Anda di halaman 1dari 3

Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong

Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan bergotong-
royong.
Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. ini
kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih
cepat.
Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa
bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga
dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Apabila kita melakukan
aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan
yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang. Dengan ini, kita
dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak
nakal.
Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya. Oleh itu kita hendaklah
menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

Karangan Berita : Kejadian Banjir


Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal kamu. Tulis berita mengenai kejadian banjir tersebut.

Kemaman, Ahad – Kejadian banjir telah melanda daerah Kemaman baru-baru ini. Beberapa kawasan telah
dinaiki air setinggi antara 1 meter hingga 2 meter.

Kejadian banjir ini berlaku disebabkan hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari.
Hal ini menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air dengan cepat. Masalah longkang yang tersumbat
juga telah memburukkan keadaan.

Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir perpindah ke pusat
pemindahan. Beberapa pusat pemindahan telah dibuka di kawasan yang terlibat dengan banjir. Di pusat
perpindahan, mangsa-mangsa banjir dibekalkan dengan makanan, pakaian dan selimut.

Selepas beberapa hari, banjir mulai surut. Beberapa pusat pemindahan telah ditutup. Mangsa banjir
telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan
sampah sarap.

Pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat memberi bantuan kepasa mangsa-mangsa banjir. Antara
bantuan yang diberikan ialah wang tunai dan makanan. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban
mangsa banjir.

Mangsa banjir sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Mereka berharap
banjir besar seperti tahun ini tidak akan berulang.
Rabu, 10 November, 2018

7.30 pagi
Semua murid yang menerima hadiah berkumpul di tapak perhimpunan. Guru-guru sibuk
mengambil kedatangan murid yang akan mengambil hadiah pada hari ini.

8.00 pagi

Semua murid yang menerima hadiah bergerak ke dewan dalam satu barisan. Guru-guru
menyusun murid mengikut kategori hadiah yang diterima murid. Cikgu Marzuki berada di
hadapan pentas untuk memulakan acara.

8.30 pagi

Ibu bapa yang hadir duduk ditempat yang disediakan. Majlis dimulakan dengan bacaan
doa dipimpin oleh Ustaz Anuar Saleh. Selepas bacaan doa, Guru Besar menyampaikan ucapan
kepada ibu bapa yang hadir.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Berhormat Adun Kemasek.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa SK Kerteh bukan sahaja mempunyai guru yang
hebat malahan pelajarnya juga cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

9.30 pagi

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid tahun lima dan tahun enam.
Semua hadirin terpegun apabila melihat persembahan yang mengagumkan.
Selepas persembahan, acara penyampaian hadiah dimulakan. Kategori hadiah pertama
ialah hadiah CGPA terbaik dan Graduasi Tahun 6. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK
Kerteh.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi sijil tamat pra sekolah dan markah tertinggi
dalam mata pelajaran oleh Yang Dipertua PIBG sekolah.
Anugerah tokoh pelajar lelaki dan perempuan telah disempurnakan oleh YB Adun
Kemasek. Tokoh pelajar lelaki disandang oleh Amir manakala tokoh perempuan pula disandang
oleh Nadiatul.

12.30 tengahari

Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan acara cabutan
bertuah. Ibu bapa yang menerima hadiah kelihatan sangat gembira. Sebelum pulang, semua ibu
bapa dan pelajar dijemput menikmati jamuan ringan.
Karangan Laporan : Hari Kantin

Pada 3 Februari 2019 yang lepas, SK Kerteh telah mengadakan Hari Kantin kali ke 20. Hari Kantin tersebut
diadakan di kawasan sekolah dan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

Tujuan diadakan Hari Kantin ialah untuk mengumpul dana. Dana yang dikumpul akan digunakan untuk
membaiki kemudahan sekolah seperti tandas, surau dan kelengkapan sukan. Hari Kantin juga bertujuan
untuk mendidik murid-murid tentang berniaga dengan cara yang betul.

Persiapan telah mula dilakukan beberapa hari sebelum Hari Kantin diadakan. Guru-guru, murid-murid serta
ibu bapa bekerjasama membantu menghias gerai jualan. Pihak sekolah juga memasang khemah yang
dilengkapi meja dan kerusi.

Aktiviti Hari Kantin dimulakan dengan perasmian pada jam 8:00 pagi. Selepas tamat upacara perasmian,
gerai jualan mula dibuka. Pembeli boleh membeli dengan menggunakan kupon yang dijual oleh Pihak
Urusetia Hari Kantin.

Terdapat lebih kurang 30 gerai yang dibuka pada Hari Kantin. Pelbagai jenis makanan, minuman, buku,
mainan, alat tulis dan lain-lain. Klinik Kesihatan, Bomba serta polis turut mengadakan pameran. Aktiviti lain
yang diadakan termasuklah kuiz, pertandingan menyanyi, cabutan bertuah dan pertunjukan silap mata.

Sambutan yang diterima daripada ibu bapa serta penduduk sekitar amat memberangsangkan. Mereka mula
memenuhi kawasan sekolah seawal jam 8 pagi sehingga tamat Hari Kantin. Kebanyakan gerai berjaya
menghabiskan barangan jualan mereka.

Hari Kantin tamat pada jam 12:30 tengahari. Sebelum bersurai murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa
bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.

Laporan disediakan oleh, 10.2.2019

......................................................

Anda mungkin juga menyukai