Anda di halaman 1dari 21

JENIS-JENIS KARANGAN

Tajuk 1: Ucapan guru besar dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Dipertua PIBG, Encik Hakimi bin Ibrahim, guru-guru
dan murid-murid sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada semua
pihak yang hadir untuk menyerikan majlis ini.

Hadirin yang dihormati,

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima hudiah


pada Hari Anugerah Kecemerlangan ini. Saya percaya bahawa majlis
ini amat bermakna kepada penerima anugerah lebih-lebih lagi majis ini
turut disaksikan oleh ibu bapa dan penjagc murid-murid.

Hari Anugerah Kecemerlangan ini diadakan untuk menghargai


murid-murid yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik
mahupun kokurikulum. Bulan suatu yang mudah untuk mendapat
anugenh ini kerana murid-murid perlu belajar dengan bersungguh-
sungguh dan Berjaya dengan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Hadirin sekalian,

Kejayaan cemerlang murid-murid merupakan hasil kerjasama daripada


semua pihak, iaitu guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Guru-guru
selama ini telah bertungkus lumus memberikan ilmu, mendidik dan
membimbing murid-murid. Tidak ketinggalan juga. ibu bapa telah
memberikan perhatian dan mengambil berat terhadap pelajaran anak-
anak mereka.

Oleh itujutaan terima kasih saya ucapkan


kepada ibu bapa yang bersungguh-sungguh dalam mendidik anak
masing-masing. Bagi murid-murid yang tidak berjaya pada tahun ini,
usahlah berputus asa. Tingkatkanlah usaha pada tahun hadapan. Jangan
sesekali mengalah, jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh pasti
akan membuahkan kejayaan.

Akhir kata, kerjasama daripada ibu bapa dalam memberikan


maklum balas tentang kelemahan dan pandangan yang membina
sangatlah dialu-alukan. Hal ini supaya pihak kami dapat memberikan
perkhidmatan yang lebih bermutu kepada murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 2 : Jenis Cerita

Tanpa disangka-sangka, tayar basikal aku pancit. Aku mengambil


keputusan untuk menuntun basikal aku sehingga sampai ke rumah.

Hari sudah petang. Cuaca pula redup. Aku menuntun basikal


aku dengan lajunya. Aku mengambil keputusan untuk mengikut jalan
pintas supaya cepat sampai ke rumah.

Jalan pintas yang aku lalui sangat gelap. Malah, tiada orang yang
menggunakan jalan itu. Aku berasa sangat takut. Namun, aku tetap
memberanikan diri untuk mengikut jalan itu. Hal ini disebabkan, aku
tidak mahu membuat ayah dan ibu bimbang akan aku kerana pulang
lewat.
Ketika melalui jalan itu, aku terdengar pelbagai bunyi yang
menakutkan. Tiba-tiba, aku terdengar suara orang sedang memanggil
nama aku. Aku mencari arah suara itu datang. Namun, aku gagal
menemuinya. Aku menggigil ketakutan.

Semakin lama suara itu semakin hampir dengan aku. Tanpa


berfikir panjang, aku terns berlari dengan meninggalkan basikal aku
di situ. Tanpa aku sedari, kaki aku telah terlanggar akar sebatang
pokok getah. Pandangan aku terus menjadi kelam dan aku tidak
sedarkan diri.

Apabila aku tersedar, aku dapati oku telah berada di rumah.


Aku menceritakan perkara yang terjadi kepada ayah dan ibu. Rupa-
rupanya, suara yang memanggil noma aku itu datangnya daripada
abang aku. Ayah dan ibu meminta abang mencari aku kerana aku
lambat pulang ke rumah.
Aku semakin gelisah. Hal ini disebabkan, ayah dan ibu menaruh
harapan yang tinggi untuk aku memperoleh 7A dalam UPSR.
Walaupun aku telah membuat persiapan sejak awal lagi, namun
aku merasakan semua itu masih belum mencukupi. Justeru, aku gigih
mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam.

Ibu aku sering menasihati aku agar banyak berehat. Hal ini
disebabkan, ibu risau aku akan jatuh sakit. Tetapi, aku tetap berdegil
untuk mengulang kaji pelajaran kerana minggu ini merupakan minggu
terakhir sebelum bermulanya peperiksaan UPSR.

Dua hari sebelum peperiksaan UPSR, aku hanya membaca


nota-nota ringkas yang telah aku buat. Hal ini bagi memudahkan
aku menghafal fakta-fakta penting. Ayah dan ibu pula sentiasa
memberikan sokongan kepada aku. Malah, mereka sanggup berjaga
malam semata-mata ingin menemani aku mengulang kaji pelajaran.

Hari ini, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Aku akan menduduki


peperiksaan UPSR. Aku menjawab setiap soalan yang diberikan
dengan tenang dan yakin. Akhirnya, peperiksaan UPSR pun selesai.
Kini, aku hanya mampu menanti keputusan peperiksaan UPSR
dengan debaran. Aku berdoa agar memperoleh keputusan yang
cemerlang.

Dua bulan kemudian, hari yang ditunggu pun tiba. Keputusan


peperiksaan UPSR akan diumumkan. Aku pergi ke sekolah bersama
ayah dan ibu. Sebaik sahaja mendapat slip peperiksaan, aku melonjak
kegembiraan kerana memperoleh 7A. Ayah dan ibu memeluk dan
mencium aku. Aku berasa sangat gembira.

Tajuk 3 : Jenis Fakta : Kebaikan Menyimpan Wang

Sejak kecil, kita telah digalakkan untuk menyimpan wang. Hal


ini disebabkan, banyak kebaikan yang akan kita peroleh dengan
menyimpan wang.
Salah satu kebaikan menyimpan wang adalah dapat mengajar
kita bersikap sabar dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan
sesuatu yang dihajati. Bak kata pepatah Melayu 'Sedikit-sedikit,
lama-lama menjadi bukit'.
Selain itu dengan adanya wang simpanan, kita boleh membeli
sesuatu borang dengan harga tunai fanpa periu bertiutang. Harga
barang yang dibeli secara tunai adalah lebih murah bertxinding harga
barang yang dibeli secara hutang. Oleh itu, kita dapat menjimatkan
wang kita.
Di samping itu, dengan menyimpan wang kita akan dapat
membuat persediaan untuk menghodapi mas。hadapan. Misalnya.
kita boleh menggunakan wang simpanan kita untuk melanjutkan
pelajaran kita kelak.
Seterusnya, wang kita akan sentiasa bertambah jika kita rajin
menyimpan wang. Sebaik-baiknya, wang ini kita simpan di dalam
bank. Maka, wang kita akan sentiasa bertambah dengan kadar
faedah yang telah ditetapkan
Justeru, jelaslah bahawa menyimpan wang mempunyai banyak
kebaikan. Oleh itu, kita pertulah bijak merancang setiap perbelanjaan
Kita untuk mengelakkan pembaziran dan menjamin masa depan yang
lebih cemerlang.

Tajuk 3 : Jenis Fakta : Cara-cara Menggunakan Masa Dengan Berfaedah

Masa itu emas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masa


sangat penting dalam kehidupan. Apabila sesaat masa telah pergi
meninggalkan kita, masa tidak akan kembali. Sehubungan dengan
itu, lerdapat pelbagai cara untuk menghargai masa.

Salah satu cara menghargai masa ialah kita perlulah bijak


mengisi masa kita dengan melakukan aktiviti bertaedah. Misalnya
dengan melancong, berekreasi dan bersukan. Jika kita mengisi masa
dengan aktiviti yang bermanfaat. kita akan mendapat kepuasan.

Selain itu, kita boleh menggunakan masa yang tertuang dengan


menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan. Selain dapat bersiar-
siar, kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
persahabatan.

Seterusnya, aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi


masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan boleh dibaca
seperti buku rujukan, sural khabar, novel, majalah dan jumal. Melalui
pembacaan, kita dapat menimba itmu sebanyak mungkin daripada
bahan bacaan itu.
Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang
dengan membantu ibu bapa membuat kerja-keija rumah. Contohnya
mengemas rumah, menyapu sampah dan mencuci pinggan. Secara
tidak langsung, kita dapat meringankan beban yang digalas oleh
mereka.

Kesimpulannya, kita mestilah mendisiplinkan diri supayo


tidak membuang masa dengan begitu sahaja kerana masa sangat
berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

Tajuk 4 : Jenis Perbincangan : Kebaikan Sains dan Teknologi kepada


Kehidupan Kita

Kehidupan manusia banyak dipengaruhi oleh perkembangan


sains dan teknologi. Pelbagai alat ciptaan sains dan leknologi telah
digunakan untuk memudahkan kehidupan manusia. Contoh alat
ciptaan sains dan teknologi ialah peti sejuk, jentera, komputer dan
sebagainya

Kewujudan alat ciptaan sains dan teknologi telah menyebabkan


banyak kerja-kerja manusia menjadi lebih mudah dan cepat.
Bayangkan kerja-kerja mengemas rumah tanpa mesin basuh, mesin
penyedut habuk, mesin pengisar dan sebagainya. Sudah tentu
kerja mengemas rumah, memasak dan Iain-Iain menjadi sukar serta
lambat.

Di samping itu, alat ciptaan sains dan teknologi juga mampu


menjimatkan tempoh perjalanan seseorang untuk ke sesuatu tempat
dengan terciptanya sistem pengangkutan yang moden. Misalnya
kereta, LRT, monorel, komuter, kapal terbang dan sebagainya.
Malahan, dengan adanya alat ciptaan sains dan teknologi, segala
maklumat yang diinginkan oleh manusia umpama berada di hujung
jari sahaja. Contohnya dengan hanya melayari Internet, segala
informasi yang kita perlukan akan dapat kita peroleh dengan cepat.

Berikutnya, hasil ciptaan sains dan teknologi juga menjadikan


kehidupan manusia lebih selesa. Contohnya, dengan terhasilnya alat
pendingin udara, rumah kita akan menjadi lebih sejuk dan nyaman
untuk didiami.
Kesimpulannya, hasil ciptaan sains dan teknologi banyak
memberi sumbangan dalam kehidupan manusia. Justeru, kita
haruslah menghargai semua hasil ciptaan sains dan teknologi ini
untuk memanfaatkan kita sendiri.

Tajuk 4 : Jenis Perbincangan : Kepentingan Keluarga Bahagia kepada


Anak-anak mereka

Keluarga yang bahagia menyumbang kepada pembentukan


keluarga yang sejahtera. Hal ini dapat memberi banyak manfaat
kepada pelbagai pihak.

Peranan membentuk keluarga yang bahagia dan sejahtera


menrupakan tugas ibu bapa. Ibu bapa merupakan individu yang
bertanggungjawab bagi memastikan perkara ini menjadi suatu
kenyataan.

Apabila keluarga bahagia, anak-anak akan berasa senang dan


selamat. Malah bukan itu sahaja, jika keluarga bahagia, anak-anak
akan dapat belajar dengan baik. Hal ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi anak-anak dalam pelajaran.

Seterusnya, keluarga bahagia dan sejahtera juga tidak akan


mewujudkan tekanan dalam kalangan anak-anak. Misalnya, apabila
ibu bapa tidak bergaduh di hadapan anak-anak, secara tidak langsung
keharmonian dalam sesebuah keluarga dapat diwujudkan.

Sebenarnya, keluarga bahagia dan sejahtera merupakan


simbol institusi kekeluargoan yang kukuh. Malahan, keluarga ini
sangat sempurna di mata masyarakat. Keadaan ini sekali gus dapat
mengurangkan kes penceraian.

Kesimpulannya, tanggungjawab membentuk keluarga bahagia


dan sejahtera merupakan tanggungjawab besar bagi ibu bapa. Justeru,
ibu bapa perlulah berganding bahu menggalas tanggungjawab besar
ini bagi mewujudkan keluarga bahagia, keluarga sejahtera.

Tajuk 5 : Jenis Syarahan : Menjaga Kebersihan Diri


Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru
Besar SJKC Juara, guru-guru dan rakan-rakan. Berdirinya saya di
sini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan ucapan
bersempena dengan Kempen Menjaga Kebersihan Dili.

Hadirin yang dihormati,

Kebersihan diri merupakan asas kesihatan diri dan kebahagiaon


hidup. Kita mesti menjaga kebersihan diri supaya sentiasa sihat dan
bersih. Kita mesti memastikan telinga kita sentiasa bersih. Hal ini
disebabkan, telinga yang kotor boieh mengundang pelbagai penyakit.
Seterusnya, kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap
hari. Dengan mandi setiap hari, kita dapat mengelakkan diri daripado
terkena penyakit kulit. Malah, badan kita akan sentiasa bersih, selesa
dan tidak berbau.

Selain itu, kita juga mesti menggosok gigi pada setiap hari. Kita
perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Gigi yang
bersih dan Yidak berbau dapat menambah keyakinan diri semasa
berbual dengan orang ramai.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kifa mesti memotong kuku. Hal ini disebabkan,


kuku yang panjang boleh menyimpan kotoran. Kotoran yang melekat
pada kuku itu mengandungi kuman. Kuman boleh menyebabkan cirit-
birit. Selain itu, rambut juga perlu sentiasa dicuci dengan syampu.
Rambut yang bersih tidak akan mudah dijangkiti kelemumur dan
kutu.

Kesimpulannya, amalan menjaga kebersihan diri amat penting.


Justeru. kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk
kesihatan dan kebahagiaan hidup yang berpanjangan.
Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Tuan Guru Besar SJKC Saujana Permai, para hakim yang arif lagi bijaksana
serta hadirin sekalian. Pada pagi yang indah ini, saya
akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk 'Berjimat Cermat
Amalan Terpuji’.

Hadirin yang dihormati,

Amalan berjimat cermat perlu dilatih sejak dari kecil, bak kata
pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Amalan berjimat
cermat juga merupakan amalan yang terpuji dan patut kita lakukan
pada setiap hari.

Berikutnya, sebagai seorang murid, kita digalakkan berjimat


cermat menggunakan pakaian dan peralatan sekolah. Amalan berjimat
cermat ini menuntut kita menggunakan barangan lama kita
yang masih elok daripada membazir duit membeli barangan yang
baharu.

Hadirin yang dimuliakan,


Sebagai pengguna, kita haruslah berjimat cermat dalam menggunakan
air dan elektrik bagi mengelakkan pembaziran. Oleh itu, kita dapat
menjimatkan wang bagi membayar bil air dan elektrik yang telah
dibazirkan.

Tajuk 6 : Jenis Catatan

Ahad, 25 September 2016


Kami sekeluarga menaiki feri dari jeti Kuala Perlis untuk ke Pulau
langkawi. Perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil
masa selama satu jam tiga puluh minit. Sebaik-baik sahaja tiba
di Pulau Langkawi, kami terus menuju ke destinasi yang pertama, iaitu
Makam Mahsuri. Pada sebelah petangnya pula, kami mandi-manda di
Pantai Chenang. Pemandangan di pantai itu sungguh cantik
dengan pasirnya yang putih dan airnya yang jernih.
Isnin,26 September 2016
Selepas bersarapan, kami terus pergi ke Gunung Machinchang untuk
menaiki kereta kabel. Aku berasa sungguh gayat kerana kereta kabel itu
semakin lama semakin tinggi. Pemandangan alam semula jadi dari
puncak gunung amat menakjubkan. Di kaki gunung itu terdapat
Kampung Oriental yang memiliki pelbagai gaya rumah yang berbeza.

Selasa,27 September 2016


Hari ini’ kami sekeluarga hanya bercadang untuk pergi membeli-belah di
pekan Kuah. Kami menjadi rambang mata apabila melihat pelbagai
jenis barangan yang dijual di sana. Setelah selesai membeli-belah, kami
pergi ke Underwater World. Di sini, kami dapat melihat pelbagai jenis
hidupan laut. Aku terpesona apabila melihat ikan yang berwarna-
warni di sana Rabu, 28 September 2016 Hari ini merupakan hari terakhir
kami sekeluarga makan angin di sini. Ayah mencadangkan agar kami
mengambil gambar di Dataran Lang untuk dijadikan kenang-kenangan.
Selain itu, kami juga membeli cenderahati dan oleh-oleh untuk dibawa
pulang nanti. Kami bertolak pulang ke Kuala Perlis pada sebelah
petangnya. Walaupun berasa amat letih, tetapi kami berasa sungguh
gembira dan seronok.

Sambutan Hari Kemerdekaan


Khamis, 29 Ogos 20_ _

9.00 pagi - Hari ini murid-murid membantu guru-guru yang bertugas


memasang Jalur Gemilang di sekitar kawasan sekolah. Suasana di
persekitaran sekolah sungguh meriah.

Jumaat, 30 Ogos 20_ _

8.00 pagi - Perhimpunan pagi dimulakan. Semua murid berkumpul di


tapak perhimpunan. Kami menyanyi lagu 'Negaraku' dan lagu patriotik
dengan bersemangat. Kemudian, kami mendengar ucapan daripada guru
besar. Beliau menegaskan tujuan Hari Kemerdekaan disambut adalah
untuk menanam semangat cinta akan negara. Beliau juga menasihati
murid-murid agar berusaha mengekalkan kemerdekaan dan menghargai
jasa pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu.
9.30 pagi - Semua murid dan guru menyanyikan lagu 'Jalur Gemilang'
sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Kemudian,
semua murid melaungkan 'Merdeka* sebanyak tiga kali. Sejurus itu, guru
memasang slaid kemerdekaan yang menunjukkan para pejuang negara
berusaha bagi mencapai kemerdekaan. Semua murid menonton
tayangan tersebut dengan penuh semangat dan keinsafan.

10.30 pagi - Pertandingan mendeklamasi sajak bagi murid tahap 2


diadakan di dewan sekolah, manakala pertandingan melukis poster
kemerdekaan diadakan di dalam kelas. Pertandingan ini diadakan untuk
memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan murid.

12.45 tengah hari - Semua aktiviti yang dijalankan telah selesai.


Keputusan pertandingan juga telah diumumkan. Semua pemenang
berasa sangat gembira. Diharapkan aktiviti-aktiviti ini berjaya memupuk
kesedaran tentang kepentingan menghargai kemerdekaan negara yang
kita cintai.

Tajuk 7 : Karangan Jenis Berdasarkan Pantun

Wei Fern dan ibunya hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Bapanya telah meninggal dunia sejak dia berusia
sembilan tahun. Ibunya terpaksa keluar bekerja untuk mencari
sesuap nasi.

Sejak kecil lagi, Wei Fern sudah mengenali erti kesusahan hidup.
Setiap hari selepas pulang dari sekolah, Wei Fern akan mencari tin-tin
kosong untuk dijual di pusat kitar semula. Ibunya pula bekerja
sebagai tukang sapu di sebuah syarikat perkapalan. Wei Fern bulat hati
untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan mengubah
kehidupan
keluarganya.
Semasa di sekolah menengah, Wei Fern bekerja sebagai pencuci
pinggan di sebuah kedai makanan. Dia bekerja pada setiap hari Sabtu
dan Ahad. Dia mengumpul wang untuk membayar yuran
persekolahannya. Berkat usahanya, dia berjaya memperolehi keputusan
yang cemerlang dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara.

Setelah beberapa tahun, akhirnya Wei Fern berjaya menamatkan


pengajiannya dalam bidang penerbangan. Dia bekerja sebagai seorang
juruterbang di sebuah syarikat penerbangan. Walaupun sudah bekerja,
Wei Fern tetap berusaha untuk memajukan diri. Dia menimba banyak
pengalaman semasa bekerja di syarikat penerbangan. Akhirnya, Wei Fern
mengambil keputusan untuk membuka kolej penerbangan. Berkat usaha
dan kegigihannya, kolejnya semakin maju dan berkembang. Kini, Wei
Fern hidup senang bersama-sama ibunya.

Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi. Aku sudah terlewat untuk ke


sekolah. Oleh itu, aku segera mandi dan bersiap. Selepas itu, aku terus
mengambil basikalku di garaj.

Ibu meminta aku bersarapan, namun aku enggan kerana aku


sudah lewat. Aku terus mengayuh basikal dengan laju. Apabila sampai di
suatu selekoh, aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melintas
jalan raya.Tiba-tiba, aku dilanggaroleh sebuah kereta dari arah
bertentangan. Mujurlah pemandu kereta itu sempat menekan brek
keretanya.
Nasib baiklah aku tidak mengalami kecederaan yang serius. Aku
hanya mengalami luka di kaki dan tangan. Pemandu kereta itu segera
mendapatkan aku. Pemandu itu kelihatan panik apabila melihat
keadaan aku.

Pemandu kereta itu membantu aku untuk bangun. Kemudian, dia


memasukkan aku ke dalam keretanya. Dia juga mengangkat basikal aku
lalu dimasukkan ke dalam but keretanya. Selepas itu, dia membawa aku
ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Setelah selesai mendapatkan
rawatan, pemuda itu terus menghantar aku pulang ke rumah. Ibu berasa
sangat terkejut melihat keadaan aku yang calar-balar dan luka.

Pemandu itu menceritakan hal sebenarnya kepada ibu aku.


Barulah ibu bertenang. Aku menyesal atas sikap aku. Sejak kejadian itu,
aku menjadi lebih berhati-hati terutamanya ketika berada di jalan raya.

Setiap orang mempunyai impian yang tersendiri. Begitu juga


dengan say a. Saya mempunyai beberapa impian. Saya berazam untuk
mencapai impian-impian itu apabila saya dewasa nanti.

Salah satu impian saya adalah untuk melanjutkan pelajaran ke


peringkat universiti. Setelah menamatkan pengajian, saya ingin
mendapatkan pekerjaan yang baik dan stabil. Di samping itu, saya ingin
memiliki sebuah rumah sendiri. Rumah saya itu mestilah besar dan
mampu menempatkan semua ahli keluarga saya.

Selain itu, saya mengimpikan untuk mempunyai sebuah kereta.


Kereta itu haruslah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang bagus
dan selesa. Saya akan membawa ahli keluarga saya bersiar-siar
dengan kereta itu.

Seterusnya, saya ingin melancong ke seluruh dunia. Dengan


melancong, saya akan dapat mengenali budaya dan adat resam
masyarakat luar. Saya juga akan dapat melihat keunikan negara luar.

Saya berdoa agar impian saya akan menjadi kenyataan pada suatu
hari nanti. Saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
merealisasikan kesemua impian saya.

Malaysia mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik.


Kebanyakan pelancong yang datang melancong di sini terdiri daripada
pelancong asing dan penduduk tempatan sendiri. Sehubungan dengan
itu, melancong di dalam negara mempunyai banyak kebaikan berbanding
melancong ke luar negara.

Melancong di dalam negara lebih menguntungkan


kerana kita hanya perlu mengeluarkan kos yang sedikit untuk melancong
di kawasan pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Contohnya
melancong di Pulau Perhentian, Cameron Highlands, Pulau
Langkawi dan Iain-Iain.

Seterusnya, melancong di dalam negara juga dapat menjimatkan


masa,belanja dan memendekkan perjalanan. Di sini juga terdapat
pelbagai jenis barangan yang berkualiti dan dijual dengan harga yang
murah.

Di samping itu, pengangkutan awam juga boleh didapati dengan


mudah dan senang, contohnya bas persiaran, teksi, komuter dan Iain-
Iain. Begitu juga dengan penginapan seperti hotel, rumah inap, motel
dan Iain-Iain yang boleh disewa dengan harga yang murah dan
berpatutan.

Kesimpulannya, melancong di dalam negara lebih menguntungkan


berbanding melancong ke luar negara. Oleh itu, marilah kita menyokong
industri pelancongan negara kita dengan melancong di dalam negara.

Membaca ialah satu amalan terpuji dan patut dijadikan amalan


hidup setiap orang. Banyak faedah yang akan diperoleh jika seseorang itu
mengisi masamereka dengan membaca.

Salah satu faedah membaca ialah kita dapat mengikuti


perkembangan dan kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara
dengan membaca bahan bacaan seperti surat khabar dan majalah.
Contohnya, kita boleh mengetahui tentang pergolakan yang berlaku
di luar negara seperti di Syria, Mesir dan Palestin.

Selain itu, membaca juga boleh menjadikan kita bertambah


matang dan dapat mengeluarkan idea-idea bernas ketika berhujah. Kita
juga boleh membuat penilaian terbaik untuk membuat keputusan yang
tepat dan betul.

Di samping itu, membaca juga boleh melahirkan murid yang


cemerlang. Hal ini disebabkan, bacaan luas dapat membantu murid
untuk mengetahui sesuatu ilmu dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya, membaca mempunyai banyak faedah kepada


kita. Oleh itu, marilah kita mengamalkan amalan yang baik ini untuk
kecemerlangan diri.

SJKC Ming Wah telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat


sekolah pada 16 Mei 2016 yang lalu. Persiapan telah diatur sejak
seminggu yang lalu. Seluruh warga sekolah berganding bahu bagi
menjayakan program tersebut.

Para guru dan murid-murid mula berkumpul di dewan terbuka


SJKC Ming Wah pada pukul 8.00 pagi. Tetamu khas yang hadir pada hari
itu ialah Yang Berhormat ADUN Tembeling. Majlis dimulakan dengan
nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan diikuti dengan ucapan oleh Guru
Besar SJKC Ming Wah.

Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang


Berhormat ADUN Tembeling. Ketika program tersebut, para guru dan
murid-murid telah mengadakan pelbagai persembahan. Antaranya
nyanyian, mendeklamasikan sajak, berbalas pantun dan acara sukaneka.
Persembahan tersebut sungguh meriah dan semua warga sekolah
berasa sangat gembira.

Akhir sekali, majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah


kepada para pemenang oleh Yang Berhormat ADUN Tembeling. Majlis ini
telah berlangsung dengan jayanya dan program seperti ini akan
diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Tajuk 8: Jenis Ucapan

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru-


guru dan rakan sekalian. Sesungguhnya saya amat berbesar hati kerana
pihak
sekolah sudi mengadakan majlis bersempena dengan
kemenangan pasukan bola tampar sekolah sebagai
johan di peringkat daerah.

Hadirin yang dihormati,

Selaku ketua pasukan bola tampar sekolah, saya ingin


merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi
mengadakan majlis ini untuk kami.

Untuk pengetahuan semua, kejayaan ini adalah kejayaan kita


bersama. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada
Cikgu Razali kerana memberikan tunjuk ajar dan latihan tanpa jemu
kepada kami. Guru-guru dan rakan-rakan juga turut sama memberikan
dorongan dan kata-kata semangat kepada kami semua.

Usaha gigih yang berterusan ini akhirnya membuahkan hasil


apabila kami dapat merangkul kejuaraan yang diidamkan selama ini.
Tahniah dan sekalung penghargaan saya berikan kepada rakan-
rakan sepasukan kerana telah bertungkus-lumus bagi memastikan
kejayaan ini. Tanpa kerjasama dan semangat setiakawan yang tinggi,
mustahil kami akan mengecapi kejayaan.

Hadirin sekalian,

Kami sering menghadapi waktu sukar apabila hendak membahagikan


masa antara pelajaran dengan sukan. Namun, masalah ini kami tangani
dengan bijak agar kami dapat mengimbangi dua bidang ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin meletakkan harapan agar
kejayaan kami akan menjadi contoh kepada pasukan sekolah yang lain
untuk mengharumkan nama sekolah.
Sekian, terima kasih.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru


Besar SJKC Taman Hijau, guru-guru serta rakan sekalian. Terlebih dahulu,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberi
peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada pagi yang mulia
ini.

Hadirin yang dihormati,

Seperti yang kita sedia maklum, salah seorang rakan kita, iaitu
Chin Ai Ling telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bercerita
peringkat negeri. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
beliau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

Saya turut berasa bangga dan gembira kerana beliau akan


mewakili negeri kita dalam pertandingan bercerita peringkat kebangsaan
tidak lama lagi. Saya berharap agar beliau berjaya dalam pertandingan
itu nanti.

Hadirin sekalian,

Cikgu Jamilah dan Cikgu Mandy merupakan orang yang


bertanggungjawab membantu dan membimbing beliau hingga ke tahap
ini. Saya juga berharap agar rakan-rakan yang lain akan mengikut
jejak langkah beliau. Nampaknya, sampai di sini sahaja ucapan saya
pada kali ini. Segala salah dan silap saya harap dimaafkan.

Sekian, terima kasih.


Tajuk 9: Jenis Laporan

Laporan Lawatan ke Kampung Kraf Tangan


Pada 26 Mac 2016 yang lalu, Kelab Kesenian SJKC Taman Asuh
telah mengadakan lawatan ke Kampung Kraf Tangan yang terletak di Kota
Bharu, Kelantan. Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk
mendedahkan murid-murid dengan pelbagai jenis kraf tangan.

Cikgu Suppiah telah mengetuai lawatan tersebut diiringi oleh lima


orang guru pengiring. Sebanyak 35 orang murid telah menyertai
rombongan ke pameran itu. Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.00
pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas oleh
pihak kelab.

Kami tiba di sana pada jam 10.00 pagi. Kami dapat melihat banyak
barangan kraf tangan yang sangat unik. Kesemua barangan kraf tangan
tersebut merupakan hasil kerja tangan masyarakat tempataran.
Semasa berada di sana, kami berpeluang menyaksikan sendiri cara
beberapa kraf tangan dihasilkan. Antaranya ialah penghasilan hiasan
daripada kristal, rantai kunci, kerusi rotan dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami membeli cenderamata untuk dibawa balik.


Kami bertolak ke sekolah pada jam 2.30 petang. Sesungguhnya lawatan
itu telah memberikan pengalaman baharu kepada ahli-ahli kelab.

Laporan disediakan oleh, 20 MAC 2016.

____________________
(KIM SUN MIN)
Setiausaha,
Kelab Kesenian,
SJKC Taman Asuh.

Tajuk 10: Jenis Surat Rasmi

Muhammad Zaky bin Azam,


2, Jalan Mawar,
Taman Mawar,
55000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
__________________________________________________________
Majlis Perbandaran Ampang,
Bangunan Mesra Alam,
55600 Ampang,
Selangor Darul Ehsan. 20 APRIL 2016

Tuan,
Aduan tentang Masalah Pungutan Sampah
Merujuk perkara di atas, saya selaku wakil penduduk Taman Mawar ingin
memaklumkan kepada pihak tuan bahawa sampah sarap di kawasan
tempat tinggal kami tidak dipungut sejak dua bulan yang lalu.

2. Perkara ini telah menimbulkan beberapa masalah kepada


penduduk di sini. Antaranya bau busuk telah mengganggu
selera makan dan keselesaan penduduk.

3. Bukan itu sahaja, banyak lalat menghurung sampah sarap. Tikus


juga banyak membiak di kawasan tempat tinggal kami. Haiwan-haiwan
perosak ini membawa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan
kesihatan penduduk.

4. Untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk, kami berharap


agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan
masalah ini. Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

(MUHAMMAD ZAKY AZAM)


Wakil Penduduk,
Taman Mawar.
Tajuk 10: Jenis Surat Tidak Rasmi

3A, Jalan Ampang 3,


Taman Pandan,
68000 Ampang,
Selangor.
l2 Mei 2016.

Menemui Saudari Atikah yang berada di Ipoh, Perak Darul Ridzuan,


semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini
sihat-sihat sahaja.

Saudari,

Terima kasih kerana sudi mengundang saya ke majlis perkahwinan


kakak saudari. Tujuan saya menulis sura! ini adalah untuk memberitahu
saudari bahawa saya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan
tersebut.

Untuk pengetahuan saudari, saya terpaksa pulang ke Sarawak.


Datuk saya telah dimasukkan ke hospital kerana sakit. Kami akan berada
di sana selama dua minggu.

Sehubungan dengan itu, saya memohon maaf kerana tidak dapat


sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan itu nanti. Namun begitu,
saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana mendapat a
bang ipar. Saya juga ingin mengucapkan selamat pengantin baharu
kepada kakak saudari.

Akhir kata, terima kasih atas undangan saudari. Saya akan menziarahi
saudari apabila pulang dari Sarawak nanti.

Yang benar,
_____________

Kampung Padang Lalang,


24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
9 Januari 2016.

Ke hadapan saudara Hai Sen yang dirindui, semoga saudara sihat


sejahtera di samping keluarga tersayang. Saya di sini sihat sejahtera.

Saudara,

Tujuan saya menulis sural ini adalah untuk berkongsi dengan


saudara tentang kebaikan menyertai aktiviti sukarelawan. Pada cuti
persekolahan yang lepas, saya telah mewakili sekolah dalam sambutan
Hari Sukarelawan Sedunia yang diadakan di Terengganu.

Terdapat beberapa kebaikan aktiviti sukarelawan, iaitu dapat


mempelajari kemahiran baharu. Kemahiran ini merangkumi komunikasi
dengan masyarakat, kerjasama kumpulan, asas rawatan kecederaan dan
sebagainya.

Selain itu, kitajuga berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai


kaum dan budaya Hal ini kerana tugas sebagai sukarelawan tidak hanya
terhad kepada komunlti setempat, sebaliknya melangkaui negeri dan
merentasi negara’

Seterusnya, aktiviti sukarelawan juga dapat melatih diri kita


menjadi prihatin terhadap komuniti. Sukarelawan sentiasa diperlukan
untuk menghadapi pelbagai situasi seperti banjir, bencana alam dan
peperangan. Sukarelawan juga membantu masyarakat tanpa mengira
bangsa dan negara.

Sampai di sini sahaja coretan saya. Jika ada masa terluang, saya
akan menulis lagi kepada saudara. Semoga saudara dapat membalas
surat saya ini.

Sahabatmu,
__________

Anda mungkin juga menyukai