang
jutawan terawal dalam sejarah berkata, ” Sembilan puluh peratus daripada jutawan seluruh dunia
lahir daripada pemilikan hartanah”.Memandang hartanah ialah benda fizikal, ia mempunyai
kelebihan yang lebih nyata berbanding pelaburan lain – anda boleh menggunakannya yakni anda
boleh menetap didalamnya. Ini merupakan kelebihan yang unik dan menakjudkan, hanya boleh
dilakukan dalam hartanah sahaja. Anda tidak boleh menginap dalam unit amanah, bukan ?

Satu lagi kelebihan hartanah ini berbanding pelaburan lain ialah anda boleh menaikkan
tarafnya. Sebagai contoh, anda boleh mencantikkan rumah tersebut dengan mengecat atau
membuat beberapa pembaikan kecil. Malah perkara kecil seperti memasang kabinet dapur boleh
membuatkan rumah itu lebih diminati pembeli. Selain itu, jika anda mahu untung lebih besar, buat
pengubahsuaian dengan menambah satu atau dua bilik lagi. Ini akan meningkatkan nilai hartanah
tersebut.Malah, penaiktarafan hartanah sebegini telah menjadi satu industri yang tersendiri di
Amerika Syarikat. Pelabur di sana membeli hartanah kecil atau buruk, membaikinya dan selepas itu
menjualnya semula dengan harga yang jauh lebih tinggi. Memandangkan itu sahaja kerja mereka,

29
mereka menjadi amat mahir dalam perniagaan baiki-naik taraf ini. Saya pernah terbaca bagaimana
beberapa orang yang telah membeli dan menjual semula lebih daripada 300 unit baiki-naik taraf ini!

Hartanah berbeza daripada saham. Semua saham adalah sama antara satu dengan lain.
Tidak ada perbezaan atau taraf eksklusive bagi semua saham-saham ini. Namun begitu, hartanah
berbeza antara satu sama lain. Tidak ada dua hartanah yang benar-benar serupa dan sama ; dua
rumah berkembar sekalipun pasti akan ada identiti sendiri. Walaupun saiznya sama, hiasan
dalamannya pasti berbeza.

Ditambah dengan hakikat bahawa hartanah boleh diubah suai atau dinaik taraf; anda akan
dapat lihat bahawa setiap hartanah itu memang eksklusive dan tidak sama bentuk dalam gayanya
tersendiri.Anda boleh katakan bahawa setiap hartanah adalah unik dan tiada yang seumpamanya di
seluruh dunia. Hartanah dikatakan sejenis cagaran yang paling utuh selepas wang tunai. Jika anda
perlu menggunakan wang tunai untuk apa jua sebabnya, anda boleh sentiasa membuat gadaian
semula hartanah kepada pihak bank. Pihak bank juga gembira meminjamkan wang kepada anda
apabila cagarannya adalah hartanah. Tidak sukar untuk anda meyakinkan mereka untuk
meminjamkan wang kepada mereka.Untuk membeli sebuah rumah di Malaysia , anda hanya perlu
menyediakan wang sebanyak 10 peratus sahaja sebagai wang pendahuluannya. Baki 90 peratus lagi
boleh diperoleh dari bank, yang begitu beria-ria mahu meminjamkannya kepada anda. Ini
merupakan contoh sejenis leveraj yang terbaik – anda boleh menguasai sebuah aset yang besar
dengan jumlah tunai yang sedikit.

Anda harus tahu bahawa kelebihan leveraj ini tidak mudah diperoleh melalui bentuk-bentuk
pelaburan yang lain. Ini juga bermakna anda boleh membebaskan aliran tunai anda, dan boleh
dilaburkan di tempat lain. Tiada yang menghalang anda daripada membeli lebih banyak lagi
hartanah dengan duit lebihan tersebut.Tambah dengan kadar faedah yang rendah (sekitar 5 peratus
setahun) yang ditawarkan oleh pihak bank untuk gadai janji, ini bermakna anda boleh membeli lebih
banyak hartanah.Walaupun nisbah hutang ke nilai untuk hartanah ketiga (dan selebihnya) dihadkan
kepada 70 peratus ketika buku ini ditulis, bank masih menawarkan jumlah pinjaman yang tinggi iaitu
90 peratus untuk hartanah pertama dan kedua anda.

Ada banyak lagi berita baik jika anda seorang tuan tanah; anda boleh menuntut pelepasan
cukai dengan melabur dalam hartanah . Anda boleh membuat pengurangan daripada faedah yang
dibayar, cukai pintu, komisen kepada ejen hartanah, periklanan, bayaran guaman dan pembaikan ke
atas hartanah yang disewakan. Semua ini sudah pasti memberi kelebihan kepada anda kerana ia
akan mengurangkan pendapatan anda yang dikenakan cukai.Jika syarikat perniagaan anda memiliki
lebih daripada empat buah hartanah yang disewakan, hasil daripada sewa itu boleh dikira sebagai
sumber perniagaan. Di sinilah keriangan bermula kerana anda boleh menuntut elaun model.

Kelebihan yang paling ketara daripada pelaburan hartanah adalah pendapatan daripada
sewa. Sementara menunggu harga meningkat, anda boleh menyewakan hartanah itu dan mengutip
sewanya. Bagi kebiasaan rumah yang bernilai RM200,000 mampu disewakan pada kadar sewa
apartment-apartment di Bangsar tidak kurang daripada empat angka nilainya. Sebagai contoh,
seorang teman saya memiliki sebuah apartment di sana (seluas 1,000 kaki persegi) yang
disewakannya tidak kurang daripada RM3,500 sebulan. Hal ini juga berlaku ketika berlaku kegawatan
ekonomi. Ia bukanlah satu kelebihan dari segi kewangan tetapi penting kerana dengan memiliki
rumah sendiri anda bertapak ke arah kestabilan. Anda tidak perlu lagi risau tentang kenaikan sewa
atau terpaksa berpindah keluar kerana tuan rumah mehukan rumahnya semula.

30
Cara Menjaga Kesihatan

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Sudah semestinya setiap individu
menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing.Namun begitu,pelbagai penyakit
kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian.Keadaan ini tidak seharusnya
dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat
termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan yang seimbang mestilah
berpandukan kepada piramid makanan.Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-
sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada
tubuh badan kita.Di samping itu,kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak
mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Selain itu,kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam.Seseorang individu


mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu
dan 20 minit bagi setiap sesi.Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh
badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

Tambahan pula,kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali


dalam setahun.Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik
tanpa sebarang penyakit.Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan
rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.

Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.Dalam
kesibukan menjalani aktiviti harian,keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan.Tubuh badan kita
memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang
secukupnya,tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti
tergendala.Oleh itu,rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.

Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal
lagi.Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai.Oleh itu, kita
bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita.Jangan nanti terhantuk
baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

31
Amalan Pemakanan Sihat

Amalan pemakanan sihat bermaksud amalan yang boleh menjaga kesihatan. Dengan adanya
amalan pemakanan yang sihat, kita akan terhindar dari sebarang penyakit yang merbahaya seperti
kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang
dengan menggunakan piramid makanan yang juga digunakan dalam penyediaan makanan sihat.

Terdapat banyak kepentingan apabila kita makan makanan yang berkhasiat. Antara
kepentingannya ialah membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia bermaksud kanak-kanak dapat
membesar dengan normal. Selain itu,kepentingan makan makanan yang berkhasiat dapat
membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa. Manusia memerlukan tenaga yang
banyak dalam kehidupan seharian terutamanya orang yang bekerja sebagai buruh binaan dan
petani-petani. Oleh itu, dengan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, mereka dapat bekerja
secara produktif. Di samping itu, dengan memakan makanan yang berkhasiat kita dapat
mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan
osteoporosis(reput tulang).

Kita juga dapat mempraktikkan amalan pemakanan yang betul berpandukan piramid makan
untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang berlebihan bagi
setiap kumpulan makanan dalam pyramid makanan atau makanan tidak seimbang bukan sahaja
boleh menyebabkan penambahan berat badan, malah merupakan salah satu tanda awal ransangan
terhadap setiap penyakit yang bakal kita hadapi. Kita memerlukan jadual atau carta di dalam
memilih setiap makanan yang berkhasiat bagi mengekal kesihatan badan kita dan juga mengelak dari
sebarang penyakit. Sekiranya kita tersilap memilih makanan untuk di makan setiap hari ia boleh
mengundangkan penyakit pada badan kita. Selain daripada itu adalah merupakan satu keperluan
bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori
makanan yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, untuk sarapan pagi kita boleh mengambil
secawan susu, roti dan jem dan untuk makan tengahari pula, kita boleh mengambil sepinggan nasi
putih, semangkuk sup sayur, seekor ikan goreng dan jus buah-buahan. Untuk makan malam pula,kita
boleh mengambil sepinggan nasi putih,kari ayam, sayur-sayuran dan segelas air kosong.

Di samping itu, kita juga haruslah mewajarkan pengagihan makanan kepada golongan yang
kurang bernasib baik. Mereka ini kurang mendapat khasiat zat makanan kerana mereka tidak dapat
makan makanan yang berkhasiat. Oleh itu, kita sebagai orang yang berkemampuan mesti menolong
orang yang sebegini supaya mereka juga dapat mendapat khasiat makanan seperti kita.

Akhir sekali, mengaitkan adat makanan diantara sesama kaum dan agama sebagai
contohnya agama Islam mengharamkan umatnya meminum arak dan memakan makan yang tidak
halal seperti daging khinzir. Makanan yang halal tidak sahaja bermaksud daging yang halal dimakan
malahan ia merangkumi aspek penyembelihan, keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut.
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut,
burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa
ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah
kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila
seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang

32
tersebut. Bagi penganut yang beragama Hindu pula,mereka tidak makan daging lembu. Oleh itu,kita
menghormati sensitiviti dan adat masyarakat.

Kesimpulannya, makan dan amalan pemakanan sihat sangat penting untuk kehidupan
manusia sama ada kanak-kanak atau pun orang dewasa. Kita perlulah makan makanan yang
berkhasiat untuk memberi tenaga kepada kita dalam melakukan aktiviti seharian. Makanan yang
berkhasiat dapat juga membantu kita menjaga kesihatan dan tumbesaran kita dan ia juga dapat
terhindar dari sebarang penyakit. Kita perlulah berhati-hati di dalam memilih makanan untuk
dimakan setiap hari, janganlah kita memilih makanan untuk dimakan hanya berpandukan pada
gerakhati kita kerana nafsu makan kita hanya akan memilih makanan yang sedap-sedap tanpa
memikirkan kesan disebalik kesedapan setiap makanan yang kita makan. Secara tidak langsung ia
akan mengundang penyakit pada badan kita serta menjejaskan kesihatan kita.

33
Langkah – Langkah Untuk Mencegah Deman Denggi

Deman denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh nyamuk Aedes
betina yang membawa virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini sangat
berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan seseorang menjadi sakit tenat atau maut. Pesakit akan
mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima atau enam hari gigitan nyamuk seperti demam
panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata
dan ruam. Biasanya, pesakit harus dimasuki hospital untuk rawatan sehingga sembuh. Oleh itu, kita
haruslah mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor
nyamuk pembawa denggi. Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.
Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi
tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas
yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya dengan kerap untuk
mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Membela ikan di dalam kolam ikan dapat juga mengurangkan
pembiakan jentik-jentik. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan sentiasa ditutup atau ditukar
airnya.

Selain itu, kita hendaklah mengambil tindakan yang wajar untuk melindungi diri daripada
gigitan nyamuk. Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Oleh itu, pakailah
pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu.
Selain itu, kita boleh menyapukan krim penghindar nyamuk pada bahagian tubuh yang terdedah.

Di samping itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap rumah. Jaring ini dapat
menghalang nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran
nyamuk atau ubat nyamuk elektrik untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam.

Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh menggunakan


penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di luar rumah pula, kita
harus kerap meminta pihak berkuasa untuk mengadakan semburan kabus untuk membunuh
nyamuk.

Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu
pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa
untuk menangani masalah ini.

34
Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada
pasukan Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam
Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia
semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti
hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika
bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai
tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah
ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung, ataupun atlet kita
kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa-apapun
pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan
mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-
negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak
jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan
persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton
Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan
persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik
mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan
atlet telah dianaktirikan. Kedangkalan pengetahuan tentang bidang sukan serta kegagalan
memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan
hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin
politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan
hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini
dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar
belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, persis kata
pujangga, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas
baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan
Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong program-program
pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan
Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan,
kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan
Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak
kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan
diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti
canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti,
memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang
berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia

35
(BAM) hanya bergantung kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, serta Datuk
Lee Chong Wei. Misi pencarian pelapis baru masih lagi gagal. Namun begitu, segala kelemahan tidak
harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua
pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat
sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan
antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha
memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya.
Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika
digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti
mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara
berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka
seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee
Chong Wei dan ratu squasy negara, Datuk Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada
pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang
aktif dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang
diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di
tangga. Sebaliknya, menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet,
pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat-
bakat muda daripada peringkat sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh
negara begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya semasa
kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, kita dapati ramai pelapis
muda yang berbakat dan berpotensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat
zaman persekolahan. Oleh hal yang demikian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu
berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta badan-badan sukan untuk menggilap
bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Penubuhan sekolah-
sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
Bandar Penawar dan merupakan satu alternatif bijak agar kita tidak ketandusan pelapis dalam
bidang sukan negara pada masa akan datang.

Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah
meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat
bimbingan serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat
didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga
akan mendapat rakan pelatih atau sparing partner yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta
latihan intensif ini sudah pasti para atlet mampu bersaing atau bertanding di peringkat
antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil pemain-pemain import semula dalam Liga Bola
Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata, iaitu untuk meningkatkan mutu sukan
negara serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah
bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet atau
ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan berlanjutan


kerana hal ini sedikit banyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar
dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh empat tahun,
seharusnya telah mematangkan prestasi kita dalam bidang sukan. Tiada salahnya untuk kita belajar
dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan

36
diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga
bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak bagai aur dengan tebing, misi untuk
melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014
akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di tangan,
perahu sudah ada di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia.
Semoga slogan, Majulah Sukan Untuk Negara dapat diimplementasikan.

Peranan Ibu Bapa Untuk Menggilap Bakat Anak-Anak Dalam Bidang Sukan.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh
itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan
dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan
sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai
iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan
digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan
dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki
peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan.
Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat
yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton,
squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan
yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan
seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.

Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang
sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka
dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan
menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat
dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta
kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk
dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-
anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak
mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh
menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu
acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih
mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu,
tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta
kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh
mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam
bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini

37
dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan
antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus
semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha
untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya
memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di
negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata
dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan
akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang
sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang"
sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh
itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan
dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan
sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai
iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan
digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan
dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki
peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan.
Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat
yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton,
squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan
yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan
seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.

Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang
sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka
dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan
menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat
dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta
kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk
dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-
anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak
mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh
menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu
acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih
mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu,
tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta
kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh
mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam
bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini

38
dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan
antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus
semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk
menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya
memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di
negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata
dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan
akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang
sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang"
sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.

39
Kebaikan Penganjuran Sukan Antarabangsa

Negara kita pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bertaraf
dunia. Tahun 1998 merupakan detik bersejarah kepada Malaysia dan Asia kerana Sukan Komanwel
yang ke-16 telah berlangsung dari 11 hingga 21 September di negara kita. Sukan SEA juga dianjurkan
di Malaysia pada tahun 2001. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan langkah ke arah
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang merupakan inspirasi dan wawasan pembangunan
negara yang dapat melahirkan masyarakat yang maju, penyayang, demokratik dan sejahtera. Negara
kita amat bertuah kerana telah terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf dunia.
Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi negara kita untuk menonjolkan imej dan
kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa. Selain Sukan Komanwel, negara kita juga pernah
menjadi penganjur perlawanan bola sepak, Piala Thomas, Le Tour de Langkawi, dan sebagainya.
Persoalannya sekarang apakah faedah penganjuran sukan bertaraf dunia kepada rakyat dan negara
kita?

Kemaslahatan penganjuran sukan bertaraf dunia kepada negara ialah pendapatan


negara akan meningkat sekiranya berjaya menjadi tuan rumah sukan antarabangsa. Hal ini dikatakan
demikian kerana pertandingan sukan seumpama ini akan membawa pelancong dan peminat sukan
yang banyak untuk melawat ke negara kita. Secara tidak langsung, kedatangan mereka ini akan
memajukan industri pelancongan dan perhotelan negara. Industri pelancongan dapat memberikan
pulangan yang lumayan kepada negara. Biar kita imbas kembali Sukan Olimpik yang diadakan di
Atlanta. Negara Amerika telah mendapat keuntungan sebanyak US20 bilion dalam penganjuran
temasya sukan berprestij ini. Memang benar kata mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu
penganjuran Sukan Komanwel dapat membantu negara mengatasi masalah kegawatan ekonomi
yang semakin melarat pada masa itu. Para pelancong dan peminat sukan bukan sahaja membeli tiket
sukan, tetapi mereka turut membeli cenderamata dan hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh
penduduk Malaysia. Maka, industri kecil dan industri hiliran dapat berkembang dengan lebih maju
lalu ekonomi negara dapat dijana.

Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan instrumen perpaduan yang berkesan


untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan rakyat
tetapi juga mendorong rakyat yang berbilang bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan
semangat berbakti dan berkorban untuk negara. Sebagai contoh, pihak badan bukan kerajaan
berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk menjayakan Sukan Komanwel secara sukarela. Bukan
itu sahaja, hal ini juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti toleransi, kerjasama, meletakkan
kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi. Dengan memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat, mereka akan memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara kita untuk
memenangi sesuatu perlawanan. Penganjuran sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam
sesuatu pasukan untuk meraih kejayaan kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Lantaran itu, tanpa muafakat amat sukar untuk sesuatu pasukan itu mencapai kejayaan.
Jadi, perpaduan antara kaum dapat dilahirkan melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

40
Dengan menganjurkan sukan seumpama ini, mutu sukan negara kita pasti bertambah
baik. Melalui sukan bertaraf antarabangsa, kita dapat meniru teknik-teknik latihan yang digunakan
dan kelengkapan yang disediakan oleh negara tersebut. Tamsilnya, dalam sukan badminton dan bola
sepak, kita boleh mempelajari teknik pengurusan dan melihat kelengkapan prasarana sukan. Dengan
cara ini, atlet kita akan mengetahui punca kegagalan mereka dan membaiki kelemahan mereka. Oleh
itu, mereka akan berlatih dengan lebih giat lagi demi mencapai tahap yang diharapkan. Mereka juga
akan berlatih dengan berdisiplin demi mencapai prestasi yang diharapkan. Pendek kata, prestasi
sukan dan atlet negara akan meningkat jika kita sering menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa.

Sebagai konklusinya, penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan membawa negara
kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan. Semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan
bukan kerajaan mahupun rakyat jelata yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga
ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan sukan yang
diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan kerjasama daripada pelbagai
pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran
sukan bertaraf dunia merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi
sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaat-manfaat yang tidak
ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia harus dihayati dan dapat dinikmati oleh
semua rakyat di nusa yang tercinta ini.

41
Kebaikan Internet Kepada Masyarakat

Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa limitasi ini, internet
merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dunia tanpa
sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Internet mendatangkan manfaat
kepada masyarakat tanpa mengira umur. Keadaan ini menyebabkan kita seolah-olah bergantung
kepada internet untuk menguruskan hal ehwal seharian. Lantas, marilah kita mengkaji kebaikan
internet kepada semua lapisan masyarakat untuk melestarikan manfaat tersebut sepenuhnya.

Melalui internet, kita dapat menelaah pelbagai isu semasa di dunia. Kita tidak lagi menjadi
katak di bawah tempurung. Maka, dengan menekan papan kekunci, kita dapat menambahkan
pengetahuan am dan menjadi insan yang berilmu. Misalnya dengan adanya Isu semasa Dunia BBC
dan Berita Harian di laman sesawang internet, kita dapat mengkaji isu semasa di dunia.

Selain itu, sebagai seorang pelajar, kita dapat memperoleh apa-apa maklumat yang diingini
dengan menggunakan enjin carian "google", "yahoo" dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk
pergi ke perpustakaan. Pelajar juga boleh memuat turut buku elektronik secara percuma. Maka,
melalui Dana 1 Malaysia, kerajaan telah berjaya mengedarkan kira-kira 500000 unit 'netbook'
kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia, denga inisiatif dapat memanfaatkan
teknologi di dunia dalam proses pembelajaran di samping meningkatkan kadar celik IT di kalangan
pelajar.

Seterusnya, kemudahan internet membuka ruang untuk kita mengeratkan hubungan dengan
insan tersayang walaupun berada di luar negara. Dengan menggunakan aplikasi berbual secara talian
seperti "skype", "yahoo messenger" dan sebagainya, kita mampu berhubung dengan keluarga dan
tidak menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk merenggangkan hubungan bagai isi dengan
kuku. Perkembangan teknologi perhubungan yang menggunakan internet sebagai medium
penggerak utama bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan dapat membawa kesan yang positif.

Internet juga memudahkan urusan menjelaskan yuran bil elektrik dan air. Melalui internet,
kita boleh mengakses terus ke akaun bank dan membuat pembayaran secara talian, dengan hanya
berada di depan komputer dan tidak lagi perlu bersusah payah beratur untuk membayar bil-bil
tersebut. Untuk pelajar, mereka dapat mengisi barang-barang biasiswa secara talian dengan
menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta.

Tuntasnya, internet mampu membawa kebaikan yang banyak kepada masyarakat kita jika
digunakan dengan sebaik-baiknya. Imam Al-Bukhari pernah mengungkapkan "Ilmu itu ibarat benih
yang tumbuh mekar jika dibajai dengan baik." Ibu bapa haruslah memantau anak mereka semasa
melayari internet supaya tidak terjerumus ke dalam lembah kejahatan. Semua pihak harus
menggembleng tenaga untuk memperbanyak Pusat Jalur Lebar terutamanya di kawasan pedalaman
supaya masyarakat di sana dapat menikmati kebaikan internet juga. Maka, slogan "Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan" dapat diimplimentasikan dan dilestarikan untuk mewujudkan
negara yang celik teknologi seiring dengan Wawasan 2020.

42
Usaha Memupuk Budaya Membaca Karya Sastera

Sedarsawasa yang lalu,karya sastera amat di minati oleh semua bangsa di Tanah
Melayu.Karya sastera juga boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan dunia
masyarakat dan zamannya.Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli
dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang.Saban
hari, karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden.Pemuda dan
pemudi pada zaman canggih ini,kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada masa untuk
membaca sesuatu karya sastera seperti cerpen,drama,sajak puisi dan sebagainya.Justeru,kerajaan
perlu mengambil usaha-usaha yang drastik untuk memupuk minat membaca karya sastera di
kalangan masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden.

Antara usaha yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memupuk minat membaca
karya sastera di kalangan masyarakat.Bagaimana?Dengan meganjurkan kursus penulisan karya
sastera terutamanya di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Dengan ini,pelajar-pelajar akan dapat
mengetahui apa yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk
membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka akan dapat
membaca karya sastera dengan menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai
idea yang tersendiri.Contohnya menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi pelajar sekolah dan
juga masyarakat.Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang
meminati karya sastera.Bagaimana?Membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan
oleh kerajaan.Seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi dan pelbagai karya sastera yang lain.

Usaha yang kedua adalah mengadakan kempen membaca secara besar-besaran


bagi memupuk minat membaca di kalangan pelajar mahupun masyarakat.Justeru,untuk
menghasilkan sebuah karya yang baik memupuk minat membaca di dalam diri seseorang
merupakan satu intensif yang bijak.Dengan wujudnya minat membaca para pelajar mahupun
masyarakat dapat memperolehi perkataan yang baru dan indah sebutannya untuk menghasilkan
karya sastera yang baik.Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi,agar minat
membaca dan minat terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja.Melalui kempen seperti
ini,para pelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah
dikarang oleh pengarang mahupun sasterawan Negara.Contohnya,kempen ini perlu dianjurkan
sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat terhadap karya
sastera dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi.

Usaha yang seterusnya adalah menerapkan minat membaca karya sastera


semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Sekiranya cara ini
dijalankan,kemungkinan besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan di dalam diri para
pelajar dan juga guru-guru.Terdapat juga guru yang tidak tahu apa itu karya sastera,Walaupun
tugasnya sebagai seorang guru, belum pasti guru itu tahu apa yang dimaksudkan dengan karya
sastera.Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah,secara automatiknya para pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang

43
karya sastera.Pihak sekolah atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini
agar minat terhadap karya sastera tidak akan hilang dari jiwa para pelajar mahupun guru-
guru.Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran bahasa melayu agar guru dapat menerangkan
dengan lebih terperinci,memberi perhatian semasa guru mengajar.Guru juga perlulah memberi
komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera.

Selain itu,kementrian pelajaran perlulah mengadakan minggu sastera seperti


minggu yang diadakan sekarang.Seperti,minggu bahasa melayu,minggu bahasa inggeris dan
sebagainya.Dengan adanya minggu sastera ini,karya sastera tidak akan lupus ditelan zaman dan para
pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera.Minggu sastera ini juga dapat
memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk membaca karya
sastera.Melalui minggu sastera ini,pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk
menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karya sastera.Secara tidak
langsung,minggu sastera ini dapat memberi input yang positif terhadap usaha kerajaan untuk
memupuk minat membaca karya sastera di kalangan para pelajar,guru-guru dan juga
masyarakat.Dengan wujudnya minggu sastera di semua sekolah di Malaysia,minat membaca karya
sastera tidak akan hilang ditelan zaman.

Usaha seterusnya adalah memperluaskan perpustakaan di sekolah dan


memperbanyakkan buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan
awam.Setiap sekolah mempunyai perpustakaan sendiri,namun kadar kemasukan para pelajar sangat
mengecewakan.Untuk memupuk minat membaca karya sastera dn juga minat membaca
buku,kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di
sekolah.Contohnya,sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan juga karya
sastera,menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.

Dengan wujudnya usaha-usaha yang drastik dan konkrit,masalah memupuk


minat membaca karya sastera dapat diatasi dengan begitu mudah sekali.Pihak kerajaan dan pihak
sekolah juga perlu berusaha untuk memupuk minat membaca karya sastera dikalangan para pelajar
mahupun masyarakat.”PUPUKLAH MINAT MEMBACA KARYA SASTERA DARI KECIL”

44
Usaha Mengekalkan Budaya Warisan Rakyat Malaysia

Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa “tak basah dek hujan, tak lekang dek panas”.
Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan
diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang,
kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gortik” umpamanya menerapkan unsur bawah
tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan
pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada,
tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang
muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal yang
demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman
kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur
dalam sanubari kita.

Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek
moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya
kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri
dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut,
saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Bak kata peribahasa, “tak
kenal maka tak cinta”. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti
congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek
moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini
dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing
dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing?
Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Kita harus menghargai
warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.

Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk
pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus
mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan
dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang
diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak
gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak
memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut
lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis
daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga
amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk
menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga.
Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa kita.

Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah
busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan

45
masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang
penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja
menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti
saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi
seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan
kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab
berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional
kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak
langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu
bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia
yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak
membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah
mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi
zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada
golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat
anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan
makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional
yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim
dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.

Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan


golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain,
golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya
mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa
adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini
mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang
diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang
sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan
prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan
menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek
moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh
hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar
menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius
haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita
tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika
kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana
akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu
merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama
menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai
warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan
demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

46
Langkah Mengekalkan Bangunan Bersejarah

Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu
mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota raya
Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda
kebanggaan penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-
bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang
bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Pada masa yang sama, bangunan bersejarah yang
memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk
berkunjung ke negara kita. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan
memulihara keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.

Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah mengorak langkah bagi
mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara.
Dengan pewartaan ini, bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan
berusia ratusan tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha
pemusnahan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan
Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk
Pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal, usaha mengindahkan
semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Kesannya, bangunan kebanggaan
negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari
luar negara.

Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat bangunan bersejarah di
negara kita terus kekal, kerajaan juga telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara. Kerajaan memperuntukkan
sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha membaik pulih bangunan-
bangunan lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih
Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah
menelan belanja sebanyak RM20 juta. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di
bangunan tersebut serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa
segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala
struktur dan bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya.
Maka, dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan
bersejarah di negara kita terus kekal akan dapat dicapai.

Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan persekitaran
bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik. Antaranya adalah
dengan mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai jenis flora yang terdapat di negara
kita. Hal ini bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa mendapat kunjungan daripada
orang ramai. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian
persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad

47
turut dilengkapi dengan kemudahan ‘lift’, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan kepada
para pengunjung. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan bersejarah
tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada
masyarakat luar negara.

Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan bangunan
bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja
penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sebagai
contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan
bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang
telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. Tida
cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan
penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang
diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang
mengambil mata pelajaran sejarah di mana mereka turut menjalankan kajian tentang bangunan-
bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap
cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotism
dalam jiwa remaja kita hari ini.

Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di


negara kita, kerajaan turut bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada
pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga
Penggalak Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat
menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat
lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah
memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana
Jugra dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah
tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan
bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang
hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

Intiharnya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua
puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk
mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan
demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita hari
ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab kita adalah perlunya memberi
kerjasama kepada pihak yang terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah
tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan.

48
Kepentingan Mengekalkan Budaya Warisan Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Tiga
kaum yang terbesar terdapat di negara ini ialah kaum Melayu, Cina dan India. Perkara ini juga
merupakan salah satu keunikan Malaysia berbanding negara lain di dunia. Kewujudan pelbagai
kaum ini telah menyebabkan variasi dalam pelbagai bentuk aspek kehidupan seperti makanan yang
berlainan untuk setiap kaum, cara berpakaian dan pakaian tradisional mengikut mengikut kaum
masing-masing, adat melangsungkan perkahwinan mengikut agama dan kepercayaan serta bahasa.
Seperti yang telah termaktub dalam perlembangan Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi
negara tetapi agama lain bebas diamalkan. Oleh itu, pelbagai budaya warisan telah wujud di
Malaysia sejak dahulu lagi. Namun, pada zaman era globalisasi ini, pelbagai masalah datang
menghampiri masyarakat dengan kemasukan budaya-budaya luar seperti budaya Barat dalam
kehidupan seharian menyebabkan keaslian budaya warisan pelbagai kaum terhakis. Sebagai
masyarakat Malaysia, usaha mengekalkan budaya warisan pelbagai kaum adalah amat penting.

Antara kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum masing-masing adalah sebagai


tanda ketaatan dan kepatuhan terhadap agama masing-masing. Setiap adat yang diamalkan oleh
sesuatu kaum, pasti berkait rapat dengan kepercayaan dan agama kaum tersebut. Contohnya, adat
melayan tetamu dalam masyarakat Melayu adalah dengan cara melayan tetamu sebaik-baiknya. Hal
ini berkaitan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya melayan tetamu dengan sebaik-baik
mungkin kerana tetamu yang datang ke rumah membawa rahmat. Selain itu, dalam adat berpakaian
pula, masyarakat Melayu memakai baju kurung yang agak longgar. Hal ini kerana agama Islam
meyuruh umatnya memakai pakaian yang longgar dan sopan bertepatan dengan potongan baju
kurung. Perkara ini jelas menunjukan bahawa adalah amat penting untuk mengekalkan budaya
warisan sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan masing-masing.

Seterusnya, kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk mengekalkan


daripada terus dilupakan dan hilang ditelan zaman. Warisan ini seharusnya dikekalkan supaya dapat
diwarisi oleh generasi akan datang agar tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas. Hal ini juga
penting bagi mengelakkan masyarakat terpengaruh dengan budaya Barat yang boleh merosakkan
bangsa kita. Kemasukan budaya Barat dalam budaya warisan kita dikhuatiri akan merosakkan
generasi yang akan datang dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh mereka. Perkara ini juga
penting untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah lagi oleh negara luar sama ada dari segi
mental dan fizikal. Sudah terang lagi bersuluh hal ini menunjukkan bahawa amat penting untuk kita
mengekalkan budaya warisan bangsa agar budaya Barat tidak dapat menyerap masuk ke dalam diri
anak-anak muda yang merupakan bakal pemimpin negara pada masa yang akan datang.

Selanjutnya kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk menunjukkan identiti


kaum masing.masing. Misalnya, kita dapat mengenali sesuatu kaum melalui cara berpakaian mereka.
Contohnya baju Melayu atau baju kurung merupakan pakaian tradisional orang Melayu. Manakala,
Cheongsam merupakan pakaian tradisional masyarakat China dan Sari merupakan pakaian
tradisional masyarakat India. Perkara ini penting supaya kita dapat mengenali adat dan budaya kaum
lain dengan lebih mendalam dan kita akan lebih menghormati kaum mereka. Identiti kaum adalah

49
penting untuk menunjukkan keunikan kaum masing-masing kerana setiap kaum pasti mempunyai
keunikan yang tersendiri. Melalui cara ini jugakita dapat memperkenalkan budaya kita kepada orang
luar. Tegasnya, pengekalan budaya warisan amat penting untuk menunjukkan identiti kaum masing-
masing kepada masyarakat luar.

Akhirnya, kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk menunjukkan variasi


dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perkara ini boleh dijadikan sebagai satu bahan tarikan
pelancong di Malaysia. Makanan yang pelbagai, bahasa yang bermacam-macam memudahkan
komunikasi antara anggota masyarakat dengan pelancong asing. Malahan pakaian tradisional serta
adat-adat yang diamalkan oleh kaum masing-masing amat menarik bagi orang luar. Tambahan pula,
dengan suasana negara dan keadaan yang aman damai ini telah mendorong kemasukan pelancong
asing. Kemasukan pelancong asing menyebabkan berlaku pertukaran wang asing dan ini
menyebabkan ekonomi Malaysia meningkat. Perkara ini diumpamakan sambil menyelam minum air
kerana di samping mengekalkan budaya warisan bangsa , kita juga dapat menolong meningkatkan
ekonomi negara .Jelaslah bahawa mengekalkan budaya warisan bangsa adalah penting bagi
meningkatkan kadar kemasukan pelancong asing ke negara kita.

Kesimpulannya, budaya warisan seharusnya dikekalkan bagi mengelakkan budaya tersebut


pupus ditelan zaman. Hal ini demikian kerana budaya ini merupakan warisan daripada nenek
moyang kita yang harus dijaga sebaik-baiknya agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang justeru
semua pihak haruslah memainkan peranan dalam menjaga warisan bangsa sebagai satu identiti
kaum dan maruah bangsa.

50

Anda mungkin juga menyukai